kisah persaudaraan muhajirin dan ansar 2014

Upload: mashitah-shuib

Post on 03-Jun-2018

425 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    1/6

    KISAH PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

    Bismil lahirrahmanirrahim..Asalamu alaikum warahmatulahi wabarakatuh.. .

    Pantun pembuka :

    Melat i kuntum tumbuh m elata,

    Sayang m erbah di pohon cemara.

    As salamualaikum mulanya kata,

    Saya sembah pembuka bicara...

    Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan parahakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan parahadirin yang dihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikansebuah kisah al-Quran iaitu Kisah Persaudaraan Muh aj ir in d an Ans ar.

    Kawan-kawan sekalian,

    Persaudaran merupakan pemberian atau nikmat yang diberikan oleh Allahs.w.t kepada hamaba-Nya yang benar-benar ikhlas dan mempunyai hati yangbersih. Hal ini kerana persaudaraan adalah terbentuk melalui jalinan akidahdalam persaudaraan atau melebihkan saudaranya lebih daripada diri sendiri.Dalam sejarah Islam kisah yang terkenal dalam kalangan para sahabat ialahpersaudaraan Muhajirin dan Ansar selepas peristiwa Hijrah.

    Kawan2 mari kenali siapakah yang dikatakan muhajirin itu:Muhajirin ialah pengikut Rasulullah S.A.W yang berhijrah dari Mekah keMadinah, manakala Ansarpula ialah : Penduduk asal Madinah yang memelukIslam dan membantu perjuangan Rasulullah S.A..W.

    Kawan-kawan sekalian....Setelah mengetahui berita kedatanganRasulullah S.A.W, maka penduduk Madinah bersiap sedia menyambut

    ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut denganpenuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHUAKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan.

    Nasyid :

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    2/6

    Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah danmengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkarautama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar.

    Sepertimana sabda Nabi s.a.w: " Seorang muslim adalah saudarabagi muslim lainnya, t idak menzal iminya, t idak mengecewakannyadan t idak merosak (nama baiknya) ...Hadis Riwayat Muslim

    Begitulah dengan kita hari ini, apabila ingin mendapat kejayaan dalamsesuatu perkara. Kita perlulah berubah menjadi lebih baik sepertimanapengertian hijrah itu sendiri bermaksud berubah dari buruk kepada yanglebih baik. Contohnya peperiksaan UPSR yang akan tiba ini, kitaseharusnya berusaha ke arah yang lebih baik iaitu daripada malaskepada rajin, daripada murid yang nakal menjadi lebih berdisiplin dandaripada anak yang tidak mendengar kata kepada anak yang taat adaperintah agama dan ibubapa kita sendiri.

    Kawan-kawanku sekalian,

    Antara sebab-sebab mengapa Rasulullah S.A.W mempersaudarakankaum Muhajirin dan Ansar ini ialah supaya agama Islam dapatdisebarkan dengan lebih meluas lagi. Disamping untuk menyatupadukan masyarakat Islam tanpa mengira penduduk asal atau

    pendatang. Dalam masa yang sama ia juga boleh menghilangkan rasapilu dan hiba orang Muhajirin kerana meninggalkan kampung halamanmereka.

    Kawan-kawan dengar ni ye la

    Nasyid :

    Satu Muharam detik permulaan

    Perkiraan tahun Islam hijrahPerpindahan Nabi dan umat IslamDari kota Mekah ke kota Madinah

    Atas keyakinan dan iman yang teguhKaum Muhajirin dan Ansar bersatuRela berkorban harta dan nyawaDemi menegakkan Islam tercinta

    Hijrah itu pengorbanan ..Hijrah itu perjuangan ..

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    3/6

    Hijrah itu persaudaraan ..Hijrah membentuk perpaduan

    Oleh itu pengorbanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh kaum Ansar

    yang menawarkan rumah, harta bahkan isteri mereka kepada saudaramereka iaitu kaum Mujahirin yang berhijrah dengan sehelai sepinggang.

    Firman Allahs.w.t : Surah al-Hujaarat ayat 10

    Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu

    damaikanlah (perbaiki lah hubung an) antara kedua saudaramu itu

    dan takut lah terhadap Allah, sup aya kamu mend apat rahmat.

    Oleh itu, marilah bersama kita membantu dan menghulurkan

    pertolongan kepada saudara kita di Palestin berdasarkan kemampuan

    yang ada.Inilah masanya dan giliran untuk membantu meringankan beban serta

    penderitaan dihadapi daripada segi kewangan, makanan, pakaian,

    perubatan dan doa supaya mereka lebih tabah, sabar serta diberikan

    kekuatan menghadapi kekejaman rejim zionis Israel yang zalim.

    Umat Islam juga boleh mengambil tindakan memboikot barangan

    Amerika dan sekutunya sebagai tanda sokongan padu kepada warga

    Palestin yang kini berjihad mempertahankan maruah dan tanah airtercinta.

