klinik pintar bm - hots 1

7
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 2 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga 14 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Istana Alam Shah yang terletak di bandar diraja Klang merupakan tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam. A beradu B bertabal C bersiram D bersemayam 2 Sultan Nazrin Maizuddin Shah telah ________ bagi merasmikan Karnival Belia 1Malaysia di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. A mencemar duli B merapak sembah C menjunjung kasih D Memohon perkenan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai yang dipenuhi sampah sarap. A hulu B kuala C tebing D lembah 4 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawannya. A kita B kami C kamu D kalian

Upload: fadhramli

Post on 14-Jul-2015

638 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 2 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Istana Alam Shah yang terletak di bandar diraja Klang merupakan tempat ________ Sultan

Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam. A beradu B bertabal C bersiram D bersemayam 2 Sultan Nazrin Maizuddin Shah telah ________ bagi merasmikan Karnival Belia 1Malaysia

di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. A mencemar duli B merapak sembah C menjunjung kasih D Memohon perkenan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai yang dipenuhi sampah sarap.

A hulu B kuala C tebing D lembah 4 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan

bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawannya. A kita B kami C kamu D kalian

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 3 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

5 Penduduk desa bergotong-royong ________ parit bagi mengelakkan banjir kilat berlaku. A mendalami B diperdalami C memperdalam D memperdalamkan 6 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah. A dipagari B memagari C dipagarkan D memagarkan Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Adik ________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan oleh ibu. A tuangan B menuang C menuangi D menuangkan 8 Haziman terpaksa menuntun motosikalnya sejauh tiga kilometer kerana ________ petrol. A terputus B keputusan C pemutusan D memutuskan Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Juan Lee hendak ________ gambar kereta itu untuk membuat satu salinan gambar tersebut. A melukis B melakar C mencetak D mengimbas

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 4 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

10 Pelancong Korea itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari

terbit di ufuk timur. A apabila ... bagi B tatkala ... untuk C sebelum ... agar D selepas ... supaya 11 Cef Redzuawan memasukkan ________ garam kasar ke dalam ________ daging kambing

masak kurma itu. A sebutir … seperiuk B secubit … sekawah C segenggam … sekawah D segenggam … semangkuk 12 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang

emas pula berharga lapan ringgit. A sebiji ... sesisir B sebutir ... sesikat C sesisir ... setandan D sebutir ... setandan Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13

Kerja-kerja __________ jalan raya itu rancak dijalankan sebelum menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

A kelebaran B dilebarkan C memperlebar D memperlebarkan 14 “Padi yang sedang menguning itu kelihatan ________ apabila ditiup angin,” kata Maisarah

Husna kepada ibunya. A menari-nari B meliang-liuk C melonjak-lonjak D melenggang-lengguk

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 5 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Soalan 15 hingga 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15 I Orang atas haruslah kita hormati kerana jawatan yang disandangnya itu. II Negara kita mendapat tempat atas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini. III Ahmad Murad meletakkan jawatan pengurus bank itu bukan atas kemahuannya. IV Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. A

B C D

I dan II II dan III II dan IV III dan IV

16 I Hafis Syahmi tercicir bas sekolah kerana dia bangun lewat pada pagi itu. II Buah mangga di dalam kotak itu tercicir kerana bahagian bawah kotak itu bocor. III Adela tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada komuter yang penuh-sesak itu. IV Nama Mizani tercicir daripada senarai pemain hoki yang akan mewakili daerah Kinta. A

B C D

I dan III II dan IV I, II dan IV II, III dan IV

17 I Tongkang yang membawa pendatang tanpa izin itu karam dipukul gelombang besar. II Penimbang gelombang mikro digunakan untuk menimbang emas dan berlian sahaja. III Gelombang radio tidak dapat diterima dengan baik di kawasan yang berbukit-bukau. IV Dia mengalami kerosakan gelombang telinga yang serius akibat terjolok benda tajam. A

B C D

I dan III II dan IV I, II dan III II, III dan IV

1 Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan membentuk

kata bilangan tersebut. Kita mestilah mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Teliti penggunaan kata bilangan dalam ayat contoh di bawah ini.

1.1 Setiap satu acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 5 Setiap/Tiap-tiap acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 3

1.2 Berbagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 5 Berbagai-bagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 3

1.3 Antara kedua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 5 Antara kedua-dua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 3

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 6 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Soalan 18 hingga 20

Pilih ayat yang betul.

