konsep inklusif pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas

9
Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelaja r Berkepe rluan Khas Teori pemikiran sejagat menunjukkan bahawa trend pada 10 tahun dahulu golongan yang menghadapi pelbagai kategori ketidakupayaan telah menginstitusika n mereka dalam pendidikan. Maka apa yang dapat dilihat adalah terdapatnya jurang lebih besar diinstitusi pendidikan.jika dbandingkan dengan aliran golongan p elajar di aliran perdana. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa golongan istimewa tersebut adalah insan yang mempunyai hak yang sama seperti orang lain dalam memperole hi pendidikan. Pengintegrasian dalan sekolah dan proses inklusif berlaku secara langsung di mana sistem pendidikan inklusif memastik an semua kanak-kanak mempunyai hak yang sama rata untuk pendidikan berkualiti dalam masyarakat sekolah mereka tanpa mengira faktor jantina, ketidakupayaan, latar belakang, keadaan kesihata n dan lain-lain keadaan (Glossary on Terminologies,2009)Watterdal/Skjo rten/Sletmo/H auschiki/Tahir. UNESCO telah menyatakan bahawa sekolah adalah institusi yang memberikan pendidikan kepada setiap insan. Semua pelajar yang tercicir daripada arus perdana juga perlu memperolehi hak berpendidika n. Ianya meliputi golongan asli dan juga pendatang. Pendidikan khas adalah ruang yang disedikan oleh pihak kerajaan untuk menempatkan golongan yang berkeperluan khas dan kepelbagaian keupayaan. Dalam merealisasika n kenyataan tersebut sokongan moral sangat perlu terutama daripada kalangan guru yang berfungsi secara langsung dengan sistem pendidikan di institusi pendidikan khasnya di negara ini. Konsep pendidikan untuk semua telah bermula secara tidak formal, kemudian wujudnya konsep sekolah dan diikuti dengan memformalisasika n pendidikan secara rasmi di institusi pendidikan di negara ini. Ianya terbahagi kepada beberapa fasa. Pada fasa pertama pendidikan ini diberikan k epada sesiapa sahaja yang berminat namun ianya tidaklah menjadi suatu yang wajib. Pada fasa kedua pula konsep pendidikan ini mula berkembang di mana semua kanak-kanak dalam keperluan khas diberikan peluang dan ruang untuk belajar dengan mengikuti model yang terancang. Apabila akta pendidikan diwartakan pada tahun 2003 fasa ketiga mula memainkan peranan dan menjadi undang-undang dalam pendidikan di mana telah mula men jadi wajib bagi semua kanak-kanak tidak mengira bagaimana keupayaan mereka. Ianya terus menjadi agenda negara di mana pada fasa keempat pula semua kanak- kanak wajib bersekolah di sekolah rendah dan menengah termasuklah kepada golongan berkeperluan khas yang dahulunya peluang untuk mereka terhad. Namun sejauh mana ianya dilaksanakan adalah menjadi tanggungjawap warga yang telibat secara langsung dalam institusi pendidikan. Namun pada masa kini juga terdapat institusi institusi lai n yang menawarkan pembelaja ran bagi golongan berkeperluan khas seperti Pusat Pemuliha n Dalam Komuniti (PDK) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Institusi terseb ut banyak d ibuka di setiap daerah setiap negeri bagi memudahkan peranan perkhidmatannya disebarkan dan dimanfaatkan oleh golongan berkeperluan khas. Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan khasnya kepada golongan berkeperluan khas ini perlunya kita membentuk satu sistem sokongan yang lebih luas untuk golongan tersebut. Inya akan membantu membina kehidupan yang lebih ideal dan r ealistik di luar pagar institusi pendidikan bersama masyarakat yang juga mempunyai pelbagai ragam. Gabungan dua dunia realistik akan dirasai secara langsung oleh golongan berkeperluan khas. Konsep pendidikan untuk semua telah dilaksanakan mengikut akta 1996 dan menjadi undang-undang di mana semua kanak-kanak boleh didik. Ini tidak mustahil ada kemungkinan semua kanak-kanak yang berkeperluan khas akan ada tempat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dengan satu tujuan iaitu memperloehi pendidika n secara formal. Tidak dinafikan setiap sekolah akan mengadakan peperiksaan yang bertujuan untuk menilai potensi akademik kepada palajar-pelajarnya. Inilah sistem di n egara ini yang melihat keupayaan akademik bersaluran peperiksaan menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan aliran perdana.

