kisah nabi musa as dan kehancuran firaun dan …tafsirmelayu.com/pdf/hud/ayat 96-99 kisah nabi musa...

14
1 KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN TENTERANYA PEMBUKAAN KEPADA MEMAHAMI AYAT-AYAT 96 HINGGA 99. Bagi meneruskan tafsiran Surah Hud ini, ayat-ayat 96 hingga 99 mengakhirkan kisah nabi-nabi, di mana pengikut-pengikut mereka yang ingkar, sesat dan perosak di atas muka bumi ini telah dipupuskan oleh Allah atas kezaliman mereka. Kisah yang terakhir dari siri kisah-kisah kaum nabi yang dipupuskan Allah dalam Surah Hud ini ialah Kisah Nabi Musa as dengan Kaum Firaun di Mesir. Kaum Firaun telah dipupuskan dengan tenggelamnya Ramsis ke 2 (Ramsis II) dalam laut bersama-sama tenteranya selepas mengejar kumpulan Nabi Musa as. Nama Nabi Musa as telah disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an sebanyak 136 kali. Ia menggambarkan betapa pentingnya kisah ini dipelajari dan diambil iktibar oleh umat Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan bahawa Nabi Musa adalah dari keturunan Nabi Ishak as. Nama penuh Nabi Musa ialah Musa bin Imran bin Kahath bin Lawi bin Azir bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim as dan ibunya pula bernama Yukabad binti Qahat. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Setelah meningkat dewasa Nabi Musa telah beristerikan dengan puteri Nabi Syuaib iaitu Shafura. Mengikut Al-Qur’an melalui Surah Taha ayat-ayat 38 hingga 79, kisah Nabi Musa dicatitkan seperti berikut: Nabi Musa as dilahirkan oleh ibunya di saat-saat adanya kempen membunuh bayi Bani Israel yang baru dilahirkan. Pada ketika itu, ahli nujum Firaun telah memberitahu Firaun firasatnya tentang kelahiran seorang Nabi dari keturunan Bani Israel yang akan menjadi musuh dan membinasakannya. Maka dengan firasat itulah, Firaun mengadakan kempen ini. Ibu Musa secara sedar, telah diberi ilham supaya meletakkan bayinya itu ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke dalam Sungai Nil agar terdampar dan dipungut oleh seseorang. Rupa-rupanya ia dipungut oleh isteri Firaun sendiri. Allah tanamkan rasa kasih sayang ke dalam isteri Firaun itu kepada bayi yang dijumpainya, lalu bayi itu diambilnya sebagai anak.

Upload: dokiet

Post on 03-May-2018

229 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

1

KISAH NABI MUSA ASDAN KEHANCURAN FIRAUN DAN TENTERANYA

PEMBUKAAN KEPADA MEMAHAMI AYAT-AYAT 96 HINGGA 99.

Bagi meneruskan tafsiran Surah Hud ini, ayat-ayat 96 hingga 99mengakhirkan kisah nabi-nabi, di mana pengikut-pengikut mereka yangingkar, sesat dan perosak di atas muka bumi ini telah dipupuskan olehAllah atas kezaliman mereka. Kisah yang terakhir dari siri kisah-kisahkaum nabi yang dipupuskan Allah dalam Surah Hud ini ialah Kisah NabiMusa as dengan Kaum Firaun di Mesir. Kaum Firaun telahdipupuskan dengan tenggelamnya Ramsis ke 2 (Ramsis II) dalam lautbersama-sama tenteranya selepas mengejar kumpulan Nabi Musa as.Nama Nabi Musa as telah disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’ansebanyak 136 kali. Ia menggambarkan betapa pentingnya kisah inidipelajari dan diambil iktibar oleh umat Nabi Muhammad saw.

