ayuh bersedia !!! 9 h - remajaisma.files.wordpress.com · api neraka. tiada nikmat yang cukup besar...

6
Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus- man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/ Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected] 12 Tahun 2 / Bil. 9 Ogos 2008 http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja Assalamualaikum wbt, Tidak sampai sebulan, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma lagi. Bagi orang yang beriman, kedatan- gannya amat ditunggu- tunggu. Segala keistime- waan, kelebihan dan gan- jaran yang dikurniakan Allah Taala di dalam bulan ini pasti tidak dilepaskan. Permulaan Ramadhan adalah rahmat, per- tengahannya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka. Tiada nikmat yang cukup besar bagi seorang manusia apabila dapat mem- bebaskan diri dari azab seksaan pedih yang sangat dahsyat di dalam api neraka. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang terbaik untuk mendidik jiwa. Ia ibarat se- buah institusi yang melahirkan manusia yang cemerlang dan mengubah manusia yang selama ini tenggelam dalam kegela- pan kebendaan dan nafsu kepada sinar cahaya keimanan yang mulia dan hebat. Sebagai persediaan menghadapi bulan Ramad- han, sama-samalah kita renungi hadis di bawah: Dari Usamah bin Zaid (ra) berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah, aku tidak per- nah melihat engkau ber- puasa (sehebat) engkau berpuasa di bulan Syaa- ban”. Rasulullah (saw) men- jawab, “Bulan (Syaaban) itu ramai yang kurang memperdulikannya, (terletak) di antara Rejab dan Ramadan, sedang ia adalah bulan yang di dalamnya diangkat pahala amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam. Aku ingin amalan ku diangkat ketika aku sedang berpuasa” (Hadis riwayat Imam An-Nasaie). Justeru, ku menyeru kepada rakan-rakan remaja yang dikasihi sekalian, agar sama- sama kita menjadikan bulan Syaaban seba- gai bulan persediaan kita sebelum menem- puh Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya kesempatan yang Allah Taala berikan han- yalah sekali, selagi ajal belum menjelma. S Y A B A N 1 4 2 9 H AYUH BERSEDIA !!! Menarik Di Dalam Muka 2: Kenaikan Harga - Apa Peranan Remaja? Muka 3: Persediaan Ramadhan Muka 4 - 5: Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Muka Tengah: Kelebihan Ramadhan Muka 8: Nasihat Ulama’ Muka 10 - 11: KRIM Sana Sini 1

Upload: phamnga

Post on 31-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sidang Editor

Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus-

man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/

Kelab Remaja ISMA (KRIM)

No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A,

Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

[email protected]

12

Tahun 2 / Bil. 9 Ogos 2008

h t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o m

Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja

Assalamualaikum wbt, Tidak sampai sebulan, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma lagi. Bagi orang yang beriman, kedatan-gannya amat ditunggu-tunggu. Segala keistime-waan, kelebihan dan gan-jaran yang dikurniakan Allah Taala di dalam bulan ini pasti tidak dilepaskan. Permulaan Ramadhan adalah rahmat, per-tengahannya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka. Tiada nikmat yang cukup besar bagi seorang manusia apabila dapat mem-bebaskan diri dari azab seksaan pedih yang sangat dahsyat di dalam api neraka. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang terbaik untuk mendidik jiwa. Ia ibarat se-buah institusi yang melahirkan manusia yang cemerlang dan mengubah manusia yang selama ini tenggelam dalam kegela-pan kebendaan dan nafsu kepada sinar cahaya keimanan yang mulia dan hebat.

S e ba g a i p e r s e d i a a n menghadapi bulan Ramad-han, sama-samalah kita renungi hadis di bawah: Dari Usamah bin Zaid (ra) berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah, aku tidak per-nah melihat engkau ber-puasa (sehebat) engkau berpuasa di bulan Syaa-ban”. Rasulullah (saw) men-jawab, “Bulan (Syaaban) itu

ramai yang kurang memperdulikannya, (terletak) di antara Rejab dan Ramadan, sedang ia adalah bulan yang di dalamnya diangkat pahala amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam. Aku ingin amalan ku diangkat ketika aku sedang berpuasa” (Hadis riwayat Imam An-Nasaie). Justeru, ku menyeru kepada rakan-rakan remaja yang dikasihi sekalian, agar sama-sama kita menjadikan bulan Syaaban seba-gai bulan persediaan kita sebelum menem-puh Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya kesempatan yang Allah Taala berikan han-yalah sekali, selagi ajal belum menjelma.

