konflik selatan filipina

16
1.0 PENGENALAN Negara Filipina merupakan sebuah wilayah yang terdiri daripada beberapa buah pulau besar dan kecil. Pulau yang terbesar ialah Pulau Luzon dan Mindanao yang terdiri daripada 2/3 daripada keseluruhan Filipina. Kawasan Filipina juga dikatakan mempunyai banyak gunung berapi seperti Gunung Mayon di Daerah Albay, Gunung Cammlon di Negros Utara dan Gunung Apo di Davao. Majoriti penduduk di Filipina adalah beragama Kristian manakala golongan yang beragama Islam dan agama lain hanyalah golongan minoriti. Pada asalnya, majoriti penduduk Filipina adalah beragama Islam, namun kedatangan Sepanyol telah mengubah keadaan apabila agama Kristian mula disebarkan ke seluruh Filipina. Walauagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang menentang kuat penyabaran Kristian seperti di kawasan Selatan Filipina iaitu Mindanao dan Sulu. Penentangan umat Islam di Selatan Filipina telah menyebabkan Sepanyol bertindak secara keras dalam menyebarkan agama Kristian dan disinilah bermulanya konflik kepada umat Islam di Selatan Filipina. Menurut Kamus Dewan konflik membawa maksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea dan kepentingan. Bagi umat Islam di Filipina, merek sentiasa menghadapi konflik semenjak kedatangan Sepanyol ke Filipina. Terdapat beberapa konflik yang berlaku di Filipina iaitu konflik penyabaran agama Kristian oleh Sepanyol yang melibatkan penindasan ke atas umat Islam, masalah penguasaan perdagangan dan juga menglibatkan Perang Moro yang melibatkan orang Islam dan Sepanyol di Filipina. Umat Islam di Selatan Filipina sering terlibat dalam penindasan, peperangan dan pembunuhan oleh Sepanyol kerana kawasan ini merupakan kubu kuat umat Islam di Filipina. Konflik yang berlaku di Filipina mula diatasi apabila kerajaan Filipina menubuhkan sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam di negara tersebut. Terdapat juga beberapa pejuang yang lahir untuk menentang Sepanyol dalam membebaskan umat Islam daripada ditindas. Akhirnya konflik ini berjaya diselesaikan dengan termenterainya Perjanjian Damai pada 27 Mac 2014. 1

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 25-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

isu-isu serantau

TRANSCRIPT

Page 1: Konflik Selatan Filipina

1.0 PENGENALAN

Negara Filipina merupakan sebuah wilayah yang terdiri daripada beberapa buah pulau

besar dan kecil. Pulau yang terbesar ialah Pulau Luzon dan Mindanao yang terdiri

daripada 2/3 daripada keseluruhan Filipina. Kawasan Filipina juga dikatakan mempunyai

banyak gunung berapi seperti Gunung Mayon di Daerah Albay, Gunung Cammlon di

Negros Utara dan Gunung Apo di Davao. Majoriti penduduk di Filipina adalah beragama

Kristian manakala golongan yang beragama Islam dan agama lain hanyalah golongan

minoriti. Pada asalnya, majoriti penduduk Filipina adalah beragama Islam, namun

kedatangan Sepanyol telah mengubah keadaan apabila agama Kristian mula disebarkan

ke seluruh Filipina. Walauagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang menentang

kuat penyabaran Kristian seperti di kawasan Selatan Filipina iaitu Mindanao dan Sulu.

Penentangan umat Islam di Selatan Filipina telah menyebabkan Sepanyol bertindak

secara keras dalam menyebarkan agama Kristian dan disinilah bermulanya konflik

kepada umat Islam di Selatan Filipina.

Menurut Kamus Dewan “konflik” membawa maksud perselisihan atau

pertentangan antara individu, idea dan kepentingan. Bagi umat Islam di Filipina, merek

sentiasa menghadapi konflik semenjak kedatangan Sepanyol ke Filipina. Terdapat

beberapa konflik yang berlaku di Filipina iaitu konflik penyabaran agama Kristian oleh

Sepanyol yang melibatkan penindasan ke atas umat Islam, masalah penguasaan

perdagangan dan juga menglibatkan Perang Moro yang melibatkan orang Islam dan

Sepanyol di Filipina. Umat Islam di Selatan Filipina sering terlibat dalam penindasan,

peperangan dan pembunuhan oleh Sepanyol kerana kawasan ini merupakan kubu kuat

umat Islam di Filipina. Konflik yang berlaku di Filipina mula diatasi apabila kerajaan

Filipina menubuhkan sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat

Islam di negara tersebut. Terdapat juga beberapa pejuang yang lahir untuk menentang

Sepanyol dalam membebaskan umat Islam daripada ditindas. Akhirnya konflik ini berjaya

diselesaikan dengan termenterainya Perjanjian Damai pada 27 Mac 2014.