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa adalah dari keturunan Nabi Ishak as.Nama penuh Nabi Musa ialah Musa bin Imran bin Kahath bin Lawi binAzir bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim as dan ibunya pula bernamaYukabad binti Qahat. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Setelahmeningkat dewasa Nabi Musa telah beristerikan dengan puteri NabiSyuaib iaitu Shafura. Mengikut Al-Qur’an melalui Surah Taha ayat-ayat38 hingga 79, kisah Nabi Musa dicatitkan seperti berikut:

Nabi Musa as dilahirkan oleh ibunya di saat-saat adanya kempenmembunuh bayi Bani Israel yang baru dilahirkan. Pada ketika itu, ahlinujum Firaun telah memberitahu Firaun firasatnya tentang kelahiranseorang Nabi dari keturunan Bani Israel yang akan menjadi musuh danmembinasakannya. Maka dengan firasat itulah, Firaun mengadakankempen ini. Ibu Musa secara sedar, telah diberi ilham supayameletakkan bayinya itu ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke dalamSungai Nil agar terdampar dan dipungut oleh seseorang. Rupa-rupanyaia dipungut oleh isteri Firaun sendiri. Allah tanamkan rasa kasih sayangke dalam isteri Firaun itu kepada bayi yang dijumpainya, lalu bayi itudiambilnya sebagai anak.

Page 2: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

2

Firman Allah:

HxM­H‹MÆGñ IáIŠ£R±šO£I… SâGÃMšOZ IäIºM¾ƒHÃM¾G• INâGÃMšOZçI• IäÃI• I­M–O£G• I\ÂH…£R¥šOZçI• IäÃI• I­M–OZ IwG}(39) PçIÀMÃG“ Qéç¾G“ GÚGÀM³H¥IšGy çINÀIN› @äR¤G©G› GßMÃG¾G“ HÍMÃGºMšG} Gy >ôHäRš-yH¬G“Gy çINš-yH¬G“

Mafhumnya:

Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut,maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai,

supaya dipungut oleh musuh Ku dan musuhnya.Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan Kuperasaan kasih sayang orang terhadapmu.

Dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan Ku.(Surah Taha, Ayat 39)

Hidup dan membesarlah Nabi Musa as dalam istana Firaun bersamabakal musuhnya, iaitu Ramsis II. Pembesarannya disusui oleh ibunyasendiri melalui pertolongan Allah.

Firman Allah:

÷ ôHäH¾H¹M¼Gñ ãG› Qéç¾G“ MâH¼SšHcG} MáG„ HuÂHºG¥G• GßH¥M‹H} PçI²M¿G† MdIý> GwG¯M©G† GêGy £GÁHÀMÃG“ R®GºG† MçG˜ GßIN›H} PéçšIý GßQéƒÀM·G‰H®H•

Mafhumnya:

Tatkala saudara perempuan ibunya pergi mencarinya,lalu dia berkata kepada yang memungut itu:

“Mahukah aku tunjukkan pada kamuorang yang boleh menyusu dan memeliharanya?”.

Maka dengan jalan itu Kami telah mengembalikan Musa kepada ibunya,agar tenang dan tenteramlah hatinya dan tidak berdukacita.

(Surah Taha, awal Ayat 40)

Di waktu remajanya, Nabi Musa telah dicatit melakukan satupembunuhan ke atas seseorang yang memihak kepada seterunya danbeliau telah dinasihat supaya meninggalkan istana Firaun. Dia punmelarikan diri ke negeri Madyan dan menetap beberapa tahundikalangan penduduk-penduduk di situ. Setelah itu, Allah punmengangkat beliau menjadi Rasul.

Page 3: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

3

Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41):

> £@œÂH¥H• GßQƒRÀG¥G•Gy INâG MšOZ GãI› GßQéƒÀMÃR GÀG• £@±M¹Gœ GÍM¾G¥G–Gy(40) QçG"ÂH¿Qéƒñ AeG¬G– Qéç¾G“ GÍMËI‰ RâH‡ GãGñM¬G› IáM„G} PçI• GãÃIÀI" GÍM¦I¤G¾G•

(41) çI±M¹GÀIš GßH¥M·GÀGµM'OZ GyMafhumnya:

Dan semasa engkau membunuh seorang lelaki,lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu.

Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kalidari berbagai-bagai cubaan.