S

Y

A

B

A

N

1

4

2

9

H AYUH BERSEDIA !!!

Menarik Di Dalam

Muka 2: Kenaikan Harga - Apa Peranan Remaja? Muka 3: Persediaan Ramadhan

Muka 4 - 5: Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Muka Tengah: Kelebihan Ramadhan

Muka 8: Nasihat Ulama’ Muka 10 - 11: KRIM Sana Sini

1

H ari ini, kenaikan harga minyak di pasaran dunia memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia khususnya di negara kita, Malaysia. Dikhabarkan juga tarif baru elektrik berdasarkan senario kenaikan harga minyak ini akan dikuatkuasakan mulai

Julai 2008 yang akan datang. Kenaikan harga minyak dan elektrik ini pasti membawa kesan besar kepada kenaikan harga makanan apabila kos pengeluarannya meningkat. Golongan rakyat yang akan merasa tekanan disebabkan kenaikan-kenaikan drastik ini pastinya mereka yang berpendapatan rendah. Mereka selama ini hidup dengan ‘cukup-cukup makan’ sahaja terpaksa berusaha

mencari pendapatan lebih dan mengurangkan perbelanjaan harian untuk menangani isu ini. Mereka mungkin terpaksa berkerja sehingga lewat malam dan pada masa yang sama terpaksa mengikat perut untuk memasti-kan belanjawan keluarga berjalan lancar. Sebenarnya tujuan penulisan ini adalah disasarkan kepada golongan remaja. Seharusnya isu kenaikan harga minyak, elektrik dan barang-barang keperluan asas seperti makanan mesti diambil berat oleh golongan remaja. Bukan hanya golongan dewasa tetapi remaja juga wajib mengambil bahagian dalam menangani isu kenaikan ini. Antara perkara-perkara yang remaja boleh lakukan ialah:

• Mengambil tahu isu-isu semasa yang terkini khususnya isu kenaikan harga minyak dan kesannya melalui pembacaan agar pengetahuan dan kesedaran dapat dipertingkatkan.

• Mengurangkan penggunaan telefon bimbit. Gunakan apabila perlu sahaja.

• Mengurangkan penggunaan khidmat pesanan ringkas atau SMS. Jangan terbabit dengan peraduan-

peraduan SMS yang menggalakkan pembaziran, malah ia telah difatwakan haram oleh pihak JAKIM.

• Jangan memuat turun ke dalam telefon bimbit perkara-perkara yang tidak perlu seperti lagu-lagu dan gambar-gambar. Semuanya itu memerlukan duit dan menggalakkan pembaziran.

• Berjimat cermatlah dengan wang harian yang diberikan oleh ibu bapa. Amalkan sikap menabung. Perun-tukkanlah sebahagian daripada wang harian untuk simpanan biarpun hanyalah sekadar 10 sen. Pepatah Me-layu ada menyebut, “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

• Remaja masakini amat gemar berbelanja di restoran-restoran segera. Oleh itu disarankan agar dapat mengurangkan perbelanjaan ini kerana makanan segera bukan sahaja mahal malah kurang berkhasiat.

• Memahami mengapa ada kalanya ibu bapa tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada anda serta adik-beradik yang lain kerana sibuk mencari rezeki lebih-lebih lagi pada waktu kenaikan harga barangan.

• Membantu keluarga dalam berjimat cermat seperti mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah

terutamanya mereka yang gemar bermain “game”. Bagi remaja yang merokok, buanglah segera tabiat tersebut kerana ia bukan sahaja membazir malah memba-hayakan kesihatan. Jabatan Mufti Selangor telahpun menfatwakan bahawa merokok itu adalah haram. Sebenarnya perkara di atas perlu anda lakukan setiap masa, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Semoga usaha anda ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga. Ingat-lah akan kesusahan ibu dan bapa bertungkus lumus mencari rezeki bagi menampung keperluan anda seke-luarga.

