penyata rasmi parlimen dewan negara setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di...

74
Bil. 6 Selasa 3 Jun 2008 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: vobao

Post on 27-May-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

Bil. 6 Selasa 3 Jun 2008

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI Parlimen Malaysia 2008

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL:

- Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB. Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin (Halaman 22) RANG UNDANG-UNDANG: - Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 (Halaman 61)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh,

P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik)

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. Wong Foon Meng, D.P.M.T. (Dilantik)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

4. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

5. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

6. “ Datuk Amirsham A. Aziz (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

8. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

9. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

10. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik)

11. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik)

12. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak)

13. “ Dato’ Gooi Hoe Hin (P. Pinang)

14. “ Puan Heng Seai Kie (Perak)

15. “ Tuan Ir. Hiang A Li (Pahang)

16. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

17. “ Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak (Selangor)

18. “ Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh (Dilantik)

19. “ Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin (Dilantik)

20. “ Dato’ Kamarudin bin Ambok (Dilantik)

21. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

22. “ Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam (Dilantik)

23. “ Tuan Lee Chee Keong (Negeri Sembilan)

24. “ Dato’ Lee Sing Chooi (W. Persekutuan KL)

25. “ Puan GK Loga Chitra (Dilantik)

26. “ Tuan Maijol bin Mahap (Sabah)

27. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

28. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

29. “ Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

30. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

ii DR.3.6.2008

31. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib (Dilantik)

– Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

32. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

33. “ Tuan Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

34. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

35. “ Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie (Terengganu)

36. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

37. “ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang)

38. “ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik)

39. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

40. “ Tuan Rawisandran a/l Narayanan (Dilantik)

41. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W. Persekutuan KL)

42. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

43. “ Datuk Soon Tian Szu (Melaka)

44. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

45. “ Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin (Negeri Sembilan)

46. “ Tuan Haji Shamsudin bin Mehat (Dilantik)

47. “ Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Dilantik)

48. “ Datuk Sim Kheng Hui (Dilantik)

49. “ Dato’ Hajah Siti Rokiah binti Haji Mohd. Zabidin (Pahang)

50. “ Puan Siw Chun a/p Eam (Perlis)

51. “ Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik)

52. “ Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam (Dilantik)

53. “ Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (Terengganu) – Timbalan Menteri Dalam Negeri

54. “ Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor (Dilantik)

55. “ Dato’ Wan Nordin bin Che Murat (Perlis)

56. “ Puan Hajah Wan Ramlah binti Ahmad (Dilantik)

57. “ Dato’ Wong Siong Hwee (Dilantik)

58. “ Dato’ Yip Kum Fook (Selangor)

59. “ Datuk Zaid bin Ibrahim (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

60. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 iii

DEWAN NEGARA

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Ikmalrudin bin Ishak

PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak Hajah Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Haji Amran

Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Ahmad Kamil bin Safian

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan Zaida Zuriani binti Mohd Zamli

Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fahkri

Nur Hidayah binti Janudin Nooruanizam binti Nasir Siti Khadijah binti Md Nor Hafizah binti Abu Samah

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 3 Jun 2008

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Lee Chee Keong minta Menteri Pengangkutan menyatakan, dengan tepat peraturan dan prosedur mewajibkan penumpang-penumpang yang duduk di belakang kenderaan memakai tali pinggang keledar. Bagaimanakah keadaannya dengan penumpang-penumpang bas panjang.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meminda Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 bagi menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang belakang. Berdasarkan pindaan kaedah baru tersebut pemandu dan setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan tali pinggang keledar di dalam kenderaan maka penumpang yang tidak mempunyai tali pinggang keledar tidak akan dikenakan tindakan. Sebagai contoh, sekiranya sebuah kereta sedan yang mempunyai lima tali pinggang keledar dan dinaiki orang enam orang termasuk pemandu, maka lima orang termasuk pemandu mestilah memakai tali pinggang keledar dan orang keenam tidak akan dikenakan tindakan.

Sebaik sahaja pindaan kaedah itu diwartakan pihak penguat kuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia akan menjalankan operasi khas bagi maksud menasihat dan mendidik selama enam bulan pertama untuk mengingatkan penumpang di belakang supaya memakai tali pinggang keledar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kenderaan bas, pemasangan tali pinggang keledar telah diwajibkan ke atas bas-bas baru melalui peraturan UNECE atau dengan izin, United Nations Economic Commission for Europe, Regulation EP yang telah diwartakan pada November tahun 2007. Kerajaan akan menguatkuasakan pemasangan tali pinggang keledar pada kenderaan bas-bas baru yang didaftarkan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Lee Chee Keong. Selepas itu Dato’ Hajah Samsiah dan Tuan Maijol Mahap.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kementerian menyediakan satu tempoh dengan izin, grace period untuk penumpang-penumpang kita dan sekiranya dalam grace period ini selepas enam bulan yang pertama bolehkah pihak polis mengambil tindakan ke atas penumpang itu.

Datuk Lajim bin Ukin: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan tempoh selama tiga tahun bagi kenderaan-kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar mereka di bahagian belakang. Saya ingin memaklumkan juga kepada Dewan Negara, selepas tempoh tiga tahun itu mana-mana kenderaan yang didaftarkan di negara kita di bawa atau pun sebelum 1995 akan dikecualikan daripada memasang tali keledar dan tidak ada apa-apa tindakan oleh pihak JPJ ataupun polis. Terima kasih.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

2 DR.3.6.2008

Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan telah mengenalkan satu piawaian standard bagi tali pinggang keledar ini kerana dalam keadaan yang mewajibkan penggunaannya maka banyak pula jenama yang belum pasti sesuai untuk penggunaan kerana tawaran harga yang lebih murah dan nilai yang rendah. Terima kasih.

Datuk Lajim bin Ukin: Tuan Yang di-Pertua, bagi kenderaan baru ia memang standard, tetapi bagi pemasangan-pemasangan kereta yang didaftarkan selepas 1995 yang tidak ada tali pinggang keledar di belakang ia mengikut piawaian yang telah diperuntukkan yang telah ditetapkan oleh JPJ di mana kedai-kedai yang akan memasang ataupun aksesori yang dipilih oleh pemilik-pemilik itu memanglah yang mempunyai standard, bukan palsu dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Maijol bin Mahap: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah pemilik-pemilik kenderaan yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di belakang itu diberi tempoh tiga tahun untuk memasangnya. Kalau kerajaan memikirkan bahawa tali pinggang keledar itu amat penting kenapa diberi tempoh sampai tiga tahun, bukan satu tahun misalnya.

Kedua, suatu ketika dulu kerajaan telah mewajibkan kotak hitam dipasang pada bas ekspres tetapi, pelaksanaannya tidak diketahui. Apakah status keputusan kerajaan tersebut. Terima kasih.

Datuk Lajim bin Ukin: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana jawapan saya tadi bahawa pemasangan tali pinggang keledar di belakang ini amat mustahak sekali, oleh kerana kerajaan memikirkan supaya rakyat tidak sebegitu dibebankan dalam masa kini kita mengalami harga minyak, harga barang yang meningkat dan sebagainya, maka grace period itu ada lagi tiga tahun.

■1010

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara ini, bahawa mengikut kajian Miros, dalam tahun 2007, kematian penumpang di belakang adalah di antara 300-350 orang setahun. Kajian ini dibuat pada tahun lepas. Sebab itu kerajaan serius untuk menguatkuasakan supaya tali pinggang keledar ini diwajibkan kepada penumpang-penumpang di belakang.

Itulah saya katakan tadi, bahawa kerajaan perlu bertimbang rasa, kerana dalam situasi sekarang ini mana yang kita perlu kuatkuasakan tetapi, kita kena longgarkan sedikit supaya rakyat tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk memasang tali pinggang di belakang. Sementara bagi bas sebagaimana yang disebutkan tadi, sekarang ini sudah ada bas-bas pelancong yang telah pun secara sukarela, walaupun kita belum kuatkuasakan, tetapi secara sukarela untuk memasang seat-belt ataupun tali pinggang di belakang, kerana ada terdapat pelancong-pelancong yang datang ke negara kita yang bertanya kepada pemandu ataupun pemandu pelancong sama ada bas kita ada safety belt atau tidak. Kadang-kadang ada pelancong-pelancong ini mereka merasakan khuatir kalau mereka tidak ada safety belt di belakang, atau tali pinggang itu untuk dipasang kerana mereka sudah biasa menggunakan tali pinggang di negara mereka. Di negara kita walaupun kita belum kuatkuasakan tetapi, untuk bas-bas baru mereka sudah mula untuk memasang secara sukarela Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

2. Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kerajaan simple majority dianggap lemah.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri [Dato' Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah rakyat telah memberi sokongan dan mandat kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin dan membangunkan negara agar kita dapat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional menguasai 63% daripada Kerusi di Dewan Rakyat dan dengan kemenangan kukuh ini kerajaan boleh terus melaksanakan dasar dan mendapat kelulusan rang undang-undang di Parlimen.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 3

Dengan itu kerajaan akan dapat mengekalkan keamanan, kestabilan dan

keharmonian dalam negara, di samping terus berupaya untuk melaksanakan dasar dan pendekatan yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi, memakmurkan rakyat dan memperbaiki mutu kehidupan warga negara kita.

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selepas saya mendengar jawapan, saya berpendapat kerajaan mempunyai mandat yang amat mencukupi tetapi, kenapa sehingga kini, pihak-pihak yang tertentu masih bermain politik. Kononnya kerajaan tidak dapat memerintah dengan baik dan sempurna. Apakah itu permainan politik sahaja, dan apakah simple majority menggugat pentadbiran dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam melaksanakan dasar pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan? Terima kasih.

Dato' Mohd Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah kerana beberapa individu yang mengutarakan masalah-masalah tertentu atas alasan-alasan peribadi, kadang-kadang berkenaan dengan peribadi masing-masing, kadang-kadang masalah politik masing-masing dan juga keinginan untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Daripada apa yang saya lihat dari sesi Parlimen yang lepas, beberapa rang undang-undang telah diluluskan, termasuk undang-undang mengenai pencen dan banyak lagi undang-undang. Jadi saya rasa mengenai kedudukan parti yang memerintah sekarang tidak ada masalah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, seperti mana saya sebutkan dalam ucapan saya tadi.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Haji Muhamad Yusof dan selepas itu saya minta Dato’ Haji Abdul Rashid untuk bersedia.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju majoriti yang diperoleh oleh Kerajaan Barisan Nasional sekarang sebanyak 58 Kerusi adalah satu majoriti yang agak besar dan ianya bukan merupakan simple majority.

Dalam negara kita sejarah telah membuktikan, bahawa tahun 1959, kerajaan PAS di Terengganu yang majoritinya hanya dua kerusi boleh bertahan sehingga tahun 1962, apabila seorang daripada Parti Negara dan seorang PAS menyertai UMNO dan Perikatan pada ketika itu, maka kerajaan itu telah jatuh. Begitu juga sejarah negara kita membuktikan bahawa tahun 2004 PAS Kelantan memenangi 24 Kerusi, dan Barisan Nasional 21 Kerusi.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan dahulu senario, kerajaan Kelantan akhirnya berlaku pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, maka kedudukan kerajaan Kelantan 23 Kerusi PAS, dan 22 Barisan Nasional dan boleh memerintah sehingga pilihan raya yang lalu.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah benar daripada ura-ura cakap yang saya dengar bahawa Parlimen akan dibubarkan untuk mendapatkan mandat yang baru. Saya berharap tidak benar dan jika ianya benar ia merupakan satu malang dan mendukacitakan. Saya pinjam peribahasa yang diungkapkan oleh pakar peribahasa daripada TV3 Karam Singh Walia, “Biar mati di hujung pedang, jangan mati kena tendang”. Terima kasih.

Dato' Mohd Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator yang dilantik oleh Parti Pakatan, saya rasa masalah sekarang ialah di negeri-negeri pakatan macam di Perak, kita hanya melebihi dua Kerusi. Bila-bila masa boleh tumbang kerajaan itu tetapi, di peringkat Pusat saya rasa tidak ada masalah, kita mempunyai 58 Kerusi lebih dan kadang-kadang kita lihat bila undian dibuat melalui Speaker baru-baru ini, undi yang diperolehi oleh Timbalan Yang di-Pertua melebihi undi yang ada pada Barisan Nasional... [Tepuk]

Jadi maknanya yang ada di sana, yang ada itu pun belum tentu menyokong pembangkang. Jadi saya rasa tidak ada soal hendak adakan snap election dan sebagainya, ini semua tidak timbul. Yang dok bercakap ini ialah semua dari parti pembangkang.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

4 DR.3.6.2008

Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Benarlah

bahawa keadaan Parlimen kita boleh mengundang spekulasi bahawa kerajaan boleh bila-bila masa boleh dijatuhkan, walaupun simple majority itu besar. Adakah sebarang langkah yang difikirkan oleh kerajaan sekarang diambil untuk menjamin bahawa simple majority yang kita perolehi sekarang sesungguhnya sangatlah teguh untuk diyakini oleh rakyat dan juga untuk diyakini oleh pelabur-pelabur. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Mohd Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya sudah jawab semasa jawapan awal. Kerajaan sekarang ini stabil, kita tidak perlu ambil langkah apa-apa. Misalnya sekarang, kalau kita pergi ke Kuala Lumpur, kita tengok merata-rata pun dahulu orang Arab datang ke Malaysia ada waktu-waktu tertentu.

Sekarang ini sudah ramai orang Arab di mana-mana sahaja. Maknanya orang asing masih yakin kepada kita. Yang masalah sekarang ini ialah masalah kita sendiri yang selalu buat spekulasi menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan kerajaan kita sendiri tetapi, daripada pandangan masyarakat umum, dari segi pelabur yang saya lihat datang berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri-menteri di negara kita ini memang seperti dahulu juga, tidak ada masalah. Jadi saya rasa benda-benda ini tidak perlu bimbang dan saya rasa kerajaan kita masih kukuh dan akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk kepentingan rakyat di negara kita ini. Terima kasih.

Tuan Ir. Hiang A Li: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan saya, saya ingin bagi pihak Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran satu lagi rombongan dari Perak juga iaitu Persatuan Wanita Cina ‘Merchiam’ Ipoh Perak... [Tepuk] Dialu-alukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

3. Tuan Ir. Hiang A Li minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) setelah pelancaran projek-projek pembangunan wilayah seperti WPI, ECER, NCER, dan WPET, berapakah jumlah pelabur yang telah dan yang menunjukkan minat untuk melabur dan;

(b) apakah langkah-langlah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara di projek pembangunan tersebut.

■1020

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum itu Dewan Negara ingin mengalu-alukan dan menghargai kehadiran Yang Berhormat untuk menjawab soalan pada pagi ini... [Tepuk] Sekali gus juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri yang membantu Yang Berhormat Menteri menunaikan tugas-tugas dan fungsi-fungsi mereka kerana timbalan menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa dan maksud sebagai seorang menteri. Jadi, silakan Yang Berhormat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Amirsham A. Aziz]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah melancarkan Inisiatif Koridor Pertumbuhan sebagai salah satu daripada pendekatan baru bagi menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan wilayah di negara ini. Pembangunan yang akan dilaksanakan di setiap koridor berkenaan adalah mengikut perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk masing-masing. Ini termasuklah sasaran jumlah pelaburan yang diperlukan bagi pembangunan setiap koridor.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari segi jumlah pelaburan yang telah diperolehi bagi Wilayah Iskandar Malaysia, kemajuan yang memberangsangkan telah dicatatkan, di mana setakat ini anggaran kemasukan pelaburan secara keseluruhannya yang berjaya diperolehi oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, bagi Iskandar Malaysia sudah mencapai hampir RM33 bilion atau 70% daripada jangkaan jumlah pelaburan sebanyak RM47 bilion yang diperlukan bagi Iskandar Malaysia untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, dengan bilangan pelabur setakat ini adalah sebanyak 160 pelabur.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 5

Bagi koridor-koridor lain pula seperti Koridor Utara, Koridor Pantai Timur, Koridor

Sabah dan Koridor Sarawak, kemajuan yang dicapai dari segi jumlah pelaburan yang didapati juga adalah amat menggalakkan. Bagi SDC ataupun Sabah Development Corridor, bilangan pelabur setakat ini adalah 34 pelabur manakala bagi SCORE pula adalah 31 pelabur.

Bagi NCER dan ECER pula, maklumat mengenai bilangan pelabur kini sedang dikemaskinikan. Dari segi nilai pelaburan bagi NCER, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan yang diterima bagi tempoh 2006 ke 2007 ialah sebanyak RM37 bilion dan ECER sebanyak RM12.56 bilion. SDC sebanyak RM8.3 bilion dan SCORE sebanyak RM1.9 bilion.

Bagi SDC dan SCORE pula, jumlah pelaburan yang bakal diterima adalah lebih besar jika diambil kira nilai pelaburan yang didapati daripada perjanjian-perjanjian persefahaman ataupun MoU dengan izin, yang telah ditandatangani semasa pelancaran koridor-koridor berkenaan iaitu sebanyak RM16 bilion bagi SDC dan RM110 bilion bagi SCORE.

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang telah diambil bagi menarik pelabur-pelabur di koridor-koridor ini adalah seperti penubuhan pihak-pihak berkuasa koridor di setiap koridor pertumbuhan berkenaan bagi melaksanakan dan memantau pembangunan di koridor-koridor tersebut. Pihak-pihak berkuasa koridor ini juga bertanggungjawab untuk menggalak dan menarik pelaburan ke dalam kawasan koridor masing-masing bagi membantu pembangunan yang disasarkan untuk koridor masing-masing.

Selain itu, pihak MITI dan MIDA juga akan terus melaksanakan peranan masing-masing melalui program-program yang sedia ada, misalannya melalui misi-misi perdagangan untuk menarik pelaburan khususnya pelaburan asing ke semua koridor pertumbuhan ini. Namun begitu, walaupun antara fungsi utama pihak-pihak berkuasa koridor ini ialah untuk menarik pelaburan ke dalam kawasan koridor masing-masing tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berkaitan juga perlu memainkan peranan membantu menarik pelaburan yang diperlukan. Sebenarnya kerajaan negeri juga perlu bekerjasama untuk menarik pelabur bagi membantu menjayakan program pembangunan koridor-koridor ekonomi yang telah dilancarkan.

Oleh itu, antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah supaya pihak-pihak berkuasa koridor bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri yang berkaitan untuk menarik pelaburan ke dalam kawasan koridor atau negeri masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab bersama, antara pihak-pihak berkuasa koridor dan kerajaan negeri yang terlibat untuk mencapai matlamat jumlah pelaburan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam pelan induk koridor masing-masing.

Di samping itu, selain daripada Iskandar Malaysia yang telah mempunyai pakej insentif khusus untuk menarik pelabur ke Iskandar Malaysia, pihak-pihak berkuasa koridor yang lain juga akan menyediakan dan melancarkan pakej insentif dan galakan yang sama dan bersesuaian bagi menarik para pelabur ke koridor masing-masing. Langkah-langkah lain yang dirancang untuk membantu usaha menarik pelaburan ke dalam koridor-koridor ini ialah seperti:

(i) mewujudkan pusat sehenti atau one-stop agency dengan izin, di setiap koridor yang antara lain akan berfungsi untuk melicinkan serta mempercepatkan keputusan mengenai pelaburan;

(ii) sebagai insentif tambahan kepada insentif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri turut mengambil langkah untuk memberikan kadar harga yang lebih kompetitif bagi bekalan air dan tanah bagi menarik para pelabur asing dan tempatan untuk melabur; dan

(iii) kerajaan negeri misalannya Sarawak dan pihak berkuasa koridor seperti IRDA juga telah mengadakan misi galakan pelaburan ke luar negara bagi mempromosikan koridor masing-masing.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

6 DR.3.6.2008

Sekian, terima kasih.

Ir. Hiang A Li: [Bangun]

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Ir. Hiang A Li yang berasal dari Pahang, Wilayah Timur. Selepas itu Tuan Ahmad bin Hussin yang berasal dari Perlis...

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Sana saja, mana jadi.

Timbalan Yang di-Pertua: ... yang berada di Wilayah Utara.

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Utara lagi satu.

Dato' Haji Idris bin Haji Buang: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dato' Haji Idris bin Haji Buang dari Sarawak. Tiga orang untuk soalan tambahan.

Ir. Hiang A Li: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih ingin saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang sendiri datang untuk menjawab soalan ini dan juga memberikan satu penjelasan yang bagus sekali, terima kasih.

Saya ada dua soalan. Satu, ialah kita semua sedar pelancaran kelima-lima projek pembangunan ini sekali gus pada masa yang sama. Adakah ini akan menjejaskan atau menipiskan pelaburan di dalam dan di luar negara. Yang kedua, adakah keadaan politik dan sosial dalam negara yang kurang menyenangkan sekarang akan menjejaskan juga pelaburan dari dalam negeri atau dari luar negara. Sekiranya benar, adakah langkah-langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi memadai untuk mengelakkan perkara macam ini. Itu dua soalan saya, terima kasih.

Datuk Amirsham A. Aziz: Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi soalan yang mengatakan bahawa perjalanan koridor ini ataupun promosi koridor ini adalah serentak lima koridor sekali jalan, adakah ia akan menjejaskan pelaburan kesemua koridor ini. Seperti saya telah nyatakan tadi, setiap koridor ada khusus dia punya authority ataupun pihak berkuasa dan pihak berkuasa itu akan bertanggungjawab untuk menjalankan promosi dan memantau perjalanan pelan induk yang mereka ada. Jadi dari segi itu, saya rasa tidak ada akan menjejaskan cara ataupun kadar pertumbuhan dari segi penarikan pelabur dari luar negeri ataupun dari dalam negeri.

■1030

Kedua, dari segi suasana sosial dan politik. Memang benar sekarang adalah keadaan peningkatan harga barang terutama harga barang binaan untuk menjayakan koridor, tetapi kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk meringankan beban dari segi pembangunan. Setakat sebulan ini, telah diumumkan pembebasan ataupun pengurangan cukai untuk mengimport besi dan simen. Dari segi ini dapatlah kita terus menjayakan pembangunan infrastruktur koridor. Tugas kerajaan adalah untuk menyediakan infrastruktur koridor dan dari situ pelabur-pelabur akan dapat keyakinan membuat keputusan untuk melabur dan seterusnya menjayakan pelaburan mereka.

Dari segi politik juga, saya rasa tidak ada kesan yang dianggap akan menurunkan ataupun memperlahankan pertumbuhan pelaburan. Saya sendiri pada minggu yang lalu telah pergi ke Jepun dan ada mendapat pandangan daripada pelabur-pelabur dari Jepun yang mengatakan mereka tetap akan melabur di Malaysia kerana insentif dan juga kadar politik yang stabil. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ini bermakna the question of political uncertainties tidak timbul di sini?

Datuk Amirsham A. Aziz: Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Tuan Ahmad bin Hussin.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada menteri yang telah menjawab soalan ini dengan baik. Saya ada dua soalan

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 7

tambahan. Pertama, soalan saya ialah kelulusan bagi pelabur-pelabur membina kilang seperti di Vietnam adalah jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan di negara kita. Ini dari sudut pelabur-pelabur. Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan oleh pelabur-pelabur untuk membina kilang di Malaysia?

Yang kedua, di luar negeri, kawasan perindustrian dikenali sebagai taman perindustrian atau industrial park yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan diselenggarakan dengan baik. Kebanyakan kawasan perindustrian di Malaysia tidaklah diselenggarakan dengan baik setakat ini. Adakah MITI bercadang untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi menaikkan taraf infrastruktur di dalam kawasan perindustrian tersebut? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Bahagian dua itu dituju kepada kementerian yang lain ya. Walau bagaimanapun, terpulang kepada Yang Berhormat untuk menjawab.

Datuk Amirsham A. Aziz: Saya sedia menjawabnya. Untuk soalan pertama, memang ada kompelin ataupun feedback daripada pelabur-pelabur yang agak slow ataupun perlahan, lambat mendapat kelulusan atau keputusan untuk membina kilang-kilang. Dari segi itu, kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSN ataupun Ketua Setiausaha Negara untuk memantau dan mencari jalan untuk memperbaiki lagi perjalanan jentera ataupun delivery system dengan izin, dalam negara. Ini dapat di pantau dan ada keberkesanan berkenaan dengan delivery system, dengan izin.

Juga I think, dengan kelulusan pembinaan kilang dari segi urusan tanah, kita juga perlu kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk mendapatkan kelulusan pembukaan ataupun penyediaan tapak kilang-kilang yang diperlukan. Ini juga ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSN yang akan memantaunya.

Untuk soalan kedua, dari segi penyediaan infrastruktur untuk industrial park. Seperti saya mengatakan tadi dari segi koridor-koridor, peruntukan telah pun diadakan untuk membina infrastruktur-infrastruktur, supaya dapat disiapkan dengan segera dan dengan sempurna supaya dapat kita menarik pelabur-pelabur. Peruntukan-peruntukan untuk koridor itu adalah saya rasa cukup besar dan dapat menjayakan penarikan pelaburan. Terima kasih.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Yang Berhormat, apakah langkah-langkah pihak kementerian dan juga Kerajaan Malaysia seluruhnya untuk memastikan iaitu infrastruktur dan semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan untuk membolehkan Sarawak membina beberapa projek hidro selain daripada Bakun yang ada sekarang ini, supaya satu hari nanti Sarawak akan dapat menyalurkan kuasa tenaga ke Semenanjung. Ini kerana kita ketahui iaitu Semenanjung akan menghadapi krisis kuasa tenaga tidak lama lagi. Mungkin dalam lima tahun lagi kita akan merasanya.

Jadi untuk memastikan Sarawak memainkan peranan sebagai komponen penting dalam Malaysia, apakah langkah kementerian untuk memastikan dengan khusus dan cepat, supaya infrastruktur yang diperlukan untuk mengaitkan beberapa tempat seperti yang ada sekarang ini, Bakun yang akan dibuat juga, Murun, Balih, Baram, Limbang dan sebagainya dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya tanpa apa-apa halangan? Sebab saya pun tahu kerajaan negeri memberi sepenuh kerjasama...

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan tambahan sudah jelas, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: ...Kedua, soalannya ialah apakah langkah kerajaan untuk memaklumkan kepada rakyat iaitu hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang dapat memastikan kuasa tenaga ini dapat disalurkan kepada seluruh Malaysia termasuk juga ke Sabah? Sekian, terima kasih.

Datuk Amirsham A. Aziz: Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi plant energy ataupun jana kuasa di Malaysia ini, kita telah membuat perancangan bahawa hidro adalah satu daripada renewable energy dengan izin, yang perlu dibangunkan lagi kerana gas di Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia akan terus berkurangan. Dalam tahun 2014, kita akan menjadi pengimport gas bagi di Semenanjung Malaysia. Oleh itu sekarang

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

8 DR.3.6.2008

adalah dalam perancangan EPU untuk menjalankan perancangan mengembangkan lagi penggunaan hidro di Sarawak dan juga di Semenanjung, jika ada.