1

Page 2: Konflik Selatan Filipina

2.0 LATAR BELAKANG KONFLIK SELATAN FILIPINA

Konflik yang berlaku di Selatan Filipina adalah rentetan daripada pergelutan untuk merebut

kekuasaan dalam kalangan bangsa Moro dan pemerintah Filipina. Bangsa Moro adalah

bangsa yang membentuk kumpulan pemberontakan yang terbahagi kepada tiga kelompok

iaitu Sulu, Magindanao dan Meranau. Istilah Moro diberikan gelaran kepada penduduk

muslim di kepulauan Filipina oleh orang Sepanyol yang melakukan kolonialisasi di bahagian

Utara dan Tengah gugusan kepulauan pada tahun 1565. Islam telah berkembang di wilayah

tersebut sejak abad ke-14 yang menyebabkan seorang raja yang sangat ternama di

Manguidanao memeluk Islam. Islam juga menjadi kekuatan besar di wilayah Filipina dan

diwakili oleh Kesultanan Sulu. Namun, Sepanyol telah menyerahkan Filipina kepada AS

pada tahun 1898 yang dikuasai oleh penduduk Muslim di bahagian selatan termasuklah

Mindanao. Penyerahan filipina kepada AS menyebabkan berlakunya penyebaran agama

kristian pada awal abad ke-20 yang menyebabkan tersisihnya kaum Muslim ketika Filipina

mendapat kemerdekaan pada tahun 1946. Pada tahun 1509, ekspedisi Ferdinand Magellan

sampai di wilayah Filipina namun juga membawa misi lain iaitu kolonialisasi Sepanyol dan

misi Kristianisasi. Disebabkan itu, Raja Humabon bersama denga rakyat Cebu berjaya

dimurtadkan dari agama Islam dan dikristiankan.

Di wilayah Utara proses Kristianisasi terus giat dijalankan namun apabila proses

dilakukan di wilayah Selatan ianya mendapat tentangan yang kuat daripada masyarakat

terutamanya masyarakat di Mindanao dan Sulu. Ini kerana sebahagian besar masyarakatnya

menganut agama Islam. Konflik yang berterusan yang berlaku di kawasan Selatan akhirnya

mencetuskan perang saudara dan Presiden Ferdinan Marcos telah mengistiharkan darurat

militer pada September 1972. Pemerintahan pusat di Manila menggangap konflik yang

berlaku disebabkan oleh sikap bangsa Moro yang keras,sebaliknya bangsa Moro

menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan hak-hak

mereka sebagai bangsa yang berdaulat dibawah sistem Kesultanan Mindanao. Ketegangan

sosial yang berlaku mendorong masyarakat Moro dan imigran dari Luzon membentuk

kekuatan ketenteraannya sendiri. Situasi bertambah buruk disebabkan perubahan sosial dan

ekonomi. Kedatangan imigran dari Utara Filipina telah menyebabkan kelompok muslim

Mindanao yang pada asalnya adalah merupakan kelompok majoriti (75%) menjadi minoriti

(25%). Perubahan ini menjadi punca berlakunya konflik antara masyarakat Mindanao dan

pemerintah Filipina.

2

Page 3: Konflik Selatan Filipina

3.0 SEBAB-SEBAB BERLAKU KONFLIK

Pada Disember 1898, Sepanyol yang menjajah Fillipina telah menyerahkan Fillipina kepada

Amerika Syarikat dibawah Perjanjian Paris yang melibatkan daerah Mindanao dan Sulu

walaupun daerah tersebut belum secara rasmi adalah milik jajahan Sepanyol. Penyerahan

daerah ini merupakan punca berlakunya konflik di Selatan Fillipina. Proses penyerahan

daerah tersebut telah menyebabkan berlakunya antara bangsa Moro dan Amerika Syarikat.

Namun demikian, pertumpahan darah ini akhirnya berjaya diselesaikan dengan satu

perjanjian yang dikenali ‘Treaty Bates’ yang telah ditandatangani antara Sultan Mindanao

dan Amerika Syarikat pada tahun 1899. Perjanjian yang telah ditandatangani termeterai dan

tiada pertumpahan darah berlaku selepas itu. Pertumpahan darah kembali berlaku kerana

Sultan Mindanao menolak keputusan Amerika Syarikat untuk memasukkan daerah

Mindanao (Moro) ke dalam Filipina. Hal ini kerana Sultan Mindanao menganggap bahawa

Mindanao dan Fillipina adalah berbeza.

Sultan Mindanao juga telah menghantar surat bantahan kepada Amerika Syarikat

daripada bangsa Moro namun Amerika Syarikat tetap menolak dan membuat keputusan

memasukkan Mindanao (Moro) ke dalam Fillipina. Ketika Fillipina sedang mengalami proses

pembangunan, Fillipina tidak mengiktiraf akan hukum adat bangsa Moro disebabkan bangsa

Moro pernah menyerang Pusat Pemerintahan Fillipina di Manila. Bangsa Moro telah

menubuhkan ‘Moro National Liberation Front’ atau dikenali sebagai MNLF untuk

memperjuangkan hukum adat mereka . MNLF ditubuhkan pada tahun 1971 dan diketuai oleh

Nur Misuari. Justeru itu, pemerintah Fillipina telah mengadakan rundingan dengan MNLF

yang dihadiri oleh OKI (Organisasi Konferensi Islam) sebagai perantara antara pemerintah

Fillipina dengan MNLF. Rundingan ini telah menghasilkan satu perjanjian yang dikenali

sebagai ‘Perjanjian Tripoli’ dan isi kandungan perjanjian ini adalah mengenai hak-hak

autonomi daerah bagi tiga belas wilayah di Mindanao. Walau bagaimanapun, perjanjian ini

tidak berhasil kerana terdapat pelbagai andaian sehingga sulit dan menjadi rumit untuk

dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama juga, MNLF telah terbahagi kepada dua iaitu MNLF

dan MILF. MILF dikenali sebagai ‘Moro Islamic Liberation Front’ yang dipimpin oleh Salamat

Hashim. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemerintah Fillipina untuk berdamai dengan

MNLF dan MILF, namun usaha-usaha yang dilakukan sering menemui kegagalan. Proses

perdamaian dengan MNLF bermula ketika Pemerintahan Ramos yang dikenali sebagai ‘Final

