kolokium pendidikan (kolopen 2019)ipgkpm.edu.my/portal2/downloads/abstrak_terkini_1.pdf · bil nama...

20
KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019) 1

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    1

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    2

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

    16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.00 – 5.00 PETANG PEMBENTANGAN SELARI 1 (KERTAS KAJIAN 1)

    ANJUNG BUDIMAN (AB 2-20)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 1 (ANJUNG BUDIMAN AB2-20) MODERATOR: DR SEGAHRAN A/L APPOO

    PENCATAT: FATIHAH ANUAR (SEM 7) PENJAGA MASA: MUNIRAH MD NOOR (SEM 7)

    1 DATIN DR HALIMAHTUSSADIAH BINTI SALLEH SITI AISHAH BINTI MOHAMAD AHMAD SUHAIZAN BIN PANDAK

    KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN FLIPPED CLASSROOM DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH

    MELAKA TENGAH

    2.10-2.30 PETANG

    2 ZURAIDAH BINTI BAHARIN NPDL 2.30-2.50 PETANG

    3 HAJAH UMI KALTHOM BINTI HAJI MAHBIB MIZANUL'AMAL BINTI SHOMIAD @ SHUEB SHAHRIAH BINTI MUNTAHA

    KAEDAH 40-10 DALAM MENGATASI MASAALAH MENGHAFAL AL QURAN

    2.50-3.10 PETANG

    4 SITI NORSARIFAH HANIM BINTI SURATI

    HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN MINAT MEMBACA DALAM

    KALANGAN PELAJAR SBPI

    3.10-3.30 PETANG

    5 NUR ZARIFAH NAJIHAH BINTI ZULKIFLI ZURAIDAH BINTI BAHARIN

    PENILAIAN KEBERKESANAN KIT E-HAYAWANAT UNTUK PEMBELAJARAN

    KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB

    3.30-3.50 PETANG

    6 DR. FAUZIAH BINTI HJ YAHYA ROZANA@ UMI KALTHUM BINTI SAHUL HAMID ZALIFAH BINTI MANSOR

    PERSEPSI GURU NEGERI MELAKA TERHADAP PROGRAM PEMBUGARAN

    KBAT

    4.10-4.30 PETANG

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 – 5.00 PETANG

    PEMBENTANGAN SELARI 2 (KERTAS KAJIAN 2) ANJUNG BUDIMAN (AB 2-21)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 2 (ANJUNG BUDIMAN AB2-21) MODERATOR: DR FATIMAH BINTI MUSTAFFA

    PENCATAT: IFFAH MARZUKI (SEM 7) PENJAGA MASA: SYAFIQAH DAHLAN (SEM 7)

    7 MOHD FU'AD BIN MOHAMAD SELEH MOHD ARIFFIN BIN SALLEH ABDUL KHALID BIN OSMAN

    TAFSIRAN LIBERAL TERHADAP AYAT-AYAT AL-QURAN; ISU DAN CABARAN DALAM

    PENDIDIKAN ISLAM

    2.10-2.30 PETANG

    8 DR. NORSIAH BINTI BAHARI ZAHARI BIN AHMAD

    PENGGUNAAN KADKOM DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN KOMSAS

    PELAJAR

    2.30-2.50 PETANG

    9 NOOR ASHIKIN BINTI OTHMAN ALGORITMA TIDAK BERANGKA TRIMEAN BAGI MODEL INTERAKSI BEDDINGTON-

    DEANGELIS

    2.50-3.10 PETANG

    10 ZAIDAH BINTI ABU BAKAR HALIMAH BINTI CHEK AT

    KEBERKESANAN KUNJUNG BANTU KELAS BERCANTUM DI SEKLAH KURANG MURID

    SKM

    3.10-3.30 PETANG

    11 NUR AZYYATI BINTI ZULKIFLI ZURAIDAH BINTI BAHARIN

    KEBERKESANAN KIT TASRIF FI’IL MUDHARI’ UNTUK PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

    MENGINGAT BAHASA ARAB

    3.30-3.50 PETANG

    12 LEE MOI FONG TOK CHON BEE DR. ROSNANI BINTI AFFANDI

    HYBRID DIGITAL TRAINER BY USING ESP8266

    4.10-4.30 PETANG

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    3

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG

    PEMBENTANGAN SELARI 3 (KERTAS KAJIAN 3) ANJUNG BUDIMAN (AB 2-22)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 3 (ANJUNG BUDIMAN AB2-22) MODERATOR: DR NORYANI BINTI MD YUSOF

    PENCATAT: FAHIMAH (SEM 7) PENJAGA MASA: IZZATI SABARUDDIN (SEM 7)

    13 RAVI A/L SUPRAMONEY IPGKPP BARATITHASAN A/L NARAYANASAMY

    LANGUGE LECTURERS IN MALAYSIAN TEACHER TRAINING INSTITUITIONS: VIEWS

    AND EXPERIENCES FROM COURSE COORDINATORS

    2.10-2.30 PETANG

    14

    HALIMAH BINTI JANTAN DR AHMAD FUAD BIN MOHAMAD AMIN ROHANA BINTI BACHIK

    KAJIAN KEPUASAN GURU PELATIH TERHADAP PERKHIDMATAN

    PERPUSTAKAAN: KAJIAN KUALITATIF

    2.30-2.50 PETANG

    15 MAS HIDAYAH BINTI MD ARIS ZURAIDAH BINTI BAHARIN PISMP PEND. KHAS 2 SEM 7

    KEPENGGUNAAN WEB PEMBELAJARAN A-DENGAR UNTUK MURID AUTISME

    2.50-3.10 PETANG

    16 SARINA BINTI MOHD YASSIN DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA ZABEDAH BINTI AB.RAZAK

    KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN

    MELAYU

    3.10-3.30 PETANG

    17 AZMAN BIN KANIL MAKROF BIN MD.DAUD ROZAILI BIN MOHD. ALI

    ASPEK KUALITI GURU DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

    TRANSFORMASI SEKOLAH

    3.30-3.50 PETANG

    18 CHEOK MEI LICK HOW TO GET TEACHERS TO USE LMS IN THEIR CLASSROOMS?

    4.10-4.30 PETANG

    19 DR SHOLEHAH BINTI ISMAIL KAMARUDIN BIN KATON

    MASALAH NYANYIAN SUMBANG DAN KEMAHIRAN PERNAFASAN SEBAGAI SATU TEKNIK MENGATASINYA: SATU TINJAUAN

    LITERATUR

    4.30-4.50 PETANG

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG

    PEMBENTANGAN SELARI 4 (KERTAS KAJIAN 4) ANJUNG BUDIMAN (AB 2-24)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 3 (ANJUNG BUDIMAN AB2-24) MODERATOR: DR HAFSAH BINTI JANTAN PENCATAT: AISYAH NORSYAHIRA (SEM 7)

