kh 4543 perancangan pengangkutan · pdf filedan jabatan perancangan bandar dan desa pada tahun...
TRANSCRIPT
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR
FAKULTI KEJURUTERAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR
PROJEK : KAJIAN LALU LINTAS DI BANDAR BARU BANGI
PENSYARAH:
PROF. IR. DR. HJ. RIZA ATIQ ABDULLAH O.K. RAHMAT
AHLI KUMPULAN:
SYAHRUL FITRI BIN MOHAMED
MOHD AZMER BIN MOHD ZAINOL
MUHAMMAD HASRUL BIN YUSOF
EPYZUL AKMAL BIN MOHD SHAHALI
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
2 of 53
1. PENGENALAN
1.1. OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai di akhir kertas kerja ini:
1) Menyediakan pelan perancangan sistem pengangkutan yang efektif.
2) Meningkatkan kualiti pengangkutan awam.
3) Meningkatkan taraf rangkaian jalan raya.
4) Menilai keadaan semasa, fizikal dan pengangkutan bagi jangka masa
pendek dan panjang.
5) Menyediakan pelan pelaksanaan dan aliran kos projek.
1.2. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian melibatkan keseluruhan kawasan Bandar Baru Bangi dan
juga kawasan sekelilingnya termasuk Putrajaya, Seremban, Kuala Lumpur
dan Kajang.
1.3 PENGEZONAN KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian utama iaitu Bandar Baru Bangi telah pun dibahagikan
berdasarkan kepada kawasan seksyen – seksyen sedia ada. Terdapat 15
seksyen sedia ada dan 5 kawasan kajian sekunder iaitu Kajang, UKM,
Kuala Lumpur dan Seremban.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
3 of 53
1.3.1 Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi telah dimajukan secara berperingkat-peringkat
sejak tahun 1974 yang merangkumi kawasan seluas lebih kurang
2,925 hektar (7,228 ekar). Matlamat utama pembangunan bandar
ini ialah:
a) Untuk menjadikan kawasan Bandar Baru Bangi sebagai satu
pusat pertumbuhan wilayah bagi selatan Lembah Kelang.
b) Memberi peluang yang luas kepada Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
c) Bandar Universiti dan seterusnya pusat kajian sains.
Pembangunan peringkat awal Bandar Baru Bangi adalah
berdasarkan kepada Pelan Struktur yang disediakan oleh PKNS
dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan
selepas itu dikaji semula pada tahun 1979 dengan matlamat untuk
mewujudkan pembangunan yang sederhana (moderate growth)
bagi menampung seramai 75,000 penduduk pada tahun 2000.
Pelan Perspektif Lembah Klang 1983 telah menggalakkan
pertumbuhan enam pusat utama termasuk Bangi. Bandar Baru
Bangi telah dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan utama di
kawasan koridor selatan dan berperanan sebagai pusat
penempatan institusi, industri ringan dan pentadbiran daerah.
Fungsi dan status Bandar Baru Bangi bukan sahaja untuk
mencapai matlamat di atas tetapi juga menjadikan sebagai sebuah
bandar wilayah (regional town) yang terbesar bagi kawasan selatan
Negeri Selangor Darul Ehsan.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
4 of 53
1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan
Kajian Pelan Struktur Bangi merangkumi kawasan seluas 362 km
persegi meliputi mukim Kajang (termasuk Bandar Baru Bangi),
Semenyih dan Beranang di Daerah Sepang dan sebahagian Mukim
Petaling Daerah Petaling. Bandar Baru Bangi akan dimajukan
secara bersepadu bagi memenuhi matlamat sebuah bandar yang
selesa untuk didiami. Di samping mengekalkan 477 ha. (23.1 %)
daripada kawasan tersebut adalah dikhaskan untuk memenuhi
keperluan sektor perdagangan dan perindustrian yang secara
langsung akan memberi faedah kepada masyarakat setempat dan
pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
5 of 53
Pelan Bandar Baru Bangi
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
6 of 53
2. AUDIT KEADAAN SEMASA
2.1 PENGENALAN
Laporan ini memberi tumpuan kepada 4 aspek audit keadaan semasa yang
menjadi sebahagian daripada proses perancangan pengangkutan bandar
untuk mengesan kelemahan, kelebihan dan kemungkinan untuk
meningkatkan keupayaan infrastruktur pengangkutan yang mana boleh
membantu di dalam pembentukan senario-senario untuk pengujian model-
model pengangkutan. Berikut merupakan aspek-aspek yang telah
dipertimbangkan :
a) Laporan Berdasarkan Pandangan
I. Jalan masuk utama ke Bandar Baru Bangi.
II. Tahap prestasi beberapa jenis mod pengangkutan.
i. Pengangkutan peribadi.
ii. Pengangkutan awam - Bas, Kereta api, teksi.
