konsep linus 1cfdz

15
Latar belakang program Linus Program LINUS Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).Ia telah memberi peluang yang lebih luas kepada murid- murid di sekolah rendah yang agak ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan. Kajian ini hanya menumpukan kepada kemahiran asas literasi iaitu keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa Melayu dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17 pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geografi, sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai penggerak utama

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 27-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

fadsfeaswf

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Linus 1cfdz

Latar belakang program Linus

Program LINUS

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah

program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).Ia telah

memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah yang agak

ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. LINUS

yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program

pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran

untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard

penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan. Kajian

ini hanya menumpukan kepada kemahiran asas literasi iaitu keupayaan untuk

membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa

Melayu dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan

komunikasi harian.

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan

memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak

berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai

pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah

Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17 pada 19 Oktober

2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan dalam

pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geografi,

sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai penggerak utama program ini harus

mempunyai sikap dan aspirasi yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang

tinggi sepanjang pengajaran

dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru

dan Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah

ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan

interaktif dan belajar sambil bermain. Manakala senarai kemahiran literasi yang perlu

dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata,

membina dan menulis suku kata, membaca perkataan, membaca dan menulis

Page 2: Konsep Linus 1cfdz

perkataan, membaca rangkai kata, membina dan menulis rangkai kata, membaca

ayat, membina dan menulis ayat tunggal.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya

menumpukan kepada kemahiran atau teknik bacaan semata-mata. Murid harus

melalui pembelajaran yang lebih kukuh dalam keupayaan membaca (Mahzan

Arshad, 2008). Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek untuk

memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus

dititikberatkan agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan Malaysia

merupakan kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain

secara optimum dan penuh kejayaan. Keupayaan murid dalam proses pembelajaran

melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hendaklah dititikberatkan

agar kemahiran yang dikuasai oleh murid memberi impak yang besar kepada masa

depan murid dalam menguasai ilmu pengetahuan secara keseluruhan. Kepentingan

untuk melihat akan keupayaan murid dalam mewujudkan sesebuah kurikulum

pendidikan literasi Bahasa Melayu adalah perlu diberi keutamaan (Mahzan Arshad,

2008). Merujuk kepada Rajah 1 masih ramai murid yang kurang berupaya di seluruh

negeri di Malaysia yang sangat memerlukan bimbingan daripada guru-guru di

sekolah agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan bersesuaian

dengan tahap keupayaan murid secara individu.

Konsep LINUS

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening –

Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia

ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas

membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy

Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk

membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas

numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang

belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Definisi Literasi

Page 3: Konsep Linus 1cfdz

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Matlamat Linus

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah

berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012

kecuali murid berkeperluan khas.

Obejektif program Linus

Objektif program LINUS terbahagi kepada dua bahagian ,

Bahagian pertama

Objektif program Literasi .

Objektif program Literasi yang pertama ialah murid berupaya mengeja dan

membunyikan suku kata terbuka dan tertutup .

Objektif yang kedua pula ialah murid berupaya membaca dan menulis

perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup .

Objektif yang ketiga ialah murid berupaya membaca dan menulis serta

memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan

kata hubung ’dan’ .

Bahagian yang kedua

Objektif program Numerasi

Objek yang pertama untuk program Numerasi ialah murid berupaya membaca

, menulis ,membilang dan menyusun nombor hingga 1000.

Objektif yang kedua ialah membilang dua – dua , lima – lima dan sepuluh –

sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor .

Objektif yang ketiga ialah menyatakan asas tambah , tolak , darab dan bahagi

.

Objektif yang keempat ialah mengaplikasikan pengetahuan operasi asas

arimetik dalam wang , menyatakan waktu , ukuran dan sukatan .

2.1 Kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran

Page 4: Konsep Linus 1cfdz

Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran dan

pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap

keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.

Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.

Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada

murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen

saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Prinsip

Prinsip yang pertama bahan bantu menagajar mestilah bersesuaian dengan

tajuk yang hendak di ajar.Hal ini demikian kerana,perkara yang guru perlu tahu

sebelum negajar ialah matlamat mengajar dan objektif yang hendak disampaikan

kepada pelajar supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar.Di samping

itu,jika guru tahu obejektif dan matlamat pengajaran yang hendak disampaikan,iniu

akan memudahkan guru untuk memilih bahan pengajaran yang menarik untuk

pelajar.

Prinsip yang kedua pula ialah berkaitan dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menekankan untuk

melahirkan modal insan yang berpengetahuan selaras dengan konsep pembinaan

ngera maju. Di samping itu, matlamatnya juga ialah bagi melahirakan masyarakat

yang mempunyai jati diri yang utuh dan mem,pertingkatkan imej Malaysia, iaiitu ciri-

ciri tempatan tetapi mempunyai kekuatan dan kehebatan untuk bersaing di peringkat

yang lebih jauh seperti peringkat antarabangsa.

Prinsip yang ketiga ialah berkaitan dengan aspek bahasa,proses

pembelajaran dan pelajaran.Ketiga-tiga aspek ini perlu diambil perhatian dengan

sama rata. Bahan pengajran yang baik tidak hanya menekankan aspek bahsa dan

penggunaannya sahaja,tetapi juga mengambil kira perkembangan murid-murid

melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang murid-murid melalui pengunaan

Page 5: Konsep Linus 1cfdz

bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih. Semasa di dalam kelas juga pelajar

harus dilibatkan secara aktif supaya kita tahu sama ada mereka memahami apa

yang kita ajar atau tidak memahami apa yang kita ajar.

Prinsip seterusnya ialah berkaitan dengan suasana dan keadaan

sekeliling.Suasan adi dalam kelas memainkan peranan penting semasa proses

pengajran dan pembelajaran kerana ia dapat mempengaruhi setiap apa yang guru

ajar semasa di dalam kelas.Hal ini demikian kerana apabila suasana di dalam kelas

tidak kondusif, sesei pengajaran akan tidak menarik perhatian pelajar untuk turut

mengikuti proses pembalajran semasa di dalam kelas. Oleh sebab uitu prinsip yang

berkaitan dengan suasana di dalam kelas ini harus ditekan secara lebih dalam

supaya masalah-masalah di dalam kelas dapat diselesaikan dengn baik.

Kriteria

Guru-guru tidak semestinya menggunakan bahan seperti yang terdapat

dalam buku teks sahaja untuk pengajaran. Guru perlu berusaha memilih bahan

daripada sumber lain yang difikirkan sesuai untuk pelajarnya. Oleh hal yang

demikian itu, untuk memastikan bahan yang dipilih itu sesuai dan relevan dengan

keadaan pelajar, guru haruslah mempunyai prinsip tertentu dalam pemilihan bahan,

khususnya bahan sastera dalam pengajaran pendidikan bahasa.

Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria- kriteria berikut :

Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar . Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

Page 6: Konsep Linus 1cfdz

Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid.

Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

Kemahiran asas literasi

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan

dan ayat mudah.

TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan

dan ayat mudah menggunakan kata sendi.

TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan

dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Definisi numerasi

Page 7: Konsep Linus 1cfdz

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

matematik dalam kehidupan harian.

Kemahiran asas numerasi

Tahun 1

Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga

50.

Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak

Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

Tahun 2

Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100

Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan

mengukur panjang/pendek objek.

Tahun 3

Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga

1000

Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan

minit serta mengukur objek dalam unit piawai

3.0 Soalan 1 ( b )

Merancang dan menghuraikan satu langkah pengajaran berdasarkan mana-

mana bahan bantu mengajar yang dibina untuk murid pemulihan.

Page 8: Konsep Linus 1cfdz

Tajuk : Prabacaan mengeja suku kata,perkataan dan frasa

Menyebut nama gambar benda disekeliling kita yang diberi dan

mengejanya semula dan selepas itu sebutkan suku kata.