Kemudian engkau tinggal dengan selamatnya selama beberapa tahundi dalam kalangan penduduk negeri Madyan.Setelah itu engkau sekarang datang dari sana

pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!. (40)Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi Rasul Ku. (41)

Allah mengarahkan beliau bersama-sama saudaranya Nabi Harun as,menemui dan mendakwahkan Firaun (Ramsis II). Mereka menurutperintah dan pergi menemui Firaun berbekalkan mukjizat kurniaan Allahdan nasihat supaya jangan lupa mengingati Allah. Di bawah arahanAllah, mereka diminta berkata pada Firaun seperti yang dijelaskandalam ayat berikut:

Firman Allah:

GáñIYQP I®M"Iý PçIÀG…£GÀG·G› MáI"MeGÆG• GßIN…Ge GêÂH"Ge£RœIý PéêÂHºG• Hx£GÃI†MÆG•÷ GßIN…Re ãIN› AæGñ£GËI… GßQƒGÀMËI‰M¬G– ÷ MâHÁM…IN­G·H† GêGy

(47) PQ|ZG¬HÁMšOZ GÚG¤R†OZ IãG› Qéç¾G“ HâQƒG¾ƒR±šOZ GyMafhumnya:

Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah:"Bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul Allah,

maka bebaskanlah kaum Bani Israelsupaya keluar dari bumi Mesir ini bersama kami

dan berhentilah dari menyeksa mereka.Bersama-sama kami ada tanda-tanda mukjizat Allah.

Dan sejahteralah kamu jika kamu mengikut petunjuk Allah!”(Surah Taha, Ayat 47)

Page 4: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

4

Firaun yang mengetahui siapa Nabi Musa itu berkata pada Musa;tidakkah Musa sedar yang dia dahulu dibesarkan di istana Firaun dansekarang bertindak mahu mendakwahnya pula? Firaun yang terkejutmendengar kata-kata Nabi Musa bahawa ada Tuhan selain darinya,telah membantah dan terus mencabar Nabi Musa as. Di sinilah dakwahNabi Musa bermula dengan menjelaskan pada Firaun tentang AllahTuhan yang sebenarnya.

Di antara dakwahnya:

a) Allah Tuhan yang memberi nikmat dan segala-galanya padamakhluk Nya dan menunjukkan hidayah kepada mereka. Allahtidak menindas manusia lain.

b) Allah mencipta bumi untuk manusia, menyediakan berbagai-bagaikemudahan hidup dan menurunkan hujan untuk pengeluaranmakanan yang bermacam-macam.

c) Allah Maha Pemurah, memberi kebebasan untuk makan makananhasil dari tanaman-tanaman, yang juga dimakan oleh haiwanternakan.

d) Allah menghidup dan mematikan semua makhluk Nya danmengembalikan mereka semula kepada Nya setelah mati untukdiadili atas apa yang telah mereka lakukan. (Rujuk Surah Taha,Ayat-ayat 50-55).

e) Allah menjanjikan secara khusus kepada kaum Firaun ini,andaikata mereka bertindak mendakwa secara dusta terhadapNya, maka mereka akan dikenakan kebinasaan dan azab seksadari Nya.

Firman Allah:

£@…I­G I äQN¾šOZ çG¾G“ CZyH®G¥M¹G†Gê MâH¼G¾Mñ Gy QçG"ÂS› MâHÁGš Gu£G–(61) Q|I®G¥M•OZ IãG› G[£G‹ M¬G–Gy ÷ A[ZG­G·I… âH¼G¥I©M±HÃG•

Mafhumnya:

Nabi Musa berkata kepada mereka: "Celakalah kamu kelak!Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah,

kerana dengan sebab ituAllah akan membinasakan kamu dengan azab seksa.

Dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa".(Surah Taha, Ayat 61)

Page 5: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

5

Perang ‘saraf’ berlaku di antara Nabi Musa dengan Firaun, dan Firaunmenuduh Nabi Musa dan Nabi Harun as sebagai ahli sihir yang cubamengeluarkan kaumnya dari bumi Mesir. Firaun cuba meracuni fikiranBani Israel dan meminta Bani Israel keluar beramai-ramai menentangNabi Musa dan Nabi Harun, dan mereka dijanjikan habuan jika merekamenang dalam perlawanan itu, khususnya kepada tukang-tukang sihiryang handal.