Upload: eznor77

Post on 08-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 1/9

Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

Teori pemikiran sejagat menunjukkan bahawa trend pada 10 tahun dahulu golongan yang menghadapi pelbagaikategori ketidakupayaan telah menginstitusikan mereka dalam pendidikan. Maka apa yang dapat dilihat adalah

terdapatnya jurang lebih besar diinstitusi pendidikan.jika dbandingkan dengan aliran golongan pelajar di aliran

perdana. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa golongan istimewa tersebut adalah insan yang mempunyai hak 

yang sama seperti orang lain dalam memperolehi pendidikan. Pengintegrasian dalan sekolah dan proses inklusif berlaku secara langsung di mana sistem pendidikan inklusif memastikan semua kanak-kanak mempunyai hak yang

sama rata untuk pendidikan berkualiti dalam masyarakat sekolah mereka tanpa mengira faktor jantina,ketidakupayaan, latar belakang, keadaan kesihatan dan lain-lain keadaan (Glossary on

Terminologies,2009)Watterdal/Skjorten/Sletmo/Hauschiki/Tahir.

UNESCO telah menyatakan bahawa sekolah adalah institusi yang memberikan pendidikan kepada setiap insan.Semua pelajar yang tercicir daripada arus perdana juga perlu memperolehi hak berpendidikan. Ianya meliputi

golongan asli dan juga pendatang. Pendidikan khas adalah ruang yang disedikan oleh pihak kerajaan untuk menempatkan golongan yang berkeperluan khas dan kepelbagaian keupayaan. Dalam merealisasikan kenyataan

tersebut sokongan moral sangat perlu terutama daripada kalangan guru yang berfungsi secara langsung dengan

sistem pendidikan di institusi pendidikan khasnya di negara ini.

Konsep pendidikan untuk semua telah bermula secara tidak formal, kemudian wujudnya konsep sekolah dan diikutidengan memformalisasikan pendidikan secara rasmi di institusi pendidikan di negara ini. Ianya terbahagi kepada

beberapa fasa. Pada fasa pertama pendidikan ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang berminat namun ianyatidaklah menjadi suatu yang wajib. Pada fasa kedua pula konsep pendidikan ini mula berkembang di mana semua

kanak-kanak dalam keperluan khas diberikan peluang dan ruang untuk belajar dengan mengikuti model yang

terancang. Apabila akta pendidikan diwartakan pada tahun 2003 fasa ketiga mula memainkan peranan dan menjadi

undang-undang dalam pendidikan di mana telah mula menjadi wajib bagi semua kanak-kanak tidak mengira

bagaimana keupayaan mereka. Ianya terus menjadi agenda negara di mana pada fasa keempat pula semua kanak-

kanak wajib bersekolah di sekolah rendah dan menengah termasuklah kepada golongan berkeperluan khas yangdahulunya peluang untuk mereka terhad. Namun sejauh mana ianya dilaksanakan adalah menjadi tanggungjawap

warga yang telibat secara langsung dalam institusi pendidikan.

Namun pada masa kini juga terdapat institusi institusi lain yang menawarkan pembelajaran bagi golongan

berkeperluan khas seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikendalikan oleh Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM). Institusi tersebut banyak dibuka di setiap daerah setiap negeri bagi memudahkan peranan

perkhidmatannya disebarkan dan dimanfaatkan oleh golongan berkeperluan khas.