III. Persepsi masyarakat setempat.
b) Laporan Bancian Lalu lintas.
c) Laporan Peluang dan Halangan.
d) Laporan Pernyataan Masalah.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
7 of 53
2.2 LAPORAN BERDASARKAN PANDANGAN
Laporan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada
keadaan fizikal dan operasi pengangkutan Bandar Baru Bangi. Ia juga
bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan – kelemahan dan peluang –
peluang serta proses – proses menaiktarafkan infrastruktur pengangkutan
yang mungkin membantu di dalam membentuk senario – senario untuk
menguji model – model pengangkutan yang disarankan.
2.2.1 Pintu masuk utama ke Bandar Baru Bangi.
a) Jalan raya / Lebuh raya
Terdapat beberapa jalan raya dan lebuh raya yang
menghubungkan Bandar Baru Bangi ke kawasan – kawasan
lain.
- Lebuh raya KL – Seremban
- Kajang
- Bangi
- Putrajaya
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
8 of 53
Rajah 1: Lebuh raya KL – Seremban (Plaza tol Bangi)
Rajah 2 : Lebuh raya KL – Seremban (Plaza Tol Kajang)
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
9 of 53
b) Udara
Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur pada Julai 1998 telah Malaysia telah melangkah
setapak lagi menuju ke arah mencapai Wawasan 2020.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh
dianggap sebagai salah satu daripada pintu masuk utama ke
Bandar Baru Bangi walaupun fungsinya lebih kepada
peringkat nasional.
Rajah 3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
10 of 53
c) Kereta api
Pada masa kini, Bandar Baru Bangi dihubungkan oleh satu
rangkaian perkhidmatan rel kereta api iaitu sistem
perkhidmatan komuter oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB). Sistem perkhidmatan komuter ini menghubungkan
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Sistem
komuter ini mempunyai permintaan yang tinggi dan
digunakan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira
warga kerja mahupun pelajar. Sistem komuter ini
menghubungkan Bandar Baru Bangi di dalam rangkaian
perkhidmatannya melalui stesen komuter UKM.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
11 of 53
2.2.2 Tahap Prestasi Mod-mod Pengangkutan
a) Jalan raya / Lebuh raya
Lebuh raya KL – Seremban
Lebuh raya ini mempunyai 3 laluan per setiap laluan dapat
menampung isi padu trafik yang banyak sepanjang waktu
pagi dan sebahagian waktu petang. Aliran trafik yang paling
sibuk adalah waktu puncak pada masa siang dan petang
hari bekerja dan lewat tengah hari pada hari minggu.
Pemerhatian ini dapat disahkan dengan memerhatikan
kenderaan - kenderaan yang berbaris panjang di Plaza Tol
Sg. Besi pada waktu – waktu yang dinyatakan. Kesesakan
trafik yang teruk berlaku pada waktu pagi hari Isnin dan juga
waktu petang hari Ahad di laluan menuju ke Kuala Lumpur,
manakala untuk laluan yang menuju ke arah Selatan, wujud
kesesakan lalu lintas yang teruk pada hari Sabtu waktu
tengah hari. Laluan – laluan persimpangan pertukaran yang
dapat menampung isi padu trafik yang besar dengan efisien
adalah di Sri Petaling dan Kajang. Walau bagaimanapun,
pada hari – hari Sabtu, jalan susur ke Sg. Besi / Serdang /
Seri Kembangan selalunya sesak dan mengakibatkan
kenderaan – kenderaan berbaris panjang ke arah Utara.
Laluan – laluan persimpangan di sepanjang lebuh raya
seperti di UPM, Bangi dan Nilai Utara tidak mengalami
kesesakan lalu lintas yang ketara dan dijangkakan dapat
menampung peningkatan permintaan pada masa hadapan.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
12 of 53
Kajang
Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim
yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di negeri
Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah
Tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang
dihubungi melalui jalan raya dan jalan kereta api. Kajang
juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat
Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia
negara. Di sebelah Baratnya pula terletak bandar Puchong,
Batu 3 dan Klang.
b) Kereta api (KTM Komuter)
Perkhidmatan Komuter KTMB terbukti menjadi satu daripada
alternatif pengangkutan yang popular. Ini dapat dilihat
daripada kesesakan pengguna komuter di Kajang, Serdang
dan Nilai. Perkhidmatan di Kajang dan Serdang disokong
oleh perkhidmatan teksi dan bas. Kebanyakan daripada
pengguna di stesen Kajang dan Serdang adalah pekerja
pejabat yang bekerja di bandar manakala pengguna di
stesen Nilai kebanyakannya menuju ke KLIA dan
sebaliknya.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
13 of 53
c) Bas
Laluan bas ini bertumpu di sekitar Bandar Baru Bangi dan
Kajang. Pusat Hentian Kajang memainkan peranan sebagai
pusat transit perkhidmatan bas.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
14 of 53
d) Teksi
Perkhidmatan teksi di Bandar Baru Bangi dikendalikan
secara persendirian di mana pemandu – pemandu teksi
berkumpul di tempat – tempat tumpuan awam seperti di
Stesen Komuter UKM, di Seksyen 1 dan di WARTA di Pusat
Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan teksi di Bandar Baru
Bangi secara relatifnya kurang efektif di mana kekerapan
untuk mendapatkan teksi adalah rendah dan masalah
pemandu – pemandu yang tidak menggunakan meter
dengan sempurna.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
15 of 53
2.2.3 Persepsi masyarakat setempat.
Beberapa sesi temu ramah telah dijalankan untuk
mendapatkan pandangan masyarakat umum mengenai
masalah sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi.
Secara kesimpulannya, mereka menyatakan harapan untuk
mendapatkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik
dan efektif. Di mana perkhidmatan bas dan teksi yang sedia
ada tidak mencukupi di mana laluan – laluan pengambilan
penumpang tidak merangkumi keseluruhan kawasan Bandar
Baru Bangi. Pondok menunggu bas yang disediakan juga
tidak mencukupi. Bas – bas yang digunakan untuk
mengambil penumpang juga tidak selesa dan tidak selamat
manakala kebanyakan teksi – teksi di Bandar Baru Bangi
tidak menggunakan meter. Penduduk – penduduk yang
ditemu ramah itu juga menyatakan masalah kecelakaan
jalan raya yang berlaku di kawasan-kawasan perumahan
dan juga sekitar Bandar Baru Bangi.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
16 of 53
2.3 LAPORAN BANCIAN LALU LINTAS
Maklumat – maklumat untuk Laporan Bancian Lalu lintas Bandar Baru
Bangi diperoleh daripada pihak Bahagian Kejuruteraan Trafik, Jabatan
Awam dan Struktur, Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beberapa persimpangan yang dikenal pasti daripada pemerhatian sebagai
persimpangan yang mempunyai kadar aliran kenderaan yang sesak.
Persimpangan menghala ke Plaza Tol Kajang telah dipilih sebagai kawasan
kajian kerana ia merupakan persimpangan yang menghala trafik ke
Putrajaya, Kajang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Laporan dan statistik kes – kes kemalangan jalan raya di sekitar Bandar
Baru Bangi diperoleh daripada Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah
Kajang. Laporan dan statistik – statistik yang diperoleh menunjukkan
kawasan – kawasan yang mencatatkan kes kemalangan yang tertinggi
pada tahun 2005 (sehingga Ogos) merupakan kawasan pinggir bandar /
pekan / kampung dan kawasan perumahan merupakan kawasan yang
mencatatkan kes – kes kemalangan kedua tertinggi.
Rajah 3 Persimpangan Plaza Tol Kajang
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
17 of 53
Berikut merupakan graf yang telah diplot daripada data – data pengaliran lalu lintas di persimpangan yang dinyatakan
pada Rajah 3. Dapat dilihat bahawa, pengaliran trafik maksimum di kawasan yang dinyatakan berlaku di sekitar jam 8-9
pagi dan 6-7 petang.
Pengaliran Lalu lintas Di Plaza Tol Kajang
Bandar Baru Bangi
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24
Masa (jam)
Isip
ad
u l
alu
lin
tas
(k
en
d/ja
m)
Menuju P.Bandar Dari P.Bandar
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
18 of 53
0
5
10
15
20
25
30
35
Bil.
Kecederaan
Mati Cedera Parah Cedera ringan
Tahap Kecederaan
Jumlah Kecederaan Kes Kemalangan mengikut Tahun
2003
2004
2005
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
19 of 53
0
100
200
300
400
500
600
700
800
Bil.
Kemalangan
KMLG MAUT KMLG PARAH KMLGN RINGAN KMLGN ROSAK SHJ
Jenis Kemalangan
Jumlah Kemalangan Mengikut Jenis Pengguna yang Disyaki Disalahkan
2003
2004
2005
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
20 of 53
Kes Kemalangan di Bandar Baru Bangi
dari 1/01/05 hingga 31/08/05
0
10
20
30
40
50
60
70
UKM Persiaran
kemajuan
Fasa 4 Bulatan
Fasa 4
Persiaran
Jaya
Fasa 1 Persiaran
Golf BBB
Persiaran
Pekeliling
Jalan Teras
Jernang
Bulatan Tol
BBB
Persiaran
Bandar
Tempat
Bil
an
ga
n
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
21 of 53
2.4 LAPORAN PELUANG DAN HALANGAN
Tujuan : untuk memberi maklumat yang jelas berkenaan dengan peluang-
peluang untuk memperbaiki keadaan pengangkutan dan juga halangan-
halangan di kawasan Bandar Baru Bangi.
2.4.1 Peluang-peluang untuk memperbaiki keadaan
pengangkutan
� Wujudkan hentian bas/teksi di pusat Bandar Baru Bangi
� Menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam
dengan :
• Menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta
• Mengehadkan jumlah tempat letak kereta
• Mengenakan kadar tol yang tinggi kepada kenderaan
persendirian
• Membaiki perkhidmatan awam ke tahap yang
memuaskan
� Mewujudkan laluan khas untuk kenderaan berat bagi
mengurangkan kecelakaan khususnya terhadap
kenderaan ringan seperti motosikal
� Pengurusan lalu lintas yang lebih efektif seperti
mengubah aliran lalu lintas, membaiki persimpangan dan
pembinaan jejantas
� Mewujudkan hierarki jalan raya yang lebih jelas seperti
jalan pengagih primer, daerah dan tempatan.
� Mengadakan sekatan lalu lintas bagi menguji tahap
pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan berat
� Kempen dan saranan yang berterusan mengenai ‘kongsi
kereta’
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
22 of 53
2.4.2 Halangan-halangan yang mungkin timbul untuk
memperbaiki keadaan pengangkutan
� Kekurangan infrastruktur pengangkutan awam seperti
hentian bas yang strategik.
� Tidak mendapat penyertaan yang menyeluruh dari
masyarakat setempat untuk melaporkan mengenai
keberkesanan perkhidmatan awam.
� Kos yang tinggi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas
seperti pembinaan jejantas dan sebagainya.
� Kesedaran sivik yang kurang di kalangan pemandu.
� Berlaku aktiviti lumba haram di jalan raya yang
menyumbang kepada kes – kes kecelakaan jalan raya.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
23 of 53
2.5 LAPORAN PERNYATAAN MASALAH
Masalah Objektif Ambang
Kecekapan
- jalan raya sempit.
- perkhidmatan bas kurang berkesan.
- Perkhidmatan teksi hanya bertumpu kepada
kawasan-kawasan tertentu.
- Kurang tempat letak kereta.
- menyediakan satu terminal
pengangkutan yang efektif.
- Menyelaraskan perkhidmatan
pengangkutan awam
- Menambah tempat letak kereta
- satu tempat letak
kereta bagi setiap
50m2 per luas
lantai.
Keselamatan
- tiada lampu jalan.
- Penyelenggaraan jalan raya yang kurang berkesan.
- Kekerapan berlaku kemalangan
- Ketiadaan lampu isyarat untuk pejalan kaki –
terutama di kawasan perumahan kepadatan tinggi
dan sekolah
- menambah lampu jalan di
kawasan – kawasan yang
dikenal pasti.
- Perbaiki jalan raya.
- 1.31 o.c.k. setahun
Alam Sekitar
- asap dan bunyi hingar terutama dari kenderaan berat
seperti lori dan bas.
- membuat pemeriksaan secara
berjadual.
- 70 dBA
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
24 of 53
3. PELAN TINDAKAN
3.1 KEPERLUAN SEGERA INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN
A
BC
D
E
F
G
H
I
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
25 of 53
Rujukan Kawasan Perkara
A Kawasan perumahan Seksyen 8 Memperbaiki jalan raya
B Susur keluar / masuk Seksyen 1 Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
C Sekolah Rendah & Menengah
Seksyen 3
Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
D Seksyen 16 (berhadapan Shell) Keselamatan Jalan raya
Kawalan lalu lintas
E WARTA & Kompleks Diamond
Tempat letak kereta
Kawalan Lalu lintas
Keselamatan jalan raya
F Stesen Komuter UKM Tempat letak kereta
Kawalan lalu lintas
G Bulatan Tol Bangi Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
H Bulatan Fasa 4 Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
I Jalan Reko – Kajang Keselamatan jalan raya
Memperbaiki jalan raya
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
26 of 53
Memperbaiki jalan raya
A
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
27 of 53
Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
B
D
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
28 of 53
Kawalan lalu lintas
Keselamatan jalan raya
C
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
29 of 53
Tempat letak kereta
Kawalan Lalu lintas
Keselamatan jalan raya
E
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
30 of 53
Tempat letak kereta
Kawalan lalu lintas
F
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
31 of 53
Keselamatan jalan raya
Memperbaiki jalan raya
I
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
32 of 53
4. PELAN JANGKA MASA PANJANG
4.1 POLISI
4.1.1 Dasar Ekonomi
� Menyediakan satu sistem pengangkutan yang efisien dan
bersepadu bagi membolehkan perniagaan berkembang
dan keselesaan kepada penduduk sekitarnya.
4.1.2 Dasar Sosial
� Menyediakan kemudahan pengangkutan yang selesa
bagi golongan berpendapatan rendah dan golongan
cacat dengan;
• Menyediakan ruang tempat letak kereta bagi
golongan cacat
• Menyediakan ruang tempat letak kereta tidak
berbayar bagi kawasan perniagaan
4.1.3 Dasar Pembangunan
� Pembangunan industri perlu mengambil kira peletakan
lokasi yang strategik dan penyediaan zon penampan
dengan berpandukan garis panduan rancangan kawasan
perindustrian, JPBD 1997.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
33 of 53
� Pihak PBT perlu mengawasi aktiviti pembangunan di
sekitar sungai dan memastikan sebarang perancangan
pembangunan di kawasan rizab sungai haruslah
mematuhi garis panduan konsep pembangunan
berhadapan sungai (JPS 1995).
4.1.4 Dasar Alam Sekitar
� Kualiti bunyi di bandar Baru Bangi mestilah tidak melebihi
piawaian bunyi bising yang disyorkan oleh WHO iaitu
antara 57.2 dBA hingga 78.1 dBA.
� Pihak pengusaha kilang perlu memastikan paras bunyi
bising di sempadan kilang tidak melebihi 65 dBA. Di
samping itu, paras bunyi bising di kawasan perumahan
atau zon penampan tidak melebihi 55 dBA pada waktu
siang dan malam.
� Mengurangkan had laju kenderaan dan melalui
penguatkuasaan undang-undang berkaitan (peraturan-
peraturan kualiti alam sekeliling (bunyi bising kenderaan
motor), 1987).
� Kawalan asap kenderaan sentiasa tidak melebihi 50
hetridge.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
34 of 53
4.2 MODEL TRAFIK
Model pengangkutan ialah iaitu satu rangkuman formula – formula
matematik yang boleh menggambarkan bagaimana penduduk – penduduk
melakukan perjalanan dan pengangkutan.
Kaedah pembinaan model adalah berdasarkan kepada garis panduan yang
ditetapkan oleh Manual for the Preparation of Urban Transport Plans in
Malaysia (HPU-1995). Model yang diguna pakai adalah model graviti
batas tunggal. Batas tunggal bermaksud jumlah anggaran perjalanan
keluar sahaja dari sesuatu zon atau jumlah anggaran perjalanan masuk
sahaja dibatasi supaya bersamaan dengan jumlah pengeluaran atau tarikan
perjalanan. Pembinaan model ini adalah berpandukan kepada faktor
pengeluaran dan tarikan, masa serta jumlah penduduk di sesuatu kawasan.
Tujuan pembinaan model ini dibangunkan adalah untuk melihat agihan
perjalanan mengikut asalannya atau tujuannya. Model graviti secara amnya
berbentuk seperti berikut:
Di mana;
Tij = perjalanan zon i ke zon j
Pi = pengeluaran zon i
Aij = penarikan zon j
Tij = masa atau kos perjalanan antara zon i dan zon j
α = parameter yang perlu ditentukurkan.
(kawasan Lembah Klang α = 2.05)
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
35 of 53
Manakala;
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
36 of 53
4.3 KEADAAN TRAFIK SEDIA ADA
Kajian keadaan trafik sedia ada telah dijalankan bagi meninjau
keadaan trafik di Bandar Baru Bangi. Hasil daripada kajian
tersebut dapat dirumuskan di dalam rajah di bawah.
Rajah 7 : Desire line berdasarkan tarikan Bandar Baru Bangi
Tarikan (org/jam) Zon
Seremban KL Putrajaya Kajang A 2235.027 4569.673 2108.996 1428.69
B 4134.293 84523.86 3901.463 2642.752
C 270.8651 553.803 255.5913 173.144
D 1137.164 2326.444 1073.7 727.353
zon A seksyen 1,2,3
Zon B seksyen 4,5,6,7,8
Zon C seksyen 9,10,11 & PBB
Zon D seksyen 12,13,14,15,16
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
37 of 53
Rajah 8: Umpukan Perjalanan
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
38 of 53
PELAN BANDAR BARU BANGI BERDASARKAN SEKSYEN
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
39 of 53
Pengaliran Lalu lintas Di Plaza Tol Kajang
Bandar Baru Bangi
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24
Masa (jam)
Isip
ad
u l
alu
lin
tas
(k
en
d/ja
m)
Menuju P.Bandar Dari P.Bandar
Berikut merupakan graf yang telah diplot daripada data – data pengaliran lalu lintas di persimpangan yang dinyatakan
pada Rajah 3. Dapat dilihat bahawa, pengaliran trafik maksimum di kawasan yang dinyatakan berlaku di sekitar jam 8-9
pagi dan 6-7 petang.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
40 of 53
4.4 RAMALAN MASA DEPAN
Tahun peramalan yang ditentukan adalah 2010, 2015, dan 2020. Biasanya
tahun peramalan ini dicadangkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Peramalan ini penting untuk perancangan pengangkutan yang lebih
sistematik di masa hadapan.
4.4.1 Model Permintaan Pengangkutan
Berikut merupakan 4 langkah yang diambil di dalam memodelkan
permintaan pengangkutan pada masa hadapan.
Rajah 6 : Proses Permodelan
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
41 of 53
• Penjanaan Perjalanan
Menganggarkan jumlah pejalan yang keluar atau ditarik dari satu-
satu zon yang menggunakan guna tanah dan sosioekonomi
sebagai pemboleh ubah.
Kadar pengeluaran dan penarikan
Sumber : DBKL 1996
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
42 of 53
• Pengagihan Perjalanan
Menganggarkan agihan perjalanan dari satu-satu zon kepada zon-
zon yang lain. Model ini akan menghasilkan satu matriks asalan
tujuan perjalanan-perjalanan yang ada dalam kawasan kajian.
Model graviti diguna pakai dalam kajian ini.
Di mana;
Tij = perjalanan zon i ke zon j
Pi = pengeluaran zon i
Aij = penarikan zon j
Tij = masa atau kos perjalanan antara zon i dan zon j
α = parameter yang perlu ditentukurkan. (α = 2.05)
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
43 of 53
• Pisah Ragaman
Pemisahan pelaku perjalanan mengikut pilihan ragam
pengangkutan. Model ini menggunakan taraf sosioekonomi pelaku
perjalanan dan ciri – ciri perjalanan antara zon sebagai pemboleh
ubah
Kadar purata pisah ragaman pada waktu puncak. Sumber JKAL
Annual Report 1991
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
44 of 53
• Pengumpukan Perjalanan
Pengumpukan perjalanan asalan tujuan yang telah dipisahkan-
pisahkan mengikut ragam pengangkutan yang ada dalam kawasan
kajian. Model ini akan memberikan isi padu lalu lintas di setiap jalan
raya dan juga isi padu pergerakan penumpang pengangkutan
awam di setiap laluannya.
Kadar purata kenderaan pada waktu puncak. Sumber JKAL Annual Report 1991
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
45 of 53
4.5 RAMALAN KEPERLUAN PENGANGKUTAN
Berdasarkan daripada data – data yang telah diperoleh dan diintegrasikan
di dalam Model Graviti yang digunakan di dalam pembinaan model
pengangkutan serta kadar 2.4% untuk pertumbuhan penduduk (daripada
Jabatan Statistik Negara) Bandar Baru Bangi, satu ramalan mengenai kadar
pertumbuhan pengguna jalan raya telah diramalkan. Rumusan daripada
ramalan yang dibuat dapat dilihat pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah.
Jadual 1. Ramalan Pengguna Jalan raya di Bandar
Baru Bangi
Tahun Kenderaan
2005 2010 2015 2020
BAS 130 146 165 186
KERETA 6719 7565 8518 9590
MOTOSIKAL 2590 2916 3283 3697
Jadual 2. Ramalan pertumbuhan bilangan kenderaan di atas
jalan raya di Bandar Baru Bangi
Tahun Mod Pengangkutan 2005 2010 2015 2020
Bas 11709 13183 14843 16712
Kereta 13775 15509 17462 19660
Motosikal 3575 4025 4531 5102
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
46 of 53
Berdasarkan kepada ramalan pertumbuhan pengguna jalan raya, telah
dikenal pasti beberapa cadangan infrastruktur pengangkutan yang ingin
disarankan untuk menampung pertumbuhan pengguna jalan raya bagi
kawasan Bandar Baru Bangi. Analisis keseluruhan menunjukkan rangkaian
lebuh raya yang menghubungkan Bandar Baru Bangi kepada kawasan –
kawasan lain mampu menampung pengaliran trafik pada waktu puncak
sehingga tahun 2020. Oleh itu, sekatan trafik jalan raya dan sekatan
berasaskan kewangan seperti peningkatan tol dan sebagainya tidak
diperlukan. Oleh itu, penekanan pembangunan sistem pengangkutan lebih
ditekankan kepada pengangkutan awam.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
47 of 53
Ramalan Pertumbuhan Pengguna Jalan raya
11709
13183
14843
16712
13775
15509
17462
19660
35754025
45315102
2005 2010 2015 2020
Tahun
Bil
an
ga
n Bas
Kereta
Motosikal
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
48 of 53
4.6 CADANGAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN DAN SISTEM
PENGURUSAN TRAFIK
Berdasarkan kepada ramalan – ramalan yang telah dibuat, beberapa
cadangan telah dibuat untuk menampung peningkatan permintaan terhadap
infrastruktur – infrastruktur pengangkutan dan pengurusan sistem trafik.
Infrastruktur – infrastruktur yang dicadangkan dijangka dapat menampung
permintaan sehingga tahun 2020.
4.6.1 Pengangkutan Awam:
a) Hentian Bas dan Teksi di Bandar Baru Bangi
• Hentian Bas dan Teksi ini bertujuan sebagai satu
pusat hentian bas dan teksi yang baru bagi
menampung permintaan bas di Bandar Baru Bangi.
Rangkaian laluan bas berhenti – henti akan meliputi
kawasan Bandar Baru Bangi, Bangi, Kajang, Serdang
dan Putrajaya.
• Integrasi di antara perkhidmatan teksi dan bas perlu
diselaraskan untuk memastikan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam di Bandar Baru Bangi tidak
terjejas.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
49 of 53
b) Hentian Kajang dicadangkan untuk dikekalkan sebagai
hentian bas ekspres. Ini kerana untuk tidak membebankan
laluan bas berhenti – henti di Bandar Baru Bangi. Namun
begitu, laluan bas berhenti – henti dan teksi perlu
merangkumi Hentian Kajang untuk memastikan
perkhidmatan pengangkutan awam berjalan dengan lancar.
c) Menyediakan perkhidmatan komuter atau monorel yang
menghubungkan rangkaian perkhidmatan komuter ke
Putrajaya di stesen Bangi. Pengguna perkhidmatan komuter
atau monorel akan mempunyai mod pengangkutan alternatif
untuk ke destinasi masing – masing.
4.6.2 Rangkaian Jalan raya
Rangkaian jalan raya yang baru dicadangkan adalah :
a) Menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan Bangi Lama
melalui Lebuh raya KL – Seremban.
b) Menghubungkan Bandar Baru Bangi ke Putrajaya melalui
Dengkil dengan menaiktarafkan jalan raya sedia ada.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
50 of 53
4.6.3 Sistem Trafik Pintar (ITS)
Kajian harus dibuat untuk mengetahui Sistem Pengurusan Trafik
untuk kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitar kawasannya. Di
dalam perancangan struktur Wilayah Persekutuan Putrajaya,
dijangkakan akan mempunyai sistem pengurusan trafik. Oleh itu
diharapkan, sistem – sistem pengurusan trafik ini dapat
diaplikasikan di bandar – bandar sekelilingnya khususnya Bandar
Baru Bangi. Output – output yang dihasilkan daripada mana –
mana Sistem Pengurusan Trafik boleh disampaikan secara
automatik dan diintegrasikan oleh Sistem Pengurusan Trafik
bandar tersebut. Di dalam setiap bandar, setiap persimpangan
yang mempunyai lampu isyarat haruslah disambung secara terus
kepada Sistem Pengurusan Trafik tempatan untuk
mengoptimumkan aliran trafik. Untuk persimpangan dan lintasan
pejalan kaki yang kurang penting, sistem lampu isyarat pintar harus
digunakan di mana fasa – fasa trafik selalu dikemaskinikan untuk
menampung permintaan terkini aliran trafik. Integrasi maklumat
mengenai pejalan kaki, penunggang motor, pemandu kereta dan
pengangkutan awam harus dilakukan. Polisi harus dibuat untuk
memberi keutamaan kepada pengangkutan awam.
4.6.3.1 Sistem Pengurusan Pengangkutan Awam
Sistem Pengurusan Pengangkutan Awam haruslah
mengintegrasikan dan menyelaras segala maklumat
mengenai masa ketibaan pengangkutan awam daripada
pelbagai pengendali perkhidmatan pengangkutan awam.
Tujuan utama maklumat diselaraskan adalah untuk
meminimumkan waktu menunggu penumpang.
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
51 of 53
RAJAH 10 : Cadangan Laluan Bas
Cadangan Hentian Bas & Teksi
Bandar Baru Bangi
Hentian Bas Kajang
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
52 of 53
4.7 ANGGARAN KOS CADANGAN
4.7.1 Kos Pembinaan
CADANGAN Jarak
(km) Perkara
Kadar Kos
(RM juta)
Hentian Bas/ Teksi 0,5
Menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan
Bangi Lama melalui Lebuh raya KL - Seremban 3 2 x 2 lorong 25,5
Menghubungkan Bandar Baru Bangi ke Putrajaya
melalui Dengkil dengan menaiktarafkan jalan raya
sedia ada.
5 2 lorong kepada
2x2 lorong 34,4
Membaik pulih jalan yang sedia ada di Bandar
Baru Bangi 2,5
lorong jalan
yang rosak 0,2
JUMLAH RM 60,6
KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
53 of 53
4.7.2 Kos Profesional
Perkara Kadar Kos (RM juta)
Kos jurutera, arkitek, peguam, juru ukur tanah, juru ukur bahan
3,03
JUMLAH 3,03
4.7.3 Kos Pengambilan Tanah
Anggaran = RM 1,5 juta
Jumlah Keseluruhan = RM 65,13 juta