Pertandingan untuk menunjuk kekuatan diatur dan Nabi Musa bersamaNabi Harun bersemuka dengan tukang-tukang sihir yang handal itu.Tali-tali kepunyaan tukang sihir dicampak dan bertukar secara khayalanminda oleh orang yang melihatnya, seperti ular yang bergerak.

HáRÃGªGHñ MâHÁSÃI³I“Gy MâHÁHš£G¤IŠ ZGdIÇG• ÷ CZÂHºMšG} MáG… Gu£G–(66) QçG·M±G†£GÁRœG}~ MâI„I®M©I" ãI› IäMÃGšIý

Mafhumnya:

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu".Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka

terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan,disebabkan sihir mereka.

(Surah Taha, Ayat 66)

Kemudian diikuti Musa mencampakkan tongkatnya, dan dari mukjizatAllah itu terkeluarlah seekor ular yang sebenar, yang menelan tali-talisihir tukang sihir itu. Tersungkur merasa kekalahan itu, tukang-tukangsihir itu dapat merasai perkara luar biasa dari Nabi Musa, dan ianyaadalah BENAR dari Allah. Tanpa mendapat persetujuan Firaun, merekaterus menerkam Nabi Musa as dan beriman dengannya.

Firman Allah dalam ayat-ayat 69 hingga 71, Surah Taha:

÷ A®I©QƒG" H¬MÃG˜ CZÂH·GÀG' £G¿RœIý ÷ CZ PÂH·GÀG'£G› MÜGºM¾G† GßIÀÃI¿Gñ çI•£G› IÝMšG} Gy(69) Qéç†G} HÎMÃGŠ H®IŠ£R±šOZ HÑI¾M¹Hñ GêGy

(70) Qéç"ÂH›Gy GwyH®QƒG„ IN[G®I… £RÀG›ZGY CZ PÂHš£G– Z@¬R H" H{G®G©R±šOZ GçIºMšHÆG•

Page 6: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

6

|I­RšOZ HâH H®ÃI¤G¼Gš ôHäRœIý ÷ MâH¼Gš GwGdZGY MwG} GáM¤G– ôHäGš MâH¥ÀG›ZGY Gu£G–AÜQƒG¾I‹ MãIN› âH¼G¾ƒH‰MeG} Gy MâH¼GñI¬MñG} RãG·INµG– H éíG• ÷ G®M©IN±šOZ HâH¼G¿R¾G“

(71) QçGºM…G} Gy £@…ZG­G“ S¬G&G} P£GÀSñG} RãH¿G¾M·G¥GšGy IáMªRÀšOZI nyH­H‰çI• MâH¼RÀG¤IN¾G'H éìGy“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu,

nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan,kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu

hanyalah tipu daya ahli sihir,sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan,

di mana sahaja ia berada”. (69)

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya(yang terus menelan segala benda sihir mereka),

maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itusegera merebahkan diri sujud sambil berkata:

"Kami beriman kepada Tuhanyang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". (70)

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musasebelum aku memberi izin kepada kamu?

Sesungguhnya dialah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu.Oleh itu, demi sesungguhnya,

aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar;

dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelaksiapakah di antara kita

yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". (71)

Tukang-tukang sihir yang beriman dengan Musa itu terus digertak untukdisalib dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri oleh Firaun, namunjawapan mereka ialah :

÷ £GœG®GµG• |I­RšOZ Gy IÍQƒGÀINÃG¤MšOZ GãI› £GœGY P£G‰£G› Qéç¾G“ GsG®I‡MÈSœ ãGš CZÂHš£G–(72) P£GÃMœS¬šOZ G{ QÂGÃG©MšOZ IxI­QƒG„ çI MºG† £G¿RœIý ÷ Ak£G– GÍœG} P£G› I×M–O£G•

Page 7: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

7

Mafhumnya:

Kami sekarang ini membelakangkan engkau wahai Firaunkerana yang kami saksikan itu

adalah dari mukjizat-mukjizat yang terang kebenarannya.Hukumkanlah apa yang engkau mahu hukumkan,

kerana engkau hanya dapat menghukum kami di dunia ini saja.(Surah Taha, Ayat 72)