Peace Agreement’ iaitu (FPA), namun proses ini tidak melibatkan MILF. Kemudian, ketika

pemerintahan Presiden Estrada, tentera Fillipina telah menyerang markas MILF, dan

peristiwa ini telah menjadi titik permulaan kepada MILF untuk meneruskan perjuangan

3

Page 4: Konflik Selatan Filipina

diplomasi dan pencarian bantuan ke dunia internasional. Kemuncak penentangan MNLF

terhadap perjanjian damai Manila – MILF adalah apabila 400 lelaki bersenjata dipercayai ahli

kumpulan MNLF telah menyerang Zamboanga City. Serangan ini dilaksanakan kerana untuk

memberi tekanan kepada Manila dan MILF yang akan berunding di Kuala Lumpur. Misuari

cuba mempergunakan Perjanjian Tripoli yang dimeterai pada 1996 sebagai asas untuk

menggagalkan perjanjian damai Manila – MILF dengan mendakwa kumpulan beliau adalah

wakil sah penduduk Islam selatan Fillipina.Perjanjian Tripoli yang digunakan sebagai asas

pembentukan Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di mana Misuari

sebagai Gabenor pertama telah gagal mencapai matlamat untuk membawa kestabilan dan

kemakmuran kepada wilayah bergolak itu.

Matlamat MNLF adalah begitu jelas kerana kegagalan perjanjian damai Manila –

MILF sudah pasti memberi manfaat kepada kumpulan mereka. Tidak menjadi rahsia lagi

Manila sudah mengiktiraf MILF sebagai wakil sah penduduk Islam selatan Fillipina dan

menyisihkan MNLF dalam rundingan damai yang terbaru. MNLF walaupun sudah tidak

mempunyai kekuatan seperti yang dimiliki dua dekad lepas tetapi masih mampu mengkucar-

kacirkan keadaan kerana mereka mempunyai pengaruh yang agak kuat terutama sekali di

Zamboanga City dan Davao City. Memang begitu sukar untuk mengawal konflik selatan

Fillipina yang telah berlarutan lebih empat dekad dan telah mengorbankan lebih 150 000

nyawa. Manila juga dilihat begitu sukar untuk menstabilkan keadaan di selatan Fillipina

selagi tiada perjanjian damai yang diterima semua pihak dapat dimuktamadkan. Serangan

MNLF ke atas Zamboanga City adalah manifestasi jelas kekalutan keadaan di selatan

Fillipina.

Selain itu, konflik juga berlaku disebabkan oleh faktor agama. Ketidakadilan dan

diskriminasi yang berlaku terhadap penduduk Islam Moro sejak pemerintahan Sepanyol di

Filipina telah menyebabkan permusuhan sesama sendiri. Dasar kerajaan Kolonial untuk

mengkristiankan masyarakat Islam Moro telah ditentang keras oleh mereka dan akhirnya

menyebabkan mereka diberi layanan yang buruk oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Kebangkitan orang Islam Filipina dalam usaha melawan penjajahan Sepanyol untuk

menegakkan agama telah menyebabkan berlakunya peperangan Moro yang sukar untuk

diatasi oleh Sepanyol.

Kedatangan Sepanyol ke Filipina untuk menyebarkan agama Kristian telah

mencetuskan kemelut kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kerenah orang Sepanyol

yang mencuba pelbagai taktik seperti menggunakan kekerasan, pujukan, sogokan hadiah

dan kedudukan sosial untuk memurtadkan penduduk Islam di Selatan Filipina. Tentera

kolonial Sepanyol perlu bertempur untuk melawan Kesultanan Islam di wilayah Selatan

4

Page 5: Konflik Selatan Filipina

Filipina iaitu Sulu, Manguindau serta Buayan. Rentetan peristiwa yang panjang ini telah

menambahkan lagi ketegangan antara orang Kristian dan orang Islam di Filipina. Selain itu,

dalam melakukan penyebaran agama Kristian, pihak Sepanyol telah menimbulkan konflik

dalam menghapuskan pengaruh Islam dengan melakukan kekerasan terhadap pemimpin-

pemimpin di Selatan Filipina. Sebagai contoh, Sepanyol menghantar kapten Esteban

Rodriguez de Figueroa ke Sulu untuk menuntut cukai daripada pemimpinnya. Sepanyol juga

telah bertindak mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi menerima pelajar-pelajar

yang ingin mendalami Islam, membakar masjid-masjid, melakukan kemusnahan terhadap al-

Quran dan manuskrip Arab serta memusnahkan makam-makam sultan dan mubaligh Islam.

Tekanan seterusnya yang dihadapi oleh masyarakat Islam di filipina ialah

penggunaan istilah ‘Moro’. Perkataan Moro ialah sebutan orang Sepanyol bagi ‘Moor’ yang

bermaksud Muslim (orang Islam). Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, yang

digunakan oleh orag Sepanyol dahulu untuk menyebut orang Moor (Islam) dan

kemudiaannya untuk orang Filipina Islam yang menduduki Mindanao, Sulu dan di Selatan

Filipina. Selain itu, perkataan tersebut merujuk kepada buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan

juga pembunuh. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakat Islam di

Selatan Filipina sebagai golongan tidak bertamadun yang akhirnya telah mencetuskan

konflik. Di samping itu, tekanan semakin hebat dihadapi apabila gabenor wilayah Zanboanga

iaitu Jeneral Almonte telah memasuki kampung-kampung orang Islam di Sulu dan

melakukan kekejaman dengan menggantung semua penduduk sehingga mati. Golongan

wanita dan kanak-kanak Islam turut ditangkap tanpa alasan kukuh serta dijadikan hamba di

Mindanao atau dijual di Makasar dan Betawi untuk dijadikan sebagai hamba. Setelah tamat

pemerintahan Sepanyol ia diganti dengan pentadbiran penjajahan Amerika Syarikat (1898-

1949) dan terpaksa meneruskan peperangan Moro yang tercetus.