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan khasnya kepada golongan berkeperluan khas ini perlunya

kita membentuk satu sistem sokongan yang lebih luas untuk golongan tersebut. Inya akan membantu membinakehidupan yang lebih ideal dan realistik di luar pagar institusi pendidikan bersama masyarakat yang juga

mempunyai pelbagai ragam. Gabungan dua dunia realistik akan dirasai secara langsung oleh golongan berkeperluan

khas.

Konsep pendidikan untuk semua telah dilaksanakan mengikut akta 1996 dan menjadi undang-undang di manasemua kanak-kanak boleh didik. Ini tidak mustahil ada kemungkinan semua kanak-kanak yang berkeperluan khas

akan ada tempat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dengan satu tujuan iaitu memperloehi pendidikan

secara formal. Tidak dinafikan setiap sekolah akan mengadakan peperiksaan yang bertujuan untuk menilai potensi

akademik kepada palajar-pelajarnya. Inilah sistem di negara ini yang melihat keupayaan akademik bersaluran

peperiksaan menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan aliran perdana.

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 2/9

Bagaimana pula bentuk sistem pendidikan dan penilaian yang dilakukan terhadap golongan berkeperluan khas yangbelajar bersama di institusi yang sama? Persoalan ini ada jawapan dan penyelesaiannya. Ianya melibatkan kurikulum

dan penilaian yang pelbagai bentuk mengikut keupayaan setiap pelajar. Ianya juga bersifat berterusan dan spesifik 

meliputi bidang sosial, psikomotor serta kemahiran hidup. Bentuk penilaian juga adalah berbeza dimana ianya lebihbersifat alternatif berdasarkan kepada konsep dan falsafah pendidikan khas. Secara amnya dapat dijelaskan bahawa

bentuk pembelajarannya adalah menjurus bagaimana golongan ini mampu hidup berdikari tanpa meminta belasikhsan dengan tiket kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Unit Pendidikan Khas di institusipendidikan telah diberi amanah untuk merealisasikan konsep tersebut. Ianya adalah bertanggung jawab dalam

memikir dan mencari atau mencipta alternatif yang bersesuaian dengan golongan berkeperluan khas di situasi

persekitaran mereka. Ianya adalah lebih telus dan realiti serta adil untuk setiap individu yang ada di institusinya.

UNESCO telah menyatakan bahawa kanak-kanak mampunyai hak sama rata sama ada ianya upaya atau tidak upaya.Dalam melihat sekolah adalah satu institusi pendidikan formal, bagai program inklusif yang berlaku di institusitersebut bolahlah dinyatakan bahawa sekolah mesra kanak-kanak dan bercirikan kepada keperihatinan kepada

kanak-kanak. Ianya juga adalah satu proses yang bermula daripada kita sendiri berdasarkan persepsi kita sendiri.

Bagaimana membina persepsi adalah berpaksikan pengetahuan yang mendalam dalam diri individu terhadap

pendidikan khas.

Asas kepada inklusif adalah kanak-kanak dalam kelas yang sama di institusi yang sama dan mengalami proses

pembelajaran yang sama. Berbanding asas integrasi adalah pendidikan khas di institusi yang sama dan mengalamiproses pembelajaran yang berbeza. Faktor yang perlu diambil berat dalam menginklusifkan pelajar berkeperluan

khas di dalam kelas aliran perdana adalah perlunya persediaan yang sepenuhnya dari segi mental pelajar tersebut.

Persediaan guru kelas dan guru mata pelajaran yang akan menerima pelajar tersebut juga perlu diambil kira. Ini

adalah bertujuan supaya pelajar berkeperluan khas yang terlibat boleh mengikuti kurikulum dan mampu berinteraksi

secara langsung tanpa ada syarat."Inclusive education is a consept that allow students with special needs to be

placed and received instruction in the mainstream classes and being taught by mainstream teachers" (Manisah,

Ramlee & Zalizan, 2006).