18 I Dia terserempak dengan sahabat lamanya di pusat membeli-belah Aeon. II Rumah berkembar dua tingkat ini kami duduki sejak empat tahun yang lalu. III Abang dan kawan-kawannya memancing udang galah di sungai itu sejak dari pagi. IV Gulai kepala ikan merah itu adalah untuk hidangan makan tengah hari keluarganya. A

B C D

I dan II II dan III II dan IV III dan IV

19 I Puan Adriena menyelongkar dapur kabinet untuk mencari rempah nasi beriani. II Sazmer tidak tahan melihat ibunya menjeruk hati disebabkan perangai abangnya itu. III Encik Zulhelmi tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya. IV Nesrina bercita-cita mahu melakar kejayaan dalam bidang pertanian seperti ayahnya. A

B C D

I dan II I dan III II dan IV III dan IV

20 I Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. II Pasukan kastam berjaya melakukan rampasan terbesar beras siam petang semalam. III Emak mengkhaskan lauk-pauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat berpatutan. A

B C D

I dan II I dan III II dan IV III dan IV

2 Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan

apitan mempeR-…-kan. Teliti ayat contoh di bawah ini.

2.1 Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah. 3 Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah. 5

2.2 Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu. 3 Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu. 5

2.3 Kerja memperlebar jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 3 Kerja memperlebarkan jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 5

2.4 Kerajaan memperluas kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 3 Kerajaan memperluaskan kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 5

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 7 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Soalan 21 hingga 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

15, Pesona Lahat Baru 2, Bandar Baru Lahat, 31500 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

10 Oktober 2013. Ke hadapan kakanda Saidi Nazman yang berada di Sarawak, adinda doakan semoga kakanda berada dalam keadaan sejahtera.

Kakanda Saidi Nazman yang disayangi, Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat. Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda.

Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan adinda dalam pertandingan Pidato Diraja peringkat daerah yang telah adinda sertai. Adinda telah menyertai pertandingan Pidato Diraja yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri.

Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang. Adinda berharap agar kakanda dapat membalas surat ini dengan segera dan memberikan panduan serta tip yang berguna untuk adinda menghadapi pertandingan itu nanti. Kakanda juga boleh menghantar panduan serta tip tersebut ke alamat e-mel adinda, iaitu [email protected] pada bila-bila masa.

Setakat ini dahulu coretan adinda. Doakan semoga adinda mencapai kejayaan dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Semoga kakanda juga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester nanti. Salam sayang daripada adinda dan anggota keluarga di sini untuk kakanda.

Sekian, terima kasih.

Adindamu yang benar, Emy Natasha 21 Apakah tujuan utama penulis mengutus surat kepada abangnya? A Bertanya khabar tentang abangnya di perantauan B Memaklumkan kejayaannya dalam pertandingan pidato C Meminta panduan dan tip untuk menyertai pertandingan pidato D Mengharapkan abangnya berjaya dalam pengajiannya di universiti

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 8 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

22 Apakah harapan dan doa penulis untuk abangnya dalam bahagian akhir surat tersebut? A Kejayaan sebagai mahasiswa cemerlang B Kejayaan menjadi seorang jurutera binaan C Kejayaan memperoleh biasiswa pendidikan D Kejayaan dalam peperiksaan akhir semester 23 Selain melalui surat, penulis juga memohon supaya abangnya menghantar panduan dan tip

tentang pidato melalui A mesin faks. B laman web. C alamat e-mel. D pesanan ringkas. 24 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas. A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit. B Penulis dan keluarganya tinggal di Bandar Baru Lahat, Ipoh. C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri. D Penulis telah menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri. 25 Perkataan coretan dalam petikan surat tersebut merujuk A gambaran secara ringkas. B panduan cepat dan pantas. C huraian maklumat terancang. D ringkasan maklumat keluarga. 3 Kata bilangan tentu (kardinal), contohnya (tiga/lima puluh/tujuh ratus/sepuluh ribu) dan

kata bilangan himpunan, contohnya (beratus-ratus/berguni-guni/jutaan) mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.

3.1 Nuri memiliki empat kereta mewah dan dua motosikal kuasa tinggi. 5 Nuri memiliki empat buah kereta mewah dan dua buah motosikal kuasa tinggi. 3

3.2 Ketiga-tiga pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 5 Ketiga-tiga orang pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 3

3.3 Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton. 5 Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton. 3 4 Kata bilangan tak tentu, contohnya (segala/semua/para/seluruh/sedikit/beberapa/banyak)

tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan “beberapa”. 4.1 Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 3 Semua orang murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 5

4.2 Beberapa nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 5 Beberapa orang nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 3