komuniti fauna lkan di sungai kesit, batang …

24
KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAW AK Juillif Bin Sipin QL S8lj ana Muda Sains dengan Kepuj ian 624 (Bains dan Pengurusan Swnber Akuatik) J91 2005 2005

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAWAK

Juillif Bin Sipin

QL S8ljana Muda Sains dengan Kepujian 624 (Bains dan Pengurusan Swnber Akuatik) J91 20052005

Page 2: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Pusat Khidmat Makiumat Akade UNlVERSlTl MALAYSIA SARAWAK

94 '1,00 t.a S

KOMUNITI FAUNA IKAN OI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK,

ENGKILILI, SARAWAK P.KHIDMATMAKLUMAT AKADEMIK

UllMAS

1111111111111111111111111 1000127067

JUILLIF BIN SIPIN

Projek ini diusulkan dalam menunaikan sebahagian daripada

keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian

(Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik)

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2005

Page 3: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia projek kursus

. STF3014 Projek Akhir Tahun iaitu Dr. Lee Nyanti kerana beliau telah memberi

banyak panduan, sokongan dan bantu an tenaga dalam menjayakan projek ini.

Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih kepada pembantu makmal UNIMAS

yang tumt membantu dalam proses penyediaan alat-alat persampelan serta telah

membantu dalam aktiviti persampelan di tapak kajian. Pembantu-pembantu makmal

yang terlibat adalah seperti Encik Zaidi Ibrahim dan Encik Harris Norman. Terima

kasih juga kepada Pembantu Penyelidik iaitu Cik Nazzatul Asykin Bt. Najib yang

telah tumt meluangkan masa dan tenaga dalam aktiviti persampelan di Sungai Kesit.

Tidak lupa juga kepada pemandu-pemandu kenderaan UNIMAS, Encik laafar

Maharup, Encik Lamri Salam, Encik Zaidi Basuni dan Encik Awang Zakaria A wang

Fauzi. Berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka kerana telah sudi berkorban

masa dan tenaga untuk sampai ke penginapan tapak kajian persampelan.

lasa dan panduan para penduduk tempatan di tempat kajian tidak dilupakan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana telah membantu sedaya upaya

untuk sampai ke setiap stesen kajian dengan menggunakan bot-bot mereka. Para

penduduk tempatan dari Kampung Lubok Subong yang telah terlibat dalam

menjayakan aktiviti persampelan adalah seperti Encik Rahim Nyaie, Encik David Ak

Utek, Encik Alik Ak Umpeng, Encik Kuda Ak Bungin, Encik Sain Ak Umpeng dan

Encik Keleman Ak. Ran.

Berbanyak-banyak terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas, seperti Cik

Fiffy Hanisdah Bt. Saikim, Cik Hasanaliza Bt. Bujang Abdilah dan Encik Ahmad

Helmi Bin Ahmad Salleh di atas pandangan dan bantuan semasa proses persampelan

dilakukan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kerana

telah banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan dorongan untuk menjayakan

kursus ini serta sepanjang pengajian di Unimas. Terima kasih juga kepada mereka

yang telah membantu secara tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Page 4: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

KANDUNGAN

MUKA

SURAT

1ABSTRAK

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ULASAN KEPUST AKAAN 4

3.0 JUSTIFIKASI 9

4.0 OBJEKTIF 9

5.0 BAHAN DAN KAEDAH 10

5.1 Lokasi Persampelan Fauna Ikan 10

5.2 Persampelan Fauna Ikan 14

5.2.1 Jala 14

5.2.2 Pukat Insang 15

5.2.3 Kuasa Renjatan Elektrik 15

5.2.4 Pancing 16

5.3 Pengecaman Fauna Ikan 17

5.4 Pengukuran Fauna Ikan 17

5.4.1 Panjang Total (TL) dan Panjang Piawai (SL) 17

5.4.2 Berat Total (WT) 18

5.5 Penentuan Indeks Ikan 18

5.5.1 Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (H) 19

5.5.2 Indeks Kekayaan Margalef(D) 19

5.5.3 Indeks Kesamarataan Pie lou (J) 19

5.5.4 Indeks Gonadosomatik (GSI) 19

195.6 Persampelan Fauna Udang dan Ketam

205.7 Analisis Statistik

216.0 KEPUTUSAN

216.1 Fauna Ikan

266.2 Indeks Ikan

286.3 Graf Regrasi Fauna Ikan

Page 5: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

6.3.1 Famili Balitoridae 28

6.3.2 Famili Cyprinidae 29

6.3.3 Famili Sisoridae 30

6.4 Fauna Udang dan Ketam 30

6.4.1 Fauna Udang 30

6.4.2 Fauna Ketam 32

7.0 PERBINCANGAN 33

7.1 Cuaca dan Taburan Fauna Ikan 33

7.2 Sumber Makanan dan Adaptasi Fauna Ikan 34

7.3 Kualiti Air dan Pengaruh Terhadap Komuniti Fauna Ikan 35

7.4 Tahap Pertumbuhan Fauna Ikan 37

8.0 KESIMPULAN 38

9.0 RUJUKAN 39

10.0 APPENDIK 44

Appendik 1: Fauna Ikan di Sungai Kesit 44 I

Appendik 2: Fauna Udang dan Ketam 48

Appendik 3: Gambar Stesen-stesen Persampelan lkan 49

Page 6: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

I

,.

