skin cepat kaya parlimen

33
D E WAN RA KY AT YANG KELAPAN MALAYSIA Bil. 3 PENGGAL YANG PERTAMA ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU, 5HB DISEMBER , 1990 , PUKUL 2.30 PETANG LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN ALONG PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT 1 *1. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) apakah kejayaan yang dicapai melalui mesyuarat G-15 setakat ini dalam semua bidang; dan (b) adakah usaha G-15 itu untuk kepentingan negara-negara yang menjadi anggota sahaja, dan apakah langkah-langkah G-15 untuk menolong negara- negara yang bukan ahli. *2. Datuk Monggoh Orow minta Perdana Menteri menyatakan semenjak Petroliam Nasional (PETRONAS), ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, berapa banyakkah jumlah hasil yang telah dikutip oleh PETRONAS sehingga 30hb Jun 1990. *3. Dr V. David minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) adakah Kerajaan ingin menyusun semula dan memperkenalkan Dasar Buruh Baru bagi meningkatkan taraf daya pengeluaran; dan (b) bolehkah beliau menjelaskan bilakah masanya Dasar Buruh Baru ini akan dilaksanakan. *4. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan semenjak UDA ditubuhkan dahulu, apakah bentuk-bentuk kejayaannya di dalam mengurbanisasikan kaum Bumiputera di kawasan-kawasan bandar seluruh negara. *5. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan imbangan pembayaran negara mulai bulan Januari hingga Oktober 1990 dan menerangkan perbezaannya berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 1989. Jika terdapat perbezaan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Upload: trrtyujtyututy

Post on 15-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Skin Cepat Kaya Parlimen

TRANSCRIPT

Page 1: Skin Cepat Kaya Parlimen

DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN

MALAYSIA

Bil. 3

PENGGAL YANG PERTAMA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI RABU, 5HB DISEMBER , 1990 , PUKUL 2.30 PETANG

LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN ALONG

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

1

*1. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Luar Negerimenyatakan:

(a) apakah kejayaan yang dicapai melalui mesyuarat G-15 setakat ini dalamsemua bidang; dan

(b) adakah usaha G-15 itu untuk kepentingan negara-negara yang menjadianggota sahaja, dan apakah langkah-langkah G-15 untuk menolong negara-negara yang bukan ahli.

*2. Datuk Monggoh Orow minta Perdana Menteri menyatakan semenjak PetroliamNasional (PETRONAS), ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, berapa banyakkahjumlah hasil yang telah dikutip oleh PETRONAS sehingga 30hb Jun 1990.

*3. Dr V. David minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) adakah Kerajaan ingin menyusun semula dan memperkenalkan Dasar BuruhBaru bagi meningkatkan taraf daya pengeluaran; dan

(b) bolehkah beliau menjelaskan bilakah masanya Dasar Buruh Baru ini akandilaksanakan.

*4. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Perusahaan Awam menyatakansemenjak UDA ditubuhkan dahulu, apakah bentuk-bentuk kejayaannya di dalammengurbanisasikan kaum Bumiputera di kawasan-kawasan bandar seluruh negara.

*5. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan imbanganpembayaran negara mulai bulan Januari hingga Oktober 1990 dan menerangkanperbezaannya berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 1989. Jika terdapatperbezaan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya.

ralnet3
Text Box
Page 2: Skin Cepat Kaya Parlimen

*6. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah kes laporan polis yang dibuat oleh para pelabur Skim Cepat Kayasetakat ini mengikut pecahan negeri;

(b) adakah benar bahawa anggota-anggota polis dan tentera termasuk parapegawai didapati terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Jika ya, nyatakan butir-butir berkenaan; dan.

(c) adakah benar bahawa kejadian-kejadian rusuhan dan kejadian tidak diinginiberlaku ekoran kebocoran kes penipuan dalam Skim Cepat Kaya. Jika ya,apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengemukakan suatu "Kertas Putih"mengenai skandal penipuan ini; jika tidak, mengapa.

*7. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Pertahanan menyatakan sama adaanggota-anggota tentera yang bertugas di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dibayarElaun Malaysia Timur (EMT). Kalau ada, berapa dan adakah itu didapati mencukupi,kalau tiada, .mengapa.

*8. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilakah pembinaan Hospital baru di Segamat akan bermula dan sebab-sebabkelewatan untuk memulakan pembinaan ini; dan

(b) adakah beliau sedar kekurangan kakitangan khasnya doktor-doktor pakarmenjejaskan perkhidmatan kepada rakyat yang berada di Kawasan Segamatdan daerah-daerah berhampiran dan bilakah jawatan-jawatan yang masihkosong akan dipenuhi oleh Kementerian.

*9. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama ada MajlisPerundingan Ekonomi Negara akan dibubarkan kerana peranannya tidak penting danbermakna berikutan kenyataan YAB bahawa pihak Keraj aan tidak akan akur kepadakeputusannya kerana is tidak boleh mencapai kata sepakat.

*10. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) atas asas apakah Syarikat Teratai K. G. Sdn. Bhd. menuntut pampasanberjumlah 100 ribu ringgit sehari kerana kehilangan hasil pendapatansepanjang kutipan tol Cheras ditangguhkan; dan

(b) kenapa tidak perjanjian penswastaan untuk membina 9 persimpanganbertingkat dalam Kuala Lumpur diumumkan kepada orang ramai untukmakluman dan pemeriksaan oleh kerana terdapat laporan bahawa kajiandilakukan sebelum DBKL/Syarikat Teratai K. G. Sdn. Bhd. menandatanganiperjanjian penswastaan tidak mengambil kira banyak faktor penting yangmembawa kepada kecuaian.

* 11. Dato ' K. Kumaran minta Menteri Kerj a Raya menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar Jalan Tapah ke Cameron Highlands adalah sempit danmerbahaya untuk lalulintas yang pesat bertambah; dan

(b) jika sedar, apakah rancangan Kementerian untuk melebarkan jalanrayatersebut untuk menampung pertambahan kenderaan di sana.

ralnet3
Text Box
ralnet3
Text Box
ralnet3
Text Box
Page 3: Skin Cepat Kaya Parlimen

*1^. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Luar Negeri menyatakan mengapa semasalawatan selama empat hari Nelson Mandela ke Malaysia dalam bulan Oktober lalu,tiada aturcara bagi pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika tersebut untuk menemuiPerdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang Nelson Mandela telahmemuji secara awam dalam satu rapat umum yang diadakan di Stadium Negara keranaperanannya dalam menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel. -

*13. Tuan Gooi Hock Seng minta Menteri Pendidikan menyatakan bahawa adakahKerajaan akan mengemukakan cadangan Rang Undang-undang Pendidikan untukmeminda Akta Pelajaran kepada orang awam sebelum membentangkan Rang Undang-undang tersebut di mesyuarat Parlimen.

*14. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) tempoh masa simpanan minyak negara dalam keluaran boleh bertahan ekoranpeningkatan dalam pengeluaran daripada 595,000 tong sehari kepada 650,000tong sehari. Berdasarkan harga semasa minyak, apakah jumlah tambahandalam pendapatan daripada eksport minyak berbanding dengan jumlah hasiljika keluaran asal 595,000 dikekalkan; apakah pula jumlah hasil yangdiperolehi daripada ekspot ketika harga minyak pada tahap tertinggi sekali.Apakah tahap ini dan pada titik masa bilakah tahap ini tercapai;

(b) bagaimana kerajaan boleh mengesyorkan dasar pemeliharaan sumber-sumber (conservation policies) semulajadi dipertahankan;

(c) Kerajaan mendakwa tambahan dalam pengeluaran ialah bagi menstabilkanharga minyak. Sejauh manakah tambahan dalam pengeluaran oleh Malaysiaboleh membawa kesan yang dikehendaki ke atas harga minyak, lebih-lebihlagi bila tambahan ialah bagi memenuhi permintaan di Pakistan, Bangladesh,Korea Selatan, Thailand dan Filipina; dan

(d) sebanyak manakah tambahan dalam hasil menerusi peningkatan eksportminyak membantu meliputi kehilangan hasil daripada

(i) perdagangan lain-lain komoditi utama, dan

(ii) perdagangan luar negeri secara keseluruhannya, berikutan KrisisTeluk.

*15. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan bila laporan olehKumpulan Pemerhati Komanwel terhadap pilihanraya umum di Malaysia baru-baru iniakan diumumkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk menerbitkan laporan kata demikata. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

*16. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) bilangan ahli pertubuhan belia yang berdaftar yang menagih dadah danapakah Kementerian mempunyai rancangan untuk mengawal keadaan ini;

dan

(b) adakah Kementerian mempunyai rancangan bersepadu dengan KementerianDalam Negeri/PEMADAM bagi mengatasi masalah mi.

Page 4: Skin Cepat Kaya Parlimen

4

*17. Tuan Mohamad bin Sabu minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejauh mana perkembangan dan kemajuan usaha carigali minyak yangdilaporkan sedang dijalankan di sempadan Malaysia-Thailand dan setakatmana prestasinya; dan

(b) oleh kerana kegiatan itu melibatkan sempadan, apakah ada rundingan denganpihak Thailand dan sila terangkan jika ada syarat dan persetujuan yang telahdicapai.

