konsep meta-religion menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh...

16
Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012 72 KONSEP META-RELIGION MENURUT ISMA‘IL RAJI AL-FARUQI Ahmad Sabri Osman (Corresponding author) Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (Perlis) 02600 Arau, Perlis. Tel: +060193757 063 E-mail: [email protected] Dr. Mohd Farid Mohd Sharif Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, P.Pinang. Tel: +060134840 426 E-mail: [email protected] Raihaniah Zakaria Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis. Tel: +060193135 079 E-mail: [email protected] Abstrak Isma‘il Raji al-Faruqi (1921-1986) merupakan tokoh intelektual Muslim zaman moden yang tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran sering muncul dalam program dialog antara agama dengan agama semasa hayatnya. Apabila memperkatakan dialog antara agama dengan agama, beliau merupakan antara tokoh cendekiawan Muslim yang terkehadapan. Kepentingan dialog sebagai pemangkin dalam memupuk persefahaman antara agama dengan agama memang tidak dinafikan lagi. Al- Faruqi mempunyai pendekatan tersendiri yang berbeza dengan Barat dalam dialog tentang agama. Beliau memperkenalkan teori Meta-religion sebagai metode dalam dialog yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu agama. Kertas ini bertujuan membincangkan konsep Meta-religion dan kaedah pelaksanaannya dalam dialog antara agama dengan agama. Metode perpustakaan digunakan sepenuhnya dalam kajian ini. Kesimpulan awal yang didapati dalam kajian ini ialah konsep Meta- religion merupakan konsep yang universal dalam menilai agama bagi mencapai matlamatnya iaitu ke arah din al-fitrah. Prinsip penangguhan dalam penilaian (suspension of judgment) atau epoche yang digunakan dalam Meta-religion hanya

Upload: vokiet

Post on 05-Aug-2019

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

72

konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi

Ahmad Sabri Osman (Corresponding author)

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (Perlis)

02600 Arau, Perlis.

Tel: +060193757 063 E-mail: [email protected]

Dr. Mohd Farid Mohd SharifBahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains

Malaysia, 11800 Minden, P.Pinang.Tel: +060134840 426 E-mail: [email protected]

Raihaniah ZakariaInstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis.

Tel: +060193135 079 E-mail: [email protected]

abstrak

Isma‘il Raji al-Faruqi (1921-1986) merupakan tokoh intelektual Muslim zaman moden yang tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran sering muncul dalam program dialog antara agama dengan agama semasa hayatnya. Apabila memperkatakan dialog antara agama dengan agama, beliau merupakan antara tokoh cendekiawan Muslim yang terkehadapan. Kepentingan dialog sebagai pemangkin dalam memupuk persefahaman antara agama dengan agama memang tidak dinafikan lagi. Al-Faruqi mempunyai pendekatan tersendiri yang berbeza dengan Barat dalam dialog tentang agama. Beliau memperkenalkan teori Meta-religion sebagai metode dalam dialog yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu agama. Kertas ini bertujuan membincangkan konsep Meta-religion dan kaedah pelaksanaannya dalam dialog antara agama dengan agama. Metode perpustakaan digunakan sepenuhnya dalam kajian ini. Kesimpulan awal yang didapati dalam kajian ini ialah konsep Meta-religion merupakan konsep yang universal dalam menilai agama bagi mencapai matlamatnya iaitu ke arah din al-fitrah. Prinsip penangguhan dalam penilaian (suspension of judgment) atau epoche yang digunakan dalam Meta-religion hanya

Page 2: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

73

bersifat sementara kerana pada akhirnya kebenaran itu akan ditentukan oleh ilmu itu sendiri.

kata kunci: Meta-religion, epoche, Isma‘il Raji al-Faruqi, dialog antara agama.

1. pendahuluan

Al-Faruqi (1921-1986) merupakan tokoh terpenting dalam dialog antara agama Islam dengan agama dunia lain terutama sejak terbitnya kajian beliau bertajuk Christian Ethics pada tahun 1967 sehingga saat kematian beliau. Hasil kajian ini merupakan suatu pendekatan baru dalam bidang pengajian agama terutama dalam mempelajari agama lain secara lebih mendalam. Begitu juga dengan koleksi artikel dalam buku Islam and Other Faiths yang disunting oleh Ataullah Siddiqui jelas menunjukkan minat dan penglibatan yang berterusan dalam kehidupan al-Faruqi dalam dialog antara agama dengan agama. Beliau merupakan suara utama dan peserta yang serius dalam bidang perbandingan dan penyatuan agama (Esposito, 1998, h. ix). Al-Faruqi pernah menjadi Timbalan Pengerusi Kolokium Keamanan Antara Agama dari tahun 1977 hingga 1982. Beliau mengkritik metodologi Barat yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang betul (exclusive outlook) dan lebih parah lagi fahaman itu disebarkan kepada orang ramai. Kritikan ini telah dimuatkan dalam bahagian pendahuluan buku Christian Ethics yang mendapat jolokan magnum opus dan dalam artikelnya yang bertajuk Meta-Religion: Towards A Critical World Theology (Al-Faruqi, 1986, h. 13-58).

