khasiat limau bali

3
Khasiat Limau Bali Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali [bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung. Fakta Ringkas Limau Bali Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck Keluarga: Rutaceae Asal: Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan Thailand. Kawasan Utama Tanaman: Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor. Kegunaan: Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus. Khasiat dan Manfaat Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.

Upload: mashi-laoshi

Post on 31-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Khasiat Limau Bali

TRANSCRIPT

Page 1: Khasiat Limau Bali

Khasiat Limau Bali

Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air,

boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali

[bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak

dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan

kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Fakta Ringkas Limau Bali

Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun

Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck

Keluarga: Rutaceae

Asal:

Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan

Thailand.

Kawasan Utama Tanaman:

Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor.

Kegunaan:

Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.

Khasiat dan Manfaat

Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang

bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang

harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga

sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.

Page 2: Khasiat Limau Bali

Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain

itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini

dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan

kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.

Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah.

Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua

minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti

diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.

Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam

tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai

sumber antioksidan bagi penyakit kanser.

Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, anda

boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih

nikmat.

#Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol Makan dua “ruang” (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan

manfaatnya secara maksima.

#Minuman antioksidan dan antikanser Ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke

dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah

lainnya seperti mangga atau pir.

Cara lain, ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1

cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan

ditambah sedikit air.

#Manisan Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan

api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir

sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.

Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam

seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai

menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit limau tetap terendam dalam sirap semalaman.

Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari

sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang,

masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.

Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan

kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit limau purut. Manisan kulit limau

yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.

Page 3: Khasiat Limau Bali

Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua “ruang” (ruang dalam buah) setiap

hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak,

bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi

udara.

SUMBER

http://panduanpercuma.info/kesihatan/1663/khasiat-limau-bali/