Dari segi infrastruktur untuk Hidro Bakun, kita telah memulakan perancangan untuk mengadakan kabel di bawah laut untuk menyalurkan tenaga dari hidro di Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Keputusan ini telah dibuat, bajetnya pun telah diperuntukkan untuk Sime Darby mengadakan under sea cable, dengan izin. Jadi projek-projek hidro yang kemudiannya dapat menggunakan infrastruktur kabel di bawah laut untuk menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia. Begitu juga untuk dapat kita membuat grid system di Sabah dan Sarawak bagi menyalurkan tenaga yang kita dapat daripada hidro ke seluruh Sarawak dan juga Sabah.

■1040

Soalan kedua ialah mengenai langkah-langkah untuk memaklumkan kepada rakyat projek-projek ini. Ini telah pun kita masukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga untuk kajian semula Rancangan Malaysia Kesembilan. Sesudah kita mengadakan sesi ini di Parlimen untuk penghujung bulan Jun, kita akan umumkan kepada rakyat kita punya pelan energy keseluruhannya. Terima kasih.

4. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah tindakan khusus penguatkuasaan dan tempoh masa serta silibus dibuat oleh kementerian bagi memastikan pembantu rumah dan pekerja asing menguasai Bahasa Malaysia asas bagi mengelakkan masalah komunikasi hingga menimbulkan implikasi bahasa rojak dan kekeliruan sebagai salah satu prasyarat pengeluaran permit kerja di Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Noraini binti Ahmad]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, mulai 1 November 2005 semua bakal pekerja asing perlu menduduki kursus induksi bagi mendapatkan Certificate of Eligibility ataupun CE dengan izin, sebagai prasyarat untuk mendapatkan visa pengajian ataupun calling visa, dengan izin. Modul yang terlibat dalam kursus CE adalah penguasaan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, undang-undang perburuhan dan kebudayaan negara Malaysia.

Modul kursus CE ini kita bahagikan kepada dua kategori. Pertamanya adalah kepada pekerja asing daripada negara Indonesia di mana tempoh kursusnya adalah selama lima jam sahaja. Ini adalah kerana bahasa dan budaya yang hampir sama ataupun serumpun. Untuk kategori yang kedua pula adalah pekerja asing daripada negara lain seperti daripada negara Myanmar, Vietnam, Filipina dan lain-lainnya. Tempoh kursusnya pula adalah selama 60 jam. Modul kursus ini dia lebih terperinci iaitu mengenai penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, latar belakang budaya, adat resam, undang-undang perburuhan dan imigresen di Malaysia.

Kursus induksi ini perlu untuk membantu bakal pekerja menyesuaikan diri mereka dengan keadaan ataupun persekitaran kerja di Malaysia dan boleh membantu mereka menghindarkan diri mereka daripada melanggar segala peraturan dan undang-undang di Malaysia. KSN sudah semestinya membuat pemantauan pelaksanaan kursus induksi di negara sumber ini melalui lawatan-lawatan ke pusat-pusat latihan yang mengendalikan kursus berkenaan bagi memastikan silibus kursus yang ditetapkan oleh KSN ini dipatuhi.

Di samping itu juga, KSN dan Kementerian Dalam Negeri sentiasa bekerjasama bagi memastikan semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia mempunyai CE bagi mengurangkan masalah komunikasi dan lain-lain masalah yang timbul dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Puan Mumtaz dan selepas itu Datuk Soon Tian Szu.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Difahamkan daripada jawapan tadi, pekerja-pekerja asing daripada Indonesia dikecualikan daripada kursus bahasa.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 9

Walau bagaimanapun, sedarkah pihak kerajaan bahawa terdapat perbezaan

dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia yang sebenarnya banyak menyumbang kepada faktor-faktor akibat daripada penderaan kerana silap komunikasi? Tidakkah kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan kursus Bahasa Malaysia ini kepada semua warga daripada Indonesia bagi menjadi pembantu rumah di Malaysia.

Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Penggajian 1995 bagi menambahkan manfaat kepada pembantu rumah bagi menggalakkan pekerja tempatan menjadi pembantu rumah? Terima kasih.

Dato’ Noraini binti Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan yang pertama, sebenarnya di kementerian kami sedar ada sedikit perbezaan di antara Bahasa Indonesia dan juga Bahasa Malaysia ini. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidaklah begitu ketara disebabkan Indonesia dan juga Malaysia ini adalah dikategorikan sebagai bahasa kita dan budaya kita adalah hampir sama ataupun serumpun. Walau bagaimanapun, sebelum pendatang ataupun pekerja asing ini masuk ke Malaysia, kita akan juga bekalkan kepada mereka beberapa perkataan ataupun senarai bahasa yang mudah dan yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia bagi memudahkan mereka ini sedikit sebanyak tahu.

Saya faham masalah ini dan kami tengah membuat pemantauan. Saya hendak bagi contohlah Tuan Yang di-Pertua, macam ‘genit’ kalau di Malaysia bermakna comel dan cantik tetapi, kalau di Indonesia bermakna gatal atau miang. Itu kita sedar, kementerian sedar dan kami juga mengambil maklum dan lebih banyak lagi senarai ini akan kami bahagikan.

Untuk soalan yang kedua pula adalah berkaitan dasar. Ini kita ambil maklum, tadi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan saya akan membawa ini ke pihak kementerian untuk kita pertimbangkan tetapi ini adalah berkaitan dasar. Kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Soon Tian Szu.

Datuk Soon Tian Szu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita sering kedengaran, pembantu rumah Indonesia sering berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman psikologi fizikal dan seksual. Malahan pihak media Indonesia menggembar-gemburkan isu-isu ini dengan menyatakan undang-undang Malaysia mengabaikan pembantu rumah dan diperlakukan seperti manusia kelas kedua di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah oleh pihak kementerian untuk melindungi hak-hak pembantu rumah supaya masalah ini tidak menjadi bahan hentaman media Indonesia? Terima kasih.

Dato’ Noraini binti Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk mendapatkan CE ini ataupun Certificate of Eligibility ini. Sebenarnya untuk pembantu rumah, untuk semua negara sebelum ini tidak perlu untuk CE ini. Namun atas permintaan kerajaan daripada Indonesia maka CE ini juga diperlukan untuk pembantu rumah daripada Indonesia. Maka itulah diberikan kepada mereka kursus ataupun kita panggil induction course kepada mereka selama lima jam. Sedikit sebanyak daripada lima jam itu, semuanya adalah mengenai labour law dan juga regulation di negara kita dengan izin dan juga terminal law dan procedure selama satu jam, immigration regulation dan requirement dengan izin, selama dua jam.

Jadi lima jam ini adalah untuk mereka tahu sedikit sebanyak secara tidak langsungnya ancaman ataupun penderaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi dapat kita hindarkan terutamanya oleh mereka. Pengetahuan secara khusus untuk rakyat Indonesia, the foreign maid, dengan izin ini telah kita laksanakan dan ianya telah kita kuasakan mulai 1 Jun iaitu beberapa hari yang lepas. Terima kasih.

5. Dato’ Wong Siong Hwee minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, daripada tahun 2004-2008, berapakah syarikat di bawah program usaha sama tulen antara bumiputera dengan bukan bumiputera di bawah Majlis Galakan Usaha sama

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

10 DR.3.6.2008

Tulen (MGUT). Berapakah projek yang telah diberi kepada syarikat-syarikat dan jumlah peruntukan insentif telah diberikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato' Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang menyoal berkenaan kemajuan program Usaha sama Tulen.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program ini sebenarnya telah dimulakan pada tahun 90-an dan dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa kerja usaha sama tulen di peringkat kementerian dengan dianggotai oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan juga gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia. Pada tahun 1996, ia dilengkapkan dengan kemasukan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Majlis Galakan Usaha sama Tulen.

Sehingga tahun 2004, sebanyak 56 buah syarikat usaha sama tulen telah pun ditubuhkan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sebahagian daripada jawapan ini telah saya sebutkan ketika menggulung semalam. Akan tetapi secara ringkasnya, daripada 56 buah syarikat itu malangnya hanya 11 sahaja yang masih bergerak secara aktif dan lain-lain itu sudah ada yang dibubarkan, ada yang digugurkan dan ada yang menarik diri. Pokoknya dia tidak begitu aktif.

Bagaimanapun, pada tahap sehingga tahun 2004, kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM500 juta dan sebanyak RM107 juta telahpun diberikan sebagai pinjaman kepada syarikat-syarikat usaha sama tulen itu.

■1050

Merujuk soal jumlah projek yang diberikan oleh kerajaan. Sebenarnya usaha sama tulen ini bukan merupakan satu program di mana mereka menunggu atau meminta atau mengharapkan projek-projek daripada kerajaan. Namanya pun tulen. Jadi mereka mesti bekerjasama sebagai sebuah syarikat. Di situ ada individu atau kumpulan individu bumiputera dan di situ ada individu atau kumpulan individu bukan bumiputera yang menjadikannya sebuah syarikat yang tulen itu dan mereka seharusnya mencari peluang-peluang perniagaan secara bersama. Jadi tidak ada projek yang diserahkan oleh kerajaan kepada mereka. Terima kasih.

Dato' Wong Siong Hwee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya tadi. Jadi setelah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, program tersebut tidak menggalakkan dan tidak dapat sambutan begitu baik sekali. Apakah punca-punca yang menyebabkan Program Galakan Usaha Sama Tulen itu masih berada dalam angka yang begitu last sekali. Sekian, terima kasih.

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kerjasama ataupun usaha sama tulen itu tidak begitu menjadi. Namun faktor yang paling utama ialah salah faham di kalangan mereka yang terlibat. Maksud saya ialah syarikat usaha sama tulen yang ditubuhkan. Oleh kerana ini ialah satu program yang digerakkan oleh kerajaan, maka mereka seperti saya sebutkan tadi mengharapkan akan ada semacam suatu serahan projek, serahan perniagaan kalau boleh saya gunakan istilah itu daripada kerajaan kepada mereka memandangkan ini adalah sesuatu yang digerakkan oleh kerajaan. Itu punca utama kenapa ia tidak begitu menjadi tetapi, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua kita ini Kerajaan Barisan Nasional yang merupakan kontrak sosial tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera dan antara pelbagai kaum. Kita akan teruskan program ini.

Kita telah meletakkan Majlis Galakan Usaha Sama Tulen ini dipengerusikan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian ini. Kita juga telah menyediakan dana yang baru sebanyak RM500 juta dan ini adalah dana yang disediakan melalui Bank Negara dan juga institusi-institusi kewangan termasuk syarikat-syarikat modal teroka dan juga agensi-agensi pembiayaan kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad.

Dan juga di bawah kementerian kami yakni MARA, kali ini kita akan pastikan bahawa syarikat itu ditubuhkan dengan kefahaman yang betul. Satu dari segi penubuhan syarikat itu. Biarlah dia jadi betul-betul usaha sama tulen dan yang keduanya mereka

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 11

benar-benar mencari perniagaan bersama-sama dan merupakan suatu win-win situation dengan izin, bagi yang bukan bumiputera dan bumiputera dan tidak lagi hanya berharap bahawa dia akan mendapat projek daripada kerajaan. Kerajaan hanya menyediakan dari segi dana untuk pinjaman kepada mereka. Untuk memudahkan mereka memulakan syarikat dan juga perniagaan mereka. Terima kasih.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam mewujudkan Program Galakan Usaha Sama Tulen, apakah kriteria dalam usaha membentuk atau mewujudkan program ini. Yang kedua, berapa banyakkah koperasi yang terdiri daripada koperasi Orang Asli yang terlibat dalam memperkasakan koperasi ini. Terima kasih.

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan bahagian yang kedua itu tentang koperasi. Saya tidak ada. Saya minta notis untuk jawapan sama ada, ada atau tidak koperasi yang terlibat dalam usaha sama tulen. Begitu juga dengan melibatkan kaum Orang Asli. Namun dari kriteria, kriterianya yang paling utama ialah usaha sama tulen itu melibatkan seperti yang saya katakan tadi antara individu-individu dari kedua-dua pihak. Satu ialah yang bumiputera dan satu lagi bukan bumiputera dengan yang bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti syarikat. Itu kriteria yang paling utama. Yang lain-lain itu adalah kriteria yang merujuk kepada misalnya kalau dia hendak memohon dari segi dana yang disediakan, maka mestilah memenuhi syarat-syarat yang biasa. Yang disediakan, yang ditentukan oleh agensi-agensi pembiayaan itu. Terima kasih.

Dato' Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan yang tidak berjaya itu dengan banyak kes atau koperasi yang dijalankan oleh syarikat bumiputera dan juga yang lain. Adakah ini disebabkan paradigma bahawa kerjasama itu dan juga peluang perniagaan itu selalunya dia inward looking dan inward scrambling for project yang kita pasti nak tukar kepada paradigma outward looking dan outward expansion. Menjadikan world player dengan izin. Macam mana kita mahu tingkatkan paradigma itu dan juga adakah 51% saham yang dipegang oleh bumiputera itu adalah satu halangan. Terima kasih

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal pegangan saham atau ekuiti bumiputera pada saya tidak menjadi isu dan tidak harus menjadi halangan. Yang menjadi isu dan menjadi halangan, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Ada waktunya usahawan-usahawan kita ini masih inward looking. Kita masih berebut kek yang sedia ada di depan kita tanpa kita memikirkan bagaimana kita membesarkan kek tersebut.

Ada dua perkara di sini dan ini sebenarnya termasuk dalam beberapa pendekatan utama di bawah kementerian ini. Satu yang kami panggil sebagai Program Cluster dengan izin. Program Cluster ini ada dua perkara. Satu adalah kita hendak menambah nilai sesuatu sektor ekonomi yang disertai. Kita ada banyak downstream processes dan juga industries bagi sesuatu industri tertentu. Yang itu perlu kita teroka. Saya bagi contoh misalnya. Walaupun kita biasa dengan buku tetapi industri buku sebagai suatu kepala untuk pembiayaan di bawah bank-bank kita sebenarnya belum wujud.

Apabila seseorang atau sesebuah syarikat bertemu dengan mana-mana bank termasuk di bawah kementerian ini dan menanyakan soal pembiayaan untuk industri buku. Antara soalan pertama yang ditanya ialah adakah anda mempunyai kilang. Sedangkan kilang adalah soal percetakan buku iaitu proses terakhir dalam industri buku. Jadi itu antara contoh yang saya berikan. Bagaimana kita hendak meningkatkan rantaian nilai sesuatu sektor ekonomi.

Yang kedua ialah meningkatkan jalinan perniagaan. Ini lebih merujuk kepada cadangan Ahli Yang Berhormat tadi. Kita sedang berusaha sekarang ini misalnya membuat apa yang kita kata business matching dengan izin, dengan syarikat-syarikat di luar negara.

Kita ada lebih kurang 250 buah syarikat antarabangsa yang mempunyai, yang sudah menyatakan minat ini bukan melalui kementerian kami tetapi melalui kementerian yang lain tapi kita bekerjasama, yang menyatakan minat dan bersedia untuk bekerjasama

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

12 DR.3.6.2008

dengan syarikat-syarikat dalam negeri. Walaupun dalam perbincangan itu tidak timbul secara spesifik soal usaha sama tulen tadi tetapi, saya rasa itu antara perkara yang boleh menjadikan kek itu lebih besar, menjadikan usahawan kita dan dalam konteks ini syarikat-syarikat usaha sama tulen menjadi lebih dengan izin outward looking. Terima kasih.

� 1100

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam.

6. Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah tindakan yang boleh diatur oleh Kerajaan bagi memaksimumkan proses membasmi kemiskinan di kalangan pekerja ladang serta langkah-langkah jangka masa panjang bagi mengatasi masalah tersebut.

Menteri Peusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa soal pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat termasuk golongan pekerja ladang adalah merupakan keutamaan dan melibatkan keseluruhan jentera kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan termasuk kementerian saya amat mengambil berat dan prihatin terhadap tahap kebajikan dan taraf hidup rakyat termasuk pekerja ladang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penyediaan kemudahan kebajikan pekerja ladang adalah dikawal oleh Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang mana dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia. Semua kebajikan yang menyediakan kemudahan asas kepada pekerja mereka perlu mengikut garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh akta berkenaan. Sehubungan dengan ini, kementerian saya sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak Kementerian Sumber Manusia untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pekerja di sektor ladang.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kadar upah para pekerja ladang, pada amnya ia ditetapkan oleh perjanjian kedua-dua belah pihak majikan dan pekerja yang diwakili oleh The Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dan National Union of Plantation Workers (NUPW). Perjanjian berkenaan akan disemak setiap tiga tahun bagi mengkaji semula formula kadar upah kepada para pekerja dengan mengambil kira keadaan semasa. Pada masa ini secara purata pendapatan bersih seorang pekerja am di ladang sawit dan getah adalah RM750 sebulan.

Walau bagaimanapun, pendapatan pengait buah sawit atau harvester dengan izin ialah kira-kira RM1,100 sebulan. Ini bermakna pendapatan pekerja ladang adalah melebihi paras garis kemiskinan luar bandar peringkat nasional iaitu sebanyak RM691 sebulan. Walaupun pendapatan bersih pekerja ladang adalah di antara RM750 sehingga RM1,100 tetapi mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk perkara seperti sewa rumah, bayaran perubatan dan juga pendidikan prasekolah anak mereka kerana kemudahan tersebut telah disediakan oleh pihak ladang. Secara purata kemudahan in -kind dengan izin berkenaan yang disediakan oleh majikan dianggarkan RM360 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan harga komoditi yang tinggi pada masa ini, kerajaan yakin bahawa lebih banyak program termasuk kerjasama di antara kementerian saya, Kementerian Sumber Manusia dan pihak majikan ladang akan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan kebajikan dan kesejahteraan hidup para pekerja di ladang. Sekian.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Tuan Krishnan.

Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S Maniam: Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh syarikat-syarikat GLC dalam membantu kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di kawasan ladang-ladang?

Yang Berhormat Menteri, sudah 50 tahun merdeka sampai hari ini pun penduduk ladang-ladang minum air daripada sungai.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 13

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan itu adalah

untuk ditimbangkan oleh pihak kerajaan atau untuk pihak majikan. Seperti yang saya sebutkan, pihak majikan mempunyai kuasa atau tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang setaraf dengan kehendak akta yang saya sebut tadi. Bagi pihak kerajaan, kita semua sedia maklumlah sebagai Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan sememangnya melalui program-program di luar bandar yang dilaksanakan oleh berbagai agensi kerajaan Menyediakan peruntukan untuk disalurkan kepada pihak penduduk luar bandar termasuk juga penduduk-penduduk yang menduduki di kawasan ladang. Saya tidak nafilah bahawa masih ada pekerja atau pihak-pihak di luar bandar ini di bawah paras miskin tegar dan sebenarnya Yang Berhormat, saya mempunyai angka juga untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa di negara kita ini masih ada hampir 61,816 isi rumah yang masih di bawah miskin tegar sebab itulah pihak kerajaan menyediakan program-program yang selanjutnya untuk membasmi miskin tegar ini yang berlaku di mana-mana sahaja, bukan sahaja di kawasan luar daripada ladang tetapi termasuk juga ladang.

Jadi sebab itulah saya sebut tadi, jika ada kes-kes miskin tegar ini, saya rela untuk menelitinya dan kalau Yang Berhormat boleh sampaikan maklumat-maklumat kepada saya, kita boleh mengadakan program dan usaha untuk membasmi atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja di ladang.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Gooi Hoe Hin.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasihlah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang sendiri menjawab soalan ini. Dengan sendirinya mencerminkan betapa prihatinnya Yang Berhormat Menteri terhadap kebajikan pekerja-pekerja peladang. Kita tahu tiada pekerja, tiada hasil ladang dan hasil sektor perladangan getah dan sektor minyak kelapa sawit mencecah lebih kurang pendapatan lebih daripada petroleum. Jika petroleum punya harga tidak tinggi lebih kurang RM60,000 juta.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan, soalannya.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Jadi soalan saya, kita sedia maklum juga komponen input pekerja minyak sawit 60%, getah lebih kurang 40%. Jadi yang menjadi pokok di sini ialah gaji. Tadi gaji minimum RM750. Saya harap KKPK bersama KSM bersama-sama mendesak MAPA supaya boleh menetapkan sekurang-kurangnya RM900. Itu soalan pertama.

Soalan yang kedua, berat sama kita pikul, bila ringan kita jinjing. Jadi apabila syarikat perladangan khususnya daripada GLC, kepunyaan kerajaan bolehkah, bila Sime Darby mengaut keuntungan ribu-ribu juta, bagilah dua bulan bonus kepada para pekerja peladang. Itu soalan kedua, terima kasih.

■1110

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat kerana dengan hujah tadi. Yang Berhormat memang ingin hendak lihat bahawa pihak-pihak majikan ini di peringkat ladang khususnya GLC ini adakan lebih banyak lagi program CSR iaitu tanggungjawab sosial korporat.

Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa mereka memang mematuhi segala kehendak dalam undang-undang. Lebih itu ialah CSR, ini kita kena faham kerana dia ada standard minima dan gaji itu adalah satu perjanjian di antara majikan dengan pekerja, MAPA dengan NUPW. Mereka berunding secara ‘arms slunk’ dengan izin. maknanya tidak ada orang paksa dia hendak terima gaji yang kalau mereka tidak ingin hendak terima. Oleh sebab itu kita serahkan kepada mereka yang merunding. Apa gaji yang dikatakan berpatutan dan apa gaji mereka boleh terima sebagai pekerja dan soal bonus ini Yang Berhormat, ini memang kita tahulah bonus ini bukan syarat dalam perjanjian.

Bonus ini kalau ada keuntungan yang banyak ini saya rasa pihak majikan ini rela untuk mengadakan bonus yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun Yang Berhormat saya hendak cadangkan jugalah, ambil kesempatan kalau dengan izin Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Ringkaskan.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

14 DR.3.6.2008

Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, secara ringkaslah. Kemudahan-kemudahan yang

ada di dalam estet ini saya hendak Yang Berhormat di sini cuba bandingkan sektor perladangan dengan sektor yang lain-lain. Sektor manufacturing seumpamanya, kita cuba banding dengan perkara ini. Pihak majikan di kawasan ladang ini menyediakan sejumlah 468 kemudahan kesihatan termasuk enam hospital.

Mana ada majikan di sektor pembinaan manufacturing menyediakan hospital kepada pekerja mereka, tidak ada Yang Berhormat. Hanya di sektor perladangan. Mereka dikehendaki membina kemudahan-kemudahan kesihatan bagi pekerja mereka dan sekolah Yang Berhormat, sekolah pun dibina oleh pihak majikan. Masjid 434, kuil 382, tokong 96, gereja 24. Semua ini ditanggung oleh pihak majikan untuk membinanya, untuk siapa? Untuk pekerja, kebajikan pekerja-pekerja.

Saya sebut Tuan Yang di-Pertua, tidak ada sektor-sektor industri yang lain yang membuat yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini. So ini adalah kos juga Yang Berhormat. Kos kepada majikan. Sebab itulah saya hendak terangkan bahawa kepada sesi ini Dewan yang mulia ini, sebab kita tahu buat masa ini harga sawit, harga lada komoditi ini adalah naik, adalah baik tetapi kita kena juga imbas bahawa tanggungjawab majikan ini berat juga.

Cost of inputs seumpamanya baja sekarang, upah, levi untuk pekerja luar negeri. Mereka semua ini kena bayar. Walaupun saya pada pagi ini memihak majikan bukan, saya punya peranan adalah supaya sektor ini maju ke hadapan. Sektor ini akan meriahkan keuntungan kepada bukan sahaja majikan tetapi pekerja dan juga negara. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri Perladangan ini saya akan mendesak kepada pihak majikan ini supaya lebih menyumbang lebih sedikit dalam masa sekarang harga komoditi ini adalah baik. Kalau dulu mereka susah, hendak hidup pun susah. Tak hendak jadi bankrap tetapi hari ini mereka bolehlah, sebab mereka ada keuntungan yang lebih sebab ada keuntungan lebih saya sebut dalam jawapan saya tadi kita bolehlah mendesak mereka untuk menyumbang lebih sedikit kepada pekerja, sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Hajah Azizah Abd. Samad.

7. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta Perdana Menteri menyatakan, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Baitulmal di dalam menjana pencapaian ekonomi umat Islam sama ada dalam bentuk sumbangan modal atau kursus bimbingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Mashitah binti Ibrahim]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Baitulmal merupakan sebuah agensi yang menguruskan harta bagi umat Islam yang diletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Peranan Baitulmal dalam menjana pencapaian ekonomi umat Islam sama ada dalam bentuk sumbangan modal atau kursus bimbingan boleh dilihat dalam tiga aspek iaitu:

(i) pembangunan fizikal;

(ii) pembangunan modal; dan

(iii) pembangunan insaniah

Pembangunan fizikal merujuk kepada beberapa projek fizikal yang dibangunkan seperti pembangunan hotel, rumah anak yatim, pusat pelindungan wanita dan ruang niaga di tanah-tanah wakaf. Pembangunan modal pula merujuk kepada penjanaan sumber ekonomi di mana pembangunan tanah-tanah Baitulmal digunakan secara optimum bagi mempertingkatkan pendapatan umat Islam dengan menyewakan premis-premis tersebut kepada agensi-agensi kerajaan, swasta atau bukan kerajaan.

Ianya mampu memberikan keuntungan kepada Baitulmal sekaligus membantu umat Islam yang memerlukan bantuan yang berada di bawah tahap kemiskinan atau tidak mampu. Pembangunan ketiga ialah pembangunan insaniah yang merupakan core business Baitulmal iaitu unit zakat. Di mana terdapat pelbagai skim bantuan zakat yang membantu para asnaf di seluruh negara. Kursus-kursus bimbingan kepada ibu tunggal, OKU, pelajar-

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 15

pelajar serta mualaf banyak dilaksanakan agar setiap daripada mereka mempunyai kemahiran dan panduan yang dapat membantu mereka berdikari di masa hadapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Hajah Azizah.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya apakah Baitulmal dapat menolong golongan yang susah terutamanya ibu-ibu tunggal dengan menyediakan pakej sewa beli rumah dengan Baitulmal bertindak sebagai pembeli pinjaman ataupun co-owner kepada golongan sasar ini bagi memastikan mereka mampu untuk menyewa dan seterusnya memiliki rumah untuk keluarga mereka berteduh. Terima kasih.

Dato’ Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat daripada program pembangunan yang dilaksanakan oleh Baitulmal, mereka ini harus tergolong di antara asnaf yang boleh menerima bantuan daripada Baitulmal. Seorang ibu tunggal yang sekiranya termasuk dalam asnaf yang lapan sama ada digolongkan sebagai orang miskin ataupun fakir ataupun yang berhutang dan sebagainya memang ada program pembangunan sosial setakat ini seperti bantuan bina, baik pulih ataupun sewa rumah ataupun rumah berkelompok yang telah diadakan dalam program pembangunan sosial di bawah Baitulmal. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Wan Nordin

Dato Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah adakah Baitulmal bercadang untuk berusaha membangunkan usahawan-usahawan Islam di negara ini.

■1120

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya di bawah program pembangunan ekonomi di bawah Baitulmal, kita memang mempunyai satu program khas yang dinamakan Program Pembangunan Keusahawanan.

Setakat ini kita telah berjaya menghasilkan banyak usahawan seperti usahawan dalam bidang butik, kedai runcit mahupun dalam makanan tradisional. Ini kerana di antara bantuan yang diberikan oleh Baitulmal kepada usahawan ini adalah bantuan perniagaan daripada RM5,000 sehingga RM40,000.

Bantuan ini merupakan bantuan modal hangus. Tidak perlu dibayar semula, tetapi tentulah Baitulmal terpaksa membuat pemilihan yang agak ketat. Hanya mereka-mereka yang benar-benar dirasakan berpotensi untuk menjadi usahawan akan diberikan bantuan seumpama ini di bawah Baitulmal. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Datin Paduka Datuk Nor Hayati.

8. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, adakah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu diperkemas bagi memastikan bakal-bakal graduan memahami dasar dan arah tuju negara Malaysia dan apakah perlu pengajian sejarah proses kemerdekaan negara diwajibkan bagi memastikan dasar penganugerahan kerakyatan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperjelaskan dengan terperinci di pusat pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau (AUKU) adalah suatu akta yang menjadi sumber kuasa kepada penubuhan sistem government dan tadbir urus sesebuah universiti awam negara ini termasuklah aspek tata laku pelajar.

Kementerian sedar bahawa AUKU mempunyai beberapa peruntukan yang perlu diberi perhatian. Perubahan yang sesuai akan dilakukan untuk memberi ruang yang lebih luas dan menjadikan IPTA lebih progresif dan berkualiti.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

16 DR.3.6.2008

Kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa menyemak dan mengkaji

AUKU. Jawatankuasa ini berfungsi untuk meneliti, mengkaji dan membuat cadangan pindaan terhadap AUKU. Pindaan ini bertujuan menambah baik peruntukan sedia ada yang akan memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk pelajar.

Bagi memastikan bakal-bakal graduan memahami dasar dan arah tuju negara, pihak IPTA juga ada menganjurkan program-program ko-kurikulum yang bercorak patriotik dan cintakan negara seperti Program Malam Ambang Kemerdekaan, pertandingan pidato dan perbahasan, subjek hubungan etnik, tamadun Islam dan tamadun Asia ataupun TITAS, Program Bakti Siswa dan sebagainya. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Datin Paduka Datuk Nor Hayati. Selepas itu Puan Heng Seai Kie.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Tuan Yang di-Pertua, dengan penambahbaikan Akta AUKU terutamanya di bawah seksyen 15 dan 17 yang dikatakan mengongkong kebebasan para pelajar berinteraktif dalam politik kampus, Adakah ini akan menyebabkan para mahasiswa dapat berkomunikasi dengan kerajaan secara berhemah, positif, dan juga proaktif. Bagaimanakah pihak kementerian akan memastikan pelajar kita akan lebih cemerlang dalam pengajian mereka supaya usaha kita menaikkan nama universiti tempatan di persada dunia adalah lebih terlaksana. Terima kasih.

Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa mengkaji dan menyemak AUKU yang dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatankuasa ini telah berbincang, meneliti dan mengadakan konsultasi dengan semua stake holders, kementerian percaya proses rundingan dengan berbagai-bagai stake holders akan dapat menghasilkan satu cadangan pindaan yang komprehensif dan mantap serta mengambil kira kepentingan semua pihak.

Jawatankuasa menyemak dan mengkaji AUKU telah banyak kali mengadakan perjumpaan dan konsultasi dengan pelbagai pihak seperti Ahli Parlimen, pihak pengurusan universiti, persatuan kakitangan akademik, badan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa telah memberi pandangan dan cadangan berkenaan dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Heng Seai Kie.

Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini telah kerap menyebabkan ketegangan dan konflik antara mahasiswa dengan pihak pentadbir IPT.

Selain itu, keputusan pilihan raya umum baru-baru ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah secara significant nya kehilangan sokongan daripada golongan pengundi muda terutamanya golongan profesional ataupun graduan. Jadi, soalan tambahan saya ialah adakah ia turut disebabkan oleh perasaan tidak puas hati yang lama terpendam terhadap sekatan dan juga pendekatan pentadbiran akta ini sejak zaman universiti mereka. Jika ia benar, apakah tindakan kerajaan terhadap isu ini. Terima kasih.

Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, berbagai-bagai analisa telah dibuat terhadap prestasi BN dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas yang lalu. Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa AUKU adalah di antara penyebab prestasi kurang baik BN.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, AUKU sebenarnya tidak menghalang pelajar-pelajar bergiat dalam kegiatan yang konstruktif. Kementerian tidak menghalang pelajar untuk menyertai mana-mana pertubuhan dalam negara dengan syarat ianya bukan satu bukan haram dan tidak menyalahi mana-mana perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Kerajaan amat menggalakkan pelajar-pelajar IPT menyertai persatuan atau pertubuhan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Pertubuhan Kebajikan dan Sukarela, Pertubuhan Anak Negeri dan sebagainya. Penyertaan pelajar-pelajar dalam organisasi yang sedemikian diharapkan dapat menambah ilmu dan jati diri pelajar-pelajar berkenaan. Sekian.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 17

9. Tuan Khoo Soo Seang minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, bagaimanakah kerajaan akan membentuk kebudayaan Malaysia yang dapat mencerminkan kekayaan budaya berbilang kaum dan bukan berasaskan budaya kaum tertentu sahaja.

Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Tuan Teng Boon Soon]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sentiasa berusaha untuk membentuk kebudayaan Malaysia yang dapat mencerminkan kekayaan budaya berbilang kaum dan bukan sahaja berasaskan kaum tertentu sahaja.

Pembentukan sesuatu budaya seperti kebudayaan Malaysia memerlukan satu tempoh jangka masa yang lama. Dalam usaha pembentukan ini, pihak kerajaan melaksanakan dua langkah yang merangkumi pendekatan secara formal dan tidak formal. Dalam pendekatan formal, usaha yang dilaksanakan adalah dengan penggubalan dasar-dasar kerajaan yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang dan diperkuatkan dengan penggubalan rang undang-undang.

Bagi pendekatan tidak formal, ianya bersifat sementara seperti mana yang diputuskan dalam konvensyen persidangan atau penganjuran seminar. Malah, Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 telah mencadangkan tiga prinsip utama untuk membangunkan satu dasar kebudayaan kebangsaan iaitu:

(i) kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;

(ii) unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai kebudayaan kebangsaan; dan

(iii) agama Islam sebagai teras dasar kebudayaan kebangsaan.

Bagi mencapai pembentukan kebudayaan Malaysia yang mencerminkan kekayaan budaya berbilang kaum, kerajaan telah menyusun beberapa strategi utama. Di antaranya ialah pendekatan formal melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan pendekatan tidak formal iaitu melalui penganjuran program oleh kerajaan yang selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan budaya kebangsaan.

� 1130

Dalam pelaksanaan strategi pembentukan kebudayaan Malaysia secara formal, kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi memastikan seni budaya pelbagai kaum di Malaysia dipelihara, dikekalkan dan dikembangkan. Pada tahun 2007, kerajaan telah mewartakan 50 butiran warisan pelbagai kaum di bawah objek warisan ketara dan tidak ketara seperti bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Negara, tapak kuil Sri Subramaniam Sawami di Batu Caves, St. George Church Pulau Pinang, bangunan Dewan Perhimpunan China Selangor, tarian singa atas tiang, tarian Sumazau Kadazan, tarian Ngajat bagi kumpulan etnik Iban di Sarawak, tarian Sewang bagi Orang-orang Asli, Mak Yong, Jalur Gemilang dan sebagainya. Kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan untuk penyelenggaraan butiran warisan yang telah diwartakan sebagai...

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mahukah Yang Berhormat menjemput pertanyaan tambahan?

Tuan Teng Boon Soon: Okey, warisan kebangsaan.

Dari semasa ke semasa, kerajaan juga menyediakan kertas-kertas cadangan kepada Jemaah Menteri mengenai pembinaan kebudayaan Malaysia seperti perkampungan budaya di Jalan Davis dan juga di Pulau Carey. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga menyebut tentang beberapa program yang penting.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang adalah detik yang baik Yang Berhormat menjemput untuk pertanyaan tambahan.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

18 DR.3.6.2008

Tuan Teng Boon Soon: Okey, silakan.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Khoo Soo Seang, kemudian Dato’ Gooi kemudian Puan Siw Chun. Izinkan saya beri sedikit penerangan, penjelasan sedangkan saya sedar kerajaan hendak kemukakan jawapan yang sekomprehensif mungkin tetapi, saya juga mempunyai tanggungjawab memberi peluang kepada Dewan probe for accountability kerana masa pertanyaan ialah bukan masa penerangan. Masa pertanyaan ialah masa Dewan probe the government for how accountable it is on specific issues. Jadi perlu diberikan peluang untuk pertanyaan tambahan untuk Ahli-ahli cungkil betapa accountable kerajaan selaku pemerintah. Silakan.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bersetuju bahawa budaya Malaysia yang boleh diterima oleh semua kaum rakyat dan dihayati oleh semua rakyat jelata yang dibanggakan oleh setiap segenap lapisan masyarakat boleh menjadi alat yang paling berkesan demi mencapai perpaduan negara yang benar-benar.

Kemudian, soalan yang kedua. Apakah program-program yang tadi Yang Berhormat nak sebut tetapi tak ada masa? Sekian, terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Memang kerajaan mengesahkan hakikatnya iaitu satu budaya Malaysia yang boleh diterima oleh semua kaum dan dihayati serta dibanggakan oleh semua rakyat boleh menjadi pemangkin perpaduan yang paling berkesan. Oleh sebab itu, setiap tahun kerajaan sudah mengadakan program Rumah Terbuka, enam rumah terbuka setiap tahun.

Pada masa itu ia mewujudkan peluang dan ruang bagi semua kaum di dalam negara ini untuk memaparkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali oleh kaum-kaum yang lain. Seperti yang kita sering kali berkata, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kalau sesuatu budaya itu...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat baca sahaja tadi, bukankah tidak muncul ungkapan yang manis itu, ‘tak kenal maka tak cinta’?

Tuan Teng Boon Soon: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu hari terbuka itu jangan dipandang ringan, ia memang merupakan satu pentas di mana semua kaum dapat mementaskan dan juga menonjolkan betapa indah dan betapa keindahan dan kekuatan budaya pelbagai kaum di negara ini oleh sebab ciri-ciri kepelbagaian itu.

Saya ingin mengambil kesempatan yang telah kehilangan tadi iaitu di antara program yang telah disusun. Antaranya:

(i) pembinaan infrastruktur seni dan budaya untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya pelbagai kaum;

(ii) menyediakan peluang pendidikan dan latihan kepada generasi muda untuk mempelajari pelbagai kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Bukan menonjolkan sahaja, mereka juga diberi peluang untuk mempelajari dan memahami;

(iii) menyediakan penajaan dan bantuan kewangan kepada kumpulan atau individu yang menjayakan aktiviti kesenian dan kebudayaan;

(iv) mengadakan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan. Jadi semua pihak perlu komited dan juga berusaha untuk menjayakan program kerajaan demi kepentingan perpaduan negara;

(v) menganjurkan pelbagai program bagi membentuk kebudayaan Malaysia yang mencerminkan kekayaan kebudayaan pelbagai kaum seperti program merakyatkan seni budaya majlis rumah terbuka Malaysia yang saya sebutkan tadi;

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 19

(vi) memberi pengiktirafan kepada aktivis seni dan budaya yang

terbukti kecemerlangannya melalui Anugerah Seni Negara, Anugerah Kraf Negara dan juga Festival Filem Malaysia; dan

(vii) kerajaan berharap dengan strategi yang telah dan akan dilaksanakan, kebudayaan Malaysia yang mencerminkan kekayaan kebudayaan pelbagai kaum akan dapat tercapai.

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Gooi.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepelbagaian adalah kekukuhan. Budaya dan seni adalah hidup, selalunya berubah-ubah tetapi berjiwa. Bila saya teringat bahawa apabila kita merumuskan...

Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaan Yang Berhormat, bila saya teringat itu saya susah hati, pertanyaan.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Sebab itu asas Tuan Yang di-Pertua, sebab apabila kita rumus kebudayaan kebangsaan pada tahun 70-an, asas persefahaman adalah tidak ada paksaan, tidak ada asimilasi tetapi, melalui evolusi iaitu dulu pakai kain batik...

Tuan Yang di-Pertua: Ha dulu contoh itu tak payahlah.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Jadi soalan saya, masihkah dasar asimilasi paksaan atau dasar evolusi supaya budaya kebangsaan itu hidup.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tak tambah supaya itu dah...

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon: Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, memang kerajaan tidak mengamalkan dasar asimilasi. Asimilasi itu bukan satu pendekatan yang diiktiraf atau direstui oleh kerajaan. Itu jawapan saya. Jadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu secara evolusi yang sebenarnya yang diamalkan oleh kerajaan bagi dasar kebudayaan negara. Sekian.

Tuan Osman bin Bungsu: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Puan Siw Chun, saya dah nyatakan. Minta maaf Tuan Osman Bungsu.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, budaya dan kesenian adalah dua elemen yang disebut sebagai mekanisme berkesan dalam jalinan perpaduan dan menunjangi integrasi lantaran kandungan budaya itu merangkumi segala rencah dan asam garam kehidupan. Apakah rancangan pelbagai program budaya oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang baru disatukan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke arah memantapkan lagi jalinan perpaduan pelbagai kaum dan etnik demi kelangsungan hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon: Setelah Jabatan Perpaduan digabungkan dengan kementerian KeKKWa dahulu, memang sebelum ini sudah diadakan pelbagai rancangan untuk memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Misalnya melalui rancangan RT, rancangan RT kita mempunyai beberapa peratus, saya tidak dapat angka yang spesifik.

Melalui RT dan rondaan secara sukarela yang pertaburannya merangkumi keseluruhan negara dan juga melibatkan pelbagai kaum dalam usaha bersama untuk mewujudkan satu semangat kejiranan di kalangan rakyat kita.

■1140

Saya rasa Jabatan Perpaduan setiap hari memantau semua peristiwa yang melibatkan mungkin satu perselisihan ataupun salah faham di antara kaum setiap hari. Pemantauan itu dilakukan dan dilaporkan untuk menunjukkan sekiranya berlaku apa-apa peristiwa itu perlu perhatian yang segera oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, agar tindakan diambil untuk memastikan ia tidak merebak dan tidak menjadi satu isu perkauman yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Terima kasih.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

20 DR.3.6.2008

10. Tuan Pau Chiong Ung minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah sebab utama rumah setinggan masih lagi tidak berkurangan di kawasan bandar walaupun pihak kerajaan berusaha bertahun-tahun dengan pembinaan perumahan kos rendah termasuk flat dan rumah setingkat; dan

(b) apakah rancangan selanjutnya untuk mengatasi masalah rumah setinggan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Robert Lau Hoi Chew]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri chance saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ini bukan saya beri peluang Yang Berhormat, ini hak Yang Berhormat.

Datuk Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan bahagian,

(a) Dantara sebab-sebab utama kenapa setinggan masih lagi tidak berkurangan di kawasan bandar, walaupun pihak kerajaan telah berusaha untuk menempatkan semula mereka ini, adalah seperti berikut:

(i) setinggan cuba untuk melengah-lengahkan tarikh pemindahan mereka dengan mengemukakan pelbagai alasan seperti masalah persekolahan anak-anak, musim perayaan, lokasi yang jauh dari tempat kerja, sekolah anak-anak serta prestasi dan persekolahan anak-anak akan terjejas;

(ii) penempatan sementara yang jauh daripada sumber ekonomi sedia ada menyebabkan ramai yang enggan berpindah;

(iii) terdapat setinggan yang berbentuk komersial seperti kilang, bengkel, kedai runcit, kebun sayur, kedai perkhidmatan dan lain-lain yang terlibat dengan program pemindahan. Mengikut amalan semasa, setinggan komersial ini tidak diberi tempat alternatif kepada tempat yang dikosongkan. Mereka akan melengah-lengahkan pemindahan ini dan cuba mempengaruhi setinggan-setinggan lain untuk tidak berpindah; dan

(iv) kewujudan kawasan penempatan setinggan yang dihuni oleh warga asing dan pendatang tanpa izin. Mereka merupakan pendatang tanpa izin yang datang bekerja secara haram di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan,

(b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT, melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) sehingga kini telah menyiapkan sebanyak 53,388 unit rumah kos rendah untuk disewa dan dimiliki di bawah Program Perumahan Rakyat atau PPR di seluruh negara. Baki sebanyak 19,863 unit lagi masih di dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka akan disiapkan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2010.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 21

Program ini khusus untuk menempatkan semula setinggan di rumah yang lebih selesa serta menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah. Penyelesaian masalah setinggan tidak seharusnya ditanggung hanya kepada pembinaan rumah-rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat atau PPR yang disediakan oleh KPKT, iaitu kementerian saya.

Pihak kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan untuk merangka pelan tindakan alternatif seperti menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga berlakunya penubuhan komuniti setinggan baru, menyediakan dana untuk perumahan bagi golongan berpendapatan rendah, mendapat kerjasama pihak swasta untuk menyediakan rumah mampu milik dan lain-lainnya.

Terima kasih.

Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya bimbang dengan mutu persekitaran perumahan kos rendah yang rendah, penduduk-penduduk tersebut terpaksa hidup di dalam suasana yang kotor dan kelam-kabut. Kepadatan penduduk yang tinggi juga mengakibatkan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan tidak mencukupi.

Soalan tambahan saya ialah, apakah tindakan-tindakan kementerian untuk terus menjaga dan menyelenggarakan perumahan kos rendah untuk menjamin kesejahteraan penduduk berkenaan selepas perumahan kos rendah dijual kepada penduduk. Sekian, terima kasih.

Datuk Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih Yang Berhormat Senator dari Bintulu, Sarawak, saya dari Sibu, Sabah. Memang saya tidak boleh nafilah kelemahan maintenance, dengan izin menjaga kesihatan dan lain-lainnya di kawasan perumahan kos rendah.

Kemudian bagi Program PPR, kementerian saya sedang mengkaji kemungkinan dan bawa balik peranan maintenance, di bawah Program PPR sekarang penyewa itu hanya membayar RM124 sebulan.

Tujuannya ialah menyalurkan kepada PBT untuk menjaga kebersihan dan lain-lainnya di kawasan PPR ini tetapi, kami difahamkan ia tidak berkesan kerana KPKT kira ini RM124 sebulan satu unit, cukupkah untuk menjaga kawasan PPR dengan selesa. Oleh kerana itu, sekarang ini ada satu butiran yang kita akan bawa balik dan nanti kita ada central management dari Kerajaan Persekutuan. Ini sedang dibincang sekarang Tuan Yang di-Pertua. Tambahan pula untuk maklumat Yang Berhormat Senator, negara kita telah mendapat peruntukan undang-undang iaitu mana-mana pihak yang menjaga rumah-rumah dan mencapai prestasi, contohnya di bawah Akta 171 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 74 mengenai kebersihan bangunan dalam keadaan kotor.

Itulah di bawah seksyen 77, kalau ini tidak dipatuhi mungkin mereka kena meruntuhkan tempat kediaman yang tidak bersih, dan penaltinya adalah denda ataupun penjara. Tambahan pula Akta 154 itu adalah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di seksyen 13 di bawah seksyen 1 dan 2, larangan terhadap tindakan menimbulkan keadaan yang mungkin membiakkan atau memberi perlindungan kepada serangga-serangga pembawa penyakit.

■1150

Tuan Yang di-Pertua: Di sebalik pertanyaan Yang Berhormat tadi ialah, tersirat pertanyaan sama ada kementerian menimbangkan langkah-langkah proaktif dalam soal penyelenggaraan PPR.

Datuk Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. PPR yang baru, disamping hanya membina rumah-rumah sahaja, mereka diwajibkan mereka bentuk kemudahan-kemudahan rekreasi seperti taman rekreasi, taman sukan dan bilik di bawah

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

22 DR.3.6.2008

pun ada tempat ataupun ruang yang disediakan seperti taska, tempat sembahyang dan lain-lain. Inilah yang akan disediakan.

Pihak pemaju swasta, kalau mereka mahu membangunkan satu kawasan perumahan mereka memerlukan lebih kurang 10% tanah harus disalurkan kepada KPPT. Itu adalah open space, dengan izin, untuk PBT membangunkan taman-taman rekreasi komuniti untuk dinikmati oleh rakyat di komuniti itu. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi jawapan lisan telah cukup.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semua perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Kedua Belas” [02 Jun 2008]

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingin minta supaya Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjawab.

11.52 pg.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana turut mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas perbahasan Titah Ucapan Diraja yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Saya akan menjawab saranan dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya berkaitan dengan pembasmian kemiskinan, isu-isu masyarakat Orang Asli, pembangunan wilayah dan prasarana, utiliti dan aminiti sosial serta ekonomi desa.

Menyentuh mengenai pembangunan prasarana, utiliti dan aminiti sosial, Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perkara ini ialah Yang Berhormat Dato Sri Empiang Jabu dan Yang Berhormat Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf. Kepada pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita kementerian memaklumkan bahawa kementerian sentiasa berusaha untuk melaksanakan projek-projek pembangunan prasarana luar bandar khususnya di negeri-negeri Sabah, Sarawak, Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Walau bagaimanapun, dengan keupayaan kewangan kerajaan yang terhad, pelaksanaan projek-projek pembangunan tersebut perlu dibuat secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kemudahan infrastruktur, utiliti, bekalan elektrik dan air disediakan bagi memberi manfaat yang optimum kepada penggunanya. Di samping itu kerajaan akan sedaya upaya menyeimbangkan pembangunan luar bandar antara

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 23

Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira aspek kualiti dan liputan yang lebih luas dalam semua program yang dilaksanakan.

Pembasmian Kemiskinan - Menyentuh mengenai jumlah orang miskin yang berjaya dibawa keluar daripada kemiskinan sejak tahun 2001 dan berapa pecahan untuk Gua Musang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor. Kementerian tidak mempunyai data lengkap mengenai miskin tegar bagi tahun 2001. Pengumpulan data miskin tegar hanya pada tahun 2004 apabila Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) telah dibangunkan.

Berdasarkan kepada SPKR yang mula dikunci ataupun log in datanya pada 30 Jun 2006, bilangan miskin tegar seluruh negara ialah seramai 48,134 orang ketua isi rumah dengan bilangan bagi negeri Kelantan seramai 11,346 orang ketua isi rumah iaitu termasuk 1,911 orang ketua isi rumah dari daerah Gua Musang. Pengemaskinian daftar SPKR pada 30 September 2007 telah mencatatkan pengurangan sebanyak 9,477 orang ketua isi rumah, yakni 19.96%.

Bagi miskin tegar seluruh negara iaitu daripada 48,134 orang ketua isi rumah, kepada 38,657 orang ketua isi rumah iaitu pengurangan sebanyak 3,561 orang ketua isi rumah atau 31.56%. Di peringkat negeri Kelantan iaitu daripada 11,346 orang ketua isi rumah kepada 7,765 orang ketua isi rumah. Bagi daerah Gua Musang, jumlahnya adalah sebanyak 527 orang ketua isi rumah atau 27.58% iaitu daripada 1,911 orang ketua isi rumah kepada 1,384 orang ketua isi rumah.

Wilayah dan Kawasan - Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Sri Empiang Jabu mengenai kemiskinan tegar, terutama program lonjakan mega luar bandar yang berkonsepkan agropolitan yang disambut baik oleh kerajaan dan rakyat negeri Sarawak. Untuk maklumkan Yang Berhormat Dato Sri Empiang Jabu, kementerian sedang menimbangkan pelaksanaan projek-projek agropolitan di Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak. Projek-projek ini diharap dapat mengatasi sebahagian besar masalah kemiskinan tegar di Sarawak di mana sejumlah 2,000 orang ketua isi rumah dijangka dapat manfaatnya dan keluar daripada garis kemiskinan.

Dasar dan Perancangan Strategik - Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf, mengenai masalah pentadbiran kampung dari segi penyelarasan antara JKKK negeri dengan JKKP Persekutuan. Adalah dimaklumkan bahawa dalam usaha mengemaskinikan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan langkah, telah diambil bagi mewujudkan JKKKP peringkat kampung di keempat-empat buah negeri berkenaan.

Ekonomi Desa - Soalan berhubung pembangunan ekonomi desa...

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Mohon laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, silakan.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa JKKP itu ditubuhkan di empat negeri yang sudah pasti termasuklah negeri Kedah. Untuk perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa Kerajaan Kedah sehingga sekarang belum lagi melantik JKK kerana kita memikirkan bagaimanakah langkah jika negeri juga melantik JKK dan Persekutuan juga melantik JKK sedangkan JKK negeri itu akan berada di bawah penghulu dan penghulu berada di bawah pegawai daerah dan pegawai daerah terus kepada menteri besar. Bagaimana pula dengan JKKP? Di bawah mana mereka hendak berada? Ini sudah tentulah menimbulkan suasana kerja yang semacam berlawanan dan menyusahkan, ataupun boleh menimbulkan kekeliruan kepada penduduk kampung.

■1200

Soalan saya, tidakkah kementerian bercadang untuk menyelaraskan JKK ini biarlah ia berada di bawah negeri, di mana Kerajaan Pusat harus beri bantuan yang sewajarnya agar perjalanan dan suasana harmoni di kampung-kampung dapat diwujudkan? Terima kasih.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

24 DR.3.6.2008

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya apa yang berlaku ketua-ketua kampung di negeri-negeri seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah meletakkan jawatan. Mereka ini sebenarnya telah pun diura-urakan untuk diberhentikan oleh kerajaan-kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan negeri Selangor. Oleh yang demikian mereka ini telah berkhidmat lama dengan cemerlang dan telah menjaga kampung dengan baik,jadi apabila mereka telah pun diberikan borang dan telah pun ditampal di dewan-dewan balai raya dan di surau-surau dan mereka kata sebelum mereka diberhentikan, elok mereka berhenti.