Dalam proses inklusif ini persekitaran sekolah perlu diubahsuai untuk pelajar berkeperluan khas dan bukan pelajar 

diubahsuai untuk menghadapi situasi persekitaran sekolah tersebut. Pengubahsuaian ini perlu berlaku selaras dengan

keperluan pelajar tersebut. Impak kepada ketidaksediaan atau ketidakfahaman akan wujud ketidaksuaian. Maka apa

yang akan berlaku adalah bermulanya penyingkiran pelajar berkeperluan khas apabila mereka keluar sekolah. Sebabutama penyingkiran adalah tidak faham atau tidak tahu atau tidak pernah tahu keadaan sebenar individu

berkeperluan khas yang wujud di dalam masyarakat.

Kurikulum yang disediakan adalah lebih kepada persediaan untuk golongan berkeperluan khas ini hidup dalam

masyarakat umum. Kanak-kanak dilatih dan diasuh untuk menghadapi hidup sebenar dil luar lingkungan sekolah.Maka masyarakat diubahsuai supaya golongan berkeperluan khas ini mampu menyesuaikan diri. Dalam proses

inklusif yang dilaksanakan sekolah diubahsuai dengan keperluan pelajar berkeperluan khas dengan menggunakan

model sosial.

Dalam membina sokongan kepada pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program inklusif, kesanketidakupayaan akan dapat dilunturkan dengan sokongan jitu daripada semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dengan program dalam institusi sekolah. Pengesanan ketidakupayaan perlu dilakukan dan didiagnosis

seawal 4 tahun dan diinstitusikan di sekolah. Asas kepada sistem sokongan aadalah sekolah dan komuniti. Ini

bermakna kanak-kanak sentiasa dalam pengawasan ibu bapa, guru, pentadbir dan masyarakat. Faktor sokonganinilah yang akan memberikan keyakinan kemahiran sosialdan kemahiran berbahasa dengan rakan-rakan tipikal.

Ianya akan mengurangkan rendah diri golongan berkeperluan khas dan beransur-ansur meningkatkan keyakinan diri.

Sokongan barasaskan sekolah juga melibatkan guru sumber, alat bantuan fizikal, guru bimbingan kaunseling, pusat

sumber serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa pelaksanaan adalah satu proses, amalannya adalah perlu diutamakan,ukuran pendidikan bagi golongan berkeperluan khas adalah di luar sekolah, penjanaan adalah di dalam sekolah.

Maka hala tuju sebenar untuk golongan berkeperluan khas ini adalah untuk menyediakan diri menyambung hidup di

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 3/9

dunia luar sekolah yang memperlihatkan kecacabarbaan masyarakat atau komuniti. Mahu tidak mahu perjalanan

hidup sentiasa memerlukan persediaan yang cukup untuk mengharunginya.

Posted by Aziz Poniran at 3:08 AMEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Pelaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran Yang Akan Menduduki PeperiksaanPenilaian Menengah Rendah (PMR) dan

Pengenalan

Dalam memenuhi keperluan semasa masa kini ramai ibu bapa akan berlumba-lumba untuk 

mengejar impian masing-masing dalam hidup. Dalam bidang pendidikan sudah pastinya impian

mengejar kerjaya akan menjadi agenda penting dalam hidup. Langkah pertama untuk tujuntersebut adalah pendidikan dan peperiksaan. Ianya adalah seumpama lesen untuk memperolehisesuatu kerja. Begitu jugalah dengan inspirasi ibu bapa bagi pelajar pendidikan khas bermasalah

pembelajaran di SMK Jalan Junid, Muar yang inginkan anak-anak berkeperluan merekamemenuhi hasrat mereka. Memenuhi kehendak dan keperluan ibu bapa dan pelajar Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaanawam telah menjadi satu agenda baru di SMK Jalan Junid, Muar.