2. konsep Meta-religion

Idea tentang Meta-religion (Meta-agama) yang dicetuskan oleh al-Faruqi sebagai pendahuluan dalam bidang kajian perbandingan agama yang dijelaskannya secara terperinci dalam Christian Ethics (Haslina, 2005a, h. 122). Huraian selanjutnya akan melihat konsep ini dari sudut pengertian dan pelaksanaannya dalam dialog antara agama dengan agama.

Page 3: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

74

2.1 Pengertian

Perkataan “meta” berasal daripada perkataan Greek yang bererti selepas (Abdul Fatah Hasan, 2003, h. 14). Apabila ia dihubungkan dengan perkataan religion, maka ia bererti “selepas agama”. Oleh itu, Meta-religion bermakna sesuatu yang datang selepas agama. Secara khususnya, Meta-religion ialah sekumpulan garis panduan dan prinsip-prinsip yang melampaui batas dan sempadan semua agama, berasaskan prinsip “bebas akidah” (theologically-free)1 dalam pengajian agama (Zuriati & Engku Ahmad Zaki, 2010, h. 112).

2.2 Pelaksanaan

Meta-religion merupakan suatu pendekatan yang digunakan al-Faruqi dalam dialog antara agama dengan agama bagi mencari persefahaman agama. Ia berkaitan dengan agama wahyu atau orang yang mengakui dan menyembah Tuhan Yang Esa meskipun agama tersebut telah diselewengkan. Ia berkait rapat dengan konsep tauhid dalam Islam kerana matlamat akhir Meta-religion ialah din al-fitrah yang merupakan agama yang melampaui semua agama ciptaan manusia. Oleh itu, dengan membuang semua agama tersebut, manusia boleh menemui kebenaran dan seterusnya mencapai din al-fitrah (Zuriati & Engku Ahmad Zaki, 2010, h. 112).

Menurut al-Faruqi, kajian agama sebagaimana yang telah dicanangkan di bawah skema Barat telah gagal sama ada untuk menyediakan kajian agama yang objektif atau untuk memahami sepenuhnya kewujudan pelbagai agama. Dalam hal ini, beliau mengktitik kajian agama berdasarkan skema Barat yang berdasarkan konsep ‘bracketing’ atau penangguhan penilaian (suspension of judgment) yang digubal oleh kajian fenomena agama (Haslina, 2005a, h. 122).2

Dalam menjadikan kajian agama agar lebih bersifat objektif, al-Faruqi memberikan penghargaan kepada aspek positif dalam fenomena agama terutama dalam menggantikan metode akidah dan falsafah dalam pengajian agama. Kritikan utama al-Faruqi terhadap metode teologi Barat adalah kerana mereka menganggap bahawa hanya agama Kristian yang benar (exclusive outlook) dan kefahaman tersebut

Page 4: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

75

disebarkan kepada orang ramai. Selain itu, metode falsafah juga melahirkan pandangan yang ragu-ragu (skeptik) tentang kebenaran agama (Haslina, 2005a, h. 123).

Menurut al-Faruqi, dalam usaha untuk cuba mengelakkan kedua-dua kekurangan atau kesalahan itu, golongan fenomena agama telah memperkenalkan konsep epoche3 atau penangguhan penilaian dalam kajian agama. Hal Ini untuk membolehkan agama itu dipelajari sebagaimana adanya dan untuk mengelakkan ahli dialog daripada menghukum sesuatu agama terlalu awal. Kritikan al-Faruqi seterusnya terhadap metode yang digunakan oleh ahli-ahli fenomena agama ialah hukuman mereka terhadap agama yang dikaji atau dipelajari tidak berasaskan ilmu. Hal ini demikian adalah kerana menurut al-Faruqi, sebarang penilaian yang hendak dibuat mestilah berdasarkan ilmu sebagai prasyarat kepada penilaian. Beliau percaya bahawa ilmu bukan setakat mengutip dan menyusun data tetapi yang teramat penting ialah ilmu menilai data. Dalam hubungan ini, walaupun penangguhan penilaian diperlukan dalam memahami agama-agama tertentu tetapi penangguhan itu bersifat sementara sahaja dan tidak boleh kekal selamanya (al-Faruqi, 1967, h. 3; al-Faruqi, 1986, h. 20-26; Haslina, 2005a, h. 123). Hal ini demikian kerana pada akhir dialog nanti kita mesti mengakui dan mengiktiraf kebenaran (We must say boldly that the end of dialogue is conversion to the truth [al-haqq]) (Al-Faruqi, 1998, h. 249).