Akhirnya Nabi Musa bersama Nabi Harun berjaya membawa keluar BaniIsrael dari bumi Mesir setelah dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranyayang kemudiannya ditenggelamkan oleh Allah ke dalam laut Merah. Inidijelaskan di dalam Al-Qur’an seperti berikut,

Firman Allah:

(78) MâHÁGÃI²G” £G› INâGÃMšOZ GãIN› âHÁGÃI²G G• õ IxIcÂHÀH I… HwMÂG“M®I• MâHÁG·G¤M†GÆG•Mafhumnya:

Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya,lalu Firaun dan orang-orangnya itu ditenggelamkan dan diliputi air laut

(dan semuanya mati) dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.(Surah Taha, Ayat 78)

Sheikh Abdullah Basmeih dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahmanmencatitkan keadaan kemusnahan Firaun dan tenteranya sepertiberikut:

“Tatkala laut itu terbelah setelah dipukul oleh Nabi Musa as dengantongkatnya, dan alur belahannya itu menjadi sebatang jalan yangkering yang boleh dilalui, Nabi Musa as dan kaumnya menyeberangilaut Merah itu. Firaun yang mengejar mereka dengantentera-tenteranya cuba mengikut jalan yang sama. Tetapi sebaiksaja mereka memasuki alur itu, Allah cantumkan semula laut yangterbelah itu dan mereka pun ditenggelamkan. Seolah-olah merekasemua ditelan oleh laut itu.”

(Abdullah Basmeih - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, m/s 787).

Page 8: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

8

KISAH NABI MUSA DAN KEHANCURAN FIRAUNTAFSIRAN AYAT-AYAT 96-99

(96) AãÃI¤S› AãQƒGµM¾ƒH"Gy £GÀI¥QƒGñ GÆI… PçG"ÂH› £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGy(97) A¬ÃI&G®I… GwMÂG“M®I• H®M›G} P£G›Gy ÷ GwMÂG“M®I• G®M›} CZ PÂH·G¤R†O£G• õIä Cñ IéïG›Gy GwMÂG“M®I• QéçšIý(98) HcyHeMÂG¿MšOZ HcMeIÂMšOZ GÔMËI…Gy ÷ Ge£ƒRÀšOZ HâH„GcGeMyGÆG• IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñ ôHäG›MÂG– HvH¬MºGñ

(99) HcÂH•M®G¿MšOZ H¬M•I N®šOZ GÔMËI… > IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñGy @æGÀƒM·Gš õIxI­ QƒG„çI• CZÂH·I¤M†H} GyMafhumnya:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa asdengan membawa bersama-samanya

ayat-ayat keterangan Kami,dan bukti (mukjizat) yang nyata. (96)

Iaitu diutuskannya kepada Firaun dan kaumnya.Di mana kaumnya ini

terlalu mengikut perintah Firaun secara ‘membabi-buta’.Sedangkan perintah Firaun itu

bukanlah perintah-perintah yang betul. (97)

Di mana pada hari Kiamat kelak,Firaun ini akan mengetuai kaumnya,

yang dengan spontan membawa kaumnya itu ke dalam api Neraka.Itulah seburuk-buruk tempat yang akan dihuni mereka. (98)

Kemasukan mereka itu adalah iringan laknat Allahke atas mereka di dunia ini lagi,

yang tidak terputus hingga ke hari Kiamat.Itulah seburuk-buruk penganugerahanyang diberikan kepada mereka. (99)

Page 9: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

9

TAFSIRAN AYAT

Nabi Musa as telah diutuskan kepada Firaun dan dibekalkan dengan 9petanda kebenaran kerasulannya dari Allah, iaitu:

1. Tongkat Nabi Musa as.Firman Allah (Surah Al-A‘raaf, Ayat 107) :

(107) DãÃI¤S› Dw£G¤M·H‡ GçI„ ZGdIÇG• Hx£G³G“ QéçºMšGÆG•Mafhumnya:

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya,maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular

yang jelas nyata kebenarannya.