Objektif 

Pelajar dapat belajar dan menyiapkan kerja kursus di dalam kelas aliran perdana mengikut

keperluan mata pelajaran yang dikhususkan.

Matlamat

Pelajar dapat menduduki peperiksaan awam dengan selesa dan memperoleh keputusan lulusdalam mata pelajaran yang diambil.

Misi PIPKSMKJJ

Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang dengan menyediakanpendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik, perkembangan potensi diri ke tahap optimum,

keupayaan berdaya saing dan kebolehupayaan, menyemai nilai-nilai murni sebagai warga yangbertanggungjawab dan perkongsian dengan pelbagai pihak untuk menjadikan mereka insan yang

berdikari, berjaya dalam hidup dan mencurah bakti kepada masyarakat dan negara.

Visi PIPKSMKJJ

Pendidikan Berkualiti Menjana Potensi Pelajar Berkeperluan Khas

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 4/9

Objektif 

1.  Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas

2.  Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas

3.  Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas

4.  Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini5.  Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Piagam

" Memperkembang potensi pelajar berkeperluan khas ke tahap yang optima selaras denganFalsafah Pendidikan Negara (FPN)."

1.  Mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan

sosial (JERIS)

2.  Sentiasa peka terhadap kebajikan anak-anak istimewa.

3.  Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebihberkesan.

4.  Sentiasa mengkaji dan menilai tahap keupayaan anak-anak istimewa berdasarkan program yang dirancang.

5.  Menyediakan aktiviti untuk pelajar dan keluarga PKBP bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan

guru-guru.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi

Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang SeimbangDan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan

Kepatuhan Kepada Tuhan.

Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan,Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan MencapaiKesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran

Masyarakat Dan Negara

Falsafah Pendidikan Khas

"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan falsafah pendidikan biasayang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak 

dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran,berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi

sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

Ianya satu usaha berterusan lahirkan insan berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu

merancang, dan mengurus kehidupan, serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif.

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 5/9

Falsafah pendidikan bagi kanak-kanak khas juga menyediakan peluang-peluang yangsama kepada kanak-kanak ini seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan

psikologi dan sosial yang seimbang.

Pendidikan Khas Bermaksud Kaedah-Kaedah Yang Dibentuk Khusus Untuk Memenuhi

Keperluan Kanak-Kanak Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya. Kaedah-KaedahTersebut Meliputi Juga Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran, Latihan Jasmani Dan JugaPendidikan Yang Berteraskan, Hospital Dan Institusi.

Kurikulum Bagi Pendidikan Khas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Biasa

Yang Diubahsuai Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Khas Bagi Murid-Murid YangMengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya.

Huraian Falsafah Pendidikan Khas

y  Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan peluang-

peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan Khas peruntukan fizikal,

pembangunan dan lain-lain.

y  Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.

y  Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).

y  Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada

kategori / labeling.

y  Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-

kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman,

normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, integrasi berfungsi, integrasi setempat dan

pengsealiran (mainstreaming).

y  Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar 

dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.

y  Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.

y  Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab,

berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.

y  Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi

kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.

y  Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.

y  Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).

y  Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan

tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar 

perunding, guru khas beredar (interact teacher) dan lain-lain.

y  Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.

y  Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat

pemulihan.

y  Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikankhas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.

y  Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan

pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.

y  Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.

y  Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa

terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.

y  Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk 

persediaan SPM.

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 6/9

y  Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan

dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).

y  Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah

pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.

y  Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP

Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.

y  Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khasrancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber 

Manusia di bawah sayap Vokasional.

Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya

Program transisi sekolah ke kerjaya adalah merujuk kepada program yang membimbing

pelajar bermasalah pembelajaran ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengankemahiran-kemahiran vokasional, kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian.

Di peringkat sekolah menengah, pelajaran kemahiran hidup haruslah diajar kepadapelajar bermasalah pembelajaran bersama-sama dengan pelajaran latihan vokasional yang

melibatkan latihan sambil bekerja bagi melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran sebagai

orang dewasa dan tanggungjawab (Cronin & Patton, 1993).