2

Kenaikan Harga - Apa Peranan Remaja?

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINI

FUTSAL PIALA DR. T 2008 PETALING JAYA, 22 Jun 2008 PETALING JAYA, 22 Jun 2008 PETALING JAYA, 22 Jun 2008 PETALING JAYA, 22 Jun 2008 - Alhamdulillah Kejohanan Futsal Ikatan Muslimin Malaysia, Petaling Jaya (ISMA PJ) Piala Dr. Tengku Shahrom kali yang keempat telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 22 Jun 2008 bertempat di Futsal de Samba, Jalan 225, Petaling Jaya. Program ini dianjurkan dengan objektif untuk menggalakan ahli ISMA dan rakan ISMA aktif bersukan dan sentiasa peka dengan kesihatan diri ini. Selain itu ia dapat menggalakan kerja berpasukan serta menanamkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah di kalangan para peserta. Sebanyak 40 pasukan telah mendaftar dalam pertandingan ini iaitu masing-masing kategori Terbuka (16 pasukan), Remaja (16 pasukan) dan Senior (8 pasukan). Pasukan-pasukan yang bertanding terdiri daripada ahli-ahli ISMA dan rakan-rakan ISMA yang terdiri daripada syarikat seperti ITIS Groups, BIT dan TNB, wakil-wakil surau dan persatuan penduduk seperti surau An Nur, Al Rayyan dan Al Mawwadah dan Persatuan Penduduk Impian Baiduri dan Kampung Melayu, Petaling Jaya. Satu pasukan terbuka daripada Seremban turut menyertai pertandingan ini. Pasukan remaja pula terdiri daripada wakil KRIM dari sekitar Petaling Jaya seperti pasukan Sekolah Menengah Damansara Utama, Kota Damansara, Surau Mutiara Damansara dan pasukan dari Lembah Kelang seperti dari Bangi dan Gombak. Dalam kejohanan kali ini kategori terbuka telah dimenangi oleh pasukan ISMA PJ dengan menewaskan juara bertahan Gombak, 3-0. Penjaring terbanyak kategori terbuka dimenangi oleh saudara Nizam dari pasukan ISMA PJ iaitu seban-yak 11 gol. Kategori remaja pula dimenangi oleh pasukan Kota Damansara dengan menewaskan pasukan yang men-daftar di saat akhir, Bangi (2-0), manakala kategori Senior telah dimenangi oleh pasukan Baiduri yang menundukkan pasukan Al Rayyan 2. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ustaz Hajar Opir (YDP ISMA PJ), Saudara Aman Dato Saari (Setiausaha ISMA PJ) dan saudara Osman Md Rasip (Ketua Biro Belia ISMA PJ). Rata-rata pasukan yang bertanding telah menunjukkan semangat juang tinggi dan kerja berpasukan dalam suasana mahabbah dan ukhuwwah. Di harapkan program sebegini dapat menjadi titik tolak dan penerusan kepada ahli ISMA dan rakan ISMA untuk membudayakan program riadah dan bersukan dalam kehidupan seharian selaras dengan hadis Rasulullah yang bermaksud “Muslim yang kuat lebih dikasih Allah daripada Muslim yang lemah..” . Pihak ahli jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya Ahli Jawatankuasa ISMA Petaling Jaya dan semua pihak yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak. Laporan penuh keputusan adalah seperti berikut:: Kategori Terbuka Johan: ISMA PJ Naib Johan: Gombak Ketiga: IT IS Groups. Pemain Terbaik perlawanan akhir: Fakrurazi ( ISMA PJ) Penjaring Terbanyak: Nizam (ISMA PJ-11 gol) Kategori Senior Johan: Baiduri Naib Johan: Al Rayyan 2 Ketiga: An Nur Pemain terbaik perlawanan akhir: Penjaring Terbanyak; Safawi (An Nur-6 gol) Kategori Remaja Johan: Kota Damansara Naib Johan: Bangi Ketiga: Mutiara Damansara Pemain terbaik perlawanan akhir: Adam (Kota Damansara) Penjaring terbanyak: Alif (Bangi-6 gol)

