kisah fb 2013

87
"Kenali siapa bersama kita dan siapa musuh kita .." "Siapa kita yang hanya mahu bersenang-senang, dan berseronok-seronok, dalam hidup, sedang Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.'Anhum terpaksa memerah keringat air mata dan darah bagi mempertahankan Islam dan umat seluruhnya..." "Islam yang Allah SWT anugerahkan kepada kita nie 'comey' dah... Tapi perangai manusia nie, nak cari juga yang lain..." "Harta menurut pandangan Islam adalah harta Allah yang ada di tangan manusia (dipertanggungjawabkan ke atas manusia untuk menguruskannya)... Maka buat apa kita berbangga dengan harta yang ada, sedangkan ianya bukan milik kita? ..." "Allah SWT kalau nak hinakan hamba Nya, maka Dia akan hinakan dengan memberikan sesuatu yang tidak disangka oleh hamba Nya itu... Sepertimana fir'aun yang memerintahkan agar bayi lelaki dibunuh apabila mendapat khabaran bahawa akan lahir seorang Rasul yang akan membawa Syari'at Allah dan mengajak manusia ke arah kebenaran, maka ditaqdirkan bayi lelaki yang dijumpai dan dipelihara serta disayangi oleh isterinya sendiri, adalah merupakan seorang Rasul yang terpilih, yakni Musa 'alaihissalam... Begitu juga sepertimana tentera bergajah abrahah yang besar dan gagah, yang bercita-cita untuk meruntuhkan kaabah, dikalahkan hanya oleh sekumpulan burung yang kecil sahaja yakni Ababil yang membawa batu dari neraka Sijjil... Maka orang seperti fir'aun dan abrahah ini, Allah SWT hinakan mereka dengan sehina-hinanya akibat perangai dan perbuatan mereka... Oleh itu, janganlah kita bersikap sombong dan angkuh atas muka bumi ini.... Sesungguhnya semua ini bukan milik kita, ianya adalah milik Allah SWT semata..." "Perangai orang kita, lebih takutkan apa yang orang kata daripada takutkan hukum Allah..." "Fir'aun sudah tiada, dah lama mati, tapi orang yang berperangai fir'aun masih wujud dan hidup lagi di atas muka bumi ini..." "Celakalah bagi orang-orang yang ada dalam hati mereka sifat takabbur dan suka 'memijak-mijak', merendah orang lain

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 11-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lagi

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Fb 2013

"Kenali siapa bersama kita dan siapa musuh kita .."

"Siapa kita yang hanya mahu bersenang-senang, dan berseronok-seronok,

dalam hidup, sedang Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.'Anhum terpaksa

memerah keringat air mata dan darah bagi mempertahankan Islam dan umat

seluruhnya..."

"Islam yang Allah SWT anugerahkan kepada kita nie 'comey' dah... Tapi perangai

manusia nie, nak cari juga yang lain..."

"Harta menurut pandangan Islam adalah harta Allah yang ada di tangan manusia

(dipertanggungjawabkan ke atas manusia untuk menguruskannya)... Maka buat

apa kita berbangga dengan harta yang ada, sedangkan ianya bukan milik

kita? ..."

"Allah SWT kalau nak hinakan hamba Nya, maka Dia akan hinakan dengan

memberikan sesuatu yang tidak disangka oleh hamba Nya itu... Sepertimana

fir'aun yang memerintahkan agar bayi lelaki dibunuh apabila mendapat khabaran

bahawa akan lahir seorang Rasul yang akan membawa Syari'at Allah dan

mengajak manusia ke arah kebenaran, maka ditaqdirkan bayi lelaki yang

dijumpai dan dipelihara serta disayangi oleh isterinya sendiri, adalah merupakan

seorang Rasul yang terpilih, yakni Musa 'alaihissalam... Begitu juga sepertimana

tentera bergajah abrahah yang besar dan gagah, yang bercita-cita untuk

meruntuhkan kaabah, dikalahkan hanya oleh sekumpulan burung yang kecil

sahaja yakni Ababil yang membawa batu dari neraka Sijjil... Maka orang seperti

fir'aun dan abrahah ini, Allah SWT hinakan mereka dengan sehina-hinanya

akibat perangai dan perbuatan mereka... Oleh itu, janganlah kita bersikap

sombong dan angkuh atas muka bumi ini.... Sesungguhnya semua ini bukan

milik kita, ianya adalah milik Allah SWT semata..."

"Perangai orang kita, lebih takutkan apa yang orang kata daripada takutkan

hukum Allah..."

"Fir'aun sudah tiada, dah lama mati, tapi orang yang berperangai fir'aun masih

wujud dan hidup lagi di atas muka bumi ini..."

"Celakalah bagi orang-orang yang ada dalam hati mereka sifat takabbur dan

suka 'memijak-mijak', merendah orang lain pula... Mungkin mereka boleh

bersenang seketika di dunia tapi di akhirat mereka akan diseksa dan dihina

dengan sehina-hinanya...."

- antara intisari kuliah kitab al-Kabaair karangan Imam az-Zahabi, dosa besar ke-

17, Takabbur, oleh al-fadhil Ustaz Mat Razali..

Page 2: Kisah Fb 2013

"Jadi pejuang Islam tak boleh pengecut, tidak boleh lemah, tidak boleh

pemalas..."

"Kita ada ramai 'alim ulama' tapi ramainya itu adalah mereka yang hanya tahu

jaga makan minum diri sendiri dan keluarga saja, tanpa menghiraukan apa yang

berlaku dalam masyarakat dan tidak mempedulikan perihal kebatilan dan

kezaliman yang semakin berleluasa..."

"Sehebat mana pun cinta insan terhadap insan, tidak boleh menandingi

kehebatan cintanya terhadap Allah dan Rasul Nya..."

"Jangan pernah rasa selesa dan cukup dengan usaha yang telah kita

kerahkan..."

"Mati dalam perjuangan sentiasa menjadi impian.... Semoga menjadi

kenyataan..."

"Sesungguhnya di setiap sudut kehidupan di atas muka bumi ini ada

pengajarannya bagi orang yang mahu memikirkan..."

"Dapat duit, dapat rumah, dapat kereta... Itu bukanlah sesuatu yang aku pinta...

Yang aku pinta adalah supaya timbulnya kesedaran dan kepekaan kita semua

terhadap hakikat tentang kehidupan ini..."

"Kita bukan penghibur Ummah, tapi kita pencetus Ummah..." kata-kata mantop

dari Ustaz Syed Norhisyam...

"I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and

saw Muslims, but not Islam."

— Muhammad Abduh

"Jihad memerangi nafsu adalah dasar jihad memerangi orang-orang kafir dan

munafik. Seseorang belum disebut mampu memerangi mereka sehingga dia

sendiri memerangi nafsunya terlebih dahuluu, baru kemudian pergi memerangi

mereka..."

Hakikat Sirah Nabi SAW

Nabi Muhammad SAW bukanlah sekadar satu kisah yang dibacakan pada hari

keputeraan Baginda SAW, sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada

hari ini. Baginda SAW juga bukanlah sekadar disebut-sebut dalam pelbagai

selawat yang direka-reka, yang terkadang ditambah kepada lafaz azan. Baginda

SAW juga bukanlah sekadar dipendam cintanya, dengan menyusun pelbagai

sajak pujian kepada Baginda SAW atau dengan mengarang sifat-sifat ganjil yang

Page 3: Kisah Fb 2013

dibaca oleh orang-orang yang sangat mencintainya sambil mengeluh rindu atau

tidak.

Sebenarnya ikatan seseorang muslim dengan Rasulnya yang mulia SAW lebih

kuat dan lebih mendalam daripada semua ikatan palsu yang direka-reka dalam

agama ini. Dalam menzahirkan ingatan mereka kepada Nabi SAW, umat Islam

mulai cenderung kepada cara-cara ini pada hari mereka meninggalkan ajaran

agama yang sebenar dan tidak sanggup memikulnya. Mereka pun berpada

dengan perkara-perkara luaran sahaja. Oleh kerana perkara-perkara luaran ini

terbatas dalam Islam, mereka pun mencipta pelbagai bentuk lain.

Ini bukanlah sesuatu yang pelik, kerana perkara-perkara luaran ini tidak

membebankan mereka dengan beban yang berat sehingga tidak sanggup

mereka pikul.

Sesungguhnya beban yang memerlukan keazaman yang tinggi ialah berpegang

teguh dengan ajaran sebenar yang telah ditinggalkan, dan kembali semula

kepada hakikat dan isi agama itu sendiri. Sebagai ganti kepada mendengar kisah

maulid yang dibaca dengan suara yang merdu, seseorang muslim perlu bangkit

menilai diri sendiri, meluruskannya dan membaiki keadaan dirinya. Sehingga

menjadi hampir kepada sunnah-sunnah Nabi SAW berhubung kehidupan dunia,

kehidupan akhirat, peperangan, perdamaian, ilmu, amal, adat dan ibadatnya.

Sesungguhnya menggerakkan lidah dengan seribu selawat sehari semalam,

tidaklah berguna kepada mana-mana muslim yang Rasulullah SAW tidak hidup

di dalam hatinya, dan dia tidak mengikut petunjuk Baginda SAW dalam amalan

dan pemikirannya.

- Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Muqaddimah kitabnya Fiqh as-Sirah..

"Kita orang muda... Nak nak masih bujang... Inilah masa untuk kita rebut

peluang... Cari ilmu banyak-banyak... Kutip tarbiyah banyak-banyak... Kerana

masa inilah kekuatan dan semangat kita berada di tahap yang tinggi...."

"Kutiplah tarbiyah walau dimana berada... Tanpa tarbiyah pasti rebah..."

~ Muhasabah Surah at-Takatsur malam nie... Sesungguhnya manusia sering

dilekakan dengan sesuatu yang banyak yakni dari perihal dunia samada harta,

pangkat dan seumpamanya... Sedang dunia ini hanyalah suatu tempat

persinggahan yang sementara...

"Sebagai seorang Muslim, kita perlu untuk menilai setiap sesuatu dari sudut

pandangan Islam... Tasawwur Islam tidak boleh diabaikan..."

Page 4: Kisah Fb 2013

"Kita adalah syabab Islam... Maka tunjukkanlah sifat sebenar syabab Islam...

Kalau tidak, sama saja kita dengan syabab-syabab yang lain..."

"Alhamdulillah atas tarbiyah dari Mu, Ya Allah... Walaupun kerap kali aku

'tergelincir', namun rahmat dan hidayah dari Mu, sentiasa sempat 'memautku'

untuk bangkit kembali... Membuatkan aku rasa malu dan menyesal... Betapa

lemahnya diriku ini, Ya Allah..."

Pernahkan hadits sebegini dibaca di hadapan pemimpin sebagai peringatan

untuk mereka?

�ن� �اد� م�ع�ق�ل� ب �ن� ز�ي �ه� ب �د� الل �ي ن� ق�ال� ع�اد� ع�ب �ح�س� ه�ب� ع�ن� ال �ش� �و األ� �ب �ا أ �ن وخ� ح�د�ث �ن� ف�ر( �ان� ب �ب ي �ا ش� �ن ح�د�ث

س�ول� �ه� م�ن� ر� م�ع�ت 1ا س� �ك� ح�د�يث 4ي م�ح�د4ث �ن �ذ�ي م�ات� ف�يه� ف�ق�ال� م�ع�ق�ل8 إ ض�ه� ال �ي� ف�ي م�ر� ن �م�ز� ار� ال �س� ي

�م�ت� �و� ع�ل �م� ل ل �ه� و�س� �ي �ه� ع�ل �ه� ص�ل�ى الل �ه� ص�ل�ى  الل س�ول� الل م�ع�ت� ر� 4ي س� �ن �ك� إ �ت �اة1 م�ا ح�د�ث ي �ن� ل�ي ح� أ�ال� �ه� إ �ت ي ع� �ر� �م�وت� و�ه�و� غ�اشE ل �و�م� ي �م�وت� ي �ة1 ي ي ع� �ه� ر� ع�يه� الل �ر� ت �س� �د� ي �ق�ول� م�ا م�ن� ع�ب �م� ي ل �ه� و�س� �ي �ه� ع�ل الل

ن� �ح�س� �س� ع�ن� ال �ون �ع� ع�ن� ي ي ر� �ن� ز� �ز�يد� ب �ا ي ن �ر� ب خ�� �ى أ ي �ح� �ن� ي �ى ب ي �ح� �اه ي �ن �ة� و ح�د�ث ن �ج� �ه� ال �ي �ه� ع�ل م� الل ح�ر�

�ال� اد� ق�ال� أ ه�ب� و�ز� �ش� �ي األ� ب� �ل� ح�د�يث� أ �م�ث ار� و�ه�و� و�ج�ع8 ب �س� �ن� ي �اد� ع�ل�ى م�ع�ق�ل� ب �ن� ز�ي ق�ال� د�خ�ل� اب

�ك� �ح�د4ث �ن� أل� �ك �م� أ و� ل� �ك� أ �ت � ق�ال� م�ا ح�د�ث �و�م �ي �ل� ال �ي ه�ذ�ا ق�ب �ن �ت �ت� ح�د�ث �ن ك

Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farruh telah menceritakan kepada

kami Abu Al Ayshab dari Hasan dia berkata, "Ubaidullah bin Ziyad menjenguk

Ma'qil bin Yasar Al Muzanni ketika dia sedang sakit yang mengantarkan kepada

kematiannya, maka Ma'qil lalu berkata, "Sungguh saya akan menceritakan

kepadamu suatu hadits yang pernah saya dengar langsung dari Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam, sekiranya saya masih hidup lama niscaya tidak akan

saya ceritakan hal ini kepadamu. Sesungguhnya saya pernah mendengar

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang pemimpin

yang Allah serahi untuk memimpin rakyatnya, ketika meninggal dalam keadaan

menipu rakyatnya, melainkan Allah akan mengharamkan surga untuknya." Dan

telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya telah mengabarkan kepada

kami Yazid bin Zurai' dari Yunus dari Hasan dia berkata, "Ibnu Ziyad menemui

Ma'qil bin Yasar yang sedang sakit, seperti haditsnya Abu Al Asyhab, lalu ia

menambahkan, "Ibnu Ziyad bertanya, "Tidakkah sebelumnya kamu telah

menceritakan hal ini kepadaku?" Dia menjawab, "Saya belum pernah

menceritakan hal ini kepadamu atau belum pernah bercerita kepadamu."

(Riwayat Muslim)

"Kita orang agama kerja kita banyak... Bohonglah kalau tiada kerja..."

"Di samping kita perlu mengenali dan memahami kebenaran, kita juga perlu

mengenali apa antara tipu daya iblis (kebatilan)..."

Page 5: Kisah Fb 2013

"Terlepas program-program tarbiyah cukup memeritkan... Allahu Rabbi..."

"Mati dalam ketaatan terhadap Allah SWT adalah lebih baik dari hidup dalam

kederhakaan terhadap Allah SWT..."

"Maaf kalau aku gagal untuk jadi yang terbaik untuk kalian semua..."

"Mahu tidak mahu anggota harakah samada mereka terdiri dari barisan pimpinan

(qiyadah) atau barisan pejuang (jundiyyah) mestilah mengikuti tarbiyyah biar

betapa sibuk atau dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah dalam keadaan

dakwah menghadapi suasana yang buruk, tarbiyyah lebih perlu diberi perhatian,

bukan sebaliknya, sebab keperluan manusia kepada riayah dan kepada

mengingati Allah (tazkir) adalah lebih diperlukan dalam suasana-suasana seperti

itu...

Lojika yang mengatakan bahawa beberapa anggota dalam gerakan tidak perlu

kepada tarbiyyah atau sudah melewati peringkat tarbiyyah hendaklah ditolak.

Lojika inilah yang membawa ramai orang binasa dan yang menyebabkan

keciciran mereka..." - Fathi Yakan

"Dahulu, pada usia sepertimana kita pada hari ini, para Sahabat

radiyAllahu'anhum sudah pun ada yang turun ke medan perang untuk

menegakkan al-Haq... Sedangkan kita pada hari ini, masih lagi terleka, masih lagi

terlena... Lemah dan manjanya kita pada hari ini..."

"Luahkan kepada Yang Maha Berkuasa, itu lebih menenangkan hati, kan?... ..."

"Kadang-kadang aku merasakan bahawa ada kalanya aku keciciran... Aku sedar,

aku bukanlah siapa-siapa... Aku hanyalah seorang budak biasa, yang ada

masanya kuat dan ada masanya lemah... Namun itu semua bukanlah alasan,

untuk aku mengecualikan diri dari perjuangan ini... Kerana hanya mereka yang

manja sahaja yang mahu lari dari perjuangan..."

"Jadikan perjuangan Islam ibarat 'isteri' kita..."

"Kita mestilah Muslim dari seluruh aspek kehidupan..."

"Maaf atas terlalu sedikitnya usahaku untuk perjuangan... Itu pun kalau ada...

Allahu Rabbi..."

"Penyakit kebanyakan anak muda kini adalah 'cinta'... Dalangnya adalah nafsu...

Alangkah ruginya mereka yang terperangkap dan tertipu dengannya... Namun,

masih belum terlambat untuk mereka kembali semula ke jalan yang benar..."

"Anak muda... Jangan buang masamu dengan perkara yang tidak bermanfaat...

Sesungguhnya nilai mudamu begitu berharga..."

Page 6: Kisah Fb 2013

"Hadamilah fiqh keutamaan... Kita akan tahu apa yang perlu lebih diutamakan

dari yang utama..."

"Aku dalam perjalanan, dalam mencari redha Tuhan..."

"Aku serahkan urusanku kepada Mu, Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah

sebaik-baik Pengatur..."

"Kita adalah milik Allah SWT... Khidmat kita hanya kepada Nya..."

"Luahkan segala rasa dalam doa terhadap Tuhan mu... Sesungguhnya Dia Maha

Mendengar luahan hamba-hamba Nya..."

"Taraf hidup kini semakin meningkat... Pemimpin semakin kaya, sedang rakyat

pula semakin miskin..."

"Setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri kita, sedang kita tidak tahu

apakah ianya benar-benar baik untuk kita ataupun tidak.... Namun, Allah SWT

Maha Mengetahui dan Dia tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita..."

"Doakan semogaku kuat dan teguh atas jalan perjuangan..."

"Sungguh aku cemburu... Aku cemburu lihat sahabat-sahabat belajar ilmu al-

Quran dan as-Sunnah... Aku cemburu lihat sahabat-sahabat belajar ilmu

Usuluddin... Aku cemburu lihat sahabat-sahabat belajar ilmu Fiqh dan Usulnya..

Aku cemburu lihat sahabat-sahabat belajar ilmu Dakwah... Aku cemburu lihat

sahabat-sahabat belajar ilmu Siyasah Syar'ieyyah... Dan aku cemburu lihat

sahabat-sahabat belajar ilmu Tarikh Islami...Tekad aku, paling kurang, kesemua

ilmu-ilmu ini mesti dikuasai asas-asasnya... Walaupun aku hanyalah seorang

budak Bahasa dan Sastera Arab..."

"Terima kasih semua... Banyak yang telah aku pelajari dari kalian semua, yang

pernah ada dan yang pernah hadir dalam hidupku... Sungguh tiada apa pada

diriku..."

"Belajarlah ilmu-ilmu yang asas, yakni al-Quran dan al-Hadis, sebelum belajar

ilmu-ilmu cabang yang lain..."

"Dulu Para Sahabat RadiyAllahu 'anhum berlumba-lumba untuk turun ke medan

peperangan, walaupun usia mereka masih muda... Namun, terdapat golongan

pemuda Islam sekarang, hanya tahu sibuk berlumba-lumba untuk 'berperang'

dalam permainan... Allahu Rabbi..."

"Semuanya berada di dalam pengetahuan Nya... Jangan risau... Kerana adalah

'aqidah kita, meyakini bahawa setiap yang ditetapkan Nya adalah yang terbaik

buat kita... Tugas kita adalah taat kepada Nya..."

Page 7: Kisah Fb 2013

"Hati ini perlu dijaga... Agar tidak lalai dan tidak lupa untuk mengingati Allah

SWT, mengingati Rasulullah SAW, dan mengingati Umat Islam seluruhnya..."

"Kita Umat Islam, kita mesti jadi hebat..."

"Bukan mudah untuk lalui satu peringkat demi satu peringkat... Kerahan keringat

perlu dicurahkan... Ujian dan cabaran sentiasa menunggu... Kerana itu kita perlu

kuat dan tidak boleh sesekali berputus asa..."

"Di kala umat tengah merintih kesusahan, keperitan, kita masih mahu bergelak

ketawa???..."

"Umat zaman sekarang terlalu manja... Walaupun ada hanya sedikit halangan

atau cabaran, sudah hendak mengalah... Dulu, nak perjuangkan Islam,

ancamannya bunuh, kamu tahu... Namun, pejuang yang sebenar langsung tidak

gentar..."

"Jadilah pemuda yang hebat..."

"Sekiranya kita berjuang untuk jemaah, kita akan futur... Ingat, perjuangan

mestilah hanya untuk Islam..."

"Demi secebis tarbiyah dan ukhuwwah... Sesungguhnya ianya amat berharga,

malah tidak mampu ditandingi oleh isi dunia seluruhnya..."

"Tegurilah aku andai aku silap... Sesungguhnya aku juga hanya manusia biasa..."

"Untuk membentuk kekuatan yang sebenar, tiada jalan pintas mahupun jalan

mudah..."

"Adalah aqidah perjuangan, meyakini bahawa perjuangan menegakkan agama

Islam ini adalah perjuangan yang haq, yang suci dan tiada rugi padanya..."

"Kerana kita tidak ketahui bagaimana pengakhiran hidup kita, juga bila

berakhirnya hidup kita, maka, jangan siakan hidup kita walau sesaat pun..."

"Adalah aqidah perjuangan, meyakini bahawa Allah SWT akan sentiasa

menolong dan bersama hamba-hamba Nya sekiranya mereka menolong agama

Allah... Adalah aqidah perjuangan, meyakini bahawa perjuangan ini akan

berterusan dan tidak akan pernah terhenti sekali-kali hinggalah datangnya

ketetapan dari Allah SWT (Hari kiamat)....

"Adalah aqidah perjuangan, meyakini bahawa setiap yang kita korbankan di atas

jalan perjuangan ini tidak akan sesekali sia-sia... Adalah aqidah perjuangan,

meyakini bahawa tiada musuh samada siapa mahupun apa sekalipun yang

mampu memberi kemudaratan melainkan dengan izin Allah SWT..."

Page 8: Kisah Fb 2013

"Bersikap matanglah anak muda... Jangan berperangai kebudak-budakan..."

Hadis yang cukup menggentarkan hati...

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang

mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang

telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU

sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang

supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu

diperintahkan ...agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke

dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan

membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah

yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari

ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau

bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan

engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan

padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga

dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai

jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah

engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang

Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya

keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya

engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu

diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam

neraka. (riwayat Muslim)

"Oleh kerana perjuangan ini tidak ada padanya kemewahan dan wang ringgit,

maka itulah yang perlu kita keluarkan untuk diinfaqkan kepada perjuangan ini..."

"Dalam perjuangan ini ada 'aqidahnya yang perlu kita hadami... Hadamilah ia

dengan sebenar-benar hadaman..."

"Kalau hanya ingin mencari kepentingan diri atau duniawi, baik tidak payah sertai

Gerakan Islam... Gerakan Islam tidak ada benda-benda macam tu..."

"Ahli gerakan terlibat dengan program Gerakan Islam yang lain, pelikkah?

Langsung tidak pelik kerana kami buat kerja untuk Islam, bukan untuk gerakan..."

"Kebaikan yang dibuat, jika terpesong niat, maka pahala yang asalnya dijanjikan,

akan bertukar kepada azab yang mengerikan..."

Page 9: Kisah Fb 2013

"Kalaulah perbuatan 'cop-mencop' itu menjauhkan jurang antara kita, apa

guna..."

"Usaha aku untuk turun berjuang bukan untuk kepentingan Harakah tapi untuk

menunaikan kewajipanku untuk Islam..."

*Moga niat sebenar tidak lari... Bimbang... Amat bimbang kerana azab menanti

jika terpesong dari landasan...

"Aku mengaku aku bukanlah seorang penuntut yang sentiasa bertalaqqi dengan

guru-guru... Apa yang aku kongsi adalah hanya sedikit sebanyak, apa yang aku

dapat dari apa yang dipelajari secara ringkas dan juga dari sudut pembacaan

dari kitab-kitab... Kerana hanya itu yang aku mampu setakat ini... Maaf..."

"Latihlah diri kita agar selalu dalam keadaan ta'at kepada Allah..."

"Aku cuba untuk kuat, walaupun kadang-kadang aku rasa keseorangan...

Kadang-kadang aku jatuh, aku terpaksa usaha sendirian untuk bangkit...

Mungkin kerana aku kekurangan teman, maka aku keseorangan... Teman untuk

berbual dan bergembira itu ramai jumlahnya, namun teman yang sanggup

berkongsi suka dan duka itu, amat sedikit bilangannya... Benar, Allah sentiasa

ada untuk hamba-hamba Nya, namun fitrah manusia itu tidak mampu untuk

hidup keseorangan... Mungkin silap aku juga kerana tidak pandai berteman..."

"Perjuangan yang masih panjang...."

"Di universiti, pensyarah tidak akan ajar semua... Malah mereka hanya akan

memberi 'kunci' kepada para penuntut ilmu... Selebihnya bergantung pada para

penuntut untuk mendalami ilmu tersebut dengan lebih mendalam..."

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menuqilkan :

"Dan termasuk hal yang aneh, bahkan paling aneh, di mana kamu mengetahui

akan Allah, lantas kamu tidak senang kepada Nya. Kamu mendengar

pengundangan Nya, lalu kamu terlambat untuk mengabulkannya. Serta kamu

mengetahui kadar laba dalam bermu'amalah kepada Nya, akan tetapi kamu

bermu'amalah dengan selain Nya. Kamu mengetahui akan kadar kemarahan

Nya, lalu kamu malah menjalankan hal-hal yang membuat Nya marah. Kamu

akan merasakan penderitaan derhaka kepada Nya, akan tetapi kamu tetap tidak

mencari kesenangan dengan taat kepada Nya. Kamu juga merasakan hati kamu

tidak senang ketika mendengar perkataan selain Nya, lalu kamu tidak rindu untuk

bermunajat kepada Nya atau berzikir kepada Nya. Kamu akan merasakan

seksaan apabila hati mengandalkan kepada selain Nya, dan kamu juga tidak lari

daripadanya untuk menghadap kepada Nya dengan mendapat kenikmatan, atau

Page 10: Kisah Fb 2013

kembali kepada Nya.

Lebih aneh lagi, kamu telah mengetahui bahawa kamu harus memerlukan Nya,

dan kamu paling memerlukan kepada Nya, sementara kamu selalu berpaling dan

kamu selalu mengerjakan apa yang membuatkan diri kamu menjauh dari Nya..."

"Sungguh... Aku telah jatuh cinta... Jatuh cinta pada perjuangan..."

"Ramai yang kata aku kurus... Kurus aku pun aku makan... Umat di luar sana,

masih ada yang tidak dapat menikmati makanan... Mereka lebih utama untuk

dirisaukan dan diambil cakna berbanding aku..."

"Bila peringkat kita semakin naik, maka cabaran dan ujian yang menanti adalah

lebih besar...."

"Fitnah itu sudah menjadi biasa di akhir zaman ini... Yang jadi luar biasa adalah

apabila kita dapat mengharungi dan mengatasinya di akhir zaman ini...""

"Ini adalah masa untuk kita berkhidmat... Bukan untuk bermain-main..."

"Biarlah sakit di jalan ini, asalkan Allah tidak murka..."

"Orang berjuang tidak boleh gentar, orang berjuang tidak boleh mengalah,

kerana orang berjuang bukan orang yang manja..."

"Ayuh berkhidmat untuk Sang Pencipta, Allah 'Azza wa Jalla..."

"Tidak boleh berundur walau selangkah... Ayuh maju menggapai cita-cita

tertinggi..."

"Mati di jalan Allah, adalah cita-cita tertinggi..."

"Aku tidak pinta agar diberikan kereta atau rumah... Yang ingin aku pinta adalah agar timbul kesedaran akan hakikat kebenaran dan kebatilan dalam diri kita

sepanjang mengharungi kehidupan ini..."

"Berkorban... Banyak yang perlu dipelajari dari kalimah ini..."

"Kalaulah dengan nyawa aku dapat menebus untuk kembali menyatukan hati-hati

kami, aku akan cuba untuk sanggupkan diri aku, Ya Allah... kerana nilainya lebih

berharga dari seisi dunia ini..."

"Sungguh panjang perjalanan pada hari ini... bermula pagi dan juga bermula

tengah hari hinggalah ke malam, pukul 11 malam sebentar tadi baru sempat

menjejakkan kaki di rumah... Panjangnya perjalanan hari ini, seiring dengan

beratnya ujian dari Mu Ya Allah... Suatu ujian yang aku tidak kuat untuk

hadapinya, manakan tidak, air mata mengalir deras di pipi, menginsafi betapa

lemahnya diri ini... Namun, itu bukan alasan, itu bukan alasan, kerana aku punya

Page 11: Kisah Fb 2013

tanggungjawab... Tanggungjawab sebagai Umat Islam, dalam berkongsi tarbiyah

dan menerima tarbiyah... Alhamdulillah, dua usrah menjadi santapan hari ini,

menjadi bekalan mengharungi liku perjuangan ini... Sungguh, hanya satu yang

mampu untuk aku ungkapkan... Kalau bukan kerana dakwah dan perjuangan,

aku pasti tidak dapat bertahan..."

"Kalau mudah, itu bukan perjuangan namanya..."

"Kita selalu suka mencari kesalahan musuh hinggakan kita tidak sedar akan

kesalahan dan kesilapan yang telah kita buat..."

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segala perasaan yang terpendam

di hati hamba-hamba Nya..."

"Jangan persiakan masa muda ini... Manfaatkannya untuk perjuangan..."

"Selagi nafas masih ada, selagi itu peluang masih terbuka... Ayuh bangkit..."

"Anak-anak Islam pada hari ini terlalu dimanjakan... Malah mereka banyak terdedah dengan perkara yang melalaikan mereka... Di awal usia mereka dipersiakan dengan begitu sahaja... Sepatutnya mereka diberikan tarbiyah

dengan secukupnya, kerana pada peringkat awal inilah, mereka mudah untuk terima tarbiyah dari kita... Tapi alasan 'mereka masih budak/kanak-kanak' sering

kita katakan..."

"Kita merancang, Allah SWT juga merancang dan Dia lah sebaik-baik

Perancang... Dan segala yang dirancang Nya adalah yang terbaik buat kita..."

"Kita harus merindui agar kita dijadikan Allah sebagai jalan bagi saudara-saudara

kita lainnya. Jalan ilmu bagi teman-teman kita yang merindukan ilmu, jalan rezeki

bagi yang masih fakir..." K.H. Abdullah Gymnastiar

Kata orang yang berkualitas tinggi... "Krisis adalah peluang bagi kita untuk

mengevaluasi kekurangan yang ada. Dengan krisis, siapa tahu kita akan lebih

kreatif? Kita bisa mencari celah-celah peluang inovasi. Pokoknya jangan putus

asa, semangat terus!" - K.H. Abdullah Gymnastiar

"Nak bina rumahtangga Islam, masyarakat Islam, daulah Islam, mestilah bermula

dari individu Islam... Maka, binalah diri kalian mulai sekarang..."

"Kanak-kanak pada zaman moden kini lebih mudah terdedah dengan perkara

negatif dan tidak sihat sejak kecil lagi... Ibu bapa perlu cakna akan hal ini...

Jagalah anak-anak dengan sebaik-baik jagaan... Didiklah anak-anak dengan

sebenar-benar didikan... Kerana kita ingin melahirkan anak-anak yang bakal

membawa panji-panji Islam, yang bakal menggegarkan dunia, suatu hari nanti..."

Jom realisasikan dalam hidup... 

Page 12: Kisah Fb 2013

�ا م�ن� �ن ت� و�أ �م�ر� �ك� أ �ذ�ل �ه� و�ب �ك� ل ر�ي � ش� ، ال �ن� �م�ي �ع�ال ب4 ال �ه� ر� �ل �ي� ل �اي�، و�م�م�ات ي ك�ي�، و�م�ح� �س� ، و�ن �ي� �ت �ن� ص�ال إ

�ن� �م�ي ل �م�س�  ...ال

Sesungguhnya shalat, ibadah dan hidup serta matiku adalah untuk Allah. Tuhan

seru sekalian alam, tiada sekutu bagiNya, dan karena itu, aku diperintah dan aku

termasuk orang-orang muslim.

"Kadang-kadang bila ke masjid atau surau yang tiada kuliah, rasa macam nak

bagi kuliah/perkongsian saja... Tak sanggup lihat masjid atau surau tidak aktif...

Walaupun diri ini sedar tidak layak untuk itu..."

"Kesabaran di atas jalan yang jelas sekalipun panjang dan sukar adalah lebih

mulia dari berada di jalan yang mudah tetapi dipenuhi dengan kesamaran,

kepura-puraan dan kebatilan..."

"Langkah yang diambil setakat ini dan selepas ini, semoga Allah SWT

meredhainya..."

Kemenangan Tertangguh?

Dalam tafsir al-Zilal-nya, Sayyid Qutb menyenaraikan kemungkinan-

kemungkinanyang menyebabkan tertangguhnya kemenangan bagi kaum

mukminin:

Kemenangan tertangguh kerana persediaan umat mukminin belum cukup

matang, belum cukup siap dan belum maksimum sehingga andainya diberi

kemenanganketika itu, kemenangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka

tidak akanmampu mempertahankannya

Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum mencurahkan

seluruhtenaga keupayaannya dan belum mengorbankan segala yang

dimilikinyasehingga tidak tersisa lagi sesuatu yang berharga, sehingga semua

yang ada,yang mahal dan yang murah sudah diserahkan untuk membiayai

perjuangan di jalan Allah.

Kemenangan tertangguh sehingga umat mukminin menggunakan

kekuatanterakhirnya, lalu dengan begitu mereka menginsafi bahawa tanpa

pertolongan Allah, kekuatan mereka semata-mata tidak akan membawa

kemenangan.Sesungguhnya kemenangan akan dikurniakan setelah mereka

menggunakankekuatan terakhir dan kemudiannya menyerahkan segalanya

kepada Allah.

Kemenangan tertangguh agar umat mukminin mempereratkan lagi

Page 13: Kisah Fb 2013

hubungandengan Allah, sehingga pada saat menempuh derita perang mereka

benar-benar merasakan bahawa sesungguhnya tidak ada lagi tempat untuk

mengadu danmeminta selain hanya Allah Yang Maha Esa. Hubungan erat

dengan Allah inilahyang akan menjamin istiqamah mereka nanti apabila Allah

Berkenanmengurniakan kemenangan, bahawa mereka tidak akan menyeleweng

darikebenaran, keadilan dan kebaikan yang kerananya Allah memenangkan

mereka.

Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum benar-benar tulus dalam

perjuangan dengan niat murni semata-mata kerana Allah dan dakwah agama-

Nya. Mungkin masih ada dalam kalangan mereka yang berjuang kerana motif-

motif lain yang tidak murni: mungkin untuk meraih kepentingan tertentu,mungkin

kerana dorongan emosi marah semata-mata, atau mungkin untuk mencari

glamour sebagai jaguh pertarungan atau lain-lain sepertinya, sedangAllah

Menghendaki agar setiap orang berjuang semata-mata kerana-Nya dan di jalan-

Nya. Pada suatu ketika Rasulullah s.`a.w. pernah ditanya tentang seorang yang

berperang kerana dorongan gejojak emosi, seorang lagi berperang untuk

mempamerkan keberanian, dan seorang yang lain berperang untuk menonjol-

nonjolkan diri, siapakah di antara mereka yang berjuang di jalan Allah?Rasulullah

s.

`a.w. menjawab, “Siapa yang berjuang agar Kalimat Allah terjulang tinggi, dialah

yang berjuang di jalan Allah.”

Kemenangan tertangguh kerana masih ada sisa kebaikan pada pihak musuh

yang diperangi. Tuhan menghendaki agar sisa kebaikan itu lenyap sama sekali,

dan hanya tinggal kejahatan sepenuhnya, barulah akan ditimpakan kehancuran

total tanpa ada sisa kebaikan yang turut terkorban.

Kemenangan tertangguh kerana kebatilan yang diperangi itu belum terdedah

sepenuhnya di mata khalayak massa. Andainya kemenangan diraih dalam

keadaan seperti itu, masih akan ada pendukung-pendukungnya yang tertipu

dengan kebatilan yang belum tampak jelas batilnya itu. Dengan kata

lain,kebatilan tersebut masih mengakar pada segolongan orang innocent yang

masih belum dapat melihat hakikat. Allah menghendaki agar kebatilan itu terus

wujud beberapa lama sehingga ia terdedah sepenuhnya di hadapan semua

orang.Dengan demikian kehancurannya nanti tidak akan disesali oleh sesiapa

pun.

Kemenangan tertangguh kerana iklim persekitaran yang belum cukup bersedia

untuk menyambut kebenaran, keadilan dan kebaikan yang dibawa oleh

kaummukminin. Andainya kemenangan dicapai ketika keadaan masih seperti

Page 14: Kisah Fb 2013

itu,sudahnya ia akan ditolak oleh masyarakat yang belum bersedia itu. Biarlah

pertarungan terus berlangsung sehingga jiwa dan minda masyarakat seluruhnya

bersedia menerima kemenangan kebenaran, dan siap untuk

mempertahankannya.

Demikianlah antara sebab, di samping sebab-sebab lain yang Allah sendiri yang

Mengetahuinya, mengapa kemenangan masih tertunda, dan kerana itu

perjuangan dengan segala pengorbanan dan deritanya terus berlanjutan dengan

keyakinan akhirnya Allah akan memberikan kemenangan.

NOTA KULIAH TAFSIR MAUDHUIYY SIRI KE-65 "JANJI ALLAH KEPADA

KAUM MUKMININ: KEMENANGAN BERSYARAT" (Memahami pesan Ilahi

dalam ayat 38-41 surah al-Hajj)

"Aku pilih jalan perjuangan, jalan dakwah dan tarbiyah, bukan kerana aku

seorang yang 'alim... Aku bukan orang yang 'alim tapi kerana aku Muslim, maka

ini adalah jalanku..."

"Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang tercicir di sepanjang

jalan fi sabilillah..."

"Kita beli kitab bukan untuk diri kita sahaja, bahkan untuk orang-orang yang

berada di sekitar kita... Tambahan, kita sendiri tidak dapat pastikan bahawa kita

dapat menghabiskan bacaan kesemua kitab-kitab yang kita beli... Dan ianya

bukan pula alasan untuk kita tidak perlu beli kitab lagi... Sungguh, beli kitab untuk

diri dan orang sekitar kita adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan..."

"Orang yang suka tuduh-menuduh seperti gelaran 'wahabi' terhadap orang lain

perlu belajar juga dahulu... Bukan hanya tahu kata ke orang yang dituduh supaya

belajar... Jangan tuduh orang lain bongkak dengan ilmu, padahal tidak sedar diri

sendiri tengah rasa hebat dan bongkak dengan ilmu yang ada..."

"Sedih apabila melihat ada ustaz yang mengajar orang-orang kampung dengan

pendekatan yang menyusahkan... Sudahlah bila orang kampung tidak faham, dia

bertegas pula memang mereka kena belajar jugak dengan cara dia... Tidak kena

cara dakwah ini... Sedang dakwah mestilah secara 'memudahkan dan jangan

menyusahkan, pergemarkan dan jangan buat orang lari menjauh...'..."

Bulan Muharram akan tiba tidak lama lagi... Dan pastinya Yahudi La'natullah

akan kembali mengganas di bumi Palestin kerana kebencian dan dendam

mereka terhadap Islam tidak pernah putus... Maka bersiap sedialah kita untuk

menghadapi mereka... Biarpun bukan dengan senjata peperangan, namun kita

punya senjata doa untuk saudara-saudara seperjuangan kita di sana...

sentiasalah doakan mereka di sana... Sesungguhnya Allah bersama kita...

Page 15: Kisah Fb 2013

يا قوم والله إن التي تكرهون للتي خرجتم تطلبون, الشهادة, وما نقاتل الناس بعدد وال "

قوة وال كثرة, ما نقاتلهم إال بهذا الدين الذي أكرمنا الله به, فانطلقوا, فإنما هي إحدى

...الحسنيين, إما ظهور وإما شهادة..." - عبد الله بن رواحة

“Saudara-saudara, apa yang kita tidak suka, itulah yang kita cari sekarang iaitu

mati syahid. Kita memerangi musuh bukan kerana kelengkapan, bukan kerana

kekuatan juga bukan kerana jumlah tentera yang ramai. Tetapi kita memerangi

mereka hanyalah kerana agama ini yang kerananya Allah memuliakan kita. Oleh

itu, mari mara ke hadapan. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan:

menang atau mati syahid!! "

"Kuatkan dirimu untuk kuatkan orang lain..."

"Aku ada harapan, aku punya impian, aku pasang cita-cita... Namun, aku tidak

kisah samada berjaya atau tidak, asalkan tiada murka dari Tuhan..."

"Aku tidak pasti samada dapat melalui hari-hari yang sukar ini dengan baik

ataupun tidak... Yang aku harapkan hanyalah rahmat dan pertolongan dari Allah

SWT... Kerana aku hanyalah seorang hamba yang lemah..."

"Kita pejuang Islam... Kita berjuang untuk wujudkan politik Islam, kita berjuang

untuk kembangkan ekonomi Islam, kita berjuang untuk bentuk masyarakat Islam,

kita berjuang untuk membina negara Islam..."

"Aku akan cuba, untuk selalu ada, untuk Islam tercinta ini..."

Dakwah…Sampai bila nak bagi alasan lagi !

Salam perjuangan buat para pendakwah !

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah

dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam dan

tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu

dan teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja : Mahukah anda

bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah

dakwah ???

Kata anak muda yang masih belajar : “ nanti dulu , saya baru daftar university,

saya nak fokus study, belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama, nak bantu

family..exam dah dekat..banyak assigment..saya perlu pastikan kejayaan

cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab dan malas.

Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join

Page 16: Kisah Fb 2013

la dakwah nie…”

Bila dan dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun

lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ saya baru mula

kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat

kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus

pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti

orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap

bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila ana free…tahun nie ana baru

dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak

tunjuk rajin kerja…”

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah

berumahtangga, dia berkata pula : “ Ana baru kahwin..banyak problem…baru

nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak

pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain university..ana belajar kat

oversea…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk

die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula

bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat

pada suami tuu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat

rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…ana involvelah…”

Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata :

“ orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-

tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan

merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik

orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja

dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-

muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas

bersalin…baru ana pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, ana dah jadi bapa..rasa berat

dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga

baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak

ada siapa jaga…ana kena bagi perhatian..kalu tidak nanti kawan-kawan kata tak

pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…”

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan

seterusnya. Setiap kali diajak attend program,attend usrah ia menjawab : “ perlu

masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja

lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…

Page 17: Kisah Fb 2013

tak pa lah…tunggu ana dah free dari semua nie..ana joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak

cari jodoh, dia mula berkata ; “ nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang

banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang

tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U,

nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat

kerja lagi… pening…pening…bagi ana langsaikan semua nie…nak fokus ini

dulu…dah settle nie baru ana hadir…”

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata ; “

saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga

nama baik orang Islam kat company (swasta), ana baru sah gred DG 48 ( sektor

kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat

Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…

tunggu ana nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “ doktor dah sahkan ana sakit

jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga

kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…

hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…

kirim salamlah kat teman-teman…”

Bila sudah pencen, dia berkata: “ Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok

dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…ana

dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak

dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…

korang buatlah…ana dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

Ada pula yang berkata: “ Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U

tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam

tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…

macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak

berhujjah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya

kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh

kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga

seperti kata Imam Ahmad bin Hambal.Orang yang menanti kelapangan untuk

berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya

menempel sahaja di tepi medan.

Page 18: Kisah Fb 2013

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan

dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap

kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman

kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan

allah dengan sebenar-benar jihad…”

- Azizee Hasan

"Rebah bukan alasan untuk mengalah..."

"Manfaatkanlah saki baki hidup ini dengan berkhidmat untuk Islam..."

VIRUS DI PERJALANAN KITA…

VIRUS 1 : GHURUR

Erti: merasa cukup 

(kagum pada diri + merasa diri baik + merendahkan orang lain)

Sebab :

1. Tidak kisah diri sendiri dan meninggalkan muhasabah

2. Tiada nasihat menasihati

3. Melampau dalam agama

4. Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal).

5. Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri.

6. Cenderung kepada dunia.

7. Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan

8. Membezakan mad’u

Kesan Ghurur :

• Suka berjadal (berbantah-bantah)

• Takabbur yang tidak sepatutnya.

• Keras dengan pandangan sendiri

Tanda-tanda:

• Sentiasa merendahkan orang lain

• Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri

Page 19: Kisah Fb 2013

• Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.

Ubat:

1. Ingatkan akibatnya yang buruk

2. Rasa perlu sederhana dalam semua perkara

3. Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselematan akhirat.

4. Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.

5. Membaca kisah-kisah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud.

6. Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul.

7. Meninggalkan orang ghurur

8. Sentiasa menasihati sahabat yang ghurur

9. Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT

Erti : Futur

Sebab :

1. Tasyaddud dan melampau

2. Terlalu banyak bergeluman dengan perkara harus

3. Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri

4. Kurang mengingati mati dan akhirat

5. Melalaikan amalan harian

6. Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram

7. Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juz’i.

8. Membebani badan lebih dari kemampuan.

9. Tiada bersedia menghadapi kesukaran.

10. Berkawan dengan orang yang futur.

11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tidak manhaji.

12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.

Kesan:

- Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu.

- Lambat sampai kepada matlamat

Ubat:

1. Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil.

2. Melazimi amalan harian

3. Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan.

4. Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur.

5. Memahami hakikat sunnatullah.

Page 20: Kisah Fb 2013

6. Memahami tabiat jalan dakwah

7. Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul.

8. Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi.

9. Menghiburkan diri sekali sekala.

10. Sentiasa menatapi buku seerah dan kesah salafus-soleh.

11. Mengingati mati

12. Menghadiri majlis ilmu.

"Senjata tidak dapat memberikan sesuatu kepada kita kerana senjata-senjata

tidak akan berperang dengan sendirinya, namun yang berperang ialah orang

yang membawanya...."

"Akan cuba dan terus mencuba mencari dan mengumpul kekuatan bagi

menghadapi ujian cuti ini... Sungguh, tanpa tarbiyah aku lemah..."

"Sungguh aku masih belum kuat... Bila ingin bangun, jatuh kembali, cuba untuk

bangun lagi, tapi jatuh sekali lagi... Begitulah putarannya... Ya Allah, kuatkanlah

hamba Mu yang lemah ini... Sesungguhnya tiada daya upaya dan kekuatan

melainkan dengan pertolongan Mu, Ya Allah..."

"Tengok perlawanan bola itu best, tapi lagi best jika dapat ikuti program tarbiyah

seperti usrah@kuliah... Kerana nikmat dapat tengok perlawanan bola hanya

dalam 90 minit... Sedang nikmat dapat ikuti program tarbiyah adalah hingga ke

Akhirat..."

"Apakah ma'na kalimah shohwah (صحوة)? Dari sudut bahasa ianya dari : shaha (

iaitu apabila sedar dan jaga, sama ada sedar atau jaga ini ,(يصحو) yashhu (صحا

dari sebab tidur atau mabuk, orang yang tidur adakalanya sedar atau sedar

orang yang mabuk, maka ia atas setiap keadaan adalah kesedaran atas terjaga

setelah hilangnya kesedaran atau kembalinya kesedaran, inilah ma'na ash-

shohwah (الصحوة), kebangkitan.

Umat kita adakalanya dalam satu waktu hilang kesedaran pada dirinya natijah

dari sebab 'tidur' lama atau natijah dari sebab 'mabuk' yang datang secara

mendadak, maka kehilangan kesedaran adalah sebab dalaman dan sebab

luaran.

Sebab dalaman, mencerminkan kejumudan atau kediaman yang menimpa umat

dari saki baki zaman kemunduran, kesalahfahaman terhadap Islam dan

penerapan yang salah.

Di sana terdapat sebab luaran, yang tercermin dalam perang penjajahan yang

terjadi di negeri-negeri kaum Muslimin, bala yang tidak dapat dilawan, bahaya

Page 21: Kisah Fb 2013

perang ini bukan dalam menakluki bumi, akan tetapi bahayanya dalam menakluki

aqal, jiwa, perasaan, kehidupan dan akhlak..."

"Kita terlalu manja... Bila diuji sedikit mula merungut, bila ada halangan sedikit

mula mengeluh, bila sakit sedikit mula putus asa... Sedang perjuangan Islam

bukan untuk dipikul oleh orang yang manja..."

"Islam ibarat air yang mengalir... Walaupun ada batu besar yang

menghalangnya, namun ia tetap akan mengalir di celah-celahnya, ataupun akan

terus menghakis batu tersebut sedikit demi sedikit..."

"Di kala kita sedang seronok dan bersemangat dalam berjuang, ketika itulah

Allah SWT akan menguji keimanan dan kesabaran kita..."

"Semoga dapat mengumpul semula kekuatan yang hilang akibat dari dosa-dosa

yang telah dilakukan... Sungguh, kita tidak akan terlepas dari melakukan

kesilapan... Namun, sebaik-baik insan yang melakukan kesilapan adalah insan

yang kembali bertaubat kepada Tuhan nya dengan sebenar-benar taubat..."

"Sudah banyak kita berehat di dunia ini, tapi kita tidak peduli... Sedang dunia

adalah tempat untuk bekerja bukannya berehat... Allahu Rabbi..."

"Orang yang memperjuangkan Islam akan sentiasa menang dan tidak akan

pernah kalah, kerana tiada istilah kalah dalam perjuangan Islam... Samada

menang mahupun syahid... Itu saja..."

"Perjuangan ini sukar kerana Allah SWT ingin memberikan kepada kita peluang

untuk kita terus-menerus meraih ganjaran dari Nya dengan terus berusaha dan

berusaha dalam perjuangan ini... Kalaulah saat kita dilahirkan itu Islam sudah

pun menang, dan kita sudah tidak perlu berjuang lagi, maka pasti tidak akan

tersisa lagi peluang untuk kita... Namun, aturan yang dibuat Nya cukup cantik

dan penuh rahmat bagi mereka yang beriman dan mengerti akan hakikat

perjuangan... Bahawa perjuangan ini akan kekal hingga ke hari Qiamat dan

orang yang berjuang itulah merupakan orang yang menang..."

"Tanpa tarbiyah kita pasti rebah di tengah jalan... Maka kutiplah tarbiyah

sebanyaknya sebagai bekalan dalam perjalanan ini..."

"Nikmat sihat dan nikmat masa lapang adalah antara nikmat yang sering

manusia abaikan... Allahu Rabbi..."

"Perjuangan adalah suatu pengorbanan..."

"Jangan pernah cuti dari perjuangan..."

Page 22: Kisah Fb 2013

"Apa guna kita punyai tubuh badan yang sihat dan kuat tapi tidak mahu turun ke

medan jihad... Apa guna kita punyai wang ringgit yang banyak tapi tidak mahu

salurkan untuk perjuangan di jalan Allah... Apa guna kita punyai ilmu yang luas,

tapi tidak mahu manfaatkan untuk kepentingan Islam dan Ummah... Sungguh,

tiada guna dan tidak berharga diri kita tanpa kerja buat untuk Islam..."

"Kita semua mesti ingat bahawa hukum 'pergantian' bila-bila masa boleh terjadi.

Meskipun telah menjadi sunnatullah untuk membinasakan negeri-negeri yang

zalim selain umat Islam hingga ke akar-akarnya, tetapi ada aturan khusus untuk

umat Islam iaitu kaedah 'penggantian'. Allah SWT akan membinasakan generasi

Islam yang rosak, kemudian akan menggantikannya dengan generasi yang

soleh, generasi yang patuh dan taat kepada Nya. Generasi yang rindukan jihad,

berjuang, bergerak dan mempersembahkan segala sesuatu untuk Allah SWT

semata. Sunnatullah tersebut akan tetap berlaku hingga akhir zaman. Allah SWT

berfirman yang bermaksud : "...dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan

mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu

(ini)..." (Surah Muhammad : 38)

"Ilmu adalah suatu yang tidak pernah susut nilainya..."

"Kita tidak mahu berpolimik, kita mahu buat kerja..."

"Usrah dibuat adalah untuk mencapai tiga rukunnya iaitu berkenal-kenalan

(ta'aruf), saling memahami (tafahum) dan saling menolong (takaful)... Sedang

Liqa' Fikri/Tafaqquh Fid Deen lebih tertumpu kepada perkongsian dan

perbincangan 'ilmiah..."

"Kerana tiada ilmu dan kefahaman itulah, Islam hanya jadi kebanggaan di mulut

sahaja..."

Ibnu Taimiyah berkata, “Dahulu para rasul dan khalifah-khalifahnya memimpin

umat manusia dalam bidang agama dan dunia mereka. Kemudian terjadi

pemisahan kepemimpinan, panglima-panglima perang memimpin manusia dalam

masalah keduniaan dan acara-acara seremonial keagamaan. Sementara para

ulama memimpin manusia dalam bidang ilmu dan agama.” (Majmu Fatawa)

"Sesungguhnya kita dalam perjalanan pulang menemui Sang Pencipta..."

"Pernikahan bukan semata untuk melengkapkan fitrah antara lelaki dan

perempuan, malah ianya mestilah memacu keduanya ke arah yang lebih dekat

dengan Allah SWT... Kalau lah pernikahan itu menjauhkan diri dari Allah SWT

serta menjadi sebab tidak mahu buat kerja agama, maka muhasabahlah

semula..."

Page 23: Kisah Fb 2013

"Aku beli kitab, aku belajar ilmu agama, bukan kerana aku ulama' tapi kerana aku

adalah orang Islam, kerana aku ingin tahu dan faham perihal Islam dan

perjuangannya, kerana Islam bukan sekadar di tikar sejadah..."

"Semakan semula adalah suatu muhasabah, ianya positif bukannya negatif..."

"Sedangkan Khulafa' ar-Raasyidin pun boleh ditegur/dikritik, apatah lagi Sultan

Melayu..."

"Kita buat kerja Islam bukan kerana kita jemaah itu atau jemaah ini, tapi kerana

kita adalah Umat Islam..."

"Usrah adalah antara sumber kekuatan dan keutuhan gerakan Islam..."

"Tidak kira samada kita orang yang memimpin mahupun orang yang dipimpin,

kita mestilah berjiwa hamba terhadap Allah SWT dan berjiwa rakyat terhadap

manusia di sekeliling kita..."

"Kita sentiasa perlu diberi peringatan dan bimbingan, kerana kita hanyalah

manusia yang lemah..."

"Ancaman yang terbesar bukannya dari musuh tapi ianya dari diri kamu sendiri..."

"Anak muda, fikirlah akan tanggungjawabmu... Jangan hanya tahu berseronok

dan berhibur..."

"Berjuang sekuat manapun, sehebat mana sekalipun, jika tidak jaga hubungan

dengan Allah SWT, maka tiada guna..."

"Kadang-kadang kita kembali bangkit, ada kalanya kita tersungkur lagi, kerana itu

perjuangan dan tarbiyyah ini memerlukan bimbingan dan dorongan dari para

murobbi..."

"Sungguh, perjalanan tarbiyyah diri akan berterusan hingga ke akhir hayat..."

"Degil apakah lagi untuk kita tidak mahu melaksanakan perintah Allah SWT atau

kita memang sengaja menunggu bala yang ditimpa oleh Allah keatas mereka

yang ingkar..."

Situasi yang berlaku di Malaysia kini, mengingatkan kita pada peristiwa yang

berlaku terhadap al-Imam an-Nawawi Rahimahullah, apabila beliau diminta oleh

raja pada zamannya, al-Malik az-Zahir, untuk memberikan fatwa bagi

mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh

yang mengancam negara iaitu tentera Tatar... Tujuan itu pada zahirnya baik

kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh... Harta itu pun hendak

digunakan untuk keperluan jihad... Namun kebenaran tetap perlu

Page 24: Kisah Fb 2013

dipertahankan... Maka al-Imam an-Nawawi enggan mengeluarkan fatwa

tersebut... Apabila disoal oleh al-Malik az-Zahir mengapa beliau tidak mahu

mengeluarkan fatwa itu, maka jawab al-Imam an-Nawawi :

أنا أعرف انك كنت في الرق لألمير بندقدار, وليس لك مال, ثم منc الله عليك وجعلك "

1 وسمعت ان عندك ألف مملوك كلهم عنده حياصة من ذهب وعندك مائتا جارية لكل ملكا

1 عن جارية حق من الحلي فإذا أنفقت ذلك كله وبقيت مماليكك بالبنود الصوف بدال

الحياصات الذهب وبقيت الجواري بثيابهن دون الحلي ولم يبق في بيت المال شيء من

نقد أو متاع أو أرض أفتيتك بأخذ المال من الرعية, وإنما يستعان على الجهاد و غيره

"...باالفتقار إلى الله تعالى و إتباع آثار نبيه صلى الله عليه وسلم

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta...

Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi

seorang raja... Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap

mereka memiliki talipinggang daripada emas... Engkau juga ada memiliki dua

ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan... Jika

engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai

tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa

perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi,

maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu...

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada

Allah dan mengikut jalan nabi Nya s.a.w..."

Maka dari peristiwa ini marilah sama-sama kita mengambil iktibar, terutama buat

pemimpin yang memimpin rakyat sekarang ini... Sesungguhnya tugas pemimpin

adalah melindungi dan menjaga kebajikan rakyat, bukannya menyusah dan

membebankan rakyat, sedang mereka hidup bersenang-lenang... Rakyat tidak

boleh dijadikan korban untuk menjaga kepentingan pemimpin... Mana-mana

pemimpin yang berbuat demikian, maka mereka termasuk dalam kalangan

orang-orang yang zalim...

"...jika kita tidak membawa bahtera mengharungi lautan bergelora, masakan kita

dipanggil nakhoda..jika kita tidak pernah bertempur, masakan kita dipanggil

perwira..demikian, jika kita tidak pernah ditentang dan dilawan, masakan kita

dipanggil pejuang..."

- DrMAZA...

"Perbincangan, perdebatan, tidak ada guna jika hanya ingin mempertahankan

kata-kata sendiri... Ini kerana ianya bukan untuk mencari kebenaran, malah ianya

hanya lah untuk mencari kemenangan bagi pihak sendiri saja..."

Page 25: Kisah Fb 2013

"Sungguh, hidup di zaman muda ini amat mencabar... Semoga kita dapat

melaluinya dengan penuh kebaikan dan manfaat..."

"Antara perangai yang wajib dijauhi oleh anak muda, adalah tidur lewat malam

hinggakan subuh tergadai..."

"Kita mesti lakukan yang terbaik untuk Islam..."

"Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai mangsa bagi keadaan semasa,

adalah kerajaan yang zalim dan bodoh..."

"Kita umat Islam, kita hidup bukan untuk diri kita saja, bahkan untuk seluruh

umat, tidak kira samada Islam mahupun bukan Islam..."

"Berlapang dadalah dalam perkara khilafiyah... Ada urusan lain yang lebih

penting untuk diutamakan..."

Talbis Iblis, belitan iblis, yang menzahirkan kebatilan dalam gambaran yang

haq... Hati-hati, anak muda...

"Huh, syaitan memang bijak menipu daya... Tidak mampu memperdaya anak

muda dengan cinta biasa, maka digunakan pula 'cinta islamik' kononnya...

Padahal tujuannya sama, iaitu melalaikan anak muda dari mengingati dan

mentaati Allah SWT..."

"Cinta sebenar antara manusia adalah menjaga diri dan orang yang dicintai dari

terlalai dalam ketaatan pada perintah dan larangan Allah SWT, juga menjaga dari

terlalai dalam mengingati Allah SWT... Kalau tiada maka itu bukan dinamakan

cinta..."

"Pengkhianat agama juga akan sentiasa ada... Berwaspadalah terhadap

perancangan dan tipu daya mereka..."

"Kita tidak perlu runsing dengan saudara kita di Mesir kerana mereka sedang

berjuang di jalan Allah, hidup mereka mulia, mati mereka syahid, justeru kita

perlu berbangga dengan mereka... Sedang yang perlu kita runsingkan adalah

keadaan umat Islam di tempat kita yang masih lagi terleka, dihanyut dengan tipu

daya dunia...

"Hanya pengkhianat saja yang tahu memutar belitkan isu umat..."

"Ancaman terhadap perjuangan menegakkan Islam bukan sahaja datangnya

daripada musuh yang kafir, namun juga dari musuh yang berselindung di sebalik

selimut, yakni munafiq..."

Page 26: Kisah Fb 2013

"Kebangkitan Islam ibarat seorang ibu yang ingin melahirkan anak... Apabila tiba

masa untuk melahirkan, maka darah akan keluar mengalir... Setelah itu, dengan

izin Allah, lahirlah seorang anak..."

"Masih adakah yang mengaku sebagai pejuang Islam, yang belum bangun solat

Subuh lagi? ..."

ما يصنع أعدائي بي؟ أنا جنتي وبستاني في صدري, أين رحت فهي معي ال تفارقني, أنا

...حبسي خلوة, وقتلي شهادة, وإخراجي من بلدي سياحة

“Apakah gerangan yang akan diperbuat musuh-musuhku kepadaku?

Syurgaku dan kebunku ada di dadaku. Ke mana pun aku pergi dia

selalu bersamaku dan tidak pernah meninggalkanku. Sesungguhnya,

penjaraku adalah tempat khalwatku, kematianku adalah mati syahid,

dan terusirnya diriku dari negeriku adalah rekreasiku.”

...من كتاب الوابل الصيب من الكلم الطيب تأليف ابن قيم الجوزية

"Ya, Malaysia masih aman, jadi buat lah kerja Islam, semaksima mungkin...

Kalau masa aman ini pun tak boleh buat kerja, apatah lagi kalau sekiranya

berlaku apa-apa masalah yang menggugat keamanan nanti..."

"Lazimi tahajjud, jangan hanya tahu terkejut..."

"Bangun awal anak muda... Jangan hanya tahu bertakbir, sedang subuh entah

kemana..."

"Kesusahan dalam perjuangan adalah latihan bukannya suatu halangan..."

"Buat apa kita takut terhadap celaan musuh-musuh yang mencela, sedangkan

kita buat kerja bukan untuk mereka, kita buat kerja untuk Islam, yang mana

penilainya adalah Allah 'Azza wa Jalla..."

"Mungkin kita adalah ahli mana-mana gerakan, namun kita tidak boleh lupa

bahawa kita adalah kader Islam..."

"Kekuatan Umat akan mula hilang sekiranya berlakunya maksiat..."

"Sungguh, buat kerja agama itu satu nikmat..."

"Sedang orang mereka 'asyik berjuang, berjihad di sana... Orang kita pula

sedang 'asyik layan rancangan sempena raya yang tak habis-habis di kaca tv..."

Page 27: Kisah Fb 2013

"Perjuangan bukan atas semangat semata... Jika begitu pasti tidak tahan lama...

Kerana perjuangan mesti di atas dasar iman, ilmu, kefahaman, ukhuwwah, dan

juga semangat..."

"Oleh kerana, amat sukar untuk kita sampai ke sana membantu mereka...

Berusahalah kita di sini, sebagai usaha kita untuk membantu mereka di sana..."

"Mengapa masjid/surau masih lagi tidak dihidupkan? Di manakah perginya para

ustaz yang ada? Di manakah para pemuda yang dahulunya bersemangat

menyahut laungan takbir? Adakah masih sibuk bercuti dan beraya? Bukankah

dahulu kalian yang sibuk ingin melihat Islam menang? Maka apakah usaha yang

telah kalian curahkan? Lalu, apabila Islam tidak menang, kalian sibuk

menyalahkan orang... Sedang kalian tidak melihat kesalahan pada diri kalian

sendiri... Lupakah kalian pada firman Allah SWT,

�ه� ع�ل�ى �ن� الل �م� إ ك �ف�س� �ن �د� أ ن �ى ه�ذ�ا ق�ل� ه�و� م�ن� ع� �ن �م� أ �ت �ه�ا ق�ل �ي �ل �م� م�ث �ت ص�ب� �ة8 ق�د� أ �م� م�ص�يب �ك �ت ص�اب

� �م�ا أ و�ل� أ

ي�ء� ق�د�ير8 �ل4 ش� ك

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal

kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada

peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?"

Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha

Kuasa atas segala sesuatu.

(Surah Aali 'Imran ayat 165)

Oleh itu, sedarlah wahai pejuang..."

"Mereka sanggup pertahankan haq hingga ke hembusan nafas terakhir, sedang

kita, payah sedikit pun sudah mengeluh... Manjanya kita..."

"Umat merintih dan meraung di sana, kamu melalak dan melolong di sini... Apa

benar kamu ini Umat Muhammad? ..."

"Kalau kuliah agama pun tidak hidup, macam mana masyarakat hendak faham

Islam... Apatah lagi kalau nak lihat Islam menang... Jangan asyik salahkan

masyarakat dan lawan kalau kita sendiri tidak usaha dengan sebaik-baik usaha

dan tidak berjuang dengan sebenar-benar perjuangan..."

"Adakah masih kita ingin berseronok dan bergembira, sedang Umat sedang

dibantai oleh regim la'natullah di luar sana? ..."

Kesimpulan ringkas daripada Liqa' Tarbawi Siri 1, 13/08/2013...

Page 28: Kisah Fb 2013

"Sesungguhnya usrah merupakan latihan buat kader-kader gerakan Islam...

Tanpanya, ibarat perlawanan bola sepak yang dibuat tanpa ada latihan

sebelumnya... Ianya merupakan persediaan penting yang perlu dibuat sebelum

turun ke medan yang sebenar... Usrah yang dibentuk hendaklah diterapkan

rukun-rukunnya, iaitu ta'aruf, yakni berkenal-kenalan antara sesama ahli,

tafahum, yakni saling memahami akan keadaan semasa satu sama lain, serta

ta'awun/takaful, yakni tolong-menolong serta menghadapi bersama susah

senang dalam kerja buat... Rasa kebersamaan perlu ada antara sesama ahli...

Jangan sesekali bersangka buruk terhadap yang lain... Kerana usrah mesti

dibina atas dasar iman, ilmu serta ukhuwwah... Berlapang dadalah sekiranya

berlaku perselisihan pendapat, selagi mana hal tersebut dapat diterima di sisi

Syari'at Islam... Tunjukkanlah akhlak Islam yang sebenar... Jangan sampai orang

bukan Islam meluat melihat perangai Umat Islam, dan jangan sampai Islam

terfitnah kerana perangai kita... Semoga Usrah dapat membentuk disiplin yang

hebat buat kader-kader gerakan Islam... Di samping paling penting, dapat

membina asas perjuangan, yakni 'Aqidah yang mantap, serta manhaj

perjuangan, yakni kaedah yang berasaskan Syari'at yang benar, juga perhiasan

perjuangan yang menarik minat, yakni Akhlak Islam yang cantik...

Maka jadilah kita, sebagai penolong-penolong agama Allah... Yang sentiasa ada

untuk mempertahankan Islam dengan harta dan nyawa kita... Yang sentiasa ada

untuk turun ke lapangan dakwah dan tarbiyah... Sesungguhnya 'perniagaan' ini

amatlah menguntungkan, malah tiada ternilai dan tiada ruginya... Bahkan, siapa

yang tidak mahu terlibat, mereka itulah orang yang rugi...

Sesungguhnya seruan ini, ditujukan kepada seluruh Umat, terutama terhadap

golongan muda... Kerana mereka adalah golongan yang berada di tahap

kemuncak dan mempunyai daya tenaga, keupayaan serta semangat di tahap

yang maksimum... Golongan muda jika hidup mereka tidak memberi manfaat

buat Islam, maka sia-sialah umurnya... Wahai anak muda, sesungguhnya Allah

SWT menjadikan dirimu fitrah, suci bersih... Maka, jangan sesekali kamu

mengotorkan diri dengan perkara maksiat terhadap Allah SWT... Jagalah

imanmu itu sebaiknya... Kutiplah pengalaman sebanyak yang mampu... Serta

sabar dan tabahlah dalam menghadapi mehnah dalam laluan ini...

Sesungguhnya kamu adalah permata buat Umat..."

wAllahu'alam...

"Sememangnya kita perlu luangkan masa kita untuk dakwah dan tarbiyah, bukan

hanya menunggu apabila datangnya masa terluang, kerana dakwah dan tarbiyah

bukan sekadar hobi, malah ianya adalah kerja buat utama... tambahan, manusia

itu sentiasa sibuk dengan dunia mereka..."

Page 29: Kisah Fb 2013

"Kita tidak akan dapat mencapai kejayaan yang telah dicapai oleh mereka yang

terdahulu daripada kita sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat yang telah

dicapai oleh mereka. Ujian demi ujian, akta demi akta, merupakan gelombang-

gelombang dan tukul-tukul besi yang memukul golongan-golongan Islam untuk

membersihkan golongan-golongan itu daripada karat-karat yang menjadi

penghalang kepada kebangkitan Islam yang sebenarnya. Percayalah! Makin

banyak akta yang diluluskan maka makin cepat Islam mencapai kejayaan. Makin

kuat tekanan yang dikenakan, kebangkitan Islam akan makin meningkat. Inilah

dia kenyataan yang berlaku dalam sejarah Islam di zaman silam..." - Tuan Guru

Haji Abdul Hadi Awang

"Tidak ada keselamatan bagi kita melainkan dengan Islam, tidak ada jalan keluar

bagi kita dari pada yang kita sedang hadapi melainkan dengan Islam, Islam yang

shahih, Islam yang syumul sempurna, Islam al-Quran dan as-Sunnah, Islam

Sahabat dan orang-orang yang mengikutinya dengan ihsan, Islam yang tidak ada

tambahan dan pengurangan padanya, tidak ada kerosakan bagi pengajarannya

dan tidak ada kecacatan pada nasabnya..." - Dr Yusuf al-Qardhawi

"Jangan biarkan diri dalam kejahilan... Jika tidak tahu, belajarlah..."

"Manfaatkan ruangan di laman sosial ini untuk sampaikan Islam dan kefahaman

mengenainya kepada orang ramai... Jangan menyalahgunakan ia..."

"Sentiasalah ingat serta hulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di luar

sana..."

"Semoga Allah SWT meredhai perjalanan pada hari ini yang begitu padat... Jika

tidak maka sia-sialah masa dan tenagaku serta termasuklah aku dalam kalangan

orang yang rugi... Na'uzubillah..."

"Post-post mereka yang mengada-ngada nak menikah, hanya menunjukkan

ketidak 'mature'-an mereka dan tidak layaknya lagi bagi mereka untuk lalui fasa

membina keluarga sendiri... Tambahan, sedang ketika Ummah membutuhkan

masa dan tenaga mereka untuk berkhidmat, mereka pula sedang

menghabiskannya dengan begitu saja... Tidakkah ada secebis kesedaran, wahai

orang muda? ..."

"Gunakan segala apa yang ada, pada jalan yang diredhai Allah... kerana ianya

adalah amanah..."

"Mujahadah itu memang perit... namun aku tetap mahu tersenyum... kerana aku

yakin di sana menantinya kemanisan dan kebahagiaan... Semoga Allah SWT

thabatkan hati dalam mujahadah..."

Page 30: Kisah Fb 2013

"Jaga hati itu, wahai anak muda... Jangan sampai ianya menjadi senjata bagi

syaitan untuk menjerumuskan kita ke lembah kehinaan..."

"Macam mana hendak peroleh berkat dan rahmat dari Nya, sedangkan kita

sentiasa ingkar pada perintah dan larangan Nya..."

"Rugi bagi mereka yang hanya melihat Syawal pada sudut makanannya,

pakaiannya, duit rayanya, dan juga hiburannya..."

"Semoga kita dapat menghayati erti sebenar Syawal... Yang bukan sekadar

untuk bergembira mahupun bersedih..."

"Bertakbirlah dengan semangat serta rasa syukur... Bukan dengan kelesuan

serta kesedihan..."

"Selamat kembali kepada fitrah..."

"Mengutip dan terus mengutip pengalaman serta mencungkil pengajaran

daripadanya, bagi menghadapi hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi

ini..."

"Masa muda dan belajar inilah peluang untuk beli kitab banyak-banyak... Kerana

apabila semakin meningkat usia, semakin bertambah komitmen dan

tanggungjawab yang memerlukan penggunaan wang..."

"Kadang-kadang apabila terleka, mula tersungkur... Setelah itu, bangun dan

bangkit semula... dan apabila terleka kembali, maka tersungkur lagi.... dan

kembali bangkit lagi... Begitulah putaran hidup... Sukarnya untuk hadapi hidup

akhir zaman ini... Semoga dapat istiqamah atas jalan kebenaran..."

"Mujahadah itu walau perit tapi ada nikmatnya..."

"Ilmu itu luas... Sedang Allah SWT lah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya...

Sedang pada kita hanya ada cebisan halus saja... Maka jangan sombong dan

angkuh..."

"Pertolongan Allah SWT tidak akan turun kepada orang-orang yang malas.

Pertolongan Allah SWT juga tidak akan turun kepada orang-orang yang hanya

duduk diam berpangku tangan. Pertolongan Allah SWT tidak akan turun kepada

orang-orang yang pasif dan tidak mahu bergerak..."

"Jika tidak jaga ikhtilat maka hilanglah kehormatan diri sebagai seorang

muslim..."

Page 31: Kisah Fb 2013

"Tidak bersungguh dalam mendalami ilmu agama, walaupun berada di bidang

itu, malah mempergunakannya semata-mata kerana pointer dan sijil, adalah

sesuatu yang amat memalukan dan tidak beradab..."

"Enam jenis fiqh yang perlu dikuasai pada zaman ini iaitu Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah

perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah

nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah

realiti atau semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan)..."

Diriwayatkan dalam kitab-kitab sirah yang masyhur, bahawa Nabi SAW telah

mengucapkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib berkenaan dengan pendirian

Baginda SAW, yakni :

يا عم, والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أترك هذا األمر, حتى "

"...يظهره الله أو أهلك فيه, ما تركته

Terjemahannya :

"Wahai bapa saudara kesayanganku, demi Allah! Kalau mereka meletakkan

matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, agar aku meninggalkan

urusan ini (menegakkan Islam) nescaya aku tidak akan meninggalkannya,

sehingga Allah memberi kemenangan kepada agama Nya atau aku mati

kerananya..."

"Generasi muda Besut, kalian adalah penyambung perjuangan Islam terutama di

tanah kelahiran kalian... Maka, buatlah persediaan dari sekarang..."

"Perjuangan tanpa noktah, hinggalah pergi menghadap Ilahi..."

"Kebergantungan terhadap Allah SWT adalah kekuatan dalam perjuangan...

Jangan pandang remeh..."

"Sungguh, dapat belajar bahasa arab dahulu sebelum mendalami ilmu-ilmu Islam

adalah suatu kelebihan..."

"Manusia pasti akan kembali kepada Pencipta nya apabila tiba masanya... Maka

carilah bekalan secukupnya sebelum tiba masa itu..."

"Sungguh, amanah itu suatu yang sangat berat..."

"Mengapa kita ingin bermewahan sedang masih ada saudara kita di luar sana

yang dalam kesusahan? ..."

"Kehidupan sepasang suami isteri yang telah berusia, yang menerima

sumbangan baru-baru ini, masih terbayang di benak fikiranku... Sungguh,

Page 32: Kisah Fb 2013

kesusahan hidup yang mereka lalui menjadi tarbiyah buat diriku untuk lebih

cakna terhadap nasib umat Islam di sekitarku..."

"Nak mencapai kemenangan buat Islam, bukan seperti hendak mencapai

kejayaan dalam hal-hal keduniaan... Ianya cukup istimewa dan punyai syarat-

syarat khusus yang perlu dimiliki oleh setiap penggeraknya, bagi mencapai

kemenangan itu..."

"Wahai Syabab... Jangan buangkan waktumu... Jangan bazirkan kudratmu...

Jangan rosakkan hatimu..."

"Pelajari dan kuasailah ilmu-ilmu Islam yang pelbagai... Paling kurang perlu

kuasai asas-asasnya..."

"Teruskan maju ke hadapan, biar walau hanya selangkah demi selangkah...

Jangan sesekali berundur..."

"Mempunyai kepelbagaian perasaan merupakan fitrah bagi insan... Sedang

sebaik-baik insan adalah yang bijak mengatur, mengawal serta meluahkan

perasaan pada tempat yang selayaknya..."

"Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita semua..."

"Zaman sekarang kitab secara percuma dan maya pun boleh dapat... Kalau tak

nak belajar jugak, tak tau lah..."

"Jadilah pemuda pemudi Islam yang hebat... yang sanggup berkorban demi

Islam..."

"Sekiranya tazkirah, kuliah, ceramah pun dihalang, apakah lagi medium untuk

menyampaikan Islam kepada masyarakat? Kata nak perjuangkan Islam... Nak

mengharapkan media, media punah ranah sudah..."

"Dilarang memberi tazkirah antara solat sunat tarawih kerana bimbang

mengganggu kekhusyukan jamaah? Pelik sungguh... Ada penghalang lain yang

lebih besar yang menghalang masyarakat untuk solat, seperti hiburan melampau,

langsung tidak diambil berat... Kalau bab kecil macam ni, cepat je melatah...

Sedang tazkirah adalah sesuatu yang baik, bukan sesuatu yang mencacatkan..."

"Jadikan bulan Ramadhan al-Mubarak, sebagai bulan tarbiyyah dan bulan jihad fi

sabilillah.."

"Tingkatkan amal, juga islah dan tarbiyyahkan diri di bulan Ramadhan... Semoga

kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa..."

Page 33: Kisah Fb 2013

"Ambil lah masa untuk pelajari ilmu al-Quran, dan ilmu hadits, di samping

mempelajari apa yang terdapat di dalam kuliah di universiti mahupun kolej..."

"Nikmat menuntut ilmu... Semakin banyak belajar, semakin banyak ilmu baru

yang dapat... Sungguh, ilmu itu teramat luas... Dan hanya Allah SWT sahaja

Yang Maha 'Alim atas segala sesuatu..."

Persiapan Fikrah :

"Apakah kita telah mempunyai cukup persiapan pemikiran (fikrah) bagi

membawa satu perjuangan yang besar ini? Marilah kita bersikap jujur pada diri

kita sendiri sebagai pemimpin, kita bertanya kepada diri kita sendiri, berapa

banyakkah buku-buku Islam yang telah kita baca dan yang telah kita fahami?

Berapa banyakkah hadits-hadits yang telah kita baca dan kita ikuti, kita

hayati dan kita mengerti? Berapa banyakkah ayat-ayat al-Quran yang kita

tadabbur (merenungi)? Kita harus bertanya diri sendiri kerana tanpa persediaan

(persiapan pemikiran) yang cukup, kita tidak akan dapat menghadapi tentangan-

tentangan yang begitu hebat yang sedang dilancarkan sekarang ini ke atas

pemikiran masyarakat Islam di dalam dan di luar negeri. Musuh-musuh Islam di

dalam dan di luar negeri menggunakan alat-alat yang begitu moden bagi

menyerang pemikiran ummat Islam dan masyarakat Islam. Oleh kerana orang-

orang dan masyarakat Islam ini kurang persiapan fikrah, oleh kerana itulah

mereka boleh dikaburkan dan ditumbangkan dengan mudah, maka oleh kerana

itulah pemimpin Islam dalam semua peringkat mestilah mempersiapkan diri,

kerana saudara-saudaralah sekarang ini ditempah sebagai calon untuk

menyambung perjuangan ini (sedang disambung). Persiapan-persiapan fikrah

mestilah dilaksanakan, dijadikan sebagai program penting dalam pergerakan

pemuda..."

- almarhum Tuan Guru Hj Fadzil Mohd Noor

Persediaan dalam perjuangan...

1. Persiapan fikrah

2. Persiapan jiwa

3. Persiapan gerakan...

"Jangan sesekali merasa cukup dengan 'ilmu yang ada.."

"Masa muda adalah masa berjuang... Kerana dikala itulah keringat usaha dan

tenaga berada di tahap yang maksimum..."

"Jadilah pemuda yang bernilai untuk Islam... Jangan sekali-kali jadi pemuda yang

menyebabkan Islam difitnah..."

Page 34: Kisah Fb 2013

"Apabila usia mula menjangkau 20 tahun (masihi) ini, suatu persoalan mula

kerap bermain di fikiran... Sebenarnya aku ini mahu jadi pemuda yang macam

mana?... Sedang jika ditelusuri perjalanan sejarah pemuda-pemuda Islam, ianya

terserlah sejak pada zaman sebelum diutuskan Rasulullah SAW lagi, dan setelah

itu pada zaman Rasulullah SAW, yang mana ramai dikalangan Para Sahabat

R.'Anhum terdiri daripada kalangan pemuda, dan, hinggalah ke hari ini... Yang

mana pada peringkat pemuda inilah, perjuangan menegakkan al-Haq menjadi

kerja buat utama bagi mereka, pemuda-pemuda yang hebat... Maka, adakah aku

mahu mengikuti jejak langkah mereka dalam perjuangan?... Ataukah hanya

mahu menjadi pemuda yang hanya tahu menghabiskan masa muda dengan

hiburan dan 'keseronokan' dunia?..."

"Walau balik hanya sehari, tetap tak lekat kat rumah... Semoga dapat terus

sibukkan diri dengan perkara bermanfaat... kerana sesungguhnya masa lapang

itu boleh membunuh hati-hati manusia, jika tidak diselia dengan sebaiknya..."

"Ramadhan semakin hampir... Bulan yang penuh kenikmatan dan keberkatan...

Bulan jihad buat pejuang-pejuang Islam..."

Sudah tentu kamu terpaksa melalui era ujian dan cubaan. Kamu akan dipenjara

dan ditangkap. Kamu akan dihalau dan diusir. Segala harta kamu akan dirampas.

Kamu akan dipecat dan rumah kamu akan digeledah. Mungkin ujian ini akan

berlaku dalam tempoh yang lama.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya

berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-Ankabut: 2)

Namun Allah janjikan kamu kemenangan bagi mereka yang berjuang. Allah

janjikan ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan

yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela

dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian

itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang

sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan

memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya

beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik

dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia

yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat

(masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada

Page 35: Kisah Fb 2013

orang-orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri

kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-

penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-

penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada

Allah (dengan menegakkan ugama-Nya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-

pembela (ugama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka

sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami

berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan

musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Al-Saf: 10-14)

Adakah kamu masih mahu menjadi penolong Allah?

- Imam Hasan al-Banna (Antara Semalam dan Hari ini)

Kesilapan dan kekurangan pada 'Alim 'Ulama' bukan satu kecacatan yang boleh

dihukum keras... Malah apabila mereka memperbaiki kesilapan, maka ianya

mengesahkan akan ke'aliman yang ada pada mereka...

Telah berkata Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A'alam an-Nubala' :

كل أحد يؤخذ من قوله ويترك, فال قدوة في خطأ العالم, نعم, وال يوبخ بما فعله باجتهاد,

...نسأل الله المساحمة

"Beranilah untuk bangkit dari kesilapan..."

"Ramai yang risau pasal markah, namun tak ramai yang risau pasal ilmu..."

"Jangan bazirkan masa di waktu pagi begini..."

"Aku hanyalah seorang pemuda yang berusaha untuk lari dari kegelapan

jahiliyyah kepada cahaya kebenaran Islam..."

"Aku mahu usahakan yang terbaik dalam perjuangan ini, sebelum tiba masa,

nafasku tidak terhembus lagi... Aku tahu aku tidak sehebat mereka, namun aku

tetap mahu mengambil semangat serta panduan dari mereka..."

"Kalam taujihat dari para murobbi dan sahabat yang dihantar melalui sms, masih

ku simpan dari dulu, untuk aku jadikan pembakar semangat kala aku lemah dan

juga sebagai perkongsian dalam usrah..."

"Ini bukan masa untuk berperangai kebudak-budakan lagi... Allah SWT kurniakan

kematangan kepada kita, seiring dengan peningkatan usia serta bertambah

beratnya tanggungjawab... Jadilah orang yang matang..."

Page 36: Kisah Fb 2013

"Jangan sesekali kita memberi alasan tidak ada masa untuk berjuang di jalan

Allah, sedang kita punya masa untuk menyatakan alasan tersebut..."

"Pensyarah hanya mampu memberi kunci ilmu kepada kita... Terpulang kepada

kita samada hendak membuka pintu ilmu itu seluas-luasnya atau tidak..."

"Tarbiyah ahli dalam organisasi, itu perlu diutamakan, bukan buat program

semata... Jika tidak, huru-hara organisasi..."

Tahun ke-10 Hijrah

Permudahkan, Jangan Menyusahkan

Abu Musa Al-Asy’ari dikirimkan ke Yaman juga bersama Mu’adz ibn Jabal.

Mereka berpisah masing-masing menuju ke arah pendalaman. Baginda SAW

berpesan kepada mereka berdua, 

 . يسرا وال تعسcرا , وبشرا وال تنفcرا , وتطاوعا

Maksudnya : “Kamu berdua hendaklah memudahkan, jangan menyusahkan,

pergemarkan jangan membencikan hingga orang lari, usahakan sedaya upaya.”

(Muttafaqun ‘Alaih)

Kepada Mu’adz sahaja pula :

إنك سيأتي قوما من أهل الكتاب , فإذا جئتهم فادعهم إلى أن يشهدوا أن ال إله إلى الله

وأن محمدا رسول الله , فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم خمس

صلوات في كل يوم وليلة , فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم

صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم فإن هم أطاعوا لك بذلك فإياك وكرائم

 . أموالهم , واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب

Maksudnya : “Engkau akan pergi kepada orang-orang Ahlul Kitab, bila mereka

berkumpul serulah mereka supaya bersaksikan bahawa tidak ada Tuhan

melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, kalau mereka telah

mematuhi seruanmu itu, khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah

fardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam, maka apabila

mereka mematuhi seruanmu itu, khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah

telah fardhukan ke atas mereka sedeqah yang diambil dari yang kaya dari

kalangan mereka dan diberikan kepada yang miskin dari kalangan mereka. Maka

apabila mereka mematuhi seruanmu itu, maka biarkanlah mereka dengan harta

mereka. Dan takutilah do’a orang yang didzalimi kerana tidak ada pemisah yang

memisahkan di antaranya dengan Allah.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Page 37: Kisah Fb 2013

"Tidak akan sesekali dapat bertahan orang yang berjuang yang dicari olehnya

akan kepentingan dunia semata..."

"Yang mana nak buat amalan tertentu, buatlah, asalkan amalan itu adalah yang

benar, yang diiktiraf syara' dan tidak dihukum ke atasnya sesuka hati... Yang tak

mahu buat pula, terpulang, asalkan jangan sesuka hati menghentam orang dan

jangan pula sesekali pada masa yang sama melakukan maksiat pula sudah..."

"Belajarlah berkenaan pendapat-pendapat yang benar yang terdapat pelbagai

macam... Jangan sesekali belajar hanya satu lepas tu nak menghentam

pendapat yang lain pula... Raikan kepelbagaian pendapat..."

"Kadang-kadang kita terlalu bergalak, hingga tidak sedar hati sudah mula leka dan lalai dari mengingati Allah SWT..."

"Memang payah mahu jaga hati supaya tidak leka dan lalai... Walau apa pun,

tiada alasan yang membenarkan untuk leka dan lalai...."

"Anak muda, kawal lah perangai dan perasaan tu... Jangan melampaui batas dan

jangan sampai melalaikan hati daripada mengingati Allah..."

"Terjunlah dalam perjuangan di sini, untuk bantu perjuangan di sana..."

"Daripada kesilapan lalu aku belajar untuk terus maju ke hadapan..."

"Jangan tinggal tarbiyyah, bahaya..."

"Yang terpenting adalah kita kena buat kerja untuk tegakkan Islam, soal menang

tak menang, bukan urusan kita..."

"Selagi mana kita tidak mahu mengubah sikap kita ke arah lebih baik, selagi itu

kita dalam kerugian..."

"Semoga terus jatuh cinta pada perjuangan menegakkan al-Haq..."

"Aku orang muda... Jiwaku jiwa muda... Namun aku tidak mahu tertipu dengan

umur mudaku..."

"Indah dan nikmatnya hidup dan mati orang-orang yang berjuang..."

'Abdullah ibn Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beri'tikaf di

Makkah dengan meninggalkan tugas jihad :

يا عابد الحرمين لو أبصرتنا... لعلمت أنك بالعبادة تلعب...

من كان يخضب خده بدموعه... فنحورنا بدمائنا تتخضب...

أو كان يتعب خيله في باطل... فخيولنا يوم الضبيحة تتعب...

Wahai saudara yang sedang ber'ibadat di tanah suci.

Page 38: Kisah Fb 2013

Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui.

Saudara hanya bermain dengan 'ibadat.

Siapa yang pipinya berlumuran air mata.

Maka leher kami berlumuran darah.

Kalau kudamu penat di medan kebatilan.

Maka kuda kami penat di medan perang.

"Semoga kuat dan tidak terlalai lagi... Kerana seringkali manusia itu lalai dan leka

dengan angan-angan..."

"Jangan lelah mengejar 'ilmu..."

"Antara pertolongan terbaik yang kita boleh berikan kepada saudara-saudara kita

di luar sana yang dizalimi, ditindas dan ditekan, adalah dengan mengislah diri

kita dan orang sekitar kita, supaya dengan itu akan timbul kesedaran di dalam

diri kita dan orang sekitar mengenai masalah yang menimpa ke atas saudara-

saudara kita di luar sana..."

"Soal orang muda bukan hanya berkisar mengenai cinta, tetapi lebih besar dari

itu yakni perjuangan menegakkan al-Haq..."

"Apa yang tidak penting buat masa ini, letak di tepi dahulu... Fokuskan pada yang

terpenting... Perjuangan..."

"Kemana perginya iman dan kepercayaan insan terhadap Tuhan nya Yang Maha

Berkuasa, apabila lebih takutkan manusia daripada Nya?..."

"Jangan ingat kita hanya ada 'aqad dengan manusia... Sesungguhnya kita juga

punya 'aqad dengan Allah SWT... Yakni melalui 'aqidah Islamiyyah..."

"Jika musuh pun tidak mahu mengalah, mengapa perlu kita mengalah?

Mengalah bukan perangai umat Islam..."

"Nak bermujahadah bukan semudah menyebutnya... Namun, jangan

mengalah..."

"Jangan sesekali ego dan sombong... Sentiasalah muhasabah diri atas setiap

kekurangan dan kelemahan diri..."

"Kita sebagai umat Islam tidak boleh lemah... Tidak boleh terpedaya dan

terpengaruh dengan perhiasan dunia yang menipu..."

"Luangkanlah masa untuk pelajari 'ilmu-'ilmu Islam yang luas itu..."

Page 39: Kisah Fb 2013

"Gerakan-gerakan Islam perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam dakwah

dan tarbiyyah di samping ada kerja buat khusus di dalam gerakan-gerakan

mereka..."

"Sentiasalah memperluaskan ilmu pengetahuan dalam diri... jangan merasa

cukup..."

"Bangunan yang tinggi dan megah bukan untuk dibangga-banggakan...

Sedangkan fir'aun yang dilaknat pun meninggalkan bangunan yang tinggi dan

terkenal hingga ke hari ini..."

"Tanpa jihad, umat ini akan menjadi kawasan bebas yang siap dijarah orang-

orang serakah, darahnya semurah debu, dan tanah-tanah sucinya lebih hina dari

pada seonggok pasir di padang pasir..."

"Letih dalam perjuangan itu biasa... Letih tanpa berjuang itu bahaya..."

"Semoga dakwah dan tarbiyyah terus segar dalam diri walau di mana berada..."

"Sakit tidak terasa kadang-kadang kerana terlalu 'asyik berjuang... malahan jika

duduk bersahaja, akan jadi semakin parah mungkin..."

"Rasulullah SAW yang pasti bagi baginda Syurga pun berjuang habis-habisan,

takkan kita tak mahu dan takut untuk berjuang..."

"Perjuangan ini sememangnya tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang

manja..."

"Manusia fitrahnya sukakan ganjaran, hadiah... kerana itu hati mereka mudah

berbolak-balik, jika tiada iman yang mantap..."

"Sifat takut dalam perjuangan perlu dipadamkan dengan keyakinan serta iman

yang mantap..."

"Jangan berasa cukup dengan secebis usaha, tetapi usahalah semaksima mungkin dalam perjuangan..."

"Perkongsian pengalaman, samada pengalaman sendiri mahupun pengalaman

orang lain, serta perkongsian ilmu, oleh abang-abang, dan murobbi-murobbi,

menjadi satu taujihat buat diri dalam perjuangan ini..."

"Bukan musuh yang kuat, tetapi Umat Islam yang terlalu lemah..." - Ustaz Mat

Razali

"Mencari kata sepakat, itu yang penting, sebab kita kan satu perjuangan, satu

arah tujuan, walau jalan kita berbeza..."

Page 40: Kisah Fb 2013

"Muslimin, Muslimat, semua mempunyai peranan masing-masing dalam

perjuangan ini... Teruskan usaha dan gerak kerja untuk Islam..."

"Tak perlu untuk kita mencari kesalahan orang, namun jika jumpa, nasihatlah,

tegurlah, demi kebaikan bersama..."

"Kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan kita, maka muhasabahlah..."

"Perbincangan dibuat untuk capai kata sepakat, bukan untuk melahirkan rasa

benci..."

"Kami hanya mampu berusaha untuk menyediakan majlis ilmu untuk anak muda

di Besut... Jika ada cadangan, idea, persoalan, mahupun penambahbaikan, amat

dialu-alukan..."

"Panduan daripada abang-abang, murobbi-murobbi, dalam melaksanakan tugas

dakwah dan tarbiyah itu penting..."

"Cara tarbiyah itu walau berbeza, tujuannya tetap sama, pilihlah cara yang

terbaik..."

"Nikmat sebenarnya dapat jadi drebar bawa ustaz ke kuliah-kuliah agama dan

majlis-majlis ilmu..."

"Bangkitlah dari tidurmu, wahai anak muda..."

"Kadang-kadang kita leka... Apabila ada di majlis ilmu, betul-betul mahu jaga

supaya bersih dari kekotoran maksiat, jaga ikhtilat, namun apabila tiba majlis

jamuan, makan, hiburan, ke mana entah perginya penjagaan itu... Allahu Rabbi...

Semoga Allah menyedarkan kita dari kelalaian..."

"Pandang lah sesuatu perkara atas dasar ilmu dan kefahaman dalam agama,

bukan atas dasar hawa nafsu..."

"Amalkanlah ajaran Islam, dengan mengikut apa yang diajar Islam itu sendiri,

bukan ikut suka hati..."

"Biarlah di mana pun kita dicampakkan, Iman dan Islam perlu sentiasa bertapak

kukuh di dalam sanubari kita..."

"Semoga kita tidak hipokrit dalam perjuangan..."

"Semoga jodoh dengan dakwah dan tarbiyah ini berpanjangan hingga ke akhir

hayat..."

"Manusia apabila bermasalah, bukan boleh dibuang, dicampak dan dibiarkan...

Kerana mereka boleh diislahkan..."

Page 41: Kisah Fb 2013

"Tugas kita mengislah, bukan membiar dan tidak ambil peduli..."

"Apa yang lemah kita baiki, apa yang longgar kita kemaskan, apa yang kurang

kita tampungkan..."

"Kita tidak diminta untuk berharap supaya berdepan dengan musuh, jika

berdepan maka terpaksa kita hadapinya... Begitu juga dengan masalah..."

"Salah satu wabak 'asabiyyah yang sukar dikesan di dalam gerakan adalah,

terlalu mementingkan gerakan sendiri... Sedang gerakan-gerakan Islam itu

berada di bawah satu jemaah, yakni jemaah Islam... Sepatutnya mereka saling

nasihat-menasihati, tolong-menolong, kuat-memperkuat antara mereka, atas

dasar Islam, kerana perjuangan mereka adalah untuk menegakkan Islam,

sedang gerakan hanyalah wasilah... Bagi gerakan yang tidak mahu menegakkan

Islam, itu lain pula..."

"Islam mengajar kita tentang batasannya, jangan pula kita melampaui batas...

Islam juga mengajar kita tentang keluasannya, janganlah pula kita

menyempitkannya..."

"Hidup tegur-menegur, nasihat-menasihati, bantu-membantu, bukan tertumpu

pada sesuatu gerakan sahaja, kerana itu bukan ajaran sesuatu gerakan, tetapi

ianya ajaran Islam..."

"Kita tidak mengharapkan bilangan yang ramai... Kita hanya berharap dengan

komitmen dan konsisten anak muda terhadap tarbiyah..."

"Masalah umat Islam... Sesuatu yang tidak boleh lari dari fikiran sebagai seorang

Muslim..."

"Jangan jemu mengajak manusia, walaupun mereka tidak mahu...."

"Kita tidak boleh lelah dalam mengajak manusia ke arah kebaikan..."

"Perjuangan ini, pasti akan disertai dengan air mata... Itu lah fitrah dalam

perjuangan..."

"Letih sikit tak mengapa, terpaksa korban minyak kenderaan tak mengapa...

semoga tidak berkira dalam perjuangan..."

"Kita buat halaqah, untuk beri kefahaman tentang perjuangan, terutama kepada

golongan muda..."

"Kadang-kadang terpaksa korbankan masa, demi dakwah dan tarbiyah..."

"Ambil lah 'ibrah, apabila mereka berjaya dengan tipu daya mereka... Bukan

dengan menyalahkan mereka, kerana memang itu perangai mereka... Tetapi,

Page 42: Kisah Fb 2013

muhasabahlah, mengapa Allah SWT membenarkan mereka melakukan tipu

daya... Muhasabah lah diri kita..."

"Terima kasih kepada semua yang telah sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi

ilmu dan tarbiyyah... Ayuh kita terus pergiatkan lagi..."

"Ukhuwwah itu merentasi wasilah... Kerana ia terikat melalui aqidah..."

"Ayuh berganding bahu tegakkan Islam... Ini bukan masa untuk persoalkan

wasilah... Ini masa untuk berjuang..."

"Lelaki, mahupun perempuan, mempunyai fitrah yang tersendiri... Jadi pandulah

fitrah itu ke jalan yang diredhai Allah..."

"Masa kecil, tak tahu apa, pun sudah banyak menghabiskan masa untuk

berhibur, takkan dah besar nak berhibur lagi... Sudah-sudahlah tu... Tumpukan

pula pada perjuangan... Kita tidak punya banyak masa..."

"Aku bukan hebat dalam 'ilmu, juga bukan hebat dalam perjuangan... Aku cuma

mahu melaksanakan tanggungjawab ku dengan sedaya upaya ku untuk agama

ini..."

"Ramai yang kata, apabila berkeluarga, tanggungjawab semakin besar, itu

benar... tapi aku tidak boleh terima sekiranya berkeluarga menjadi punca

perjuangan tergadai dan terabai..."

"Besut amat tenat... Itu yang mampu aku katakan mengenainya sekarang...

Walaupun digelar bumi Ulul Albab, yang berleluasa sekarang bukannya kuliah

agama, mahupun majlis ilmu, tetapi hiburan serta samseng dan gangster...

Allahu Rabbi..."

"Biarlah walaupun hanya kita yang ada untuk bawa agama ini... Teruskan...

Jangan mengalah..."

"Jangan rancak dan bersemangat semasa Pilihan Raya saja... Itu bukan

perangai pejuang Islam... Pejuang Islam adalah pejuang yang sentiasa berjuang

menegakkan Islam tidak kira masa..."

"Manusia sering menginginkan sesuatu dengan kadar segera, sedang ganjaran

dalam perjuangan ini tidaklah sebegitu... Maka kerana itu, ramai yang tersungkur

di tengah jalan..."

"Islam adalah agamaku, yang akan ku perjuangkan hingga ke akhir hayatku..."

"Selagi yang disampaikan itu adalah benar, walau dari mana-mana gerakan

Islam sekalipun, ambil lah pelajaran dan pengajaran darinya..."

Page 43: Kisah Fb 2013

"Selagi mana di situ ada tarbiyah, kejarlah ia..."

"Suapan tarbiyyah perlu diberikan selalu... Supaya hati tidak lalai..."

"Rugi jikalau kuliah tidak dipergiatkan pada setiap malam..."

"Senang kita di sini, jangan lupa saudara kita di sana..."

"Di dalam Islam membenarkan manusia mencari dan mengumpul harta

kekayaan, Islam juga mengajar manusia supaya ambil peduli perihal Umat..."

"Semoga perjalanan hidup hari ini lebih baik dari semalam..."

"Aku cuma mengutip semangat dan tarbiyyah daripada murobbi-murobbi serta

abang-abang yang tidak jemu berkongsi..."

"Tiada yang paling bahagia melainkan apabila dapat berkhidmat untuk agama..."

"Dalam perjuangan, membutuhkan pengorbanan... Tanpa pengorbanan,

perjuangan tidak akan kemana..."

"Perjalanan hidupku penuh dengan pahit dan manis... Dan yang pahit itu ingin ku

tebus kembali..."

"Kesempatan ini hanya sementara, jangan persia-siakan ia..."

"Aku cuma mahu terus berkhidmat untuk agama ini, sebelum terhembusnya

nafas yang terakhir..."

"Kisah-kisah di dalam al-Quran berkaitan kehidupan manusia adalah untuk

mengkhabarkan bahawasanya kejadian tersebut akan terulang dengan

perjalanan waktu..."

"Dunia ini penuh dengan tipu daya... Sesungguhnya orang yang berjaya adalah

orang yang tidak tertipu dengan dunia..."

"Manusia bernama wanita sememangnya mempunyai peranan dalam perjuangan

menegakkan Islam... Apatah lagi yang bergelar isteri... Terutama isteri bagi

seorang da'ie... Sesungguhnya mereka perlu membebaskan diri mereka daripada

terpengaruh dengan kebendaan serta keinginan yang amat terhadap dunia...

Mereka perlu mengawal diri mereka supaya tidak melebihkan perihal dunia

daripada akhirat... Serta, mereka juga perlu memberikan sokongan, semangat

serta bantuan kepada suami mereka yang berusaha berjuang di jalan Allah,

dengan menjadi sayap kiri dalam perjuangan suami mereka... Kepentingan

perjuangan ini pula hendaklah diutamakan dari keinginan-keinginan mereka

sendiri... Semoga dengan itu mereka akan menjadi isteri yang baik terhadap

suami, serta hamba yang beriman dan beramal soleh terhadap Allah SWT..."

Page 44: Kisah Fb 2013

"Allah SWT menangguhkan dahulu ganjaran buat mereka yang berjuang di jalan

Nya, untuk menguji di antara mereka, siapakah yang ikhlas dan setia, dan

siapakah yang hanya berpura-pura... Serta pastinya penangguhan itu kerana

Allah SWT ingin memberikan ganjaran nikmat yang terbaik, yang kekal abadi,

buat hamba-hamba Nya yang bertaqwa..."

"Kita sedang berada di dalam zaman fitnah... Berhati-hati lah wahai sahabat...

Jangan biarkan Islam difitnah akibat daripada perbuatan kita yang cuai dan

melampau dalam beragama..."

"Samada muslimin mahupun muslimat, semuanya mempunyai tanggungjawab

dan tugas masing-masing dalam menegakkan syi'ar Islam..."

"Ayuh kita melangkah bersama iman dan taqwa..."

"Jalanilah setiap detik dan saat dalam hidup ini bersama dengan kesedaran dan

kefahaman terhadap agama..."

"Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah... Jangan terburu-buru... Ikutlah

batas dan peraturan yang ditetapkan... Semoga mardhotillah berjaya dicapai..."

"Telusurilah sirah perjuangan para Anbiya' serta orang-orang yang setia berjuang

bersama mereka, untuk dijadikan panduan dalam perjuangan..."

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha orang-orang yang

ingin mengangkat kalimah Nya ke puncak tertinggi..."

"Pergiatkan tarbiyyah sehingga sebati dan hadam dalam diri..."

"Jom tingkatkan usaha semaksima mungkin untuk perjuangan, sementara Allah

SWT masih memberi kesempatan..."

"Syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkan manusia... maka,

persiapkanlah diri dan bersedialah dengan benteng iman dan taqwa yang

mantap..."

"Jom lapangkan masa kita untuk tarbiyyah..."

"Turunlah ke majlis 'ilmu... Dapatkan kefahaman tentang agama..."

"Jika kita mengisi masa lapang kita dengan pengisian tarbiyyah, ianya belum

bermakna tarbiyyah dianggap kita sebagai suatu yang penting dalam hidup kita...

Sedang tarbiyyah akan dianggap penting dalam hidup kita, apabila kita bersedia

melapangkan masa kita untuk tarbiyyah..."

"Aku dilahirkan untuk berkhidmat bukan hanya memerhati..."

Page 45: Kisah Fb 2013

"Jangan jemu untuk memberi nasihat dan pengajaran buat diri sendiri dan juga

orang lain...,"

"Sentiasalah berdamping dengan orang yang boleh memberi nasihat dan

pengajaran buat kita..."

"Belajarlah dari kesilapan lalu, untuk terus melangkah ke hadapan..."

"Pengalaman dan kisah lalu bukan untuk dikenang saja, malah perlu diterjemah

ke dalam bentuk pengajaran..."

"Apa yang aku sampaikan, terkena pada aku juga wahai teman, bukan kamu

saja..."

"Aku menyampaikan nasihat dan pengajaran, bukan bermakna aku orang yang

hebat, wahai teman... Aku menyampaikan, hanyalah kerana kesedaranku

terhadap tanggungjawabku, serta kewajipanku, untuk aku kongsikan sedikit yang

aku pelajari dari pengalaman hidupku, yang aku sajikan untuk kalian, supaya

diambil pengajaran darinya..."

"Jangan leka dengan angan-angan, wahai anak muda... Sedarlah dan bangkitlah

dari kelalaian itu..."

"Pastikan persiapan cukup kemas, terutama dari sudut tarbiyyah bagi

menghadapi 'pertarungan' yang akan datang..."

"Tinggalkanlah perkara yang melalaikan, tumpukan kepada perjuangan..."

"Ini bukan masa untuk bermain-main dan bersuka-ria, wahai anak muda...

Tinggalkanlah perkara yang melalaikan kalian..."

"Mantapkan tarbiyyah, wahai anak muda..."

"Kita tidak perlu untuk mengangkat senjata bagi meninggikan syi'ar Islam di

negara kita, yang diperlukan adalah dengan pena dan kata-kata..."

"Kita dilahirkan untuk mengangkat dan memartabatkan agama ini, dari awal

hinggalah akhir hayat kita..."

"Apabila melihat masjid tidak dihidupkan, aku tidak tahu macam mana

masyarakat boleh hidup..."

"Kesempatan ini hanya sebentar, manfaatkanlah untuk agamamu..."

"Berdirilah atas jalan perjuangan ini atas kefahaman serta keterangan yang

nyata... Bukan semata-mata kerana melihat perjuangan ini kuat dan didokongi

ramai..."

Page 46: Kisah Fb 2013

"Jikalau Allah SWT mahu Islam menang sekelip mata, Dia Maha Berkuasa untuk

melaksanakannya... Namun, bukan itu yang dikhendaki Nya... Kerana Dia ingin

menguji dari kalangan hamba-hamba Nya, yang mana benar-benar ikhlas dan

bersungguh, berjuang untuk memenangkan Islam... Supaya nanti Dia akan

menganugerahkan kepada pejuang-pejuang Islam yang sejati dengan syurga

yang penuh nikmat, serta membalas mereka-mereka yang menentang dan

menghalang, dengan neraka yang penuh azab..."

"Ya Allah, ampunilah mereka yang tidak tahu, kerana bukan sengaja mereka

tidak tahu tetapi mereka telah disekat untuk ambil tahu akan kebenaran itu..."

"Semoga bumi yang ku pijak ini bakal menjadi kubu kuat Islam suatu hari nanti..."

"Semoga bumi yang ku pijak ini terus subur dengan kuliah-kuliah agama..."

"Allah SWT sedang menguji kita... menguji sejauh mana bukti keikhlasan serta

kecintaan kita terhadap Nya dan perjuangan Islam... Oleh itu, kita perlu tetap

istiqamah atas jalan fi sabilillah, walau apa saja yang berlaku..."

"Aku anak muda, kerana itu aku tidak mahu mensia-siakan waktu mudaku..."

"Buktikan pengucapan kalimah syahadah kita dengan turun ke medan

perjuangan..."

"Mereka yang aktif dalam usrah, kuliah agama, serta organisasi-organisasi

tertentu, pasti akan menjadi tumpuan musuh untuk dipantau... Inilah realiti yang

berlaku... Jadi perhebatkan lagi usrah, kuliah agama serta penglibatan dalam

organisasi yang memperjuangkan al-Haq..."

"Cuba mewujudkan cyber troopers untuk merisik dan memantau pelajar? Buat

lah apa pun... al-Haq pasti akan menang juga..."

Hadits di bawah ini pasti akan aku jadikan sebagai pencetus semangat untuk aku

terus melangkah lebih jauh, dalam perjuangan ini...

Dalam hadits shahih riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dll ditegaskan

bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أشد الناس بالء األنبياء ثم األمثل فاألمثل يبتلى الرجل على حسب دينه فإن كان في دينه

فما يبرح البالء بالعبد حتى  صلبا اشتد بالؤه وإن كان في دينه رقة ابتلي على قدر دينه

يتركه يمشي على األرض وما عليه خطيئة

“Orang yang mendapat cobaan paling berat adalah para Nabi, lalu orang-orang

yang semisalnya dan orang yang semisalnya,seseorang diuji sesuai kadar

agamanya, apabila agamanya kuat maka bertambah besar pula ujiannya, dan

Page 47: Kisah Fb 2013

apabila agamanya lemah maka dia diuji sesuai kadar agamanya. Dan senantiasa

seseorang mendapat ujian sampai dia berjalan di atas bumi dan tidak

menanggung dosa.”

"Aku yang masih mentah dalam perjuangan ini, mahu terus belajar, dan mahu

terus belajar, akan perjuangan ini..."

"Sedih, bila mengenangkan pada tanah yang aku berpijak ini, orang Islam sendiri

tidak mahu melihat kebangkitan dan kegemilangan Islam... Malah menjadi

penghalang pula terhadap kebangkitan Islam... Sedang orang bukan Islam,

langsung tidak menghalang, malah memberi sokongan pula..."

"Jika mereka ada samseng di pihak mereka, maka kita ada Allah bersama kita...

Dalam perjuangan tidak boleh takut terhadap musuh..."

"Perjuangan menegakkan al-Haq sememangnya penuh dengan cabaran dan

rintangan... dan ia merupakan ujian yang perlu ditempuhi oleh pejuang-pejuang

Islam... dan kemenangan serta kejayaan tidak akan terhasil jika gagal dalam

ujian tersebut..."

"Adanya masjid bukan bermakna sudah cukup Islam kawasan kita, kerana pada

zaman Nabi SAW, orang munafiq pun turut membina masjid mereka sendiri..."

"Bila rakyat angkat, jangan anggap diri kamu sebagai tuan, hingga boleh

melakukan apa saja yang kamu suka... Ingat, jika rakyat mampu mengangkat

kamu, rakyat pasti mampu menghumbankan kamu..."

"Dalam Islam ada hududnya (sempadan/batasan)... Jika kita terkeluar dari

sempadan tersebut, maka kita mungkin termasuk dalam kalangan orang-orang

yang ekstrim dan melampau, ataupun orang-orang yang jumud dan cuai..."

"Semoga setiap yang dirancang dan setiap yang diusahakan, sentiasa mendapat

rahmat, berkat serta redha dari Nya..."

"Sampaikanlah 'ilmu kepada yang tidak hadir... Jangan kedekut 'ilmu..."

"Orang muda berjiwa muda itu biasa, orang muda berjiwa pejuang itu luar

biasa..."

""Jangan sesekali memperguna dan memperalatkan agama untuk kepentingan

duniawi..."

"Semoga diri ini sentiasa bersedia untuk ditarbiyyah..."

"Walaupun mereka berusaha untuk menyekat, namun kita tetap perlu teruskan

majlis 'ilmu kerana 'ilmu itu adalah amanah yang perlu disampaikan kepada

Page 48: Kisah Fb 2013

semua, tidak kira pangkat mahupun darjat... sedang sekiranya amanah itu disia-

siakan, maka nantilah saat kehancuran..."

"Hasil didikan dan bimbingan yang diterima sepanjang hidup hinggalah ke saat

ini, inilah aku... Alhamdulillah... Terima kasih atas segalanya, para pendidik ku..."

"Ada 'ilmu-'ilmu yang penting yang perlu diajar tetapi tidak disukai oleh beberapa

golongan manusia. Umpamanya tidak digemari oleh kerajaan-kerajaan yang

zalim atau oleh orang-orang kafir. Jadi apakah kita akan bersikap

menyembunyikan 'ilmu ini? Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman :

�اه� �ن �ي �ع�د� م�ا ب �ه�د�ى م�ن� ب �ات� و�ال 4ن �ي �ب �ا م�ن� ال �ن ل �ز� �ن �م�ون� م�ا أ �ت �ك �ذ�ين� ي �ن� ال �ك�  إ �ئ �ول �اب� أ �ت �ك �اس� ف�ي ال �لن ل

�ون� ن �ه�م� الالع� �ع�ن �ل �ه� و�ي �ه�م� الل �ع�ن �ل ي

Yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami

turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami

menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan

dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,"

(Surah al-Baqarah ayat 159)

Allah juga berfirman :

�ون� ف�ي �ل �ك �أ �ك� م�ا ي �ئ �ول �يال أ 1ا ق�ل �م�ن �ه� ث ون� ب �ر� ت �ش� �اب� و�ي �ت �ك �ه� م�ن� ال ل� الل �ز� �ن �م�ون� م�ا أ �ت �ك �ذ�ين� ي �ن� ال إ

�يم8 �ل �ه�م� ع�ذ�اب8 أ 4يه�م� و�ل ك �ز� �ام�ة� و�ال ي �ق�ي �و�م� ال �ه� ي 4م�ه�م� الل �ل �ك �ار� و�ال ي �ال الن �ه�م� إ �ط�ون ب

�ار� ه�م� ع�ل�ى الن �ر� ص�ب� ة� ف�م�ا أ �م�غ�ف�ر� �ال �ع�ذ�اب� ب �ه�د�ى و�ال �ال �ة� ب و�ا الض�الل �ر� ت �ذ�ين� اش� �ك� ال �ئ �ول أ

Yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan

Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka

itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api,

dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan

menyucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih."

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa

dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!"

(Surah al-Baqarah ayat 174-175)

Page 49: Kisah Fb 2013

Rasulullah SallAllahu 'alaihi Wassalam bersabda :

حدثنا أحمد بن بديل بن قريش اليامي الكوفي حدثنا عبد الله بن نمير عن عمارة بن زاذان

عن علي بن الحكم عن عطاء عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

من سئل عن علم ثم كتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار وفي الباب عن جابر وعبد الله

 بن عمرو قال أبو عيسى حديث أبي هريرة حديث حسن

الجامع الصحيح للترمذي

حدثنا موسى بن إسماعيل ثنا حماد أخبرنا علي بن الحكم عن عطاء عن أبي هريرة قال

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من سئل عن علم فكتمه ألجمه الله بلجام من نار

 يوم القيامة

 سنن أبي داود

"Sesiapa yang ditanya kepadanya sesuatu ilmu yang dia memang

mengetahuinya tetapi dia enggan beritahu (menyembunyikannya), maka

mulutnya akan dikekang dengan besi neraka."

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Abu Dawud)

Kita berkewajipan menjelaskan Islam secara menyeluruh kepada setiap orang

Islam malah kepada setiap manusia. Tetapi ini bukan pula bermakna yang kita

tidak perlu kepada hikmah dan berwaspada dari ancaman musuh atau waspada

dari terjerat menjawab masalah-masalah yang dirancang untuk menyusahkan

kita. Semua ini perlu diambil perhatian yang kita berkewajipan mengajar

mengajar semua perkara merangkumi seluruh persoalan, aqidah, 'ibadat dan

manhajnya biarpun dalam keadaan yang sungguh berat..."

- Sa'id Hawwa, Jundullah Tsaqafah wa Akhlaqan

"Aku adalah pemuda dan amat rugi sekiranya aku gagal untuk turut serta

membantu mengembalikan kegemilangan Islam..."

"Jihad ta'lim perlu dipergiat dan diperluas lagi terutama di tanah Besut yang

dicintai ini..."

"Jihad lisan ialah bersungguh-sungguh menentang penyelewengan secara lisan

supaya orang-orang yang berkenaan itu kembali semula kepada agama Islam.

Manakala jihad ta'lim pula ialah berusaha bersungguh-sungguh mengajar,

Page 50: Kisah Fb 2013

memberi 'ilmu dan mendidik orang-orang yang mahu (menghayati) Islam..." -

Sa'id Hawwa dalam Jundullah Tsaqafah wa Akhlaqan

"Ini adalah masa untuk menumpu kepada perjuangan, bukan masa untuk fikir

yang bukan-bukan..."

"Kebangkitan kami bukan 5 tahun lagi, kerana kebangkitan kami bermula dari

sekarang..."

"Kami tetap akan bersama Ulama' yang perjuangkan kebenaran..."

"Apa sahaja tindakan yang mereka ingin ambil, jangan sesekali kita berganjak

dari kebenaran..."

"Usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam di tanah air yang dicintai ini

menjadi semakin sukar, namun ianya bukan alasan untuk kita mengalah dalam

usaha ini... Pengorbanan yang lebih besar, itu yang diperlukan..."

"Besut yang dicintai terus dinodai oleh tangan-tangan mereka yang tidak mahu

melihat masyarakat kembali kepada fitrah (yakni Islam)..."

"Mereka mula menyekat kuliah-kuliah ilmu yang tidak berpihak kepada mereka...

Serta menggantikannya dengan pengkuliah-pengkuliah yang memihak kepada

mereka, malah yang semakin cuai dalam menyampaikan ilmu... Semoga Allah

membalas mereka dengan pembalasan yang setimpal..."

"Jaga hati, jangan biar ianya lalai..."

"Semoga setiap langkah kita di atas muka bumi ini, sentiasa di bawah bimbingan

Allah SWT..."

"Di kala orang lain sedang sibuk mencari wang ringgit untuk mengukuhkan

kewangan, aku pula hanya menggunakan wang ringgit yang ada, untuk aku cuba

salurkan pada jalan yang Allah redha... Kerana aku lebih takut jika aku tewas dan

lalai dengan wang ringgit, berbanding jika aku sedikit kesusahan, kerana tidak

memiliki wang ringgit... Bukan aku minta untuk hidup susah tapi aku cuba ingin

salurkan yang terbaik buat agamaku... Biarlah susah senang ini hanya untuk

Islam..."

~ Mencari wang ringgit itu satu keperluan pada zaman ini bagi meneruskan

hidup, itu tidak boleh disangkal lagi, cuma dalam perihal perjuangan, bagiku,

tiada kompromi dalam wang ringgit...

"Sesuai dengan tarafnya sebagai asas tarbiyyah, aku kira usrah itu perlu ada

dalam jadual tetap bukan jadual sampingan..."

Page 51: Kisah Fb 2013

"Aku bukannya hebat... Dan bukan pula yang punya ilmu yang banyak... Aku

cuma, belajar dari orang sekeliling ku..."

"Semangat mampu berbolak-balik, jika tiada panduan tarbiyyah..."

"Mungkin sedikit penat, namun senyuman tetap terukir kerana dapat menghantar

adik ke usrah... Alhamdulillah..."

"Jadikan tarbiyyah sebagai rutin utama dalam hidup... Bukan hanya

sampingan..."

"Ayuh teman-teman, mulakan usaha dari sekarang... perjuangan bukan untuk

ditangguh-tangguh..."

"Cukup terkesan dengan khutbah Juma'at yang disampaikan oleh al-fadhilUstaz

Haji Adam Mat Said di Masjid Darul Iman, Kg Lahar, tengah hari tadi... Jangan

kita merasa terlalu hebat, hinggakan apabila tewas, kita terus menunding jari

kepada pihak lawan kerana tipu muslihat mereka, sedangkan kita sendiri yang

masih lemah dan kurang pengharapan kepada Allah SWT... Muhasabah buat

pejuang-pejuang di jalan Allah..."

"Cara orang Islam sendiri mengawal masjid demi untuk menjaga kepentingan,

sama seperti cara halus yang digunakan oleh musuh Islam untuk menjatuhkan

Islam... Macam mana kita tak menentang mereka?..."

"Terharu mendengar ucapan serta pesanan dari Ayah Chik, yang mahu melihat

anak muda bangkit berjuang menegakkan kebenaran..."

"Mereka terlalu ego sehinggakan mereka sanggup mengorbankan Islam, untuk

kepentingan mereka sendiri...."

"Setiap daripada kita akan dipersoal tentang amanah... Jangan ambil remeh

tentang amanah..."

"Macam mana masyarakat nak sokong dan dokong Islam, kalau hidup mereka

sentiasa disajikan dengan dikir barat, hiburan melampau, serta konsert maksiat...

Masyarakat sepatutnya disajikan dengan majlis-majlis ilmu, dan kuliah-kuliah

agama..."

"Menang atau kalah, kita tetap perlu turun padang untuk membantu masyarakat

serta menyeru mereka kepada Islam.."

"Majlis-majlis ilmu, program-program bermanfaat, perlu dipertingkatkan bagi

melawan mereka yang suka mengadakan konsert, pesta serta hiburan yang

maksiat dan melampau-lampau..."

Page 52: Kisah Fb 2013

"Tingkatkan kefahaman kita mengenai Islam dan perjuangan menegakkannya..."

"Sabar tidak bererti menerima baik kezaliman..."

"Keadilan yang dipalsukan... Sedang kezaliman disebar luas..."

"Penyalahgunaan kuasa, rasuah, fitnah adalah perkara biasa di akhir zaman ini...

Maka jadilah kita yang luar biasa... dengan berpegang teguh dengan Islam..."

"Di kala ramai yang peduli akan nasib Umat, masih ramai juga yang bersikap

tidak mahu ambil tahu..."

"Bangkitlah dari sekarang, wahai anak muda..."

"Besut... Masih banyak perlu diusahakan... Untuk menegakkan syi'ar Islam di

sini... Dan tugas itu, tertanggung atas bahu kita, wahai masyarakat Besut,

terutama anak-anak muda..."

"Harta yang aku ada sekarang, bukan kepunyaan ku... Aku hanyalah orang yang

berusaha untuk mengurus dan menyalurkan harta tersebut ke arah jalan yang

diredhai Allah..."

"Biarlah PRU yang akan datang, tiba lima tahun lagi, namun usaha mentarbiyyah

masyarakat bermula dari sekarang..."

"Jangan lupa untuk teruskan munajat kita kepada Allah SWT..."

Yakinlah dengan kebenaran perjuangan ini serta yakinlah dengan janji

Allah buat orang yang berjuang

"Bagiku, ini adalah permulaan perjuangan buatku... Dan perjuangan ini perlu aku

kekal di atasnya hingga akhir hayat hidupku..."

"Yakinlah dengan kebenaran... Tetaplah bersama dengannya..."

"Tahniah buat semua pejuang-pejuang Islam... Kalian sudah lakukan yang

terbaik kali ini... Dan kalian pasti dapat lakukan yang lebih baik untuk masa akan

datang... Teruskan usaha, istiqamah, dan jangan sesekali berputus asa... Allahu

Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar..."

"Kami anak muda menyokong penuh perjuangan Islam di bawah pimpinan

'Ulama'..."

"Teruskan usaha dan gerak kerja di saat-saat akhir... Jangan terlalu senang

dengan penilaian awal hingga boleh melalaikan dari melaksanakan tugas dengan

baik... Semoga Allah mengurniakan kemenangan buat kalian wahai pejuang-

pejuang Islam..."

Page 53: Kisah Fb 2013

"Malu apabila yang dah Islam sejak lahir, apabila besar tak nak kepada Islam...

Sedang banyak yang bukan Islam, yang ingin pelajari dan mendalami Islam,

malah menyokong Islam..."

"Kami tidak mahu melihat hiburan-hiburan serta konsert-konsert maksiat

berleluasa di tempat kami... Kami mahu melihat majlis-majlis ilmu, ceramah-

ceramah serta kuliah-kuliah agama, berkembang pesat di tempat kami..."

"Mengapa perlu takut dan bimbang bila dituduh dan di'cop' sebagai pekerja amal

Islami, sedang dalam masa yang sama ruang terbuka luas untuk dituduh dan

di'cop' sebagai pekerja yang buruk..."

"Bila mendengar bicara, sentiasa mahu dapatkan berita kemenangan, namun

apabila tiba masa untuk gerak kerja dan tugas, pelbagai alasan diberikan..."

"Walaupun umur masih tidak mencukupi untuk mengundi memilih pemimpin,

biarlah kesedaran tentang pemimpin yang baik dan buruk itu ada dalam diri..."

"Berfikir tentang betapa pentingnya Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung

tidak lama lagi, kerana ianya menentukan masa depan Umat Islam di negara

ini... Adakah mahu dikekalkan pemerintah yang sering melalaikan diri dan rakyat

dengan pelbagai hiburan dan maksiat, ataukah mahu menukarnya dengan

pemerintah baru yang sentiasa memenuhi masa mereka dengan rakyat dalam

majlis-majlis ilmu... Anda pasti ada jawapannya..."

"Ampunilah aku atas kecilnya usahaku untuk agama Mu, Ya Allah..."

"Ambil lah 'ibrah dari sejarah serta peristiwa lalu, ianya bukan untuk dikenang

semata-mata..."

"Mendekati dan memahami masyarakat bukan tugas pemimpin sahaja, malah

tugas kita juga sebagai anggota masyarakat..."

"Biarlah mencari duit nanti, adalah untuk perjuangan Islam... Bukan semata-mata

untuk kehidupan sendiri..."

"Aku cuba untuk belajar, dari pengalaman hidupku, dan juga dari pengalaman

hidup orang lain, serta belajar dari keadaan sekeliling ku..."

"Pertingkatkan usaha, curahkan ia semaksima mungkin..."

"Jihad itu usaha yang maksimum, bukan sekadar buat ikut suka hati, ala kadar

saja, sedang kemampuan yang ada lebih lagi..."

"Berdirinya aku bukan untuk jemaah, mahupun parti, tetapi berdirinya aku adalah

untuk Islam..."

Page 54: Kisah Fb 2013

"Mereka telah berusia, namun semangat mereka berjuang mengalahkan orang

muda... Tak malukah kita, wahai orang muda?..."

"Mereka telah berusia, namun semangat mereka berjuang mengalahkan orang

muda... Tak malukah kita, wahai orang muda?..."

"Aturlah dirimu berlandaskan agama, dan jangan sesekali biarkan agama diatur

oleh dirimu..."

"Kita tidak boleh membiarkan urusan agama mengikut selera dan citarasa kita,

malah kita lah yang perlu menjadikan selera dan citarasa kita mengikut agama..."

"Jangan rasa diri saja yang betul, orang itu salah, orang ini salah... Kebenaran itu

bukan datang dari manusia, ianya dari Allah SWT..."

"Ujian bukanlah pematah semangat untuk terus maju ke hadapan... Bukankah

kejayaan itu akan hadir setelah lulus ujian?"

"Dikenali ramai bukan syarat untuk berjuang..."

"Luka dalam pengorbanan lebih bernilai dari luka dalam kejahilan..."

"Adalah suatu keperluan kepada pengalaman dan ujian, malah ujian yang

pertama tidak mencukupi bagi menilai golongan yang bersemangat malah

hendaklah diuji berkali-kali..."

"Mengabaikan kehormatan rakyat merupakan kemungkaran yang amat mungkar.

Memanipulasi hasil pilihanraya merupakan kemungkaran yang amat mungkar.

Tidak mahu memberi kesaksian terhadap hasil pilihanraya merupakan

kemungkaran yang amat mungkar, kerana hal ini termasuk menyembunyikan

kesaksian. Menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya merupakan

kemungkaran yang amat mungkar. Mencuri kekayaan milik rakyat merupakan

kemungkaran yang amat mungkar. Menimbun barang yang diperlukan rakyat

kerana kepentingan peribadi atau golongan tertentu merupakan kemungkaran

yang amat mungkar. Menzalimi manusia dengan cara-cara yang jahat tanpa

melalui prosedur mahkamah yang adil merupakan kemungkaran yang amat

mungkar. Menyeksa manusia di penjara dan tahanan merupakan kemungkaran

yang amat mungkar. Menyerahkan wang rasuah, menerimanya dan

menghantarkannya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Mencari

muka dihadapan pemimpin dengan cara yang batil dan mengipas-ngipaskan

asap dihadapannya merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Setia

terhadap musuh Allah dan musuh umat adalah kemungkaran yang amat

mungkar.

Begitulah kita mendapatkan cakupan kemungkaran yang amat luas dan semakin

Page 55: Kisah Fb 2013

luas, meliputi hal-hal yang dianggap manusia sebagai masalah politik.

Maka apakah orang Muslim yang masih memiliki ghirah terhadap agamanya dan

menghendaki keredaan Rabb masih tetap akan diam mematung saja? Ataukah

justeru dia menghindar dari medan, melarikan diri dari menghadapi pelbagai

kemungkaran ini, kerana takut atau mementingkan keselamatan dirinya sendiri?"

"Ujian, rintangan, cabaran, halangan... itu semua sunnah dalam perjuangan..."

"Masalah itu suatu yang biasa... Yang penting, usaha dan cara menyelesaikan

masalah..."

"Ini bukan perjuangan parti, ini adalah perjuangan Islam..."

"Antara bekal ku di jalan ini adalah keyakinan... Keyakinan bahawa aku mampu

lalui semua ini..."

"Sama ada orang kenal mahupun tidak, tugas tetap perlu dilaksanakan..."

"Aku serahkan segalanya kepada Mu, Ya Allah..."

"Kadang-kadang, tanpa sedari, air mata mula mengalir, membasahi pipi..."

"Untuk mereka yang tersayang, aku perlu usaha lebih keras lagi..."

"Kami anak muda Islam, tidak ingin meminta supaya dijanjikan dengan wang

ringgit, apatah lagi dengan hiburan yang melalaikan... Yang kami mahukan agar

budaya dan majlis ilmu dihidupkan dan dipergiatkan... Kami mahu melihat Islam

berkembang luas dan pesat di tanah air kami..."

"Semangat, semangat juga... Tarbiyah jangan dilupa..."

"Segelintir Umat Islam apabila mempunyai puak atau gerakan atau parti tertentu,

mereka sering mendakwa bahawa mereka terikat dengannya... namun, mereka

sering lupa bahawa mereka terikat dengan Islam, undang-undang Islam, gerak

kerja Islam... Inilah penyakit 'asabiyyah..."

"Umat Islam wajib tolak politik kotor, ganas, fitnah dan lucah... politik sebegitu

bertentangan dengan ajaran Islam..."

"Kebenaran itu mendapat kekuatan daripada ciri-cirinya yang bersandarkan

kepada dalil-dalil yang sahih, bertepatan dengan fitrah yang salimah, disokong

oleh pandangan akal yang lurus dan diperkukuh oleh realiti yang disaksikan

dalam kehidupan manusia. Tetapi masalah-masalah yang mendatang dalam

kehidupan menutup pandangan mata, hawa nafsu menguasai diri dan

memenangkan kebatilan terhadap jiwa, menghalang daripada terserlahnya

Page 56: Kisah Fb 2013

kebenaran dan menghalang meninggikan kalimah Allah. Sehinggalah kalimah

Allah ini mempunyai kekuatan yang menyokongnya, melindunginya daripada

tenggelam dan mengawal bentengnya. Inilah Sunnah Allah dalam hal tolak-

menolak persaingan antara kebenaran dan kebatilan..." - Profesor Manna' Khalil

Qaththan

"'Ulama'-'ulama' rasmi atau 'ulama'-'ulama' kerajaan sentiasa mengeluarkan

kenyataan di dalam pelbagai perayaan keagamaan. Mereka sentiasa

mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyokong keadaan pemerintah yang wujud

sekarang, menyokong haluannya dan menuduh orang-orang yang menentang

pandangan mereka, walaupun penentang itu berada di pihak yang benar,

sebagai golongan pemberontak dan pelampau. Amat sulit bagi seseorang itu

untuk mendapati seorang dari kalangan mereka yang duduk di kemuncak

jawatan rasmi di sudut agama di kebanyakan negara Islam untuk mendedahkan

kata-kata yang hak lagi benar ataupun mengkritik keruntuhan agama, kerosakan

masyarakat dan kemunduran akhlak. Ataupun untuk memperkatakan tentang

penghalalan riba di dalam bank-bank kerajaan, ataupun tentang tidak

terlaksananya hukuman hudud..." - Profesor Manna' Khalil Qaththan

"Para khatib di masjid yang menaiki mimbar dan berkhutbah kepada orang ramai

setiap Jumaat juga telah ditetapkan kepada mereka tajuk-tajuk khutbah, ataupun

khutbah itu sendiri telah ditulis untuk mereka. Mereka dilarang daripada

memperkatakan tentang hukum-hukum syarak yang ditinggalkan, disingkirkan

daripada undang-undang negara dan digantikan tempatnya dengan undang-

undang lain yang menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah,

mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah, kerana percakapan seperti

ini termasuk bidang politik. Sedangkan pada mereka, tidak ada hubungan di

antara agama dan politik. Apabila orang ramai tidak mendapat penjelasan

daripada khatib-khatib di masjid yang diharap memberikan kesedaran tentang

undang-undang Tuhan mereka dan sejauhmana pelaksanaan syariah ini di

dalam kehidupan mereka, maka buta agama akan menyelubungi kehidupan

mereka..." - Profesor Manna' Khalil Al-Qaththan

"Kita mungkin berbeza usaha, kerana ianya bergantung pada kemampuan dan

situasi masing-masing... namun, tujuan kita tetap sama..."

"Ingatlah saudaraku, janganlah membangga-banggakan kesabaran dan ketabahan mu, agar amal baktimu tidak gugur dan pahalanya tidak hilang. Tekan

keangkuhan dirimu, jangan dibiarkan ia sombong. Janganlah engkau merasa tinggi hati dengan perjuanganmu di jalan Nya, karena yang dapat menilai

kemurnian dan kesucian hatimu hanyalah Allah SWT..." - Mustafa Masyhur

"Apa yang ada pada diri kita, baik tubuh badan, keluarga, mahupun harta,

semuanya adalah amanah..."

Page 57: Kisah Fb 2013

"Jangan kita fikir tentang hidup kita dan keluarga kita sahaja... Ingat, kita ini hidup

bermasyarakat dan kita punyai ikatan persaudaraan sesama muslim..."

"Hidup ini bukan sekadar makan, minum, bekerja, berehat dan berkeluarga, tapi

ianya adalah satu perjuangan... kerana dunia ini bukan kehidupan yang sebenar,

malah ianya hanyalah satu ujian..."

"Mereka menyuarakan dengan lantang bahawa Islam dalam keadaan bahaya jika

pihak lawan mereka menang dan berkuasa, sedang dalam masa yang sama,

mereka terus-terusan menyesat dan melekakan masyarakat dengan hiburan-

hiburan serta konsert-konsert maksiat... Hujah apakah ini?..."

"Dengan tindakan mereka yang tersangat melampau kerana menghina serta

mencerca para 'Ulama', ini menunjukkan bahawa mereka berhujah tanpa

berdasarkan 'ilmu, malah berdasarkan nafsu serakah mereka semata-mata...

Sedangkan 'ilmu tidak pernah mengajar manusia untuk menghina dan mencerca

para 'Ulama', sekalipun 'Ulama' itu tersilap dalam berijtihad..."

"Majlis ilmu, dengan konsert maksiat, apa pilihan anda? Anda sendiri boleh fikir,

mana yang baik dan mana yang buruk, kan?..."

Seorang muslim sejati adalah yang mampu bersikap adil pada semua manusia.

Baik terhadap orang baik maupun orang jahat, muslim maupun kafir, kerabat

dekat maupun orang lain, teman maupun lawan. Keadilan tidak mengenal kamus

senang atau benci. Namun, keadilan adalah sebagaimana keadilan Allah pada

setiap makhluk. Seperti disebutkan dalam al-Quran;

�وا ق�و�ام�ين� �ون �وا ك �ذ�ين� آم�ن (ه�ا ال ي� �ا أ �وا ي �ع�د�ل �ال ت � ع�ل�ى أ �آن� ق�و�م ن �م� ش� �ك �ج�ر�م�ن �ق�س�ط� و�ال ي �ال ه�د�اء� ب �ه� ش� �ل ل

�ون� �ع�م�ل �م�ا ت �ير8 ب ب �ه� خ� �ن� الل �ه� إ �ق�وا الل �ق�و�ى و�ات �لت ب� ل �ق�ر� �وا ه�و� أ اع�د�ل

maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang

yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong

kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada

takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

apa yang kamu kerjakan..."

Surah al-Maaidah ayat 8

~ Dr Yusuf al-Qardhawi

"Yang sangat mengherankan, orang-orang yang berani melecehkan dan

merendahkan para 'Ulama', adalah orang-orang yang mengaku bahwa mereka

termasuk para 'Ulama'. Mereka juga mengaku bahwa tujuan mereka adalah

Page 58: Kisah Fb 2013

membela kebenaran. Akan tetapi, jika mereka benar-benar termasuk para

'Ulama', tentu mereka mengetahui kedudukan para 'Ulama', kemudian memenuhi

hak mereka sebagai 'Ulama'..." - Dr. Yusuf al-Qardhawi

"Tubuh badan serta tenaga yang kita gunakan sekarang ini bukan milik kita...

malah ianya hanyalah pinjaman sementara untuk kita di dunia ini... jadi

gunakanlah dengan sebaiknya demi mencari redha Ilahi..."

"Jihad politik... di dalamnya terangkum jihad harta, jihad jiwa, dan juga jihad

ta'lim..."

"Setiap gerakan Islam, tidak kira yang secara langsung terlibat dengan politik,

mahupun secara tidak langsung, perlu menyusun langkah dan strategi,

mengerah keringat dan usaha, untuk memastikan tertegaknya pemerintahan

Islam... Tidak kira dari sekecil-kecil usaha sehinggalah sebesar-besar usaha..."

"Kepimpinan Ummah hendaklah dirampas daripada tangan-tangan golongan

yang tidak mahu menegakkan agama Allah..."

"Perlu dan pentingnya bagi setiap pencinta, penyokong dan pendokong Islam

menyiapkan diri dan bekerja bersungguh-sungguh dalam suatu organisasi yang

tersusun rapi di mana setiap anggota memainkan peranan masing-masing sesuai

dengan kebolehannya serta tanggungjawab yang diamanahkan bermula dari

sekecil-kecil tugas seperti menampal poster sehinggalah ke sebesar-besar

tanggungjawab seperti menjadi calon demi untuk memungkinkan golongan Islam

dapat merampas tapak pemerintahan yang sememangnya diamanahkan oleh

Allah Ta'ala kepada pejuang-pejuang Islam tulen..." 

"Buat semua penggerak Islam... Sentiasalah menunjukkan sifat penggerak Islam

yang sebenar... Yang tidak ekstrem dan tidak pula jumud..."

"Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini pasti menjanjikan kelainan buat

diriku... Jika pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008, aku

masih tidak mengerti akan perjuangan ini, namun kini aku mula memahami...

Walaupun pada masa ini aku masih tidak layak untuk mengundi, namun aku

mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk memastikan bahawa pemimpin yang

akan naik memerintah nanti adalah pemimpin yang benar-benar layak dan adil

terhadap orang yang dipimpin, atau dengan erti kata lain seorang pemimpin yang

takut, taat dan tunduk patuh kepada Allah SWT... Kerana hanya mereka yang

takut, taat dan tunduk patuh kepada Allah SWT sajalah yang mampu memerintah

dengan seadil-adilnya dengan keadilan Islam..."

"Apabila membaca atau dibacakan ayat-ayat suci al-Quran, hadits-hadits Nabi

SAW, dan juga kalam-kalam para 'Alim Ulama', biarlah ianya terkesan pada

Page 59: Kisah Fb 2013

hati... Macam mana? Iaitu dengan merasakan bahawa apa yang dibicarakan itu

tertuju atas diri kita..."

'Ibrah Ashabul Kahf

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf, ayat 13 :

�اه�م� ه�د1ى 4ه�م� و�ز�د�ن ب �ر� �وا ب �ة8 آم�ن �ي �ه�م� ف�ت �ن �ح�ق4 إ �ال �ه�م� ب �أ �ب �ك� ن �ي �ق�ص( ع�ل �ح�ن� ن ن

Maksudnya : 

"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan

mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk."

Kisah Ashabul Kahf sememangnya mengajar kita supaya kita berpegang teguh

dengan agama. Menjaga Iman dan Islam dalam diri kita, supaya kita tidak

terpesong dari jalan yang lurus. Walaupun keadaan sekitar kita, masyarakat

sekeliling kita, pemerintah kita, berada dalam kesesatan, namun janganlah kita

turut tersesat dan terpengaruh. Biarlah kita menjadi golongan Ghuraba' di

kalangan masyarakat kita sendiri...

حدثنا عبد الله حدثني أبي حدثنا عبد الله بن محمد بن أبي شيبة وسمعته أنا من ابن أبي

شيبة حدثنا حفص بن غياث عن األعمش عن أبي اسحاق عن أبي األحوص عن عبد الله بن

 :مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

إن االسالم بدأ غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء قيل: ومن الغرباء قال: النزاع -

 .من القبائل

Rasulullah SAW bersabda:

"Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung

mereka yang ghuraba' (yang asing)". Ditanya Nabi s.a.w: "Siapakah ghuraba'?".

Jawab baginda: "Serpihan dari kabilah". 

(Riwayat Imam Ahmad)

Dan ketahuilah, sesungguhnya ada rahmat dan hidayah di sisi Allah untuk

mereka yang istiqamah dan tetap dalam keimanan. Sebagaimana firman Allah

SWT dalam hujung ayat 13 di atas :

�اه�م� ه�د1ى و�ز�د�ن

Page 60: Kisah Fb 2013

Maksudnya : 

"...dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk."

Juga di dalam ayat 16 :

4ئ� �ه�ي �ه� و�ي ح�م�ت �م� م�ن� ر� (ك ب �م� ر� �ك ر� ل �ش� �ن �ه�ف� ي �ك �ل�ى ال و�وا إ� �ه� ف�أ �ال الل �د�ون� إ �ع�ب �م�وه�م� و�م�ا ي �ت ل �ز� �ذ� اع�ت و�إ

�م� م�رف�ق1ا م�ر�ك� �م� م�ن� أ �ك ل

Maksudnya : 

"...Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain

Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan

melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang

berguna bagimu dalam urusan kamu."

Terutama terhadap golongan yang berstatus pemuda. Mereka sebenarnya

adalah permata bagi Islam. Kekuatan dan semangat yang mereka miliki

menyebabkan mereka cergas dan mudah bertindak balas terhadap kebenaran

serta berkemampuan untuk berkorban sepenuhnya untuk kerja-kerja Islam.

Sepertimana Ashabul Kahf.

Oleh itu, wahai para pemuda, isilah masamu dengan sebaiknya. Penuhilah ia

dengan kerja-kerja Islam. Tidak mahukah kalian tergolong dalam golongan yang

berjuang di jalan Allah? Sesungguhnya golongan yang berjuang di jalan Allah itu

akan tetap berdiri di setiap generasi hingga hari Kiamat.

حدثنا سعيد بن منصور وأبو الربيع العتكي وقتيبة بن سعيد قالوا حدثنا حماد وهو بن زيد

عن أيوب عن أبي قالبة عن أبي أسماء عن ثوبان قال قال رسول الله صلى الله عليه

وسلم ال تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق ال يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله

 وهم كذلك وليس في حديث قتيبة وهم كذلك

Sabda Rasulullah SAW :

"Akan tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan

Allah (Islam), mereka tidak dapat dimudaratkan oleh golongan yang menghina

dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap

bangkit". 

(Riwayat Muslim)

Page 61: Kisah Fb 2013

Dan janganlah kalian terlalu mengejar keduniaan, wahai para pemuda, hingga

menyebabkan kalian terlalai dan leka terhadap agama kalian. Sesungguhnya isi

dunia itu hanyalah perhiasan yang mampu mengaburkan kalian, sedangkan

amalan kalianlah yang menjadi penentu buat kalian. Firman Allah SWT dalam

Surah al-Kahf ayat 7 :

�ح�س�ن� ع�م�ال (ه�م� أ ي� �و�ه�م� أ �ل �ب �ن �ه�ا ل �ة1 ل �ا م�ا ع�ل�ى األر�ض� ز�ين �ن �ا ج�ع�ل �ن إ

Maksudnya : 

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan

baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik

perbuatannya."

Maka yakinlah kalian dengan janji Allah. Bulatkanlah tekad hanya untuk Islam.

Biarlah apa saja halangan yang menanti di hadapan. Sesungguhnya halangan itu

hanya bersifat sementara, sedang ganjaran dari Allah itu bersifat kekal untuk

dinikmati.

Teladanilah sikap Rasulullah SAW. Apabila dakwah Baginda SAW cuba dihalang

oleh Musyrikin Quraisy dengan pelbagai cara termasuk dengan penawaran

habuan dunia, Baginda SAW tetap dengan urusan dakwahnya.

Diriwayatkan dalam kitab-kitab sirah yang masyhur, bahawa Baginda SAW telah

mengucapkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib berkenaan dengan pendirian

Baginda SAW, yakni :

يا عم, والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أترك هذا األمر, "

"...حتى يظهره الله أو أهلك فيه, ما تركته

Maksudnya :

"Wahai bapa saudara kesayanganku, demi Allah! Kalau mereka meletakkan

matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, agar aku meninggalkan

urusan ini (menegakkan Islam) nescaya aku tidak akan meninggalkannya,

sehingga Allah memberi kemenangan kepada agama Nya atau aku mati

kerananya..."

(Riwayat Ibnu Ishaq)

Page 62: Kisah Fb 2013

Ayuh para pemuda, bangkitlah...

wAllahu'alam... 

*Sedikit perkongsian, kutipan dari tarbiyyah... Sebarang salah dan silap harap

dapat diperbetulkan untuk kita pelajari bersama. Begitu juga sekiranya ada

tambahan. Amat dialu-alukan.

"Sesungguhnya tiada daya bagiku.. Yang ada hanyalah secebis kekuatan yang

diberi pinjam sementara untuk aku gunakan dengan sebaiknya demi agama ini..."

"Dalam lembaran baru ini, mujahadah perlu dipertingkatkan lagi... Masa pula

perlu diisi dengan sebaiknya..."

"Tiada istilah pencen dalam perjuangan..."

"Bermula satu lembaran baru perjuangan dalam bermujahadah..."

"Ada yang kata cuti itu merehatkan... Ketahuilah, sesungguhnya cuti itu lebih

meletihkan... Kerana perjuangan dan usaha kita untuk lakukan kebaikan dan

meninggalkan keburukan sepanjang masa itu lebih perit..."

"Sepatutnya tiada khayalan mahupun angan-angan, juga tidak perlu mengejar

sesuatu yang tiada kepastian, kerana tanggungjawab yang terpikul atas pundak

kita bertimbun-timbun untuk diuruskan..."

"Zaman kini adalah suatu zaman pengintipan yang sangat hebat. Umat Islam

tidak mempunyai jalan lain kecuali dengan tarbiyyah yang tinggi dan kecekalan

yang luar biasa. Di samping semua ini, ia mestilah disertai dengan sikap

kewaspadaan untuk mengelakkan daripada sebarang kelumpuhan. Kekemasan

dan kerapian di dalam tanzim adalah suatu keperluan asas bagi tujuan yang

sama. Inilah jaminan keselamatan daripada sebarang kelumpuhan. Ketiadaan

jaminan ini menyebabkan tidak ada jaminan keselamatan yang diperlukan..." -

Sa'id Hawwa dalam Durus Fil 'Amal al-Islami

"Golongan muda adalah golongan yang paling mudah bertindak balas terhadap

kebenaran. Merekalah yang banyak berkorban untuk kerja-kerja Islam serta

cergas pula berbanding yang lain. Oleh kerana itu mereka tidak boleh mensia-

siakan waktu muda mereka..."

"Kader aktivis amal thullabi membutuhkan penyatuan pemahaman di kalangan

mereka. Maka pertemuan serta diskusi wajar dilangsungkan di antara mereka

bagi menyatukan pemahaman..."

"Ayuh muhasabah diri... Sejauh mana usaha kita setakat ini untuk Islam..."

Page 63: Kisah Fb 2013

"Moga dibekalkan dengan bekalan iman di setiap masa, dalam menelusuri

perjalanan ini..."

'Ibrah...

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 44, yang bermaksud :

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu

melupakan diri (kewajiban)-mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab

(Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"

Telah berkata al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi dalam kitabnya, Lubabun Nuqul Fi

Asbabin Nuzul, bahawa al-Wahidi dan Ats-Tsa'labi telah meriwayatkan menerusi

jalan riwayat al-Kalabi dari Abi Soleh dari Ibnu 'Abbas, katanya :

"Ayat ini diturunkan berkenaan Yahudi Ahlul Madinah iaitu seorang lelaki dari

kalangan mereka yang telah menyeru kepada kerabatnya : "Tsabatlah (tetaplah)

kamu dalam agama kamu sekarang", dan apa yang diperintahkan itu adalah

kebenaran, menyuruh manusia kepada kebenaran, namun dia tidak turut

melaksanakan kebenaran tersebut..."

Walaupun ayat ini dilihat ditujukan kepada Yahudi tersebut, namun, sebenarnya

'ibrahnya tertuju kepada kita, Umat Islam... Dimana di dalam ayat di atas Allah

SWT menempelak sesiapa saja di kalangan hamba Nya, yang hanya tahu

mengajak dan menyuruh orang melakukan kebaikan, sedang diri sendiri lupa

untuk mengajak diri sendiri ke arah kebaikan...

Yang lebih teruk apabila ada dikalangan mereka yang 'alim, yang tahu hukum

hakam, serta mengajar dan mengajak orang melakukan kebaikan, namun dia

sengaja tidak turut serta dalam melakukan kebaikan tersebut... Sepertimana

firman Allah SWT dalam ayat diatas :

"....padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)..."

Alangkah sombong dan hina golongan seperti ini...

Firman Allah SWT dalam Surah as-Saff ayat 2-3, yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang

tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan

apa-apa yang tidak kamu kerjakan..."

Page 64: Kisah Fb 2013

Asy-Syahid Sayyid Qutb telah menyebut dalam kitab tafsirnya, Fi Zhilalil Quran :

"Kebencian yang besar 'di sisi Allah' adalah puncak dari kebencian dan

pengingkaran yang paling keras. Ianya merupakan puncak penghinaan dan

celaan atas sesuatu urusan. Khususnya dalam nurani seorang mukmin yang

dipanggil dan diseru dengan penghormatan iman, dan diserukan langsung oleh

Tuhan nya yang dia beriman kepada Nya..."

Namun, ayat-ayat Allah diatas langsung tidak mahu menghalang mana-mana

usaha dakwah kerana mana mungkin Allah SWT mahu menyekat penyebaran

agama Nya, seperti mana yang dianggap oleh sebahagian dari insan-insan yang

menyatakan bahawa diri mereka tidak mampu melaksanakan dakwah kerana

mereka merasa mereka sendiri belum melaksanakan apa yang ingin mereka

serukan... Pandangan itu amat salah sekali...

Ketahuilah bahawa disamping kita mengajak manusia itu, sebenarnya kita

sedang mengajak diri kita sendiri juga... Maka, itulah merupakan sebahagian

usaha kita untuk turut melaksanakan apa-apa saja kebaikan yang kita seru

kepadanya... Maka jangan sesekali takut untuk berdakwah...

Sabda Rasulullah SAW : 

"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat..."

Akhir kalam, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita... Seperti mana firman

Allah SWT dalam ayat 44 dari Surah al-Baqarah di atas :

"Maka tidakkah kamu berfikir?"

Allah SWT menyuruh kita berfikir supaya kita dapat muhasabah diri kita, sejauh

mana usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan agama Nya, selari

dengan perintah dan larangan Nya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah... 

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat untuk semua...

Jika ada salah silap harap dapat diperbetulkan supaya dapat sama-sama kita

belajar... Begitu juga jika terdapat penambahan, amat dialu-alukan...

Sekian, wAllahu'alam...

"Kesan karat jahiliyyah nampaknya masih ada... Allahu Rabbi... Moga dapat

hakis semuanya sebelum merebak jadi lebih parah... Perlu bermujahadah lebih

lagi..."

Page 65: Kisah Fb 2013

"Mengumpul semangat, mengutip tarbiyyah, melaksanakan amanat..."

"Islam tidak akan menang dengan bercampurnya antara hak dan batil..."

"Walaupun tersungkur beberapa kali, aku tetap mahu 'berdegil' untuk teruskan

langkah ini..."

"Anak muda, jangan sia-siakan hidupmu..."

"Katakan pada pemerintah taghut dengan urusan mereka...

Tangguhan Tuhan bukan bererti mengabaikan...

Sekiranya hari-hari ini masih baik buatmu...

Maka tempat kembalimu demi Allah seburuk-buruk tempat kembali...

Kamu akan melihat kemarahan pemilik langit yang tinggi...

Itu sudah pasti, mengizinkan kezaliman kamu untuk dilenyapkan...

Kamu mungkin boleh menggoncang bumi di samping kamu...

Suatu hari, sedang kuasa Nya melebihi goncangan itu...

Pelampau di dunia ini umurnya pendek...

Sekalipun dia dijaga oleh tentera dan harta benda...

Wahai tentera firaun yang terkenal...

Dengan bahasa yang kotor dan perbuatan yang buruk...

Jangan kamu kira seksaan boleh memadam semangatku...

Malah makin bertambah peganganku pada Nya..."

- Dr Yusuf al-Qardhawi

"Aku tidak mahu hanyut dibuai mimpi... Ayuh bangkit..."

"Apabila ada orang yang lebih layak dan lebih berhak, maka aku tidak punya

hak... Walau dalam diri ada keinginan..."

"Sesetengah orang Islam memahami bahawa ikut serta bekerja untuk

menegakkan kerajaan Islam di setiap negeri adalah fardhu kifayah dengan erti

bahawa jika sebahagian daripada orang Islam telah melakukan usaha itu maka

dosa orang lain turut terhapus. Fahaman ini sememangnya betul sekiranya

jumlah orang yang mengambil bahagian sudah mencukupi. Kalimah fardhu

kifayah memberi penjelasan bahawa kalau sebahagian orang-orang Islam dalam

kadar yang mencukupi telah melakukannya maka kewajiban orang lain tergugur.

Sebaliknya jika pengambilan bahagian daripada orang-orang Islam itu tidak

mencukupi maka kewajiban itu tetap dipikul oleh setiap orang. Oleh sebab

pemerintahan Islam belum tertegak hingga kini maka menjadi kewajiban fardhu

'ain bagi setiap orang Islam berusaha untuk menegakkannya. Kalaulah keadaan

'kucar-kacir' itu tidak dapat menegakkan pemerintahan maka usaha mewujudkan

'sistematik' itu menjadi fadhu. Kalaulah 'perpecahan' itu tidak dapat mewujudkan

Page 66: Kisah Fb 2013

pemerintahan maka mewujudkan 'kesatuan orang-orang Islam' menjadi fardhu.

Kalaulah di sana ada jalan untuk mencapai pemerintahan maka mengharungi

jalan itu menjadi fadhu dan kalaulah pemerintahan itu memerlukan 'persediaan

dan agensi' maka mewujudkan 'persediaan dan agensi' itu menjadi fardhu. Inilah

apa yang dinamakan sebagai 'kerja politik' (al-'amal as-siyasi)..." - Sa'id Hawwa

dalam kitabnya 'Jundullah : Tsaqafah wa Akhalaqan'

"Ketiadaan kesedaran politik oleh orang-orang Islam mungkin menjadi salah satu

faktor yang membawa bencana kepada dunia Islam..." - Sa'id Hawwa dalam kitab

'Jundullah : Tsaqafah wa Akhlaqan'

"Terlalu banyak perkara yang difikirkan... Moga diberi ketenangan... Juga tidak

boleh lupa untuk mengingati Allah, memohon ketenangan dari Nya, serta perlu

banyak bersabar... Jangan mengeluh, jangan mengalah... Teruskan

perjalanan..."

"Iman seseorang tidak akan bernilai, kecuali demi kebenaran Tuhan nya, ia

sanggup mengorbankan apa yang ada padanya..."

"Aku hanyalah seorang lelaki yang ingin mencari redha Ilahi...

"Allah SWT akan uji hamba-hamba Nya, menurut kadar kemampuan mereka...

Maka, jangan sesekali mengalah... Kamu pasti boleh..."

"Mujahadah itu perit, namun di hadapan kebahagiaan menanti..."

"Keluarga ku bukan dari fikrah pejuang, juga bukan dari fikrah Islam yang kuat...

Jadi aku perlu usaha lebih untuk tanam dan tumbuhkan fikrah tersebut dalam diri

dan keluarga ku..."

"Sudah beberapa kali aku rebah di jalan ini, jadi tidak boleh sesekali aku

mengalah... jika aku mengalah, maka ertinya aku mensia-siakan usahaku selama

ini... oleh itu, aku perlu tetap, terus berada di jalan ini, hingga ke

penghujungnya..."

"Dalam proses tarbiyah, kita perlu hadapinya samada ianya pahit ataupun

manis..."

"Perjalanan dalam perjuangan ini masih jauh... Jadi teruskan belajar dan

belajar..."

"Perjuangan perlu semakin meluas, seiring dengan peningkatan usia..."

"Tiba masa untuk bertegas dalam amar ma'aruf nahi mungkar..."

Page 67: Kisah Fb 2013

"Moga matiku nanti dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, tak kira

samada sudah hampir tiba mahupun lambat lagi..."

"Perjuangan umat Islam bermula dari dahulu, sekarang dan akan datang..."

"Jika benar ingin berjuang untuk Islam, jangan lakukan perkara yang sia-sia...

Apatah lagi jika ianya membawa kepada maksiat... Maka tinggalkanlah perkara

yang sia-sia itu, yang tidak punya manfaat untuk Islam..."

"Jikalau benar mahu Islam menang, berusahalah bersungguh-sungguh dan

tinggalkanlah maksiat terutama merokok..."

"Di hati ini, hanya Allah yang tahu..."

"Sekiranya kita renung dan hitung betul-betul amanah yang terpaksa kita pikul

sekarang ini, nescaya kita pasti tidak akan mahu mengambil risiko yang boleh

menambahkan lagi beban tersebut... Namun, inilah kehidupan, dimana amanah

kita pasti akan bertambah dan bertambah di setiap detik... Amanah yang bukan

kita pinta tapi ditaklifkan ke atas kita..."

"Istighfarlah sentiasa... Memohon keampunan dari Yang Maha Esa... Kerana

sesungguhnya kita sering melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup kita,

samada kita sedari mahupun tidak..."

"Untuk perjuangan, kita perlu korbankan apa saja yang kita sayang, terdiri

daripada harta, pangkat, masa, perasaan malah juga nyawa... Ianya memang

diakui berat... Namun, tetap perlu dilaksanakan kerana itulah jalan perjuangan...."

"Ilmu Islam amat luas... Pelajarilah... Jangan menyempitkan..."

"Jalan dakwah merupakan jalan kebaikan, jalan jihad dan jalan kejayaan. Jalan

yang kita cintai kerana ia merupakan jalan menuju Allah, jalan mencari

keredhaan Nya dan jalan menuju syurga-syurga Nya. Jika kita setia dengan jalan

ini, kecintaan dan keteguhan kita bersama-samanya akan bertambah...

Jika di pertengahan jalan kita bertemu dengan kekerasan dan penyiksaan,

kepercayaan dan keyakinan kita bahawa inilah jalan yang benar, akan

bertambah. Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pendukung-pendukung dakwah

dan jalan orang-orang mukmin..." 

- Mustafa Masyhur

"Ramai yang tidak faham, lalu mengatakan bahawa pelajar tidak boleh terlibat

dengan politik, padahal pelajar juga merupakan rakyat... Bukan itu saja, malah

pelajar turut dibebani, yakni menjadi mangsa kerakusan... Jadi, pelajar berhak

Page 68: Kisah Fb 2013

untuk bersuara dan berpolitik... Di samping tuntutan Islam yang mewajibkan

berpolitik untuk mengembalikan kegemilangan Islam..."

"Moga diperteguhkan pendirian dan pilihan yang dibuat..."

"Pengisian rohani... Mengumpul semangat dan kekuatan bagi menghadapi

cabaran mendatang..."

"Pada hari yang mulia ini, ingin aku mulakan kalamku dengan mengajak rakan-

rakan sekalian, termasuklah diriku, supaya bertaqwa kepada Allah SWT, serta

taat dan patuh kepada segala perintah dan larangan Nya..."

"Sesungguhnya jawatan ini bukan aku yang pinta tapi merekalah yang

memilihku... Jadi apalah dayaku untuk menolak amanah ini sedang ini bukan dari

keputusanku sendiri... Jika aku menolak pasti aku hipokrit dan pentingkan diri...

Maka semestinya bagi aku, untuk memegang amanah ini dengan sebaiknya bagi

membalas kepercayaan mereka terhadapku... Bantulah aku untuk menggalas

amanah dan tugas ini... Jika aku salah perbetulkanlah aku... Sesungguhnya aku

hanya insan yang lemah..."

"Menghalang kerja dakwah adalah satu perbuatan yang keji lagi terkutuk... Jika

mereka berterusan menyekat kerja dakwah, maka sewajibnya kita berterusan

menentang mereka hingga ke akhirnya... Tidak perlu takut kepada mereka,

kerana bukan mereka yang boleh mengapa-apakan kita... Sekali-kali mereka

tidak akan boleh kerana bukan mereka yang berkuasa tetapi Allah lah Tuhan

Yang Maha Kuasa..."

"Apabila orang Islam sendiri menghalang Ulama' pada jalan Allah, maka

tunggulah saat kehancuran..."

"Anak muda perlu bangkit... Pertahankan Ulama'..."

"Jangan berkira sangat dalam perjuangan..."

"Kesedaran masyarakat mengenai isu 'persaudaraan' masih di tahap kritikal...

Jadi tugas kita untuk membantu menyedarkan mereka... Jika bukan kita, siapa

lagi..."

"Seorang pejuang perlu ada disiplin..."

"Ramai orang bertanya akan tarikh pilihan raya, namun banyak mana saja yang

bersedia untuk menghadapinya..."

"Kita bukanlah dari keluarga yang hebat dalam berjuang dan bukan juga yang

hebat dalam ilmu agama... oleh kerana itu janganlah pula kita menyulitkan

apabila peluang tersedia untuk kita..."

Page 69: Kisah Fb 2013

"Hanya Allah yang tahu segala isi hati ku..."

"Aku tahu usahaku setakat ini cuma sedikit, itu pun belum tentu ada nilainya...

Allahu Rabbi... maaf umat... maaf atas kekurangan serta kelemahan diri ini...

moga-moga Allah berikan kekuatan untuk aku terus istiqamah atas jalan ini...

doakan..."

"Kalau nak lihat Islam menang, berkorbanlah, serta tinggalkanlah perangai buruk

tu..."

"Isilah masamu dengan sebaiknya... Kerana, sesaat pun selepas ini, belum tentu

kamu sempat dengannya..."

"Sakit dalam perjuangan ini tidak separah keadaan umat akhir zaman kini..."

"Kunci utama bahagia adalah taat dan bersangka baik terhadap Allah. Dengan

melakukan hal ini, kita akan mendapati kebahagiaan itu berada di depan pintu

jiwa dan menunggu sang hati terbuka...."

"Disebalik ujian ada kemanisan...."

"Moga dapat terus menjadi 'drebar'... Bukan setakat di jalan raya, malah juga di

jalan dakwah..."

"Dalam menapis penerimaan tamadun barat, Sayyid Abu Hassan Ali An-Nadwi

telah berpesan supaya memilih asas tamadun Islam yang mempunyai

'kelembutan sutera dan kekerasan besi' iaitu bersikap selembut sutera disaat

bertarung memenuhi berbagai keperluan hidup tetapi sekeras besi apabila

mempertahankan keimanan dan akhlak..."

"Kita sama-sama nak perjuangkan Islam, maka bantu-membantulah sesama

kita..."

"Jangan memandang remeh sesuatu perkara apatah lagi sekiranya maksiat,

kerana bimbang ianya memberi kesan buruk terhadap perjalanan

perjuanganmu..."

"Hidup ini jangan dipersia-siakan... Teruskan perjuangan..."

"Sejauh manakah usaha dan pengorbanan kita selama ini untuk Islam? ..."

"Sesungguhnya yang haq tidak bisa dicampuri dengan yang batil... ibaratnya

seperti madu dititis racun..."

"Dikala ada pihak yang mengaku mempertahankan Islam, dikala itu juga anak

muda terus dibiarkan hanyut dalam kemaksiatan..."

Page 70: Kisah Fb 2013

"Kadang-kadang insan tidak sedar tanggungjawab yang dipikulkan keatasnya

melebihi dari apa yang dia tahu selama ini..."

"Realiti anak muda sekarang... Bila banyak teringat kepada 'seseorang', yang

difikirkannya mesti cinta... Sedang langsung tidak fikir bahawa imannya sedang

'kritikal' kerana lebih banyak mengingati manusia, dari mengingati Allah..."

"Cinta terhadap Allah tidak sesekali boleh diatasi oleh cinta terhadap makhluk...

Ingat tu..."

"Jangan mudah terpedaya wahai anak muda... Syaitan itu amat licik dalam tipu

daya..."

"Bernilainya imanmu apabila kamu sanggup mengorbankan apa yang ada pada

dirimu..."

"Berhati-hatilah, jangan sampai lalai terhadap Tuhan yang menjadikan batas

tertentu untuk kehidupanmu, ajalmu dan nafasmu juga terhad. Segala sesuatu

akan memerlukan kepada Nya dan kamu juga lebih perlu kepada Nya..."

"Biarlah berletihan dalam usaha... InsyaAllah hasilnya akan membahagiakan..."

"Manusia, walau sehebat mana pun, perlu dengar peringatan serta pencerahan

dari orang lain juga..."

"Aku lihat ramai yang berfikrah Islam, namun aku tidak nampak adanya

kesatuan..."

"Mujahadah membutuhkan pengorbanan... Tanpa pengorbanan mana mungkin

mujahadah kamu bisa berhasil..."

"Majulah wahai anak muda, majulah ke hadapan... Pada kalian terletak

kekuatan... Pada kalian terletak keteguhan... Bangkitlah untuk Islam...

Berubahlah untuk Islam... Bukan hanya semangat yang diperlukan... Malah

kebaikan amal turut dibutuhkan... Tinggalkanlah maksiat... Kembalilah kepada

Islam..."

"Hal itu sendiri memerlukan waktu untuk mengambil langkah-langkah praktis

sebelumnya. Sedangkan Islam langsung tidak ingin membunuh kecenderungan-

kecenderungan fitrah manusia, melainkan hendak menatanya, tidak hendak

memadamkan keinginan-keinginan manusia, melainkan hendak memberinya

patokan..."

"Jadi anak-anak muda, jangan mudah terpedaya... Bimbang, jika nafsu yang keji

dikatakan cinta yang suci.... Ikutlah jalan yang Islam tunjukkan... InsyaAllah

Page 71: Kisah Fb 2013

kalian akan temui kemanisan yang tidak terhingga... Kawalkan hatimu, kuatkan

imanmu..."

"Kadang-kadang masalah sudah jelas, namun kita masih tidak bersungguh untuk

cuba menyelesaikannya..."

"Sungguh... Usaha ini masih terlalu kecil... Ujian pula baru sedikit... Jadi tidak

boleh sesekali menyerah kalah..."

"Semoga sisa hidup yang tinggal ini akan diserahkan sepenuhnya untuk

perjuangan menegakkan al-Haq..."

"Taruhkanlah, letakkanlah, sepenuh keyakinan terhadap Allah, berserah diri

kepada Nya, serta taat dan patuh akan perintah dan larangan Nya.

Sesungguhnya itu adalah adab sopan kita dengan Tuhan Semesta Alam..."

"Dalam dakwah & tarbiyah, kita tidak boleh memaksa mad'u untuk menerima kita.

Tetapi yang perlu kita lakukan adalah memberi pencerahan kepada mereka,

yang mana dengan pencerahan itu mereka akan pilih dengan sendiri jalan yang

mereka inginkan..."

"Sungguh merugi bagi mereka yang punya banyak platform namun gagal

manfaatkannya untuk mengajak manusia kepada kebaikan serta mencegah

mereka dari kemungkaran. Malah lebih merugi bila menyalahgunakan pula

platform yang sedia ada itu. Apa yang dikatanya, sebagai luahan hati, sedang ia

sudah tertipu. Ia tertipu karena itu bukannya dari hati yang suci malah ianya dari

nafsu yang keji."

"Ketika hati kosong dari iman yang menegakkan dan meluruskannya ini, maka ia

akan senantiasa terombang-ambing, goyah, dan goyang, bagaikan bulu yang

diembus angin. Ia akan senantiasa goncang dan takut. Ketika ditimpa

kesusahan, ia mengeluh, dan ketika memperoleh kesenangan, ia amat kikir.

Adapun jika hati ini disemarakkan dengan iman, maka ia akan sentiasa tenang

dan sehat, karena selalu berhubungan dengan sumber segala peristiwa dan

pengatur segala keadaan. Ia akan senantiasa tenteram terhadap kekuasaan

Nya, merasakan rahmat Nya, mampu menerima ujian Nya, selalu melihat

pembebasan Nya dari kesempitan, dan permudahan Nya dari kesulitan. Ia akan

selalu menghadap kepada Nya dengan kebaikan, karena ia tahu bahwa apa

yang ia infakkan itu adalah rezeki dari Nya, dan kelak ia akan mendapatkan

balasan dari apa yang ia infakkannya di jalan Nya, di dunia dan di akhirat..." -

Sayyid Qutb

"Jalan ini tak ada tempat berhenti....

Sikap lamban berarti mati...

Page 72: Kisah Fb 2013

Mereka yang bergerak, merekalah yang di depan...

Yang menunggu sejenak sekalipun, pasti tergilas..."

"Kesengsaraan dan kesulitan adalah watak kehidupan dunia. Meskipun berbeda-

beda bentuknya dan sebab-sebabnya, pada akhirnya ia adalah kesusahpayahan.

Maka, orang yang paling merugi ialah orang yang berpayah-payah menempuh

kemelaratan hidup dunia untuk mendapatkan kemelaratan yang lebih berat dan

lebih pahit di akhirat nanti. Orang yang paling berbahagia ialah orang yang

bekerja keras menempuh jalan kepada Tuhan nya untuk bertemu dengan Nya.

Yakni, dengan mengakhiri kesulitan hidup duniawi dan untuk mendapat

penistirahatan teragung di bawah naungan Allah... 

Akan tetapi, di dunia ini sendiri sudah ada sebagian balasan atas aneka macam

kerja keras dan jerih payah yang dilakukan. Orang yang bekerja keras untuk

urusan yang luhur tidak sama dengan orang yang bekerja keras untuk urusan

yang hina. Tidak sama ketenangan hati yang diperolehnya dan kegembiraan atas

jerih payahnya, serta kepuasan terhadap pengorbanannya. Orang yang bekerja

keras untuk membebaskan diri dari beban tanah, tidak sama dengan orang yang

bekerja keras untuk berlubang dalam lumpur dan melekat di bumi bagaikan

serangga dan cacing. Orang yang gugur di jalan dakwah tidak sama dengan

orang yang mati memperturutkan keinginan nafsunya. Tidaklah sama

perasaannya terhadap usaha dan jerih payah yang didapatinya..." - Sayyid Qutb