Komuniti Fauna Ikan Di Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak

Juillif Bin Sipin

Program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan kepelbagaian komuniti fauna ikan di Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak. Sepanjang kajian, air sungai adalah dalam keadaan jernih, berarus deras dan dasar substrat yang berbatu serta berpasir. Empat jenis kaedah penangkapan ikan telah digunakan iaitu pukat insang, jala, renjatan kuasa elektrik dan pancing. Sebanyak 37 spesies ikan yang terdiri daripada 10 famili dan 24 genera telah direkodkan dari tapak persampelan. Daripada 793 individu ikan yang telah ditangkap, famili Cyprinidae dan Balitoridae mendominasi kawasan Sungai Kesit dan masing-masing mewakili 55% dan 34% daripada jumlah keseluruhan individu ikan yang telah ditangkap. Ikan yang lebih kerap ditangkap terdiri daripada genus Gastromyzon (29.8%), Rasbora (21.3 %) dan Puntius (20.9%). Daripada enam spesies genus Gastromyzon, Gastromyzon contractus (67 individu) adalah paling dominan. Puntius lateristriga (140 individu) adalah paling dominan daripada 37 spesies ikan yang telah direkodkan sepanjang kajian . lumlah spesies ikan yang telah ditangkap dari Sungai Kesit adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Satang Lemanak. Ini adalah kerana legeh Batang Lemanak telah dibalak dan kualiti air sungai ini telah menurun. Ini telah ditunjukkan oleh jumlah pepejal terampai di dalam air yang tinggi . Sebaliknya, legeh Sungai Kesit belum lagi dibalak dan keadaan kawasan tersebut masih lagi dalam keadaan yang bersih.

Kata kunci: Fauna ikan, air tawar, kaedah penangkapan ikan, Sungai Kesit.

ABSTRACT

This study was conducted to determine the diversity offish fauna community in Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak. During the study period, the water was generally clear, fast flowing with rocky and sandy substrate at the bottom of the river. Four fishing methods used were gill net, cast net, electroshocker and hook and line. Thirty-seven species belonging to 10 families and 24 genera were recordedfrom the sampling sites. From the 793 individuals caught, the two dominantfamilies are Cyprinidae and Balitoridae representing 55% and 34% of the number of individual caught respectively. The commonly caught individuals were from the genera Gastromyzon (29.8%), Rasbora (21.3%) and Puntius (20.9%). Among the six Gastromyzon species, Gastromyzon contractus is the dominant individuals caught (67 individuals). Among the 37 species caught from the study area, Puntius lateristriga is the dominant species (J 40 individuals). This study showed that the number of species present in Sungai Kesit is more than those reported for Batang Lemanak. This is because Batang Lemanak watersheds have been logged and the water quality has deteriorated. This is reflected in the high amount of total suspended solids in the water. In contrast, Sungai Kesit watershed has not been logged and the condition is still pristine.

Key word: Fish fauna, freshwater, fishing methods, Sungai Kesit.

Page 7: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

1.0PENGENALAN

Menurut Maitland (1992), terdapat 0.0093% daripada isipadu keseluruhan air

di permukaan bumi adalah air tawar dan 33 peratus daripadanya menjadi habitat fauna

ikan. Sungai merupakan habitat yang utama bagi kebanyakan ikan air tawar di

kawasan Borneo. Setiap sungai mempunyai cm-cm habitatnya tersendiri dan

kepelbagaian hidupan akuatiknya yang sedikit berbeza. Sungai dapat dibahagikan

kepada tiga bahagian utama iaitu kawasan hulu, pertengahan dan muara. Setiap

bahagian ini mempunyai perbandingan dari segi kepelbagaian habitat, spesies dan

bilangan hidupan akuatiknya. Ciri-ciri kepelbagaian habitat di kawasan hulu sungai

adalah lebih terhad jika dibandingkan dengan ciri habitat di kawasan pertengahan dan

kawasan muara sungai. Kualiti air di setiap sungai menentukan taburan organisma

akuatik yang terdiri daripada tumbuhan, invertebrata dan vertebrata. Kualiti air adalah

merujuk kepada nilai parameter fizikal dan kimia yang ditentukan melalui Indeks

Kualiti Air (WQI) (DOE, 1994). Parameter-parameter kualiti air yang penting adalah

seperti pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), jumlah

pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen kimia (COD) dan ammonia-nitrogen

(NH3-N) (DOE, 1994). Perubahan terhadap parameter-parameter kualiti air 1111

mempengaruhi taburan dan komposisi fauna ikan di sungai (Welcomme, 1985).

Seperti di Semenanjung Malaysia, Borneo juga terletak di kawasan iklim

khatulistiwa atau iklim tropika yang dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.

Walaupun iklim ini stabil, tetapi ia tidak seragam kerana ia dipengaruhi oleh jumlah

hujan dan pergerakan angin sepanjang tahun. Dua jenis tiupan angin monsun yang

bertiup ke arah Malaysia iaitu angin monsun timur laut (bertiup dari bulan November

ke bulan Mac) dan angin monsun barat daya (bertiup dari bulan Mei ke bulan

2

Page 8: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

September). Suhu di Malaysia adalah sekata sepanjang tahun dengan suhu maksimum

di bawah 30°C dan suhu minimanya adalah lebih kurang 20°C (Mohsin dan Ambak,

1983).

