komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

10
PANTUN LAPAN KERAT Harun Mat Piah (Penyelenggara)

Upload: preciousafiqah

Post on 17-Aug-2015

85 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

PANTUN LAPAN KERATHarun Mat Piah (Penyelenggara)

Page 2: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.

Rangkap 2Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.

Rangkap 3Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita

leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri

Page 3: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

TEMA

Keagamaan. Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

Page 4: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

PERSOALAN

• Persoalan kesabaran dalam usaha mencapai kejayaan. Manusia yang bersabar mampu menangkis godaan syaitan dan akhirnya berjaya dalam kehidupan.

• Persoalan manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah. Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling baik kerana berasal daripada Adam dan diturunkan dari langit ketujuh.

• Persoalan pengaruh Barat menguasai budaya Timur. Pengaruh Barat mudah meresap dalam kebudayaan Timur jika manusia leka dengan kehidupan dunia

Page 5: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

• Persoalan tanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda. Manusia perlu mempertahankan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri

• Persoalan tanggungjawab menjaga negara daripada binasa. Kedaulatan negara yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan

Page 6: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

BENTUK

• Mempunyai 3 rangkap• Mempunyai 8 baris serangkap• Mempunyai 3 - 5 patah perkataan sebaris• Mempunyai antara 7 - 11 suku kata sebaris• Rima akhir abcdabcd

Page 7: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

GAYA BAHASA

• Kata ganda. Contoh : parang-parang, dibelah-belah, lengkang-lengkung

• Inversi.Contoh : akhirnya tuan menang berjaya

• Hiperbola.Contoh : bumi kandungan nenek moyangku

• Sinkof.Contoh : bumi kandungan nenek moyangku

Page 8: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

NILAI• Kesabaran.

Kesabaran yang ada dalam diri mampu menghalang godaan syaitan dan iblis.

• KesyukuranManusia perlu bersyukur kerana dijadikan oleh Allah lebih baik daripada makhluk yang lain.

• TanggungjawabManusia bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri.

Page 9: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

• Cinta akan negaraManusia perlu mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan Barat.

• KeimananTanda-tanda orang yang beriman adalah memiliki sifat sabar dalam diri

Page 10: komsas tingkatan 5-pantun lapan kerat

PENGAJARAN

• Kita hendaklah bersifat sabar agar tidak mudah dinodai oleh Iblis

• Kita hendaklah bersyukur kerana diciptakan oleh Allah lebih baik berbanding makhluk lain

• Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda agar warisan bangsa yang ditinggalkan itu tidak ditelan zaman

• Kita hendaklah mempertahankan negara daripada diceroboh oleh negara asing kerana negara ini merupakan hak kita

• Kita hendaklah menjaga budaya Timur daripada dinodai budaya Barat agar kesopanan dan nilai nilai murni dapat dikekalkan