kmk p2 sbdkl-nota pemb.negara

10
PEMBANGUNAN NEGARA (Bahagian C) 1. Politik. Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu: 1.1 Kepimpinan 1.2 Nasionalisme 1.3 Peraturan dan undang-undang 2. Ekonomi. Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu: 2.1 Pertanian 2.2 Usahawan 2.3 Perdagangan POLITIK Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain (wikipedia) Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. Kajian buku Sejarah Melayu dan SBDKL adalah bersesuaian dengan pendapat yang mengaitkan politik juga wujud dalam sektor korporat, agama dan institusi seperti institusi pemerintahan beraja (feudal). Kajian harus menjurus kepada sistuasi penceritaan karya sastera yang dihasilkan dan mampu diterjemahkan kepada kehidupan masa kini. 1.1 Kepimpinan.

Upload: sementabentong

Post on 21-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

p2

TRANSCRIPT

Page 1: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

PEMBANGUNAN NEGARA

(Bahagian C)

1. Politik.

Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:

1.1 Kepimpinan

1.2 Nasionalisme

1.3 Peraturan dan undang-undang

2. Ekonomi.

Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:

2.1 Pertanian

2.2 Usahawan

2.3 Perdagangan

POLITIK

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain (wikipedia)

Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. 

Kajian buku Sejarah Melayu dan SBDKL adalah bersesuaian dengan pendapat yang mengaitkan politik juga wujud dalam sektor korporat, agama dan institusi seperti institusi pemerintahan beraja (feudal). Kajian harus menjurus kepada sistuasi penceritaan karya sastera yang dihasilkan dan mampu diterjemahkan kepada kehidupan masa kini.

1.1 Kepimpinan. (Calon seharusnya mampu menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara)

Page 2: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pengawasan seorang pemimpin

Menurut Kamus Dewan(1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo

(1997), kepimpinan ialah satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan

sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau

mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. 

Fleishman menyatakan: ‘Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang

diarahkan melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau beberapa matlamat’

(1973:3).

 

Tannenbaum, Weschler dan Massarik (1961) juga memberi definisi yang hampir sama. Bagi Fiedler

pula, kepimpinan adalah :......kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana

kuasa dan pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan

mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas induvidu itu’(1967:

11).

Gaya Kepemimpinan.

Apabila disebut perkataan kepemimpinan sebenarnya ia masih merujuk kepada perkataan kepimpinan

atau "leadership". Banyak definisi menyebut maksud perkataan tersebut tidak lari dari maksud proses

mempengaruhi orang lain. Kepemimpinan adalah serangkaian kegiatan pemimpin

yang tidak dapat dipisahkan dengan kedudukan serta gaya atau perilaku

pemimpin itu sendiri. 

Page 3: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

Kepemimpinan dalam Sejarah Melayu (SS)

Proses mempengaruhi ahli masyarakat dan kumpulan tertentu adalah melibatkan gaya kepemimpinan.

Sejarah Melayu dilihat mempunyai kepentingan ini melalui beberapa peristiwa penting yang terdapat

di dalamnya yang melibatkan pelbagai peringkat pemimpin terutamanya golongan raja atau sultan.

Sultan Muzaffar Syah terkenal sebagai pemimpin yang berdedikasi dan sanggup berkorban apa

sahaja demi negara. Beliau sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu demi memastikan Melaka dapat

mencapai kesejahteeraan dan keamanan. Beliau sangat mengenali bakat kepimpinan di kalangan

rakyat sebagaimana tindakan baginda melantik Bendahara Paduka Raja Tun Perak.

Sultan Mansyur Syah adalah sultan yang lebih bertolak ansur sekalipun masih dianggap autokratik.

Dalam peristiwa pembunuhan Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja

Muhammad dalam peristiwa sepak raga, baginda sedia mendengar cadangan pihak rakyat. Akhirnya

Raja Muhammad tidak dirajakan di Melaka tetapi dihantar ke Pahang (Inderapura) dan menjadi raja di

sana.

Sultan Alaudin Riayat Shah dikenali sebagai sultan yang berjiwa rakyat kerana sanggup menyelami

hati nurani rakyat. Beliau sanggup keluar pada waktu malam untuk menangkap pencuri. Gaya

kepimpinan beliau boleh diibaratkan kepimpinan melalui tauladan.