Selain itu, konflik di Selatan Filipina berlaku adalah disebabkan oleh faktor ekonomi.

Jika dilihat dari segi ekonomi perdagangan khususnya, sebelum kedatangan Sepanyol ia

telah menunjukkan bahawa Filipina telah menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa kepada

pedagang Asia. Kedudukan Manila di Pulau Luzon yang merupakan laluan perdagangan

antara China dan Jepun, serta merupakan pusat perdagangan entrepot, ianya telah dilihat

memberi satu peluang kepada Sepanyol untuk menguasai pelabuhan tersebut. konflik

pertama yang menyebabkan persengketaan antara orang Sepanyol dengan orang Islam di

Filipina bermula setelah ketibaan Legazpi dan berakhir dengan penceroboan Sepanyol ke

atas Brunei pada tahun 1578 hingga tahun 1581. Dalam tempoh tersebut Sepanyol telah

dapat menghalang kegiatan-kegiatan perdangan orang Borneo di Luzon dan Pulau Visaya

dengan menawan penempatan Borneo di Manila pada tahun 1571 serta memusnahkan

penempatan orang Islam di Mindaro.

5

Page 6: Konflik Selatan Filipina

Konflik lain yang dihadapi oleh masyarakat Islam Selatan Filipina disebabkan oleh

tindakan Sepanyol yang bertindak menjadikan Mindanao sebagai jajahannya, khususnya

kawasan Maguindanao demi kepentingan ekonomi mereka. Hal ini kerana, Mindanao

merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan sumber-sumber semulajadi. Kekayaan

sumber pertanian ini dapat membekalkan makanan mencukupi kepada penduduk dalam

kesultanan tersebut. Terdapat juga percubaan-percubaan Sepanyol untuk memaksa orang

Islam supaya membayar cukai kepada mereka. Konflik ini dapat dilihat apabila berlaku

pertikaian di antara Sepanyol dan Kesultanan Maguindanao yang disebabkan oleh isu

pembayaran cukai oleh kepulauan Visayan yang perlu dibayar samada kepada Sepanyol

atau Kesultanan Maguindanao. Ini kerana, sebelum kedatangan Sepanyol, kepulauan

Visayan telah berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Maguindanao di mana

pembayaran cukai perlu di bayar kepada Sultan. Namun disebabkan oleh kedatangan

Sepanyol ianya telah merencatkan pembayaran cukai Visayan dan telah mencetuskan

konflik antara kedua belah pihak. Hal ini talah menyebabkan berlakunya permusuhan di

antara Sepanyol dengan Islam di mana pihak Islam telah melancarkan serangan ke atas

Sepanyol di Filipina. Namun, diserang balas oleh Sepanyol. Konflik-konflik tersebut

menunjukkan bahawa kedatangan Sepanyol ke Filipina dilihat memberi kesan yang buruk

terhadap ekonomi masyarakat Islam di Filipina. Konflik inilah yang menyebabkan berlakunya

beberapa siri pemberontakan dan peperangan menentang Sepanyol yang disebabkan

kebangkitan penduduk Islam di Selatan Filipina.

6

Page 7: Konflik Selatan Filipina

4.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MENYELESAIKAN KONFLIK

4.1 Pembentukan Pemerintahan Wilayah yang Autonomi ( Regional Autonomous

Goverment/RAG)

Pada tahun 1971, satu pertubuhan telah ditubuhkan bertujuan untuk

memperjuangkan kemerdekaan bangsa Moro yang dikenali sebagai Barisan

Pembebasan Kebangsaan Moro atau Moro National Liberation Front (MNLF).

Pertubuhan ini diasaskan oleh Nur Misuari bagi menggantikan Muslim

Independence Movement (MIM) yang lebih radikal sebelum ini bagi membela umat

Islam. Tujuan pertubuhan ini adalah membentuk bangsa Moro (Bangsamoro) yang

mempunyai identiti sebagai bangsa Islam dan memiliki budaya yang tersendiri,

membentuk orang Moro sebagai satu bangsa yang sah disisi undang-undang bagi

memastikan hak bangsa Islam terjamin. Selain itu, MNLF juga berperanan untuk

berjihad melawan Filipina bagi menegakkan keadilan orang Islam Moro.

Pada 23 Disember 1976, satu kesepakatan telah ditandatangani oleh

pemerintah Filipina bersama MNLF di Tripoli (Libya). Kesepakatan ini adalah untuk

mewujudkan dua pemerintahan yang berbentuk wilayah autonomi. Kedua-dua

pemerintah tersebut merupakan kesatuan politik untuk memperkuatkan

pemerintahan tempatan yang berfungsi sebagai pendorong bagi mencapai

perdamaian dan kestabilan, memberikan penempatan kepada keluarga yang

berpindah ke tempat lain dan mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi

wilayah. Langkah ini diambil bertujuan untuk mengatasi isu politik yang berlaku ke

atas Selatan Filipina apabila pihak Amerika Syarikat cuba untuk menyatukan

wilayah Sulu dan Filipina. Oleh itu, pembentukan wilayah minoriti akan memberi

peluang kepada wilayah tersebut untuk membentuk pemerintahan yang tersendiri.