    PENJAGA MASA: NABILAH AIMI (SEM 7)

    20 IZZAH BINTI ABU BAKAR DR NORYANI BINTI MD YUSOF SUHAIRA BINTI RAHIM @IBRAHIM

    KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DALAM KALANGAN PELAJAR PDPLI KDC DINI

    AMBILAN NOVEMBER 2017: SATU TINJAUAN DI IPGK PEREMPUAN MELAYU MELAKA

    2.10-2.30 PETANG

    21 SENIN BIN KHAMIS AMALAN REFLEKSI KENDIRI GURU-GURU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

    NEGERI MELAKA

    2.30-2.50 PETANG

    22 ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM DR. KAMARUDIN BIN ABU HASSAN

    KAJIAN PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI: KAJI KES SK CHERANA PUTEH, MELAKA

    2.50-3.10 PETANG

    23 KHAIRUNNISA' BINTI MOKHTAR ZURAIDAH BINTI BAHARIN PISMP B. ARAB SEM 7

    KEBERKESANAN WEB DUJUH LAKARAN KARTUN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA

    ARAB

    3.10-3.30 PETANG

    24 DR NORHAYATI BINTI MD YATIM DR. NORFADHILAH BINTI NASRUDIN

    PENERAPAN ELEMEN 6C DALAM DUNIA RI 4.0 3.30-3.50 PETANG

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    4

    AHMAD AFIQ BIN MOHD YUSOF

    25 MOHD IBROHIM BIN MD TAHA ISMAIL BIN HASHIM RAMLE BIN TAIB

    PENILAIAN PERISIAN BAHASA ARAB KURIKULUM DINI RENDAH ARAB JAIM

    4.10-4.30 PETANG

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG

    PEMBENTANGAN SELARI 5 (KERTAS KAJIAN 5) ANJUNG BUDIMAN (AB 2-25)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 3 (ANJUNG BUDIMAN AB2-26) MODERATOR: DR SHOLEHAH BT ISMAIL

    PENCATAT: SHUHADA SAUFI (SEM 7) PENJAGA MASA: NURUL SABRINA (SEM 7)

    26 ROZAILI BIN MOHD ALI TEKNIK 125 DALAM STB DAN TRIPLE T 2.10-2.30 PETANG

    27 ALIAH FARHANA BINTI MUHAMMAD SAFIAN HALIMAH BINTI HAJI CHE MAT

    PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT! BAGI TOPIK PEMBEZAAN SEPARA DALAM KALANGAN

    PELAJAR PERAKAUNAN KOLEJ MATRIKULASI

    2.30-2.50 PETANG

    28 AMERRUDIN BIN OTHMAN PENGETAHUAN GURU PELATIH PISMP JUN 2016 TERHADAP KURSUS DAN PELAKSANAAN

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    2.50-3.10 PETANG

    29 SAIDATUL SHAIRAH BINTI MOHD TAJUDIN PISMP B. ARAB SEM 7 ZURAIDAH BINTI BAHARIN

    APLIKASI WEB PEMBELAJARAN UHIBBU USRATI UNTUK PENGAJARAN KOSA KATA

    DALAM BAHASA ARAB

    3.10-3.30 PETANG

    30 DR. FAIZAH BINTI MOHD GHAZALI

    MUDAHNYA MEMBAHAGI 3.30-3.50 PETANG

    31 ZAKARIYAN BIN JULAS AZHAR BIN ABDULLAH

    PENILAIAN PROGRAM PEMENTORAN DAN BIMBINGAN TAHAP PENGAJARAN PENSYARAH PERMULAAN KOLEJ

    VOKASIONAL DATO’ ABU ZAHARI ITHNIN MELAKA

    4.10-4.30 PETANG

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG

    PEMBENTANGAN SELARI 4 (KERTAS KONSEP 1) ANJUNG MAKMUR (AM2-20)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 2 (ANJUNG MAKMUR AM2-20) MODERATOR: DR SAMNI BIN SURAJI PENCATAT: FATIHAH YASMIN (SEM 7)

    PENJAGA MASA: HANANI NORDIN (SEM 7)

    1 AHMAD KAMAL BIN YUSOFF DR SHAHLAN BIN SURAT

    HUBUNGAN PEMBUDAYAAN AMALAN (PAK21) TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI DAN

    MOTIVASI GURU

    2.10-2.30 PETANG

    2 MD JAIS BIN AHMAD

    AN EXPLORATORY STUDY INVESTIGATING THE MANAGEMENT OF FLIGHT OPERATIONAL

    RISK IN MAINTENANCE, REPAIR AND OVERHAUL (MRO) WITH SELECTED AIRLINES

    INDUSTRY IN MALAYSIA

    2.30-2.50 PETANG

    3 MD JAIS BIN AHMAD MRO AND RISK MANAGEMENT 2.50-3.10 PETANG

    4 BADRUL HISHAM BIN ISMAIL ANUAR BIN MOHD LEN IZZAH BINTI ABU BAKAR

    PENGGUNAAN PENGURUSAN E- PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN

    “SELF DIRECTED LEARNING” MURID DI SEKOLAH

    3.10-3.30 PETANG

    5 SYED LAMSAH BIN SYED CHEAR

    STRATEGI MENERAP KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM LATIHAN GURU PRASEKOLAH

    3.30-3.50 PETANG

    6 MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM

    MENGUASAI BAHASA ARAB MUDAH MELALUI TARJAMAH TAHLILIY QURAN PERKATA LAFAZ

    BASMALAH

    4.10-4.30 PETANG

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    5

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

    16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG PEMBENTANGAN SELARI 5 (KERTAS KONSEP 2)

    ANJUNG MAKMUR (AM2-21)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 2 (ANJUNG MAKMUR AM2-21) MODERATOR: DR UMMADEVI A/P SUPPIAH

    PENCATAT: SYAKIRAH SAMAD (SEM 7) PENJAGA MASA: ZAKIRAH ZALIZAN (SEM 1)

    7 FAIZUL RIDHWAN BIN ABDULLAH HASNIEFALIZA BINTI HASSIM SM TAHFIZ AL-QURAN (JAIM) CHENDERAH, JASIN, MELAKA. DR KAMARUDIN BIN ABU HASSAN

    PENDEKATAN MODEL HABRIYYAH DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

    HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR

    2.10-2.30 PETANG

    8 NATRAH BINTI MAT KASIM

    AMALAN KESEDARAN SIVIK TENTANG PEMBUANGAN SAMPAH DI KALANGAN

    MURID SEKOLAH RENDAH

    2.30-2.50 PETANG

    9 ZABEDAH BINTI AB.RAZAK SARINA BINTI MOHD YASSIN

    PENULISAN REFLEKSI: MODEL GIBBS 2.50-3.10 PETANG

    10 AZMAN BIN KANIL MAKROF BIN MD.DAUD ROZAILI BIN MOHD. ALI

    KEPENTINGAN MODUL SOKONGAN KOMUNITI DALAM LATIHAN

    TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

    3.10-3.30 PETANG

    11 HAMZAH BIN DOLLAH ISMAIL BIN HASBULLAH

    TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU ABAD 21

    3.30-3.50 PETANG

    12 NURWAINA BINTI RASIT KEBIMBANGAN DALAM KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB

    4.10-4.30 PETANG

    13 NURWAINA BINTI RASIT SAPIYAH BINTI MD RANGGA

    KEPENTINGAN KBAT DALAM PERLAKSANAAN KERJA KURSUS

    PENDIDIKAN BAGI KAPISITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA

    4.30-4.50 PETANG

    KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN) 2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

    16 OKTOBER 2019 (RABU) 2.10 -5.00 PETANG PEMBENTANGAN SELARI 6 (KERTAS KONSEP 3)

    ANJUNG MAKMUR (AM2-24)

    BIL NAMA PEMBENTANG TAJUK MASA & TEMPAT

    SIDANG SELARI 2 (ANJUNG MAKMUR AM 2-24) MODERATOR: DR AMRAN BIN ARIS

    PENCATAT: AMRINA RASYADA (SEM 7) PENJAGA MASA: AFIFAH MUHD JAMALUDIN (SEM 1)

    14 DR NORIDA BINTI BERHAN ROSLAN BIN RASIP MOHD PUAD BIN JOHAR

    TAHAP STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMG2) DALAM KALANGAN GURU BUKAN OPSYEN BAHASA

    MELAYU STANDARD4 GURU BAHASA MELAYU BUKAN OPSYEN

    2.10-2.30 PETANG

    15 JOHAN B. NORDIN DR AMRAN BIN ARIS ROSLI BIN HARUN

    PENGGUNAAN MUZIK DALAM MENGAJAR ANAK MURID ORANG ASLI

    2.30-2.50 PETANG

    16 MUSTAFA BIN JANTAN HADRI BIN KHAIRUDIN ZIZAWATI BINTI FAUZI

    KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM MELAKSANKAN PROGRAM INKLUSIF

    2.50-3.10 PETANG

    17 MOHAMAD SANI BIN TAIB DR. ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH

    MODEL E-HARAKAT TAJWID DALAM PAK21 PENDIDIKAN ISLAM TILAWAH AL-QURAN

    3.10-3.30 PETANG

    18 MOHAMMAD ZAMRI BIN JUSOH FARIHAH BINTI HUSSAIN MAZLAN BIN OSMAN

    KAEDAH TAHAJJI: KEKUNCI SIFIR TAHAJJI (KST) ASAS KECEMERLANGAN AL-QURAN

    DAN BAHASA ARAB

    3.30-3.50 PETANG

    19 DR SHAHRIR AFFANDI BIN DAUD @ MOHAMED SUZIELA BINTI MD.TAHIR

    PBM : PENDEKATAN MENCETUSKAN 4K + 1N KE ARAH KEMENJADIAN MURID DALAM

    PAK21

    4.10-4.30 PETANG

    20 SALINAH BINTI PIT HADRI BIN KHAIRUDIN NURAIN ATHIRAH BINTI BIDI

    TINGKAHLAKU BERMASALAH MURID ADHD DALAM KEMAHIRAN BAHASA

    4.30-4.50 PETANG

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    6

    KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN FLIPPED CLASSROOM DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

    DAERAH MELAKA TENGAH

    DATIN DR HALIMAHTUSSADIAH BINTI SALLEH SITI AISHAH BINTI MOHAMAD

    AHMAD SUHAIZAN BIN PANDAK

    ABSTRAK

    Flipped classroom ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan pengajaran dalam kelas dengan peluang meneroka bahan pembelajaran di luar bilik darjah. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan guru sekolah rendah melaksanakan flipped classroom. Sampel kajian melibatkan seramai 170 orang guru sekolah rendah dalam daerah Melaka Tengah. Data telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Analisis kajian secara kuantitatif melibatkan profil sampel iaitu jantina, umur, tahap akademik tertinggi, bilangan tahun mengajar dan bilangan kursus berkaitan ICT yang telah dihadiri dan item berkaitan kesediaan guru untuk melaksanakan flipped classroom. Dapatan kajian menunjukkan guru bersedia melaksanakan flipped classroom dalam aspek persekitaran fleksibel dengan (min: 3.30), budaya pembelajaran (min: 3.12), matlamat kandungan (min: 3.15) dan aspek pendidik profesional (min: 3.19). Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengalaman mengajar, kelayakan akademik tertinggi, jantina, umur sampel kajian dengan kesediaan melaksanakan flipped classroom. Walau bagaimanapun terhadap perhubungan yang signifikan antara faktor bilangan seminar ICT yang dihadiri dengan kesediaan melaksanakan flipped classroom (p = .003). Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada pihak kementerian berkaitan kesediaan guru-guru di sekolah rendah untuk melaksanakan flipped classroom dan adalah dicadangkan agar kajian lanjutan dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan perlaksanaan flipped classroom di sekolah khususnya di sekolah rendah.

    HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR SBPI

    SITI NORSARIFAH HANIM BT SURATI

    ABSTRAK

    "Tidak dapat dinafikan bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang penting dalam membantu individu menguruskan diri dan hubungan dengan orang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan minat membaca dalam kalangan murid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dengan memfokuskan kepada lima items dalam kecerdasan emosi iaitu Mengenali Emosi Sendiri, Mengurus Emosi Sendiri, Memotivasikan Emosi Negatif, Mengenali Emosi Orang Lain, dan Mengendali Perhubungan. Skop kajian ini meliputi seramai 140 responden yang terdiri daripada murid menengah rendah tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah ‘Emotional Intelligence Scale’ oleh Teh Fui Kim (2001), yang mana beliau telah terjemahkan versi asal ‘Emotional Intelligence Scale’ yang dibina oleh Schutte et al. (1998) yang berasaskan Model Konseptual EQ Salovey & Mayer (1990). Satu kajian rintis dilakukan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap items dalam instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dengan nilai alpha > 0.6. Hasil penemuan kajian ini menunjukkan tidak wujud sebarang hubungan yang positif antara jantina dengan minat membaca dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, hasil analisis mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sosioekonomi keluarga dengan minat membaca. Hasil penemuan kajian juga mendapati kesemua items kecerdasan emosi menunjukkan hubungan yang positif dengan minat membaca. Pengkaji berharap kajian-kajian akan datang lebih memfokuskan kepada kecerdasan emosi yang memberi impak yang positif terhadap tingkah laku seseorang. Ini bermakna, semakin tinggi kecerdasan emosi, maka semakin baik impaknya terhadap tingkah laku individu

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    7

    PERSEPSI GURU NEGERI MELAKA TERHADAP PROGRAM PEMBUGARAN KBAT

    DR. FAUZIAH BINTI HJ YAHYA ROZANA@ UMI KALTHUM BINTI SAHUL HAMID

    ZALIFAH BINTI MANSOR

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap Program Pembugaran KBAT anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berkolaborasi dengan IPGK Perempuan Melayu Melaka. Kajian ini melibatkan 98 orang guru dari tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Program Pembugaran KBAT ini dilaksanakan berikutan laporan verifikasi pencapaian KBAT negeri Melaka yang berada pada tahap sederhana. Guru-guru mengikuti Program Pembugaran KBAT ini selama lapan minggu. Persepsi guru-guru dinilai melalui ujian Pra dan ujian Pos. Instrumen kajian diedarkan melalui google form. Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah statistik deskriptif iaitu min. Keseluruhan kajian menunjukkan min ujian Pra melebihi ujian pos. Namun begitu terdapat beberapa modul di mana min persepsi guru lebih rendah berbanding min keseluruhan. Kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang baik terhadap program pembugaran KBAT yang dilaksanakan namun masih perlu menguasai beberapa kemahiran agar penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik dan bermakna kepada pelajar.

    TAFSIRAN LIBERAL TERHADAP AYAT-AYAT AL-QURAN; ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

    MOHD FU'AD BIN MOHAMAD SELEH MOHD ARIFFIN BIN SALLEH ABDUL KHALID BIN OSMAN

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengkaji pendapat golongan Islam Liberal dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran yang menjadi isu dan cabaran dalam Pendidikan Islam di Malaysia.Metodologi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data-data yang difikirkan perlu diambil daripada sumber-sumber primer dan sekunder bagi mendapat maklumat yang diperlukan berkaitan kajian. Kajian lapangan dilakukan dengan sesi temubual. Hasil kajian ini mendapati bahawa tafsiran ayat al-Quran oleh golongan Islam liberal adalah bercanggah dengan pendapat ahli tafsir. Tafsiran golongan Islam Liberal dikatagorikan sebagai penafsiran berdasarkan akal fikiran yang tercela. Faktor utama keadaan ini ialah lebih mengutamakan pendapat sendiri tanpa merujuk pendapat ahli tafsir bahkan mengkatagorikan pendapat ahli tafsir tidak sesuai dengan peredaran zaman. Faktor kurang keahlian serta terpengaruh dengan dakyah orientalis juga menyumbang berlakunya keadaan ini.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    8

    PENGGUNAAN KADKOM DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN KOMSAS PELAJAR

    DR. NORSIAH BINTI BAHARI ZAHARI BIN AHMAD

    ABSTRAK

    KOMSAS ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera' dan merupakan komponen dalam subjek Bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah sejak tahun 2000. Kajian lepas dan dapatan awal mendapati pelajar mempunyai tanggapan negatif terhadap pembelajaran KOMSAS dan beranggapan KOMSAS sebagai satu bebanan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga didapati kurang memahami nilai estetika dan pemikiran yang terkandung dalam teks sastera.. Ini menyebabkan pelajar kurang berminat dan kurang membaca antalogi dan cerpen yang terdapat di dalam komponen Komsas dan tidak bermotivasi untuk mempelajari KOMSAS. Inovasi KadKom yang telah diperkenalkan terhadap seramai 12 orang responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar Tingkatan 4 dan dua orang guru Bahasa Melayu didapati menunjukkan respon yang positif kepada para pelajar dan guru. KadKom dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk dalam KOMSAS dengan baik dan seterusnya memotivasikan pelajar untuk mempelajari KOMSAS. Guru pula mendapati pelbagai kaedah PAK-21 dapat diaplikasikan apabila menggunakan KadKom seterusnya menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    9

    ALGORITMA TIDAK BERANGKA TRIMEAN BAGI MODEL INTERAKSI BEDDINGTON-DEANGELIS

    NOOR ASHIKIN BINTI OTHMAN

    ABSTRAK

    Kebanyakan sistem semulajadi dunia nyata menunjukkan tingkah laku bermusim disebabkan perubahan alam sekitar atau perubahan iklim. Sebagai hasilnya, pelbagai spesies menunjukkan perubahan bermusim dalam parameter kitaran hidup mereka. Adalah penting untuk memahami bagaimana perubahan bermusim dapat mengawal tingkah laku antara spesies. Model Beddington-DeAngelis adalah sistem persamaan pembezaan yang digunakan untuk memodelkan interaksi antara pemangsa dan mangsa. Model Beddington-DeAngelis telah dibangunkan untuk mengatasi kelemahan bagi model Lotka Volterra dalam mensimulasikan interaksi antara mangsa dan pemangsa. Model Beddington-DeAngelis menggunakan fungsi tindak balas jenis Holling II yang mempunyai istilah tambahan dalam penyebut sebagai gangguan bersama antara pemangsa. Kaedah yang sedia ada kurang memberi penekanan dalam aspek nilai selang langkah h untuk menganggar penyelesaian yang tepat bagi masalah setiap model pemangsa dan mangsa. Nilai selang langkah h kecil akan memerlukan simulasi yang lama untuk meramalkan titik keseimbangan. Dalam kajian ini, kaedah Integrasi Berangka Tidak Piawai dengan Trimean (IBTP-Trimean) dibangunkan untuk meningkatkan simulasi terhadap tingkah laku interaksi antara spesies dan meramalkan titik keseimbangan dengan tepat dan cepat. Tiga algoritma kaedah IBTP-Trimean dibangunkan dan dua kes eksperimen dijalankan untuk mengkaji prestasi semua algoritma. Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga algoritma tidak berangka trimean ini dapat meramalkan titik keseimbangan dengan tepat (4,1) walaupun menggunakan nilai selang langkah h yang besar (h=1.18). Oleh itu, ketiga-tiga algoritma tidak berangka trimean ini memenuhi tujuan kajian ini.