Kemudian cuba kita selidiki pula gaya kepemimpinan ketua-ketua masyarakat dan ketua pengurusan perniagaan yang wujud dalam novel SBDKL.

1.2 Nasionalisme

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan

politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti

budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah

berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada

amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik

serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan

Page 4: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme,

pengasingan dan sebagainya.

Aspek nasionalisme yang diketengahkan dalam teks Sejarah Melayu dan SBDKL

adalah menjurus kepada aspek sosial yang jauh daripada faktor-faktor ekstrim

yang menjadi kajian golongan sains politik. Oleh itu kajian tentang kegiatan

kemasyarakatan yang menjurus kepada memenuhi tanggungjawab kepada

negara boleh dikaitkan dengan nasionalisme atau cintakan negara. Kecintaan

negara tidak hanya menjurus kepada kekuatan tentera yang mampu

mengangkat senjata menentang musuh negara semata-mata.

Nasionalisme dalam Sejarah Melayu

1.Mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Negara Siam adalah negara yang sering mengancam Melaka dalah negara Siam

melalui beberapa siri peperangan. Pada peringkat awal, seorang nasionalisme

yang berjawatan penghulu di Kelang telah berusaha dengan gigih

mempertahankan Melaka daripada serangan berkenaan. Kemudia diikuti

dengan beberapa siri serangan yang lain yang memaksa rakyat Melaka tidak

tidur malam berjaga bagi memastikan Melaka terselamat daripada serangan

musuh. Iktibar daripada kejadian ini adalah semangat nasionalisme yang telah

ditunjukkan oleh rakyat Melaka yang sanggup berjuang demi negara.

2. Membina nama baik negara melalui hubungan diplomatik.

Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah adalah satu zaman yang memerikan

kisah hubungan diplomatik dengan empat negara iaitu Sulawesi, Siam,

Majapahit dan China. Walaupun terdapat unsur anakronisme dalam hubungan

Melaka dengan Majapahit, namun teknik penulisan Tun Sri Lanang ini juga

adalah gambaran semangat cinta beliau kepada negara. Semua wakil diplomat

yang diutuskan telah membawa nama baik negara bagi memastikan Melaka

sentiasa agung dan dihormati. Sebaliknya jika aspek ini tidak ditimbulkan, tentu

tujuan penceritaan Sejarah Melayu tidak akan sampai maksudnya. Melaka telah

digambarkan sebagai sangat kaya, pemurah dan bijaksana ketika menjalin

hubungan dengan China. Malah ketika dengan Siam, kelihatan Melaka amat

hebat dari segi peperangan dan dapat membuktikan bahawa Melaka memang

wajar menang pada setiap kali berperang dengan Siam.

Page 5: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

3. Mempertahankan jajahan takluk negara.

Melaka mempunyai banyak tanah jajahan seperti Pahang, Terengganu,

Kelantan, Riau, Siak, Kampar, Haru dan sebagainya. Apabila terdapat

pertelingkahan dan masalah di negari jajahan, maka beberapa orang penting

Melaka telah dihantar untuk menyelesaikan masalah. Segala masalah yang

dihadapi telah diselesaikan dengan bijaksana oleh sultan dan para pembesar

Melaka.

4. Taat setia kepada raja dan negara.

Cinta kepada negara juga digambarkan dengan sikap dan tingkahlaku rakyat

Melaka. Mereka sangat setia kepada raja dan negaranya. Keseluruhan rakyat

Melaka amat patuh kepada arahan sultan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja

demi raja dan negara. Namun jika amalan telah berlaku sebaliknya, negara

akan mengalami masalah dan menuju kehancuran. Hal ini telah berlaku pada

penghujung pemerintahan Melaka dimana rakyat kurang taat, tidak

menghormati raja dan melakukan rasuah. pengkhianatan terhadap negara

seperti ini telah menyebabkan semangat cinta kepada negara hilang dan

akhirnya Melaka kalah kepada tentera luar seperti Portugis.

1.3 Peraturan dan undang-undang.

Kehidupan manusia perlu dikawal dengan peraturan dan undang-undang samada dalam bentuk bertulis atau termaktub secara turun temurun melalui satu kepercayaan yang tinggi terhadap keluhuran undang-undang yang telah dipersetujui bersama. Setiap ahli masyarakat akan terikat dengan undang-undang yang telah dipersetujui dan dianggap telah menderhaka atau melanggar perjanjian jika mengingkarinya.