Selain itu, terdapat dua buah badan iaitu Badan Legislatif dan Badan

Eksekutif yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan fungsi yang dipersetujui

oleh pemerintah Filipina dan MNLF dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun

pemerintahan yang berautonomi memiliki kekuasaan eksekutif dan legislatif pada

peringkat wilayah tetapi mereka secara langsung berada di bawah pengawasan

presiden. Pengerusi RAG akan menyampaikan laporan kepada presiden mengenai

apa yang dilaksanakan dan berlaku. RAG turut mengawal pelbagai kegiatan dan

pelaksanaan kerja kementerian-kementerian kesihatan, pendidikan dan

kebudayaan, jalan raya, pertanian, kegiatan sosial, penempatan, dan

perkembanagan aktiviti golongan pemuda serta kegiatan sukan di peringkat

7

Page 8: Konflik Selatan Filipina

wilayah. Namun kerjasama ini tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kurang

mendapat respon daripada kedua-dua pihak.

4.2 Mendirikan Institut Pengajian Islam di Universiti Manila

Institut ini didirikan pada 22 Disember 1973 yang bertujuan untuk menyediakan

peluang bagi mahasiswa untuk melibatkan diri dalam kehidupan nasional dan

pembangunan melalui bidang akademik, melahirkan sifat saling memahami dan

menghormati antara warga Muslim dan warga lain serta memberi lebih banyak

informasi mengenai sejarah Filipina, tempat dan peranan warisan kebudayaan Islam

dalam membentuk negara Filipina dan negara lain di Asia Tenggara.

Institut ini mendorong dan melaksanakan pelbagai penelitian yang dilakukan

oleh mahasiswa Muslim. Lembaga ini juga menjadi pusat pertemuan bagi para

ilmuan yang tertarik pada sejarah dan kebudayaan Islam. Kini ia merupakan sebuah

perpustakaan Islam terbesar di Filipina. Pada November 1974, institut ini

memulakan program Sarjana Muda dalam pengajian Islam. Manakala pada tahun

1975, telah diberikan biasiswa bagi mahasiswa Muslim yang mempunyai prestasi

yang baik dan mulai tahun 1980 institut ini telah menerima mahasiswa untuk

memperolehi (MA) dalam bidang pengajian Islam. Langkah ini dilihat mampu

mengatasi isu konflik sosial dalam kalangan umat Islam yang memberi mereka

peluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan pendidikan agama agar mereka

kekal dan memahami ajaran Islam yang sebenar.

4.3 Pelaksanaan Dialog Nasional Muslim-Kristian

Dialog antara Muslim dan Kristian telah diadakan pada tahun 1974, 1976 dan 1978.

Dialog ini diadakan pada 30 November hingga 4 Disember 1981 yang diadakan di

Kota Marawi. Dialog ini merupakan dialog yang keempat dan telah mengambil tema

iaitu Pelbagai Impak Moral dan Spiritual Muslim-Kristian di Filipina. Dialog ini

telahdihadiri oleh 26 orang delegasi yang mewakili sektor swasta bagi menyuarakan

pandangan dan pengalaman mereka terhadap maslah yang dianggap penting

dalam masyarakat masing-masing. Tema yang diketengahkan adalah berbeza

setiap tahun iaitu mencerminkan pelbagai situasi dan kenyataan di wilayah lokasi

dialog semasa. Misalnya, dialog sebelum memusatkan perhatian pada situasi yang

menyedihkan dan darurat serta perusaha menganalisis sebab-sebabnya. Dialog ini

juga bertujuan merekodkan penyelesaian bagi menghentikan dan mengurangkan

konflik yang berlaku.

8

Page 9: Konflik Selatan Filipina

4.4 Penubuhan King Faisal Centre of Islamic and Arabic Studies, Mindanao State

University

Langkah penyelesaian yang telah diambil untuk mendamaikan masyarakat Islam

Filipina adalah seperti mendirikan King Faisal Centre of Islamic and Arabic Studies.

Institusi ini didirikan pada 1973 yang merupakan institusi Islam pertama yang

dikelola oleh kerajaan. Pada awal penubuhannya, institusi ini menggunakan nama

Institute of Asian and Islamic Studies dan kemudian menukarkan namanya setelah

mendapat bantuan daripada pemerintah Arab Saudi.

Pada 3 Jun 1976, institusi ini dinaik taraf menjadi sebuah pusat pengajian

yang mempunyai empat fungsi utama iaitu yang pertama mengenai pengajaran,

penelitian dan perkhidmatan dengan tujuan khusus seperti melakukan penelitian

mengenai warisan budaya Islam di Filipina untuk menguatkan pemahaman tentang

kebudayaan dan tradisi Islam. Fungsi kedua ialah mengembangkan pelbagai

program yang dirancang untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi warga Muslim

dan komuniti-komuniti lain di Filipina. Fungsi ketiga ialah untuk mengembangkan

pendidikan untuk warga Muslim supaya menjadi warganegara yang aktif serta dapat

memahami peranan kesatuan nasional dalam keagamaan dan seterusnya bertujuan

untuk meningkatkan kesedaran di Asia dan Timur Tengah mengenai identiti dan

kerjasama wilayah.