Hasil Pembelajaran

a ) Menguasai  pengetahuan ( isi kandungan )

                                 i ) Mengenal jenis gambar yang telah diberikan.

ii ) Mengetahui apa yang dilihat

                               iii ) Membunyikan  suku kata

b ) Menguasai kemahiran

                                    a. (Kognitif)

i ) Mengenal bunyi suku kata

ii ) Memahami jenis benda yang terdapat di sekiling kita

iii ) Dapat membezakan barang-barang yang terdapat di

sekeliling kita

b. (Psikomotor)

i ) Bergerak ke kawasan sekeliling dan melihat kawasan

sekeliling

ii ) Murid mengambil barang yang ada di sekeliling mereka.

c. (Afektif)

                                          i ) Murid menari dengan Penuh rasa gembira

                                         ii ) Murid gembira membuat aktiviti bersama rakan

d. Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif.

                                    i ) Murid saling tolong menolong antara rak di dalam kelas

ii ) Murid mendengar arahan guru semasa di dalam kelas.

Page 9: Konsep Linus 1cfdz

Langkah /

masa

Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Guru Pelajar

Set induksi Rangsangan:-

1.  Aktiviti melihat di

skeliling adakah

mempunyai

sampah dan jika

ada.

Guru bertanyakan

khabar pada setiap

orang pelajar di

dalam kelas untuk

memastikan mereka

sihat atau tidak

Pelajar memberi

respon kepada guru

tentang kesihatan

mereka pada hari itu.

Langkah  1 Membaca dan

bertutur:-

1.  Meberitahu tajuk

yang hendak diajar.

Guru

memperkenalkan

apa tajuk yang

hedak diajar pada

sesepembelajaran

tersebut. Bertanya

kepada murid

tentang tajuk yang

diajar.

Murid memberi

pandangan masing

tentang tajuk yang

akan diajar.

Menyebut nama

Benda yang terdapat

di sekeliling.

Guru meminta 

murid-murid

memberi nama

benda yang

terdapat di

sekeliling mereka

Murid memberi

jawapan dengan

benda-benda yang

masing-masing lihat

di sekeliling mereka

Langkah 2 Mengenal dan

menyebut:-

Pelajar mengeja

benda yang mereka

telah lihat di

sekeliling mereka.

Guru mememinta

pelajar untuk

mengeja apa yang

mereka lihat di

hadapan mereka

Murid mengeja apa

yang mereka lihat.

Langkah  3

(5 minit)

Mengenal dan

menyebut suku kata

setelah mengeja

benda yang mereka

lihat.

Guru menyuruh

murid-murid

menyebut suku

kata setelah

mengetahui benda

Murid-murid

memberi respon

dengan menyebut

suku kata.

Page 10: Konsep Linus 1cfdz

yang mereka eja.

Langkah 4 Latihan lembaran

kerja:-

Guru memberi satu

kertas yang

mempunyai gambar

benda yang berada

di sekeliling mereka

dan menamakan

benda tersebut

dengan menulis

jawapan di petak

kosong

Guru meminta

murid menulis

jawapan di petak

kosong yang telah

disediakn di dalam

lembaran kerja

yang diberikan

Murid cuba mengisi

tempat kosong di

dalam lemaran kerja

tersebu dan cuba

menamakan gambar

benda di dalam

kertas tersebut..

Penutup Guru mengulang

kemabali apa yang

diajar dengan

bertanya kepada

murid-murid.

Guru meminta

murid berdiri untuk

menyanyikan lagu

“ mengenali

bunyi haiwan ”

serta melakukan

pergerakan badan

Semua murid

bersama guru

menyanyikan lagu “

mengenali bunyi

haiwan ” sambil

melakukan

pergerakan badan.

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

• Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.

• Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):

• Saringan 1 (Mac)

• Saringan 2 (Jun)

Page 11: Konsep Linus 1cfdz

• Saringan 3 (September)

• Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.

• Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.

• Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.