1. Sejarah Melayu meletakkan asas perundangan tertinggi dikaitkan dengan perjanjian atau waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana (Nila Utama). Isi perjanjian itu dijelaskan dalam halaman 25.

2. Kemudian apabila kerajaan melayu Melaka ditubuhkan dan agama Islam sampai ke Melaka, telah ditetapkan beberapa aturan dan larangan sebagaimana yang terdapat pada halaman 74. Pada halaman 75 pula dijelaskan tentang pelbagai adat isitiadat sehingga halaman 80.

3. Apabila Sultan Muzaffar Syah menaiki takhta, baginda telah menyuruh membuat kitab undang-undang sebagaimana pada halaman 86 hingga 87 seperti berikut:

      Sebermula adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan itu, terlalu baik budi pekerti baginda dengan adilnya dan murah serta ampun periksa dengan saksama pada mengasihani

Page 6: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

rakyat baginda; dan bagindalah menyuruhkan membuat kitab undang-undang supaya jangan bersalahan lagi segala hukum menteri.

  EKONOMI

Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-

sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak

terhad.  Sumber ekonomi merupakan faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk

mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada buruh, tanah, modal

dan usahawan. Sumber ekonomi adalah terhad penawarannya. Kehendak manusia pula

bermaksud ialah keinginan individu terhadap barangan dan perkhidmatan yang tidak

terhad kehendaknya. 

Ekonomi dalam Sejarah Melayu (SS)

Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan

pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud

kegiatan pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas

segala. Lalu anganan para penduduk yang ingin kaya raya itu diimaginasikan melalui

cerita ajaib dengan harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka

dikatakan telah mengubah tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun

perak dan berbatangkan suasa.

Sejarah Melayu juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus

kepada sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang.

Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang berperang dengan unsur

alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk mendapat

sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan lukah untuk

menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak kerana ada faktor

halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu. Berikutan diri Badang yang

semakin kuat kudratnya, kegiatan ekonominya bertukar menjadi seorang yang mampu

membersihkan kebun dan hutan. Lalu sebahagian masyarakat memanfaatkan

kemampuan Badang yang perkasa untuk tujuan aktiviti pertanian mereka. Kekuatan

Badang juga adalah gambaran cita-cita masyarakat pada masa itu yang mengharapkan

teknologi tertentu yang memudahkan kerja seharian mereka dengan mengimaginasikan

Badang menjadi kuat kerana makan muntah hantu. Jika dilihat pada masa kini, Badang

Page 7: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

yang dimaksudkan kini adalah sebuah jentera berat yang juga mampu melakukan kerja

dengan mudah dan pantas.  Badang adalah sumber manusia yang lebih dikenali sebagai

buruh dalam istilah ekonomi. Dia adalah pekerja yang berkesan kerana sifatnya yang

rajin. Malah Badang juga adalah pekerja yang sangat produktif kerana kuat bekerja dan

mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting, Badang telah

menyubangkan sesuatu yang bermakna demi keajuan sesebuah penempatan iaitu di

negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu memberikan

sumbangannya dengan maksimum, sudah tentu jika wujud ramai orang seperti Badang,

sesebuah negara akan terus maju dan lebih makmur. Jika keadaan berlaku sebaliknya,

kemungkinan yang akan berlaku juga menjadi sebaliknya. Negara akan mundur dan

tidak mampu menjana pendapatan negara yang lebih tinggi kerana masyarakatnya

malas dan bersifat lemah.

Terdapat juga unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan yang dapat dibuktikan

melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Melaka dan pada masa yang

sama mengembangkan agama Islam. Usaha golongan peniaga yang datang ke Melaka

bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan para pedagang, malah ia akan mampu

memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup

samada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Jika orang Melaka ingin

mendapatkan pakaian, maka para pedagang akan dapat memenuhi kehendak mereka.

Jika Melaka memerlukan sejumlah barangan yang lebih banyak, maka kegiatan import

perlu dilakukan. Hal ini telah dilakukan oleh Sultan Mahmud, di mana beliau telah

mengarahkan Hang Nadim supaya membeli kain di India. Hang Nadim telah diminta

membeli 40 jenis kain dengan 40 warna. Setiap jenis kain pula mengandungi

mengandungi 40 corak. Malangnya usaha terebut tidak berjaya, kerana kapal Hang

Nadim telah tenggelam dipukul ribut. Perkataan "mengenali dagang dan santeri" adalah

menggambarkan betapa pembesar negara amat menjaga kepentingan golongan

peniaga. Golongan peniaga dianggap sebagai sangat penting kerana mereka

menyumbang kepada pendapatan negara. Banyak golongan berkepentingan

(stakeholder) yang mengharapkan sumbangan kekayaan peniaga. Namun malangnya

keadaan menjadi tidak terkawal dan wujudlah rasuah dan pembunuhan. Hal ini boleh

memberi kesan kepada kejatuhan negara seperti Melaka. Oleh itu negara kita juga harus

menghindarkan diri dari rasuah kerana ia boleh mengundang kepada salah satu sebab

kejatuhan negara.

Ekonomi dalam SBDKL

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur Selaras dengan isu ekonomi tahun 70an dalam novel

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur pula secara jelas mengungkapkan aspek ekonomi

moden yang menjurus kepada latar zaman novel tersebut dihasilkan. Isu tentang

pengurusan sumber yang terhad seperti tanah lombong adalah menjadi salah satu

Page 8: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara

persoalan novel ini. Pembukaan lombong tidak semudah kata-kata. Ia perlu dirancang

dengan baik dari semua aspek samada dari sudut manusia, alam dan kepentingan-

kepentingan lain.  Lalu timbul pelbagai konflik yang menyentuh jiwa nurani masyarakat. 

Juga terdapat aspek kegiatan pertanian berskala kecil seperti tanaman bunga orkid.

Kegiatan ekonomi harus bermula dengan kegiatan kecil-kecilan (skala kecil). Jika aktiviti

itu berdaya maju, mungkin ia boleh diperbesarkan. Sifat keusahawanan yang ada pada

diri cik Puan Tipah, belum cukup untuk mencipta kejayaan. Terdapat banyak halangan

dan dugaan yang menyebabkan kegagalan berlaku. Kebunnya telah dirosakkan oleh

pihak yang dengki dan iri hati.  Perkara seperti ini mungkin menjadi sebab kepada

kegagalan untuk menyumbang kepada pembangunan negara kerana produktiviti tidak

dapat dihasilkan.

Pengagihan sumber ekonomi pula dijelaskan melalui kegiatan perdagangan sehingga

kepada kegiatan eksport ke luar negara. Perniagaan ini mempunyai skala yang lebih

besar berbanding tanaman orkit cik Puan Tipah. Rancangan encik Muhammad dan Datok

Tan (Tan Chong Seng) mengeksport lada hitam ke luar negara adalah bukti kegiatan

ekonomi yang terdapat dalam novel ini. Proses ini berkait rapat dengan konsep

usahasama di antara rakan kongsi yang mempunyai banyak pengalaman. Sumbangan

ekonomi seperti ini tentu memberi kesan yang lebih signifikan kepada pembangunan

sesebuah negara.  Semua kegiatan ekonomi yang telah dibincangkan sebenarnya

memberi gambaran tentang kepentingannya kepada pembangunan negara. Hal ini

adalah kerana ia berkait rapat dengan produktiviti negara dan seterusnya menyumbang

kepada pendapatan negara yang besar.

Realiti negara pada masa kini bahawa kegiatan pertanian seperti padi dan kelapa tetap

menjadi pilihan utama kerana ia adalah sumber makanan negara.Pada masa yang sama

kegiatan eksport dan import terus berjalan dengan baik. Perpindahan ke Felda adalah

salah satu proses penstrukturan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hal ini

berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada

masa novel ini dikarang. Aspek ini adalah hujah kuat yang menggambarkan tentang

tema ekonomi novel ini. Gambaran ini adalah sala satu cara memanfaatkan sumber-

sumber seperti manusia dan tanah. Ketika tanah lombong kurang subur kawasannya,

maka tanah baru di felda lebih signifikan(penting). Tanah di Kampung Tualang lebih

sesuai untuk aktiviti perlombongan berbanding pertanian. Kegiatan ekonomi paling

hangat dibincangkan ialah kegiatan perlombongan bijih timah. Usaha ini telah giat

dilakukan oleh encik Muhammad dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Sementara

itu ada pihak yang menyokong dengan syarat aspek ekonomi perlu diseimbangkan

dengan keperluan akhirat.

Page 9: KMK P2 SBDKL-nota Pemb.negara