4.5 Philipines Amanah Bank dan Dana Pembangunan Muslim

Disamping pembangunan dalam bidang pendidikan, terdapat juga pembangunan

dalam bidang ekonomi seperti melancarkan Philipines Amanah Bank dan Dana

Pembangunan Muslim. Bank ini didirikan pada 2 Ogos 1973 yang bermodalkan 100

juta peso pada awal penglibatannya. Tujuan penubuhan bank ini adalah untuk

membiayai dan memperkembangkan bidang pertanian, perkilangan, pengangkutan,

dan industri serta pelbagai sumber yang belum diteroka. Selain itu, ia juga bertujuan

untuk menggalakkan dan meningkatkan usaha Muslim Filipina Selatan. Bank ini

menawaekan pelbagai pinjaman tanpa dikenakan sebarang faedah atas dasar

kerjasama dengan para penabung. Antaranya ialah para peminjam mendapat

setengah keuntungan yang diperoleh dari pembiayaan untuk bantuan pengelolaan

dan pengawasan syarikat. Para penabung juga turut mendapat keuntungan secara

ansuran, biasiswa dan keuntungan-keuntungan daripada sumber sosial lain. Dalam

pada itu, setengah daripada keuntungan bank akan disalurkan kepada dana

pembangunan Muslim ( MDF) untuk membiayai projek pembangunan sosial,

pendidikan, kebudayaan dan ekonomi warga Muslim.

9

Page 10: Konflik Selatan Filipina

5.0 ANALISIS KONFLIK DI SELATAN FILIPINA

5.1 Kesan Konflik Kepada Dunia Dan Serantau

Pada September 2013, konflik di selatan Fillipina dilihat semakin meruncing selepas

kerajaan negara itu meningkatkan serangan ke atas kubu kuat Barisan Pemberontak

Kebangsaan Moro (MNLF). Tentera kerajaan Fillipina dilaporkan melancarkan

serangan roket bagi mengusir pemberontakan MNLF yang menguasai sebahagian

Zamboanga City. Tentera Fillipina melancarkan serangan bertujuan untuk

menamatkan tentangan pemberontak. Kejadian yang berlaku di selatan Fillipina ini

dibimbangi bakal merebak ke negara yang berdekatan terutamanya di Sabah.

Dakwaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bahawa terdapat 4000

pejuang Tausug berada di Sabah dan Sarawak yang telah bersiap sedia untuk

berperang telah mencemaskan keadaan kerana peristiwa pencerobohan di Lahad

Datu dan Semporna oleh pengganas baru sahaja berlalu.

Walaupun demikian, dakwaan sedemikian bukan pertama kali berlaku

terutamanya dari pemimpin MNLF iaitu Nur Misuari. Pada akhir Julai 2013, Pejabat

Daerah Tambunan Sabah telah menerima sepucuk surat ugutan yang menyatakan

bahawa Sabah akan diserang lagi disebabkan ingin membalas dendam dari peristiwa

pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu. Setiap pencerobohan dan ugutan yang

berlaku ke atas Sabah adalah berpunca daripada pergolakan yang berlaku di selatan

Fillipina terutamanya yang melibatkan wilayah Kepualauan Mindanao. Begitu juga

dengan ugutan MNLF mengenai rentetan peristiwa pengisytiharan kemerdekaan oleh

Misuari untuk wilayah selatan Fillipina dan juga Sabah dan Sarawak pada 12 Ogos

2013. Dalam pengisytiharan tersebut, wilayah yang dimerdekakan digelar sebagai

Republik Bangsa Moro (RBM). Misuari selaku pengerusi MNLF bertindak sedemikian

kerana beliau berasa tidak puas hati setelah disisihkan daripada perjanjian damai

antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan membentuk

wilayah merdeka yang dinamakan bangsa Moro.

Peristiwa serangan Zamboanga City adalah rentetan daripada perhimpunan

bersenjata MNLF di bandar Indanan wilayah Sulu yang berlaku pada 25 Julai 2013.

Ekoran daripada perhimpunan ini, pada 12 Ogos 2013, Misuari telah mengisytiharkan

Republik Bangsa Moro (RBM) yang telah melibatkan Sabah dan Sarawak.Setiap

ugutan atau ancaman yang ditujukan kepada Sabah mempunyai perkaitan dengan

keadaan yang berlaku di selatan Fillipina. Dalam keadaan status-quo yang diamalkan

telah menyukarkan keadaan untuk mengekalkan kestabilan dan mengawal keadaan

10

Page 11: Konflik Selatan Filipina

kerana terlalu banyak kumpulan yang memperjuangkan agenda masing-masing.

Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih rumit kerana MNLF sedaya upaya cuba

melibatkan Jakarta dalam persengketaan kumpulan itu dengan Manila mengenai

status ARMM.Beberapa pemimpin MNLF dikatakan bersiap sedia untuk ke Indonesia

bagi membincangkan perkara tersebut. MNLF cuba meraih simpati daripada Jakarta

kerana Indonesia adalah Pengerusi Jawatankuasa Perdamaian Selatan Fillipina

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC – PCSP) yang juga penggerak utama Perjanjian

Tripoli. Strategi MNLF adalah cuba mengaitkan beberapa negara Islam dalam

menyokong perjuangan mereka dengan harapan secara tidak langsung boleh

memberi tekanan kepada Manila.

Peristiwa serangan Zamboanga City adalah rentetan daripada perhimpunan

bersenjata MNLF di bandar Indanan wilayah Sulu yang berlaku pada 25 Julai 2013.