11

KEM IBADAH SMSAH

KEDAH, 10 Julai 2008 KEDAH, 10 Julai 2008 KEDAH, 10 Julai 2008 KEDAH, 10 Julai 2008 - Pada 10 Julai, 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Guru Panatia Agama dan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menganjurkan Kem Ibadah 2008 yang berlangsung selama dua hari satu malam. Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar tingkatan lima yang bermula pada petang Khamis dan berakhir selepas solat Jumaat. Antara objektif progam ini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Selain itu, pihak sekolah mengadakan program khas bersama KRIM ini dengan harapan yang tinggi untuk meniupkan semangat kepada para pelajar bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2008. Program ini juga adalah program lanjutan daripada program Wacana Motivasi Remaja yang telah dijalankan sebelum ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama pelajar-pelajar ini pada hari tersebut. Antaranya adalah slot ceramah motivasi oleh Hj Mohd Arif bin Hj Mohd Noor, Qiamullail dan slot LDK yang dikendalikan sepenuhnya oleh para fasilitator KRIM Kedah. Majlis penutup telah rasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH). Program ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang perlunya menjaga hubungan yang baik dengan Allah dan hubungan sesama manusia bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan. Para pelajar dan guru diberikan bookmark KRIM dan juga CD clip video program tersebut pada majlis penutup program tersebut sebagai tanda kenangan. Diharap, program sebegini dapat dijalankan lagi oleh KRIM demi melahirkan remaja yang berkualiti untuk pembangunan umat pada masa hadapan.

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINI

10

KARNIVAL FUTSAL REMAJA

KRIM PENANG 2008 SEBERANG JAYA, 21 Jun 2008 SEBERANG JAYA, 21 Jun 2008 SEBERANG JAYA, 21 Jun 2008 SEBERANG JAYA, 21 Jun 2008 - Karnival Futsal Remaja 2008 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 21 Jun 2008 baru-baru ini di Safira Sports Club, Seberang Jaya. Karnival yang buat pertama kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Kelab Re-maja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Kepala Batas. Majlis perasmian yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah disem-purnakan oleh Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar, Mudir Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL). Sebanyak 18 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang telah menyertai karnival ini. Antara pasukan-pasukan yang menyertai karnival ini ialah SMART FC, Pokok Sena FC, Pesona FC, Ma’sar, SMK Permatang Tok Jaya, SMK Dato’ Lela Pahlawan, KRIM Kedah dan Teenagers FC. Antara objektif penganjuran ialah memperkenalkan KRIM kepada masyarakat Pulau Pinang terutamanya para remaja. Dalam masa yang sama karnival ini juga menjadi satu wadah para remaja Islam berkumpul dan berke-nal-kenalan sambil bermain futsal. Karnival yang berakhir pada pukul 3.00 petang ini telah dijuarai oleh pasukan Pokok Sena FC yang menewas-kan Pesona FC dengan keputusan 5-3. Sementara tempat ketiga menjadi milik SMK Permatang Tok Jaya. Johan pada kali ini menerima wang tunai RM100 dan pingat. Manakala naib johan menerima wang tunai RM70 serta pingat dan tempat ketiga menerima wang tunai RM50 serta pingat. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah KRIM Kepala Batas iaitu Saudara Budiyanto b Unggun.

3

BBBB ulan Ramadan sekali lagi bakal tiba kepada kita dengan penuh keberkatan, rahmat, keam-punan dan ganjaran menuju balasan baik dan keredhaan Tuhan yang menciptakan kita. Di dalam bulan ini diwajibkan berpuasa sejak Tahun 2 Hijrah. Ramadan adalah bulan puasa yang merupakan tanda ketaqwaan dan perisai bagi kaum yang beriman. Ia adalah bulan Al-Quran