Sumber ikan air tawar adalah merupakan sumber protein haiwan di dunia dan

telah menjadi sumber protein alternatif di samping ikan-ikan marin (Kelvin et al.,

2002). Di Malaysia, ikan air tawar menjadi sumber protein haiwan dan juga sebagai

sumber pendapatan utama bagi masyarakat di kawasan pedalaman (Khan et al., 1996).

Di kawasan pedalaman, sumber ikan diperolehi melalui aktiviti penangkapan ikan di

kawasan sungai dan aktiviti pengkulturan ikan (kolam ikan).

Sungai Kesit yang menjadi tempat kajian ini adalah dikelilingi oleh kawasan

hutan primer yang belum pernah diterokai sebelum ini. Ekosistem persekitarannya

masih berada dalam keadaan yang seimbang dan dijangkakan bahawa pada masa akan

datang ia akan diterokai untuk tujuan aktiviti pertanian dan pembalakan secara

komersial. Menurut Lee (2004), aktiviti pembalakan secara kecil-kecilan di kawasan

Satang Lemanak telah mula dijalankan sejak tahun 1987 dan diperluaskan oleh

syarikat pembalakan di daerah Sri Arnan pada tahun 1995. Sekiranya kawasan hutan

primer di Sungai Kesit diterokai untuk tujuan pertanian dan pembalakan secara

kornersial, ia akan mengubah struktur habitat dan ekosistem sungai tersebut.

Seterusnya, sisa daripada aktiviti pertanian dan pembalakan secara komersial ini akan

mengancam habitat dan kepelbagaian hidupan akuatik di Sungai Kesit.

3

Page 9: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

2.0 ULASAN KEPUST AKAAN

Pada pertengahan abad ke-20, kajian terhadap fauna ikan air tawar di Borneo telah

mula dijalankan di Kalimantan oleh Bleeker yang lebih tertumpu di kawasan

Kalimantan, Indonesia (Inger dan Chin, 1962; Nyanti et aI., 1995). Kajian Bleeker

telah merekodkan dua per tiga daripada 152 fauna ikan air tawar primer yang terdapat

di Borneo (Kelvin et aI., 2003).

Oi Asia Teriggara terdapat 900-1,000 spesies ikan air tawar yang telah direkodkan

oleh Kottelat dan Whitten (1993). Di Malaysia, taburan kepelbagaian ikan air

tawarnya adalah tinggi dan terdapat 380 spesies ikan air tawar telah direkodkan oleh

Khan et al. (1996). Di kawasan Borneo, terdapat 300 spesies yang telah ditemui dan

direkodkan (Inger dan Chin, 1962; Roberts, 1989; Kotellat et aI., 1993).

Pengkaji awal seperti Brittan (1954a, 1954b, 1956) telah mengkaji secara

terperinci terhadap genus Rasbora dalam famili Cyprinidae. Sementara itu, kajian

terhadap sebahagian ekologi fauna ikan air tawar telah dijalankan di Penang oleh

Alfred (1964), di Malayan oleh Johnson (1957) dan Bishop (1971), di kolam air

Subang oleh Yap (1978), Furtodo dan Mori (1982) telah mengkaji ekologi sebahagian

daripada spesies fauna ikan air tawar. Menon (1954) telah merekodkan 63 spesies

ikan air tawar dalam famili Cyprinidae dari kolam air Subang, Kuala Lumpur.

Antara hasil-hasil kajian yang berkaitan adalah seperti di Semenanjung Malaysia

dan Sabah. Di Semenanjung Malaysia, spesies Puntius binotatus mendominasi Sungai

Serting dan Jempol, Negeri Sembilan (Khairul et al., 2002). Di hulu Sungai Banjaran

Croker, Keningau, Taman Negara Sabah, terdapat 17 spesies ikan yang terdiri

daripada 4 famili (Khairul et aI., 2000). Menurut Khairul et al. (2000), genus

Gastromyzon dan Tor lebih mendominasi di setiap sungai Banjaran Crocker. Menurut

4

Page 10: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Nyanti et al. (1995), Tor spp. lebih suka mencari habitat pelindungan di kawasan

anak-anak sungai yang berair jemih, berarus perlahan dan juga kawasan air yang

deras. Kajian Kelvin et al. (2003) di Sungai Betong, Tawau, Sabah telah merekodkan

16 spesies ikan air tawar yang terdiri daripada 6 famili dan famili Cyprinidae didapati

mendominasi kawasan ini. Spesies Puntius bramoides dari famili Cyprinidae

mendominasi Sungai Balung, Tawau, Sabah (Kelvin et aI., 2003).