    HYBRID DIGITAL TRAINER BY USING ESP8266

    LEE MOI FONG TOK CHON BEE

    DR. ROSNANI BINTI AFFANDI

    ABSTRAK

    Technical skills are the abilities and knowledge needed to perform specific tasks. In order to let the student familiar with the technical skill, the trainer and hand tools play an important role. However, a few problems occur with the available trainer, the new prototype of affordable digital trainer has been designed with a smaller size, more affordable and most importantly no breadboard was used. The digital trainer consist of DC power supply, multivibrator, input/output circuit, including four 20 pins ZIF sockets In addition, a 9v battery supply will act as a backup power supply toward achieving Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Moreover a Arduino WiFi module will act as an interface device to communicate with the Internet Of Thing (IOT). A few experiments has been conducted for the digital trainer and it was found that the digital trainer is a user friendly product, that can help the students to express their thoughts and try out their ideas through IOT

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    10

    LANGUAGE LECTURERS IN MALAYSIAN TEACHER TRAINING INSTITUITIONS: VIEWS AND EXPERIENCES FROM COURSE COORDINATORS

    RAVI A/L SUPRAMONEY BARATITHASAN A/L NARAYANASAMY

    ABSTRAK

    The purpose of this qualitative study was to examine the current beliefs, relevant aspects and barriers concerning NPDL implementation amongst language lecturers in Malaysia. The two data collection methods were open-ended surveys with 30 language lecturers, as well as focus group interviews with ten language lecturers. The findings indicated that a majority of the lecturers held strong beliefs about NPDL and placed positive hopes towards its scalability potential in terms of students mastery in the relevant language courses taught. Relevance and barriers of the NPDL integration in our RMK are discussed in this paper. Suggestions for a more effective and relevant implementation at IPG level are proposed.

    KAJIAN KEPUASAN GURU PELATIH TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN: KAJIAN KUALITATIF

    HALIMAH BINTI JANTAN DR AHMAD FUAD BIN MOHAMAD AMIN

    ROHANA BINTI BACHIK

    ABSTRAK

    Penyelidikan ini betujuan untuk meninjau maklumat kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmtan perpustakaan yang dikenali sebagai PSPUTERI. Tinjauan kepuasan ini dilihat berdasarkan dapatan min Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan (PSPUTERI) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGKPM)selama 3 semester iaitu Januari hingga November 2018 dan Januari hingga Mei 2019 . Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah menggunakan kaedah kualitatif. Temubual digunakan untuk memperoleh kepuasan guru pelatih daripada Semester 2 dan 3. Temubual menggunakan temubual separa struktur melibatkan sembilan orang guru pelatih. Terdapat tiga aspek yang dinilai dalam Kepuasan Pelanggan Pengurusan Kualiti LAM-PT-08-04 iaitu kemudahan fizikal, kekuatan koleksi dan perkhidmatan. Skop kajian ini difokuskan hanya kepada berdasarkan iaitu perkhidmatan. Antara item yang terdapat dalam penilaian ini ialah waktu perkhidmatan, pinjaman dan pemulangan buku, kecekapan staf, tempahan buku, pembaharuan pinjaman, pencarian buku menggunakan sistem katalog dan penyusunan buku di rak.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    11

    KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

    SARINA BINTI MOHD YASSIN DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA

    ZABEDAH BINTI AB.RAZAK

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan bertujuan melihat kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGK PM). Responden kajian ini seramai 351 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Satu set soal selidik skala empat mata telah digunakan dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Berdasarkan analisis yang dibuat, gaya pembelajaran pelajar PPISMP ialah kategori gaya Emosional menunjukkan min tertinggi iaitu Min=3.04. Selain gaya Emosional, kategori lain yang diuji iaitu Persekitaran (Min=2.65), Sosiologikal (Min=2.93), Fizikal (Min=2.85) dan Psikologikal (Min=2.89). Bagi aspek kemahiran belajar pula, konstruk yang diuji iaitu kemahiran membaca, kemahiran mengambil dan menulis nota, kemahiran mengurus masa, kemahiran mendengar, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Merujuk kepada analisis yang dibuat , kemahiran membuat rujukan menunjukkan min tertinggi iaitu 3.167. Selain itu ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan kemahiran belajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan kemahiran belajar iaitu nilai korelasi r=.538**, p

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    12

    HOW TO GET TEACHERS TO USE LMS IN THEIR CLASSROOMS?

    CHEOK MEI LICK

    ABSTRAK

    The focus of the study was to investigate factors that influence satisfaction towards the FROG Virtual Learning Environment (VLE) in the teaching and learning among the Champion Secondary Schools teachers. It has been reported that there is an association between user satisfaction and a continued usage of an e-learning system. As past findings seemed to suggest that teachers are not using the system as much as they should, ways to increase teachers satisfaction have to be sought. This would help e-learning developers, MOE, school administrators and teachers to be more apt in designing strategies that are more likely to increase teachers’ satisfaction, thus continue the use of e-learning. The study was based on a quantitative method with correlational research design conducted by analysing the statistics of mean, standard deviation, percentage and frequency. The statistical analysis of Structural Equation Modeling (SEM) had used SPSS and AMOS Version 22 in analysing the data. The study involved 350 respondents from the Champion FROG VLE secondary school teachers from three states, namely, Negeri Sembilan, Melaka and Johor. Results showed there were five significant paths in influencing Satisfaction which are the Internet Self-Efficacy, Computer Attitude, Training, Flexibility and Use of FROG VLE.

    MASALAH NYANYIAN SUMBANG DAN KEMAHIRAN PERNAFASAN SEBAGAI SATU TEKNIK MENGATASINYA: SATU TINJAUAN LITERATUR

    DR SHOLEHAH BINTI ISMAIL KAMARUDIN BIN KATON

    ABSTRAK

    Nyanyian mengikut pic yang tepat merupakan kemahiran yang paling asas bagi seseorang guru muzik. Namun dlm setiap pengambilan guru pelatih elektif/ teras muzik PISMP Malaysia terdapat segelintir yang menghadapi masalah nyanyian sumbang. Kertas ini bertujuan untuk meninjau dapatan daripada kajian kajian yang telah diusakan berkatan sebab-sebab nyanyian sumbang. Ini diikuti tinjauan dan perbandingan terhadap dan pendekatan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian.Bahagian seterusnya menerangkan hadil kajian Dr Kenneth Philips yang menyarankan teknik kemahiran pernafasan, iaitu kompenan dalam Pendekatan Psikomotor yang telah dikenal pasti boleh membantu dalam mengurangkan perlakuan nyayian sumbang