Mengikut Phillippa Russel, Pengarah Majlis Kanak-kanak Kurang Upaya memetik John

Fish dan Jean McGinty (1992) sebagai berkata,¶ suatu fasa atau perubahan masa antara masaremaja dan masa dewasa di mana berlaku pemisahan pendidikan dan pengurusan. Semasa fasa

transisi terdapat perubahan tanggungjawab daripada zaman kanak-kanak kepada alam dewasa,daripada sekolah ke pendidikan lebih tinggi, dan daripada kongkongan zaman kanak-kanak 

kepada orang dewasa yang bertanggungjawab¶.

Rasional Program

Menyediakan kemahiran dalam diri pelajar-pelajar khas secara langsung dalam bidang tertentumengikut kesesuaian dan tahap keupayaan mereka.

Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Bermaksud Kaedah-Kaedah Yang Dibentuk Khusus Untuk MemenuhiKeperluan Kanak-Kanak Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya. Kaedah-Kaedah

Tersebut Meliputi Juga Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran, Latihan Jasmani Dan JugaPendidikan Yang Berteraskan, Hospital Dan Institusi.

Kurikulum Bagi Pendidikan Khas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Biasa

Yang Diubahsuai Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Khas Bagi Murid-Murid YangMengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya.

Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran

Autisme

y  Perlakuan yang bongkak 

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 7/9

y  Ketawa dengan tiba-tiba

y  Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.

y  Tidak mengenali bahaya.

y  Tidak merasai kesakitan.

y  Menangis dan marah tanpa sebab.

y

 Permainan yang luar biasa.

y  Tidak mahu didakap.y  Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

y  Berkelakuan seperti orang pekak.

y  Tiada perhubungan mata bila bercakap.

y  Memutar barang.

y  Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

y  Tingkah laku aktif keterlaluan.

y  Tidak mahu terima pelajaran biasa.

y  Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.

y  Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down

y  ulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.

y  Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

y  Mata sentiasa berair dan merah.

y  Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi

bahagian dalam mata.

y  Bentuk muka yang kecil.

y  Bahagian kepala leper.

y  Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

y  Majoriti berambut lurus dan lembut.

y  Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.

y  Berbadan gempal dan rendah.

y  Badan yang agak bongkok.

y  Suka bermanja, bermain dan gembira.

y  Dapat bergaul dengan baik.

y  IQ di antara 30 hingga 80.

y  Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan

1. Adiot

Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron

y Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 8/9

y Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

y Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

y Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat

y  Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.

y  Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.

y  Air liur yang meleleh tanpa kawalan.

y  Sukar bernafas.

y  Sukar tidur dan terjaga waktu malam.

y  Selalu menangis.

y  Sukar bercakap dan memahami orang lain.

y  Suara terlalu lembut atau sengau.

y  Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.y  Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.

y  Tidur yang berlebihan.

y  Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif 

y  Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

y  Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

y  Tidur yang tidak tetap.

y  Terlalu kerap menangis atau ketawa.

y  Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.

y  Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.y  Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

y  Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif 

y  Murang dan menyendiri.

y  Aktiviti fizikal yang pasif.

y  Tiada respond pada persekitaran.

y  Suka termenung.

y  Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

y  Menundukkan muka bila nama dipanggil.

y  Suka bermain sendirian.y  Suka berkhayal.

Spastik 

y  Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.

y  Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.

y  Tidak berupaya mengangkut badan.

y  Tidak berupaya berpijak atau berdiri.

8/7/2019 Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-inklusif-pendidikan-bagi-pelajar-berkeperluan-khas 9/9

y  Tidak berupaya memegang objek.

y  Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas

y  Kebolehan yang luar biasa.

y  Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

y  pergaulan dengan kanak-kanak lain.

y  Perkembangan bahasa yang lambat.

y  Perbendaharaan kata yang kemas.

y  Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

y  Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

y  Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

y  Suka mencari helah.