Berikut adalah ringkasan daripada hasil kajian yang telah dilakukan di Sarawak

sebelum ini. Kottelat et al. (1995) telah merekodkan 249 spesies ikan dari Sarawak

dan Brunei. Namun begitu masih terdapat 25 spesies tidak dapat direkodkan sebelum

kajian mereka ini dilakukan. Allan dan Brown (1987) telah merekodkan 39 spesies

ikan air tawar daripada famili Belontiidae dari Sarawak. Terdapat 57 spesies ikan air

tawar di hilir Sungai Baram telah direkodkan oleh Watson dan Balon (1984). Di hulu

Sungai Batang Rajang, sebanyak 66% spesies ikan adalah daripada famili Cyprinidae

(Nyanti et al., 1995). Tanah Tinggi Kelabit-Bario, Sarawak merekodkan terdapat 24

spesies ikan air tawar yang terdiri daripada 7 famili dan 19 genera. Cyprinidae

(57.9%) dan famili Balitoridae (38.2%) mendominasi tempat kajian ini (Nyanti et aI.,

1998). Di Sungai Bakong, Miri, Sarawak merekodkan 23 spesies yang terdiri daripada

12 famili dan famili Helostomatidae mendominasi kawasan sungai ini (Kelvin et aI.,

2002). Sungai Layar dan Sungai Spak, Betong, Sarawak didominasikan oleh ikan air

tawar dari spesies Puntius collingwoodi (Kelvin et aI., 2002). Tanah Tinggi

Ba'Kelalan, Lawas, Sarawak mempunyai 22 spesies yang terdiri daripada 8 famili

(Kelvin et aI., 2003a). Osteochilus sp. (Pait) dalam famili Cyprinidae mendominasi

kawasan sungai Ba'Kelalan, Sarawak. Kajian di Sungai Batang Lemanak, Engkilili,

5

Page 11: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Sarawak merekodkan 29 spesies ikan yang terdiri daripada 9 famili dan 20 genus.

Famili Cyprinidae mendominasi kawasan Sungai Batang Lemanak (Lee, 2004).

Hasil kajian para pengkaji fauna ikan air tawar di atas menunjukkan bahawa ikan

daripada famili Cyprinidae adalah lebih dominan di setiap kawasan air tawar Asia

Tenggara (Lowe-McConnell, 1975; Mohsin dan Ambak, 1990; Ismail, 1994).

Fenomema yang sarna didapati di sungai-sungai yang beraltitud rendah di Sabah

(Inger dan Chin, 1962).

Oi kawasan Borneo, kajian terhadap fauna ikan air tawar telah dilakukan oleh

Inger dan Chin (1962) di Sabah, Roberts (1989) dan Kotellat et al. (1993) di

Kalimantan, Indonesia dan Choy (1996) di Brunei. Hasil daripada kajian mereka ini

telah menjadi asas kepada para pengkaji seterusnya untuk melaksanakan serta

memperkembangkan kaj ian terhadap fauna ikan air tawar yang terdapat di Borneo.

Kajian terhadap fauna ikan air tawar di Borneo khususnya Sabah telah dilakukan di

kawasan Lembah Maliau, Sandakan (Marsh, 1989), Simpanan Hidupan Liar Tabin,

Pensiangan (Taylor, 1989), Taman Kinabalu, Kota Kinabalu (Abdullah, 1990), Taman

Bukit Tawau, Tawau (Nyanti et ai., 1995), Taman Sayap-Kinabalu, Kota Belud

(Nyanti, 1995) dan Hulu Sungai Banjaran Crocker, Keningau, Taman Negara Sabah

(Khairul et ai., 2000). Kajian mereka ini telah merekodkan lebih daripada 340 spesies

ikan air tawar yang terdapat di Borneo.

Oi Sarawak, kajian bagi menentukan komuniti fauna ikan air tawar adalah masih

kurang meluas jika dibandingkan dengan kajian yang telah dilakukan di Sabah dan

Kalimantan, Indonesia (Kelvin et ai., 2003a). Di Sarawak, kajian telah dilakukan di

Sungai Baram (Watson dan Balon, 1984); Sarawak dan Brunei (Kotellat et ai., 1995);

lu Sungai Batang Rajang (Nyanti et aI. , 1995); Sungai Tanah Tinggi Kelabit-Bario

6

Page 12: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

(Nyanti et aI., 1998); Sungai Katibas (Rachmatika et al., 1998); Sungai Bakong, Miri

(Kelvin et aI., 2002); Sungai Layar dan Sungai Spak, Betong (Kelvin et aI., 2002) dan

Tanah Tinggi Ba'Kelalan (Kelvin et aI., 2003a). Kajian telah tumt dijalankan di

kawasan Sungai Batang Lemanak, Engkilili oleh Lee (2004).

Faktor altitud dan keadaan persekitaran di setiap sungai yang menjadi tempat

kajian oleh para pengkaji sebelum ini mempengamhi hasil keputusan kajian mereka.

Terdapat beberapa persamaan dan juga pebezaan hasil daripada kajian mereka ini.

Menurut Wotton (1990), faktor kedalaman air sungai dan altitud mempengamhi

kekayaan spesies bagi beberapa kumpulan ikan. Beliau tumt menyatakan bahawa

kekayaan spesies bagi beberapa kumpulan ikan akan berkurangan mengikut

kedalaman air dan peningkatan kedudukan altitud sungai. Saiz spesies ikan lebih

besar didapati pada kawasan yang beraltitud rendah iaitu di bawah 600 meter dari

paras air laut (Abdullah, 1990; Chin, 1978). Menumt Nyanti et al. (1995), kawasan

sungai yang beraltitud rendah biasanya mempunyai bilangan spesies ikan yang lebih

banyak tetapi populasinya tidak semestinya besar. Beliau tumt menyatakan bahawa

genus Gastromyzon biasanya lebih mendominasi kawasan air tawar pad a kedudukan

altitud yang melebihi 600 meter dari paras laut (Nyanti et al., 1995). Valliant (1983)

menyatakan bahawa spesies Gastromyzon borneensis adalah di antara spesies ikan air

tawar yang biasa ditemui di kawasan air tawar Borneo.