Oleh itu pihak Kerajaan Persekutuan, oleh kerana kita telah berkhidmat lama dengan mereka, dan sebahagian besar daripada elaun dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dan mereka ini begitu setia dalam usaha mereka untuk menjalankan kerja memajukan kampung. Maka mereka dengan sukarela menawarkan diri supaya mereka berada terus di bawah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan sememangnya ada saluran menerusi pegawai pembangunan negeri dan pegawai pembangunan daerah dan lantas kepada di peringkat mukim dan terus kepada ketua-ketua kampung. Oleh kerana mereka tidak yakin bahawa mereka hendak dikekalkan, maka dengan sendirinya pihak Kerajaan Persekutuan kata bahawa eloklah kita kekalkan orang ini di bawah saluran yang sedia ada seperti sebelum.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perkara yang sama. Adakah tindakan seperti ini akan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan serta pentadbiran dalam pentadbiran yang menyukarkan hubungan yang kita ingin bertambah baik di antara negeri-negeri dan Pusat? Terima kasih.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan-kerajaan negeri telah menunjukkan sikap yang agak agresif. Misalnya di negeri Selangor, mereka menghalau keluar radio Selangor daripada pembangunan dan mereka juga telah dan sedang menukar semua pegawai-pegawai di masjid. Mereka juga menukar semua jawatan-jawatan ketua kampung.

Kerajaan Persekutuan memberi biaya menerusi kerajaan negeri kepada JAKIM, kepada nazir-nazir di masjid, guru-guru agama tetapi, oleh kerana kerajaan negeri sudah pun menggariskan dia tidak kekalkan orang lama, dia tukar semua sekali. Jadi kita kata ini tidak adil, hendak suruh orang ikut jentera yang lama tetapi mereka tukar. Malah mereka tidak membenarkan wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional merasmikan mesyuarat-mesyuarat agung sekolah-sekolah rendah agama. JAIS misalnya, tidak dibenarkan. Mereka pun telah mula mengeluarkan arahan, tidak dibenarkan pakai balai raya.

Jadi kita kata kalau begitu, kalau kita tidak benarkan anak-anak mereka masuk sekolah kebangsaan macam mana? Kita tidak bagi dia melaporkan hal-hal masalah kepada polis misalnya. Ini di bawah Federal, apakah macam itu?

Jadi kita tengok tindakan sesetengah kerajaan negeri telah pun daripada awal diberitahu balai raya tidak boleh pakai, dan telah pun diminta kunci seperti mana berlaku di Terengganu, ditutup kelas-kelas KEMAS dan disuruh keluar dari balai-balai raya. Jadi perkara ini telah berlaku, jadi oleh itu kita mengambil langkah-langkah awal untuk mengelak kejadian sama yang berlaku di negeri-negeri...

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua minta laluan. Terima kasih. Saya menyokong penuh di atas penubuhan JKKKP ini. Saya di Pulau Pinang, selepas pakatan rakyat ditubuhkan di Pulau Pinang Pejabat daerah sendiri bagi arahan kepada JKKK yang ada supaya serah kunci dewan, serah balai raya. Jadi bagaimana JKK yang ada itu hendak jalankan tugas sedangkan kunci dewan pun sudah diminta. Ini setakat di Pulau Pinang. Jadi inilah saya rasa satu perkara Pakatan Rakyat bagaimana hendak kerjasama dengan Kerajaan Pusat sedangkan JKKK pun jadi rebutan, minta dewan, minta itu. Baru dua hari memerintah.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, manifesto kita lain, manifesto pakatan rakyat adalah lain, manifesto Kerajaan Pusat juga lain, bagaimana kita hendak selaraskan kalau masing-masing ada manifesto yang berlainan. Jadi saya setuju Yang Berhormat Tan Sri

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 25

iaitu tubuh JKKKP itu, bukan kita hendak berkelahi, tetapi kita hendak selaraskan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih...

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Boleh sedikit lagi? Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak tahulah apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan mungkin di Perak tetapi, di Kedah kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ustaz Hj Azizan Abdul Razak, kita mengambil satu pendekatan yang cukup lembut. Sebagai contoh, apabila keputusan pilihan raya malam itu, tanpa kita suruh, orang-orang PAS ini dan penyokong-penyokong PAS ini memenuhi Wisma Darul Aman, sehingga saya sebagai Setiausaha Perhubungan mengambil langkah untuk menyuraikan orang ramai. Ada satu insiden berlaku, ada seorang orang tua umur 70, apabila pengawal keselamatan tidak bagi, dia pergi juga pegang pintu pagar Wisma Darul Aman, dia kata ‘hiss, dah 50 tahun berjuang, baru sekarang menang’.

Maksud saya, JKK ini semasa pemerintahan Barisan Nasional, orang PAS semua boleh ikut, dan menganggap dia wakil kampung untuk menjalankan tugas sebagai ketua kampung, kalau dahulunya di Kedah sebagai ketua kampung. Bukti lagi kita lunak di Kedah, saya ambil contoh seperti pengurus bola sepak Kedah yang memang sekarang Kedah ini, Alhamdulillah menang. Kita kekalkan bekas Exco Belia dan Sukan yang menjadi pengurus, walhal kita tidak tunjukkan sifat dendam. Jadi dalam hubungan ini, bagi negeri Kedah khususnya saya berharap sangat agar kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri dengan Kerajaan Negeri Kedah, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya ingin memohon Yang Berhormat. Saya sekarang sedang mengendalikan suatu perbahasan. Perbahasan ertinya seorang bercakap, seorang bercakap, kemudian undi. Ataupun selonggar-longgarnya seorang bercakap seorang minta penjelasan, seorang bercakap balik, seorang sekali lagi minta perbahasan, dan lepas itu undi.

Kalau saya longgar lagi, perbahasan akan jadi pertelingkahan dan Dewan ini hanyalah untuk tempat perbahasan. Bukan tempat untuk pertelingkahan atau pertengkaran. Jadi kita sudah sampai di sempadan, jangan perbahasan jadi pertelingkahan. Menteri menjawab, penjelasan diminta, menteri jawab lagi penjelasan diberi, menteri gulung lagi, perbahasan diberi. Jadi cukuplah Yang Berhormat Menteri boleh mengakhiri menjawab dan menggulung sekarang.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana saya sebut tadi Kerajaan Persekutuan ingin supaya penyelarasan kerja-kerja yang banyak daripada Persekutuan seperti melalui sekolah, melalui kementerian, polis, daripada tentera, daripada semua agensi kementerian yang pergi ke peringkat negeri, harus tidak ada sekatan. Harus tidak ada menemui kebuntuan apabila projek-projek itu berlaku sampai di peringkat kampung.

� 1210

Oleh yang demikian, seperti mana yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan maka jalan yang paling sesuai ialah mengadakan saluran menerusi Federal ataupun Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Daerah dan mukim terus kepada ketua-ketua kampung di peringkat paling bawah. Ini kerana kita tak nak tersekat-sekat satu-satu projek. Kita nak tahu daripada bawah, JKK nanti tidak sampaikan maklumat yang lengkap kepada Kerajaan Persekutuan. Begitu juga maklumat yang lengkap daripada Kerajaan Persekutuan tidak sampai maklumatnya terus kepada sasaran di bawah. Maka oleh yang demikian, kita perlu ada satu saluran yang jelas daripada atas sampai ke bawah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan berhubung pembangunan ekonomi desa telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Lee Chee Keong. Beliau telah mencadangkan supaya diwujudkan pasukan penyelidikan dan pembangunan.

Untuk makluman, kementerian ini ada terlibat dalam pertanian komersial seperti penternakan lembu, kambing dan ikan sangkar serta penanaman produk herba seperti misai kucing, limau purut dan lain-lain. Bagi menggalakkan projek ini, kementerian telah

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

26 DR.3.6.2008

mendapat kerjasama daripada badan penyelidikan dan pembangunan seperti MARDI, FRIM dan Universiti Teknologi Malaysia dalam membangunkan produk-produk pertanian.

Seterusnya bagi saranan Yang Berhormat supaya menyediakan peluang pembiayaan dan penggalakan projek pertanian secara komersial. Kementerian ada menyediakan skim pinjaman mudah iaitu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa atau SPED. Skim ini diberikan kepada usahawan yang menceburkan diri dalam bidang ini.

Hal Ehwal Orang Asli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Osman Bungsu kerana keprihatinan beliau yang membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan Orang Asli. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai hak pemilikan tanah yang belum diberikan kepada masyarakat Orang Asli setelah 50 tahun negara merdeka.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan Orang Asli termasuk hak penggunaan dan pemilikan tanah untuk masyarakat tersebut. Oleh kerana kuasa melulus, mengiktiraf mana-mana tanah sebagai hak pemilikan kumpulan masyarakat atau individu Orang Asli di bawah rizab Orang Asli, kawasan Orang Asli atau lain-lain terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Kementerian ini menerusi JHEOA sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan negeri mengenai perkara ini.

Setakat ini sejumlah 50,563.51 hektar tanah telah diluluskan untuk keperluan Orang Asli. Daripada jumlah tersebut, 19,713.65 hektar telah pun diwartakan sebagai rizab Orang Asli manakala seluas 30,849.86 hektar lagi telah diluluskan sebagai kawasan Orang Asli dan sedang dalam tindakan untuk diwartakan.

Selain tanah-tanah yang telah diluluskan, seluas 82,647.68 hektar tanah juga telah dipohon kepada pihak berkuasa kerajaan negeri untuk tujuan yang sama dan masih dalam pertimbangan. Mengenai pertanyaan tentang perbezaan statistik Orang Asli di Malaysia.

Tuan Osman bin Bungsu: Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekarang saya nak cuba gambarkan apa yang saya maksudkan tadi. Tadi Yang Berhormat cakap kemudian di bawah peraturan mesyuarat, Yang Berhormat minta laluan dan Yang Berhormat perlu duduk baru Yang Berhormat berpeluang berdiri untuk bercakap. Makna setelah Yang Berhormat minta laluan, Yang Berhormat dapat laluan. Jadi sekarang Yang Berhormat sedang gunakan ‘laluan’. Silakan.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana selalu mengingatkan Ahli Dewan. Mudah-mudahan kita menjadi satu pasukan yang betul-betul membela rakyat. Terima kasih.

Jikalau kita lihat jumlah rizab tanah yang begitu banyak tetapi satu jaminan tentang tanah ini seperti mana orang lain yang mendapat hak milik tanah. Saya nak tanya berapa lama lagi kerajaan boleh memberi hak milik tanah kepada Orang Asli?

Adakah status ini boleh diberi kepada Orang Asli hanya dengan melalui mahkamah? Seperti mana yang kita lihat bahawa mahkamah telah mengadili dua tiga kes tanah Orang Asli, baru memihak kepada Orang Asli. Adakah perkara ini perlu dibuat baru hak milik tanah ini diberi kepada Orang Asli? Seperti mana yang difahamkan dulu, menteri yang lepas pun dah memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju pada keseluruhannya untuk memberi hak milik ini. Jadi saya berharap perkara ini mendapat tindakan dan perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih kerana nampaknya Yang Berhormat Osman Bongsu hanya mengingatkan, itu bukan pertanyaan. Jadi saya fikir apa yang telah saya maklumkan tadi, jumlah yang telah pun diluluskan. Mudah-mudahan tindakan-tindakan yang selanjutnya akan dapat dilakukan supaya proses melulus ini dapat dipertingkatkan. Mengenai...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tadi ada sedikit kesangsian mengapa perlu melalui proses mahkamah baru Orang Asli dapat tanah. Sama ada kerajaan boleh buat penjelasan dalam hal ini.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 27

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib: Tuan Yang di-Pertua, saya

kurang arif mengenai kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tetapi nanti, saya telah pun catatkan dan akan mengingatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan juga dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri supaya proses meluluskan ataupun merizabkan tanah-tanah Orang Asli dapat dilakukan seperti mana permohonan-permohonan orang lain.

Mengenai pertanyaan tentang perbezaan statistik Orang Asli di Malaysia antara tahun 2004 dan 2007. Adalah dimaklumkan bahawa semasa tahun 2004, statistik yang diperoleh adalah berdasarkan anggaran.

Manakala statistik 2007 dibuat berdasarkan kaedah yang lebih tepat iaitu kiraan per kepala ataupun dengan izin, head count melalui penggunaan sistem data maklumat ataupun Damak online. Bagi saranan supaya kerajaan memberi fokus kepada program minda dan kerohanian kepada masyarakat Orang Asli.

Untuk maklumat Yang Berhormat, kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sememangnya mempunyai program tersebut di bawah program pembangunan sosial untuk Orang Asli iaitu Program Pembangunan Minda, Program Pembangunan Pendidikan dan Program Latihan Kemahiran.

Program Pembangunan Minda adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran Orang Asli melalui kursus-kursus minda kepada ketua isi rumah, JKKK, belia dan wanita Orang Asli.

Manakala bagi Program Pembangunan Pendidikan, memberi fokus kepada pelajar-pelajar Orang Asli menerusi Pelan Tindakan Pendidikan Orang Asli. Di bawah pelan ini, program-program adalah seperti kursus motivasi, tuisyen dan program anak angkat. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga turut menitikberatkan Program Pembentukan Kerohanian melalui kerjasama dengan JAKIM dan ITTAR. Yang Berhormat juga telah meminta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengkaji semula misi, fokus, strategi, perancangan dan pendekatannya supaya lebih berkesan dalam menjaga kebajikan, keperluan dan kehendak Orang Asli.

■1220

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sememangnya peka tentang kebajikan, keperluan dan kehendak Orang Asli. Bagi tujuan ini kementerian sentiasa menilai keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli iaitu Program Penempatan Tersusun, Program Pembangunan Ekonomi dan Program Pembangunan Sosial.

Di samping itu juga, kementerian juga menerima pandangan dan syor daripada badan-badan bukan kerajaan dan ahli-ahli profesional serta masyarakat Orang Asli sendiri seperti melalui Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli serta lawatan-lawatan ke kawasan penempatan Orang-orang Asli.

Saranan Yang Berhormat supaya hal ehwal Orang Asli diketuai oleh seorang menteri dan nama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditukar kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Kementerian mengambil perhatian tentang perkara ini dan akan mempertimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya. Yang Berhormat turut meminta pemberian bantuan sekolah rendah dan menengah dikaji semula supaya peruntukan mencukupi untuk perbelanjaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan penyelarasan berkenaan isu bantuan pendidikan bagi anak-anak Orang Asli bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan penyelarasan ini adalah bagi memastikan anak-anak Orang Asli turut menerima bantuan di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Kementerian Pelajaran.

Berhubung dengan cadangan supaya Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli atau MPKPMOA, diiktiraf dan kerap mengadakan mesyuarat. Kementerian sedang menyusun semula keahlian majlis ini supaya lebih mantap, bersesuaian dengan keperluan semasa. Saya amat bersetuju dengan cadangan agar Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli ini diadakan lebih kerap lagi.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

28 DR.3.6.2008

Mengenai kadar elaun batin Orang Asli sedia ada yang diminta supaya dikaji dan

dinilai semula serta cadangan mempertingkatkan kepada RM500 sebulan, kementerian mengambil maklum akan cadangan ini dan akan maklumat Yang Berhormat. Perkara ini sedang dikaji dan di dalam proses mempertimbangkan kadar elaun yang bersesuaian kepada Batin Orang Asli. Semakan kadar elaun Batin Penghulu Orang Asli dan cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk mendapat kelulusan. Kenaikan ini akan melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM735,000 dan memberi faedah kepada 587 Batin Penghulu Orang Asli.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Datuk Jins Shamsudin supaya Orang Asli diberi peluang menjadi peneroka FELDA pula, adalah dimaklumkan bahawa Orang Asli ada terlibat sebagai peneroka...

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta maaflah bagi kerajaan, dia tercicir Tan Sri itu.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Minta maaf. Menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin supaya Orang Asli diberi peluang menjadi peneroka FELDA, adalah dimaklumkan bahawa Orang Asli ada terlibat sebagai peneroka bukan dalam Rancangan FELDA tetapi dalam bentuk ala-FELDA yang diwujudkan oleh kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli semenjak Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) yang dikenali sebagai Rancangan Pengumpulan Semula (RPS).

Antara komponen RPS ataupun Rancangan Pengumpulan Semula ialah projek pembangunan ladang secara komersial, perumahan berserta infrastruktur asas dan utiliti serta kemudahan amenity sosial. Sehingga Rancangan Malaysia Ketujuh sebanyak 16 Rancangan Pengumpulan Semula telah dibangunkan dengan tanaman getah, sawit dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Sembilan, kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli menggunakan pendekatan baru dalam pelaksanaan pembangunan sosioekonomi Orang Asli menerusi Program Penyusunan Semula Kampung yakni program pembangunan masyarakat setempat dan program penempatan semula untuk penduduk yang terlibat dengan bencana alam.

Pertanyaan Yang Berhormat Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor meminta menjelaskan mengenai jumlah peruntukan dan program yang diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan Orang Asli di Gua Musang juga dirujuk. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM13,946,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan Orang Asli di daerah Gua Musang.

Program-program ini adalah seperti pembangunan tanah dan penyusunan semula kampung, ekonomi, penswastaan, pembangunan infra-sosial dan program peningkatan pendapatan.

Sekian sahaja jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Diharap kerjasama yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas usaha membangunkan masyarakat luar bandar dan membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sukacita saya menjemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

12.26 tgh.

Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ismail Sabri bin Yaakob]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat di atas pandangan, pendapat, pertanyaan dan juga cadangan yang membina ke arah memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan sempena perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi. Yang Berhormat Senator Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Alhabshee bertanyakan mengenai peruntukan sebanyak RM9 juta daripada jumlah sebenar iaitu RM17 juta yang disalurkan kepada Gifted Group Limited ataupun GGL oleh Kementerian Belia dan Sukan sama ada boleh dituntut semula atau tidak berikut pembatalan Kejohanan CYC.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 29

Suka saya jelaskan di sini bahawa setakat hari ini pihak kementerian belum

memutuskan sama ada untuk membatalkan kejohanan ini. Apa yang berlaku pada waktu ini ialah timbul masalah teknikal mengenai penganjuran kejohanan ini. Ada dua isu yang timbul. Yang pertamanya ialah mengenai sanction ataupun pengiktirafan kejohanan ini oleh FIFA. Di dalam peraturan FIFA, setiap kejohanan yang dianjurkan di sesebuah negara, terutamanya yang melibatkan pasukan-pasukan daripada luar. Ianya mesti mendapatkan pengiktirafan ataupun kebenaran daripada FIFA.

Mengikut peraturan seterusnya ialah pihak yang boleh memohon untuk mendapatkan kebenaran tersebut, bukanlah penganjur tetapi adalah badan tertinggi sukan di negara tersebut. Di dalam isu ini, badan tertinggi yang boleh memohon adalah FAM sendiri, Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pihak FAM mengatakan bahawa mereka tidak pernah memohon untuk mendapatkan sanction bagi tahun 2008 ini tetapi pihak penganjur iaitu Gifted Group telah mengatakan bahawa mereka mendapat sanction selama tiga tahun berturut-turut. Jadi mereka tidak perlu lagi memohon untuk tahun ini. Jadi timbul pertelingkahan di antara kebenaran yang diberikan ini.

Pihak penganjur kata sudah ada kerana tiga tahun berturut-turut tetapi pihak FAM tidak ada sebab mesti dipohon secara tahun ke setahun. Jadi itulah keadaan yang berlaku pada hari ini dan pihak kementerian pada petang ini akan mengadakan satu mesyuarat dengan pihak penganjur dan juga FAM untuk melihat apakah benar sanction yang diberi tiga tahun ataupun setahun ke setahun.

Isu kedua ialah masalah teknikal. Dari segi teknikal untuk menyediakan referee, pengadil dan sebagainya adalah terletak kepada badan bola sepak negara ini iaitu FAM.

� 1230

Jika FAM tidak memberikan pengadil dan pegawai-pegawai teknikal yang lain, tidak mungkin juga kejohanan ini boleh berlaku. Jadi inilah keadaan yang berlaku pada hari ini iaitu masih ada kesamaran juga mengenai boleh atau tidak boleh kejohanan diteruskan. Bagi pihak kementerian kita masih lagi tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani antara Kementerian Belia dan Sukan dan Gifted Group dan perjanjian ini tidak meliputi FAM. Ianya perjanjian antara dua hala sahaja bukan three-party agreement, bukan tiga pihak. Jadi bermakna kita terikat dengan perjanjian dan buat masa ini kita bersedia jika dibatalkan ataupun diteruskan.

Jika dibatalkan, implikasi-implikasi tersebut akan kita lihat dengan teliti dan pihak kementerian telah pun menyerahkan perkara ini kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji implikasi-implikasi jika kita tidak meneruskan kejohanan ini. Jadi kesalahan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kementerian tetapi adalah masalah teknikal yang di luar daripada kawalan pihak kementerian. Itulah jawapan sama ada kita perlu membayar atau tidak, sekarang ini tidak timbul lagi soal pembatalan dan sebagainya.

Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir yang mencadangkan peruntukan perlu disalurkan kepada persatuan belia di kawasan masing-masing bagi menjalankan aktiviti-aktiviti belia di kawasan-kawasan. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Suka saya maklumkan bahawa memang setiap tahun KBS memperuntukkan sejumlah bantuan, pentadbiran dan aktiviti bagi membantu pertubuhan-pertubuhan belia di dalam melaksanakan pelbagai program yang telah mereka cadangkan.

Bantuan pentadbiran bertujuan untuk membantu pertubuhan belia untuk menguruskan pertubuhan berkenaan dalam sesuatu tahun kewangan sementara bantuan aktiviti diberikan kepada pertubuhan belia untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang. Jadi bermakna kita beri secara pentadbiran dan aktiviti berdasarkan permohonan-permohonan untuk menjalankan aktiviti. Suka saya menerangkan kepada Dewan ini bahawa bantuan pentadbiran telah diberikan kepada 30 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, 14 majlis belia negeri dan 92 majlis belia daerah.

Jumlah-jumlahnya ialah seperti berikut, pada tahun 2005 sejumlah RM3.56 juta, pada tahun 2006 RM3.83 juta, pada tahun 2007 sejumlah RM4.1 juta dan tahun 2008 adalah sebanyak RM4.29 juta. Ianya adalah perbelanjaan pentadbiran. Sementara itu bagi bantuan aktiviti pula, ianya tidak spesifik kepada pertubuhan belia tertentu tetapi sebaliknya

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

30 DR.3.6.2008

berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada peruntukan-peruntukan belia daripada semua peringkat sama ada di peringkat cawangan, kampung, daerah, negeri ataupun kebangsaan. Jumlah yang diluluskan sehingga ini, pada tahun 2005 terdapat 447 permohonan dan jumlah permohonannya adalah RM12.7 juta tetapi kita telah meluluskan sebanyak 132 daripada permohonan tersebut dan jumlahnya ialah sebanyak RM4.6 juta.

Pada 2006 terdapat 215 permohonan dengan jumlah permohonan sebanyak RM11.8 juta tetapi telah diluluskan sebanyak 156 dan jumlahnya ialah RM6.2 juta. Pada tahun 2007, sebanyak 509 permohonan dan jumlah permohonan adalah sebanyak RM20 juta dan kelulusan sebanyak 233 dan kelulusan ialah sebanyak RM9.943 juta. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian mendapat aduan daripada banyak persatuan-persatuan belia yang mengatakan apabila permohonan dibuat, masalah yang timbul adalah kerenah-kerenah birokrasi, red tape dan sebagainya menyebabkan pihak kementerian mengambil masa yang begitu panjang untuk meluluskan sesuatu permohonan.

Permohonan yang jumlahnya RM10,000 ke bawah terpaksa dirujuk kepada pejabat belia negeri. Daripada daerah hantar kepada negeri dan ianya mengambil masa yang panjang. Jika lebih RM10,000 akan dihantar kepada peringkat kebangsaan. Menyedari masalah-masalah ini, jadi pada tahun ini kita tidak lagi meminta persatuan-persatuan belia memohon daripada kita tetapi kita kan memberikan geran terus kepada persatuan-persatuan belia sama ada peringkat negeri, peringkat daerah malah di peringkat kampung dan cawangan sekali.

Minimum kepada peruntukan itu ialah kepada belia di peringkat cawangan iaitu sebanyak RM3,000 setahun. Suka saya nyatakan jika masih tidak mencukupi bagi pemberian tersebut, pihak persatuan belia masih boleh memohon seperi biasa dan kita akan mengkaji daripada kesesuaian ataupun keperluan-keperluan tersebut. Walau bagaimanapun ianya perlu memenuhi syarat-syaratnya. Persatuan belia mestilah berdaftar, mereka mesti mempunyai akaun sendiri yang diaudit dan sebagainya. Mereka mesti menjalankan mesyuarat-mesyuarat agung dan menjalankan aktiviti-aktiviti. Dengan itu kita lahirkan persatuan belia yang profesional dari segi pengurusannya dan dalam masa yang sama terlibat di dalam aktiviti-aktiviti itu.

Perkara ketiga ialah perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Maijol bin Mahap yang memohon supaya program sukan teras di daerah-daerah perlu diteruskan dan di negeri Sabah masih kekurangan kemudahan sukan seperti dewan, gelanggang dan peralatan. Suka saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sukan teras memang akan diteruskan malah akan diperluaskan lagi. Pada waktu ini terdapat lapan jenis sukan teras sahaja iaitu akuatik, badminton, bola sepak, boling, gimnastik, hoki, olahraga dan skuasy tetapi mulai tahun ini, kita akan menambahkan lagi sukan teras menjadi 19 daripada lapan yang saya sebut lagi.

Tambahannya adalah seperti angkat berat, berbasikal, boling padang, karate, memanah, menembak, pelayaran, sepak takraw, skuasy, tekwando dan wusyu. Pihak kementerian berpandangan bahawa banyak daripada jenis-jenis sukan tersebut ialah sukan yang mampu memberikan pingat kepada kita. Selama ini kita mungkin banyak menumpukan perhatian kepada sukan yang popular. Bila kita sebut bola sepak maka kita beri tumpuan kepada bola sepak tetapi kita lupa bahawa banyak sukan-sukan yang tidak popular tetapi masih boleh memberikan pingat kepada kita. Misalnya saya hendak sebutkan kepada Dewan ini, memanah misalnya.

Kita merupakan negara yang mempunyai nama besar dalam bidang sukan memanah kerana dari segi world ranking, kita berada di nombor tujuh di dalam tetapi memanah mungkin tidak popular. Jadi kita tidak memandang tinggi kepada sukan memanah tetapi pihak kementerian berpandangan pingat sama ada datang daripada bola ataupun datang daripada pemanah, nilai pingat itu sama sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh juga Yang Berhormat, tidak popular tetapi bringing us honour. Unpopular, but bringing us honour, popular but bringing us dishonour.

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Itu saya tidak berani komen tetapi dari segi prinsipnya kita melihat emas daripada mana-mana sukan tidak penting, yang penting emas adalah emas. Jadi sebab itulah kita akan memberi tumpuan kepada sukan-sukan yang tidak

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 31

popular tetapi boleh memberikan pingat kepada kita dan sebab itulah kita akan memperbanyakkan dan memperluaskan dari segi sukan teras itu tadi supaya kita boleh mampu untuk mencipta emas dan sebagainya. Kita juga melihat beberapa sukan Tuan Yang di-Pertua yang tidak menggunakan fizikal dari segi pertandingan.

Saya tidak mengatakan kita tidak mampu untuk menang di dalam sukan 100 meter tetapi secara logiknya adalah agak sukar tetapi tidak ada sebab kita tidak boleh menang di dalam sukan menembak sebab pistolnya sama-sama pistol. Walaupun tinggi ataupun rendah, pistol adalah pistol. Dari segi sukan gimnastik sebenarnya kita sepatutnya lebih baik daripada negara-negara luar sebab gimnastik memerlukan tubuh badan yang kecil. Itu adalah advantage, dengan izin, kepada kita.

■1240

Jadi banyak sukan-sukan seperti ini yang akan kita beri tumpuan. Dari segi kekurangan kemudahan dewan dan sebagainya. Di dalam sukan teras yang kita tumpukan adalah pengisian, yang kita perlukan adalah dari segi program. Bukan membina gelanggang-gelanggang. Apa yang kita buat pada hari ini ialah di mana kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada kita akan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Seterusnya ialah pandangan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak mengenai tempat sukan perlu diperbanyakkan dan boleh menjadi pemangkin dalam integrasi kaum. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa sukan merentasi segala-galanya. Di dalam pertandingan sukan kita boleh lihat tidak ada sentimen perkauman di dalam sukan. Kita menganggap ia hak kita bersama. Jika Malaysia mewakili sesuatu pertandingan, semua rakyat akan sama-sama menyokong dan sebagainya.

Untuk memperbanyakkan gelanggang-gelanggang sukan, memang pada tahun ini kita telah pun membuat keputusan iaitu akan membina sebanyak mungkin gelanggang serba guna. Multi-court ataupun kita panggil gelanggang rakyat yang mengandungi enam permainan di dalam gelanggang serba guna tersebut. Iaitu futsal.

Dia multi-court yang boleh ditukar-tukarkan. Komponennya futsal, netball atau badminton. Tiga, dan badminton boleh convert menjadi sepak takraw ataupun.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon laluan.

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob: Ya, habiskan dulu. Ataupun futsal, bola keranjang atau bola tampar. Tiga, di dalam satu gelanggang itu kita jadi multi-court. Kita akan perbanyakan di seluruh negara. Kita jangka mulai bulan Jun ini kita dapat mempunyai lebih kurang 1,000 gelanggang serba guna di seluruh negara. Kita akan mulakan program tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan pandangan yang dikemukakan tadi bahawa kita dalam sukan kita percaya ia boleh merentasi kaum. Dalam konteks ini, apa pandangan kementerian dengan datangnya ahli sukan yang boleh menjejaskan semangat setia kawan dari sudut kemanusiaan dan dari sudut sensitivity agama sebagaimana akan berlaku kunjungan pemain bola sepak daripada Israel ke negara kita. Saya pohon pandangan.

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob: Setakat ini tidak ada pasukan daripada Israel datang ke negara kita. Jadi saya tidak beri komenlah. Kalau ada pasukan yang mempunyai seorang misalnya pemain warga Israel, itu kita akan pertimbangkan. Namun, kita tidak membuat sebarang keputusan setakat ini. Ya, Yang Berhormat. Silakan. Terima kasih.

Dato' Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Hanya penjelasan sedikit daripada jumlah gelanggang tadi 1,000. Adakah akan dikendalikan oleh kementerian ataupun bagaimana. Terima kasih.

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob: Kita seperti biasa daripada kementerian tetapi kita akan serahkan kepada daerah-daerah. Semuanya akan dibina melalui Pejabat Belia

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

32 DR.3.6.2008

Daerah dan sebut harga akan dikeluarkan dan kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ di daerah-daerah tersebut akan terlibat di dalam membina gelanggang-gelanggang tersebut. Pihak kementerian cuma memantau sahaja.

Akhirnya ialah penjelasan daripada Yang Berhormat Senator Dato' Yip Kum Fook. Bertanyakan mengenai percanggahan akta dalam sukan boling yang memerlukan lesen Akta Duti Hiburan dan Akta Sukan. Ia boleh membantut perkembangan sukan bagi penyertaan generasi muda.

Terima kasih kepada soalan ini. Memang persoalan ini timbul terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan boling. Memang boling terletak di dalam Akta Pembangunan Sukan. Ia dianggap sebagai sukan oleh Pihak Kementerian Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun apabila mereka pengusaha-pengusaha perniagaan yang menjalankan perniagaan boling, boling elit misalnya, mereka memerlukan kelulusan premis daripada pihak berkuasa tempatan. Itu tidak ada kena mengena dengan kita.

Seperti mana-mana aktiviti lain, apabila membuka perniagaan sebagai sebuah syarikat, mereka mesti mendapatkan persetujuan, kelulusan. Kalau nak buka premis maknanya pihak berkuasa tempatanlah yang akan memberikan kelulusan. Kita cuma kontrol dari segi program-program misalnya kalau ada pertandingan dan sebagainya. Kelab Boling menganjurkan pertandingan. Jadi ia di bawah kawalan kita. Mesyuarat Agung Persatuan Boling, ia di bawah kuasa kita. Namun begitu, perniagaan dan sebagainya, premis, undang-undang, peraturan, PBT dan sebagainya di luar kawalan kita. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kalau perkara ini menimbulkan masalah, pihak kementerian boleh berbincang dengan PBT-PBT supaya kita boleh selesaikan isu-isu yang berbangkit.

Dato' Yip Kum Fook: Minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana beri satu jawapan yang paling bagus saya terima. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya dia bercanggah dengan Akta Duti Hiburan 1953. Dia bukan bercanggah dengan premis lesen. Saya ada semua butir-butir berkenaan perkara ini dan saya akan bagi satu salinan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih. Saya nak respons sikit.

Tuan Yang di-Pertua: Kalaulah Yang Berhormat memang benar, kalaulah dia benar makna ada percanggahan di antara dua undang-undang negara. Ini satu perkara yang.

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob: Okey, saya ucapkan terima kasih. Akta Duti Hiburan terletak di bawah PBT. Kalau di Kuala Lumpur, DBKLlah. Kalau di majlis perbandaran, majlis perbandaranlah. Sebenarnya banyak perkara-perkara yang melibatkan sukan-sukan hiburan dulu telah pun menjadi sukan. Misalnya snuker. Snuker dianggap sebagai bukan sukan satu ketika dulu. Ia dianggap sebagai rekreasi hiburan dan sebagainya. Pada hari ini telah pun menjadi sebahagian daripada sukan kerana pertandingan snuker sampai peringkat dunia dan sebagainya.

Jadi kita memahami banyak perkara-perkara yang perlu dilihat semula. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita mempunyai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan yang melibatkan juga kementerian KPKT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi saya akan bangkitkan perkara dan cadangan daripada Yang Berhormat tadi supaya kita boleh meneliti perkara ini dan menyelesaikan pertindihan-pertindihan yang timbul. Jadi saya kira Tuan Yang di-Pertua, itu sajalah persoalan-persoalan yang ditimbulkan dan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dan memberi pandangan kepada pihak kementerian. Insya-Allah kita akan mempertimbangkan segala cadangan dan sebagainya bagi memastikan kecemerlangan sukan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya sukacita saya menjemput Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

12.49 tgh.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Haji Fadillah bin Yusof]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 33

izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun dikenali sebagai MOSTI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu yang menyentuh Kementerian MOSTI semasa Perbahasan Titah Diraja yang lalu. Di samping memberi pandangan dan teguran membina kepada kementerian. Kami di kementerian amat besar hati di atas minat serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dasar, program dan juga strategi yang dilaksanakan oleh kementerian.

■1250

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan pada bulan Disember 2007 telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Model Inovasi Negara dalam usaha bagi memacu pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Model Inovasi Negara mengambil pendekatan yang seimbang dengan menggabungkan antara inovasi berpacukan teknologi dan inovasi berpacukan pasaran.

Di bawah model inovasi berpacukan teknologi, penyelidik menerima pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan. Teknologi akan dibangunkan sehingga idea bercambah ke tahap komersial untuk pasaran.

Manakala di bawah model inovasi berpacukan pasaran, permintaan pasaran yang belum diatasi atau dipenuhi oleh teknologi yang sesuai perlu dikenal pasti terlebih dahulu oleh usahawan. Selepas itu, usahawan bersama-sama dengan saintis mencari jalan secara inovatif untuk memperoleh teknologi yang terbaik bagi memenuhi permintaan pasaran yang sudah tersedia. Ini akan menzahirkan proses komersial yang lebih pantas untuk memenuhi kehendak pasaran.

Sementara kerajaan akan meneruskan usaha menerajui dan mendorong penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains asas, maka sektor swasta pula diharap akan memacu inovasi berpandukan pasaran di mana kerajaan akan membantu menangani risiko dalam R&D oleh sektor swasta.

Berikutan itu, kerajaan sedang memberi tumpuan untuk meningkatkan inovasi melalui perolehan teknologi dan pembangunan teknologi daripada sains. Langkah-langkah di bawah perolehan teknologi termasuk:

(i) membantu proses perolehan teknologi oleh sektor swasta merangkumi tempatan dan juga antarabangsa dengan menangani risiko pembiayaan kewangan melalui pemberian insentif dan geran; dan

(ii) memantapkan mekanisme perolehan teknologi di institusi global bagi menyediakan pengetahuan ataupun intelligence dengan izin, serta perisikan teknologi global kepada institusi tempatan.

Kerajaan akan meneruskan pembangunan teknologi secara organik daripada sains dengan menumpukan peningkatan potensi untuk menterjemahkan atau membawa pengetahuan sains kepada teknologi dengan memberi dana kepada institusi penyelidikan awam berdasarkan kepada merit bagi penyelidikan berasaskan sains dan teknologi. Keutamaan penyelidikan adalah berdasarkan keperluan teknologi negara dan keperluan untuk mengekalkan kepentingan dan keselamatan teknologi negara.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon laluan.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Tuan Yang di-Pertua, saya berminat dengan cadangan ataupun aktiviti yang telah dilakukan di bawah kementerian Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya satu soalan yang spesifik. Adakah pihak kerajaan ada membuat satu kajian berkenaan dengan masalah software untuk mengatasi daripada perisian-perisian ataupun produk-produk yang dihasilkan melalui internet yang dipatenkan di negara kita daripada dicerobohi?

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

34 DR.3.6.2008

Ini kerana difahamkan sekarang ini, software yang dibekalkan oleh syarikat-

syarikat antarabangsa menawarkan perisian yang berjumlah paling minimum RM8,000 sehingga RM12,000 untuk satu software bagi aktiviti pencegahan daripada dicerobohi oleh pengguna-pengguna internet yang lain. Adakah kerajaan mempunyai satu rancangan spesifik bagi membantu IKS dalam sektor ini? Terima kasih.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tadi saya baru membuka bayangan kepada skop yang dilihat oleh kementerian kami. Saya kira ini adalah satu isu yang baru dibawa, tidak dibangkitkan dalam perbahasan tempoh hari, tapi insya-Allah saya akan menjawab kemudian nanti. Cuma izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Tuan Lee Chee Keong yang telah mencadangkan supaya pasukan R&D di perkasa dan penggunaan teknologi tinggi dilaksanakan dalam sektor pertanian negara sebagai usaha untuk mengatasi masalah pengimportan makanan.

Jadi kalau kita melihat dalam konteks Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kita memfokuskan dalam bidang teknologi. Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mengkhususkan dalam bidang pertanian. Kita melihat dalam aspek teknologi kepada beberapa perkara:

(i) benih;

(ii) sistem penanaman;

(iii) pemprosesan ataupun pengeluaran; dan

(iv) pemasaran.

Dalam konteks ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Bioteknologi Negara yang memberi penekanan kepada pembangunan agrobioteknologi membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu dalam usaha menangani masalah yang berkaitan dengan sumber makanan.

Melalui geran penyelidikan MOSTI, berbagai agensi penyelidikan institusi pengajian tinggi telah menghasilkan penemuan dalam proses dan teknologi yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan seperti memanjangkan hayat makanan dan meningkatkan kualitinya. Kerajaan juga akan menggunakan kaedah bioteknologi dalam bidang ternakan untuk mengurangkan nilai import daging melalui penggunaan teknologi Advanced Reproductive Biotechnology ataupun ARB kepada haiwan ternakan seperti lembu ataupun kambing. Melalui kaedah ini, keupayaan pembiakan haiwan-haiwan tersebut dapat dipertingkatkan.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi setiap hektar kepada para petani di mana pihak kerajaan telah menetapkan tahap 90% sara diri bagi pengeluaran padi negara. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan peningkatan padi yang berterusan. Oleh itu, baka padi yang berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi merupakan satu faktor yang penting. Dalam hal ini, padi hibrid didapati berpotensi. Bahkan padi hibrid telah lama digunakan dengan meluas di Republik Rakyat China dan telah diguna oleh negara lain seperti India dan Filipina kerana variety ini mempunyai potensi mengeluarkan hasil yang lebih tinggi melalui pengurusan penanaman padi yang optimum.

Sejumlah RM11.5 juta yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membiayai kos penyelidikan dan pembangunan Projek Pusat Penyelidikan Padi Hibrid Tebu Hitam, Rompin, Pahang kepada Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Disember 2006.

Projek Perintis Pendidikan Padi Hibrid ini melibatkan kawasan seluas 80 hektar di Kampung Tebu Hitam Rompin Pahang dengan objektif utamanya untuk menghasilkan sasaran purata 10 hingga 15 tan per hektar padi di kawasan jelapang padi dan benih padi hibrid yang kualiti tinggi. Manakala bagi kawasan di luar jelapang padi, padi ini dijangka dapat mengeluarkan dua hingga tiga kali ganda lebih hasil bagi setiap hektar berbanding purata hasil sebanyak dua ke tiga tan dengan menggunakan variety biasa.

Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini purata pengeluaran padi bagi negara kita ialah 4.5 tan sehektar. Manakala tempat yang paling tinggi pengeluarannya

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 35

ialah di Projek Barat Laut Selangor. Itu pun disebabkan sistem pengairan yang begitu baik, mereka dapat menghasilkan lebih daripada 10 tan padi sehektar. Jadi ada tiga cara untuk kita meningkatkan hasil pengeluaran padi iaitu:

(i) peningkatan intensiti tanaman;

(ii) memperbaiki pengurusan tanaman termasuk saliran dan sebagainya: dan

(iii) mengeluarkan dan menggunakan variety berpotensi hasil yang tinggi.

Itulah fokus kementerian iaitu dalam membuat kajian kepada padi hibrid ini. Jadi secara kasarnya menerusi pengeluaran benih padi ini, negara dijangka berupaya menjimatkan kira-kira RM760 juta kos mengimport beras untuk kegunaan tempatan. Benih padi yang dihasilkan melalui R&D pusat ini akan ditanam di jelapang-jelapang padi lain di negara ini bagi meningkatkan pengeluaran. Penemuan teknik penanaman yang lebih efektif untuk meningkatkan pengeluaran akan turut diajar oleh pusat ini kepada petani-petani yang akan terlibat kelak.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi dan jabatannya akan mengenal pasti kesesuaian kawasan-kawasan lain dan mempertingkatkan kualiti benih padi hibrid dari masa ke semasa. Hasil kajian sudah diperoleh di Rompin, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk penambahbaikan. Ini sedang dijalankan di kawasan MADA dan juga di Sekinchan. Selain penyelidikan ke atas padi hibrid, MOSTI juga telah membiayai penyelidikan untuk mengatasi masalah penyakit bena perang ataupun brown planthopper padi yang melanda tanaman padi negara. Penyelidikan dijalankan oleh MARDI bersama Vietnam dalam usaha untuk menghasilkan tanaman padi transgenik..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh sambung ucapan selepas ini.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang. Dewan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyambung jawapan.

2.31 ptg.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya berhenti di peringkat penyelidikan yang sedang kita buat berkaitan dengan brown plant hopper yang menyerang padi kita di mana MARDI sekarang ini bergerak bersama dengan Vietnam untuk menghasilkan tanaman padi transgenik. MARDI juga akan membangunkan benih-benih padi yang tahan air masin ataupun kekurangan air bagi digunakan di kawasan-kawasan baru. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menggembleng aktiviti menjadikan bioteknologi sebagai pemangkin pada penghasilan sumber kekayaan dan pendapatan baru negara kerajaan telah menubuhkan Technology Park Malaysia ataupun TPM yang mana telah mendirikan sebuah pusat biotek herba yang bertaraf good manufacturing practice ataupun GMP yang mula beroperasi pada tahun 2006.

Pusat ini menyediakan prasarana makmal bioteknologi untuk membantu usahawan kecil dan sederhana bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pra pengeluaran supaya hasilnya dapat menggalakkan pertumbuhan industri herba negara. Perkhidmatan juga diberikan untuk menjalankan analisa makmal bagi menambah baik dan menambah nilai produk herba. Ini termasuklah analisa pemakanan, bakteria, kandungan logam berat,

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

36 DR.3.6.2008

penyerapan, kestabilan dan kajian toksikologi serta pembungkusan, pendaftaran dan pensijilan produk.

Prasarana pemprosesan dan makmal kajian yang disediakan oleh TPM telah memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana untuk menjalankan aktiviti pemprosesan herba menggunakan teknologi pengekstrakan terkini. Dengan ini produk-produk herba yang dihasilkan adalah berkualiti, mempunyai nilai tambah berkesan dan selamat untuk dipasarkan. Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh TPM adalah seperti berikut:

(i) penglibatan masyarakat di dalam industri biotek herba;

(ii) pembangunan usahawan produk herba yang mana sekarang ini kita mempunyai kalau 2007 - 146 pengusaha produk herba sekarang ini sehingga bulan April seramai 192 syarikat telah begitu bergerak aktif di dalam bidang ini;

(iii) pensijilan produk di mana 52 jenis produk telah disijilkan;

(iv) mewujudkan peluang pekerjaan; dan

(v) peningkatan permintaan herba mentah.

Tuan Yang di-Pertua kaedah pertanian tepat ataupun precision agriculture telah diterima sebagai satu inisiatif utama yang akan dimajukan bagi memperkenalkan teknologi baru dalam memodenkan lagi sektor pertanian. Teknologi baru ini menggabungkan inovasi ICT dengan teknologi-teknologi ciptaan saintis tempatan. Sistem ini mampu meningkatkan pengeluaran pertanian dengan menerapkan optimasi sebagai komponen utama dalam sistem pengeluaran yang berupaya menghapuskan kaedah pengendaliannya secara manual yang lazimnya mendorong kepada pembaziran dan pengurangan keuntungan.

Kaedah precision agriculture yang diwujudkan oleh MIMOS adalah unik berbanding teknologi pertanian tempat yang lain kerana ia mengguna pakai pangkalan data tanam-tanaman secara digital yang mengandungi maklumat-maklumat yang terbukti berkesan daripada pengalaman petani sendiri.

Dalam kaedah ini pendekatan secara holistik digunakan yang menggabungkan analisis yang diperoleh daripada sensor terhadap tanah dan persekitaran. Pemindahan data, sistem sokongan keputusan dan pengurusan data. Sensor micro electro mechanical system ataupun MEMS akan mengumpulkan data daripada lapangan dan memindahkan maklumat seperti nutrien tanah dan kesuburan tanah ke pangkalan data pertanian untuk tujuan bagi membolehkan keputusan dibuat dengan lebih baik.

Selanjutnya petani akan dihubungkan dengan maklumat pasaran seperti keperluan pasaran dan aras inventori yang diperlukan bagi memperkukuhkan kecekapan dan keuntungan proses pertanian. Platform teknologi ini dibangunkan dengan kerjasama UPM, UKM, USM dan beberapa institusi tempatan yang lain selain penglibatan kepakaran asing. Antara faedah daripada penggunaan kaedah ini adalah seperti berikut:

(i) mengurangkan kos baja dan operasi;

(ii) meningkatkan hasil dengan mengoptimumkan penggunaan baja;

(iii) kualiti hasil tanaman yang lebih baik;

(iv) pengurangan pencemaran;

(v) meningkatkan kecekapan operasi;

(vi) memperkukuhkan produktiviti dan keuntungan petani.

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Senator Hajah Syarifah Azizah binti Syed Zain telah membangkitkan kejayaan yang diperoleh hasil penganjuran WCIT ataupun World Congress on IT dan program-program yang berkaitan dengan ICT. Sukacita saya ingin maklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa baru-baru ini Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada Kongres Sedunia Teknologi Maklumat.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 37

Acara berprestij bagi industri sedunia ICT yang diterajui oleh MOSTI ini

merangkumi 12 acara antarabangsa lain seperti panel penasihat antarabangsa ataupun IAP, MAC Malaysia, UN Global Alliance for ICT and Development – UN GAID, World Cyber Security Submit, Great Computing Conference, Mobile Monday Global Submit, PC Fair International dan lain-lain lagi. Keseluruhan acara-acara ini telah menarik penyertaan seramai 50,064 peserta yang mana 7,405 adalah delegasi WCIT dan acara berkaitan yang lain. Manakala 42,659 telah melawat pameran yang diadakan.

Jadi berkaitan dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Mumtaz tadi yang berkaitan ialah World Cyber Security Submit iaitu berkaitan dengan keselamatan dalam bidang cyber yang mana kita mengadakan impak ataupun International Multilateral Partnership Cyber Terrorism yang membincangkan aspek-aspek keselamatan security oleh penasihat-penasihat antarabangsa kita dan banyak program kesedaran security yang diadakan melibatkan peserta-peserta dari kalangan universiti kita, pelajar-pelajar universiti dan juga daripada pelajar-pelajar sekolah. Jadi Persidangan WCIT 2008 telah menarik penyertaan seramai 3,313 delegasi yang mana 30% adalah dari luar negara dan 105 penceramah terkemuka dari pelbagai bidang di seluruh dunia dan menerima penajaan melebihi RM35 juta dalam bentuk tunai dan in kind dengan izin. 50% tunai dan 50% in kind.

■1440

Sebanyak 22 perjanjian kontrak telah bertukar tangan di antara pelbagai pihak yang menghasilkan pakatan perniagaan bernilai RM293 juta untuk syarikat-syarikat Malaysia dan pelaburan sebanyak RM11.571 bilion ke dalam Malaysia.

Pakatan perniagaan yang telah dimeterai termasuk kontrak antara iTOPIA Sdn. Bhd., dan Knowledge Economic City Developers Company dari Saudi Arabia untuk pembangunan perkhidmatan telekomunikasi di Knowledge Economic City di Madinah.

Perjanjian antara SCAN Associates dan End Lap dari Korea untuk membangunkan peralatan keselamatan jaringan atau network security devices, dengan izin dan perjanjian pembekalan perisian telefonis melalui IP oleh Qube Connect Sdn. Bhd., kepada China Mobile, syarikat komunikasi terbesar di China.

Antara pelaburan yang telah ditentukan adalah pembinaan HP Global Campus di Cyberjaya. Penubuhan sebuah pusat animasi Malaysia oleh syarikat kesan visual atau visual effect dari Hollywood, Rhythm and Blues dan kerjasama MSC Cyberport dengan Tele Performance untuk membangunkan industri Contact Centre di Iskandar, Malaysia Johor.

Di samping itu, sebanyak 1,023 pertemuan perniagaan secara teratur atau structure business matching meeting dengan izin, telah berlangsung dengan jangkaan peluang perniagaan seperti berikut:

(i) anggaran perniagaan sebanyak RM1.408 bilion dijangkakan akan dipersetujui dalam tempoh 12 ke 24 bulan yang akan datang;

(ii) peluang pelaburan dianggarkan sebanyak RM2 bilion akan dibawa masuk ke Malaysia dan dijangkakan akan dimeterai dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, di mana sepuluh adalah dari pelaburan terus asing ataupun foreign direct investment (FDI) dan 26 adalah pelaburan terus dalam negeri, domestic direct investment (DDI).

Keseluruhan pelaburan dari luar dan dalam negara yang telah dimeterai dan yang dijangkakan akan membuka sebanyak 36,900 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Ini dijangkakan dalam lima tahun yang akan datang.

Selain dari itu, sebanyak 100,000 kaki persegi kawasan pameran telah terjual yang membawa kepada 494 gerai dan 217 syarikat yang telah mempamerkan produk dan servis mereka yang terkini. Hasil-hasil di atas yang memberangsangkan ini telah menyebabkan Pengerusi WITSA ataupun World Information Technology and Service Alliance. Pada waktu itu, Encik George Newstorm mengumumkan bahawa WCIT 2008 adalah kongres sedunia yang terbaik dalam sejarah WITSA.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

38 DR.3.6.2008

Selain daripada itu, Encik Dan E. Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif WCIT 2008 Sdn.

Bhd., dan juga Naib Presiden Multimedia Development Corporation telah diundi sebagai Pengerusi WITSA yang baru, dan Malaysia melalui PICOM sebagai hos Secretariat WITSA bagi tempoh 2008 hingga 2010.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah 30 tahun, di mana badan ICT sedunia akan dipimpin oleh seseorang yang bukan warganegara Amerika. Kejayaan ini sekali lagi telah membuktikan keupayaan Malaysia dalam menganjurkan sebuah persidangan yang bergelar Olimpik bagi dunia ICT, yang telah menghimpunkan pemimpin-pemimpin global di dalam bidang perniagaan, kerajaan dan akademia dan telah memberikan impak positif terhadap industri ICT tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya pagi tadi telah dipersoalkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz berkaitan dengan aspek keselamatan, terutamanya pencerobohan dalam sistem komputer terutamanya bidang IKS. Jadi, bagi menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz, ingin saya maklumkan bahawa kementerian setakat ini belum membuat kajian mengenai masalah ini, tetapi pihak kementerian memang menyedari akan masalah ini dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi melalui beberapa kaedah berikut:

(i) menggunakan pusat-pusat datar yang telah mempunyai sistem keselamatan anti pencerobohan ataupun kita panggil secure data centres seperti di TM Net ia menawarkan perkhidmatan ini kepada IKS;

(ii) IKS boleh menggunakan perisian-perisian open source yang boleh dimuat turun dari internet seperti IP Set yang boleh digunakan secara percuma;

(iii) perisian dan perkhidmatan dari syarikat-syarikat tempatan seperti SCAN Associates adalah lebih murah.

Di samping itu, Cyber Security Malaysia menyediakan pusat aduan keselamatan siber di mana pengguna-pengguna internet boleh mendapatkan khidmat nasihat teknikal sekiranya ada berlaku pencerobohan siber.

Saya ingin maklumkan bahawa dalam konteks keselamatan siber ini seperti mana juga kita menjaga rumah kita, selalunya kita meletakkan keselamatan ini kepada pihak polis, tetapi sebenarnya kita lupa kadang-kadang aspek keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama. Maknanya untuk menjaga keselamatan dalam bidang siber sistem kita, kita kena tahu bagaimana modus operandi penjenayah-penjenayah siber ini, sebab sekarang ini penghijrahan criminal ataupun penjenayah daripada jalanan, sekarang ini mereka juga berhijrah kepada Cyber Security. Sebab itu kita kena melihat dalam konteks keselamatan siber ini untuk kita sedar bagaimana modus operandi mereka.

Sebenarnya Cyber Security di bawah agensi MOSTI memantau keadaan ini, dan kalau berlaku sila maklumkan kepada kita, supaya kita dapat melakukan siasatan terkini berkaitan dengan perkara tersebut tetapi, yang lebih penting ialah kita sebagai pengguna, kita sendiri kena menjalankan serta menyedari pengurusan aspek keselamatan ini adalah tanggungjawab kita sendiri, untuk memastikan kita tidak akan dicerobohi oleh penjenayah-penjenayah siber ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari bahawa sektor angkasa merupakan sektor yang merentas pelbagai bidang sains, teknologi dan industri. Sektor ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan sebagai pemacu ekonomi dan pembangunan negara melalui penerokaan dan inovasi. Malah ia juga menepati strategi negara dan membuat penempatan strategik negara di rantau ini khususnya.

Sehubungan perkara ini juga, kerajaan telah memulakan usaha membangunkan dasar angkasa negara, yang akan menyediakan satu pelan tindakan bagi pembangunan infrastruktur angkasa negara yang akan dapat mencapai Wawasan Misi Nasional 2057.

Dasar ini akan menjadi rujukan strategik dalam program-program eksplorasi dan penerokaan angkasa bagi kerajaan dan industri tempatan dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Ia juga akan menggariskan penggunaan dan

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 39

penyelarasan sebagai sumber kewangan modal insan, organisasi bagi memaksimumkan pelaburan tersebut ke arah meningkatkan produktiviti dan keupayaan sektor ini bagi menghasilkan produk, proses ataupun perkhidmatan dengan nilai tambah yang tinggi.

Akhir sekali MOSTI sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Kamarudin bin Ambok: Minta laluan.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Baik.

Dato’ Kamarudin bin Ambok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah pihak kementerian bercadang untuk menganjur satu rancangan realiti pertandingan saintis muda di mana-mana stesen TV bagi menarik minat golongan muda mempunyai minat dalam bidang sains dan inovasi?

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pihak kementerian sedang membuat kajian dan perundingan. Salah satu perancangan kita ialah menyedari bahawa sains, teknologi dan inovasi merupakan satu program yang tidak dapat kita ketepikan, sebab ianya merupakan satu landasan untuk kita menjana ekonomi negara kita di masa depan, untuk kita bersaing di peringkat global.

Menyedari akan keadaan ini, kita memang bercadang. Salah satu program yang sedang kita bincangkan ialah untuk mengadakan road show dengan izin, di beberapa wilayah di seluruh Malaysia untuk kita rangkumkan Minggu Sains dan Teknologi Negara yang berjalan insya-Allah seminggu.

Dalam itu kita akan rangkumkan pertandingan-pertandingan reka cipta, di samping kita memberi maklumat kepada rakyat kita dan juga untuk membangkitkan kesedaran dan minat rakyat kita kepada sains dan teknologi, supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang berinovasi.

Begitu juga melalui Program Angkasawan kita adalah untuk menarik minat misalnya, betapa pentingnya sains dan teknologi untuk kita memacu pembangunan negara pada masa depan.

Berkaitan dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, insya-Allah kita akan bawa untuk berunding bersama dengan Kementerian Penerangan dalam hal ini untuk mengadakan mungkin pertandingan reka cipta. Di peringkat sekolah kita akan dapat adakan reality show daripada hiburan, kita boleh hubung kaitkan dengan inovasi, iaitu pertandingan reka cipta misalnya di peringkat sekolah, di peringkat universiti dan juga di peringkat orang awam.

■1450

Malahan kita mengadakan pertandingan di peringkat antara universiti sekarang ini dalam bidang angkasawan misalnya, dalam bidang satelit di mana pertandingan diadakan antara universiti. Dan sukacita saya maklumkan bahawa UNISEL ataupun Universiti Selangor Malaysia adalah menjadi juara dunia di peringkat universiti yang mewakili Malaysia dulu, telah mendapat tempat yang agak baik di peringkat dunia. Perkara ini berjalan secara berterusan, insya-Allah akan kita teruskan dan cadangan Yang Berhormat tadi akan kita bawakan untuk diperincikan.

Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kami di peringkat MOSTI ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas minat serta keprihatinan mengenai usaha, program dan strategi yang telah dilaksanakan oleh MOSTI. MOSTI juga berharap dengan kerjasama dan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat, ini akan dapat membantu kementerian dalam mencapai matlamat dan visi sebagaimana harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, dan rakyat keseluruhannya untuk menjadikan negara kita sentiasa ke hadapan untuk menghadapi persaingan dunia global ini. Sekian, terima kasih di atas perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang diberi. Seterusnya giliran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

40 DR.3.6.2008

2.51 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Noriah binti Kasnon]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Heng Seai Kie yang telah membangkitkan beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Kementerian amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Heng Seai Kie dalam ucapannya antara lain meminta kementerian mengkaji semula promosi program mamogram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, promosi program subsidi mamogram adalah untuk wanita yang layak antara umur 40 ke 69 tahun mula dilaksanakan oleh LPPKN pada bulan April 2007. Sejak itu program promosi giat dilaksanakan oleh kementerian bagi memberikan maklumat dan kesedaran kepada golongan sasar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan payudara dan seterusnya menjalani ujian mamogram.

Program dan aktiviti promosi yang dijalankan adalah melalui media berikut., Pertama, melalui media cetak di mana dilaksanakan seperti iklan di surat khabar keluaran empat bahasa utama. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Melalui majalah-majalah wanita dan keluarga manakala bagi media elektronik pula melalui iklan promosi di TV3 dan juga di saluran-saluran radio serta edaran risalah-risalah mengenai mamogram dan program subsidi dalam pelbagai bahasa.

Kedua, program-program kemasyarakatan kementerian seperti melalui program Nur Sejahtera dan ceramah kesihatan di peringkat negeri yang memberikan maklumat mengenai kanser payudara serta mendaftarkan wanita yang layak untuk menjalani ujian mamogram. Bagi tempoh bulan Mei 2007 sehingga bulan Mac 2008, sejumlah 35 program Nur Sejahtera telah dijalankan dengan kehadiran seramai hampir 6,000 orang dan sejumlah 40 ceramah-ceramah kesihatan telah diadakan dengan kehadiran seramai hampir 4,000 orang. LPPKN juga turut bekerjasama secara bestari dengan Universiti Islam Antarabangsa iaitu IIUM Breast Centre untuk membantu mempromosikan program ini kepada kumpulan sasar.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, LPPKN akan menambah bilangan unit bergerak di masa hadapan untuk memudahkan kumpulan sasar di kawasan-kawasan pedalaman mendapatkan pemeriksaan payudara dan seterusnya mendaftar untuk menjalani program subsidi mamogram ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memanjangkan jangkauan subsidi ini, kementerian juga akan menambah jumlah pusat mamogram yang mendaftar daripada yang ada sekarang 15 buah kepada insya-Allah 32 buah iaitu penambahan sebanyak 17 buah pusat lagi menjelang akhir bulan Jun 2008. Kementerian penuh yakin bahawa pertambahan bilangan pusat mamogram ini akan dapat menambah bilangan wanita untuk mendapat manfaat daripada program ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Heng Seai Kie juga turut mencadangkan agar diwujudkan rumah-rumah perlindungan di setiap negeri untuk wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumah tangga ataupun ibu-ibu tunggal yang menjadi mangsa yang memerlukannya. Untuk makluman, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memang menyediakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan kita tidak pisahkan mereka Yang Berhormat, sekiranya ibu datang bersama anak-anak, kita akan tempatkan di bawah satu bumbung.

Mereka akan ditempatkan di rumah perlindungan yang telah diluluskan sebagai tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 melalui Akta 521. Pada masa ini sebanyak 18 buah rumah perlindungan telah pun diluluskan sebagai tempat selamat dan terdapat hampir di setiap negeri kecuali yang belum ada pada hari ini adalah di Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

Ahli Yang Berhormat juga ingin mengetahui mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi ibu tunggal yang menghadapi masalah keingkaran

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 41

bekas suami untuk membayar emolumen bulanan seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah dan bekas suami tidak dapat dikesan. Kementerian sebagaimana juga Ahli Yang Berhormat sangat prihatin terhadap masalah tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini adalah di luar bidang kuasa kementerian. Kementerian sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk memastikan bekas suami melaksanakan keputusan mahkamah.

Sungguh pun begitu Yang Berhormat, kementerian melaksanakan program-program berikut untuk membantu ibu-ibu tunggal yang berada dalam situasi sedemikian. Pertama, mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah, Jabatan Pendaftaran Negara, Biro Bantuan Guaman, pihak polis dan juga badan-badan bukan kerajaan agar ibu-ibu tunggal boleh membuat aduan dan mendapatkan maklumat mengenai prosedur membuat tuntutan atau mengambil tindakan lanjut ke atas bekas suami yang ingkar tersebut.

Kementerian juga ada menyediakan brosur-brosur mengandungi maklumat mengenai hak-hak wanita sebelum, semasa dan selepas perkahwinan termasuklah juga tentang hak tuntutan penjagaan anak atau hadanah, tuntutan harta sepencarian dan juga tuntutan nafkah. Mereka juga boleh mengakses maklumat mengenai perkhidmatan ini daripada Jabatan Pembangunan Wanita melalui telefon dan laman web kita.

Kedua, mengadakan program literasi undang-undang yang bertujuan untuk memberi maklumat awal dan asas mengenai undang-undang kepada wanita agar mereka lebih memahami fungsi dan juga proses perundangan dalam sesebuah perkahwinan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada wanita mengenai sistem perundangan yang diguna pakai dalam hal-hal berkaitan wanita dan juga kekeluargaan termasuklah sekiranya berlaku pengabaian tanggungjawab oleh bekas suami.

Ketiga, kementerian juga menyediakan bantuan dari sudut pengukuhan psikologi iaitu dalam bentuk penyediaan perkhidmatan kaunseling yang disediakan Jabatan Pembangunan Wanita dan 13 buah pejabat Pembangunan Wanita di seluruh negara. Sesi bimbingan dan kaunseling tersebut adalah juga bertujuan untuk memulihkan dan mempertingkatkan keyakinan golongan ibu-ibu tunggal agar mereka lebih bermotivasi untuk merencana masa depan dan sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dalam menghadapi kehidupan seharian walaupun sentiasa terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mendesak serta kurangnya prasarana sokongan pada hari ini.

Dan akhirnya, turut memberikan bantuan kanak-kanak kepada keluarga miskin termasuklah ibu-ibu tunggal yang layak bagi menyara anak-anak iaitu di antara RM100 sebulan seorang dan maksimum RM450 sebulan sekeluarga bagi yang mempunyai anak-anak yang melebihi empat orang. Bantuan ini Tuan Yang di-Pertua adalah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan supaya sistem pembayaran bantuan kebajikan dipantau dan dikaji semula kerana terdapat aduan bayaran yang diterima oleh penerima bantuan tidak konsisten. Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan supaya kadar bantuan tersebut dinaikkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedang mengkaji sistem kebajikan sedia ada secara menyeluruh dan akan melaksanakan beberapa inisiatif baru di bawah program transformasi kebajikan negara dalam sedikit masa lagi.

Kementerian telah turut mengambil beberapa langkah berikut untuk menambah baik sistem penyampaiannya bagi membolehkan kumpulan sasar menerima bantuan dengan cepat, cekap dan konsisten iaitu satu, mengurangkan kerenah birokrasi dan mengkaji syarat-syarat pemberian bantuan secara berkala.

■1500

Ini termasuklah kelulusan bantuan dipercepatkan melalui penurunan kuasa meluluskan bantuan. Kalau dahulunya daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, kini telah diturunkan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Proses penyiasatan pula dilengkapkan dalam tempoh yang singkat iaitu dua minggu. Turut menubuhkan tabung bantuan segera dan menyeragamkan tempoh kajian semula kes-kes bantuan kepada 12 bulan bagi semua skim bantuan berbanding enam bulan sebelum ini bagi sesetengah kes.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

42 DR.3.6.2008

Kedua, telah memulakan bayaran bantuan mengikut jadual pada setiap 5 hari

bulan di beberapa buah negeri dan baucar bayaran disiapkan dalam tempoh dua minggu bagi kes-kes penerima bantuan yang baru dan inisiatif ini telah kita mulakan di Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan juga di negeri Selangor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kadar-kadar bantuan kepada penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebenarnya baru sahaja disemak pada awal tahun 2008 Yang Berhormat, dan telah dinaikkan kadarnya oleh kerajaan dan telah mengambil kira kos sara hidup semasa seperti bantuan orang tua daripada RM200 sebelum ini kepada RM300 dan elaun pekerja cacat daripada RM200 juga kepada RM300. Oleh itu buat sementara ini kerajaan tidak bercadang untuk menyemak semula kadar bantuan tersebut dalam masa terdekat tetapi kita bercadang untuk melebihkan projek mencari secara proaktif iaitu dalam projek cari seperti yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja isu-isu yang telah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada seminggu lepas. Sesungguhnya kementerian ini amat memerlukan sokongan...

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar bahawa baru-baru ini seramai 96 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara khususnya wanita kerana terlibat dalam pengedaran dadah. Jadi adakah kementerian berhasrat untuk mengadakan satu program khas dengan Kementerian Penerangan bagi melakonkan semula peristiwa-peristiwa ini supaya dapat memberikan kefahaman kepada mereka, suka dan duka mereka sebagai satu teladan untuk mencegah supaya kejadian ini tidak berlaku? Terima kasih.

Tuan Rawisandran a/l Narayanan: Saya minta laluan Yang Berhormat. Saya ingin hendak bertanya sedikit penjelasan. Ini mengenai kenaikan bantuan kebajikan. Adakah kementerian hanya menimbangkan kes-kes baru ataupun kepada kes yang telah dapat bantuan?..

Puan GK Loga Chitra: Memohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat benarkan.

Puan Noriah binti Kasnon: Silakan, akhir.

Puan GK Loga Chitra: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah berkenaan dengan Mahkamah Keluarga ataupun dengan izin, Family Court. Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan Family Court di seluruh Semenanjung kerana sekarang Mahkamah Keluarga ini berada hanya di Kuala Lumpur, di Wilayah Persekutuan demi untuk memudahkan kesemua pelanggan untuk memfailkan kes keluarga di seluruh Malaysia?

Puan Noriah binti Kasnon: Terima kasih kepada tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah meminta penjelasan. Ada antaranya adalah perkara baru yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan. Walau bagaimanapun, saya cuba menjawab.

Yang pertama, daripada Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin berkaitan dengan sama ada kementerian berhasrat untuk mendramakan ataupun bekerjasama dengan Kementerian Penerangan untuk memuatkan dalam drama pengalaman-pengalaman khususnya tentang 96 orang yang dikatakan wanita kita yang ditahan di luar negara atas kes pengedaran dadah ataupun mungkin terperangkap dalam gejala jenayah pengedaran dadah.

Saya secara peribadi berpendapat ia satu cadangan yang sangat baik, mungkin boleh dijadikan panduan kepada wanita sendiri, kepada ibu bapa dan boleh kita jadikan iktibar dan juga pengajaran kepada semua untuk lebih berwaspada dengan perangkap-perangkap cinta mungkin, dengan janji-janji kemewahan yang ada kalanya kalau kita fikirkan melalui cerita-cerita wanita yang ditahan ini, ada sebahagian besarnya agak mustahil untuk kita terus mempercayai dengan janji dan tawaran yang kurang munasabah pada pandangan kita yang boleh berfikir secara rasional.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 43

Insya-Allah, saya akan berbincang memuatkan cerita-cerita ini dalam kisah-kisah

benar ataupun mungkin dalam Dilema Wanita misalnya, dalam slot-slot yang sedia ada dan walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat, bahawa sebenarnya bukan hanya kaum wanita sahaja yang ramai ditahan tetapi highlight dengan izin, lebih banyak diberi kepada wanita.

Akan tetapi sebenarnya kesedaran juga mesti kita timbulkan di kalangan lelaki kerana daripada angka-angka yang sempat saya terima daripada Kementerian Dalam Negeri, daripada tahun 2006 sehingga bulan Mac tahun 2008 sebenarnya seramai 85 orang lelaki yang ditahan dan 61 orang wanita sahaja yang ditahan, yang kesemuanya berjumlah 146 sehingga setakat hari ini. Eloklah kita selaku pemimpin, ibu bapa dan juga semua pihak turut sama memberikan penekanan kepada anak-anak lelaki kita juga.

Mengenai soalan atau permohonan penjelasan daripada Yang Berhormat Rawisandran tentang sama ada yang kita kaji semula ini kes-kes baru ataupun kes-kes lama.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya dalam Projek Cari yang akan kita mulakan nanti adalah untuk kes-kes baru, dan mekanismenya akan kita gunakan insya-Allah semua pemimpin-pemimpin di peringkat masyarakat termasuklah ketua kampung, Pengerusi JKKK, jawatankuasa belia yang ada, pemimpin-pemimpin masyarakat termasuklah wakil-wakil rakyat Yang Berhormat, tidak menafikan perhatian kita kepada kes-kes yang sudah menerima dan perlukan bantuan lanjutan.

Untuk Yang Berhormat Senator Loga Chitra pula, tentang mewujudkan Mahkamah Keluarga. Untuk makluman Yang Berhormat, Mahkamah Keluarga belum lagi diwujudkan di negara kita ini. Perbincangan dan juga kertas-kertas cadangan telah kita bawa dan telah kita bincangkan bersama-sama dengan Peguam Negara dan juga Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dengan undang-undang.

Apa yang kita ada di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur itu adalah sementara kita belum ada Mahkamah Keluarga yang khusus. Kita cuba mewujudkan satu mahkamah yang mesra keluarga dan itulah konsep yang akan kita bawa termasuklah menyediakan bilik-bilik untuk anak-anak, ada ruangan membaca, ada alat permainan untuk anak-anak yang lebih sesuai untuk seisi keluarga. Jadi Insya-Allah Yang Berhormat, kita sedang dalam perbincangan dan akan cuba melaksanakan sesegera yang mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi terima kasih atas keprihatinan dan saranan semua pihak terhadap program-program kementerian dan sesungguhnya kementerian ini amat memerlukan sokongan dan kerjasama dari segenap lapisan komuniti, untuk kesejahteraan komuniti termasuklah untuk kanak-kanak, wanita dan keluarga sebagaimana kata Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat K-for-K, komuniti untuk komuniti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Akhir sekali Jabatan Perdana Menteri sebagai kementerian yang bertanggungjawab akan menggulung bagi Perbahasan Titah Diraja. Dewan Negara dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri akan dijawab oleh dua orang Yang Berhormat Menteri dan dua orang Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas bidang masing-masing. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri. Sila.

■1510

3.10 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Zaid bin Ibrahim]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Di atas Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Perkara-perkara yang ada kaitan dengan tanggungjawab saya hanya ada dua perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Maijol bin Mahap dan Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

44 DR.3.6.2008

Yang Berhormat Tuan Maijol bin Mahap membangkitkan isu berkaitan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Beliau ingin mengetahui jumlah keahlian, kuasa Perdana Menteri selepas wujudnya suruhanjaya itu dan adakah suruhanjaya akan melantik semua hakim termasuk hakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat buat masa sekarang ini Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu masih lagi dalam persediaan di peringkat akhir. Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini cadangan-cadangan dan maklum balas dengan izin, feedback yang kita terima. Oleh yang demikian saya hanya boleh memberi penjelasan mengenai prinsip-prinsip dan rangka-rangkanya dan proses tetapi dari segi butiran seperti keahlian itu masih lagi belum diselesaikan. Sebenarnya suruhanjaya ini akan mencadangkan fungsinya, calon-calon yang berintegriti, yang berwibawa mengikut kriteria yang jelas bagi jawatan-jawatan kehakiman.

Ini untuk dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seterusnya menyembahkan nama-nama calon tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilindungi oleh Majlis Raja-Raja seperti mana yang diperuntukkan dalam perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Dengan ini kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja serta prerogatif Perdana Menteri terus dikekalkan. Bagaimanapun nama-nama calon yang dikemukakan itu untuk pertimbangan itu mestilah diperakui oleh suruhanjaya. Kerajaan ini komited terhadap akauntabiliti kepada rakyat dan oleh itu kita tidak boleh lagi mengamalkan cara-cara di mana penggunaan prerogatif atau kuasa itu tidak perlu berasaskan kepada apa-apa sekalipun selain daripada kehendak diri. Dengan lain perkataan konsep prerogatif itu kekal, cuma ia melalui proses-proses yang lebih jelas dan lebih telus.

Tuan Yang di-Pertua, suruhanjaya ini akan hanya digunakan untuk pelantikan hakim-hakim. Dengan lain perkataan pelantikan Mahkamah Rendah, pelantikan Suruhanjaya Kehakiman atau dengan izin Judicial Commissioners tidak terikat dengan peraturan yang ada. Ingin juga saya perjelaskan bahawa proses suruhanjaya ini akan digunakan untuk pelantikan semua hakim di semua peringkat iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Federal dan juga mahkamah-mahkamah di Sabah dan Sarawak. Hakim-hakim dari semua peringkat perlu melalui proses pelantikan badan ini.

Susulan daripada isu ini juga Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bertanya mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara itu sendiri. Seperti yang saya jelaskan tadi semua jawatan termasuklah jawatan Ketua Hakim Negara akan melalui proses ini iaitu proses melalui pencalonan ataupun yang diperakui oleh suruhanjaya itu sendiri. Yang Berhormat Tuan Maijol juga...

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat tentang penubuhan Suruhanjaya Kehakiman. Kita ingin tahu apakah tujuan sebenarnya Suruhanjaya Kehakiman ini? Apakah dengan tertubuhnya Suruhanjaya Kehakiman ini maknanya ia menunjukkan bahawa satu integriti berlaku ke atas kehakiman dan adakah ini membuatkan rakyat keliru bahawa adakah ketua hakim dan hakim-hakim yang dahulu dilantik tidak berintegriti dan dipilih secara pilih kasih. Inilah masalahnya kerana rakyat sekarang ini sedang bercakap.

Kedua, kalau kita hendak bercakap mengenai ketelusan. Kita ingin tahu juga berapakah pampasan yang dibayar kepada bekas-bekas ketua hakim dahulu yang telah pun diambil tindakan. Jikalau bercakap soal ketelusan kita minta ia dibentangkan dan diberitahu kepada rakyat berapakah ganjaran yang sudah dibayar untuk pampasan ini.

Ketiga, adakah Suruhanjaya Kehakiman juga tidak akan dipertikaikan bahawa pelantikan ketua-ketua hakim dan hakim-hakim juga akan berlaku pilih kasih. Terima kasih.

Datuk Zaid bin Ibrahim: Yang Berhormat Dato’ Musa bertanya seolah-olah kita tidak ada masalah dalam badan kehakiman. Dia bertanya seolah-olah kita tidak ada masalah yang telah pun ramai ketahui daripada laporan suruhanjaya Tan Sri Haidar itu, laporan akhbar-akhbar, laporan daripada badan-badan seperti Suhakam dan badan-badan seperti badan antarabangsa. Soal badan kehakiman kita diakui oleh badan kehakiman kita sendiri bahawa kita perlu memperbaikinya.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 45

Ini adalah sesuatu kepada saya agak jelas. Cuma mungkin ada pihak-pihak tertentu yang tidak mahu menerima kenyataan ini. Kita tidak boleh takut mengakui kelemahan yang lepas demi untuk kebaikan masa hadapan. Kalau kita menidakkan perkara yang berlaku, yang umum ketahui maka kita tidak akan melalui perubahan serta kemajuan. Cadangan kerajaan ini telah pun diperbincangkan dan bukannya cadangan dari sekelompok yang kecil. Ia telah dibincangkan bersama-sama dengan badan kehakiman, peguam negara, masyarakat dan majlis-majlis lain. Ia bukan sesuatu pendekatan yang semena-mena dibuat kerana untuk tujuan-tujuan tertentu.

Saya ingin beri keyakinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tanggungjawab memperbaiki sistem kehakiman dan perundangan negara kita memerlukan banyak perkara lain bukan sahaja soal pelantikan, tetapi kita mesti mulakan di sini dahulu. Kita ada banyak masalah dalam negara mengenai soal kehakiman. Rakyat menunggu bertahun-tahun untuk menyelesaikan kes. Kita ada hampir 1 juta kes yang tertunggak. Kita ada banyak tempat lagi di mana tidak cukup jawatan-jawatan tertentu. Kita ada undang-undang kita yang lama yang perlukan perubahan tetapi, semua ini ada kaitan. Kita tidak boleh membuat perubahan ini kalau kita tidak sanggup menyentuh mana-mana aspek dalam sistem yang ada. Itu ertinya kerajaan sudah sedar dan inilah juga kehendak rakyat bahawa perubahan ini tidak menjejaskan sesiapa. Satu sistem yang lebih accountable, yang lebih telus tidak akan merugikan sesiapa. Oleh sebab itulah untuk menjawab persoalan itu saya ingin memberi jaminan bahawa proses ini diteliti dan dipertimbangkan.

Mengenai soal yang disebut sebagai ketelusan, soal ex-gratia kepada hakim-hakim. Soalnya bukan kita tidak mahu telus tetapi juga ada perkara-perkara atas permintaan keluarga-keluarga mereka supaya perkara ini tidak dijadikan satu isu umum. Bagi pihak kerajaan bukan kita hendak selindung apa-apa. Jika keluarga-keluarga mereka yang mengalami banyak masalah yang lepas mahukan perkara ini sebagai a private matter, kita harus menghormati.

Namun ini bukanlah dasar kita untuk menutup pembayaran ex-gratia. Ex-gratia adalah sesuatu yang kita beri kerana kita merasakan itu adalah sesuatu yang baik untuk meyakinkan kembali bahawa kita yang berkuasa kadangkala perlu menunjukkan juga sifat-sifat bahawa kita juga mungkin tersilap dalam hal-hal tertentu.

Ini adalah sesuatu yang telah menerima sambutan baik daripada rakyat. Namun saya juga ingin menekan di sini bahawa perkara-perkara yang seperti apa yang berlaku pada tahun 1988, apa yang berlaku pada tahun 1990, apa yang berlaku kepada hakim-hakim yang dilaporkan, kalau kita baca laporan suruhanjaya itu. Pada saya a conclusion dengan izin Tuan Yang di-Pertua, adalah kita tidak ada pilihan. Kita perlu melakukan sesuatu demi kepentingan negara dan bangsa kita. Kalau saya boleh teruskan dengan...

■1520

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dengar dengan teliti penerangan daripada Yang Berhormat tentang pemberian ex-gratia kepada bekas-bekas hakim dan permintaan daripada kaum keluarga. Namun mereka juga harus menghormati Dewan yang mulia ini di mana kita ketahui bahawa ex-gratia itu adalah wang rakyat. Kita hendak tahu kenapa pemberian ex-gratia kepada bekas-bekas hakim ini, nombor satu Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak mengambil tindakan kepada kerajaan sedangkan kita ke mahkamah, kita ada suruhanjaya untuk menjatuhkan hukuman. Namun mereka tidak membawa kes ini ke mahkamah untuk berlawan, untuk mendapat apa jua yang mereka sepatutnya dapat.

Jadi pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, ex-gratia yang diberikan kepada hakim-hakim sekiranya digunakan wang kerajaan, patut diumumkan. Kalau tidak mahu di luar, di dalam Dewan yang mulia ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Zaid bin Ibrahim: Saya sudah jawab soalan itu. Dari segi kerajaan tidak ada masalah soal ini, cuma saya ingin ingatkan kembali bahawa kalaulah dipersetujui oleh mereka saya rasa kita boleh umumkan jumlahnya...

Dato' Lee Sing Chooi: [Bangun]

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

46 DR.3.6.2008

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Siapa dahulu? Ya Dato' Lee Sing Chooi.

Dato' Lee Sing Chooi: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan Suruhanjaya Kehakiman saya sokong penuh dengan adanya suruhanjaya ini. Ini adalah satu permulaan yang sangat baik untuk mempertingkatkan sistem kehakiman kita.

Saya hendak tahu dari pihak Yang Berhormat Menteri, selepas adanya Suruhanjaya Kehakiman ini, proses-proses yang diadakan akan dicadangkan itu adakah standard atau kualitinya setanding dengan world standard. Adakah kita mengambil best practice dalam bidang kehakiman, proses itu. Kita belajar-belajar the best practice, kemudian kita guna the best practice untuk mempertingkatkan lagi proses itu, terima kasih.

Datuk Zaid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal standard dan kebaikan aspek-aspek yang cemerlang dalam pelantikan hakim-hakim itu, itulah hasrat kerajaan untuk memilih mereka bukan sahaja yang berkebolehan dari segi undang-undang, tetapi juga mempunyai ciri-ciri yang perlu untuk menjadi seorang hakim yang baik. Jadi kriteria seorang hakim yang baik ini agak universal. Negara kita tidak memerlukan material yang agak lain.

Jadi pada saya itu perkara yang kita terima, cuma kita harus juga mengambil kira aspek-aspek yang tertentu. Misalnya kita negara yang berbilang kaum, jadi aspek-aspek menunjukkan jumlah hakim juga mencerminkan profil negara kita itu juga perlu diambil kita. Namun dari segi kriteria, syarat dan proses yang akan digunakan adalah seperti yang saya katakan tadi, seperti juga di negara-negara yang lain. Saya ingin menyentuh tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Maijol...

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Saya mohon.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Mumtaz.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan Suruhanjaya Kehakiman, saya ingin mengetahui apakah rasionalnya mengecualikan majistret dan hakim-hakim di Mahkamah Seksyen daripada turut sama dimasukkan di bawah Suruhanjaya Kehakiman. Ini kerana kita melihat akhir-akhir ini banyak juga di peringkat bawahan bagaimana kita melihat pelantikan direct majistret daripada graduan universiti menimbulkan banyak masalah di peringkat bawah. Kebanyakan kes-kes yang tertunggak yang dikatakan sudah sampai jumlah satu juta ini terlibat dalam Mahkamah-mahkamah Sesyen. Jadi apakah pendekatan kerajaan untuk mengecualikan mereka daripada Suruhanjaya Kehakiman ini untuk memberikan satu impak yang baik kepada rakyat.

Yang kedua berkenaan dengan kekurangan hakim yang ketara di peringkat Mahkamah Sesyen dan mahkamah di seluruh negara, adakah kerajaan bersedia untuk mengimbangkan skim dengan lebih banyak lagi melantik peguam-peguam yang berwibawa untuk terus ke jawatan hakim bagi mengatasi masalah ini, terima kasih.

Datuk Zaid bin Ibrahim: Terima kasih Puan Mumtaz. Mengenai majistret dan hakim Mahkamah Sesyen mereka ini dilantik di bawah satu suruhanjaya lain yang biasa kita guna iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Dengan izin Judicial and Legal Service Commission, ini commission yang lain. Saya memang sedar mengenai kelemahan yang ada, rungutan yang kita dengar dari pengamal undang-undang dan juga daripada rakyat. Akan tetapi perubahan itu mesti dilakukan dalam konteks structure yang ada. Kita tidak boleh campur gaul dengan suruhanjaya yang kita tubuhkan khusus untuk hakim-hakim.

Saya terima cadangan itu dan saya akur, saya faham hasrat perubahan yang perlu kepada pelantikan majistret kepada kualiti yang lebih baik. Namun ia perlulah melalui proses yang ada sekarang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Mengenai kalau dengan izin...

Dato' Gooi Hoe Hin: Yang Berhormat Menteri boleh saya pohon laluan. Terima kasih. Saya cukup kagum semangat Yang Berhormat Menteri dan semangat kerajaan untuk membawa pembaharuan kepada kehakiman. Soalan saya prinsip asas ianya untuk

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 47

mengasingkan perundangan, kehakiman dan eksekutif. Walaupun usaha akan dijalankan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, adakah ia akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya Perkara 121 itu lebih bermakna. Bermakna memastikan bahawa kehakiman itu benar-benar bebas.

Datuk Zaid bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Gooi Hoe Hin. Tadi Yang Berhormat kata Yang Berhormat kagum dan sebagainya, terima kasihlah. sebenarnya ini bukanlah sesuatu perkara yang memerlukan sifat-sifat yang luar biasa. Ini adalah sesuatu yang pada saya setiap pemimpin yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara yang penting untuk negara kita perlu menerima dan melakukan sesuatu.

Perkara kedua mengenai pengasingan kuasa itu ini adalah sesuatu yang kita terima dari dahulu sejak tahun 1957 sehingga sekarang. Kita terima bahawa kita ada tiga cabang kerajaan yang berbeza, legislatif - Dewan yang mulia ini, eksekutif - Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong, judiciary iaitu badan kehakiman kita terima semua ini. Prinsip ini kekal cuma pada tahun 1987 sebelum krisis Tun Salleh Abbas, Perkara 121 dimansuhkan.

Perkara 121 itu sebenarnya satu prinsip yang biasa juga iaitu 121 menyatakan the judicial power dengan izin, kuasa kehakiman best in high court dan itu sahaja yang kita ambil keluar dan adalah hasrat kerajaan dan kita telah pun mengatakan bahawa kita menerima prinsip ini. Perkara ini juga akan dipertimbangkan untuk dimasukkan kembali dalam perlembagaan yang kita ada kerana buat masa ini walaupun 121 itu kita mansuhkan pada tahun 1988 tetapi, dalam masa yang sama tajuknya kita tidak mansuhkan. Kalau kita tengok Perlembagaan kita pada hari ini, judicial power itu ada dalam Perlembagaan hari ini pun. Cuma kita mungkin terasa tergesa-tergesa hendak mansuhkan itu, kita sudah lupa title. Namun ini adalah prinsip biasa, kita kena terima dan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan menerima tiga cabang kerajaan ini sebagai asas negara kita hari ini.

Saya ingin kalau boleh teruskan untuk pertanyaan ataupun cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Maijol juga mengenai video conferencing dan sistem pengkomputeran.

� 1530

Untuk makluman Yang Berhormat, banyak cadangan telah dikemukakan mengenai pengkomputeran dan video conferencing dan ini adalah sesuatu yang perlu kita tingkatkan. Ada sedikit kelemahan dari sistem yang ada tetapi kita dapati bahawa persidangan video ini adalah sesuatu yang boleh meringankan, mempercepatkan proses perbicaraan dan kita telah pun mulakan penggunaan ini di mahkamah di Kuala Lumpur. Saya juga ingin menyebut tentang Cop Recording dan Transcription System (CRT), saya juga ingin memberitahu bahawa setakat ini Mahkamah Tinggi Dagang dan Mahkamah Sivil di Kuala Lumpur telah pun menggunakan sistem ini dan sejumlah 2300 kes telah direkodkan. Hasilnya menunjukkan bahawa ia mampu mengurangkan bebanan tugas hakim-hakim dalam merekodkan nota keterangan.

Inilah satu cara yang akan kita pertingkatkan supaya perbicaraan itu akan lebih efisien, akan lebih jelas dan tidak menggunakan cara-cara lama di mana setiap kenyataan saksi terpaksa ditulis dengan tangan dan verbatim. Saya juga ingin menjawab mengenai saranan Yang Berhormat Tuan Maijol bin Mahap mengenai cadangan beliau bahawa peruntukan kewangan untuk penyelenggaraan mahkamah di Sabah dan Sarawak diberikan terus kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan bukannya melalui Ketua Pendaftar Mahkamah yang dilakukan pada hari ini.

Saya difahamkan dan saya diberitahu bahawa sistem ini telah lama kita gunakan dan di mana kita anggap dan kita sifatkan mahkamah ini sebagai satu unit dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dikira sebagai ketua jabatan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Maka, mahkamah Sabah dan Sarawak dianggap salah sebahagian daripada badan kehakiman Malaysia dan bukannya entiti yang berasingan. Jadi, sistem pengagihan peruntukan kewangan ini juga mestilah sama diamalkan seperti di jabatan-jabatan Persekutuan yang lain di negeri Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, jika permohonan untuk diberi terus ini diasaskan kepada satu peruntukan undang-undang yang sah, mungkin perlu kita kaji maka ini juga boleh kita teliti tetapi buat masa ini, inilah caranya pengurusan kewangan dilakukan.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

48 DR.3.6.2008

Mengenai mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak, sememangnya ia

disalurkan melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Kenyataan yang mengatakan peruntukan mahkamah ini diberi oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak adalah tidak tepat. Kemudahan pengangkutan darat sahaja yang dibekalkan oleh kerajaan negeri kepada mahkamah bergerak di negeri Sabah. Saya juga ingin menjawab tentang cadangan Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee mengenai tindakan di atas kebocoran Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Linggam. Untuk makluman Yang Berhormat, satu laporan polis telah dibuat pada 16 Mei 2008 oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Perkara ini sedang masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa inilah saja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab yang ada pada saya dan saya harap jawapan itu boleh memberi satu kepuasan ataupun satisfactory dengan izin dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Jabatan Perdana Menteri ada maklumkan bahawa terdapat sedikit pindaan kepada anggota-anggota pentadbiran yang akan menggulung iaitu seorang Yang Berhormat Menteri dan tiga orang Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ketiga-tiganya saya nampak berada di Dewan sekarang. So terpulang kepada Yang Berhormat yang siapa yang nak menggulung dahulu. Silakan.

3.35 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muhamad Yusof bin Husin menyarankan agar kerajaan menjalinkan hubungan baik dengan lima kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menghormati keputusan rakyat untuk meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Untuk itu, Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan agar pembangunan yang dirancang akan terus berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Yang Berhormat Ir. Hiang A Li mengesyorkan agar kerajaan serius untuk memperkasakan Badan Pencegahan Rasuah. Untuk maklumat Yang Berhormat, usaha-usaha untuk memperkasakan BPR diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Dialog Integriti ASEAN pada 21 April 2004 yang lepas. Langkah memperkasakan BPR melibatkan penstrukturan semula BPR menjadi sebuah suruhanjaya, menambahkan keanggotaan BPR seramai 5000 orang lagi daripada keanggotaan yang sedia ada dan mewujudkan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik bagi menarik lebih ramai golongan profesional yang berkeupayaan tinggi untuk berkhidmat di BPR.

Tindakan dan usaha ke arah melaksanakan keputusan kerajaan ini sedang dilaksanakan dan dijalankan dan dijangka suruhanjaya ini akan mula berfungsi pada awal tahun hadapan. Yang Berhormat Ir. Hiang A Li juga telah mencadangkan agar satu sistem baru pencegahan rasuah dilaksanakan di sektor awam dan swasta. Untuk makluman Yang Berhormat, pembanterasan jenayah rasuah di sektor awam dan swasta akan dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu tindakan perundangan dan penalti yang melibatkan tindakan siasatan dan pendakwaan kes-kes rasuah di mahkamah serta tindakan tatatertib ke atas pegawai-pegawai yang didapati melakukan kesalahan tatatertib. Manakala bagi pencegahan pula ialah melalui penambahbaikan dalam sistem dan prosedur kerja bagi menutup ruang serta peluang untuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berlaku.

Kempen-kempen kesedaran, penerangan serta pendidikan rasuah turut dilaksanakan bertujuan untuk menyedarkan anggota-anggota perkhidmatan awam

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 49

mengenai implikasi buruk jenayah rasuah sekali gus memantapkan integriti dalam pelaksanaan tugas mereka. Program-program dan aktiviti sedemikian akan dipertingkatkan dengan melibatkan lebih ramai pegawai terutama sekali di agensi-agensi yang banyak berurusan dengan orang ramai dan berisiko tinggi dan memberi fokus kepada agensi-agensi ini akan memberi kesan yang besar ke atas usaha kita mencegah rasuah ini. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin mencadangkan agar dibendung gejala rasuah seperti isu Ahli Parlimen yang akan cuba melompat parti yang dihebohkan baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan komited dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini dan tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.

Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Yang Berhormat.

■1540

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Komitmen dan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah jelas terbukti berdasarkan perangkaan-perangkaan dan tindakan agresif yang telah diambil pada tahun-tahun lepas. Tindakan tegas akan diambil termasuk mendakwa di mahkamah mereka yang melakukan kesalahan tersebut sekiranya dakwaan-dakwaan rasuah yang dibuat itu terbukti benar termasuk cubaan untuk membeli pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik masing-masing...

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Yang Berhormat, minta laluan.

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Ya, ya.

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin: Terima kasih. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat, penjelasan, bilakah kerajaan dapat mengumumkan zero rasuah, dengan izin, dalam negara kita. Ini kerana pernah satu ketika dahulu kita pernah menjangkakan bahawa kita akan umumkan zero rasuah. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Tan Sri, dalam soal ini kita memanglah dalam usaha kerajaan untuk membanteras rasuah ini seperti mana yang kita tahu banyak perkara yang tidak baik yang kita sarankan kepada rakyat kita terutama sekali contohnya macam dadah, 36B kita kata mengedar dadah itu boleh dihukum mati tetapi hukuman mati pun masih ramai lagi yang buat. Jadi benda ini susah, Yang Berhormat. Mungkin dalam filem kita boleh buatlah... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz bin Md. Nawi mencadangkan supaya dipertingkatkan usaha-usaha penerapan integriti untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Integriti Nasional telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan serentak dengan itu, Institusi Integrasi Nasional ataupun IIM telah ditubuhkan.

PIN menggariskan agenda dan integriti nasional khususnya melalui lima saranan keutamaan bagi fasa pertama pelaksanaan yang dikenali sebagai Tekad 2008. PIN dilihat sebagai strategi proaktif yang dinamik dan berdaya tahan untuk menjana dan menggerakkan elemen-elemen memantapkan integriti di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.

Usaha melahirkan modal insan yang berkualiti melibatkan penggemblengan usaha semua lapisan kepimpinan termasuk di sektor awam, swasta, politik, pertubuhan bukan kerajaan, golongan belia, pelajar, pertubuhan agama, kesatuan sekerja, persatuan secara sukarela serta pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung merupakan ejen-ejen yang mampu membawa perubahan dan bertindak sebagai contoh iaitu role model, dengan izin, yang baik. IMM di peringkat...

Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: [Bangun]

Puan Hajah Mumtaz bin Md. Nawi: Mohon laluan.

Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Pelan Integriti Nasional ini dari segi keberkesanannya dan ada ukuran-ukuran yang kita tahu yang boleh kita gunakan, misalnya, dengan izin, the perceived index of corruption in the country, saya ingin mengetahui bagaimana kita dari segi ranking kita dan adakah perubahan atau pembaikan dalam ranking perceived index.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

50 DR.3.6.2008

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan

memberi jawapan selepas ini ya. IMM di peringkat nasional dan Institusi Integriti Negeri di peringkat negeri selaku penggerak, pencetus dan pemantauan kepada pelaksanaan PIN selain setelah menjalankan pelbagai program kerjasama dengan sektor awam, swasta dan dengan badan-badan bukan kerajaan; telah juga menjalinkan kerjasama erat dengan badan-badan berkanun dan ikhtisas serta agensi-agensi penyeliaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Institusi Pengurusan Malaysia dan lain-lain lagi. Pelbagai program yang melibatkan kajian, latihan, komunikasi dan penerbitan telah diadakan dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Zamri...

Puan Hajah Mumtaz bin Md. Nawi: Saya pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Mumtaz.

Puan Hajah Mumtaz bin Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan fungsi IIM, sejauh manakah IIM ini mampu menurunkan kadar tangga-tangga kita dari sudut antarabangsa iaitu dari sudut penghapusan rasuah. Bagaimanakah pihak kerajaan memberi autoriti serta kredit kepada IIM dalam menentukan peruntukan atau kenaikan jawatan kepada kakitangan? Ini kerana kalau tidak diberikan sebarang kuasa, IIM hanya akan menjadi faktor penggalak ataupun pemangkin sahaja tanpa kuasa yang lain. Terima kasih.

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih. Saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat mengenai jawapan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf membangkitkan tentang pembatalan penggunaan dakwat kekal dan kenyataan yang berbeza antara Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama SPR hendak melaksanakan penggunaan dakwat kekal adalah untuk mempertingkatkan lagi ketelusan di dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas.

Ini kerana terdapat dakwaan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan ada pengundi-pengundi yang akan cuba mengundi lebih daripada sekali. Oleh yang demikian, persiapan awal yang wajarnya untuk melaksanakan cadangan penggunaan dakwat kekal telah dibuat oleh SPR. Namun begitu, SPR telah menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia yang mengesahkan terdapat laporan polis mengatakan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran.

Di samping itu juga, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari segi undang-undang SPR perlu menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal disebabkan peruntukan Perkara 119 di bawah Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seorang pemilih berdaftar untuk mengundi. Ini bermakna hak ini tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Hak ini merupakan hak asasi seorang pemilih berdaftar. Jemaah Menteri tidak mengarahkan, sebaliknya mencadangkan kepada SPR untuk mempertimbangkan supaya membatalkan penggunaan dakwat dalam pilihan raya umum yang lalu. Keputusan ini dicapai oleh jemaah menteri untuk mengelak kekecohan pada pilihan raya itu.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin mencadangkan supaya keanggotaan Dewan Negara ditambah...

Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada Ahli yang bangun.

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Ya, ya.

Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam: Terima kasih timbalan menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan buat satu keputusan bahawa kegunaan dakwat tersebut iaitu inedible ink, dengan izin, akan digunakan pada pilihan raya yang akan datang termasuk pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Oleh kerana pada pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, ini satu sistem yang digunakan oleh negara-negara dunia ketiga macam di Afrika dan sebagainya. Oleh kerana

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 51

di negara kita ini kita ada sistem berkomputer, kita ada teknologi-teknologi canggih untuk mengenal pasti tiap-tiap seorang pengundi seperti scanning cap jari. Jadi saya ingin tahu, kerajaan masih timbang gunakan dakwat tersebut atau dimansuhkan sama sekali? Terima kasih.

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana mungkin benda ini dikaji semula atau mungkin ada satu kaedah lain yang lebih baik yang boleh kita gunakan. Seperti mana Yang Berhormat kata tadi, benda ini sudah ketinggalan zaman. Jadi mungkin cara-cara baru boleh digunakan.

Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin mencadangkan supaya keanggotaan Dewan Negara ditambah iaitu daripada seorang kepada lebih ramai Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa sekarang kerajaan tidak berhasrat untuk menambah keanggotaan Ahli Dewan Negara kerana ia telah mencukupi.

■1550

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Saya juga Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa untuk negeri-negeri ditambah seorang lagi kerana ada dalam Perlembagaan yang membolehkan negeri dilantik seorang lagi. Terima kasih.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin kita boleh terimalah cadangan itu untuk masa-masa yang akan datang. Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin juga menyarankan agar diambil tindakan sewajarnya terhadap insiden di mana Parlimen ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis tertentu seperti majlis hari jadi baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di Parlimen bagi menangani sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan. Untuk itu beberapa langkah sedang diambil.

Antaranya termasuk menyemak peraturan dan arahan keselamatan sedia ada, menguatkuasakan dan mempertingkatkan sistem keselamatan fizikal dan memasang peralatan-peralatan keselamatan yang berteknologi tinggi untuk mampu mengesan dan menangani sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mencadangkan agar Parlimen mengadakan kursus selama dua minggu kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen ini memahami tugas serta memahami struktur pentadbiran kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat satu sesi taklimat untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat mengenai tatacara persidangan Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas ini telah diadakan pada 3 April tahun 2008.

Sebagai tambahan, Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Dewan Negara yang dilantik selepas tarikh Pilihan Raya Umum Kedua Belas turut dibekalkan dengan maklumat terperinci melalui e-book mengenai kursus untuk Ahli-ahli Parlimen. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kerajaan mengambil makluman dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya pada masa-masa yang akan datang. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi juga mencadangkan agar Parlimen dapat menyediakan laluan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), soalan dan Hansard dalam bentuk braille.

Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sentiasa peka dalam menyediakan kemudahan untuk OKU di Parlimen. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kemudahan untuk OKU akan sentiasa dilakukan daripada semasa ke semasa. Berkenaan dengan cadangan agar soalan dan hansard disediakan dalam bentuk braille, terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat dan mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan pada masa-masa yang akan datang.

Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin juga telah mengesyorkan kepada kerajaan mengambil langkah yang wajar di atas Pulau Pisang untuk mengelak kejadian Pulau Batu Puteh berulang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pulau Pisang merupakan sebuah pulau milik Malaysia di Selat Melaka yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Pontian. Saiz pulau ini adalah 1.375 kilometer iaitu lebih kurang 340 ekar dan terletak di 7.5 batu nautika

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

52 DR.3.6.2008

daripada Pontian. Kerajaan Johor menerusi Pejabat Tanah Pontian mempunyai bidang kuasa ke atas Pulau Pisang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 15, Kanun Tanah Negara 1965. Berdasarkan kepada indenture, dengan izin, yang ditandatangani oleh Sultan Ibrahim dan Gabenor Sir Swettenham pada 6 Oktober 1900.

Rumah api dan kawasan rumah api seluas dua ekar dan dua road di Pulau Pisang diserahkan selama-lamanya kepada Ratu Inggeris atau warisnya. Rumah api tersebut kini di bawah seliaan oleh Maritime and Port Authority, Singapore. Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee membangkitkan tentang cadangan mewujudkan pusara kenamaan berhampiran dengan Tugu Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pembesar-pembesar negara yang meninggal dunia khasnya bekas Perdana Menteri dikebumikan di makam pahlawan dan orang-orang kenamaan lain pula dikebumikan di lingkaran makam pahlawan.

Ini bertujuan untuk menghargai jasa mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada rakyat dan untuk dijadikan rujukan sejarah kepada generasi yang akan datang. Namun begitu, tapak pusara di makam pahlawan dan lingkaran makam pahlawan begitu terhad. Sehubungan dengan itu, kerajaan bercadang untuk membina pusara negara di atas kawasan rizab seluas 14.75 ekar bersebelahan Tugu Negara. Kawasan ini dipilih kerana lokasi yang sesuai dan mudah dilawati oleh pelawat-pelawat tempatan serta luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini sekarang ini dalam proses pembinaan.

Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee ingin tahu apakah semua anggota perkhidmatan awam akan diberi umur persaraan sehingga 58 tahun secara automatik tanpa mengambil kira faktor kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat, opsyen perlanjutan umur persaraan wajib 58 tahun akan diberi kepada semua anggota perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat tanpa syarat. Ini berdasarkan kepada prinsip kesamarataan di bawah Perkara 8 dan 136 Perlembagaan Persekutuan serta jaminan di bawah Perkara 1741 yang juga di bawah perlembagaan Persekutuan iaitu akan perlindungan hak-hak pencen kepada pesara dan penerima pencen, balu, anak-anak, anak-anak orang tanggungan yang tidak kurang baiknya berbanding dengan ganjaran yang diberi sebelumnya.

Mengenai prestasi pula, sekiranya prestasi kerja merosot seseorang anggota perkhidmatan awam itu boleh diambil tindakan yang sewajarnya termasuk persaraan awal. Yang Berhormat...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Puan Mumtaz.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan Makam Negara tadi, saya pohon untuk mendapatkan berapakah anggaran kos yang diperlukan untuk pembinaan tempat tersebut?

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya difahamkanlah iaitu anggarannya projek siling, RM21 juta. Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA mengkaji semula penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di daerah-daerah dengan memastikan semua pegawai yang dihantar dapat mempamerkan kualiti kerja yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat, JPA sentiasa mengkaji serta melakukan usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pegawai-pegawai yang ditempatkan di daerah-daerah adalah terdiri daripada mereka yang telah dipilih yang mempunyai karakter, sikap dan pengalaman yang bersesuaian.

Sebagai tambahan, latihan secara berterusan juga sentiasa dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran, kualiti dan persediaan bagi pegawai-pegawai menghadapi situasi dan cabaran di peringkat daerah.

Yang Berhormat Dato’ Gooi Hoe Hin dan Tuan Lee Chee Keong membangkitkan tentang pembahagian biasiswa JPA dan mencadangkan agar ia lebih telus serta bilangan senarai yang berjaya disiarkan secara terbuka.

� 1600

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 53

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kriteria-kriteria pemilihan yang

digunakan dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa luar negara adalah jelas dan tidak banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar utama negara serta menerusi laman web JPA. Kriteria-kriteria pemilihan adalah seperti pencapaian akademik 70%, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum 10%, prestasi temu duga 10% dan latar belakang sosio ekonomi keluarga 10%.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang mendapat markah yang tinggi bagi semua kriteria yang ditetapkan berjaya ditawarkan biasiswa. Latar belakang pelajar juga diambil kira bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapat didikan yang lebih baik. Buat masa ini JPA tidak bercadang untuk menyiarkan senarai nama pelajar yang menerima biasiswa secara terbuka untuk tatapan umum. Selain daripada itu, 2,000 biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara selain daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, kerajaan juga memperuntukkan 10,000 biasiswa di bawah program ijazah dalam negeri untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah di universiti-universiti tempatan.