Al-Faruqi mempercayai bahawa standard penilaian itu penting kerana ilmu mendahului penilaian. Oleh sebab itu, ilmu agama seseorang itu harus mendahului beberapa aplikasi prinsip penilaian (al-Faruqi, 1967, h. 5; Haslina, 2005a, h. 123-124). Meta-religion menyediakan standard penilaian yang terdiri daripada beberapa prinsip umum yang menjadi asas pada kajian perbandingan agama. Tambahan pula, standard penilaian itulah yang menjadi kekurangan dalam metodologi Barat dalam kajian-kajian agama sama ada dalam bidang Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Sejarah, Falsafah, Akidah ataupun Fenomena Agama. Oleh sebab itu, al-Faruqi mencadangkan idea Meta-religion bagi membantu pemikiran supaya keluar daripada kepelbagaian pengalaman budaya-agama yang tiada kesudahannya dan juga untuk memuaskan kesedaran intelektual dalam mencari kebenaran (Al-Faruqi, 1986, h. 34-35; Haslina Ibrahim, 2005a, h. 124). Dalam hal ini, kajian tentang agama tidak sepatutnya merupakan kutipan dan penyusunan data tentang agama sahaja tetapi juga mengukuhkan dimensi kritikan terhadap agama-agama (Haslina, 2005a, h. 124).

Page 5: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

76

Al-Faruqi (1967) di dalam Christian Ethics memulakan perbincangan dalam kajian perbandingan agama dengan mengutarakan kepentingan “disengagement” (pelepasan / pembebasan / peleraian / pelucutan).4 Beliau menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap kajian-kajian terdahulu yang ditulis oleh ilmuan Barat yang sarat dengan salahanggapan tentang agama. Beliau menekankan bahawa agama bukan “fakta sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” (life-facts), sesuatu yang dilalui sendiri oleh manusia sebagai pengalaman hidupnya (al-Faruqi, 1967, h. 3).

Dalam usaha untuk memahami “fakta kehidupan” ini, seseorang mesti mengaplikasikan disengagement atau epoche. Ia merupakan suatu pendekatan memahami intipati sesuatu agama (eidetic vision) dengan menangguhkan penghakiman (epoche). Dalam pengkajian agama, seseorang pengkaji mestilah dengan sukarela dan bersama-sama dalam agama atau “fakta kehidupan” yang sedang dikaji dan tidak boleh sekadar memerhatikannya dari jauh sahaja. Aplikasi ini juga akan mewujudkan keakraban antara pengkaji dengan agama yang dikaji. Oleh sebab itu, pengkaji dapat memahami agama lain sebagaimana yang difahami oleh penganutnya. Akan tetapi keadaan disengagement ini hanya bersifat sementara dan tidak kekal. Seseorang itu bebas untuk kembali semula kepada agamanya dan keluar daripada agama dan budaya yang sedang dikajinya. (Al-Faruqi, 1967, h. 4).

2.3 Prinsip Meta-religion

Apabila seseorang itu telah menamatkan penangguhan penghakiman, maka dia memerlukan satu prinsip yang lebih tinggi yang boleh membandingkan dan menilai agama yang sedang dikaji. Al-Faruqi telah menggariskan dua jenis prinsip iaitu prinsip teori (theoretical principles) dan prinsip penilaian (principles of evaluation). Prinsip-prinsip teori akan mengawal selia, mengkonsepsi dan mensistematikkan makna-makna yang dibentangkan, mengaturkan kefahaman terhadap fenomena yang lain dan membentukkan asas pengetahuan manusia secara umumnya5manakala prinsip-prinsip penilaian (principles of evaluation) pula dikhususkan pada soal agama yang membentukkan asas dan dasar semua agama dan kebudayaan. Menurut al-Faruqi, terdapat enam prinsip penilaian yang juga dikenali sebagai prinsip Meta-religion (al-Faruqi, 1967, h. 22-32; al-Faruqi, 1998, h. xx-xxi; Zuriati & Engku Ahmad Zaki, 2010, h. 111-112). Prinsip-prinsip tersebut ialah:

Page 6: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

77

Kewujudan itu ada dua; ideal dan aktuali.

Menurut al-Faruqi, ideal dan aktual merupakan dua kewujudan yang berbeza. Ia hanya dua dan tidak ada sesuatu yang wujud antara kedua-duanya. Sekiranya ada sesuatu antara kedua-duanya, ia adalah palsu. Ideal ialah Tuhan manakala aktual ialah makhluk.

Kewujudan yang ideal adalah relevan dengan kewujudan yang aktualii.