Dari segi persekitaran sungai, populasi ikan lebih tertumpu di kawasan sungai

yang berkolam atau kawasan berlubuk. Sekiranya sedimen dan batu batan dari hulu

sungai melapisi dasar sungai maka ia akan mengurangkan tumpuan populasi ikan

untuk tinggal di kawasan sungai terse but. Beberapa keadaan diketahui menyebabkan

ketidakstabilan dalam habitat akuatik memberi kesan kepada populasi ikan serta

7

Page 13: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

mengurangkan taburan komuniti ikan (Banin et al., 1988). Taburan dan komposisi

spesies ikan di setiap habitat sungai adalah dipengaruhi oleh sumber makanan yang

ada, kawasan tapak pengawanan, kelajuan arus air, kedalaman air, topografi dan juga

sifat-sifat parameter kimia air (Ali et al. 1988). Nyanti et al. (1995) menyatakan

bahawa bilangan spesies ikan yang tinggal di kawasan air berarus deras adalah sedikit

kerana kepelbagaian makanan yang diterima oleh ikan di kawasan terse but adalah

sedikit. Beliau turut menjelaskan bahawa sumber makanan ikan dari daratan yang

masuk ke sungai adalah cepat melepasi kawasan air berarus deras.

Kelvin et al. (2002) menyatakan bahawa aktiviti penangkapan ikan secara haram

seperti penggunaan bahan Iletupan ikan dan renjatan kuasa elektrik adalah menjadi

faktor yang utama kepada pengurangan sumber dan menjejaskan taburan komuniti

fauna ikan air tawar.

8

Page 14: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

3.0 JUSTIFIKASI

Kajian komuniti fauna ikan telah dilakukan di Batang Lemanak oleh Lee (2004).

Walau bagaimanapun, kajian belum pemah dilakukan di anak sungainya iaitu Sungai

Kesit. Kajian dilakukan di Sungai Kesit juga kerana kawasan persekitaran hutannya

yang belum pemah dibalak.

4.0 OBJEKTIF

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mendokumentasi fauna ikan air tawar di

Sungai Kesit dan (2) menentukan taburan komuniti fauna ikan serta indeks fauna ikan

di kelima-lima stesen terpilih di sepanjang Sungai Kesit.

9

Page 15: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

5.0 BAHAN DAN KAEDAH

5.1 Lokasi Persampelan Fauna Ikan

Kajian ini te1ah dilakukan di Sungai Kesit, Engkilili, Sri Aman, Sarawak yang

didominasi oleh penduduk kaum Iban. Sungai Kesit menjadi sumber protein ikan,

sumber air dan juga merupakan laluan pengangkutan utama bagi penduduk kaum Iban

yang tinggal di sepanjang Sungai Kesit. Sungai Kesit merupakan anak sungai kepada

Batang Lemanak yang mengalir dari kawasan Banjaran Klingkang dan seterusnya

mengalir ke Batang Lupar dan Laut China Selatan (Lee, 2004; Khoo et al., 1992).

Kawasan kajian di Sungai Kesit telah dibahagikan kepada lima stesen

persampelan (Rajah 1). Dua daripada stesen ini terletak di kawasan anak Sungai Kesit

dan tiga stesen lain adalah terletak di Sungai Kesit itu sendiri. Stesen pertama adalah

di kawasan hulu Sungai Kesit; Stesen 2 di Sungai Serembai; Stesen 3 di Sungai Ulu

Kapu; Stesen 4 di kawasan pertengahan Sungai Kesit dan Stesen 5 adalah di kawasan

Sungai Kesit sendiri yang menghampiri kawasan muaranya. Bagi mendapatkan

spesies ikan yang mungkin tidak didapati di stesen-stesen kajian, persampelan telah

turnt dijalankan di kawasan luar dari stesen kajian dan ini telah dilabelkan sebagai

Stesen 6.

Jadual 1 menunjukkan kedudukan lokasi bagi setiap stesen yang telah direkodkan

dan ditentukan dengan menggunakan Global Position System model GPS 12CX 12

Channel sertajenis hutan di persekitaran kelima-lima stesen di Sungai Kesit. Jadual 2

pula menunjukkan ringkasan terhadap parameter-parameter air dan penerangan

mengenai habitat di setiap stesen persampelan.

10

Page 16: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Rajah 1. Peta lokasi persampelan fauna ikan di kelima-lima stesen di Sungai Kesit.

11

Page 17: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Jadual 1. Lokasi kedudukan dan nama sungai di kelima-lima stesen Sungai Kesit.

Stesen Bacaan GPS Nama Sungai Jenis Hutan

1 N 01°14'12.5" E 111°49'32.9" Hulu Sungai Kesit Sekunder

2 NOloI4'19.2"E 111°49'12.4" Sungai Serembai Sekunder

3 N 01°14'30.8" E 111°48'48.57" Sungai Ulu Kapu Sekunder

4 N 01°14'26.1" E 111°48'38.9" Pertengahan Sungai Kesit Sekunder

5 N 01°14'06.5" E 111°47'26.1" Pertengahan Sungai Kesit

I (menghampiri kawasan muara)

Sekunder

Jadual 2. Parameter air dan penerangan habitat di kelima-lima stesen di Sungai Kesit (Hasanaliza, 2005).