yang merupakan kalam Allah swt yang menerangkan kepada manusia erti petunjuk dan dengannya dibezakan di antara kebenaran dengan kebatilan. Di dalam bulan Ramadan, dilipatgandakan pahala setiap amalan kita, diringankan jiwa dan anggota kita untuk beribadat kepadaNya. Kesemua ini adalah ke arah menjadikan kita insan bertaqwa, mengerjakan apa yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dila-rangNya. Firman Allah swt. bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti-mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa” (surah Al-Baqarah). Dari Salman Al-Farisi r.a. berkata, “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya : Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan dirinya kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan amalan sunat maka pahalanya seperti mengerjakan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ramadan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah Syurga. Ramadan adalah bulan muwasaah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu. Para Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa”. Rasulullah saw menjawab, “Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseo-rang yang berpuasa (walaupun) dengan sebiji buah kurma, secawan air kosong atau seteguk susu. Se-sungguhnya Ramadan adalah bulan di mana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadan 4 perkara. Dua perkara darinya menye-babkan Tuhanmu redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunan dariNya. Dua perkara yang kamu sangat memer-lukannya ialah kamu memohon Syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka” (hadis riwayat Ibnu Khazimah). Oleh itu bagi orang-orang yang beriman, bulan Ramadan mempunyai pengajaran, pengalaman, keserono-kan, suasana dan kenangannya yang tersendiri menguatkan jiwa-jiwa dan menghiasi hati-hati yang benar-benar ikhlas beribadat dan mengharapkan ganjaran dariNya semata-mata. Sebaiknya kita membuat persediaan di bulan Syaaban seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Ini adalah supaya seseorang tidak memasuki bulan Ramadan dalam keadaan sulit. Sekiranya dia telah membiasakan dirinya berpuasa dalam sebahagian bulan Syaaban, maka dia lebih bersedia berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadan. Sekiranya dia membiasakan diri membaca Al-Quran di bulan Syaaban, maka lebih mudah dia mengkhatamnya di bulan Ramadan. Hadis dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami hendak berkata Baginda tidak berbuka dan Baginda berbuka sehingga kami berkata Baginda tidak berpuasa. Aku tidak melihat Raslullah saw menyempurnakan puasanya dalam satu bulan melainkan dalam bulan Ramadan. Aku tidak melihat banyaknya Baginda berpuasa melainkan dalam bulan Syaaban” (hadis riwayat Al-Bukhari). Ayuh kita contohilah pula doa yang dibaca oleh Rasulullah saw, “Ya Allah, berkatilah untuk kami bulan Rejab dan Syaaban. Berkatilah untuk kami bulan Ramadan”. Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Ya Allah, terimalah amal ibadah kami di bulan Ramadhan.

Persediaan Ramadhan

RRRR ahsia kedua yang ingin KRIM kongsi-kan bersama para pelajar bagi slot kali ini adalah PERCAYA ataupun “BELIEVE”. Pelajar cemerlang sentiasa

percaya bahawa mereka boleh cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka untuk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya. Jika kita sendiri tidak yakin bahawa kita boleh berjaya, masakan orang lain dapat membantu kita untuk berjaya. Pernahkah para pelajar mendengar akan satu hadis mengenai pembukaan Kota Constantinople? Hadis ini diriwayatkan ketika contoh manusia cemerlang iaitu baginda Rasulullah (S.A.W.) dan para sahabat sedang menggali parit ketika peperangan Khandak. Dalam keadaan yang getir dan memenatkan itu, Rasulullah (S.A.W.) bersabda,

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaikdibuka. Sebaikdibuka. Sebaikdibuka. Sebaik----baik ketua adalah ketuanya, dan baik ketua adalah ketuanya, dan baik ketua adalah ketuanya, dan baik ketua adalah ketuanya, dan sebaiksebaiksebaiksebaik----baik tentera adalah tenteranya”baik tentera adalah tenteranya”baik tentera adalah tenteranya”baik tentera adalah tenteranya” (Hadis (Hadis (Hadis (Hadis

Riwayat Ahmad, AlRiwayat Ahmad, AlRiwayat Ahmad, AlRiwayat Ahmad, Al----Hakim dan Bukhari dalam kitab Hakim dan Bukhari dalam kitab Hakim dan Bukhari dalam kitab Hakim dan Bukhari dalam kitab Tarikh as Saghir)Tarikh as Saghir)Tarikh as Saghir)Tarikh as Saghir)

