kisah singa dan arnab

2
KISAH SINGA DAN ARNAB Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa. Singa :"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan.." Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa: “ ish.. sudah lama aku berjalan ni, ke mana perginya semua haiwan dalam hutan ini ha..?” Dalam keadaan yang hampa, Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Sedang singa berehat, muncul dua ekor katak. Katak 1:Wahai sang singa. Kenapa engkau kelihatan lemah...saja hari ini? Engkaukan tangkas dan kuat.... Tiada haiwan lain yang kuat seperti mu.... Katak 2: Betul...betul....betul... Engkaulah binatang yang paling kuat dalam hutan ini. Engkau digeruni dan dihormati... tapi sekarang ke mana menghilang taringmu...heheheh.... Singa: Aku kelaparan dan tidak bermaya... aku belum dapat apa-apa makanan lagi.. jgan berani ganggu aku...aumm..... Tiba-tiba ia ternampak sekeluarga arnab keluar dari lubangnya. Singa memerhatikan keluarga arnab itu dari jauh. Arnab 1: “Wahh... nyamannya udara hari ini..Boleh lah kita pergi bersiar-siar dlm hutan ini.” Arnab 2: “setuju setuju!! Perut sy pun dh lapar ni. Jom kita pergi ke kebun di hujung hutan ni..” Ayah Arnab: Tidak perlulah kamu semua pergi jauh-jauh...makan saja apa yang ada di sini... Ibu Arnab: Betul cakap ayah tu... makanan di sini pun segar... lagi pula ayah tidak sihat... Arnab 1&2: Tak apa ayah, tak apa ibu... pandailah kami menjaga diri..

Upload: rais-wahab

Post on 26-Jul-2015

624 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

dialog sesuai untuk pementasan drama kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Singa Dan Arnab

KISAH SINGA DAN ARNAB

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa.

Singa :"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan.."

Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan.

Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya.

Singa: “ ish.. sudah lama aku berjalan ni, ke mana perginya semua haiwan dalam hutan ini ha..?”

Dalam keadaan yang hampa, Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Sedang singa berehat, muncul dua ekor katak.

Katak 1:Wahai sang singa. Kenapa engkau kelihatan lemah...saja hari ini? Engkaukan tangkas dan kuat.... Tiada haiwan lain yang kuat seperti mu....

Katak 2: Betul...betul....betul... Engkaulah binatang yang paling kuat dalam hutan ini. Engkau digeruni dan dihormati... tapi sekarang ke mana menghilang taringmu...heheheh....

Singa: Aku kelaparan dan tidak bermaya... aku belum dapat apa-apa makanan lagi.. jgan berani ganggu aku...aumm.....

Tiba-tiba ia ternampak sekeluarga arnab keluar dari lubangnya. Singa memerhatikan keluarga arnab itu dari jauh.

Arnab 1: “Wahh... nyamannya udara hari ini..Boleh lah kita pergi bersiar-siar dlm hutan ini.”

Arnab 2: “setuju setuju!! Perut sy pun dh lapar ni. Jom kita pergi ke kebun di hujung hutan ni..”

Ayah Arnab: Tidak perlulah kamu semua pergi jauh-jauh...makan saja apa yang ada di sini...

Ibu Arnab: Betul cakap ayah tu... makanan di sini pun segar... lagi pula ayah tidak sihat...

Arnab 1&2: Tak apa ayah, tak apa ibu... pandailah kami menjaga diri..

Page 2: Kisah Singa Dan Arnab

Tanpa menghiraukan cakap kedua ibubapa mereka, anak-anak arnab melompat jua ke arah kebun di hujung hutan....

Sang Singa tersenyum..... diam-diam Singa menghampiri arnab-arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh mereka. Singa terus menerkam dan menangkap seekor arnab itu.

Arnab 1 : "Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!”

Singa : "Kamu akan menjadi hidangan aku hari ini,hahahaha...." (sambil tertawa).

Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu.

Rusa: “ Lalalala.... dah jauh aku berjalan ni..Lebih baik aku pulang ke rumah dengan segara. Tentu anak-anak aku sedang menunggu..”

Ibu rusa itu terus berjalan tanpa menyedari Singa dan Arnab berada di situ.

Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.

Arnab 1: "Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar.

Arnab 2: Jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya."

Singa terdiam mendengar kata-kata arnab.

Singa : "Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab. Lagipun isi rusa itu lebih banyak daripada isi engkau."

Arnab 1: “Kalau begitu, cepat lah tuan tangkap rusa itu..nanti terlepas pula..”

Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa.

Singa: “Oi rusa! Kau nak kemana? Jangan lari..!!!”

Apabila ternampak singa, rusa terus menendang dan melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa cuba mengejar rusa itu tetapi ia lari dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Badannya sakit akibat ditendang dan perutnya juga terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana

Page 3: Kisah Singa Dan Arnab

melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan. Tinggallah dia kelaparan sepanjang hari itu.

*Moral: Orang tamak selalu rugi