SteseD Parameter Air Penerangan Habitat

Persampelan pertama: Suhu air 25 .6 °C, pH air

6.89, konduktiviti air 23.3 fimS/cm, pepejal

terampai 2.53 mglL, pengaliran air sungai 0.0639

m3/s dan oksigen terlarut 7.97 mglL.

Persampelan kedua: Suhu air 26.9 °C, pH air 6.52,

oksigen terlarut 8.28 mglL, pepejal terampai 3.49

mglL, pengaliran air sungai 0.6723 m3/s dan

kerjernihan air 0.10 m.

Sebahagian tebing ditutupi oleh kanopi pokok

dan disokong oleh akar-akar pokok; dasar

sungai yang berbatu saiz kecil, berpasir dan

terdapat himpunan daun mati; permukaan air

yang berarus di kawasan cetek; kedalaman air

sungai (0.10-0.97 m) dan kelebaran air sungai

(2 .50-12.76 m).

2

Persampelan pertama: Suhu air 25.5 °C, pH air

6.93, konduktiviti air 19.8 fimS/cm, pepejal

terampai 0.64 mglL, pengaliran air sungai 0.0104

m3/s dan oksigen terlarut 7.25 mglL.

Persampelan kedua: Suhu air 28.0 °C, pH air 6.49,

oksigen terlarut 8.20 mglL, pepejal terampai 3.08

mglL, pengaliran air sungai 0.0.894 m 3/s dan

kerjemihan air 0.15 m.

Sebahagian tebing ditutupi oleh kanopi pokok;

dasar sungai yang berbatu saiz kecil dan besar,

terdapat himpunan daun mati; permukaan air

yang berarus dan terdapat batu timbul di tengah

sungai; kedalaman air sungai (0.10-2.00 m) dan

kelebaran air sungai (1.40-5.20 m).

12

Page 18: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

3

Persampelan pertama: Suhu air 25.8 DC, pH air

6.95, konduktiviti air 17.1 IlmS/cm, pepejal

terampai 2.26 mglL, pengaliran air sungai 0.0702

mJ/s dan oksigen terlarut 7.68 mg/L.

Persampelan kedua: Suhu air 26.5 °C, pH air 6.45,

oksigen terlarut 8.74 mglL, pepejal terampai 3.26

mg!L, pengaliran air sungai 0.4854 mJ/s dan

kerjemihan air 0.10 m.

Sebahagian tebing sungai ditutupi oleh kanopi

pokok dan disokong oleh akar-akar pokok;

dasar sungai yang berbatu saiz kecil, berpasir

dan terdapat himpunan daun mati; permukaan

air yang berarus dan terdapat batu timbul di

kawasan tengah sungai; terdapat tumbuhan air

tumbuh di kawasan tengah sungai; kedalaman

air sungai (0.08-1.02 m) dan kelebaran air

sungai (4.00-11.94 m); terdapat pemangsa fauna

ikan (itik).

4

Persampelan pertama: Suhu air 25 .0 DC, pH air

6.96, konduktiviti air 20.2 IlmS/cm, pepejal

terampai 1.35 mglL, pengaliran air sungai 0.4701

mJ/s dan oksigen terlarut 7.65 mg/L.

Persampelan kedua: Suhu air 26.4 °C, pH air 6.45,

oksigen terlarut 8.26 mg/L, pepejal terampai 6.29

mg/L, pengal iran air sungai 0.4983 mJ/s dan

kerjemihan air 0.09 m.

Tebing sungai ditutupi oleh kanopi pokok yang

besar dan kanopi pokok yang kecil; dasar

sungai yang berbatu saiz besar dan banyak,

sedikit berpasir; perrnukaan air yang berarus

deras dan terdapat batu timbul di kawasan

tengah sungai; kedalaman air sungai (0.10-1.02

m) dan kelebaran air sungai (2.50-15 .04 m).

5

Persampelan pertama: Suhu air 25.9 DC, pH air

6.98, konduktiviti air 20.8 IlmS/cm, pepejal

terampai 1.20 mglL, pen gal iran air sungai 0.122

mJ/s dan oksigen terlarut 7.65 mg/L.

Persampelan kedua: Suhu air 26.8 DC, pH air 6.48,

oksigen terlarut 8.23 mglL, pepejal terampai 6.78

mg!L, pengaliran air sungai 0.5016 mJ/s dan

kerjemihan air 0.08 m.

Sebahagian tebing sungai ditutupi oleh kanopi

pokok dan disokong oleh akar-akar pokok;

dasar sungai yang berbatu saiz kecil dan

berpasir; perrnukaan air yang berarus deras dan

perlahan; sungai membahagi dua dan

mendedahkan kawasan tengah (seperti pulau);

terdapat tumbuhan tumbuh di kawasan tengah

sungai; kedalaman air sungai (0.05-1.11 m) dan

kelebaran air sungai (1.50-18.60 m).

13

Page 19: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

5.2 Persampelan Fauna Ikan

Persampelan fauna ikan di Sungai Kesit telah dilakukan sebanyak dua kali

iaitu pada 9-J2 Ogos 2004 (persampelan pertama) dan 24-29 November 2004

(persampeJan kedua). Persampelan di setiap stesen dijalankan pada jarak 20 meter ke

hilir dan 20 meter ke huJu daripada tapak baeaan GPS. Persampelan fauna di luar

stesen kajian (Stesen 6) adalah dijalankan di beberapa kawasan lubuk di sepanjang

Sungai Kesit. Perjalanan ke setiap stesen dilakukan dengan menggunakan bot yang

disewa daripada penduduk perkampungan Lubok Subong berdekatan dengan muara

Sungai Kesit. Bagi stesen yang sukar dilalui menggunakan bot, pengkaji perlu

berjalan kaki untuk sampai ke stesen persampelan khususnya di Stesen 1 iaitu di

kawasan huJu Sungai Kesit. Persampelan terhadap fauna ikan di Sungai Kesit

diJakukan berdasarkan kaedah yang pemah diJakukan oleh Inger dan Chin (1962),

Moshin dan Ambak (1983) dan Kottelat et al. (1993). Empat pilihan kaedah

persampeJan telah digunakan dalam persampelan fauna ikan di Sungai Kesit.

PeraJatan persampeJan ikan adaJah terdiri daripada jala, pukat insang, renjatan kuasa

elektrik (electroshocker) dan paneing. Berikut adalah merupakan penerangan ringkas

mengenai kaedah persampelan yang telah digunakan untuk persampelan fauna ikan di

Sungai Kesit.

5.2.1Iala

lala yang digunakan dalam persampelan ini adalah diperbuat daripada bahan

tiruan sintetik dan saiz mata jaring jala adalah dalam julat 2.5 em dan 3.0 em.

ggunaan jala merupakan kaedah pemukatan seeara aktif dan merupakan kaedah

14

Page 20: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

P\! ~nt ' hidmat Makiumat Akad.eml~ 'tv .,11'1 MALAYSIA SARAWAK

. 94'100 Kola Sarnarahao

penangkapan ikan seeara tradisional. Ia lebih sesuai digunakan untuk menangkap ikan

di kawasan lubuk sungai (kedalaman air 0.5-1.5 meter) dan air berarus perlahan. Ikan

yang terperangkap dalam jaring mata jala diambil seeara terus serta berhati-hati

dengan menggunakan tangan. Ikan yang ditangkap kemudiannya dimasukkan ke

dalam botol plastik yang mengandungi larutan formalin 10%. Persampelan fauna ikan

menggunakan jala dij alankan di ka wasan I uar dari stesen kaj ian.

5.2.2 Pukat Insang

Pukat insang diperbuat daripada bahan sintetik tiruan dan konsep

penggunaannya adalah berbeza dengan jaia. Ia adalah kaedah pemukatan seeara pasif.

Saiz matajaring pukat insang yang digunakan adalah dalam julat 2.5 em dan 3.0 em.

Pukat insang dipasang seeara meneaneang dan merentangi Sungai Kesit di

beberapa kawasan lubuk terpilih (Stesen 6) di sepanjang Sungai Kesit. Pukat insang

itu kemudiannya ditinggalkan selama 12 jam (semalaman) bagi membiarkannya

memerangkap ikan. Ikan yang terperangkap pada mata jaring pukat insang

dikeluarkan seeara berhati-hati supaya tidak merosakkan struktur luaran dan dalaman

badan ikan. Ikan yang ditangkap kemudiannya dimasukkan ke dalam botol plastik

yang mengandungi larutan formalin 10%.

5.2.3 Kuasa Renjatan Elektrik

Kaedah persampelan menggunakan kuasa renjatan elektrik (eleclroshocker)

merupakan kaedah penangkapan ikan seeara aktif dan penggunaannya terhad. Ia

banya sesuai digunakan di kawasan air yang eetek, berbatu dan sungai yang sempit.

15

Page 21: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

Penggunaan kuasa renjatan elektrik mempunyai risiko terhadap pengendalinya dan

haiwan berdarah panas yang terdapat di dalam air. Renjatan kuasa elektrik yang

terhasil bukan sahaja membunuh ikan malah hidupan akuatik yang lain turut terbunuh.

Persampelan fauna ikan menggunakan kaedah renjatan kuasa elektrik telah dilakukan

di setiap stesen kajian. Kuasa elektrik sebanyak 1000 watt telah digunakan dan

dibekalkan dari mesin penjana AC (AC generator) model HONDA EM 1000F yang

dibawa bersama ke setiap stesen. Kuasa elektrik 1000 watt ini mampu memengsankan

atau membunuh ikan dalam masa beberapa saat. Dua utas wayar masing-masing

mempunyai panjang 38 meter digunakan. Wayar tersebut disambungkan dari mesin

penjana AC dan hujungnya yang satu lagi disambungkan kepada dua kepingan

elektrod tembaga secara berasingan. Elektrod-elektrod yang bersambung dengan

wayar tersebut diikatkan (dilekatkan) pada dua batang kayu panjang secara

berasingan. Kayu panjang , digunakan untuk mengurangkan risiko terkena renjatan

kuasa elektrik terhadap pengendali dan memudahkan proses mengalihkan elektrod­

elektrod dari satu temp at ke tempat yang lain semasa persampelan fauna ikan

dijalankan. Ikan yang terkena renjatan kuasa elektrik ditangkap atau dipungut dengan

menggunakan jaring pencedok sebelum dimasukkan ke dalam botol plastik yang

mengandungi larutan fonnalin 10%.