Bertitik tolak dari saat itu, para sahabat dan umat Islam seluruhnya yakin dan percaya bahawa suatu hari akan tetap dibuka Kota Constantinople yang pada ketika itu dalam jajahan takluk Rom. Asas kepercayaan dan yakin bahawa umat islam mampu melakukannya telah membuahkan beberapa siri cubaan untuk membuka kota ini sejak dari zaman sahabat, zaman Khulafa’ Ar Rasyidin dan akhirnya zaman Sultan Muhammad Al Fatih. ERA SAHABAT (R.A.)ERA SAHABAT (R.A.)ERA SAHABAT (R.A.)ERA SAHABAT (R.A.) Bertitik tolak dari hadis ini, Abu Ayub AlAbu Ayub AlAbu Ayub AlAbu Ayub Al----Ansari (r.a.)Ansari (r.a.)Ansari (r.a.)Ansari (r.a.) bersama barisan tentera Muslimin telah diutuskan oleh Muawiyah (r.a.)Muawiyah (r.a.)Muawiyah (r.a.)Muawiyah (r.a.) untuk bergerak menuju ke medan perjuangan dalam usaha merealisasikan kata nabi ini. Taqdir Allah mengatasi tadbir manu-sia, kemenangan ekspidisi itu ditangguhkan oleh-Nya dan akibatnya, Abu Ayub telah menemui sya-hid dalam peperangan tersebut. Era Khalifah Selepas Sahabat (r.a.)Era Khalifah Selepas Sahabat (r.a.)Era Khalifah Selepas Sahabat (r.a.)Era Khalifah Selepas Sahabat (r.a.) Kegagalan “generasi terbaik” (era sahabat) tidak mematikan semangat juang muslimin. Sebaliknya, perjuangan diteruskan oleh khalifah-khalifah se-terusnya, termasuklah bapa kepada Sultan Mu-Sultan Mu-Sultan Mu-Sultan Mu-

hammad Alhammad Alhammad Alhammad Al----Fatih, Sultan Murad IIFatih, Sultan Murad IIFatih, Sultan Murad IIFatih, Sultan Murad II. Namun, kese-muanya masih menemui kegagalan kerana masih belum menepati ciri-ciri sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi syarat kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Nabi (s.a.w.). ERA ALERA ALERA ALERA AL----FATIHFATIHFATIHFATIH Pada usia semuda 19 tahun, AlAlAlAl----FatihFatihFatihFatih telah diberi mandat untuk memimpin kerajaan Islam Uthmani-yah. Semenjak usia kanak-kanak lagi, beliau telah dididik oleh Sheikh Ismail AlSheikh Ismail AlSheikh Ismail AlSheikh Ismail Al----KuraniKuraniKuraniKurani yang mengajar-kannya Al-Quran, Hadis, tauhid dan pelbagai ca-bang ilmu syariah telah melayakkan beliau menjadi pemimpin yang adil dan berakhlak mulia. Selain Sheikh Ismail, beliau turut ditarbiyah oleh seorang yang alim bernama Sheikh Ak Semsettin.Sheikh Ak Semsettin.Sheikh Ak Semsettin.Sheikh Ak Semsettin. Beliau bukan sekadar mengajar cabang-cabang ilmu syariah, sebaliknya Al-Fatih turut diajar men-genali ilmu-ilmu sunnatullah seperti matematik, ilmu peperangan dan lain-lain. Sheikh Semsettin bukan sahaja bertindak sebagai gurunya di kala muda, malah dalam setiap keputusan dalam pe-merintahan juga akan dirujuk kepada Sheikh Sem-settin dalam memastikan setiap keputusan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Beginilah telitinya Al-Fatih dalam menjaga hukum Allah. Constantinople tetap menjadi idaman Al-Fatih. Bukan nama dan kemasyhuran yang dikejar, tetapi perjuangan demi mengejar gelaran dari Nabi (s.a.w.) sebagai sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi matlamatnya. Oleh itu, beliau telah menyiapkan sepasukan mujahid seramai 250 000 orang demi merealisasikan tujuan ini. Para mujahid ini bukan sekadar dilatih dan dilengkapkan dengan

Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang”Rahsia 2: PERCAYA

4

Epilog

A ku sudah terbiasa dengan sinar mentari yang menyinari kehidupanku. Telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu.. Aku berjaya melenyapkan bayangan gelap itu walau dengan seribu kepayahan. Namun tiba-tiba mendung berarak kembali. Rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk

rebah ke bumi. Tidak!!! Aku belum puas merasai sinar itu. Aku belum bersedia untuk menerima ke-hadiran hujan lebat ini. Kenapa aku harus lalui semua ini?? Kenapa?? “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan: “kami telah beri-man”, & mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”(Al-Ankabut:2-3) Mungkin sinar yang terlalu cerah telah membuatkan aku alpa. Alpa tentang adanya kehadiran hujan. Masihku ingat lagi saat aku mendongak dan melihat sinar cerah mula menyelubungi hidupku. Aku bagaikan tidak percaya. Air mata tidak henti-henti mengalir mensyukuri nikmat ini. Namun pada haki-katnya aku tidak mahu mengajar diriku terlalu gembira. Aku takut. Takut sinar ini hanya sementara dan mungkin hujan yang turun selepas ini lebih dahsyat. Aku takut akan kenyataan itu. “..Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian..” (Al-Anbiya’:35) “Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.” (Al-Imran:139) Semua ini membuatkan aku begitu berhati-hati pada setiap langkahku. Itulah yang membataskan setiap pergerakanku. Namun, aku hanya insan biasa. Apabila terlalu lama dilimpahi sinar kecerahan aku terlupa pada kegelapan. Aku lupa pada mendung-mendung kelabu. Apa yang sering menjadi persoalan di benakku. Kenapa aku yang harus mengharunginya?? Kenapa aku?? Bukan insan lain. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah: 286) Kini, saatnya telah tiba. Payung perlu segera disediakan. Aku dapat merasakan telahanku sebelum ini benar. Ya. Hujan lebat bakal melanda. Hujan yang akan mencetuskan badai di hatiku. Bagaimana harus kuhadapinya?? “Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” (Ali-Imran: 200) “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45) Ya Allah bantulah hambaMu ini menghadapinya. Ampunilah diriku kerana terleka. Hanya padaMu kuletakkan segunung pengharapan. “..Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal..” (At-Taubah:129) Kini aku cuma mampu menanti dan mengharap kemunculan pelangi seusai hujan yang lebat ini. Pelangi yang INDAH..

9

MENDUNG BERARAK KEMBALI

Nasihat Ulama’

SSSS uatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertamaSyarat pertamaSyarat pertamaSyarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan reze-kinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? " "Yang keduaYang keduaYang keduaYang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? " "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketigasyarat yang ketigasyarat yang ketigasyarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempatsyarat yang keempatsyarat yang keempatsyarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelimaapa syarat yang kelimaapa syarat yang kelimaapa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah Datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

8

Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Rahsia 2: PERCAYA

5

senjata bersifat zahiriah, mereka juga turut dididik dengan taqwa untuk memenuhi kriteria yangdin-yatakan oleh Rasulullah (s.a.w.). Saban hari Al-Fatih bermunajat pada Allah (s.w.t.) mengharapkan bantuan dari-Nya. Namun ikhtiarnya tidak terhenti sekadar munajat, bahkan beliau sendiri pernah menyusup masuk ke dalam kota Constantinople secara rahsia, demi mengkaji se-cara dekat akan kekuatan kubu dan juga untuk memahami struktur sosial masyarakat Constantin-ople yang diperintah oleh Raja Byzantine. Usaha sebeginilah yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana khalifah sebelumnya yang mungkin mejadi asbab kepada kegagalan, akibat gagal men-getahui kekuatan musuh. Setelah merasa yakin dengan persediaan para tenteranya, dari segi keimanan dan kelengkapan, pada 6 April 1453M6 April 1453M6 April 1453M6 April 1453M beliau memulakan serangan selepas rundingan bersama Raja Byzantine Raja Byzantine Raja Byzantine Raja Byzantine agar diserahkan kota itu secara damai ditolak mentah-mentah oleh pihak Byzantine. Peperangan berlanju-tan selama 54 hari, namun kejayaan masih belum dicapai. Pada subuh, 29 Mei 1453Msubuh, 29 Mei 1453Msubuh, 29 Mei 1453Msubuh, 29 Mei 1453M, semangat para mujahid telah ditingkatkan dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi (s.a.w.) berkaitan den-gan jihad. Mereka diingatkan agar mengikhlaskan niat. Akhirnya dengan lafaz, “Bergeraklah dengan keberkatan dari Allah,” Syeikh Semsettin melepas-kan para mujahid untuk serangan “all out”. Dengan izin Allah, maka pada hari tersebut, dibukalah kota Constantinople, dibuka dari kezaliman Byzantine, dibuka dari jahiliyah kepada keadilan Islam. Masyarakat yang majoritinya terdiri dari orang-orang Kristian dilayan dengan saksama seperti yang diajar oleh Nabi (s.a.w.). Nama Constantinople turut ditu-kar kepada IslambolIslambolIslambolIslambol yang membawa maksud Ban-dar Islam.

