kisah maryam puteri imran

7
KISAH MARYAM PUTERI IMRAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum W.T.W Terima kasih saudari/ saudara pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekelian. Pantun Tersebutlah kisah dalam Al Quran Keluarga Imran jadi ikutan Kisah Maryam Puteri Imran Tajuk cerita jadi teladan Tahukah rakan –rakan, siapakah MARYAM ? Ya….. Maryam ialah puteri kepada Imran dan Hannah yang berbangsa Yahudi. Imran merupakan seorang ulama’ di kalangan Bani Israil. Maryam juga adalah anak saudara Nabi Zakaria alaihissalam. Bertahun lamanya berkahwin , pasangan Imran dan Hannah masih belum juga dikurniakan anak. Siang dan malam mereka berdoa kepada Allah dan berikhtiar namun masih juga tidak berhasil. Lalu isteri Imran bernazar . . . . . . . . . . . . . Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku akan nazarkan anak dalam kandunganku untuk berkhidmat kepadaMu

Upload: noorfiazah-abdullah

Post on 15-Apr-2017

198 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah maryam puteri imran

KISAH MARYAM PUTERI IMRAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum W.T.W

Terima kasih saudari/ saudara pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekelian.

Pantun Tersebutlah kisah dalam Al Quran

Keluarga Imran jadi ikutan

Kisah Maryam Puteri Imran

Tajuk cerita jadi teladan

Tahukah rakan –rakan, siapakah MARYAM ? Ya….. Maryam ialah puteri kepada Imran dan Hannah yang berbangsa Yahudi. Imran merupakan seorang ulama’ di kalangan Bani Israil. Maryam juga adalah anak saudara Nabi Zakaria alaihissalam.

Bertahun lamanya berkahwin , pasangan Imran dan Hannah masih belum juga dikurniakan anak. Siang dan malam mereka berdoa kepada Allah dan berikhtiar namun masih juga tidak berhasil. Lalu isteri Imran bernazar

. . . . . . . . . . . . .

Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku akan nazarkan anak dalam kandunganku untuk berkhidmat kepadaMu

( Surah Ali Imran ayat 35 )

Sajak

Alangkah gembiranya mereka …

Allah kabulkan doa keduanya

Akhirnya …… mengandung jua

Namun… gembira hanya sementara

Page 2: Kisah maryam puteri imran

Ujian Allah datang menimpa

Imran meninggalkan isteri tercinta

Tidak sempat menatap cahaya mata

Yang ditunggu sekian lama

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan menjadi tunjang kebahagiaan sesebuah keluarga. Keluarga bahagia asas kekuatan ummah.

Tetapi malangnya hari ini ,kita lihat berapa ramai bayi yang lahir ,dibuang dan dibunuh dengan kejam kerana lahir tanpa nikah. Jika tidak dibendung maka akan rosaklah generasi kita.

Hadirin yang dikasihi

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 36

“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki. Dan Allah memang mengetahui apa yang akan dilahirkan dan aku namakannya Maryam.”

Walaupun anak yang dilahirkan perempuan , ibu Maryam tetap menunaikan nazarnya untuk menyerahkannya kepada BaitulMaqdis..

Maka Maryam pun diserahkan kepada penjaga Baitul Maqdis. Para Rahib berebut-rebut untuk menjaga dan melindungi Maryam. Lalu undian dibuat untuk menentukan siapakah yang

layak?

Sajak:

Anak panah dicampak sebagai undian,

Untuk mencari penyelesaian,

Kehendak Allah telah menentukan ,

Nabi Zakaria sebagai pilihan

Page 3: Kisah maryam puteri imran

Maryam dijaga penuh kasih sayang

Hannah menyerah dengan keberatan

Demi untuk kebaikan.…

Beliau sanggup berkorban

Oleh itu kasihilah ibubapa kita semasa hayat mereka kerana merekalah kita lahir ke dunia.Jangan abaikan ibubapa kita, seperti cerita seorang warga tua yang merempat 10 tahun dan menumpang di surau-surau.

Anak adalah amanah Allah.Oleh itu sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Malangnya hari ini, masih ada ibubapa yang tergamak mendera anak sehingga mati.

Hadirin yang dihormati,

Maryam dijauhkan dari orang ramai.Dia disembunyikan di atas loteng Baitul Maqdis. Setiap hari Nabi Zakaria datang menguruskan keperluan Maryam.Tinggallah Maryam seorang diri berzikir dan beribadah kepada Ilahi …zuhud sekali.

Maryam menjadi idola hati .

Berkat kesucian dan pengabdian diri ,

Berlaku karamah kurnian Ilahi,

Makanan terhidang setiap hari,

......... ...........

Hai Maryam,dari mana engkau mendapat makanan ini? Maryam menjawab “ Inilah pemberian Allah kepadaku . (Surah Ali Imran ayat : 37 )

Allah berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya .Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan.Namun kini,kita lihat remaja hari in imenyalahgunakan kemewahan yang ada seperti terlibat dengan gejala sosial yang

tidak sihat .

Page 4: Kisah maryam puteri imran

Hadirin yang diraikan,

Ketika Maryam khusyuk beribadah, muncul malaikat membawa perintah . Lalu ditiupkan ruh ke dalam rahim Maryam . Maryam sangat terkejut. Bagaimanakah reaksi masyarakat apabila mengetahui dia hamil sebelum berkahwin? Tentu mereka tidak percaya dan akan menuduh dia berzina.

Firman Allah Surah Maryam ayat 22

Maksudnya “Maka Maryam mengandungkannya, lalu ia mengasingkan diri…

Pantun :

Keluarlah Maryam membawa diri

Ke tempat asalnya Annasyirah

Berserah diri kepada Ilahi

Mengubat hati yang gelisah

Oleh itu,bersabarlah dengan setiap ujian Allah dan kuatkan semangat dengan mendekatkan diri kepadaNya.Seperti kisah pelajar cemerlang Nik NorMadihah ,menjadikan kemiskinan sebagai dorongan untuk berjaya.

Hadirin sekelian

Kelahiran Isa telah menimbulkan fitnah kepada kaumnya.

Mereka berkata,

. Hai Maryam, kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar. Ayahmu bukanlah seorang yang jahat. Ibumu bukanlah seorang penzina (Surah Maryam ayat 27 dan 28)

Page 5: Kisah maryam puteri imran

Begitu dahsyat kaumnya menabur fitnah. Fitnah adalah sifat keji yang boleh membawa kepada perpecahan ummah.

Dengan izin Allah bayi itu berkata,

‘ Sesungguhnya aku ini hamba Allah.Dia memberiku kitab Injil dan Dia menjadikan aku seorang nabi.Diwasiatkan kepadaku solat dan zakat dan berbakti kepada ibuku.( Surah Maryam ayat 30,31)

Alangkah terkejut kaum keluarga Maryam. Kata-kata bayi itu telah berjaya membersihkan maruah ibunya.Mereka sedar dan percaya Maryam, gadis suci telah dipilih Allah melahirkan seorang bayi yang akan menjadi rasul, pemimpin kepada kaumnya.

Lagu Kasihnya ibu, membawa ke syurga

Dan kasih anaknya berkorban nyawa

Ingatlah rakan-rakan, syurga dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan sayangilah mereka.Malangnya hari ini,masih terdapat anak yang sanggup memaksa ibunya mengemis.

Jauhi fitnah, kerana dosanya lebih besar dari membunuh.

Sekian wabillahi taufik walhidayah.wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh