khasiat daun kari.docx

4
Khasiat Daun Kari Daun kari (daripada pokok kari - Murraya Koenigii ) biasanya hanya kita gunakan untuk masak kari sahaja. Pokok kari yang cukup subur Walaupun begitu daun kari atau bahagian-bahagian lain pokok ini memang digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Selepas sedikit pencarian di Internet, Mak Aji dapat membuat kesimpulan berikut berkenaan pokok kari dan khasiatnya: Pokok kari ialah sejenis pokok renek ketinggian antara 0.9 - 6 meter, biasa ditanam di halaman sebagai rempah dalam masakan, terutamanya kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa agak pahit. Daun ini tidak hanya digunakan dalam kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya. Kari dari India dan Sri Lanka dan akan hidup subur dalam kawasan tropika. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada,

Upload: zailani-osman-ayah-su

Post on 31-Jan-2016

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khasiat Daun Kari.docx

Khasiat Daun Kari

Daun kari (daripada pokok kari - Murraya Koenigii ) biasanya hanya kita gunakan untuk masak kari sahaja.

Pokok kari yang cukup subur

Walaupun begitu daun kari atau bahagian-bahagian lain pokok ini memang digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Selepas sedikit pencarian di Internet, Mak Aji dapat membuat kesimpulan berikut berkenaan pokok kari dan khasiatnya:

Pokok kari ialah sejenis pokok renek ketinggian antara 0.9 - 6 meter, biasa ditanam di halaman sebagai rempah dalam masakan, terutamanya kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa agak pahit. Daun ini tidak hanya digunakan dalam kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya. Kari dari India dan Sri Lanka dan akan hidup subur dalam kawasan tropika. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Page 2: Khasiat Daun Kari.docx

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Daun kari mengandungi 66.3% kelembapan; 6.1% protein; 1.0% lemak; 16.0% karbohidrat dan 6.4% fiber. Juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C; juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigin.

Berikut Kegunaan Daun dan Bahagian Lain pada Pokok Kari:

Bil. Kegunaan Cara

1. untuk menguatkan perut; meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman

campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.

2. sebagai julap lemah untuk mengatasi masalah sembelit

Rendamkan daun kari dengan air panas. Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

3. sebagai penawar diabetes Rebus kulit batangnya yang kering dan amalkan meminumnya untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. mencegah uban, agar rambut panjang dan sihat

Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. untuk merawat lebam dan bengkak Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. untuk mendapatkan anak atau Makan daun kari setiap hari sama ada pucuknya

Page 3: Khasiat Daun Kari.docx

meramaikan anak utk dibuat ulam atau daunnya yg tua dicampur dgn banyak dlm gulai kari.

8. masalah loya dan pening Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis dan diminum untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.

Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.

9. penawar cirit- birit dan buasir Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir.

10. kecantikan & kesihatan Diri Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

11. menghalau lalat Tiada penerangan

Sumber:  1001-petua.blogspot.com/.../khasiat-daun-kari.htm

Khasiat Bunga Lawang.

Jom baca informasi tentang bunga lawang yang begitu bermanfaat untuk tubuh badan. Ia bukan saja memberi banyak kebaikan, tetapi ia juga boleh memudaratkan jika tidak digunakan dengan betul…

Bunga lawang telah diambil selama berabad-abad untuk melegakan ketidakselesaan perut. Dalam perubatan tradisional cina, bunga lawang digunakan untuk pencernaan, menggalakkan kesihatan organ pembiakan wanita dan meningkat pengeluaran susu ibu. Herba ini tidak boleh digunakan semasa mengandung. Bunga lawang merangsang penghasilan telur dan meningkatkan libido.

Bunga lawang bersifat anti bakteria, anti septik dan anti kulat. Ia berguna untuk rawatan asma, bronkitis, batuk selsema, batuk kering dan tonik perut.Minyak bunga lawang digunakan untuk melegakan ketidakselesaan abdomen, sakit sendi dan sakit belakang pinggang.

Page 4: Khasiat Daun Kari.docx

1 titik minyak bunga lawang dicampur dengan 1 sudu teh madu, diambil dapat melegakan kekejangan perut, senak, gas, kembung dan loya. Dalam dos yang kecil boleh meningkat peredaran darah, penafasan dan menguatkan jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kudis dan jangkitan kutu. Walaupun minyak bunga lawang boleh membantu merawat keadaan kulit tertentu tetapi ia perlu dicairkan dengan losyen untuk mengurangkan risiko iritasi.

Jangan menggunakan minyak bunga lawang lebih daripada yang diarahkan, untuk mencegah kesan sampingan yang serius kerana minyak ini berpotensi toksik. Ia boleh menyebabkan takungan cecair dalam otak, sawan, mabuk dan menggeletar. Jadi bila nak guna minyak bunga lawang perlulah berhati-hati.

Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. ;)

The Times Of India Star.

Health benefits of star anise.

Rempah Ratus ~ Ong Hean Chooi.

http://kasihilmar.com/2013/04/07/khasiat-bunga-lawang/