Begitulah beberapa rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah umat islam yang membuahkan satu dasar kefahaman bahawa andai sekiranya yakin dan percaya pada diri dan janji Allah dan Rasul, nescaya ianya akan membuahkan hasil. Hanya masa yang menentukannya. Thomas Alva Edison gagal lebih 10,000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resepi ayam goreng KFC. Adik-beradik Wright pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan daripada masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yang ada pada mereka yang telah berjaya ini? Mereka percaya bahawa walau apa sekalipun cabaran dan halangan, kejayaan pasti akan men-jelma satu hari nanti. Mereka percaya, benar-banar yakin tanpa sedikit pun rasa ragu. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupun terpaksa berhadapan dan melakukannya ribuan kali. Sebabnya ialah mereka PERCAYA. Anda juga perlu percaya bahawa anda mampu lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri dan yang paling penting untuk umat islam ini, keluarga, masyarakat dan negara. Akhirnya, ingatlah tanpa anda yang merubah apa yang ada pada diri anda, tiada siapa yang dapat membantu anda untuk melakukannya. Percayalah! Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: “Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan ham-“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan ham-“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan ham-“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan ham-baKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia baKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia baKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia baKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada dalam suatu kaum yang lebih baik daripada dalam suatu kaum yang lebih baik daripada dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. jarak sehasta. jarak sehasta. jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, Apabila dia mendekatiKu sehasta, Apabila dia mendekatiKu sehasta, Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak maka Aku akan mendekatinya dengan jarak maka Aku akan mendekatinya dengan jarak maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” datang kepadanya dalam keadaan berlari.” datang kepadanya dalam keadaan berlari.” datang kepadanya dalam keadaan berlari.” (Al(Al(Al(Al----Hadis)Hadis)Hadis)Hadis)

Dipetik dari blog www.krimterengganu.wordpress.com

Az Az Az Az ---- Zalzalah Zalzalah Zalzalah Zalzalah

[1][1][1][1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang se-

dahsyat-dahsyatnya,

[2][2][2][2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

[3][3][3][3]

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

[4][4][4][4]

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

[5][5][5][5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku

demikian).

[6][6][6][6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka

(balasan) amal-amal mereka.

[7][7][7][7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya

akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8][8][8][8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya

akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Epilog KehidupanEpilog KehidupanEpilog KehidupanEpilog Kehidupan

kerinduan pada suatu yang hakiki

mengheret diri

mencari yang pasti

untuk dinobatkan di hati

yang telah lama ditumbuhi

mazmumah dan karat-karat jahili

lantaran akal diinjak nafsu sendiri

gamitan peristiwa semalam

menghiris pilu yang terhiris

meniup sumbu pelita iman

lalu terpadamlah cahayanya

di tengah lautan manusia

yang hanyut dalam mengejar duniawi

dan akhirnya jatuh tersungkur

di persada sebuah epilog kehidupan

hidayah menyapa

bersama hembusan similir

lembut mengetuk pintu hati

yang kian lama dikunci

ku cuba nyalakan kembali

sumbu pelita yang telah terpadam

walau nyalaannya masih berjelaga

agar dapat ku hayati

keindahan sabda pesuruh Mu

gemersik merdu kalam Mu

di celah rekahan jemari

di hujung zikir dan ayat suci

air mata keinsafan mengalir sepi

rebah dalam keagungan malam

mengharap keampunan

dari Rabbul Izzati

sebelum jasad

terbujur kaku

hasil nukilan

~ sahabat seislammu ~