koleksi soalan p3

Upload: shazurashaari

Post on 03-Nov-2015

149 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

SOALAN

TRANSCRIPT

BAHAGIAN ASTPM 2013BAB 1 : KEUSAHAWANANa) Encik Ismail ialah seorang usahawan yang mengeluar dan menjual peralatan telekomunikasi. Huraikan tiga peranan Encik Ismail kepada masyarakat.[6]

b) (i) Lokus kawalan(ii) Bijak mengambil peluang(iii) kreatif dan inovatif

Bagaimana keseluruhan ciri-ciri (i), (ii) dan (iii) di atas boleh membantu seseorang peniaga untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya.[6]

c) Terangkan dua bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan.[4]

STPM ULANGAN 2013BAB 1 : KEUSAHAWANAN

a) Huraikan tiga cara bagaimana seseorang usahawan yang menjalankan perusahaan makanan ringan dapat membangunkan industry sokongan.[6]b) STPM 2013BAB 2 : RANCANGAN PERNIAGAANd) Terangkan tiga elemen dalam rancangan organisasi bagi pengilang pakaian.[6]e) Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan sebuah syarikat pengeluaran biskut kepada pekerja syarikat.[4]STPM 2013BAB 3 : PERNIAGAAN ANTARABANGSAf) Terangkan dua kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi.[4]g) Huraikan cabaran syarikat produk kosmetik tempatan yang mempunyai anak syarikat di Amerika Syarikat dari aspek,(i) Sosiobudaya(ii) Politik dan perundanganh) Jelaskan dua peranan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) kepada pengusaha produk kraf tangan Malaysia.[6]

STPM 2013BAB 3 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA

i) Huraikan tiga kesan komitmen warga korporat terhadap persekitaran dalam jangka panjang.[6]j) Terangkan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik. [4]

BAHAGIAN BAir Asia Tan Sri Tony Fernandes

Soalan 2a) Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah bersekolah di England ketika beliau berusia 12 tahun. Pada ketika itu, beliau perlu menaiki bas ke sekolah secara bersendirian. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkannya kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada waktu itu. Dari saat itu, beliau berazam bahawa pada suatu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi, termasuk ke luar Negara atas urusan perniagaan. Apabila dewasa, beliau menceburi bidang hiburan. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah semakin tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, iaitu Easy Jet. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambangrendah. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51 peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Seorang lagi rakan mereka, iaitu Aziz Bakar turut serta menjadi rakan kongsi. Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM 1 juta. Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.Pada tahun 2001, Tan Sri Tony fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih syarikat Air Asia daripada DRB Hicom pada harga RM1 beserta hutang sebanyak RM40 juta. Ketika itu, Air Asia mempunyai dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250 000 penumpang setahun dan mempunyai 250 orang pekerja. Selepas Sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai RM4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 buah pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi di seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.Berdasarkan kes di atas,i) Jelaskan bagaimana Tan Sri Tony Fernandes memulakan perniagaan penerbangan tambang rendah[4]ii) Apakah sumber modal yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam perniagaan penerbangan tambang rendah[4]iii) Huraikan tiga sumber pencetus idea Tan Sri Tony Fernandes untuk menjalankan perniagaan penerbangan tambang rendah[12]iv) Huraikan lima ciri usahawan berhaya yang ada pada Tan Sri Tony Fernandes.[10]

b) Jelaskan jenis-jenis risiko syarikat antarabangsa.[20]