komited basmi kemiskinan

3
Komited basmi kemiskinan Setelah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, isu kemiskinan masih terus menjadi agenda kerajaan dalam memastikan ia bukan lagi permasalahan utama dalam usaha mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Buktinya, jika pada tahun 1970, negara masih dibelenggu sekitar 50 peratus rakyat miskin namun pada tahun 2009, angka itu berjaya dikurangkan kepada 3.8 peratus sahaja rakyat yang masih berada dalam kategori miskin. Ia berikutan usaha-usaha proaktif pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu yang berjaya membawa sebahagian besar rakyat Malaysia termasuk di kawasan luar bandar keluar daripada belenggu kemiskinan yang serius. Kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang meliputi usaha dan fokus membasmi kemiskinan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dalam usaha ini, NKRA kemiskinan melibatkan beberapa kementerian dan agensi pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai program bagi membasmi kemiskinan di seluruh negara antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian lain yang terlibat termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Pertanian

Upload: nurul-izzati-mohd-z

Post on 29-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komited basmi kemiskinan

Komited basmi kemiskinan

Setelah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, isu kemiskinan masih terus

menjadi agenda kerajaan dalam memastikan ia bukan lagi permasalahan utama

dalam usaha mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

Buktinya, jika pada tahun 1970, negara masih dibelenggu sekitar 50 peratus rakyat

miskin namun pada tahun 2009, angka itu berjaya dikurangkan kepada 3.8 peratus

sahaja rakyat yang masih berada dalam kategori miskin.

Ia berikutan usaha-usaha proaktif pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan

kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu yang berjaya membawa sebahagian besar rakyat

Malaysia termasuk di kawasan luar bandar keluar daripada belenggu kemiskinan

yang serius.

Kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan

melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang meliputi usaha dan

fokus membasmi kemiskinan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan rakyat

melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Dalam usaha ini, NKRA kemiskinan melibatkan beberapa kementerian dan agensi

pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai program bagi membasmi

kemiskinan di seluruh negara antaranya Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kementerian lain yang terlibat termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian

Kesihatan, dan Kementerian Pelajaran.

Pada masa kini, mereka yang tergolong dalam miskin tegar terdiri daripada yang

berpendapatan isirumah di bawah RM440 sebulan sementara golongan miskin pula

adalah yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM750 sebulan.

Golongan yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2000 sebulan pula

termasuk dalam golongan mudah miskin dan kebanyakan mereka yang jatuh dalam

golongan ini adalah di kawasan bandar.

Page 2: Komited basmi kemiskinan

Inisiatif kerajaan melaksanakan NKRA dalam beberapa tahun ini telah mula

menampakkan hasil apabila usahai itu berjaya melepasi Petunjuk Prestasi Utama

(KPI) yang disasarkan terutama program yang dilakukan oleh Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan wilayah.

Dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat misalnya,

inisiatif 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) berjaya menghimpunkan penyertaaan

63,417 isi rumah miskin dalam pelbagai aktiviti yang menjana pendapatan termasuk

pertanian, perniagaan, perkhidmatan disamping program pemadanan kerja. Ini

termasuk kejayaan kementerian itu mengeluarkan sebanyak 44,643 isi rumah

daripada kelompok miskin tegar pada tahun 2010.

Bagi memastikan tiada golongan miskin tercicir, sistem pangkalan data e-kasih yang

dikendalikan kementerian it uterus dipertingkatakan dan kira-kira 300, 000 kes

pendaftaran isi rumah miskin tertangguh sebelum ini berjaya diselesaikan.

Selaras dengan matlamat melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang

tahun 2012, sebanyak 1,000 wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah

berjaya dilatih tahun lalu menerusi kerjasama KWPKM dengan Amanah Ikhtiar

Malaysia (AIM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Jumlah tersebut adalah penambahan kepada 2, 000 usahawan wanita yang berjaya

dihasilkan pada tahun 2010 pada tahun 2010 dan kesemua mereka menerima

latihan di samping pinjaman mikro serta dibahagikan mengikut sector perniagaan,

perkhidmatan, pemprosesan, pertanian, dan perikanan.

Sepanjang tahun 2011 juga, KPWKM meneruskan komitmen membantu

memulihkan 2,465 rumah terbengkalai serta membina 2,500 Rumah Mesra Rakyat

di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).