kisah semut dan belalang

2
Kisah Semut dan Belalang Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk nanti”, kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi, semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. Semut-semut itu bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. Pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang- belalang itu menegur semut-semut yang sedang bekerja. “Apakah yang sedang kamu lakukan?”. “Kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti”, jawab semut. “Musim sejuk? Sekarang masih musim panas. Kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami”, kata belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut-semut. Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. “Tolong berikan kami makanan. Kami kelaparan dan kesejukan”, rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka masuk. “Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu”, kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.

Upload: nur-najiah-ibrahim

Post on 24-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kisah teladan

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Semut Dan Belalang

Kisah Semut dan Belalang

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat.

Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu

bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang

musim sejuk nanti”, kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan

tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk

yang lalu. Keesokan pagi, semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang

ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut

betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. Semut-semut itu

bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke

petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan

yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka.

Pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka

terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang

sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur

semut-semut yang sedang bekerja. “Apakah yang sedang kamu lakukan?”. “Kami

sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti”, jawab semut.

“Musim sejuk? Sekarang masih musim panas. Kenapa perlu bersusah untuk mengumpul

makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-

mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami”, kata

belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut-semut.

Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut

itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari

makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. “Tolong berikan kami makanan. Kami

kelaparan dan kesejukan”, rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka

masuk. “Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan ini hasil usaha

kami yang kamu ketawakan dulu”, kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan

yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.