5.2.4 Pancing

Pancing digunakan di kawasan air yang berarus perlahan dan kawasan lubuk

sungai. Umpan yang digunakan adalah terdiri daripada cacing tanah dan serangga­

serangga kecil. Sasaran utama kaedah penangkapan fauna ikan menggunakan pancing

adalah terhadap spesies ikan yang bersaiz besar.

16

Page 22: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

5.3 Pengecaman Fauna Ikan

Ikan air tawar yang ditangkap melalui empat kaedah persampelan terse but

diidentifikasi seeara in-situ dan ex-situ. Pengeeaman in-situ adalah merujuk kepada

pengecaman sampel ikan di tapak kajian iaitu di Sungai Kesit. Manakala pengeeaman

ex-situ adalah merujuk kepada pengeeaman di luar dari kawasan tapak kajian iaitu di

bilik Makmal Vertebrata Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti

Malaysia Sarawak. Pengeeaman terbaik dilakukan terhadap ikan yang bam ditangkap

kerana ia struktur badan luarannya masih dalam keadaan segar dan lebih mudah untuk

diidentifikasi. Larutan formalin 10% yang digunakan untuk mengawet sampel ikan di

dalam botol spesimen (botol plastik) ditukarkan dengan larutan etanol 70% selepas

dua hari (48 jam). Penggunaan larutan formalin 10% atau larutan etanol 70% adalah

bertujuan untuk mengelakan kerosakan terhadap sampel ikan yang ditangkap dalam

jangka masa yang singkat sebelum proses pengeeaman dilakukan. Pengeeaman ikan

adalah berdasarkan kepada kaedah Inger dan Chin (1962), Roberts (1989), Kotellat et

al. (1993) dan Moshin dan Ambak (1983).

5.4 Pengukuran Fauna Ikan

5.4.1 Panjang Total (TL) dan Panjang Piawai (SL)

Pembaris aluminium yang mempunyai kepersisan 0.1 em telah digunakan

untuk melakukan pengukuran terhadap panjang total (TL) dan panjang piawai (SL)

badan ikan bagi kesemua sampel yang ditangkap dari Sungai Kesit. Panjang total

(TL) adalah merujuk kepada ukuran terpanjang badan ikan iaitu dari anterior hujung

epa1a atau bibir atas ikan ke bahagian sirip kaudal (sirip ekor) yang terpanjang ikan

17

Page 23: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

yang ditekan secara serentak (Rajah 2). Panjang piawai (SL) pula adalah merujuk

kepada ukuran dari hujung bibir atas anterior ikan ke hujung kolum vertebra) atau di

perantaraan sirip kaudal dengan tangkai kaudal (Rajah 2). Pengukuran panjang total

(TL) dan panjang piawai (SL) adalah berdasarkan kepada kaedah Moshin dan Ambak

(1983) dan Kotellat et aJ. (1993).

Panjang Total, TL

Panjang Piawai, SL

Rajah 2. Cara pengukuran panjang total (TL) dan panjang piawai (SL) ikan dilakukan.

5.4.2 Berm Total (WT)

Kepersisan alat penimbang model EK-120A CAPACITY (B) yang digunakan

untuk mengukur berat total (WT) adalah 0.01 g. Pengukuran berat total (WT)

dilakukan bagi semua sampel ikan yang ditangkap dari Sungai Kesit.

5.5 Penentuan Indeks Ikan

Indeks bagi semua sampel atau individu fauna ikan yang ditangkap dari

Sungai Kesit dianalisis berdasarkan kepada Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner

(1-1), Indeks Kekayaan Margalef (D), Indeks Kesamarataan Pielou (J) dan Indeks

Gonadosomatik (GSI). Indeks kepelbagaian spesies amat sesuai digunakan sebagai

penentu kepada kebanyakan kepelbagaian kerana nilai indeks yang diperolehi tidak

semestinya dipengaruhi oleh bilangan saiz sampel (Kelvin et a1., 2003a). Formula­

18

Page 24: KOMUNITI FAUNA lKAN DI SUNGAI KESIT, BATANG …

5.5.1

5.5.2

5.5.3

5.5.4

.

fonnula bagi menentukan indeks-indeks fauna ikan yang telah ditangkap dari Sungai

Kesit adalah seperti berikut:

Indeks Kepe/bagaian Shannon - Weiner (H) (Shannon dan Weaver, 1963)

n Log n - L fi Log fi n = Saiz sampel

H = ----------------------------­n fi = Bilangan individu setiap spesies

Indeks Kekayaan Margalef(D) (Margalef, 1958)

(S - 1) S = lumlah bilangan spesies 0=

Log N N = lumlah bilangan individu

Indeks Kesamarataan Pielou (J) (Pie lou, 1966)

H H = Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner 1=

LnS S = lumlah bilangan spesies

Indeks Gonadosomatik (GSJ)

Berat telur atau sperma bagi spesies ikan i (g) (}SI = ----------------------------------------------------------

Berat total ikan (g)

6 Penampelan Fauna Udang dan Ketam

Selain daripada fauna ikan, kajian terhadap komuniti fauna udang dan ketam tumt

dijalankan di Sungai Kesit dan anak-anak sungainya. Kaedah persampelan yang

cIigunakan adalah kaedah renjatan kuasa elektrik (electroshocker) yang tumt

:umlkan untuk menangkap fauna ikan di Sungai Kesit dan anak-anak sungainya.

19