2. Keluar dari Tangan Nabi Musa cahaya putih.Firman Allah (Surah Al-A’raaf, Ayat 108):

(108) GãñI®I¶QƒRÀ¾Iš HYP£G MÃG… GçI„ ZGdIÇG• ôHxG¬Gñ GnG¯GœGyMafhumnya:

Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya,tiba-tiba tangannya menjadi putih bersinar-sinar

kepada orang yang melihatnya.3. Taufan4. Belalang5. Kutu6. Katak7. Darah

Kesemuanya ini disebut dalam Ayat 133 Surah Al-A’raaf. Firman Allah:

HnIc£G¹R´šOZ Gy GáR¿HºMšOZ Gy GcZG®G MšOZ Gy Gw£G• ÂSµšOZ HâIÁMÃG¾G“ £GÀM¾G"MeGÆG•(133) GãÃI›I®M S› £@›MÂG– CZÂHœ£G Gy CZyH®G¤M¼G¥M"O£G• AÍQƒG¾ƒR³G¹S› AÍQƒGñZGY GvR¬šOZ Gy

Mafhumnya:Kami pun menghantar kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak

dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata,tetapi mereka tetap menyombong, takburdan terus menjadi kaum yang derhaka.

Page 10: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

10

8. Kekurangan makanan.Firman Allah (Surah Al-A’raaf, Ayat 130):

AÖMºGœGy GãÃIÀƒIN±šO£I… GwMÂG“M®I• GuZGY P£GœM­G‹G} M¬GºGšGy(130) GwyH®R R­Gñ MâHÁR¾ƒG·Gš I\Qé ®G¿R¦šOZ GãIN›

Mafhumnya:Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya

dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan,supaya mereka insaf mengambil pelajaran darinya.

9. Kehebatan dan Kekuasaan.Firman Allah (Surah Hud, Ayat 98):

(96) AãÃI¤S› AãQƒGµM¾ƒH"Gy £GÀI¥QƒGñ GÆI… PçG"ÂH› £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGyMafhumnya:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musadengan membawa Kehebatan dan Kekuasaan,

iaitu ayat-ayat keterangan dan bukti mukjizat yang nyata.

Inilah dia 9 jenis keterangan-keterangan yang diberi kepada Nabi Musaas bagi membuktikan kenabian beliau kepada Firaun, bagi mencabarFiraun yang selama ini menyangka yang beliau adalah Tuhan, iaituTuhan kepada semua termasuk Bani Israel. Allah juga telahmengurniakan kepada Nabi Musa as Kitab Taurat sebagai hujjah yangmembezakan antara yang benar dengan yang batil.

Semua 9 jenis bukti tersebut diberi kepada Nabi Musa untuk mencabarFiraun serta menteri-menteri, orang-orang besar dan ketua-ketuakaumnya supaya mereka tunduk kepadanya.

Apa yang berlaku ialah apabila mereka ditekankan denganpetanda-petanda tersebut (misalnya apabila kekurangan makananberlaku), mereka akan pergi menemui Nabi Musa untuk memintanyaberdoa kepada Allah supaya semua kesusahan itu ditarik balik. Makaberdoalah Nabi Musa dan dengan izin Allah, semuanya berbalik semulaseperti biasa. Kemudian, mereka kufur lagi dan terus mengulangiperbuatan yang sama. Hampir kesemua petanda-petanda itu terusdisia-siakan oleh Firaun dan kaumnya itu, dan mereka terus tidak mahuberiman.

Page 11: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

11

Ayat 97 menjelaskan bahawa pengikut-pengikut Firaun itu terlalu setiakepada Firaun, yang menjadi penasihat kepada mereka:

a) Supaya terus kufur pada Nabi Musa as, walaupun Nabi Musadibekalkan dengan bukti-buktinya.

b) Supaya terus taat kepada kata-katanya. Contoh: Firaun berkatayang dia adalah Tuhan kepada semua, perintahnya mesti dipatuhidan semua rakyatnya mesti menolak tauhid yang dibawa olehNabi Musa.

c) Supaya kata-katanya itu segera dipatuhi dan digeruni oleh semuaorang termasuk kaum Bani Israel sendiri.

Laku lagak Firaun itu seolah-olah dia adalah seorang yang Mursyid dandi dalam ayat ini Allah menafikan yang Firaun itu adalah seorang yangMursyid kepada kebaikan, tetapi sebaliknya menyatakan bahawa Firaunitu adalah dalang kepada kejahatan, kesesatan dan penyelewengan.Namun begitu, kesemua kaumnya yang terdiri dari menteri-menteri,ahli-ahli fikir dan ketua-ketua kaumnya tidak pernah memperlekehkanmalah terus menyanjunginya.

Dalam ayat 98, Allah menjelaskan bahawa kedudukan Firaun di Akhiratnanti khususnya di hari Mahsyar, beliau selaku pemimpin kaumnya akanmengetuai kaumnya itu menuju dan memasuki api Neraka. Beliau akanberada di hadapan sekali dan kaumnya akan mengikutnya daribelakang. Mereka semuanya akan menjadi penghuni Neraka Allah danitulah seburuk-buruk tempat yang mereka akan tinggal dan huni untukselama-lamanya.

Ayat 99 menjelaskan konsep ‘laknat’ dari Allah ke atas Kaum Firaun dizaman Nabi Musa as.

Sesungguhnya Allah telah melaknat kaum ini di dunia dan hasil darilaknat tersebut, maka berlakulah penghinaan yang disebutkan melalui 9bukti-bukti kebenaran kerasulan Nabi Musa di atas, yang telahdikenakan ke atas Firaun dan kaumnya. Allah telah menghantarkantaufan, belalang, kutu, katak dan darah ke atas mereka yang sombongitu. Dan sebenarnya laknat ini tidak habis di sini sahaja, tetapi dibawakehadapan iaitu ke hari Akhirat.

Firman Allah:

÷ @æƒGÀM·Gš £GÃMœS¬šOZ IxI­ QƒG„ çI• MâHÁQƒGÀM·G¤M†G} Gy(42) GãÃIŠÂH¤ºG¿MšOZ GãI› âH„ IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñGy

Page 12: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

12

Mafhumnya:

Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini,dan pada hari Kiamat pula, mereka yang terus dilaknatkan itu,

akan menjadi orang yang tersingkir dari Rahmat Kamidengan sehina-hinanya.

(Surah Al-Qasas, Ayat 42)

Dalam Ayat 98 Allah menyebut perkataan IæG¿ QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñ bermakna‘pada hari Kiamat' yang memberi erti:

“Pada hari Kiamat nanti, Kaum Firaun yang telah dilaknat di dunia duluakan dituruti dengan laknat yang kedua”.

Ertinya, laknat Allah ini akan berturutan di dunia dan di Akhirat.Ia dikatakan sebagai seburuk-buruk tempat berpulangnya mereka.

Al-Asma’i mentafsirkan ayat ‘seburuk-buruk’ ( HcyHeMÂG¿MšOZ HcMeIÂMšOZ GÔMËI…Gy )sebagai tempat kembalinya mereka di Akhirat, di mana mereka akanmenerima azab seksaan Allah dan layanan yang paling buruk. Di sana,mereka akan diberi minum dari bekas minuman Neraka yang airnyatersangat panas, dan apabila air itu memasuki kerongkong mereka, iamembakar semua yang berada di dalam laluannya.

Firman Allah dalam Ayat 15, Surah Muhammad:

MâH„ GYP飷M›G} GÚRµGºG• £@¿ÃI¿GŠ JYP飛 CZÂHºH"Gy Ie£RÀšOZ çI• D¬I¾Q郋GÂH„ MãG¿G˜Mafhumnya:

“….sama seperti orang-orang yang tinggal kekal dalam Nerakadan diberi minum dari air yang menggelegak

sehingga menjadikan isi perut mereka hancur!”.