Yang ideal memberikan nilai untuk yang aktual. Dalam pengertian ini, ideal ialah penyebab kepada aktual. Sehubungan dengan itu, Tuhan bersikap prihatin dengan alam kerana Dia ialah Pencipta, sementara yang lain ialah makhluk-Nya. Melalui hubungan ini, kedua-duanya adalah relevan dan saling berkait antara satu sama lain.

Kaitan yang ideal kepada yang aktual ialah suatu perintahiii.

Menurut al-Faruqi lagi, Tuhan mengaitkan diri-Nya dengan makhluk melalui arahan yang diturunkan melalui wahyu dan kitab suci. Sehubungan dengan itu, melalui wahyu, makhluk yang sebenarnya datang untuk mengenal Dia. Yang ideal akan menghakimi yang aktual. Jika baik, Dia akan memujinya tetapi jika tidak, Dia akan menghukum. Selain itu, perintah Allah diperlukan di dunia ini untuk ditaati dan diamalkan, jika tidak, dunia tidak akan ada. Hal ini demikian kerana dunia merupakan ciptaan Allah. Setiap manusia perlu mengikuti perintah Tuhan. Walaupun manusia terikat dengan perintah ini tetapi ia mempunyai pilihan, sama ada untuk taat atau tidak perintah itu kerana perintah tidak menggunakan paksaan sebab manusia diberikan hak untuk memilih. Oleh sebab itu, setiap perbuatan baik akan dihargai dan diberikan pahala sebaliknya perbuatan jahat akan menerima hukuman.

Page 7: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

78

Yang aktual adalah baikiv.

Seterusnya, al-Faruqi menegaskan bahawa alam yang diciptakan Tuhan ini penuh dengan kebaikan kerana ia merupakan antara ciptaan Tuhan yang paling sempurna. Kesempurnaannya boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Hal yang demikian adalah kerana prinsip ini berkait rapat dengan persoalan moral dan etika. Justeru, setiap perjuangan menuju kesempurnaan mempunyai nilai moralnya yang tersendiri. Secara fitrahnya, manusia yang merupakan makhluk terbaik mampu menjadi lebih baik daripada alam ini.

Kewujudan yang aktual boleh dibentukv.

Untuk menjadikan dunia sesuatu yang bernilai menurut al-Faruqi adalah dengan membentuknya dan memberikan hala tuju ke arah kebaikan. Manusia tidak perlu menjadi luar biasa untuk menjadi baik tetapi yang diperlukan hanyalah mematuhi perintah Tuhan dengan cara beretika atau berakhlak. Sehubungan dengan itu, menjadi baik adalah mungkin bagi manusia. Dia harus mengubah keadaannya dalam usaha untuk menjadi baik, contohnya dengan melakukan kebaikan atau untuk menjadi jahat dengan melakukan kejahatan. Oleh hal yang demikian, untuk merealisasikan nilai sesuatu kebaikan, manusia mesti melakukan kebaikan itu dan ia boleh melakukannya. Dunia ialah kosmos yang tersusun rapi dan ia dikawal oleh undang-undang yang telah ditentukan oleh Penciptanya.

Memakmurkan alam merupakan tanggungjawab manusiavi.

Oleh sebab perintah-perintah tersebut datang daripada Allah, maka manusia diarahkan supaya terlibat dalam kosmos dan membuat perubahan untuk menjadikannya dalam kedudukan yang lebih baik. Sesungguhnya, hanya manusia boleh melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan arahan ini tidak ditujukan kepada makhluk lain. Manusia tidak boleh hanya berbaring dan menunggu perubahan itu berlaku dengan sendirinya, melainkan manusia harus mengambil cabaran untuk mengubahkan dunia dan menjadikannya tempat yang lebih baik untuk hidup.

Page 8: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

79

Kesejagatan enam prinsip di atas banyak ditentukan oleh prinsip yang pertama iaitu Ideal dan Aktual. Dalam prinsip yang pertama ini, al-Faruqi yang menggunakan metode falsafah telah berusaha untuk meletakkan asas yang teguh dalam hujah-hujahnya tentang dualiti bagi menguatkan idea bahawa terdapat hanya dua kewujudan di alam ini iaitu Tuhan dan alam. Dari perspektif agama, pelaksanaan prinsip pertama, iaitu duality of nature itu ialah ideal being itu Tuhan dan actual being itu makhluk-Nya. Jika ia tidak mengesahkan prinsip pertama ini, maka seluruh agama dan perbincangannya tidak akan sah. Prinsip ini merupakan kekuatan Meta-religion yang menjadikan ia sebagai penentu kepada kelayakan sesuatu agama untuk dianalisis oleh lima prinsip berikutnya. Agama hendaklah mengikut prinsip yang pertama ini, kemudian barulah diikuti oleh prinsip-prinsip seterusnya. Sekiranya mana-mana agama gagal untuk menemui prinsip ini, ia menunjukkan bahawa agama itu lemah, goyang dan tidak selamat. Inilah aspek penilaian yang dicadangkan oleh al-Faruqi dalam kajian agama. Penemuan ini (selepas melalui proses penilaian) ialah kebenaran yang menentukan keabsahan agama itu dan kebenaran yang menilai ilmu sesuatu agama itu (Haslina, 2005a, h. 125)

Dengan kata lain, enam prinsip tersebut merupakan garis panduan untuk mengukur agama wahyu yang mempunyai hubungan dengan konsep kerasionalan universal. Mana-mana agama yang tidak sesuai dengan enam prinsip ini akan menghadapi masalah. Hal ini demikian kerana menurut al-Faruqi, enam prinsip Meta-religion merupakan fakta logik agama yang tidak bertentangan dengan kerasionalan universal. Sebagai contoh, prinsip pertama Meta-religion iaitu “kewujudan hanya ada dua lapangan, ideal dan aktual”. Menurut Kristian, Jesus Kristus merupakan seorang manusia yang diutuskan Tuhan. Dengan demikian, beliau merupakan sebahagian daripada manusia dan sebahagian lagi ialah Tuhan. Oleh sebab itu, berdasarkan prinsip pertama, kategori apakah yang sesuai untuk beliau? Apakah beliau adalah ideal, aktual atau badan yang menggabungkan kedua-dua unsur tersebut. Jika beliau dikategorikan di bawah kategori yang ketiga - kategori yang merupakan entiti daripada sebahagian manusia dan Tuhan - beliau tidak dapat dipadankan dengan prinsip pertama Meta-religion. Hal ini demikian kerana di tempat pertama, akal yang rasional hanya mengakui dua jenis kewujudan iaitu yang ideal dan aktual. Oleh sebab itu, penganut Kristian akan menghadapi masalah dengan kepercayaan dan doktrin mereka kerana ajarannya berlawanan dengan kerasionalan universal (Zuriati & Engku Ahmad Zaki, 2010, h. 112).

Page 9: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

80

Teori Meta-religion yang dicadangkan al-Faruqi merupakan teori yang paling sesuai bagi menguji keabsahan sesuatu doktrin agama berasaskan ciri kerasionalan universal. Dalam bidang perbandingan agama, epoche diperlukan untuk mengetahui budaya sesuatu agama berdasarkan perspektif agama yang diteliti. Apabila pengkaji telah keluar dari epoche, dia bersedia untuk menilai fakta yang diperoleh dari kajian ini berdasarkan teori Meta-religion. Uniknya, teori yang dikaitkan dengan kerasionalan universal ini merupakan asas bagi kajian yang bersifat ilmiah dan objektif. Akan tetapi kaedah menangguhkan penghakiman (suspension of judgment) yang dilaksanakan dalam konsep Meta-religion ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ia telah dilakukan oleh al-Biruni (973-1048 M), yang terkenal dengan gelaran The Father of Religionswissenschaft (Bapa Perbandingan Agama) dengan mengatakan bahawa “semua teks harus berbicara sendiri” (all text must speak for itself) (Zuriati & Engku Ahmad Zaki, 2010, h. 112).

2.4 Islamic Meta-religion

Setelah menghuraikan teori Meta-religion, al-Faruqi telah mencadangkan Meta-agama Islam (Islamic Meta-religion) sebagai alternatif bagi penambahbaikan teori tersebut. Dalam teori ini, beliau telah menyepadukan unsur wahyu dengan aspek kerasionalan universal iaitu:

Meta-agama Islam bukanlah i. a priori6 yang mengancam mana-mana agama tetapi mengandaikan bahawa setiap agama merupakan wahyu Tuhan sehinggalah sejarah membuktikan bahawa ia ciptaan manusia.

Latar belakang sejarah agama dihubungkan dengan wahyu atas ii. dasar bahawa tiada umat yang tidak diutuskan nabi untuk mengajar mereka tentang tauhid dan moral.

Meta-agama Islam mengakui manusia dilahirkan dan dibekalkan iii. dengan fitrah untuk mengenali Tuhan.

Meta-agama Islam mencadangkan satu pemeriksaan yang kritikal iv. dan rasional atas agama sendiri di samping perubahan agama asal manusia.

Page 10: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

81

Meta-agama Islam menghormati akal manusia sebagaimana v. penghormatan terhadap wahyu.

Manusia merupakan makhluk yang baik dan tidak menanggung vi. dosa orang lain, bebas serta bertanggungjawab.

Meta-agama Islam mengandaikan dunia tidak diciptakan sia-sia.vii.

Meta-agama Islam bukan sekadar teori tetapi ia merupakan sebuah viii. institusi. (Al-Faruqi, 1986, h. 56-57).

Al-Faruqi berpendapat bahawa nilai universal Meta-religion apabila diuji melalui ajaran Islam secara teorinya (terutama sebagaimana yang digambarkan di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah) dan secara praktikalnya (dalam sejarah hubungan Muslim dengan agama-agama lain) sesungguhnya sangat meraikan fenomena kemajmukan agama-agama dunia. Dengan demikian, prinsip Meta-religion apabila dilaksanakan kepada Islam akan menambahbaikkan aspek-aspek berikut dalam Meta-agama Islam (Haslina, 2005a, h. 126):

Meta-agama Islam mengandaikan bahawa semua agama pada i. asalnya ialah wahyu Tuhan. Walau bagaimanapun, dalam sejarah perjalanan agama itu, Meta-agama Islam menyedari bahawa agama wahyu telah bercampur-baur dengan elemen-elemen budaya dan sejarah sesuatu tempat.

Meta-agama Islam menganggap idea universal tentang ketuhanan ii. dan kenabian sebagai fenomena biasa dalam agama iaitu semua bangsa manusia diutuskan nabi dan rasul untuk mengajar mereka agama.

Meta-agama Islam bersikap terbuka dalam menerima iii. kecenderungan manusia untuk meneroka dan merumuskan kebenaran agama. Setiap manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk mengenali Tuhan, kehendak-Nya dan boleh membezakan

Page 11: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

82

antara yang baik dengan yang buruk.

Meta-agama Islam mengukuhkan dimensi iv. din al-fitrah, kebenaran agama asal yang menjadi asas kepada semua agama dan telah diuji secara kritikal seterusnya membuang elemen-elemen pemalsuan fakta agama dan sejarah.

Meta-agama Islam selari dengan pemikiran manusia dan wahyu v. serta berjalan secara harmoni antara kedua-duanya.

Meta-agama Islam mengisytiharkan bahawa manusia dilahirkan vi. tidak berdosa, bebas dan bertanggungjawab kepada perbuatannya sahaja. Dunia ini tempat manusia menunaikan tanggungjawabnya untuk menjalankan kehendak Allah.

Meta-agama Islam menyelami kehidupan sebagai jalan penegasan vii. atau pengesahan iaitu manusia dan seluruh alam bergerak secara baik (tidak huru-hara) serta tidak diciptakan sia-sia. Dalam hal ini, dunia ini tidak celaka atau durjana dan manusia tidak dilahirkan berdosa. Manusia dan alam merupakan dua unsur yang sangat bererti dan bergerak secara harmoni seterusnya memberikan kebaikan kepada seluruh alam (Haslina, 2005a, h. 127).

Berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Meta-religion, Haslina (2005a, h. 127) menyarankan agar Meta-religion tetap berada dalam sifat universalnya dan bukan kemuncak kepada apa-apa bentuk dogmatik mana-mana agama. Oleh itu, ia merupakan satu prinsip yang sesuai dalam kajian agama sejagat dan didapati bahawa ia telah meraikan fenomena kemajmukan dalam agama.

Perkara yang terpuji tentang Meta-religion menurut pandangan Haslina (sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islamic Meta-religion) ialah mencari kebenaran (the Truth). Apabila kebenaran telah ditemui, ia tidak dipaksa pada mana-mana agama atau pun kepada orang yang menemukan kebenaran tersebut. Hal ini bertepatan dengan semangat al-Qur’an yang bermaksud bahawa “Tiada paksaan dalam agama, telah nyata kebenaran dari kebatilan…” (al-Baqarah 2: 256) dan “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (al-Kafirun 109: 6). Justeru, prinsip Meta-religion merupakan

Page 12: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

83

gambaran pendekatan al-Faruqi terhadap fenomena kemajmukan agama-agama dunia (Haslina, 2005a, h. 127-128).

3. kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, penulis dapat menyimpulkan bahawa konsep Meta-religion yang digunakan al-Faruqi dalam dialog antara agama dengan agama merupakan suatu konsep yang universal dalam menilai agama bagi mencapai matlamatnya iaitu ke arah din al-fitrah. Prinsip epoche atau penangguhan dalam penghakiman hanyalah bersifat sementara. Ia tidak bermaksud “membuang” atau “mengurung” (bracketing) agama dalam sangkarnya. Ia bertujuan mencari kebenaran dalam sesuatu agama yang dikaji. Apabila kebenaran telah ditemui, maka terpulanglah kepada penganut sesuatu agama untuk kekal bersama agamanya atau bertukar kepada agama baru yang terbukti kebenarannya. Prinsip Islam ialah “Tiada paksaan dalam agama” dan “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Selain itu, konsep rasional yang digunakan oleh al-Faruqi dalam Meta-religion ini tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip dogmatik dalam Islam kerana dogmatik dalam Islam berbeza dengan dogmatik dalam agama Kristian dan Buddha. Dogmatik dalam Islam menurut al-Faruqi tidak bertentangan dengan akal yang rasional dan bersedia menerima sebarang hujah dalam segala aspek terutama teologi. Prinsip yang dipegang al-Faruqi ialah biarkan hujah yang terbaik menang (let the best argument win). Al-Faruqi meyakini bahawa Islam sentiasa mempunyai jawapan terhadap sebarang persoalan hidup terutama yang berkait dengan agama atau lebih khusus lagi persoalan akidah bagi mematahkan hujah-hujah pihak yang menyelewengkan kebenaran.

Page 13: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

84

rujukan

Al-Qur’an al-Karim

Abdul Rahman Hj. Abdullah (2001). Falsafah dan Kaedah Pemikiran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Rahman Hj. Abdullah (2010). Wacana Falsafah Sains, Sejarah dan Pemikiran. Pulau Pinang: Pusat kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

Douglas, Allen (t.t). Phenomenology of Religion. In The Routledge Companion of The Study of Religion. London & New York: Routledge.

Esposito, John L. (1998). Foreword. In Ataullah Siddiqui (Ed.), Islam and Other Faiths (hh. vii-x). Leicester: The Islamic Foundation and Herndon: International Institute of Islamic Thought.

Faruqi, Isma‘il Raji al- (1967). Christian Ethics: A Systematic and Historical Analysis of Its Dominant Ideas. Montreal: McGill University Press and Amsterdam: Djambatan.

Faruqi, Isma‘il Raji al- (1986). Meta-Religion: Towards Al-Faruqi Critical World Theology. In American Journal of Islamic Social Sciences (AJISS). Vol. 3, No. 1, hh. 13-58.

Faruqi, Isma‘il Raji al- (1998). Islam and Other Faiths. Ataullah Siddiqui (ed.), Leicester: The Islamic Foundation and Herndon: International Institute of Islamic Thought.

Harith Abdoussalaam (1980). Phenomenologi Agama. Dlm Jurnal Al-Jami‘ah. No. 23. Yogyakarta: Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Sunan Kalijaga.

Haslina Ibrahim (2005a). Diversity of Religions: An Assessment of the Christian and Muslim Encounters with the Philosophy of Religious Pluralism. Ph.D Thesis. Gombak: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM).

Haslina Ibrahim (2005b). Encountering Others: A Constructive Criticism on The Methods of Polemics and Apologetics in ‘Ilm Muqaranah al-Adyan. Kertas kerja yang dibentangkan di The International Seminar on Religious Curricular in The Muslim World (RCMW): Challenges and Prospects anjuran International Institute for Muslim Unity (ILMU) di UIAM, 6-8 September 2005.

Haslina Ibrahim (2011). Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama:

Page 14: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

85

Sejarah Perkembangan. Kertas kerja Seminar “Al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersempena Majlis Tilawah al-Qur’an Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur. 19-20 Julai 2011.

Kamus Filsafat (1985). Bandung: Penerbit Remaja Rosdakarya. Sharpe, Eric J. (1975). Comparative Religion: A History. London: Gerald Duckworth. Syamsun Ni’am (2009). Pendekatan Fenomenologi Dalam Studi Islam. Dlm Jurnal

Epistemê. Vol. 4. No. 1. Jun 2009.Zuriati Mohd Rashid & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2010). Al-Faruqi and His

Views on Comparative Religion. Dlm International Journal of Business and Social Science. Vol. 1. No. 1, Oktober 2010.

nota Hujung

(Endnotes)1 Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah dan mereka pula akan memperolehi azab yang besar”. (Surah al-Nahl 16: 106).

2 Kajian fenomena agama atau fenomenologi agama muncul dalam tahun 1933 oleh sarjana Belanda Gerardus Van der Leuw (1890-1950 M). Pendekatan ini sangat berpengaruh pada kurun ke-20 yang lalu kerana ia menolak pendekatan menghukum (judgmental) dalam mengkaji agama. Pendekatan ini dianggap lebih objektif kerana ia tidak berminat untuk mengkaji kebenaran agama sebaliknya lebih menjurus kepada penerangan terperinci tentang sesuatu agama. Allen Douglas (t.t). “Phenomenology of Religion” in The Routledge Companion of The Study of Religion. London & New York: Routledge, h. 183; Haslina Ibrahim, “Dari Kepelbagaian Agama

ن هللا ولهم عذاب عظيم ن شرح بالكفر صدرا فعليهم غضب م من كفر باهلل من بعد إيمانه إال من أكره وقلبه مطمئن باإليمان ولكن م

Page 15: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Voice of Academia Vol.7, No.1, 2012

86

Kepada Pluralisme Agama”, h. 17. Ia merupakan suatu metode dalam lapangan kajian agama yang disusun secara sistematik. Ia berusaha mengklasifikasikan data tentang agama sebanyak dan seluas mungkin. Dengan hal yang demikian, ia akan mendapat suatu gambaran yang menyeluruh tentang agama dan nilai-nilai keagamaan mengikut perspektif pemeluk agama masing-masing. Di antara persoalan yang akan dibahas oleh pendekatan fenomenologi agama ialah bagaimana cara mengembangkan analisis dan mencari data-data keagamaan yang bersumberkan kitab suci secara komprehensif. Lihat perinciannya dalam Harith Abdoussalaam (1980). “Phenomenologi Agama” dlm Jurnal Al-Jami‘ah. No. 23. Yogyakarta: IAIN, Sunan Kalijaga, h. 62-63. Perlu dijelaskan juga bahawa aliran fenomenologi ini lahir sebagai respon kepada metodologi positivism yang diperkenalkan oleh Auguste Comte (1785-1857), penganjur dan pemimpin besar aliran empirisisme abad ke-19 melalui karyanya yang berjudul Cours de la Philosophie Positive atau Kuliah Tentang Falsafah Positif. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah dan Kaedah Pemikiran, h. 35. Pendekatan positivism ini berpijak pada fakta al-Faruqi yang bersifat objektif sehingga metodologi ini cenderung melihat fenomena hanya aspek kulit atau luaran sahaja tetapi tidak mampu memahami makna di sebalik peristiwa yang berlaku. Manakala fenomenologi bermula dari pola berfikir subjektivisme yang tidak hanya melihat aspek kulit semata-mata tetapi juga berusaha mencari makna di sebalik fenomena itu. Syamsun Ni’am (2009). “Pendekatan Fenomenologi Dalam Studi Islam” dlm Jurnal Epistemê. Vol. 4. No. 1. Jun 2009, h. 35-36.

3 Epoche diambil daripada perkataan Greek epechê, yang bererti “saya menahan”. Sebagai akibatnya, ia bermakna “pemberhentian”, penangguhan penilaian, bentuk pengecualian pemikiran seseorang daripada tiap-tiap andaian awal yang munasabah. Ia terlibat dalam mengandaikan kedudukan pendengar yang menahan penghakiman yang muncul daripada idea yang dibentuk terlebih dahulu. Untuk huraian lanjut, lihat Sharpe, Eric J. (1975). Comparative Religion: A History. London: Gerald Duckworth, h. 224.

4 Juga dikenali sebagai menangguhkan penghakiman (suspension of judgment) atau dalam bahasa Latin, epoche. Pendekatan ini dicetuskan dan diinspirasikan oleh Barat dan kemudiannya dikembangkan oleh aliran fenomenologi Barat khususnya oleh ilmuan Belanda Gerardus Van der Leeuw di dalam bukunya Phenomenologie der Religion (Religion in Essence and Manifestation) pada tahun

Page 16: konsep META-RELIGION menurut isma‘il raji al-faruqi · sains” (scientific facts) yang boleh dikaji berdasarkan sampel biologi atau geologi tetapi “fakta kehidupan” ( life-facts

Ahmad Sabri Osman, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif, Raihaniah Zakaria / Voice of Academia Vol.7 No.1 2012

87

1933. Haslina Ibrahim (2005b). “Encountering Others: A Constructive Criticism on The Methods of Polemics and Apologetics in ‘Ilm Muqaranah al-Adyan”. Kertas kerja yang dibentangkan di The International Seminar on Religious Curricular in The Muslim World (RCMW): Challenges and Prospects anjuran International Institute for Muslim Unity (ILMU) di UIAM pada 6-8 September 2005.

5 Ia terdiri daripada lima prinsip iaitu internal coherence, external coherence, the principle of unity, coherence with reality dan the principle of right purpose. Untuk perinciannya lihat al-Faruqi, Christian Ethics, h. 11; Zuriati Mohd Rashid & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, “Al-Faruqi and His Views on Comparative Religion”, h. 110.

6 Antara maksud a priori ialah pengetahuan yang diperoleh sebelum pengamatan, atau pun tanpa pengamatan, atau dengan kata lain, melalui akal tanpa melalui proses pengalaman panca indera. Mengetahui secara a priori bererti mengetahuinya tanpa didahului oleh pengalaman tentang sesuatu yang menyerupainya di dunia eksternal [Ilham]. Lihat Kamus Filsafat (1985). Bandung: Penerbit Remaja Rosdakarya, hlm. 174. Lawan bagi a priori ialah a posteriori iaitu maklumat atau pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman atau ujikaji terlebih dahulu (empirikal). Lihat Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana Falsafah Sains, hlm. 99-100.