komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang

3
 Komputer ialah teknolo gi masa kini yang begitu cepat berkemb ang. Pel baga i  jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menj adi lebih canggi h dan menakj ubkan memandang kan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini. Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasas kan kompu ter ini. Dalam konteks pendidikan , ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membu at dan mengg unakan pro gram menj adikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar  .

Upload: jenry-saiparudin

Post on 04-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teknologi Maklumat

TRANSCRIPT

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini.Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan beban tugas guru dan pelajar disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.