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    13

    KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DALAM KALANGAN PELAJAR PDPLI KDC DINI AMBILAN NOVEMBER 2017: SATU TINJAUAN DI IPGK PEREMPUAN MELAYU MELAKA

    IZZAH BINTI ABU BAKAR DR NORYANI BINTI MD YUSOF

    SUHAIRA BINTI RAHIM @IBRAHIM

    ABSTRAK

    Dasar Pengurusan Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pelaksanaan Program Pra-Perkhidmatan Perguruan Sepenuh Masa Dalam Cuti telah digubal supaya pelaksanaan kuliah sepenuh masa mod kursus dalam cuti dapat dilaksanakan dengan efisien di mana sekurang-kurangnya 20% interaksi hendaklah dilaksanakan secara bersemuka dalam talian. Oleh yang demikian, IPGK PM telah merangka penjadualan semula interaksi bersemuka dalam talian meliputi subjek teras dan subjek wajib bagi memenuhi keperluan Malaysian Qualification Agency (MQA). Penjadualan semula interaksi secara dalam talian memberikan implikasi kepada pelajar seperti persediaan mereka dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi menggunakan e-learning. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan penggunaan e-learning dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan kuliah sepenuh masa mod kursus dalam cuti. Responden kajian terdiri dari 51 orang pelajar perempuan PDPLI KDC DINI Ambilan November 2017. Borang soal selidik menggunakan aplikasi Google Form dipilih sebagai instrumen kajian bertujuan untuk memperolehi dan menganalisis data dalam masa yang singkat. Dapatan kajian mendapati hampir kesemua konstruk yang berkaitan dengan tahap pengetahuan, tahap sikap dan tahap motivasi pelajar menggunakan e-learning mendapat skor min yang tinggi iaitu melebihi 3.5. Hal ini menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan e-learning. Melalui kajian ini pengkaji dapat meningkatkan pengetahuan mengenai keberkesanan e-learning terutamanya berkaitan dengan kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar. Selain itu, ia juga dapat memberikan gambaran awal kepada pihak pengurusan berkaitan hal ehwal akademik tentang maklumbalas pelajar terhadap interaksi secara dalam talian. Maklum balas ini sangat penting kepada pensyarah untuk meningkatkan kualiti strategi pengajaran sama ada secara bersemuka dan tidak bersemuka serta dapat menambahbaik mutu profesionalisme mereka. Selain itu, kajian ini sangat signifikan kerana ia membolehkan pihak IPGK PM dan IPGM untuk memperluaskan lagi penggunaan e-learning dalam sistem pembelajaran serta lebih peka kepada isu yang diketengahkan.

    AMALAN REFLEKSI KENDIRI GURU-GURU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NEGERI MELAKA

    SENIN BIN KHAMIS

    ABSTRAK

    Refleksi kendiri merupakan elemen penting dalam memberi maklumat prestasi pembelajaran murid di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan refleksi kendiri dalam pentaksiran untuk pembelajaran bagi guru-guru sekolah kluster sekolah rendah di Melaka. Secara terperinci, ia memberi maklumat tentang pemahaman konsep asas pentaksiran dan menilai amalan membuat refleksi kendiri terhadap hasil pembelajaran murid. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 8 orang guru yang mengajar mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang dijadikan sampel kajian untuk ditemu bual. Dapatan kajian terhadap pemahaman konsep dan fungsi pentaksiran bagi guru-guru sekolah rendah berada pada tahap pemahaman yang sangat jelas. Dapatan amalan membina refleksi kendiri murid terhadap hasil kerja murid menunjukkan amalan yang kurang dan terhad penggunaannya dalam kalangan guru.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    14

    KAJIAN PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI: KAJI KES SK CHERANA PUTEH, MELAKA

    ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM DR. KAMARUDIN BIN ABU HASSAN

    ABSTRAK

    Kajian ini memfokuskan pendidikan anak orang Asli di Alor Gajah, Melaka. Kajian kes di SK CHERANA PUTEH. Isu utama kemiskinan, ketidakhadiran ke sekolah, tidak bersekolah, keciciran, poteng sekolah, berprestasi rendah dan tidak meneruskan persekolahan ke sekolah Menengah.

    PENERAPAN ELEMEN 6C DALAM DUNIA RI 4.0

    DR NORHAYATI BINTI MD YATIM DR. NORFADHILAH BINTI NASRUDIN

    AHMAD AFIQ BIN MOHD YUSOF

    ABSTRAK

    Artikel ini bertujuan untuk menilai amalan kendiri guru di sekolah agama Temerloh dalam mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)di sekolah. Seramai 30 orang guru peserta latihan dalam perkhidmatan dipilih sebagai sampel kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan, pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik atas talian. Sampel kajian dikehendaki memberi respon kepada 30 indikator melalui enam konstruk ciri-ciri PAK21 atau “Konsep 6C” iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi,perwatakan dan kenegaraan. Item soal selidik kajian menggunakan skala likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati pengetahuan dan “konsep 6C” yang diaplikasikan oleh sampel kajian berada pada tahap tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa sampel kajian berminat untuk melaksanakan PdP “konsep 6C” di sekolah dengan jelas melalui bimbingan secara teori dan praktikal. Sebagai rumusan, guru perlu didedahkan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PAK21 khususnya yang menekankan elemen 6C.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    15

    PENILAIAN PERISIAN BAHASA ARAB KURIKULUM DINI RENDAH ARAB JAIM

    MOHD IBROHIM BIN MD TAHA ISMAIL BIN HASHIM

    RAMLE BIN TAIB

    ABSTRAK

    Fokus utama kajian ini adalah penilaian aplikasi perisian ‘courseware’ bahasa Arab Tahun Satu Kurikulum Diniah rendah (Bahasa Arab). Objektif kajian adalah untuk menilai pembangunan perisian ini dari aspek kesesuaian, keberkesanan, kekuatan, kekurangan dan cadangan penambahbaikan. Pengkaji juga melihat impak kajian ini kepada guru dan murid dari aspek kandungan subjek bahasa Arab iaitu angka dan bilangan, bacaan karangan, pembendaharan bahasa, penulisan, khat Arabic, Khat Arabic, tatabahasa, morfologi dan huruf Rekabentuk kajian pula menggunakan tinjauan dan kaedah kajian adalah kuantitatif. Persampelan terdiri guru-guru mengajar bahasa Arab Kurikulum Diniah Rendah sekolah Arab JAIM negeri Melaka seramai 42 responden. Instrumen yang digunakan menggunakan borang soal selidik dan penganalisisan data menggunakan SPSS Versi 23 mengeluarkan data dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan menunjukkan bahawa kesesuaian perisian dari aspek kandungan, penggunaan, grafik, audio, pengajaran dan pembelajaran min melebihi 4.00 dan sisihan piawai melebihi 0.40 berada pada tahap tinggi. Keberkesanan perisian juga berada pada min melebihi 4.00 dan sisihan piawai melebihi 0.40 pada tahap tinggi. Kekuatan perisian adalah ianya dibangunkan secara saintifik dan sistematik serta dinilai oleh pakar perisian. Penggunaan pula terdiri daripada guru-guru bahasa Arab yang mengajar kurikulum Diniah. Dicadangkan kajian lanjutan supaya guru bahasa Arab meningkat kemahiran TMK supaya pengajaran dan pembelajaran lebih kesan. Rumusannya kajian ini telah meningkatkan keyakinan guru supaya memperluaskan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

