kk surat menyurat

12
Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit. Guru Besar, Ruj: Tuan : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(01) SK Ulu Bawan Kanowit, Ruj: Kami : SKUB/04/UB/2014 (01) 97600 Kanowit. Tarikh : 3 Januari 2014 Melalui : Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tuan, Permohonan Menubuh Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan Kanowit. Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Ninie Ak Mancha (Tahun 5) Berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah mulai 22 Januari 2014. 3. Bersama-sama ini disertakan: 3.1 Draf Perlembagaan 3.2 Draf Aktiviti Asas 3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja 4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas. ( ...............................................) Ninie Ak Mancha, Setiausaha, b.p Jawatankuasa Penaja Persatuan Bulan Sabit Merah SK. Ulu Bawan Kanowit. s.k 1. Penolong Kanan Kokurikulum. 2.Fail Penyelaras No.Telefon : 084 – 752159 No.Fax : 084 – 753026 e-mail : [email protected]

Upload: cik-winda

Post on 28-Jan-2018

469 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Guru Besar, Ruj: Tuan : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(01)SK Ulu Bawan Kanowit, Ruj: Kami : SKUB/04/UB/2014 (01)97600 Kanowit. Tarikh : 3 Januari 2014

Melalui :Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja,Persatuan Bulan Sabit Merah,

Tuan,

Permohonan Menubuh Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan Kanowit.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Ninie Ak Mancha (Tahun 5)Berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah mulai 22 Januari 2014.

3. Bersama-sama ini disertakan:3.1 Draf Perlembagaan3.2 Draf Aktiviti Asas3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas.

( ...............................................) Ninie Ak Mancha, Setiausaha, b.p Jawatankuasa Penaja Persatuan Bulan Sabit Merah SK. Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Penolong Kanan Kokurikulum.2.Fail Penyelaras

No.Telefon : 084 – 752159No.Fax : 084 – 753026e-mail : [email protected]

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Ninie Ak Mancha Ruj: Tuan : SKUB/04/UB/2014 (01) Setiausaha Jawatankuasa Persatuan Ruj: Kami : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(01)Bulan Sabit Merah, Sekolah Ulu Bawan. Tarikh : 20 Januari 2014

Melalui :Guru Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan Ulu Bawan.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah- SK. Ulu Bawan.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan SKUB/04/UB/2014 (01) bertarikh 3 Januari 2014.

2. Merujuk surat tuan SKUB/04/UB/2014 (01) bertarikh 3 Januari 2014 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah SK Ulu Bawan adalah diluluskan berkuatkuasa 21 Januari 2014.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Ulu Bawan sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................( PETER TINGOM ) Guru Besar, SK. Ulu Bawan Kanowit.

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Guru Besar, Ruj; Tuan : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(02)SK. Ulu Bawan Kanowit Ruj: Kami : SKUB/04/UB/2014 (02) Kanowit. Tarikh : 23 Januari 2014

Melalui:Guru Penyelaras Persatuan Bulan Sabit MerahSekolah Kebangsaan Ulu Bawan.

Tuan,Permohonan Pengesahan Pertubuhan Dan Pendaftaran Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan Kanowit.

Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas berasaskan surat tuan JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(01).

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan telah diadakan pada 22 Januari 2014 di Bilik Makmal Komputer SK. Ulu Bawan. Mesyuarat ini telah memutuskan dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai aktiviti Utama dan senarai ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangasan Ulu Bawan dengan penuh harapan memohon tuan mengesahkan penubuhan Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Pakaian Seragam dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berdasarkan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Pertundangan(A): P.U(A)196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini adalah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

( ........................................)Ninie Ak Mancha, Setiausaha, b.p Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah.

S.k Penolong Kanan Kokurikulum.

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Guru Besar, Ruj: Tuan : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(01)SK Ulu Bawan Kanowit, Ruj: Kami :SKUB/04/UB/2014 (1)Kanowit. Tarikh : 22 Januari 2014.

Tuan,

Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya perkara tersebut di atas.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Ninie Ak Mancha (Tahun 5) berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Persatuan Bulan Sabit Merah mulai 22 Januari 2014.

3. Bersama-sama ini di sertakan keputusan mesyuarat Jawatankuasa mengenai jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

1) Kutipan setiap kali perjumpaan = RM 0.50 ( 18 kali perjumpaan)2) Kutipan pembelian T-Shirt PBSM = RM19

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”

Saya yang menjalankan tugas,

.......................................(Ninie Ak Mancha) Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah SK. Ulu Bawan

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Fail PBSM 3. Guru Pemimpin

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Ninie Ak Mancha Ruj: Tuan : SKUB/04/UB/2014 (1)Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah Ruj: Kami : JPS(W)/SKUB/(Upk)/153/05/04/12 (1 )SK Ulu Bawan, Kanowit Tarikh : 23 Januari 2014

Tuan,

Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Persatuan Bulan Sabit Merah , SK. Ulu Bawan.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berdasarkan surat tuan SKUB/04/UB/2014 (1)bertarikh 22 Januari 2014.

2. Merujuk surat tuan SKUB/04/UB/2014 (1) bertarikh 22 Januari 2014 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1996 sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma keahlian bagi Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 23 Januari 2014.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas tuan dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

....................................( PETER TINGOM ) Guru Besar, SK. Ulu Bawan Kanowit. s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan,

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Ninie Ak Mancha, Ruj: Tuan : SKUB/04/P/2014(02)Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Ruj: Kami : JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(02)Merah SK Ulu Bawan Kanowit Tarikh : 24 Januari 2014

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki berdasaskan surat tuan JPS (W)/SKUB(UPK)153/05/04/14(02) bertarikh 23 Januari 2014.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 12, Perundangan (A) : P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Bulan Sabit Merah. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................( PETER TINGOM ) Guru Besar, SK Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan,

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

.................................... Ruj: Tuan : .........................................................

.................................... Ruj: Kami: JPS(W)/SKUB/(Upk)/153/05/04/12 ( )

.................................... Tarikh :

Melalui dan salinan:Guru Penyelaras,..................................

Saudara/Saudari,

Surat Penurunan Kuasa Kepada Jawatankuasa Persatuan.

Berhubung perkara tersebut di atas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11 Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, saudara/saudari telah dilantik sebagai ..................................... Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan berkuatkuasa mulai ........................................................

2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan yang perlu dilaksanakan oleh saudara/saudari.

3. Semoga dengan pelantikan ini saudara/saudari dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi bidang kokurikulum sekolah kita.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................( PETER TINGOM ) Guru Besar, SK Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum2. Fail Penyelaras ................................3. Fail Guru Penasihat.

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit,

Jalan Acces, 97600 Kanowit.

..................................... Ruj: Tuan :.........................................................

..................................... Ruj: Kami: JPS(W)/SKUB/(Upk)/153/05/04/12 ( )

..................................... Tarikh :

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat / Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan.

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 sepert termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan Kanowit mulai ............................

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3. Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi kokurikulum sekolah kita.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

............................................

( PETER TINGOM)

Guru Besar, SK Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Guru Penolong Kanan kokurikulum2. Fail Peribadi3. Fail Penyelaras

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces,

97600 Kanowit.

Guru Besar, Ruj: Tuan : ........................................................SK Ulu Bawan Kanowit, Ruj: Kami : ........................................................Kanowit. Tarikh :

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan ..................................................................... bertarikh ............................................................yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan berkuatkuasa mulai ............................................................

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh di kenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

..........................................

( ........................................)

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit,

Jalan Acces, 97600 Kanowit.

............................................. Ruj: Tuan : ..........................................................

............................................. Ruj: Kami :JPS(W)/SKUB/(Upk)/153/05/04/12 ( )

............................................. Tarikh : .........................................................

Tuan,

Ketidakhadiran Semasa Perjumpaan Kegiatan Kokurikulum Sekolah.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan ,...............................................................pelajar/murid tahun ................. SK Ulu Bawan Kanowit, telah tidak hadir semasa latihan/perjumpaan pada sperti tarikh-tarikh berikut:

Hari : Rabu Tarikh : ................................ Masa : 3.30 - 4.30 ptg

2. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk mempastikan bahawa ketidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah, Puan Nur Zawanah binti Zulkiflee. untuk mendapat makluman selanjutnya.

3. Semoga tuan dapat memberi sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

...............................

( PETER TINGOM )

Guru Besar, SK Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum2. Fail Penyelaras/Penasihat

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan,

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, Jalan Acces, 97600 Kanowit.

.............................................. Ruj; Tuan : ..........................................................

.............................................. Ruj: Kami: JPS(W)/SKUB/(Upk)/153/05/04/12 ( )

.............................................. Tarikh :

Tuan,

Penerimaan Sebagai Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, SK Ulu Bawan.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan............................................... murid Tahun ...................... telah diterima menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah SK Ulu Bawan dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada hari Rabu, jam 3.30 - 4.30 petang.

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah memutuskan kutipan derma sebanyak RM 29.00 setahun. ( Ruj: .................................................................)bertarikh ................................................ Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari sama ada pembayaran mengikut mingguan bagi setiap perjumpaan ( RM 0.50) sebanyak 18 kali perjumpaan bermula dari bulan Januari 2014 dan pembayaran bagi pembelian T-Shirt PBSM sebanyak RM20.00.

3. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

......................................

( PETER TINGOM ) Guru Besar, SK Ulu Bawan Kanowit.

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum2. Fail Penyelaras 3. Fail Penasihat

Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit,

Jalan Acces, 97600 Kanowit.

Untuk Rujukan dan makluman

Nombor Fail Penyelaras Kokurikulum

02- Kelab Dan Persatuan SukanFail Penolong Kanan KokurikulumJPS (W)/SKUB/(UPK)/153/05/02/12 ( .....)

Fail Guru PenyelarasSKUB/02/P/2012 (.......)

03- Kelab Dan Persatuan Fail Penolong Kanan KokurikulumJPS (W)/SKUB/(UPK)/153/05/03/15 ( .....)

Fail Guru PenyelarasSKUB/03/P/2012 (.......)

04- Unit Badan Beruniform Fail Penolong Kanan KokurikulumJPS (W)/SKUB/(UPK)/153/05/04/12 ( .....)

Fail Guru PenyelarasSKUB/04/P/2012 (.......)