Ekoran daripada perhimpunan ini, pada 12 Ogos 2013, Misuari telah mengisytiharkan

Republik Bangsa Moro (RBM) yang telah melibatkan Sabah dan Sarawak.Setiap

ugutan atau ancaman yang ditujukan kepada Sabah mempunyai perkaitan dengan

keadaan yang berlaku di selatan Fillipina. Dalam keadaan status-quo yang diamalkan

telah menyukarkan keadaan untuk mengekalkan kestabilan dan mengawal keadaan

kerana terlalu banyak kumpulan yang memperjuangkan agenda masing-masing.

Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih rumit kerana MNLF sedaya upaya cuba

melibatkan Jakarta dalam persengketaan kumpulan itu dengan Manila mengenai

status ARMM.Beberapa pemimpin MNLF dikatakan bersiap sedia untuk ke Indonesia

bagi membincangkan perkara tersebut. MNLF cuba meraih simpati daripada Jakarta

kerana Indonesia adalah Pengerusi Jawatankuasa Perdamaian Selatan Fillipina

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC – PCSP) yang juga penggerak utama Perjanjian

Tripoli.

Strategi MNLF adalah cuba mengaitkan beberapa negara Islam dalam

menyokong perjuangan mereka dengan harapan secara tidak langsung boleh

memberi tekanan kepada Manila.Dalam hal ini, Malaysia mahu tidak mahu telah

terpalit dengan kemelut MNLF – Manila – MILF terutama sekali apabila faktor sejarah

lampau Sabah diambil kira. Dari semasa ke semasa Malaysia sudah pasti akan

menerima ugutan dan ancaman yang berpunca daripada scenario keadaan di selatan

Fillipina. Tetapi berlandaskan pengalaman Kuala Lumpur menangani peristiwa

pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013, ugutan dan ancaman tersebut walaupun

dalam bentuk retorik tetapi mampu ditangani jika ia menjadi realiti. Perairan Sabah

yang kini berada dalam Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) bukan

lagi sempadan yang mudah dicerobohi.Tetapi apa yang lebih kritikal adalah Esscom

11

Page 12: Konflik Selatan Filipina

bukan sahaja dilengkapi dengan aset pencegahan pencerobohan berteknologi tinggi

tetapi juga mempunyai kemampuan risikan yang lebih bersepadu. Sebab itu apabila

Pejabat Daerah Tambunan menerima surat ugutan Sabah akan diserang pada Julai

2013, analisis dapat dilakukan dengan sahih dan cepat kerana adanya maklumat

risikan. Begitu juga apabila MNLF mendakwa terdapat 4000 pejuang Tausug yang

boleh dikerahkan untuk berperang di Sabah dan Sarawak, Kuala Lumpur dengan

pantas dapat menilai ugutan tersebut sama ada retorik atau realiti berpandukan

maklumat risikan daripada Esscom.

5.2 Penglibatan Malaysia Dalam Konflik Selatan Filipina

Kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) membuka

lembaran baharu bagi hubungan mereka sebelum ini yang ditandai dengan

permusuhan dan sikap saling tidak mempercayai apabila mereka duduk semeja

untuk menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) bagi

membuka jalan ke arah mencari penyelesaian politik di Mindanao.

Perjanjian penuh bersejarah yang diusahakan Malaysia ini berlangsung di

perkarangan Istana Malacanang serta turut dihadiri Presiden Filipina Benigno Aquino

III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Rundingan damai

dengan MILF, yang bermula pada 1997, bertujuan menamatkan pemberontakan di

wilayah selatan Filipina sejak tahun 1970-an, yang sehingga kini telah meragut lebih

100,000 nyawa. Malaysia bertindak sebagai pemudah cara pihak ketiga dalam

proses damai ini, dengan Kuala Lumpur mula menyertainya pada 2001.

Perjanjian damai GPH-MILF bermatlamat mewujudkan satu entiti politik

berperintahan sendiri dikenali sebagai Bangsamoro, yang akan mempunyai lebih

banyak kuasa politik dan ekonomi. Entiti baru ini akan menggantikan Wilayah

Autonomi Islam Mindanao, sejajar dengan Undang-undang Asas Bangsamoro, yang

akan diluluskan Kongres Filipina dan disahkan penduduk terbabit. Perjanjian yang

ditandatangani itu menyaksikan penubuhan entiti baru wilayah autonomi bangsa

Moro. Wilayah autonomi melibatkan 10 peratus kawasan Fillipina itu. Selain itu,

wilayah tersebut juga mempunyai pasukan polis, di samping Parlimen ditubuhkan

sendiri oleh bangsa Moro.

Perjanjian itu sangat penting bagi menamatkan perjuangan di Mindanao

selepas bangsa Moro menempuh pelbagai detik sukar dan kepayahan dalam

mempertahankan hak mereka. MILF telah berjuang lebih empat dekad untuk

12

Page 13: Konflik Selatan Filipina

mendapatkan kemerdekaan atau hak autonomi di wilayah itu atas tuntutan bahawa

kawasan tersebut merupakan tanah warisan nenek moyang mereka. Konflik itu telah

meragut nyawa lebih 120 000 sekali gus menyebabkan Mindanao menjadi wilayah

paling miskin dan dicemari isu rasuah di Fillipina.

Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara yang berjaya menyelesaikan

konflik yang berlaku di sesebuah negara dan disebabkan itu Malaysia dipandang

tinggi oleh dunia dan peranan yang digalas oleh Malaysia adalah besar. Pendirian

sederhana kerajaan Malaysia dan kestabilan politik negara turut diperakui oleh dunia

dan diterima baik oleh banyak pihak telah memudahkan Malaysia untuk mendapat

kepercayaan daripada negara lain. Penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global

memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar

sebagai perantara untuk membantu menyelesaikan masalah dan salah faham di

negara-negara yang berdepan masalah.

