konsep negara bangsa - malaysian studies

8
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL MALAYSIAN STUDIES SOALAN 4 Pembentukan sebuah negara bangsa seringkali dianggap sebagai satu usaha untuk mewujudkan suatu identiti yang tertentu dan mewujudkan semangat kekitaan di kalangan rakyatnya. Pada pendapat anda, apakah asas asas yang perlu dipupuk untuk mewujudkan semangat cintakan negara.

Upload: arren

Post on 18-Jun-2015

1.236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

UNIVERSITI TENAGA NASIONALMALAYSIAN STUDIES

SOALAN 4

Pembentukan sebuah negara bangsa seringkali dianggap sebagai satu usaha untuk mewujudkan suatu identiti yang tertentu dan mewujudkan semangat kekitaan di kalangan rakyatnya. Pada pendapat anda, apakah asas asas yang perlu dipupuk untuk mewujudkan

semangat cintakan negara.

Soalan 4

Page 2: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

Pembentukan sebuah negara bangsa seringkali dianggap sebagai satu usaha untuk mewujudkan suatu identiti yang tertentu dan mewujudkan semangat kekitaan di kalangan rakyatnya. Pada pendapat anda, apakah asas asas yang perlu dipupuk untuk mewujudkan semangat cintakan negara.

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Keperbagaian ini kadang-kala memcetuskan insiden yang tidak diingini akibat daripada sikap prejudis dan ketidak-seimbangan sosial dalam negara. Malaysia pernah mengalami tragedi hubungan kaum yang hampir mengugat kewibawaanya. Peristiwa 13 Mei 1969 itu merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara.Peistiwa itu juga merupakan isyarat yang jelas kepada kita bahawa wujudnya jurang hubungan kaum yang ketara dalam negara ini (Shamsul, 2007). Lantaran daripada kisah hitam tersebut lahirlah edeologi kebangsaan iaitu Rukun negara dan juga program penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru. Pembinaan bangsa dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi penyusunan semula masyarakat dibawah program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Ghazali, 1992).

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara bangsa ? Pertama bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan yang berdasarkan adat resam. Kedua bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Etnik pula bermaksud suatu yang berkaitan dengan bangsa manusia, manakala ras pula bermaksud kaum dan keturunan.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kemerdekaan negara kita telah dicapai melalui semangat taat setia dan perasaan cintakan tanah air (negara) yang tinggi dengan kaedah perundingan yang bijaksana. Malaysia telah dijajah lebih daripada 400 tahun oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1821) dan Inggeris (1824) serta Jepun (1942-1945) dan Siam. Sepanjang tempoh itu, rakyat negara ini bangkit menentang penjajahan melalui berbagai cara untuk mempertahankan maruah negara dan harga diri. Kemerdekaan pula dicapai melalui perundingan yang penuh bijaksana. Inilah nilai-nilai yang sepatutnya menjadi warisan kita. Apabila pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945, mereka telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). Penentangan terhadap Malayan Union dilakukan kerana dasarnya yang merugikan orang Melayu. Orang-orang Melayu telah bangkit menentang sistem pentadbiran Kesatuan Malaya (Malayan Union) kerana beberapa sebab, iaitu:

1. Ia menggugat kedaulatan raja-raja Melayu.2. Menggugat hak keistimewaan orang Melayu sebagai pribumi utama.3. British telah membenarkan pemberian hak kewarganegaraan yang tiada batasan kepada etnik bukan Melayu.4. Di samping sikap dan kaedah yang digunakan oleh Harold MacMichael

arren©™

Page 3: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

yang berunsur pemerasan dan ugutan dalam usaha mendominasikan kuasa pihak British.

Kenichi Ohmae menyifatkan abad ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya negara bangsa. Lanjutan itu, beliau menekankan kepada pembentukan dunia tanpa sempadan yang ditunjangi oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Bagi beliau juga, keunggulan negara bangsa telah roboh dan tercabar akibat beberapa elemen kuasa baru iaitu industri, pelaburan, pengguna dan maklumat. Sebagai ganti negara bangsa, Ohmae mengungkapkan kepentingan region state (negara wilayah) yang berperanan sebagai pusat hubungan dengan dunia global. Dalam pada itu, kerajaan dan kepimpinan negara-negara tertentu masih berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal bagi sempadan geo-politik masing-masing. Malaysia tidak terkecuali dalam usaha tersebut dan masih bergelut untuk membentuk sebuah negara bangsa yang sempurna bagi negara ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih mengepompongi sebahagian rakyat negara ini termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang dikongsi bersama atau dianggap sepunya bagi seluruh rakyat negara ini.

Jika disorot kembali, Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan : “Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan” (Wawasan 2020, Lihat Cabaran Pertama)

arren©™

Page 4: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

Melampaui abad ke 21, matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya. Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau :“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.” -Semasa ucapan Hari Kemerdekaan ke-50

Ini membuktikan Perdana Menteri Malaysia sangat menekankan konsep negara bangsa di kalangan rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa :-Negara bangsa mempunyai beberapa faktor pemangkin iaitu:

Lingua Franca Bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan utama masyarakat.

IntegrasiMerupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.

Kewarganegaraan Membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat.

Patriotisme Merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang.

DemokrasiMerupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat

arren©™

Page 5: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara.

Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu. KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Antaranya: Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum

kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yang seragam.

Menjadikan agenda memperkasakan SK menjadi salah satu teras dasar pelaksanaan RMKe-9 bagi merealisasikan matlamat menjadikan SK sebagai tempat memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.

Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum.

Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan altenatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan menempatkan dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.

arren©™

Page 6: Konsep Negara Bangsa - Malaysian Studies

arren©™