    PENGETAHUAN GURU PELATIH PISMP JUN 2016 TERHADAP KURSUS DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

    AMERRUDIN BIN OTHMAN

    ABSTRAK

    Pelaksanaan kursus pendidikan inklusif kepada guru pelatih seiring dengan komitmen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) melahirkan bakal guru yang mempunyai pengetahuan dan amalan pedagogi dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan guru pelatih terhadap kursus dan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan seramai 32 orang guru pelatih PISMP Jun 2016 dipilih sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis mengggunakan perisian ‘Stastiscal Package for the Social Science (SPSS) Versi 20.0 manakala kaedah analisis yang digunakan adalah perbandingan min serta analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan guru pelatih terhadap kursus pendidikan inklusif adalah pada tahap sederhana dengan min = 3.41 dan tahap pelaksanaan inklusif di sekolah pada tahap sederhana dengan min = 3.43. Pengetahuan pelaksanaan kursus pendidikan inklusif kepada bakal guru pelatih adalah persediaan awal dan penambahbaikan kurikulum oleh IPGM seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berdasarkan komitmen dan strategi pelaksanaan pendidikan inklusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mesti dicapai menjelang 2025. Dapatan daripada kajian tinjauan ini akan memberikan satu input dan maklum balas yang dapat menambahbaik kursus pendidikan inklusif pada masa akan datang bagi semua kursus major program PISMP.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    16

    PENILAIAN PROGRAM PEMENTORAN DAN BIMBINGAN TAHAP PENGAJARAN PENSYARAH PERMULAAN KOLEJ VOKASIONAL DATO’ ABU ZAHARI ITHNIN MELAKA

    ZAKARIYAH BIN JULAS AZHAR BIN ABDULLAH

    ABSTRAK

    Kajian ini adalah untuk menghuraikan tahap pengajaran pensyarah permulaan di kolej vokasional dengan memberi fokus kepada keberkesanan pengajaran dan pedagogi. Interaksi pensyarah permulaan dalam bilik kuliah serta meneliti bagaimana interaksi tersebut mempengaruhi perkembangan mereka sebagai seorang pensyarah. Masalah yang sering diutarakan di Kolej Vokasional adalah berkaitan dengan pengajaran pensyarah permulaan. Sampel kajian meliputi 8 orang iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan yang mana kesemua sampel adalah pensyarah yang baru mengajar kurang daripada 5 tahun. Mereka ini terdiri daripada pelbagai bidang iaitu pengurusan, catering dan komputer. Instrumen yang digunakan melalui pemerhatian, senarai semak dan temubual tidak berstuktur. Terdapat 12 aspek yang dinilai dari sudut pedagogi.Data dianalisis dalam bentuk deskriptif yang melibatkan nilai min sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan untuk 12 aspek kajian yang dilakukan adalah 5.23. Ini menunjukkan bahawa pensyarah permulaan telah menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang pengajaran serta mempunyai sikap profesionalisme yang positif.

    HUBUNGAN PEMBUDAYAAN AMALAN (PAK21) TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI DAN MOTIVASI GURU

    AHMAD KAMAL BIN YUSOFF DR SHAHLAN BIN SURAT

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara elemen motivasi dan penghargaan kendiri dalam kalangan guru terhadap pembudayaan persekitaran PAK 21. Motivasi dan penghargaan kendiri ini merupakan elemen yang menjadi tumpuan yang penting dalam dunia pendidikan masa kini. Ini dibuktikan menerusi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan isu ini tidak menemukan jalan penyelesaian .Pelbagai rungutan dan keluh kesah guru berkaitan perubahan dasar dan perubahan-perubahan dalam pendidikan bagi memenuhi Pengajaran Abad Ke 21 (PAK21).Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian jenis korelasi dengan mengumpulkan maklumat dapatan dan menganalisis maklumat literatur jurnal yang berkaitan motivasi, penghargaan kendiri guru dalam persekitaran PAK21. Dapatan kajian lepas juga menunjukan isu motivasi pencapaian dan penghargaan kendiri merupakan isu yang sangat serius dalammendepani persekitaran PAK 21 . Motivasi dan penghargaan kendiri guru adalah element penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran meningkatkan profesionalisme guru dalam persekitaran PAK21 di sekolah. Kata kunci : Motivasi, Penghargaan Kendiri , Pembudayaan Persekitaran PAK 21 Guru .

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    17

    PENGGUNAAN PENGURUSAN E- PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN “SELF DIRECTED LEARNING” MURID DI

    SEKOLAH

    BADRUL HISHAM BIN ISMAIL ANUAR BIN MOHD LEN IZZAH BINTI ABU BAKAR

    ABSTRAK

    Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan keberkesanan pengajaran menggunakan e-pembelajaran ‘self directed learning’ dalam kalangan pelajar sekolah dengan kaedah flipped classroom. Ianya selaras dengan aspirasi revolusi industri 4.0 masakini. ‘self directed learning’ atau bermaksud satu usaha individu itu sendiri atau dengan pertolongan orang lain untuk mengenalpasti keperluan pembelajarannya, merangka matlamat, kenalpasti sumber manusia dan bahan, memilih strategi belajar serta menilai hasil pembelajarannya. Manakala Flipped classroom pula bermaksud pelajar cuba cari dulu maklumat yang ingin dipelajari semasa di rumah dan bila hadir di sekolah dapatannya itu akan dibincangkan dengan guru. Satu lagi cara dengan pelajar explore semasa dalam kelas dan bila balik rumah pelajar boleh mengesahkan dapatan nya dengan dapatan sebenarnya melalui video yang dibekalkan oleh guru. Tinjauan terhadap beberapa kajian yang telah dilakukan ternyata terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik dan elemen KBAT, motivasi dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Penggunaan beberapa LMS (Learning Management System) yang terdapat pada masakini antaranya Google Classroom, VLE Frog, Schoology, e-Learning dan banyak lagi sebagai medium yang sangat berkesan untuk merealisasikan self directed learning dan juga flipped classroom