*18. Dr Sanusi bin Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) Akta Kolej dan Universiti tidak membenarkan siswa-siswi terlibat dalammana-mana parti politik. Apakah tindakan Kementerian Pendidikan terhadappentadbir dan ahli politik BN yang terang-terang (di UPM) mengajak siswa-siswi (Kelantan) pulang berkempen bagi pihak BN yang secara jelasmelanggar Akta tersebut yang dibuat oleh Kerajaan;

(b) sekiranya BN memerlukan penglibatan siswa-siswi adakah Kementerian adarancangan untuk memansuhkan perkara tertentu dalam Akta Kolej danUniversiti; dan

(c) adakah pihak Universiti mempunyai kuasa di bawah untuk meminda "Status"dan dikuatkuasakan "Kebelakangan" seperti berlaku dalam kes perlantikanDekan dan Timbalan Dekan di UKM.

*19. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri Pertahananmenyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaanbagi mengelak pencerobohan angkasa yang sering berlaku melalui ruang angkasaselatan Semenanjung Malaysia.

*20. Tuan Haji Nik Abdullah bin Arshad minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) tidak lagi membenarkanpihak persendirian mengendalikan pengurusan membawa jemaah hajimelalui sistem Kumpulan Perumahan Khas (KPK);

(b) jika benar, mengapa. Jika tidak, apakah untung ruginya jemaah menggunakankhidmat KPK;

(c) sehingga tahun 1990 berapakah bilangan KPK yang didaftarkan di bawahLUTH; dan

(d) sila nyatakan bilangan jemaah haji melalui KPK mengikut tahun sejak sistemitu diperkenalkan.

*21. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan kenapa sampahsarap di ibukota Kuala Lumpur tidak diangkut dengan baik, longkang tersumbat danbanjir sehingga Ahli Parlimen terpaksa merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) untuk menjalankan tugasnya. Apakah Perdana Menteri ingin menyiasatkelemahan DBKL bagi memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna dan cekapkepada rakyat di Wilayah Persekutuan..

1

ar

ralnet3
Text Box
ralnet3
Text Box
Page 5: Skin Cepat Kaya Parlimen

*22. Tuan Chian Heng Kai mints Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah tindakan yang telah , sedang dan akan diambil oleh pihak Kerajaanterhadap pihak penganjur dan agen - agen Skim Cepat Kaya yangmengakibatkan beribu-ribu pelabur tertipu;

(b) jumlah wang pelaburan yang terlibat mengikut pecahan negeri; dan

(c) apakah pihak Kerajaan bercadang untuk memberi bantuan kepada parapelabur yang kena tipu; jika ya , nyatakan jenis bantuan yang akan diberikan;jika tidak mengapa.

Q

Page 6: Skin Cepat Kaya Parlimen

6

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

1. Menteri Sumber Manusia:

* Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan)

2. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat:

* Rang Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak

3. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

* Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

4. Menteri Kewangan:

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1989 dan 1990)

5. Menteri Kewangan:

* Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun)

6. Menteri Kewangan:

* Rang Undang-undang Hiburan (Pindaan)

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

* Rang Undang-undang Pencen (Pindaan)

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

* Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan(Pindaan)

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman:

* Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan)•

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat mi.

ralnet3
Text Box
Page 7: Skin Cepat Kaya Parlimen

7

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selamaPenggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorongmenuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan adaapa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewanini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dansupaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran denganbangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah

ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.

2. Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa Yang Berhormat Tuan Ong Tee Keat dipilih menjadi Timbalan Yang

di-Pertua Dewan Rakyat.

3. Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa Yang Berhormat Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dipilih menjadiTimbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar

Albar) akan mencadangkan:

Bahawa Ahli-ahli yang berikut:

(i) Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar bin Baba,

(ii) Yang Berhormat Dato' Seri Dr Ling Liong Sik,

(iii) Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu,

(iv) Yang Berhormat Datuk Leo Moggie anak Irok,

(v) Yang Berhormat Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai,

(vi) Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

hendaklah menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi Parlimen Kelapan.

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar

Albar) akan mencadangkan:

Bahawa Y.B. Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar (Ahli bagi Kawasan PadangTerap) dan Y.B. Tuan Mohd. Zihir bin Mohd. Hassan (Ahli bagi Kawasan Larut)masing-masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi, jawatankuasa Kira-

kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.

6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar

Albar) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan sebuah Jawatankuasa mengandungiseorang Presiden dan 9 orang ahli Parlimen hendaklah dilantik untuk menjalankan

Page 8: Skin Cepat Kaya Parlimen

8

semua urusan Pertubuhan Antara Parlimen-Parlimen ASEAN (AIPO) Malaysiabagi tempoh Parlimen Kelapan, dan untuk menjalankan segala perlantikan-perlantikan wakil-wakil bagi menghadiri Mesyuarat-mesyuarat PersidanganAIPO atau mana-mana Jawatankuasanya Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasatersebut adalah seperti berikut:

1. Y.B. Tan Sri Mohamed Zahir bin Haji Ismail (Presiden);

2. Y.B. Dato' Dr Siti Zaharah binti Sulaiman;

3. Y.B. Tuan Railey bin Haji Jeffrey;

4. Y.B. Dr Leo Michael Toyad;

5. Y.B. Dato' Ismail bin Said;

6. Y.B. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi;

7. Y. B . Tuan S. S. S ubramaniam;

8. Y.B. Dr Jamaluddin Jarjis;

9. Y.B. Than Ibrahim Ali;

10. Y.B. Dr Tan Seng Giaw.

7. Tuan Mohd. Zihir bin Mohd . Hassan akan mencadangkan:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kebawah DuliYang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikianbunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalamPersidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapanyang zalil daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyaksyukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan KebawahDuli pada masa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Kelapan".

r

r

f

ralnet3
Text Box
Page 9: Skin Cepat Kaya Parlimen

9

PEMBERITAHU USUL

Menteri Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan WangPembangunan 1966, membuat , ketetapan bahawa sejumlah wang tambahansebanyak $3,138,525,692 diperuntukkan daripada Kumpulan WangPembangunan bagi tahun Kewangan 1990 untuk menampung sejumlah$3,138,525,692 bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) sepertiyang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran PerbelanjaanPembangunan Tambahan Kedua 1990 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah16 Tahun 1990 dan yang disenaraikan bersetentangan dengan Maksud-maksuddan Butiran-butiran (projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belaspenyata tersebut.

Page 10: Skin Cepat Kaya Parlimen

10

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAMMESYUARAT

Tahun 1990

CMD. 13 Laporan Tahunan SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan bagi Tahun 1988

CMD. 14 Anggaran Perbelanjaan MengurusTambahan Kelima, 1989

CMD. 14A

CMD. 15

CMb. 15A

CMD. 16

CMD. 16A

DAN

Memorandum Perbendaharaan MengenaiAnggaran Perbelanjaan Mengurus TambahanKelima Tahun 1989 Bagi Kerajaan Malaysia

Anggaran Perbelanjaan MengurusTambahan Kedua 1990

DAN

Memorandum Perbendaharaan MengenaiAnggaran Perbelanjaan Mengurus TambahanKedua Tahun 1990 B agi Keraj aan Malaysia

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan(Tambahan) (Bil. 2) Tahun 1990

DAN

Memorandum Perbendaharaan MengenaiAnggaran Perbelanjaan PembangunanTambahan Kedua Tahun 1990 BagiKerajaan Malaysia

CMD. 17 Penyata Keluaran Wang DaripadaKumpulanwang Luar Jangka Bagi TempohDari 1 Mei 1990 Hingga 31 Ogos 1990Menurut Peraturan 68 Di bawahPeraturan-peraturan Majlis MesyuaratDewan Rakyat

ST. 9 Laporan Tahunan 1988 FAMA

ST. 52 Laporan Tahunan 1987 LembagaKemajuan Pahang Tenggara (DARA)

ST. 74 Laporan Tahunan 1988 LembagaPendaftaran Dan Pelesenan MinyakKelapa Sawit

Tarikh dibentang

5hb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

5hb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

Shb Disember, 1990

ST. 65 Laporan Tahunan Dan Penyata 5hb Disember, 1990Kewangan 1988 Lembaga KemajuanWilayah Jengka

fV

i

Page 11: Skin Cepat Kaya Parlimen

11

Tahun 1990

ST. 78 Lembaga Tahunan 1988 InstitutPenyelidikan Dan Kemajuan PertanianMalaysia (MARDI)

Tarikh dibentang

5hb Disember, 1990

133 Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan 5hb Disember, 1990Filem Nasional Malaysia 1988

138 Laporan Tahunan 1989 Bagi Tahun 5hb Disember, 1990Berakhir 31 Disember, 1989

/14O Laporan Tahunan 1987 Bagi Lembaga 5hb Disember, 1990Penduduk Dan Pembangunan KeluaranNegara

145 Penyata Keluaran Wang DaripadaSimpanan Luar Jangka Bagi Tempoh Dari1 Mei 1990 Hingga 31 Ogos 1990Menurut Seksyen 6 (3) Akta KumpulanwangPembangunan 1966

5hb Disember, 1990

Page 12: Skin Cepat Kaya Parlimen

12

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWAB MULUT

1. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Kewanganmenyatakan kutipan bayaran cukai pendapatan berikut:

(a) dari gaji tetap bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989;

(b) dari syarikat-syarikat bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989; dan

(c) apakah langkah-langkah yang sedang diambil bagi orang-orang syarikatyang mengelak dari membayar cukai.

2. Tuan Haji Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Pendidikan menyatakanseperti berikut:

(a) (i) berapa buahkah sekolah Rendah Kebangsaan seluruh Malaysia;

(ii) berapa buahkah sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) seluruh Malaysia;

(iii) berapa buahkah sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) dan lain-lainnyaseluruh Malaysia;

(b) (i) berapa ramaikah jumlah guru-guru yang mengajar di semua sekolahrendah;

(ii) berapa banyakkah bantuan-bantuan yang diberi kepada sekolah ugama/Arab bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989 dan dalam bentuk apakahbantuan itu diberi; dan

(c) berapa ramaikah guru-guru sekolah Rendah/Menengah dikehendaki sampaitahun 2000.

3. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Perdana Menteri menyatakanadakah Kerajaan akan meletakkan satu tarikh baru bagi menutup Pulau Bidong diTerengganu dari pendatang haram Vietnam setelah tarikh awal yang diisytiharkan olehKeraj aan iaitu pada bulan April 1990 gagal dilaksanakan. Apakah faktor-faktor utamayang menyebabkan kegagalan tersebut. Adakah sikap tidak bertanggungjawab negara-negara ketiga dan negara Vietnam sendiri adalah di antara sebab-sebab kenapapenutupan Pulau Bidong ini tidak dapat dilakukan. Berapa banyakkah bebanperbelanjaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang terpaksaditanggung oleh Malaysia sepanjang tempoh Pulau Bidoong dijadikan tempatperlindongan pendatang haram Vietnam.

4. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Luar Negeri menyatakansejauh manakah berkesannya OIC dalam menyatukan tindakan negara-negara anggotadalam menghadapi isu beraama antarabangsa khususnya yang mengenai ummat Islam.Adakah OIC pernah melakukan apa-apa usaha untuk mencegah berlakunyapembunuhan beramai -ramai ummat Islam di India oleh orang-orang Hindu khususnyapencabulan terhadap Masjid Babri di Ayodya India . Adakah OIC yang Malaysia adalahdikatakan anggota penting telah kehilangan punca dalam mencari jalan menyelesaikankrisis Teluk.

ralnet3
Text Box
Page 13: Skin Cepat Kaya Parlimen

13

5. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Perindustrian menyatakan jumlah (Volume) imbangan daganganuntuk 2 tahun yang terakhir 1988 dan 1989 antara Malaysia dan negara-negara berikut:

(a) U.S.A.;

(b) Britain;

(c) Perancis;

(d) German;

(e) Jepun;

(f) U.S.S.R.;

(g) Korea Selatan;

(h) Singapore;

(i) Thailand;

(j) Saudi Arabia;

(k) Iraq;

(l) Iran;

(m) Papua New Guinea.

6. Dato K. Kumaran minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah warga asing mengikut negara yang ditangkap di negara ini yangterlibat dalam pemilikan dan pengedaran dadah;

(b) jumlah wang asing, mengikut negara yang telah dihukum mati semenjaktahun 1985, atas tuduhan pemilikan dadah; dan

(c) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengelak warga asingterlibat dengan aktiviti dadah di negara mi.

7. Dato K. Kumaran minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) matlamat Kerajaan membina rumah kos rendah, rumah murah dalamRancangan Malaysia Kelima, bersama-sama dengan sektor swasta;

(b) sama ada matlamatnya telah dicapai atau tidak. Jika tidak, kenapa; dan

(c) peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam pembinaan rumah kosrendah membantu Kerajaan mencapai matlamatnya.

$. Dato K. Kumaran minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sama adaKerajaan akan menimbangkan kemungkinan memberi perkhidmatan Pos Bergerakkepada setiap ladang di negara mi. Jika ya, bilakah ianya akan dilaksanaan dan jikatidak, kenapa. •

9. Dato K. Kumaran minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrianmenyatakan dasar Kerajaan untuk menarik koperat teknologi tinggi, luar negeri untukmelabur di negara ini. Nyatakan juga kejayaan yang dicapai dalam aspek pelaburanseperti mi.

Page 14: Skin Cepat Kaya Parlimen

14

10. Dato K. Kumaran minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconganmenyatakan:

(a) kejayaan, kegagalan dan kekurangan dalam rancangan "Tahun MelawatMalaysia 1990" ini; dan

(b) sama ada Kerajaan akan memperkenalkan sesuatu program untuk menarikpelancongan ke negara ini pada tahun hadapan.

11. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah mesin "one-armed bandit" yang sedia ada di negara;

(b) tempat-tempat ianya diletakkan;

(c) bilangan dan nama kelab-kelab berkenaan (dan nama tuanpunyanya) dantempat ianya ditempatkan;

(d) berapa daripada kelab ini yang mempunyai hubungan secara langsung atautidak langsung dengan kawan-kawan yang rapat dengan pemimpin-pemimpinBarisan Nasional, misalnya Dato Vincent Tan;

(e) berapa daripada kelab-kelab ini yang mempunyai kemudahan-kemudahanperjudian juga mempunyai kemudahan-kemudahan sukanan sepertidikehendaki oleh undang-undang; dan

(f) fakta-fakta dan angka-angka mengenai bagaimana industri perjudian telahberkembang sejak kebelakangan ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional danbagaimanakah is telah secara langsung memanfaatkan Kerajaan dan regu-regu Barisan Nasional.

12. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) data berhubung dengan kekurangan guru-guru, buku-buku teks dan bilik-bilik darj ah untuk berbagai tahun dari 1980-1990; dan

(b) peruntukan kewangan untuk sekolah-sekolah SRJK berbanding denganjumlah peruntukan untuk semua sekolah rendah untuk tempoh yang sama.

13. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan sejak penubuhanPetronas, hasil (atau kerugian) yang diperolehi setiap tahun dan dalam tempoh sembilanbulan pertama 1990. Apakah jumlah hasil yang diperolehi daripada penjualan minyakberbanding dengan perolehan daripada gas asli bagi setiap tahun berkenaan dan diantara bulan Januari hingga Oktober, 1990. Berapa tong minyakkah yang telah dijualuntuk memperolehi hasil tahunan ini. Apakah isipadu gas asli yang dijual untukperolehan hasil gas pada tahun-tahun berkenaan. Sekiranya ada hasil daripada sumber-sumber lain, sebutkan sumber-sumber ini, jumlah perolehan hasil lahunan daripadasetiap satu dan saiz, di segi wang serta lain-lain bentuk pelaburan kepentingan Petronasdalam setiap satu sumber berkenaan.

Apakah jumlah telaga minyak yang:

(a) sudah dijumpai;

ralnet3
Text Box
Page 15: Skin Cepat Kaya Parlimen

15

(b) sudah haus diusahakan;

(c) masih diusahakan;

(d) masih diterokai;

(e) baru dijumpai;

(f) telah dijumpai tetapi masih belum diusahakan oleh Petronas di sekitarSemenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau jika ada, di luar negeri;semenjak ditubuhkan.

Semenjak ditubuhkan, apakah jumlah wang yang telah dilaburkan oleh Petronas kedalam:

(a) penerokaan telaga minyak baru;

(b) pengusahaan telaga minyak;

(c) pengusahaan "upstream" industri minyak;

(d) pengusahaan hiliran industri minyak;

(e) pengusahaan bukan industri minyak.

Bagi kedua-dua kategori (c) (d) dan (e), sila nyatakan jenis industri yang terlibat,jumlah pelaburan dalam setiap industri, sama ada sebagai kerjasama dengan pelaburtempatan atau pelabur asing, tanggungan tahunan Petronas dalam setiap industri, carapembahagian keuntungan (jika ada), dan sebab-sebab yang memerangsangkan Petronasuntuk menceburi bidang berkenaan.

14. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan bagi HICOM:

(a) jenis-jenis industri yang diceburi;

(b) perolehan hasil/kerugian daripada setiap jenis industri pada tahun kewanganyang terbaru (sila nyatakan tahun kewangan yang dirujukkan) denganperolehan-perolehan berselang-seli tempoh masa lima tahun, bermuladaripada tahun industri mina-mula beroperasi;

• (c) jumlah modal asal yang dilaburkan dalam setiap industri ketika ditubuhkanberbanding dengan tanaman modal seterusnya sehingga menjelang bulanOktober, 1990 yang dibuat oleh keraj aan, dan j ika ada, berbanding denganpelaburan yang dibuat oleh pelabur asing atau pelabur tempatan yangbekerjasama dalam projek; sila nyatakan identiti serta latar belakangkeusahawanan pelabur asing atau pelabur tempatan yang bekerjasama dalamprojek;

(d) jumlah hutang terkumpul dalam negeri setiap industri menjelang bulanOktober 1990;

(e) jumlah hutang dalam negeri yang baru setiap industri, iaitu di antara tahun1989 hingga menjelang bulan Oktober 1990; sila nyatakan syarat-syaratpinjaman, tarikh pinjaman dibuat serta konsortium atau bank perdaganganyang memberi pinjaman;

(f) jumlah hutang terkumpul dalam negeri setiap industri yang dijaminkan olehKeraj aan berbanding dengan yang tidak dij amin oleh Keraj aan;

Page 16: Skin Cepat Kaya Parlimen

16

(g) jumlah hutang terkumpul luar negeri setiap industri menjelang bulan Oktober,1990; sila nyatakan secara berasingan nilai pinjaman dalam matawang asing(dan juga dalam nilai ringgit), sejak berapa lamakah pinjaman dibuat, jumlahyang telah dibayar balik, jumlah yang masih tinggal, bilangan tahun lagisebelum hutang dibayar balik sepenuhnya; dan

(h) jumlah hutang luar negeri yang baru setiap industri, iaitu di antara tahun 1989hingga menjelang bulan Oktober, dengan memberi butir-butir seperti nilaidalam matawang asing dan matawang ringgit, konsortium. yang memberipinjaman s-yarat-syarat pinjaman, tarikh pinjaman dibuat, bahagian yangdijamin oleh Kerajaan.

15. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan senarai projek yang telahditawarkan kepada United Engineers Malaysia Bhd., (UEM), termasuk seluruhkandungan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Gas, petroleum dan lain-lain), sama adasecara terus-menerus atau sebagai sebahagian daripada satu konsortium atau menerusianak syarikatnya. Bila Penglibatan UEM adalah menerusi anak syarikat atau sebagaisebahagian konsortium, sila nyatakan identiti serta latar belakang keusahawanan anaksyarikat atau kongsi-kongsi dalam konsortium.

Apakah nilai jangkaan setiap projek ini berbanding dengan nilai tawaran yangdikemukakan oleh UEM.

Apakah pula nilai sub-kontrak yang telah ditawarkan oleh UEM kepada syarikat-syarikat lain dalam setiap projek. Sila nyatakan identiti serta latar belakang keusahawansetiap syarikat yang terlibat, nilai kontrak yang diterima, dan kandungan "package"kerja kontrak termasuk jenis kerja, tempoh masa menyiapkan kerja, "quantum" kerana(misalan, jika pembinaan lebuh raya, berapa panjangnya, bilangan "lanes" dansebagainya.

Termasuk Lebuh Raya Utara Selatan, apakah bilangan cadangan (proposal) yangtelah dikemukakan oleh UEM atau mana-mana pihaknya kepada Kerajaan. Projek-projek manakah yang terlibat dalam cadangan-cadangan ini. Cadangan yang manakahditerima oleh Kerajaan. Cadangan manakah yang ditolak oleh Kerajaan. Apakah sebab-sebabnya Kerajaan menolak cadangan-cadangan berkenaan. Apakah yang terjadikepada projek-projek di mana cadangan ditolak.

Adakah syarikat-syarikat lain juga dipelawa untuk memberi cadangan bagi projek-projek yang sama. Jika ada, siapakah syarikat-syarikat ini dan secara perbandingandengan cadangan UEM, apakah tawaran di segi wang, tempoh masa menyiapkanprojek, kandungan kerja dan sebagainya yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat ini,termasuk sama ada cadangan UEM atau syarikat diterima oleh Kerajaan serta sebab-sebab bagi pilihan Keraj aan. Jika tidak, ada syarikat lain, mengapa. Mengapakah UEMdipilih untuk mengemukakan cadangan.

Berapakah lamakah masanya Kerajaan memerlukan untuk mengkaji sesuatucadangan sebegini pada biasanya. Apakah pula tempoh masa yang diambil olehKerajaan untuk mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh UEM (sebaik-baiknya, silanyatakan tarikh cadangan dikemukakan oleh UEM kepada Kerajaan dan tarikhcadangan diterima/ditolak oleh Keraj aan.

Page 17: Skin Cepat Kaya Parlimen

17

16. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kerja Raya menyatakan senarai lebuh-lebuhraya atau "expressway" yang telah atau akan dibina di Lembah Kiang di kebelakanganlima tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang. Bagi setiap projek, sila nyatakanbutir-butir seperti:

(a) ciri -ciri fizikal projek

(i) panjangnya lebuh raya/expressway yang dibina;

(ii) bilangan "lane" yang dibina;

(iii) bilangan plaza tol serta lokasinya;

(iv) "route" yang ditempoh;

(v) isipadu laluan trafik;

(vi) jangkaan kos asal;

(vii) kos setelah dikaji semula;

(viii) tempoh masa projek dijangka dapat disiap sediakan; dan

(ix) tempoh masa sebenarnya yang diambil untuk menyiapkan projek;jika melebihi tempoh, apakah sebab -sebab bagi kelengahan sertaapakah nilai pampasan atau ganti rugi yang dibuat oleh pemaju;

(b) (i) identiti dan latar belakang keusahawanan syarikat berbanding dengansyarikat-syarikat lain yang juga membuat tawaran;

(ii) nilai tawaran yang dibuat berbanding dengan tawaran syarikat lain;

(iii) sebab-sebab mengapa tawarannya diterima oleh Kerajaan;

(iv) syarat-syarat kontrak, khususnya , jika ada kutipan to!, bilangan tahundibenarkan membuat kutipan , kadar tol serta kadar tol akan dinaikkandalam tempoh masa itu pampasan atau gantirugi sama ada oleh pihaksyarikat atau Kerajaan bagi apa -apa kemusykilan yang mungkin timbul;

(v) pinjaman dalam negeri atau luar negeri yang dibuat untuk membiayaikos pembinaan projek; sila nyatakan pihak yang memberi pinjamanserta syarat-syarat pinjaman; dan

(vi) apa - apa bentuk bantuan , sama ada Wang , pelepasan cukai,perkhidmatan percuma atau barangan yang diterima daripada Kerajaan.

17. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Tenaga , Telekom dan Pos menyatakan secaraberasingan jumlah mel surat serta dokumen darat , laut dan udara yang dikendalikanoleh Pejabat Pos pada tahun -tahun 1985, 1986, 1987 , 1988 , 1989 dan menjelangOktober , 1990. Bagaimana pula dengan jumlah pengendalian surat di bawah kategoriyang sama oleh perkhidmatan "courier" swasta.

Apakah jumlah kiriman bungkusan , juga secara berasingan , melalui darat, laut danudara yang dikendalikan oleh Pejabat Pos pada tahun-tahun yang sama berbandingdengan jumlah yang dikendalikan oleh perkhidmatan "courier" swasta.

Apakah bilangan perkhidmatan "courier" swasta yang telah ditubuhkan dalamnegara pada masa ini. Sejauh manakah wujudnya perkhidmatan ini telah mengurangkanaktiviti Pejabat Pos di segi:

(a) pengendalian surat/dokumen;

Page 18: Skin Cepat Kaya Parlimen

18

(b) bungkusan;

(c) bilangan kakitangan Jabatan Pos; dan

(d) bilangan "postmaster",

berbanding dengan masa sebelum adanya perkhidmatan "courier" dan rancangan-rancangan untuk memperkembangkan aktiviti-aktiviti ini pada masa akan datang.

Sejauh manakah pula perkhidmatan "courier" swasta telah mempengaruhi lain-lainperancangan pembangunan atau pembelbagaian aktiviti Pejabat Pos di segi kepesatanmempelbagaikan aktiviti, pengalihan tumpuan perhatian serta pelaburan pembangunan,pengambilan kakitangan baru, atau latihan semula kakitangan.

Bolehkah perkhidmatan Pos Laju yang serupa dengan perkhidmatan "courier" itumenandingi mutu perkhidmatan serta sambutan orang ramai, khasnya di bidangperniagaan, terhadap perkhidmatan "courier" swasta. Jika ya, apakah angka-angkayang boleh dikemukakan untuk menyokong pandangan Kerajaan. Jika tidak, apakahsebab-sebab kelemahan perkhidmatan Pejabat Pos dalam bidang ini dan apakahlangkah-langkah yang sedang diambil untuk mengesyorkan Pos Laju dapat bertandingdengan perkhidmatan "courier" swasta.

Difahamkan bahawa ada sesetengah syarikat "courier" yang didakwa "palsu"(bogus) memperalatkan perkhidmatan Pos Laju sebagai "courier" bagi pelangganmereka. Sejauh manakah meluasnya kejadian-kejadian seperti ini berlaku. Apakahtindakan yang boleh serta telah diambil oleh pihak Pejabat Pos terhadap syarikat"courier".

Apakah anggaran jumlah keuntungan/kerugian aktiviti-aktiviti Pejabat Pos padatahun 1989 dan menjelang bulan Oktober 1990. Apakah sebab-sebab bagi perbezaandalam hasil tahunan bagi setiap jenis aktiviti dalam tempoh masa 1985 hinggamenjelang bulan Oktober 1990. Apakah perancangan jangka panjang yang khusus bagisetiap satu aktiviti berasaskan angka-angka pendapatan, perbelanjaan operasi dankeuntungan/kerugian bersih, terutama sekali bagi perkhidmatan pengiriman Wang.

Memandangkan Ketua Setiausaha Kerajaan baru-baru ini mengumumkanpengenalan perkhidmatan "Electronic Data Interchange" yang membolehkanpenghantaran dokumen secara elektronik dalam masa setahun atau dua apakahperancangan Kontinjen yang sedang dibuat oleh Pejabat Pos untuk menghadapikemungkinan berkurangnya lagi aktiviti pengendalian mel atau pos Laju. Apakah kesanteknologi sedemikian akan ada ke atas perkembangan perkhidmatan Pejabat Pos.

18. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan berapa jenis dan bilangan perayaan (pesta) yang diadakan diKuala Lumpur sepanjang tahun 1990 dan berapakah peruntukan Kerajaan bagimenjayakan setiap perayaan itu.

19. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapa banyak syarikat yang menjalankan perniagaan judi sekarang danberapakah modal berbayar bagi setiap syarikat tersebut; dan

(b) apakah bentuk judi yang dijalankan.

w

ralnet3
Text Box
Page 19: Skin Cepat Kaya Parlimen

19

20. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

menyatakan berapakah lesen-lesen berikut telah dikeluarkan:

(a) Kelab Malam;

(b) Disko;

(c) Rumah Urut;

(d) Pusat Snooker; dan

(e) Karaoke Lounge.

21. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah penduduk mengikut statistik terakhir bagi Malaysia dan Kelantan;

(b) hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari negeri Kelantan;

(c) kadar kemiskinan, jumlah keluarga miskin dan kawasan-kawasan termiskindi Kelantan;

(d) jumlah pemberian terus (grant) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusatkepada Kelantan setiap tahun; dan

(e) jumlah hutang Kerajaan negeri Kelantan sebelum pilihanraya 21 Oktober,

1990.

22. Tuan Mohamad bin Sabu minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) kadar jenayah di peringkat kebangsaan dan Kelantan;

(b) jumlah penagih dadah di seluruh negara mengikut negeri-negeri;

(c) jumlah pengangguran mengikut negeri-negeri; dan

(d) jumlah setinggan mengikut negeri -negeri.

23. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) bilakah kerja-kerja untuk memperbaiki Landasan (lapangan) terbang di LongAkah akan dimulakan; dan

(b) apakah jumlah peruntukan bagi tiap-tiap dan semua projek yang tersebut di

atas.

24. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah

sebab-sebab untuk berikut:

(a) Klinik Desa di Long Bedian, Baram tidak ada Jururawat Desa dan Attendan;

(b) Klinik Desa di Long Na'ah tidak ada Jururawat Desa, Attendan dan OBD

(Pemandu B ot);

(c) Klinik desa di Long Loyang tidak ada Attendan; dan

(d) Klinik Desa Long Jeeh tidak ada pemandu motobot.

25. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyatakan sama ada Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environnmental Impact

Page 20: Skin Cepat Kaya Parlimen

20

Assessment) semestinya dibuat dan adakah sudah di buat oleh Kompeni-kompeni yangtertentu berhubung dengan kegiatan-kegiatan seperti berikut di negeri Sarawak:

(a) Aktiviti-aktiviti Pembalakan di bahagian Lundu (Kuching) Serian (KotaSamarahan), Ulu Rejang (Kapit), Bintulu, Baram (Bahagian Miri) danLimbang;

(b) cadangan membina Loji Melebur Aluminium di Bintulu. Apakah namaSyarikat/badan Penasihaf dan nama negara yang terlibat dalam pemerosesanini; Adakah pandangan masyarakat tempatan di Bintulu diambil kira jugadalam proses ini;

(c) Perlombongan Emas di Daerah Bau dalam Bahagian Kuching; dan

(d) Perlombongan B atu Arang di kawasan Merit di Bahagian Kapit.

jikalau kajian-kajian seperti di atas sudah dibuat, apakah keputusannya dan bilakahianya akan diumumkan kepada Masyarakat Umum jika tidak/belum dibuat, kenapatidak. Jikalau syarikat-syarikat yang terlibat telah menjalankan Operasi sebelumkajian-kajian ini dibuat, adakah mereka melakukan kesalahan-kesalahan di bawahSeksyen 34 (a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Apakah tindakan Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar terhadap perkara mi.

26. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan samaada unit penglibatan Bumiputera (Bumiputera Participation Unit) di Pejabat PerdanaMenteri telah membuat kajian tentang penglibatan Bumiputera tempatan di bahagianBaram dalam Industri Pembalakan di Kawasan Baram. Apakah peraturan penglibatandan hasil keuntungan yang diperolehi oleh golongan Bumiputera tempatan di Baramdari aspek pemberian Saham dan equiti dalam lesen-lesen pembalakan dan juga dariSyarikat yang menjalankan Operasi membalak yang sebenarnya.

27. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyatakan apakah kewajipan yang telah dibuat dan yang akan diambil oleh KerajaanMalaysia terhadap pelaksanaan "Deklarasi Langkawi" atas Alam Sekitar yang telahdibuat semasa CHOGM di Kuala Lumpur dulu di dalam dan di Luar Malaysia.

28. Dr V. David minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah beliau sedar bahawa Dekan Fakulti Kejuruteraan di UniversitiMalaya, Profesor Madya Dr Arichandran, telah dipecat dari jawatannya olehPemandu Naib Cancelor, Prof. Taib Osman;

(b) apakah sebabnya, jika ada, seorang pensyarah kanan kejuruteraan sepertiProf. Madya Dr Arichandran yang telah berkhidmat selama 24 tahun dipecatdari jawatan Dekan walaupun beliau ditetapkan pangkat sebagai Dekan olehNaib Cancelor Universiti Malaya pada lhb April, 1990 sahaja;

(c) adakah Menteri sedar bahawa tindakan ini diambil oleh Pemangku NaibCancelor tanpa mendapat kebenaran atau merunding dengan Naib CanselorUniversiti Malaya, yang telah mengambil cuti penyelidikan baru-baru ini;

(d) adakah betul bahawa pihak-pihak tertentu telah memaksa Pemangku NaibCancelor mengambil tindakan yang sama atas beberapa orang Profesor dan

Page 21: Skin Cepat Kaya Parlimen

21

Profesor Madya yang lain, dengan menyuruh mereka menandatangani surat-

surat meletakkan j awatan masing-masing;

(e) apakah kriteria-kriteria untuk naik pangkat seseorang pensyarah Universiti

ke j awatan- j awatan atas;

(f) adakah Menteri ingin melantik suatu jawatankuasa siasatan yang bebas untukmengkaji dengan teliti segala isu-isu yang berkenaan dan mengambiltindakan sewajarnya atas pihak-pihak yang bersalah; dan

(g) bagaimanakah beliau ingin meningkatkan mutu pengajaran dan penyelidikandi Universiti-Universiti tempatan jika peranan pendidikan institusi inidiganggu oleh isu-isu pilih kasih dan perasaan perkauman.

29. Dr V. David minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah beliau sedar bahawa jurang perbezaan antara yang berada dan yangkurang berada belum lagi dikurangkan, walaupun tujuan asas Dasar Ekonomi

Baru ialah untuk menghapuskan kemiskinan;

(b) bolehkah beliau memberi sedikit penjelasan bagaimana is inginmeningkatkan pendapatan golongan rakyat miskin di negara ini; dan

(c) bolehkah Kerajaan mencapai kejayaan dalam usaha meningkatkan tarafperpaduan negara kita jurang perbezaan antara rakyat kaya dan miskin kian

bertambah dari masa ke semasa.

30. Dr V. David minta . Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) bila pengswastaan perkhidmatan keretapi akan diadakan;

(b) jumlah kerugian berkumpul yang telah dihadapi oieh Keretapi Tanah Melayu

hingga sekarang;

(c) mengapa pembaharuan landasan dan pemasangan landasan kedua dibuatsekarang walaupun suatu laporan telah pun dibuat dalam tahun 1969 olehKetua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada masa itu, mencadangkanpembaharuan landasan, memodenkan sistem isyarat lalulintas keretapi dan

sebagainya;

(d) adakah beliau sedar bahawa jika syor-syor laporan tersebut dapatdilaksanakan dua puluh tahun dahulu, kos pemasangan dan pengurusannya

akan jadi lebih rendah; dan

(e) adakah Kerajaan ingin memberi 30% saham daripada jumlah ekuiti syarikatswasta perkhidmatan keretapi ini kepada pekerja-pekerjanya.

31. Dr V. David minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) bolehkah beliau memberitahu Dewan ini apakah jumlah tabung awam yangtelah diperuntukkan bagi menggalakkan pelancongan dalam tempoh "Tabun

Melawat Malaysia";

(b) apakah bilangan pelancong asing yang telah datang melawat ke Malaysiamulai dari masa promosi pelancongan ini dimulakan; dan

Page 22: Skin Cepat Kaya Parlimen

22

(c) bolehkah beliau memberitahu Dewan ini apakah jumlah hasil luar negeriusaha-usaha ini telah berjaya mendapat masuk ke dalam Malaysia;

Betul atau tidak bahawa tabung awam begitu besar yang sedang dibelanjakan bagimengadakan pesta-pesta pelancongan boleh digunakan untuk memberi kemudahan-kemudahan asas seperti rumah kos rendah , hospital, bekalan air paip, dan kemudahanpembuangan najis.

32. Dr V. David minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah beliau sedar atas kekurangan tanah perkuburan bagi kaum-kaumbukan Islam di Kuala Lumpur; dan

(b) bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tanah perkuburan yang mencukupiakan diperuntukkan bagi kaum -kaum bukan Islam mengikut agama dantradisi masing-masing.

33. Tuan Haji Wan Mohd . Jamil bin Wan Mahmood minta Perdana Menterimenyatakan:

(a) apakah kriteria dan kelayakan pengambilan tenaga -tenaga pengkursus bagiaktiviti Biro Tatanegara; dan

(b) sila senaraikan tenaga-tenaga pengkursus Biro Tatanegara bagi tempoh limatahun yang lalu.

34. Tuan Joseph Voon minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlahhasil pendapatan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah sejak tahun 1963dan berapakah pula peruntukan dari Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Sabahdalam tempoh yang sama.

35. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak BNmengamalkan dasar diskriminasi ke atas kawasan-kawasan pembangkang dari segipembangunan dan peruntukan wang. Sila nyatakan jumlah wang yang dibelanjakanuntuk pembangunan bagi setiap 5 Kawasan Parlimen di negeri Melaka iaitu Selandar,Jasin , Alor Gajah , Batu Berendam dan Kota Melaka pada tempoh masa 1986-1990.

36. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Kewangan menyatakan sejauhmanaKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah membantu pekerja dalam skimpembelian rumah dalam tempoh 1985 , 1986 , 1987 , 1988 , 1989 hingga Oktober 1990.Nyatakan:

(a) jumlah pemohon yang sudah diluluskan permohonan dalam skim pembelianrumah; dan

(b) jumlah rumah mengikut pecahan negeri-negeri yang telah diluluskanpermohonan kepada pemohon. ''^ ' x

Page 23: Skin Cepat Kaya Parlimen

DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN

MALAYSIA

PENGGAL YANG PERTAMA

KERTAS PEMBERITAHU

Bil. 4 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

HARI KHAMIS, 6HB DISEMBER, 1990 PUKUL 2.30 PETANG

*1. Dato' Haji Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Menteri Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) berapakah peningkatan pendapatan dari hasil eksport minyak kesan dariKrisis Telok; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang memberi subsidi bagi mengekalkan harga

minyak.