    Kawan-kawan sekalian,

    Sekarang.. mari kita tengok apa strategi yang telah dilakukan oleh

    Rasulullah s.a.w dalam penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar ini. Antara

    strategi Rasulullah s.a.w ialah dengan menjadikan setiap orang Muhajirin

    sebagai saudara angkat kepada orang Ansar. Lantaran tindakan

    Rasulullah itu maka terjalinlah hubungan kasih sayang danpersaudaraan yang utuh.

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    4/6

    Tali persaudaraan yang dibina semaikn mendalam hingga mereka

    menganggap antara satu sama lain sebagai saudara kandung

    menyebabkan kaum Muhajirin tidak merasa asing di negara orang.

    Firman Allah s.w.t :Surah al-Ahzab ayat 6

    Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Berbeza

    keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan soal

    persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali

    antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya

    melakukan hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain

    kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap

    beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman.

    Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan

    tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya

    wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

    Kawan-kawan sekalian,

    Pengorbanan yang ditunjukkan oleh kaum Ansar ini dapat dilihat dalam

    sebuah riwayat yang menceritakan tentang seorang lelaki yang datang

    menemui Rasullah s.a.w dalam keadaan lapar. Kemudian Rasulullah

    s.a.w menemui isteri-isterinya menanyakan masih adakah lagi makanan

    , namun sayang nya mereka memberi jawapan yang hampa dengan

    mengatakan sudah tiada lagi makanan .

    Lalu Rasulullah s.a.w menemui para sahabatnya dan bersabda:

    Apakah tidak ada seorang daripada kamu yang mahu menerima orangini sebagai tetamu pada malam ini? Ketahuilah bahawa orang yangmahu menerima lelaki ini sebagai tamu dan memberi makan malam ini,

    Akan diberi rahmat oleh Allah .

    Maka berdirilah seorang Ansar yang bernama Abu Thalhah r.a lalu

    berkata saya Rasulullah

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    5/6

    Lalu ia pergi menemui isterinya dan berkata, hormatilah tetamuRasulullah ini danberilah ia makanan. Maka isterinya menjawab demi

    Allah tiada lagi makanan kecuali untuk anak-anak kita

    Abu Thalhah r.a berkata: Apabila anak-anak hendak makan malam,tidurkanlah mereka, padamkanlah lampu biarlah kita menahan lapar

    pada malam ini, agar kita dapat menerima tetamu Rasulullah ini.

    Malam itu lampu dipadamkan dan anak anak Abu Thalhah ditidurkanlebih awal. Tetamu yang datang itu makan hingga kenyang dan AbuThalhah yang menemaninya berpura-pura makan bersamanya padahaltidak secuit makanan pun yang masuk ke perutnya.

    Pada malam itu suami isteri dan anak anaknya tidur dalam keadaan

    perut kosong. Hal ini mereka lakukan semata-mata untuk menghormatitetamu Rasulullah s.aw. itu.

    Peristiwa inilah yang menjadikan asbabun nuzul turunnyaayat 9 SuratAl Hasyrini :

    Firman Allah s.w.t :

    Dan orang-orang yang Telah menempat i kota Madinah dan Telah

    beriman (Ansh or) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajir in), mereka

    (Anshor) 'mencintai ' orang yang berhi jrah kepada mereka

    (Muhajir in). dan mereka (Ansho r) tiada menaruh k einginan dalamhat i mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka

    (Muhajir in); dan m ereka mengu tamakan (orang-orang Muhajir in),

    atas dir i m ereka sendir i , sekal ipun m ereka dalam kesusahan. dan

    siapa yang d ipel ihara dari kekikiran dir inya,

    Begitulah kawan-kawan betapa kasihnya sahabat ini serta ahli

    keluarganya sehingga sanggup berlapar demi menghargai tetamu demi

    kasih dan cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. kisah ini boleh

    memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada kita dalam

  • 8/12/2019 Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar 2014

    6/6

    kehidupan seharian kita. Kita hendaklah menghormati dan melayan

    tetamu yang datang ke rumah kita dengan perasaan yang gembira dan

    bermanis wajah supaya tetamu berasa senang apabila berada di rumah

    kita.

    Pantun :

    Batu permata berwarna biru,

    Ditatah berl ian batu bermutu.

    Adab k ami menyambut tetamu,

    Hamparkan t ikar lebarkan p intu. ..

    Inilah contoh teladan persaudaraan tulen tiada tolok bandingnya yang

    terukir dalam sejarah Islam. Jelaslah, bagaimana Islam berjayamemupuk persaudaraan di kalangan kaum Ansar dan Muhajirin

    sehingga mereka saling bekerjasama, duduk sama rendah serta berdiri

    sama tinggi tanpa memandang kepada kelebihan pangkat dan

    keturunan.

    Pantun penutup :

    Bunga seroja di atas para,

    Jatuh dit im pa buah berangan.Andai k ata tersi lap b icara,

    Kemaafan jua saya pohonk an..

    Sekian dahulu cerita saya..saya dahului dengan ucapan Wabillah hi

    taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....