    STRATEGI MENERAP KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM LATIHAN GURU PRASEKOLAH

    SYED LAMSAH BIN SYED CHEAR

    ABSTRAK

    Masyarakat dunia semakin terkesan dengan impak Revolusi Industri 4.0 dan pendidikan tinggi dijadikan sandaran untuk memperlengkapkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti graduan. Kertas kerja ini membincangkan secara konseptual amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program prasekolah di universiti swasta. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempermudah dan menjadikan aktiviti PdP bertambah menarik. Namun perlu disedari TMK adalah sebagai platform berbanding objektif akhir untuk menerapkan kemahiran abad ke 21 di kalangan graduan. Strategi PdP yang dilaksanakan memfokus kepada objektif untuk memperluas skop kerjaya melalui pendekatan pengajaran terbalik, atas talian, kolaborasi dan koperatif, terbuka dan merentasi kurikulum serta penilaian holistik yang bertujuan melahirkan graduan yang peka kepada sekeliling, cerdas sosial, bijak berfikir, kemahiran silang budaya, celik huruf kepada media baru, terbuka minda, dan berupaya mengurus pengetahuan dan kerjasama maya. Penerapan kemahiran abad ke 21 kepada guru pelatih melalui pelbagai strategi PdP dapat mengangkat kerjaya guru prasekolah.

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    18

    MENGUASAI BAHASA ARAB MUDAH MELALUI TARJAMAH TAHLILIY QURAN PERKATA LAFAZ BASMALAH

    MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM

    ABSTRAK

    Method Tahliliy ialah satu cara dimana setiap lafaz bahasa Arab dianalisa ciri-cirinya dan dihuraikan dlm bahasa Melayu merangkumi teknik berikut :- (1) Memecahbelahkan ayat kepada perkataan dan (2) – Menterjemahkan perkataan ke dalam bahasa Melayu dengan merujuk Al-Quran Perkata. Seterusnya, (3) - Menganalisa perkataan tersebut dengan menerangkan ciri-ciri bahasa Arabnya.

    PENDEKATAN MODEL HABRIYYAH DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN

    PELAJAR

    FAIZUL RIDHWAN BIN ABDULLAH HASNIEFALIZA BINTI HASSIM

    DR KAMARUDIN BIN ABU HASSAN

    ABSTRAK

    Polemik yang sering dibangkitkan dalam dunia ahlul Quran ialah kurangnya kualiti hafazan al-Quran kerana untuk mengekalkan ayat al-Quran yang telah dihafaz memerlukan suatu usaha yang berterusan sepanjang hayat. Kertas konsep ini bertujuan untuk melihat apakah faktor-faktor yang menjadi punca kepada kurangnya kualiti hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar SABK yang melaksanakan kurikulum KBT daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang baru dilaksanakan dengan kohort pertama pelajar yang melaksanakan kurikulum ini telah pun mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2018. Antara faktor-faktor yang dikenalpasti dan dibincangkan ialah faktor daripada sikap guru, kaedah pengajaran, mengejar silibus, sikap pelajar sendiri dan jadual persekolahan yang sangat padat. Kualiti hafazan adalah merujuk kepada tahap kemampuan seseorang pelajar untuk mengekalkan hafazan al-Quran mereka agar sentiasa dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kertas konsep ini mengutarakan beberapa cadangan untuk penambahbaikkan dalam menjaga kualiti hafazan al-Quran sekaligus menjadi ahlul Quran yang dapat memberi sumbangan ilmu kepada agama dan negara. .

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    19

    AMALAN KESEDARAN SIVIK TENTANG PEMBUANGAN SAMPAH DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

    NATRAH BINTI MAT KASIM

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara kesedaran sivik individu dan amalan pembuangan sampah di kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan persempelan sebanyak 30 orang murid yang berumur diantara 10 tahun hingga 12 tahun.Instrumen kajian mengunakan borang soal selidik dan juga temu bual bersama dengan responden. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik melalui amalan pembuangan sampah dengan cara yang betul. Melalui kajian lanjutan yang boleh dilakukan juga diharap dapat mencari jalan penyelesaian dalam menangangi amalan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

    PENULISAN REFLEKSI: MODEL GIBBS ZABEDAH BINTI AB.RAZAK

    SARINA BINTI MOHD YASSIN

    ABSTRAK

    Penulisan refleksi sangat penting bagi setiap guru menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Kajian penulisan refleksi guru di tahap sederhan. Penulisan refleski membantu guru merancang, menambah baik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kelemahan dan kekuatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Penulisan konsep ini menumpukan kepada Model Penulisan Reflesksi Gibbs (1988). Model ini mengandungi enam peringkat iaitu menggambarkan peristiwa; menggambarkan perasaan; evaluasi; analisis dan tindakan diambil. Guru akan menaakul dengan mengemukakan pertanyaan kepada diri sendiri dengan soalan ‘apa” bagi setiap peringkat. Peringkat ini memudahkan guru melaksanakan penambahbaikan dan meneruskan langkah positif dibuat. Antara impak jelas penulisan refleksi guru ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid kerana meraikan kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran yang bersesuaian dengan murid. Selain keterlibatan ibu bapa secara tidak langsung kerana menggunakan kepelbagaian pendekatan dan strategi yang memerlukan ibu bapa turut sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : penulisan refleksi, guru, pengajaran dan pembelajaran, model Gibbs,

  • KOLOKIUM PENDIDIKAN (KOLOPEN 2019)

    20

    TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU ABAD 21

    HAMZAH BIN DOLLAH ISMAIL BIN HASBULLAH

    ABSTRAK

    Mengupas tentang kaedah, teknik serta aplikasi yang perlu digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di abad 21. Perkembangan pengajaran perlu seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta perkembangan generasi sekarang. .

    TAHAP STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMG2) DALAM KALANGAN GURU BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU STANDARD4 GURU BAHASA MELAYU BUKAN OPSYEN

    DR NORIDA BINTI BERHAN ROSLAN BIN RASIP

    MOHD PUAD BIN JOHAR

    ABSTRAK

    Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2 ) Standard 4 dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru bahasa bukan opsyen bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan data dianalisis secara deskriptif. Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap keupayaan guru merancang, mengawal, membimbing, mendorong, menilai dan pelibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran .