ko munia kasi

11
“MENGKAJI KEMAHIRAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN 1.1 DEFINISI KOMUNIKASI Ada beberapa tokoh yang telah mengemukakan pelbagai definisi komunikasi antaranya ialah James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) yang telah mendefinisikan komunikasi sebagai satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud. Manakala S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983)mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) pula menyebut bahawa komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh sebab itu, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut. 1.2 JENIS-JENIS KOMUNIKASI · Komunikasi Lisan. Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa komunikasi seperti perbualan dalam telefon, atau tele-sidang. Komunikasi Bukan Lisan. Komunikasi bukan lisan pula berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan.

Upload: zarul-shafiq

Post on 16-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MENGKAJI KEMAHIRAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN1.1 DEFINISI KOMUNIKASIAda beberapa tokoh yang telah mengemukakan pelbagai definisi komunikasi antaranya ialah James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) yang telah mendefinisikan komunikasi sebagai satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.Manakala S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983)mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) pula menyebut bahawa komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang yang lain.Oleh sebab itu, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.1.2 JENIS-JENIS KOMUNIKASI Komunikasi Lisan.Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa komunikasi seperti perbualan dalam telefon, atau tele-sidang.Komunikasi Bukan Lisan.Komunikasi bukan lisan pula berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan. Dalam komunikasi lisan maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan tetapi dalam komunikasi bukan lisan, kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat. Dalam komunikasi lisan, kita dapat menentukan bila bermula dan berakhir tetapi dalam komunikasi bukan lisan, perkara ini sukar untuk dipastikan kerana mungkin tersembunyi. Lazimnya mesej komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan timbul serentak. Contoh komunikasi bukan lisan termasuklah komunikasi badan, gerak badan, penyataan wajah, pergerakan mata, isyarat, diam dan banyak lagi. Namun kajian kumpulan kali ini ialah komunikasi bukan lisan dimana fokus pada komunikasi badan dan perkaitannya dengan personaliti seseorang.

1.3 PERKAITAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN IAITU KOMUNIKASI BADANDENGAN PERSONALITI SESEORANG INDIVIDUPersonaliti merupakan satu set tingkahlaku, emosi serta pemikiran yang ditunjukkan oleh manusia dalam kehidupan harian mereka. Manusia akan menunjukkan personaliti yang berbeza mengikut keadaan yang dihadapinya. Setiap manusia mempunyai personaliti yang berlainan antara satu sama lain. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang dengan memerhati tingkahlaku yang ditunjukkan.Sesetengah personaliti yang ditunjukkan oleh manusia diwarisi daripada ibubapa atau genetik, sistem pembelajaran dan persekitaran hidup mereka. Personaliti manusia mempunyai ciri-ciri yang dinamik, sistematik dan tersusun. Oleh itu, personaliti memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang dan ia akan menunjukkan identiti individu.Komunikasi badan merupakan salah satu komunikasi bukan lisan yang dipamerkan oleh seseorang individu bagi menunjukkan apa yang mereka fikir, bagaimana mereka rasa dan juga apa yang mereka mahu. Komunikasi badan melibatkan kedudukan fizikal seperti pergerakan tangan serta pergerakan badan dan ekspresi wajah seperti senyuman serta kontak mata.Komunikasi badan juga boleh memberi gambaran yang jelas tentang personaliti seseorang individu. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang individu dengan memerhati komunikasi badan yang ditunjukkan oleh mereka. Oleh itu, komunikasi badan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu kerana ia akan memberi gambaran tentang personaliti mereka.

1.4 KEPENTINGAN MEMAHAMI KOMUNIKASI BADANKomunikasi badan amat penting bagi mengenalpasti personaliti dan membina karisma seseorang individu. Sekiranya kita memahami setiap komunikasi badan yang ditunjukkan, kita boleh mengawal gerak badan kita supaya dilihat sebagai seorang yang berketerampilan dan bersesuaian dengan keadaan yang dihadapi. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang individu melalui komunikasi badan yang ditunjukkan olehnya sewaktu melakukan sesuatu gerak badan.Sekiranya kita tidak memahami komunikasi badan yang ditunjukkan, ia akan memberikan isyarat yang tidak tepat ataupun salah kepada kita. Ia akan menyukarkan proses komunikasi kerana komunikasi badan merupakan salah satu komunikasi bukan verbal yang penting bagi memudahkan proses komunikasi. Komunikasi yang berjaya juga bergantung kepada pemahaman kita terhadap komunikasi badan yang digunakan oleh seseorang individu. Kita juga dapat mengendalikan seseorang individu dengan baik jika kita memahami komunikasi badan yang ditonjolkan melalui gerak badan mereka.Komunikasi badan juga penting bagi menunjukkan hubungan antara seseorang individu dengan individu yang lain. Komunikasi badan yang baik akan memberi kesan yang baik kepada kita dan orang lain. Sekiranya kita memahami kepentingan komunikasi badan, kita akan dapat melihat perbezaan personaliti antara individu.Oleh itu, kita perlu memahami komunikasi badan bermula dengan senyuman, cara bersalam, pergerakan tangan dan lain-lain supaya kita tahu bagaimana untuk mengenal pasti personaliti seseorang individu dan membina karisma diri.

2.0 KOMUNIKASI TANGAN2.1 KEDUDUKAN TANGAN YANG TERBUKATangan yang terbuka melambangkan keterbukaan dan kejujuran seseorang individu. Bagi mengenali seseorang yang mempunyai sifat terbuka adalah apabila seseorang itu membuka tangannya tanpa disedari sebelum individu itu bercakap atau menyatakan sesuatu.Selain itu, jika seseorang memakai jaket atau kot, individu itu dilihat sebagai yang boleh diajak berbincang dengan baik. Dalam membuat perundingan, gerak badan ini amat diperlukan kerana ianya akan menghasilkan sesuatu keputusan yang positif. Individu yang mempunyai sifat sedemikian tidak akan mudah untuk menipu orang lain ketika melakukan sesuatu pekerjaan.2.2 KEDUDUKAN TANGAN BERSILANGIndividu yang mempunyai sikap dengan menyilangkan tangan adalah individu yang mempunyai sikap negatif dan defensif. Seseorang yang menyilangkan kedua-dua belah tangannya adalah seseorang yang berasa dirinya tidak selamat iaitu apabila seseorang itu ditegur atau dikritik di khalayak ramai.Bagi seseorang yang berada dalam majlis rasmi, seseorang itu biasanya akan menyilangkan tangannya dengan berlakon membetulkan butang baju atau jam tangan bagi menghilangkan rasa gementar. Sifat ini biasanya dimiliki oleh personaliti televisyen dan ahli politik.GAMBAR 1

GAMBAR 2

2.3 KEDUDUKAN TANGAN BERSILANG DI HADAPAN MUKAApabila individu berbuat sedemikian, ini menandakan seseorang itu cuba untuk mendominasi sesuatu perbualan yang sedang berlangsung. Individu itu sebenarnya menyimpan pendapat yang negatif tentang apa yang diperkatakan oleh individu lain. Contohnya, semasa dalam satu perbincangan seseorang itu akan menyilangkan tangannya dihadapan muka. Semasa seseorang itu berbuat sedemikian, terdapat perbezaan antara percakapan dengan gerak tangannya. Individu berkenaan merasakan dirinya dapat memenangi sesuatu perbincangan dan menganggap individu lain dalam perbincangan tersebut kalah dengannya.Kita perlu mengelakkan mempunyai sifat yang sedemikian. Namun begitu, adakalanya kita buat dengan tidak sengaja. Tetapi apabila kita menyedarinya, kita haruslah menukar kedudukan tangan dengan segera kerana jika tidak, ini boleh menyebabkan orang lain merasakan dirinya tidak diperlukan dalam perbincangan tersebut.GAMBAR 3

2.4 KEDUDUKAN TANGAN BERSILANG KE BELAKANGSeseorang itu merupakan seorang yang berkuasa dan dominan apabila mempunyai sifat ini. Golongan yang biasanya mempunyai sifat sedemikian ialah anggota polis, ahli politik dan pengurus bagi menunjukkan yang mereka sedang mengawasi sesuatu keadaan. Selain itu, gerak badan ini juga digunakan untuk menghilangkan rasa berdebar atau gementar semasa menunggu sesuatu. Contohnya, semasa seseorang menunggu giliran untuk masuk ke bilik temuduga.Namun begitu, dalam situasi yang lain pula, gerak badan ini menunjukkan seseorang yang hampa dan percubaan mengawal keadaan. Ini berlaku apabila tekanan atau perasaan hampa seseorang itu semakin memuncak di mana seseorang itu akan menyilangkan sebelah tangannya ke siku tangan yang sebelah lagi.Jika individu itu menggunakan gerak badan ini, orang lain akan menyedari yang individu berkenaan dalam keadaan hampa ataupun gemuruh. Bagi mengawal keadaan, kita haruslah mengubah tangan kita supaya ke hadapan sebagai cara mengawal keadaan yang lebih baik.

GAMBAR 4

GAMBAR 52.5 KEDUDUKAN TANGAN KE MUKADalam gerak badan sebegini, terdapat banyak tafsiran yang dikemukakan. Namun begitu, tafsiran yang paling popular ialah apabila tangan menyentuh hidung. Mengikut pakar, ianya adalah tanda kepada seseorang yang menipu semasa bercakap dengan orang lain. Seseorang itu akan berlakon gatal dibahagian hidung apabila berinteraksi dengan individu lain.Contohnya, Bill Clinton memegang hidungnya sebanyak 2.8 kali dalam masa seminit ketika membuat pengakuan bahawa beliau tidak ada apa-apa hubungan dengan Monica Lewinsky.

3.0 KOMUNIKASI BERSALAMANBersalam merupakan satu gerak badan yang akan dilakukan apabila dua atau lebih individu bertemu. Mereka akan saling berjabat tangan tetapi cara bersalam akan berbeza mengikut bangsa dan budaya. Sebenarnya, bahasa bersalaman memberi mesej tentang status sosial seseorang. Ia amat berguna bagi menentukan status sosial kita dan juga untuk mengenalpasti status sosial yang ingin ditonjolkan oleh seseorang individu ketika bersalaman dengan kita. Bersalam juga dapat menentukan personaliti seseorang individu. Terdapat tiga jenis bersalam yang akan menentukan personaliti seseorang individu iaitu:3.1 Bersalam apabila kedudukan tangan menadah.Cara ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu cuba untuk mendominasi orang yang bersalam dengannya. Personaliti yang dibawa oleh individu berkenaan ialah suka mendominasikan orang lain atau untuk menunjukkan dia lebih hebat daripada orang lain. Individu berkenaan mungkin akan berkata, Saya lebih berkuasa daripada awak atau Saya lebih hebat daripada awak, tetapi tidak semestinya seseorang individu yang bersalam dengan cara ini adalah seorang yang berkuasa. Ini kerana individu berkenaan merasakan dirinya seorang yang dominan walaupun dia tidak mempunyai apa-apa kuasa.

3.2 Bersalam apabila kedudukan tangan mengadap lantai.Cara ini menunjukkan orang yang menyambut salam kita merasakan dirinya dapat mengawal dan lebih dominan daripada kita. Personaliti yang ditunjukkan oleh individu berkenaan adalah perasaan rendah diri kerana individu tersebut memberikan kuasa kepada orang yang menyambut salamnya untuk mengawal keadaan dan membuatkan diri mereka berasa lebih berkepentingan atau dominan.

3.3 Bersalam dengan kedudukan tangan yang seimbang.Cara ini digunakan apabila dua individu yang sama kuasa dan dominan bertemu. Mereka bersalam dengan tangan yang tidak menadah ataupun mengadap ke lantai. Cara ini sesuai apabila kita bertemu dengan orang yang sama taraf, sejawatan ataupun rakan sekerja supaya dapat memberikan mesej bahawa, Kita sama-sama dominan dan berkuasa.3.4 Kedudukan Tangan Kiri semasa BersalamKedudukan tangan kiri amat penting semasa bersalam kerana ia dapat mengenal pasti mesej yang cuba disampaikan oleh seseorang individu. Biasanya ketika bersalam, tangan kiri mereka akan memegang tangan kanan individu yang menyambut salam. Ia berfungsi untuk menunjukkan sifat kejujuran, kepercayaan dan perasaan yang mendalam kepada seseorang. Personaliti yang dibawa oleh individu berkenaan adalah jujur, amanah, dan emosional. Terdapat empat cara yang selalu digunakan iaitu:GAMBAR 7GAMBAR 8

Kesemua gambar di atas menunjukkan mesej yang sama iaitu sifat kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain tetapi mempunyai perbezaan antara empat gambar tersebut. Gambar 7 menunjukkan tangan kiri memegang pergelangan tangan individu yang satu lagi, manakala gambar 8 menunjukkan tangan kiri memegang siku. Jika dilihat perbandingannya, gambar 8 membawa mesej yang lebih kuat daripada gambar 7. Ini kerana seseorang yang bersalam dengan cara tersebut membawa maksud mereka sudah memasuki zon peribadi individu lain. Cara ini hanya sesuai apabila bersalam dengan ahli keluarga ataupun sahabat handai.GAMBAR 9

GAMBAR 10Gambar 9 menunjukkan tangan kiri memegang lengan individu yang satu lagi, manakala gambar 10 menunjukkan tangan kirinya memegang bahu individu yang satu lagi. Biasanya, cara ini hanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kaitan emosi yang mendalam. Kemungkinan mereka juga mempunyai hubungan yang agak rapat. Salah satu tokoh yang mahir menggunakan teknik ini ialah Anwar Ibrahim. Beliau menggunakan teknik pada Gambar 9. Namun begitu cara ini tidak sesuai digunakan sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai ataupun memiliki kaitan emosi yang mendalam kerana ia akan menimbulkan keraguan dan melahirkan rasa tidak percaya orang lain kepada kita.

4.0 KOMUNIKASI SENYUMCara kita senyum boleh memberikan mesej yang berkaitan dengan emosi kita. Kita juga dapat mengenal pasti emosi orang lain dengan melihat cara mereka senyum. Jika seseorang itu senyum, ia tidak semestinya akan menunjukkan individu berkenaan dalam gembira. Terdapat tiga jenis senyum iaitu:4.1 Senyuman tanpa mendedahkan gigiSenyuman cara ini adalah senyuman yang asas. Apabila seseorang individu senyum tanpa mendedahkan giginya, dia sebenarnya senyum untuk dirinya sendiri. Senyuman ini juga digelar senyuman ahli politik. Personaliti yang dibawa oleh individu tersebut ialah seorang yang beretika, tertib dan berkaliber. Cara ini sesuai dilakukan apabila menghadiri majlis formal ataupun bertemu dengan orang yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada kita.4.2 Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atasCara ini dilakukan apabila ada pertembungan mata dengan orang lain. Biasanya senyuman ini dilakukan ketika seseorang individu bertemu dengan orang yang dikenali ataupun rapat dengan mereka seperti rakan, pengikut yang rapat serta ahli keluarga. Cara ini sesuai bagi menunjukkan kemesraan antara satu sama lain. Personaliti yang dibawa oleh individu berkenaan ialah mudah mesra dan peramah.

4.3 Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawahSenyuman ini boleh dilihat apabila seseorang individu dalam keadaan yang gembira dan mata akan mengecil atau seolah-olah terpejam. Cara ini juga dilakukan apabila kita mendengar sesuatu yang lucu ataupun lawak. Personaliti yang dibawa ole individu berkenaan ialah seorang yang ceria.

5.0 KOMUNIKASI KEPALAGambar tersebut menunjukkan kedudukan kepala yang normal. Ia memberikan isyarat yang neutral. Apabila kepala seseorang mula senget atau condong, ia menunjukkan seseorang individu berminat atau tertarik kepada sesuatu. Jika saudara memberikan ucapan atau persembahan, perhatikan penonton seperti gambar 12.Berikan perhatian kepada mereka kerana mereka memberikan isyarat yang mereka tertarik dengan ucapan tersebut. Tetapi apabila kepala menunduk, ia adalah tanda negatif dan membina impresi pertama yang tidak baik kepada individu tersebut seperti gambar rajah 13. Jurulatih professional mahir dalam berhadapan dengan individu seperti ini.Mereka bermula dengan melibatkan khalayak sebelum mereka menyampaikan ucapan mereka. Bill Clinton memiliki kelebihan menukarkan sikap negatif orang kepadanya menjadi positif. Antara caranya adalah dengan memberikan anekdot dan bertemu terus dengan individu itu dan memberikan dia kuasa menggunakan komunikasi bersalam.GAMBAR 11GAMBAR 12GAMBAR 136.0 KOMUNIKASI RENUNGAN MATAApabila seseorang bertentangan mata dengan individu lain, maka secara tidak langsung asas komunikasi akan terbina. Apabila seseorang merasa malu ataupun bersalah, individu tersebut akan tunduk kerana takut bertemu mata dengan individu lain. Semakin lama individu bertentang dengan individu lain, maka individu tersebut dapat membina rapport dengan lebih baik. Namun, ini adalah berbeza dengan budaya kita kerana dengan merenung mata kepada orang yang lebih tua dan dihormati dalam jangka masa yang lama adalah tidak digalakkan dan seolah-olah seseorang itu biadab.Apabila seseorang itu berbincang berkaitan perniagaan pula, renungan mereka difokuskan kepada bahagian kedua belah mata hingga dahi individu yang berbual dengannya seperti gambar 14. Dengan merenung bahagian itu, individu juga dapat mengetahiu yang dia sadang bercakap berkaitan perniagaan dan tiada hal lain.GAMBAR 14Apabila seseorang berbual dalam acara sosial pula, renungan matanya adalah di sekitar mata, hidung dan mulut individu yang lain. Semasa dalam perbualan yang peribadi dan intim, renungan mata seseorang adalah sekitar mata, hidung sehingga ke bahagian dada individu yang lain. Perempuan selalu menggunakan renungan jenis ini bagi menunjukkan yang mereka meminati antara satu sama lain. Elakkan daripada menggunakan renungan dalam gambar 15 dan 16 dalam hal ehwal sosial kita kerana ia boleh merosakkan kredibiliti kita.

GAMBAR 15GAMBAR 16

7.0 RUMUSANPersonaliti seseorang individu boleh dilihat dan dikenal pasti berdasarkan komunikasi badan yang ditunjukkan oleh mereka setiap hari. Terdapat pelbagai jenis komunikasi badan yang boleh dipamerkan oleh seseorang individu dan ia akan mewakili personaliti mereka. Komunikasi badan yang sering diperhatikan ialah komunikasi senyum, komunikasi tangan, teknik membongkok, komunikasi mata dan sebagainya.Oleh itu, kita harus peka terhadap komunikasi badan yang ditunjukkan oleh seseorang individu semasa mereka berkomunikasi atau melakukan sebarang aktiviti kerana ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang personaliti mereka. Sekiranya kita dapat mengenal pasti personaliti seseorang individu, ia akan memudahkan kita untuk memahami individu tersebut dengan lebih mendalam serta melancarkan proses komunikasi yang dilakukan.Kesimpulannya, memahami komunikasi badan amat penting kerana personaliti seseorang individu dapat dilihat serta dikenal pasti melaluinya. Kita perlu mengambil berat dengan komunikasi badan yang ditunjukkan walaupun hanya pergerakan mata kerana di situ kita akan tahu bagaimana mereka menerima orang lain dalam persekitaran mereka.

8.0 BIBLIOGRAFI

Buku:i. Ahmad Naim Jaafar. (2003). Membina karisma. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

ii. Andrian Furnham. (1999). Body language at work. Chartered Institute of Personnel & Development, CIPD House, Camp Ruad, London SW 19 4UX.

iii. Geoff Ribbers & Richard Thompson. (2002). Body language in a week. Hodder & Stoughton.

iv. Hedwing Lewis. (1998, 2000). Body language_ a guide for professionals (2nd Ed.). Response Books, a division of Sage Publications.

v. Peter A. Andersen. (1999). Nonverbal communication, forms & functions. Mayfield Publishing Company, Mountain View, California.

vi. Roger E. Axtell. (1991). Gestures, the dos & taboos of body language around the world. Revised & expanded edition. John Wiley & Sons, Inc.

Jurnal:i. www.en.wikipedia.org/wiki/Minnesota

ii.www.answer.com/topic/gesture

iii.www.benjamins.com/jbp/journals

iv.www.csli.stanford.edu/events/gestures/pdf/Aims

v.www.meru.org/gesture