Malaysia turut memainkan peranan dalam menamatkan konflik dan

penderitaan selama kira-kira 40 tahun di selatan Filipina dan dalam mewujudkan

prospek bagi keamanan dan pembangunan di Mindanao. Malaysia juga membantu

kerajaan Filipina dan Bangsamoro melaksanakan pembangunan semula di kawasan

itu demi manfaat rakyat. Kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara

berbilang kaum dan kepelbagaian budaya juga telah membolehkan Malaysia

dijadikan sebagai rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu yang membabitkan

penganiayaan terhadap umat Islam bagi isu Bangsamoro ini kerana Malaysia

merupakan jiran yang palling hampir yang boleh diharapkan oleh Manila dan

Bangsamoro sendiri untuk dirujuk sebagai orang tengah dan diberi kepercayaan.

Sebagai anggota kumpulan serantau ASEAN, persefahaman dan kerjasama rapat

antara Kuala Lumpur dan Manila banyak membantu dalam kejayaan rundingan

damai antara MILF dan kerajaan Filipina.

Peranan Malaysia dalam membantu Bangsamoro sudah lama berlangsung

sejak zaman mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Hussein.

Malaysia membantu Bangsamoro dalam pelbagai sudut dan sebagai contohnya,

banyak warga Filipina yang menjadi warganegara Malaysia khususnya di Sabah.

Malaysia yang berperanan sebagai pemudah cara pihak ketiga akan terus berusaha

melalui Pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao dengan menjadi rakan ke

arah perdamaian dan membantu meningkatkan kemajuan Bangsamoro dalam

13

Page 14: Konflik Selatan Filipina

usahanya untuk mewujudkan institusi, mengukuhkan pendidikan dan menambah baik

sektor pertanian.

Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu kerajaan Filipina dalam

bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia merupakan elemen penting dalam

kemajuan sesebuah negara. Bidang ekonomi dan pendidikan merupakan aspek

penting dalam memastikan kerajaan Filipina dapat meningkatkan taraf hidup

rakyatnya termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat agar dapat

mengatasi masalah kemiskinan. Bagi proses pembinaan Bangsamoro pula,

pendekatan Islam sederhana patut digunakan bagi pembangunan, pendidikan,

ekonomi dan sosial menerusi penubuhan agensi-agensi Islamik seperti Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dengan membawa

Islam seperti yang diamalkan di negara Malaysia, ia akan membantu membangunkan

masyarakat Bangsamoro daripada segi rohani dan juga materialistik.

14

Page 15: Konflik Selatan Filipina

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kemelut ataupun konflik yang berlaku terhadap umat Islam di

Selatan Filipina khususnya di kawasan Mindanao dan Sulu telah dibincangkan melalui

konflik politik,sosial dan ekonomi. Walau bagaimanapun, kemelut yang dialami oleh umat

Islam iaitu yang paling utama adalah mengenai isu penyebaran agama Kristian yang

dibawa oleh Sepanyol. Penyebaran agama Kristian ini yang bersifat kekarasan telah

menyebabkan orang Islam terasa diancam dan mula bertindak balas kepada kuasa barat

Sepanyol. Oleh yang demikian, kesemua usaha yang dijalankan sedikit sebanyak dapat

menyelesaikan konflik yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Selatan Filipina.

Walaupun, langkah yang diambil gagal mewujudkan pendamaian dalam kalangan umat

Islam di Selatan Filipina tetapi masih ada usaha untuk mewujudkan pendamaian dan

mengurangkan diskriminasi yanag berlaku keatas masyarakat di Selatan Filipina. Dengan

termeterainya Perjanjian Komprehensif mengenai bangsamoro yang telah ditandatangani

di Manila yang mana ia memberi pengiktirafan terhadap kewajaran dan perjuangan sah

rakyat bangsamoro. Ianya bertujuan untuk menentukan masa depan politik bangsamoro

melalui proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran mereka.

Perjanjian bakal memberi kuasa pemerintahan sendiri kepada bangasamoro.

Perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia ini juga menyaksikan

berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina( GPH) dan Barisan

Pembebasan Islam Moro( MILF). Ia akan membuka laluan ke arah mencapai

penyelesaian politik secara rundingan berkaitan persoalan bangsamoro. Malaysia juga

akan terus membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan

bidang pertanian bangsamoro. Disamping itu juga Malaysia juga berharap bangsamoro

akan terus bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi memastikan kejayaan Perjanjian

Komprehensif yang dimetarai diantara kedua-dua pihak. Pemeteraian Perjanjian

Komprehensif mengenai bangsamoro itu akan mengakhiri konflik selama berdekad antara

kerajaan Filipina dan MILF.

15

Page 16: Konflik Selatan Filipina

7.0 RUJUKAN

Guerero, A (1970). Philipine Society and Revolution. Manila: Pulang Tala Publications.

Kerajaan Filipina dan MILK meterai Perjanjian Damai Bersejarah. (2012 Oktober, 15).Sinar Harian.

Konflik Selatan Filipina berakhir. (2014 Mac, 26) Utusan Malaysia.

Maruwiah Ahmat (2006). Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia tenggara.Selangor: Publicattion Karisma.

Pasukan Keselamatan Pantau Konflik Bersenjata di Selatan Filipina. (2013/9/12) HarianMetro.

Perjuangan Bangsa Moro Menuju Keamanan (2012 Oktober 10). Berita Harian.

16