*2. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah hasil dari penggerudian di telaga-telaga minyak di perairan Kedahkawasan PM 1; dan

(b) bilakah penggerudian sepenuhnya bagi semua telaga-telaga minyak dalamkawasan tersebut selesai dan bilakah mula beroperasi.

*3. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah "PersatuanHak-Hak Manusia Kebangsaan" yang memohon untuk didaftarkan dalam bulan Ogos

1989 akan didaftarkan.

*4. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) mengapakah ketika Nippon Steel mengendalikan loji "Direct ReductionIron" di Kemaman, Terengganu tidak menguntungkan, malah terpaksaditutup, tetapi kini pula boleh diguna semula setelah Perwaja memeteraiperjanjian dengan konsortium Jerman-Mexico;

(b) berapa besarkah pasaran dalam negara dan di dunia untuk bilet DRI. Berapabesar pula bahagian daripada pasaran, masing-masing di dalam negara dan didunia, yang dijangka berdaya dikawal oleh Perwaja. Dalam tempoh masaberapa tahunkah modal asal yang ditanamkan di dalam kedua-dua loji DRI iniboleh diperolehi kembali. Apakah andaian-andaian yang dibuat; dan

(c) menjelang September 1990, apakah jumlah hutang luar negeri Perwaja yangmasih belum dibereskan berbanding dengan jumlah asal.

Page 24: Skin Cepat Kaya Parlimen

2

*5. Tuan Mohamad bin Sabu mints Perdana Menteri menyatakan:

(a) sudahkah beliau menerima laporan penuh dari pemerhati pilihanrayaKomanwel. Jika sudah, apakah kandungan laporan itu;

(b) adakah Perdana Menteri puashati dengannya. Jika tidak sila huraikanmengapa.

*6. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) kedudukan rancangan sudut Belia yang dikelolakan untuk mengatasi masalahBelia berpeleseran; dan

(b) bagaimanakah sambutan yang diterima dan nyatakan bilangan Belia yangmengambil bahagian di dalam program mi.

*7. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakub minta Perdana Menteri menyatakan apakahmaksud sebenar langkah Kerajaan mengenepikan Menteri Besar Kelantan dan KetuaMenteri Sabah daripada dijemput menghadiri mesyuarat bersama Kerajaan Pusat danKerajaan Negeri-negeri.

*8. Tuan Haji Nik Abdullah bin Arshad minta Menteri Kemajuan Tanah danPembangunan Koperasi menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda AktaKoperasi 1948 yang sedia ada ke arah mengujudkan gerakan koperasi yang lebihmantap dan lebih berkesan.

*9. Tuan Haji Mahbud bin Haji Kassim minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia di dalam membantumenyelesaikan krisis Teluk yang berlarutan melebihi empat (4) bulan;

(b) adakah Malaysia bercadang menghantar satu pasukan tentera pengamanuntuk menyertai lain-lain negara ke Teluk; dan

(c) sejauh manakah kesan krisis Teluk menjejaskan keadaan ekonomi Malaysia.

*10. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan kenapa begitubanyak projek Kondominium diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini Berapa banyakkah projek Kondominiumtelah diluluskan oleh DBKL dan berapa banyakkah "squatters" telah dihalaukandaripada kawasankelulusan ini. Harga projek Kondominium yang diluluskan baru-baru ini adalah lebih dari $150,000.00 satu unit dan ada yang lebih dari $300,000 satuunit. Harga ini adalah di luar kemampuan kepada kebanyakan orang di Malaysia, yangmengalami masalah kewangan sekarang. Kadar harga yang diluluskan oleh DBKLadalah tidak berasas memandangkan kadar perkahwinan di Kuala Lumpur, rancanganKotaraya, kemudahan asas dalam pembangunan (lalulintas, sekolah, kemudahanawam). Perdana Menteri diminta menjelaskan apakah asas yang digunakan dalammeluluskan projek Kondominium di Kuala Lumpur oleh DBKL atas perkara yangdisebutkan di atas.

1

I

ralnet3
Text Box
Page 25: Skin Cepat Kaya Parlimen

3

*11. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah beiiau sedar tentang ramainya orang Islam menjadi pelanggan kepadasistem pajak gadai dan ramai pula mereka yang terpedaya oleh peniaga pajakgadai yang sengaja menyusutkan mutu barang yang mereka gadai;

(b) apakah langkah yang diambil oleh B ahagian Agama di Jabatan PerdanaMenteri bagi menyelamatkan umat Islam dari belenggu sistem pajak gadaiini; dan

(c) jika ada, bagaimana dan bila hendak dilaksanakan.

*12. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan, berikutan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan perkataan "baru" bagisemua kampung baru, apakah manfaat yang akan dinikmati oleh penduduk-pendudukdi kampung-kampung berkenaan.

*13. Tuan Taimin Lumaing minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapakah biiangan pegawai-pegawai Kerajaan dari Sabah yang berkhidmatdi Jabatan jabatan Persekutuan di Sarawak dan Semenanjung sejak tahun1986 hingga sekarang mengikut kategori kumpulan gaji; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memestikanagar pegawai-pegawai Kerajaan dari Sabah dan Sarawak boleh menjawatjawatan Persekutuan Ketua Setiausaha Kementerian Persekutuan.

*14. Dr V. David mints Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) adakah dasar rasmi Kerajaan membekalkan air bertapis kepada semua ladang-ladang, sepertimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia;dan

(b) jika ianya betul, apakah sebabnya berkalan air paip tidak dilanjutkan keLadang Bukit Hitam, Batu 14, Jalan Puchong, walaupun perkara ini telahpundibangkitkan beberapa kali kepada pihak pengurusan ladang-ladang ini danbadan-badan awam.

*15. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan perkembanganterbaru dengan pengiktirafan yang diberikan kepada sijil-sijil dan diploma-diplomaKolej Tunku Abdul Rahman dan sama ada pihak Kolej itu sudah menerima tawaranpengiktirafan Kerajaan ini. Jika tidak, mengapa.

*16. Tuan Maidom P . Pansai minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada benaratau tidak bahawa anggota-anggota tentera terutama sekali yang bertugas di Sabahmenghadapi masalah segi perumahan kerana ketidakcukupan perumahan yangdisediakan oleh pihak berkuasa tentera. Mereka terpaksa menyewa rumah denganmenggunakan elaun perumahan mereka yang dikatakan tidak mencukupi itu (anggotatentera yang berpangkat Sergeant baru dibayar elaun perumahan sebanyak $200.00sebulan, lebih rendah pangkatnya maka lebih rendah lagi kadar elaunnya). Jika cedar,apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota tentera kita.

Page 26: Skin Cepat Kaya Parlimen

4

*17. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakanadakah beliau sedar beberapa projek-projek bahan api kepada kampung-kampungterjejas dengan ketidak-adaan beberapa jenis "spares" untuk kerja-kerja pembekalantersebut. Siapakah pembekal-pembekal berkenaan yang tidak memenuhi perananmereka dalam kerja-kerja ini. Apakah sebabnya pihak TEN tidak boleh mendapatkanpembekalan ini dari luar negeri dalam keadaan yang tidak memuaskan,seperti mi.

*18. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah khusus dan persediaan yang dijalankan olehKerajaan dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan SyarikatBerbilang Negara (MNC) ke negeri-negeri yang kurang mendapat perhatian

pelabur; dan

(b) apakah usaha-usaha dan penglibatan Kerajaan untuk menarik pelaburansyarikat-syarikat dari negara-negara maju seperti Jepun ke kawasanpertumbuhan "segi tiga" yang melibatkan singapura, Johor dan Bantam.

*19. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan memandangkanSkandal Kewangan Bumiputra Malaysia Finance bernilai $2.5 bilion telah dibukasemula, sama ada Kerajaan akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan di Rajayang mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruhke dalam peranan yang dimainkan oleh Menteri-menteri UMNO di dalam skandaltersebut termasuk Perdana Menteri sendiri.

*20. Dato ' K. Kumaran minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sama ada kebenaran diperolehi oleh Kerajaan Negeri Sabah untukmenubuhkan "Institusi Ekonomi Politik" (Institute of Political Economy) di

negara itu; dan

(b) jika ya, apakah objektif dan fungsi institusi itu. Jika kebenaran tidakdiperolehi, apakah tindakan Kerajaan Pusat untuk membatalkan

penubuhannya.

HARI JUMAAT, 7HB DISEMBER, 1990, PUKUL 3.00 PETANG

*1. Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman minta Menteri Dalam Negeri menyatakanapakah tindakan yang diambil terhadap setengah-setengah akhbar yang tidakmengamalkan kebebasan akhbar bahkan mengamalkan kebebasan `berbohong' yangbukan sahaja merosakkan nama baik Kerajaan yang memerintah bahkan orang-orangPerseorangan yang tertentu.

*2. Tuan Karpal Singh minta Menteri Luar Negeri menyatakan reaksf KerajaanMalaysia terhadap pakatan tandatangani pada 13 November, 1990 di Tokyo antaraAmerika Syarikat dan Singapura untuk membenarkan Amerika Syarikat diberi lebih

kemudahan tentera Singapura.

Page 27: Skin Cepat Kaya Parlimen

*3. Tuan Harisson Ngau Laing minta Perdana Menteri menyatakan sama ada bolehdan bilakah Kerajaan Persekutuan ingin berbincang tentang kemungkinan royaltiMinyak dan Gas bagi Negeri Sarawak. Berapa peratus dalam kenaikan dapat diberi olehKerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak.

*4. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan samaada Kementerian bercadang untuk menyediakan kemudahan riadah dan bersukan yanglengkap di kampung-kampung sebagai sistem sokongan bagi melahirkan lebih banyakpeminat yang secara langsung akan menambah bilangan bakat di bidang sukan,sekiranya ada, apakah bentuk rancangan tersebut.

*5. Tuan Haji Wan Mohd . Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri PembangunanLuar Bandar menyatakan dengan perubahan Kerajaan di Kelantan Darul Naim, apakahbantuan dan peruntukan pembangunan luar bandar untuk negeri tersebut akandikurangkan.

*6. Puan Hajjah Ilani binti Dato ' Haji Isahak minta Perdana Menteri menyatakanmengapakah di dalam Persidangan Menteri-menteri Besar yang bertujuan menyelaraspembangunan antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri, Kelantan diwakili oleh seorangyang kalah dalam pilihanraya yang lalu dan tidak mempunyai kuasa sah atau mandatrakyat untuk mewakili Kerajaan Negeri.

*7. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenyataanKetua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar bahawa penglibatan pegawai polis termasukTimbalan Pesuruhjaya dalam operasi pelacuran, perjudian, peras ugut dan loteri empatnombor ekor haram.

(a) beritahu berapa banyakkah pegawai polis daripada pangkat ASP ke atas telahdisoal-siasat dalam kes rasuah. Dan berapakah antara mereka yang didakwadan didapati bersalah dalam tempoh 5 tahun lalu, sila berikan perangkaannya;

(b) kenapa selepas peringkat betapa seriusnya kelakuan rasuah oleh Ketua PolisNegara, Menteri Dalam Negeri (yang juga Perdana Menteri) tidak denganserta-merta menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rasuahdalam pasukan polis. Sila beritahu sama ada perlukah menubuhkanSuruhanjaya Diraja mi.

*8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa tindakantidak diambil oleh Bank Negara terhadap kegiatan Skim Cepat Kaya supaya pelabur-pelabur tidak menghadapi kerugian yang terus atas penyelewengan dan penipuan skimtersebut.

*9. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pendidikan menyatakan apakahpelanggaran prosedur pentadbiran yang telah dilakukan oleh Naib Canselor UniversitiMalaya seperti tercatat di dalam laporan Badan Pencegahan Rasuah bertajuk "LaporanTatatertib Terhadap Dr Syed Hussein Alatas, Naib Canselor Universiti Malaya" danapakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap Dr SyedHussein Alatas berkaitan dengan perbuatannya melanggar prosedur pentadbiran.

Page 28: Skin Cepat Kaya Parlimen

6

*10. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Menteri Pendidikanmenyatakan apakah usaha-usaha meningkatkan tulisan dan bacaan huruf jawi dalampelaksanaan dasar membentuk insan kamil melalui Quran dan Hadith.

*11. Dr V. David minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bolehkah beliau menerangkan atas kenaikan kegiatan jenayah di kawasanSungei Way, terutamanya di bandar Sunway;

(b) adakah betul bahawa kenaikan perlakuan jenayah disebabkan atasketidakbolehan pihak polis menguruskan keadaan ini; dan

(c) bilangan kegiatan jenayah menurut pecahan jenis kegiatan jenayah dikawasan mi.

*12. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmiKerajaan terhadap laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) dan bilakahlaporan ini dijangka siap dan apakah sebab mengapa laporan ini belum disiapkan

mengikut j adual.

*13. Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Pengangkutan menyatakanapakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempastikan bahawa ionidan trak serta bas mini di negara ini memasang bahagian-bahagian keselamatan sepertifront dan rear fender dan lain-lain. Berapa banyakkah kematian di dalam kemalanganjalanraya yang disebabkan oleh ketiadaan alat-alat mi.

*14. Tuan Ahmad bin Omar minta Perdana Menteri menyatakan berikutan KrisisTeluk, berapakah j angkaan Petronas untuk pengeluaran minyak bagi memenuhikeperluan bertambah di dunia. Apakah Dasar Petronas dari segi harga dan pertambahanpengeluaran jika keperluan dunia terus menerus bertambah.

*15. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

menyatakan:

(a) mengapa beliau menyokong tindakan untuk menggugurkan istilah "buru"dari kampung baru dan pemansuhan peruntukan projek khas, denganmenyatakan kebaikan-kebaikannya;

(b) sama ada tindakan ini adalah satu usaha untuk menganaktirikan pendudukkampung baru dengan mengabaikan kebajikan mereka serta mengurangkanperuntukan yang diperolehi oleh kampung-kampung "baru" dan kalau tidaksila nyatakan jumlahnya untuk tahun ini dan depan;

(c) sama ada beliau berpuas hati dengan jumah peruntukan sebanyak $8 juta dibawah Rancangan Malaysia Ke 5 dan kalau is mengapa dan apakah jumlahperuntukan yang akan diminta di bawah Rancangan Malaysia Ke 6; dan

(d) sebab mengapa beliau enggan menyokong usaha untuk mendirikan satuTabung Membasmi Kemiskinan Kampung Baru $1,500 juta.

Page 29: Skin Cepat Kaya Parlimen

*16. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Kerjaraya menyatakan:

(a) apakah sebabnya projek baru untuk membekal air kepada Kawasan Segamatmasih tidak dapat disempurnakan. Bilakah projek ini akan disempurnakan;

dan

(b) adakah beliau sedar beberapa kampung tradisional dan skim-skim Felda diKawasan Segamat masih tidak mendapat kemudahan air ini dan apakahtindakan khas yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membekalkan kesemuakampung yang berada di sekitar luar bandar yang meliputi estet-estet juga danbilakah kesemua kampung tersebut akan dapat menikmati kemudahan ini danberapakah jumlah belanjawan untuk pembiayaan kerja-kerja tersebut.

*17. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakanapakah janji-janji yang telah dibuat oleh Y.B. Menteri semasa melawat Chai Leng Park,Seberang Perai pada 4hb September, 1990. Sehingga kini, janji-janji apakah telahditunaikan dan apa yang akan dibuat pada janji-janji yang belum ditunaikan.

*18. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapaKerajaan dan pihak Polis cuba menjadikan isu bantahan tol di Cheras sebagai satu isuperkauman dalam bulan September lalu sedangkan is merupakan satu protes olehpenduduk-penduduk Cheras dari semua kaum; dan apakah tindakan yang Kerajaanbercadangmengambil untuk memastikan is tidak menjadi penyebab utama yangmenyebabkan perkauman di negara.

*19. Dr Othman Minudin minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) bilangan dan peratus orang-orang Sabah yang diterima masuk ke setiapuniversiti tempatan untuk setiap tahun sejak pembentukan negara Malaysia27 tahun yang lalu;

(b) bilangan dan peratusan pelajar-pelajar Sabah berbanding dengan negeri-negeri lain yang telah dibiayai melalui biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) sejak pembentukan Malaysia 27 tahun yang lalu; dan

(c) bilangan dan peratusan pelajar-pelajar Sabah yang diterima untuk mengikutiDiploma Pendidikan di universiti-universiti tempatan.

*20. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat menyatakan:

(a) berapa ramai orang tua yang ditempatkan di rumah-rumah KebajikanKementerian dan swasta;

(b) bagaimana bentuk yang disumbangkan oleh Kementerian bagi membantuorang-orang tua di rumah Kebajikan tersebut; dan

(c) apakah cadangan baru Kementerian dalam usaha memperbaiki keadaankebajikan orang tua di Rumah Kebajikan.

*21. Tuan Billy Abit Joo minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kedudukansemasa (Current status) jalanraya Bintulu, Tubau, Belaga yang telah dicadangkan,sudahkah kajian konsultant dibuat dan jika sudah, sama ada cadangan pembinaanjalanraya tersebut akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RME).

Page 30: Skin Cepat Kaya Parlimen

8

HARI ISNIN, IOHB DISEMBER, 1990 PUKUL 2.30 PETANG

*1. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abd. Manap minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah usaha-usaha susulan untuk jangkapendek dan panjang ekoran dari program Tahun Melawat Malaysia.

*2. Dr Othman Minudin minta Menteri Pendidikan menyatakan perkara-perkaraberikut:

(a) apakah rasionalnya menempatkan semua universiti di Semenanjung Malaysiasahaja;

(b) apakah justifikasi penubuhan Universiti Utara Malaysia di kawasan ParlimenKubang Pasu, Kedah sedangkan Universiti Sains Malaysia sudah ada diPulau Pinang. Dan kenapakah is tidak ditubuhkan di negeri-negeri lain yangjauh dari pusat pengajian tinggi;

(c) mengapakah tidak ada universiti penuh di Sabah ataupun Sarawakmemandangkan kedua-dua negeri tersebut adalah jauh dari pusat pengajiantinggi dan tambahan pula perlaksanaan pengajian tinggi adalah termaktub didalam Laporan jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-GovernmentalCommittee Report). Dan apakah tujuan disebalik kenyataan akhbat MenteriPendidikan pada 13 November, 1990 yang menyatakan bahawa penubuhanuniversiti di Sabah tidak perlu kerana tidak ramai pelajar-pelajar Sabah yanglayak masuk universiti. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa universiti itukelak hanya untuk orang Sabah sahaja, sedangkan matlamat penubuhannyaadalah untuk semua rakyat Malaysia dan untuk mempercepatkan lagi prosesintegrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia;dan

(d) mengapakah Kementerian Pendidikan tidak menubuhkan kampus tetapUniversiti Kebangsaan di Sabah, sedangkan pada tahun 1980 KerajaanNegeri telah pun mendermakan tanah seluas 304 hektar dan peruntukansebanyak $5 juta. Tapi dalam masa yang sama satu universiti baru ditubuhkandi Kedah.

*3. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Menteri Perpaduan Negara dan PembangunanMasyarakat menyatakan:

(a) berapa bilangan kanak-kanak yang disiksa oleh ibubapa atau penjaga daritahun 1986-1990;

(b) apakah tindakan Kementerian yang telah berkesan dalam melindungikebajikan kanak-kanak tersebut; dan

(c) apakah tindakan Kementerian bagi kanak-kanak hanyut yang terumbang-ambing di Bandar-bandar atau desa-desa dan berapa banyak bilangan merekayang dibantu oleh Kementerian dan berapa banyak lagi yang ketinggalanyang tidak mendapat bantuan.

*4. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakahkesan dan juga faedah (jika ada) dengan lawatan Dr Nelson Mandela ke Malaysia baru-baru mi. Apakah rasional terhadap sumbangan bantuan kewangan sejumlah US$5 jutakepada Afrika Selatan dan ANC yang dipimpin oleh Dr Mandela.

Page 31: Skin Cepat Kaya Parlimen

9

*5. Tuan George Sangkin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dakwaan yangmenyatakan bahawa terdapat sebilangan besar pendatang-pendatang haram di Sabahtelah berjaya mendapat kad pengenalan biru dan seterusnya menjadi warganegaraMalaysia dalam masa yang singkat sahaja. Dan juga benarkah dakwaan yangmenyatakan bahawa masih terdapat penduduk watan Sabah yang sudah bertahun-tahunmemegang kad pengenalan merah masih belum memperolehi kad pengenalan biru.Apakah sebab-sebab perkara ini terjadi dan apakah langkah-langkah Kerajaan Pusat

untuk mengatasinya.

*6. Dr Kua Kia Soong minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah satu penyiasatan yang menyeluruh akan dijalankan ke dalampenggunaan kakitangan-kakitangan dan jentera Kerajaan di dalam

pilihanraya umum yang lain;

(b) apakah Kerajaan akan menjalankan satu penyiasatan penuh ke dalamketidakcekapan dan kelam-kabut yang amat sangat yang berlaku di tempat-tempat mengundi di seluruh negara khasnya di kawasan-kawasan yangdimenangi oleh pembangkang semasa pilihanraya umum 1990; dan

(c) apakah langkah langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawapengundian dalam pilihanraya umum akan datang akan dijalankan dengancekap dan sempurna iaitu semua daftar pemilih adalah konsisten; pemilih-pemilih diberi kad mengundi oleh SPR sendiri yang memberitahukan merekatempat dan saluran mengundi; pentadbiran di semua tempat mengundi

dijalankan dengan cekap dan sebagainya.

. Tuan Michael Asang minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) jumlah keluarga mengikut negeri yang telah pun mendapat bantuan melaluiProgram Pembangunan Rakyat Termiskin sehingga 30 November, 1990;

(b) apakah masalah-masalah yang menghalang kelicinan perlaksanaan program

ini; dan

(c) adakah program ini akan diteruskan khususnya di Sabah dan Sarawak.

*8. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Perdana Menteri menyatakan apakahpendirian Kerajaan Persekutuan terhadap konsep "Borneonisation" seperti mana yangdikemukakan dan seterusnya dipersetujui dalam beberapa mesyuarat JawatankuasaAntara Kerajaan semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960an.

*9. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab yang

berlakunya kejadian di Lebuhraya Tol Cheras baru-baru mi.

* 10. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) apakah hasil dari Perbincangan antara Kerajaan Persekutuan yang diketuaioleh beliau dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai Pampasan yangakan dan patut diberi oleh Kerajaan Persekutuan akibat kehilanganpendapatan sekiranya eksport kayu balak dihentikan di kedua-dua negeri

tersebut;

Page 32: Skin Cepat Kaya Parlimen

10

(b) berapakah pampasan yang akan diberi; secara manakah is diberi; bilakah isakan diberi; dan

(c) jikalau perlu dan selain dari pampasan dari Kerajaan Persekutuan, bolehkahKerajaan Persekutuan menimbang untuk mendapatkan peruntukan juga dariagensi-agensi di Luar Malaysia untuk kedua-dua buah negeri ini sebagaipampasan untuk mereka sekiranya penjualan kayu balak dihentikan di kedua-dua Negeri mi.

*11. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan kedudukan "Kampung" dan apakah dengan "Kampung Baru" yang telahditukar kepada "Kampung" baru-baru ini mempunyai kedudukan yang sama sepertinya.Dan apakah akan terima peruntukan seperti dulu ketika yang pernah dikenali sebagai"Kampung Baru".

*12. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaanterpaksa membelanjakan sebanyak lapan billion ringgit untuk menyokong nilai ringgitsupaya kedudukan ringgit $1.10 sama dengan satu dollar Singapura sebelum dasar baruditetapkan. Oleh yang demikian , minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah asasnya kabinet ketika itu perlu menyokong nilai ringgit di pasaranmata wang dunia;

(b) dalam tempoh tersebut, beberapa kali Kerajaan melibatkan diri untukmenyokong nilai ringgit dan jumlah kerugian Negara bagi setiap tahun;

(c) adakah Kerajaan menyokong nilai ringgit selepas tempoh tersebut itu. Jikaada, sebutkan kerugiannya. Jika tidak, mengapa; dan

(d) apakah kesan baik dan buruk bagi Kerajaan menyokong nilai ringgit naikturun mengikut keadaan pasaran yang menentukan nilai sebenar.

*13. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Hassan minta Menteri Pendidikanmenyatakan berapa banyakkah asrama-asrama desa didirikan dan di mana.

*14. Datuk Monggoh Orow minta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaanPETRONAS bagi berikut sehingga 30hb Jun, 1990:

(a) Pengurusan dan Pentadbiran; dan

(b) Pembangunan.

*15. Dr V. David minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) adakah pihak polis bantuan mempunyai kuasa menyimpan Kad Pengenalanseseorang penduduk; dan

(b) bolehkah beliau menjelaskan kepada Dewan ini tentang kuasa yang diberikepada mereka.

*16. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Perdana Menteri menyatakan berapabanyakkah keuntungan PETRONAS sehingga kini, hasil dari peningkatan harga minyakdan penambahan pengeluaran ekoran dari krisis di Timur Tengah. Dan berapakah pulakerugian kepada negara akibat kehilangan pasaran kelapa sawit dan barang-barang siapMalaysia, di Timur Tengah.

ralnet3
Text Box
Page 33: Skin Cepat Kaya Parlimen

11

*17. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakahKerajaan akan mengujudkan unit rawatan penyakit Barah di Kota Kinabalu, Sabahkerana pada masa sekarang pesakit-pesakit "Barak" di Sabah terpaksa dihantar samaada ke Kuching, Sarawak atau ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

*18. Tuan S. S. Subramaniam minta Perdana Menteri menyatakan adakah Y.A.B.

sedar kekecewaan beberapa ahli-ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN)berhubung dengan pengumuman YAB iaitu Laporan Mapen tidak akan diterima dengansepenuhnya oleh kerana wakil-wakil dari parti DAP telah menarik diri dari Majlistersebut. Adakah ini bermakna lain-lain pihak yang mewakili kaum Cina, India danlain-lain kaum tidak boleh menyuarakan masalah-masalah mereka dalam Mapen. Jikaperkara ini menjadi satu syarat penting, sebab apakah Mapen dibenarkan mula kerja

pada awalnya.

*19. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) sebab-sebab Kerajaan menolak permohonan dari gabungan kesatuan-kesatuan sekerja dari Badan-badan Berkanun pada tahun 1982 yang mewakili145,000 pekerja untuk menubuhkan sebuah Federasi Kesatuan Pekerja-pekerja Badan Berkanun di bawah Akta Kesatuan Sekerja, sedangkanKerajaan dengan mudah telah meluluskan pendaftaran Pertubuhan BuruhMalaysia (MLO) sebagai alternatif kepada Kongres Kesatuan Sekerja

Malaysia (MTUC); dan

(b) tidakkah boleh Kementerian menimbang semula permohonan Kesatuan-kesatuan dari Badan-badan Berkanun supaya mereka dapat menubuhkansebuah Federasi untuk memelihara kepentingan mereka.

*20. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama adaKerajaan sedar bahawa pekerja-pekerja kilang yang berpendapatan rendah sedangmenghadapi masalah tempat tinggal berdekatan dengan tempat kerja mereka dankebanyakan mereka tinggal berkongsi rumah seramai antara dua puluh ke tiga puluharang dalam sebuah rumah biasa (tiga atau empat bilik), dan adakah Kerajaan bercadanguntuk memastikan semua kilang-kilang menyediakan kemudahan perumahan yangsesuai bagi pekerj a-pekerj a mereka atau sekurang-kurangnya membayar elaunperumahan yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja berkenaan.

*21. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah jumlah kerugian yang menimpa Malaysia setelah nilai mata wangyen melambung naik akibat dari pinjaman yang terlalu banyak dibuat olehMalaysia dari Negara Jepun;

(b) sewaktu pinjaman dibuat dari Jepun tidakkah ada sebarang proviso yangmembolehkan negara peminjam (Malaysia) menukar pinjaman berkenaandari yen kepada mata wang lain untuk meneruskan bayaran ke atas pinjamanyang dibuat; dan

(c) kalau ada proviso yang membolehkan pertukaran dari yen kepada mata wanglain mengapakah tindakan yang segera tidak diambil untuk menyelamatkanMalaysia dari ditimpa kerugian yang besar, atau sebaliknya berusaha untukmendapatkan pinjaman yang baru dari matawang lain supaya dapatmenjelaskan beban hutang dari Jepun apabila nilai yen meningkat tinggi.