Rashid Ridha sekali lagi menyatakan bahawa laknat Allah itu terjadikerana ‘mengikut telunjuk dan kehendak Firaun secara membabi-buta’dan diketahui bahawa semua petunjuk Firaun itu tidak mempunyaipanduan yang betul. Laknat tersebut berturut-turutan hingga ke Akhirat.Dalam dunia kita hari ini, ramai pemimpin cuba membawa kita kekancah kerosakan dan janganlah kita menjadi pengikut yang mengikutmereka secara membabi-buta. Takut kita taat kepada mereka itu atasmaksiatnya.

Page 13: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

13

Fahamilah sebuah Hadith:

: â¾"y äþ“ äQN¾šZ ç¾' äQN¾šZ uÂ"e u£–/ IpyH®M·G¿MšOZ çI• IæG“£RµšOZ £G¿RœIý IäQN¾šOZ IæGÃI³M·G› çI• A¬GŠG+ì IæG“£G‘Gê

Mafhumnya:

Sabda Rasulullah saw:“Jangan sekali-kali kamu taat pada seseorang itu

yang mendorong kamu kepada maksiat pada Allah,taatlah HANYA kepada perkara-perkara yang makruf sahaja!”.

Kesimpulannya:

Ayat-ayat 96 hingga 99 bukan sekadar mengesahkan kehancuran KaumFiraun, tetapi lebih kepada menjelaskan kedudukan Firaun di Akhiratnanti. Firaun akan mengetuai kaum yang taat kepadanya di dunia inimasuk ke dalam api Neraka.

Ayat itu juga menekankan konsep ‘LAKNAT’ dari Allah ke atas Firaundan kaumnya, yang bertaliarus hingga ke hari Mahsyar, dan dijelaskanlagi bahawa itulah seburuk-buruk tempat berpulangnya mereka.

Nabi Musa as dan Bani Israel terlepas dari serangan Ramsis II melaluijalan laut dan kembali ke Palestine.

Inilah satu lagi kaum yang sesat lagi menyesatkan, yang telahdipupuskan Allah dari dunia ini. Apa yang boleh kita lihat ialah kesanpeninggalan dan kubur-kuburnya, untuk tontonan umat Nabi Muhammadsaw.

Janganlah kita hanya melihat sejarahnya, tetapi hendaklah kitamenghayati betapa mereka telah menderhaka kepada Allah dan menjadiperosak atas muka bumi ini, serta mengambil pengajaran daripenghinaan dan pembalasan yang Allah berikan kepada mereka, daridunia hinggalah ke hari Akhirat. Hayatilah, agar kita tidak kufur padaAllah dan Rasul Nya seperti kaum Firaun ini. Janganlah kita ikut dan taatmembabi-buta pada kekufuran pemimpin yang fasik dan jahat.Gunakanlah ‘kayu pengukur’ kita, iaitu IMAN dan AMAL SOLEH, untukmengelak dari dilaknat Allah.

Page 14: KISAH NABI MUSA AS DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 96-99 Kisah Nabi Musa as.pdf · 3 Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41): > £@œÂH¥H•

14

Renungilah firman Allah ini yang menceritakan ehwal Firaun:

(25) AwÂHÃH“Gy AÍQƒRÀG‰ ãI› CZÂH G®G† MâG˜Banyak sungguh tinggalan-tinggalan Kaum Firaun

dari kebun-kebun cantik serta matairnya. (25)

(26) AâñI®G˜ Av£GºG›Gy A nyHeHfGyKawasan-kawasan ladang serta tempat-tempat kediaman mewah

mereka, yang indah dan dimuliakan. (26)

(27) GãÃIÁI¼QƒG• £GÁÃI• CZÂHœ£G˜ AæG¿M·GœGyJuga kemewahan-kemewahan hidup yang dinikmati mereka

(semuanya musnah ditinggalkan!). (27)

(28) GãñI®G‹ZGY £J›MÂG– £GÁQéƒÀM‡GeMyG} Gy ÷ GßIšQé ­G˜Begitulah berlakunya hukum-hukum Kami

ke atas orang-orang yang derhaka,dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan kaumnya

bertukar diwarisi oleh kaum lain (iaitu Bani Israel). (28)

(Surah Ad-Dhukhan)

Allahu A’lam.