Sebagai tambahan, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk menambahkan lagi bilangan penajaan kepada semua pelajar cemerlang yang memenuhi syarat keputusan SPM tahun 2007 iaitu 9A dan ke atas tanpa mengira latar belakang dan kaum. Yang Berhormat Dato' Lee Sing Chooi ingin mengetahui adakah kerajaan telah menubuhkan satu sistem pemantauan atau audit dalaman agar penyelewengan seperti laporan Ketua Audit Negara tidak berulang. Untuk makluman Yang Berhormat, Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9/2004 bertajuk Pelaksanaan Audit Dalaman di Kementerian, Jabatan Persekutuan dan kerajaan negeri berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2004. Pekeliling tersebut adalah sebagai penambahbaikan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/1979 iaitu Pelaksanaan Audit Dalaman di agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 15 Oktober 1979.

Selaras dengan pekeliling tersebut, semua kementerian, jabatan persekutuan dan kerajaan negeri diwajibkan menubuhkan audit dalaman masing-masing. Segala objektif, bidang tugas, struktur organisasi dan tanggungjawab ketua audit dalam diterangkan secara terperinci dalam pekeliling tersebut iaitu unit audit dalam bertanggungjawab untuk mempertingkatkan pelaksanaan proses tadbir urus tahap pengurusan kewangan dan akauntabiliti bagi pentadbiran awam. Perbendaharaan Malaysia ialah agensi pusat yang bertanggungjawab bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan audit dalam di kementerian dan jabatan persekutuan dan di jabatan-jabatan dan pejabat-pejabat setiausaha kerajaan negeri khususnya dalam perkara-perkara seperti mengeluarkan arahan, dasar umum, menyediakan garis panduan, pengauditan, memberi nasihat dan bimbingan berkaitan dengan pelaksanaan audit dalam dan menilai semua perkara yang berkaitan dengan audit. Mengikut rekod Perbendaharaan Malaysia, setakat ini terdapat 45 unit audit dalam yang telah ditubuhkan. Yang Berhormat Puan Siw Chun a/p Eam.

Dato' Lee Sing Chooi: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan audit dalam. Yang pekeliling itu berkuat kuasa tahun 2004 yang diberitahu tadi tetapi, kelakuan dan juga penyelewengan yang dilaporkan di laporan Ketua Audit Negara itu lepas selepas 2004. Maknanya, pekeliling 2004 itu tidak dapat menyekat apa yang ditujukan itu. Ini bermakna penguat kuasaan atau audit dalaman itu tidak efektif. Apa pandangan Yang Berhormat.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah benda-benda ini perkara biasa yang berlaku dalam pentadbiran awam kerana apa-apa juga pekeliling yang kita buat, mesti ada pegawai-pegawai yang tidak mengikutinya. Walau bagaimanapun mereka-mereka yang terlibat telah kita ambil tindakan dan siasatan sedang dijalankan kepada mereka-mereka yang telah terlibat baru-baru ini.

Yang Berhormat Puan Siw Chun a/p Eam ingin mengetahui berapa negeri yang terlibat dengan melaksanakan Program Permata. Jumlah kanak-kanak yang terlibat mengikut program umum yuran Permata dan sama ada bercadang mengikut jejak Program Smart Reader Kids. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan pada 21 Jun 1906 telah meluluskan pelaksanaan Program Permata secara projek perintis bagi tempoh dua tahun. Program Permata adalah bertujuan menawarkan

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

54 DR.3.6.2008

pendekatan alternatif dan dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah lima tahun.

Bagi tujuan ini, 15 pusat Anak-anak Permata Negara dirancang untuk ditubuhkan iaitu sebuah APPN di setiap negeri. Sehingga kini sebanyak 13 buah APPN telah beroperasi. Sebuah akan beroperasi di Perak pada Jun tahun ini dan sebuah lagi akan dibuat di Kedah dan dalam proses penubuhan. Sehingga kini, seramai 347 kanak-kanak telah mengikuti program ini iaitu 324 kanak-kanak kaum Melayu, 3 kaum Cina dan 20 kanak-kanak daripada pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Sepanjang tempoh perintis ini, tiada sebarang yuran dikenakan dan kepada ibu bapa yang mengikuti program ini. Walau bagaimanapun ia masih di peringkat awal dan banyak lagi perubahan dan juga cadangan akan dilaksanakan.

Tadi saya ingin menarik perhatian balik berkenaan dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Senator Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi berkenaan dengan perception index dan transparency international. Antara indeks yang boleh digunakan ialah corruption perception index pada tahun 2007, indeks CIP kita telah meningkat daripada tangga ke-43 dari 183 negara berbanding dengan kedudukan ke-44 daripada 163 negara pada tahun 2006. Skop peningkatan daripada 5% pada tahun 2006 kepada 5.1% pada 2007. Tuan-tuan...

Dato' Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh minta penjelasan. Berkenaan indeks persepsi, indeks integriti, index corruption ini, IIM juga telah memberitahu melalui JPM Dewan ini, IIM akan bentukkan satu indeks integriti untuk Malaysia saja. Ini sudah berusaha beberapa tahun dah. Saya nak tahu apakah status indeks integriti Malaysia yang akan dibentuk itu. Adakah sudah siap atau tidak. Atau sudah dipakai?

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat.

Puan GK Loga Chitra: Memohon laluan Yang Berhormat.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Satu lagi Yang Berhormat.

■1610

Puan GK Loga Chitra: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan isu rasuah. Elemen yang mustahak sekali dalam rasuah adalah ‘when there is a giver there is a taker’, dengan izin. Dalam erti kata yang lain, kalau ada pihak yang memberi, ada pihak yang akan menerima. Selain daripada memfokuskan dalaman dengan agensi-agensi kerajaan, anggota sektor awam, sektor swasta, tidakkah kementerian mempunyai apa-apa kempen, aktiviti-aktiviti ataupun program-program kesedaran yang melibatkan rakyat bahawa gejala rasuah ini melibatkan kedua-dua pihak? Terima kasih.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi sebenarnya rasuah ini kita telah menggunakan pelbagai pendekatan dan kempen yang kita laksanakan. Dalam polis dulu saya tolak rasuah dan sebagainya. Slogan yang dibuat oleh pihak polis dan banyak lagi cara-cara dan juga penerangan oleh Majlis Penerangan yang dibuat oleh pihak BPR sendiri kepada pihak NGO dan sebagainya.

Kursus-kursus sentiasa diadakan, namun demikian masih lagi kita menerima aduan-aduan yang rasa boleh kita perbaiki supaya penerangan-penerangan ini boleh dibuat dengan lebih berkesan, iaitu khasnya kepada masyarakat umumlah.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan segala perkara yang telah dibangkitkan akan kita beri perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi sekarang tiba giliran untuk saya menjemput seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai perkara-perkara yang diberi kepadanya, iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 55

4.12 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara berkaitan agama Islam. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak dua orang Ahli Yang Berhormat telah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan agama, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan telah membincangkan tiga perkara berkaitan dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid di Wilayah, sekolah agama rakyat dan juga kekurangan tanah kubur.

Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid agar Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik daripada kalangan kariah tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah-kaedah Jawatankuasa Qariah Wilayah Persekutuan tahun 1987, memperuntukkan dua cara dalam melantik jawatankuasa sesuatu masjid atau taman qariah tempatan, iaitu sama ada secara lantikan atau pemilihan melalui mesyuarat agung. Jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan empat orang ahli hendaklah dibuat secara lantikan. Manakala tiga ahli yang lain dipilih dalam mesyuarat agung. Walau bagaimanapun, jika pengurusan sesuatu masjid menghadapi masalah, maka majlis berkuasa melantik jawatankuasa masjid secara keseluruhan.

Begitu juga Yang Berhormat mencadangkan supaya sekolah agama ditambah di Wilayah Persekutuan untuk memastikan kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 85 buah Sekolah Rendah Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan 73 buah di Kuala Lumpur, sebuah di Putrajaya dan 11 buah di Labuan. JAWI sentiasa peka dengan keperluan pertambahan sekolah rendah agama di kawasan-kawasan yang padat penduduk. Sehubungan dengan itu dalam RMKe-9, separuh penggal kedua, sebanyak 12 buah SRA JAWI telah disenaraikan untuk tujuan dinaikkan taraf bangunannya, bagi menampung keperluan pertambahan murid yang kian meningkat.

JAWI juga sering mengadakan perbincangan bersama agensi-agensi lain, seperti pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan disediakan tapak yang khusus bagi pembinaan institusi pendidikan di setiap penempatan penduduk, seperti di taman-taman perumahan yang baru dibuka dan taman-taman yang sedia ada. Walau bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan setakat ini kita mempunyai sebuah Sekolah Menengah Agama yang ditadbir oleh MAWIP yang baru ditubuhkan dan beroperasi pada Januari 2007.

Begitu juga, Yang Berhormat membangkitkan masalah kekurangan tanah kubur yang didakwa telah dibangkitkan beberapa kali. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 33 tanah perkuburan di Wilayah Persekutuan dengan keluasan 279.872 ekar dan dari kajian yang dijalankan oleh JAWI dan agensi lain yang terlibat, keluasan tersebut masih boleh menampung keperluan umat Islam di Kuala Lumpur untuk tempoh 10 tahun yang akan datang. Tambahan lagi di tanah perkuburan Karak yang berkeluasan 70 ekar masih dapat menampung sehingga tahun 2040.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mempersoalkan kenapa kadar perceraian di Wilayah Persekutuan begitu tinggi, iaitu 1/3 perkahwinan akan diakhiri dengan penceraian. Untuk makluman Yang Berhormat, adalah benar kadar penceraian tinggi di Wilayah Persekutuan. Ini adalah kerana kes penceraian adalah daripada pasangan yang berpindah daripada negeri asal mereka atau berhijrah ke Kuala Lumpur yang kemudiannya bercerai di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin di tempat lain dan bercerai di Kuala Lumpur. Keadaan penghijrahan pasangan ini berlaku kerana ramai yang sebenarnya mencari rezeki dan pekerjaan di Kuala Lumpur.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

56 DR.3.6.2008

Begitu juga Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mencadangkan agar institusi...

Tuan Yang di-Pertua: Bila sampai ke Kuala Lumpur tak tahan cabaran... [Ketawa]

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Boleh jadi Tuan Yang di-Pertua. Mencadangkan agar Institut Latihan Islam Malaysia dijadikan kolej agar dapat melahirkan imam yang berkualiti dan bertaraf tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha meningkatkan taraf ILIM satu kajian sedang dijalankan sebagai persediaan bagi menganjurkan kursus pengajian di peringkat diploma dan pensijilan. Kursus-kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengajian Islam dan Dakwah di peringkat diploma, dan Kursus Pengajian Kaunseling di peringkat pensijilan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu berkaitan agama Islam yang sempat dijawab, dan mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab akan dicatat dan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ya.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Saya dengar tadi mengenai kes-kes penceraian yang telah dibincangkan, bukan sahaja telah dijawab oleh timbalan menteri tadi. Cuma saya ingin tahu, agaknya bila Rang Undang-undang Keluarga Islam akan dibentangkan semula dalam Dewan seperti yang telah dibincangkan selama ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat sudi menjawabnya, apalah sudi kiranya Yang Berhormat menjawab... [Ketawa]

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Sebenarnya Yang Berhormat, rang undang-undang itu tersangkut di Dewan yang dibincangkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sendiri di sini, dan atas arahan daripada Kabinet, ianya akan dikaji dan diperhalusi semula sebelum kita dapat masukkan balik semula undang-undang tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sukacita seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan S. K. Devamany bagi menjawab dan menggulung perbahasan mengenai perkara-perkara yang dipertanggungjawabkan kepada beliau di bawah Jabatan Perdana Menteri.

4.18 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S. K. Devamany]: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri terpanggil untuk menjawab segala pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Lee Sing Chooi dan Yang Berhormat Senator Tuan Ir. Hiang A Li mencadangkan dikaji semula Rancangan Malaysia Kesembilan berdasarkan keperluan. Sebenarnya rakyat memandangkan kos bahan mentah, minyak dan makanan semakin meningkat serta menyenaraikan projek-projek yang dirancang untuk ditangguhkan atau dilaksanakan dengan penerangan terperinci.

Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi JPM sedang menyediakan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, dan ia dijangka dibentang di Dewan yang mulia ini pada 26 Jun 2008 di Dewan Rakyat, manakala di Dewan Negara pula pada 16 Julai 2008. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini telah mengambil kira isu-isu yang dibangkitkan.

■1620

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 57

Terutama kenaikan harga komoditi minyak dan bahan makanan serta kesan penyederhanaan ekonomi Amerika Syarikat dan dunia ke atas ekonomi Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sedang meneliti kesemua projek-projek di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9 dengan memberi tumpuan khusus kepada projek-projek yang bersifat mesra rakyat dengan izin, people centred dan pada masa sama menjana pertumbuhan ekonomi.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat, Eropah melalui kajian IMF mengatakan bahawa krisis global ini mewujudkan sub prime di mana negara-negara seperti kita, yang sedang membangun terkena tempias akibat daripada tekanan ekonomi di sana, kerana banyak pelaburan yang di buat di sebelah sini digunakan keuntungannya untuk meredakan keadaan ekonomi di negara asal mereka. Maka impak terhadap negara-negara membangun semakin mendadak tetapi, sayugia diingatkan bahawa nilai mata wang kita masih stabil. Dasar fiskal kita cukup berhemah dan ini dapat menahan ataupun menerima pukulan-pukulan sebegini dan seterusnya imbangan pembayaran kita pun saya rasa adalah superfluous berlebihan.

Maka dari sudut itu, saya rasa kita juga dapat memperoleh manfaat daripada ekonomi negeri China dan India yang begitu global sekali. Dengan adanya kelebihan-kelebihan ini saya rasa kita masih bertahan dari segi pembangunan yang bakal akan kita sajikan di seluruh negara. Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua saya rasa projek-projek yang bakal kita lakukan akan memberi fokus kepada rakyat. Itulah menjadi induk kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ir. Hiang A Li juga menyentuh tentang peluang kepada syarikat dan pengusaha tempatan di koridor-koridor Pembangunan Wilayah. Untuk makluman Yang Berhormat koridor pertumbuhan merupakan satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang diperkenalkan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara yang seimbang. Dalam usaha melaksanakan pembangunan koridor-koridor pertumbuhan ini, kerajaan sememangnya telah mengambil kira penglibatan dan peluang kepada syarikat dan pengusaha tempatan serta usahawan industri kecil dan sederhana, IKS dalam pembangunan koridor-koridor berkenaan.

Peluang-peluang serta penyertaan yang sama rata bagi syarikat dan pengusaha tempatan serta usahawan IKS di semua koridor pertumbuhan tidak akan disekat malah terus diberi keutamaan supaya mereka juga akan menikmati peluang yang sama. Sebagai contoh kepada penekanan ini, pelan-pelan induk yang telah diwujudkan bagi setiap koridor telah mengambil kira penglibatan usahawan tempatan dan usahawan IKS misalnya seperti penyediaan Skim Mikro Kredit untuk membolehkan usahawan IKS terlibat dalam pembangunan di koridor-koridor ini.

Dalam usaha menggalakkan penglibatan usahawan IKS dalam pembangunan koridor diwujudkan satu kumpulan wang khas, yang dinamakan Bumiputera Commercial Industrial Community atau BCIC dan Small and Medium Enterprise, SME dengan izin, di Koridor Ekonomi Pantai Timur atau ECER untuk membiayai projek skim atau usahawan tempatan yang akan memberi manfaat kepada masyarakat IKS di ECER. Malah dalam pelan induk ECER di bawah salah satu sektor perangsang utama pembangunan ECER iaitu sektor pembuatan manufacturing, dengan izin, antara inisiatif utama yang digalakkan ialah pembangunan enterprise kecil dan sederhana, EKS. Di bawah pembangunan EKS di ECER ini pelbagai program khusus telah dicadangkan untuk membantu dan memajukan pengusaha-pengusaha EKS di ECER.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, juga telah mewujudkan satu pelan tindakan koridor untuk membantu dari segi dana untuk IKS dan EKS. Ada juga agensi-agensi melalui Kementerian-kementerian lain yang turut sedia untuk menjadi pemangkin kepada dan juga menjadi bahu kepada usaha kerajaan dalam konteks Pembangunan Koridor.

Yang Berhormat Dato’ Sri Empiang Jabu meminta kerajaan mengagihkan peruntukkan berjumlah RM300 juta bagi Projek Perindustrian Similajau Bintulu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak iaitu SCORE, secara sama rata. Sebagai salah satu usaha memastikan pembangunan yang dirancang lebih seimbang antara semua wilayah dan negeri, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Koridor Pembangunan termasuk

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

58 DR.3.6.2008

SCORE sebagai salah satu daripada pendekatan baru bagi menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan negara.

Di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-9, Projek Pembangunan Estet Perindustrian Similajau Bintulu adalah merupakan projek yang dijalankan di bawah SCORE. Projek berkenaan telah pun diperakukan. Untuk maklumat Yang Berhormat di bawah pembangunan RMK-9 dan peruntukan yang dicadangkan akan dipertimbangkan dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9. Dalam hal ini Estet Perindustrian Similajau Bintulu dijangkakan dapat menarik pelaburan swasta berjumlah RM6 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga diamanahkan untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pembangunan halal hab. Iaitu Halal Development Corporation yang juga melakukan perkara-perkara yang melibatkan JAKIM yang lebih arifnya adalah Yang Berhormat yang duduk di depan saya tetapi walau bagaimanapun oleh kerana untuk makluman para Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin ingin mengetahui tentang pemilikan syarikat-syarikat dalam projek Halal Development Corporation. Halal master plan telah diamanahkan di bawah EPU ataupun Unit Perancangan Ekonomi dan akan diperbadankan tahun ini dan ingin saya mengingatkan bahawa pasaran global untuk produk-produk halal ini adalah USD 2.77 trilion.

Baru-baru ini kita mengadakan MIHAS Malaysian International Halal Show Case di mana selama dua hari. 64 negara telah melibatkan diri dan juga sebanyak 508 syarikat telah mengambil bahagian dan kalau kita lihat nilai jualan RM2.08 bilion. Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh katakan 2007, negara telah mendapat pendapatan sebanyak RM35 bilion daripada jualan barang-barangan halal. Maka ini menunjukkan bahawa ini merupakan satu sektor yang begitu penting untuk diterokai kerana bukan sahaja barang-barang halal ini untuk orang-orang Islam tetapi juga digemari oleh golongan-golongan yang bukan beragama Islam kerana konsep suci, kualiti dan selamat yang digunakan dan Malaysia menggunakan konsep halal Malaysia for everyone, dengan izin. So Halal Malaysia for everyone itulah slogan yang kita gunakan.

Maka untuk jawapan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin, permohonan untuk pensijilan halal adalah terbuka kepada semua syarikat yang berminat untuk menggunakan logo halal Malaysia misalnya syarikat Colgate Palmolive yang beroperasi di Thailand telah memilih untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia bagi produknya. Ini menunjukkan bahawa syarikat bertaraf antarabangsa menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap logo tersebut untuk meningkatkan imej serta pulangan kepada syarikat kerana pada tahun 2004 Malaysia telah pun meletakkan Malaysia standard piawaian Malaysia 1500.

Mekanisme pemilihan iaitu melalui pemeriksaan dan penilaian yang dilakukan mengikut piawaian yang saya katakan tadi merangkumi aspek-aspek syariah meliputi bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pelabelan, pengedaran, penyimpanan, pameran dan keselamatan produk.

Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jin Shamsudin ingin mengetahui bilangan syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang terlibat dalam industri halal di Malaysia dan apakah mekanisme yang digunakan untuk memantau operasi dan produk yang dikeluarkan agar benar-benar menepati konsep halal mengikut syariah. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Mei 2008 sebanyak 3,226 permohonan telah mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Daripada jumlah ini sebanyak 669 permohonan merupakan syarikat milik bumiputera dan 2,557 adalah bukan bumiputera.

■1630

Dari aspek pemantauan, JAKIM menjalankan audit pemantauan setahun sekali ke atas premis yang telah memperoleh Sijil Halal, di samping membuat pemeriksaan secara berkala dan berdasarkan aduan yang diterima. Sekiranya didapati pemegang sijil melanggar syarat pensijilan halal, tindakan akan dikenakan dengan menggantung sijil tersebut untuk tempoh tertentu sehingga tindakan pembetulan diambil.

Bagi produk dari luar negeri pula, aspek pemantauan akan dilaksanakan dengan bantuan 44 badan Islam, di 22 buah negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Yang Berhormat Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mencadangkan supaya kajian dibuat untuk

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 59

mengetahui jumlah sebenar hotel-hotel yang mempunyai Sijil Halal bagi memastikan hotel mempunyai sijil yang sah tanpa meragukan orang ramai.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 16 buah hotel yang mempunyai Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM berbanding 1,606 hotel berdaftar di seluruh Malaysia. Bilangan ini tidak termasuk hotel yang memiliki Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Pada masa ini JAKIM sedang memproses 97 permohonan pensijilan halal. Maklumat prosedur persijilan ini secara lebih mendalam dimudahcarakan oleh JAKIM melalui laman web halal JAKIM www.halaljakim.gov.my. Yang Berhormat Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor memohon supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk memantau penyediaan makanan halal di hotel-hotel, dan memberi kursus kepada tukang-tukang masak dari luar negara yang bekerja di hotel-hotel Malaysia mengenai penyediaan makanan halal.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini JAKIM sebagai jabatan yang bertanggungjawab terhadap halal agama Islam mempunyai segala mekanisme dan kepakaran untuk memastikan bahawa tugas ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Maka, beberapa akta telah diambil kira dalam proses itu. Maka Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985, Animal Rules Ordinance 1962, Custom Act 1962, Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan diambil kira.

Pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis-premis dijalankan dengan mekanisme dan juga prosedur-prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Berhubung dengan ini JAKIM juga memberi kursus kepada tukang-tukang masak di hotel-hotel berkenaan. Itulah beberapa, tetapi maklumat tambahan boleh didapati daripada laman web yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama dalam perbahasan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi pihak Dewan Negara menghargai kehadiran Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin hendaklah dipersetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan,

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Keduabelas.”

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

60 DR.3.6.2008

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007)2008

Bacaan Kali Yang Kedua

4.34 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2007 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu” dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Boleh teruskan dengan huraian.

Dato’ Kong Cho Ha: Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus kedua tahun 2007 ini dibentangkan menurut perkara 100 dan 101, Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2007 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan kedua 2007 yang dibentangkan adalah berjumlah RM18,016 juta iaitu sebanyak RM470.8 juta adalah tambahan perbelanjaan tanggungan, dan sebanyak RM17,545.2 juta adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan dan sebanyak RM207.8 juta daripada jumlah tersebut telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka.

Bagi perbelanjaan tanggungan, tambahan terbesar adalah sebanyak RM205.8 juta untuk Maksud B.14 pencen, allowance, bersara dan ganjaran bagi membiayai bayaran faedah pesara kepada para pesara. Lain-lain tambahan perbelanjaan tanggungan adalah untuk Maksud B.12 Perbendaharaan sebanyak RM176.4 juta Maksud B.13 perbelanjaan kerana hutang negara sebanyak RM88 juta. Maksud B.9 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebanyak RM0.7 juta dan untuk Maksud B.8 Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan sebanyak RM1,750.

Anggaran tambahan perbelanjaan bekalan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 2 rang undang-undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM17,545.2 juta iaitu sebanyak RM16,801.1 juta adalah pindaan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2007 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini di caj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah Maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Sebanyak RM744.1 juta adalah bagi menampung tambahan perbelanjaan bekalan bagi kementerian-kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar tambahan perbelanjaan bekalan yang diperlukan oleh kementerian-kementerian iaitu sebanyak RM574.4 juta adalah bagi menampung pertambahan bayaran emolumen. Kementerian yang terlibat adalah Kementerian Kesihatan sebanyak RM200 juta, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM175.2 juta, Kementerian Pertahanan sebanyak RM157.1 juta, Kementerian Luar Negeri sebanyak RM27.7 juta. Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM7.6 juta dan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM6.7 juta.

Lain-lain tambahan perbelanjaan bekalan yang diperlukan oleh kementerian-kementerian adalah seperti berikut:

(i) sebanyak RM69.7 juta untuk Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya bagi menampung penambahan perbelanjaan berikutan perubahan kadar penyelenggaraan jalan Persekutuan di Semenanjung.

Pembaikan jalan Persekutuan dan jambatan akibat banjir pada tahun 2006, serta pembiayaan bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur.

� 1640

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 61

Sebanyak RM52.4 juta untuk Maksud B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam dan

sebanyak RM26.5 juta digunakan bagi menampung penambahan tuntutan rawatan perubatan pesara perkhidmatan awam Malaysia. Sebanyak RM22.3 juta untuk menampung kadar kenaikan biasiswa dan pertambahan bilangan biasiswa serta sebanyak RM3.6 juta bagi bayaran untuk memantapkan pelaksanaan kursus diploma pengurusan awam.

Sebanyak RM18.4 juta untuk Maksud B.13 – Kementerian Luar Negeri di mana RM11.2 juta adalah bagi menampung kenaikan sewa canselori kediaman rasmi ketua perwakilan dan kediaman home-based staff di luar negeri. Sebanyak RM5.2 juta untuk menampung sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa. Sebanyak RM1.1 juta bagi menampung kenaikan komisen bank, value added tax dan insurans kenderaan di pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri. Serta sebanyak RM867 ribu adalah untuk menampung pembayaran bekalan pejabat, bahan mentah, penyelenggaraan kenderaan, sewaan kediaman, home-based staff serta bayaran utiliti dan perhubungan di Malawakil London dan Malawakil Medan.

Sebanyak RM10 juta untuk Maksud B.31 – Kementerian Pelancongan bagi menampung perbelanjaan operasi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Sebanyak RM9 juta untuk Maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun bagi menampung perbelanjaan menganjurkan Le Tour de-Langkawi dan kejohanan bola sepak CYC.

Sebanyak RM7 juta untuk Maksud B.25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menampung pembiayaan perkhidmatan Nanotag marker ke atas diesel subsidi. Sebanyak RM1.6 juta untuk Maksud B.1 – Parlimen untuk menampung perbelanjaan bagi mengadakan Asian Inter-Parliamentary Assembly ke-28 yang diadakan pada Ogos 2007.

Sebanyak RM1.6 juta untuk Maksud B.44 – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi menampung pelaksanaan program pengajian peringkat ijazah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Sebanyak RM100 ribu untuk Maksud B.21 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menampung kos sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di Terengganu.

Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2007 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4, tahun 2008 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A, Tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Maznah Mazlan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2007 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

4.45 ptg.

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan dan peluang yang diberikan sekali lagi bagi saya memberi pandangan serta pendapat setiap kali rang undang-undang seumpama ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Dalam membahaskan rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang kedua, saya memang berpandukan kepada apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi. Penelitian yang saya cuba buat serta menganalisis seperti terkandung dalam Kertas Perintah 44A, 55A dan 6, serta Kertas Statut 52, tahun 2008.

Saya juga tadi buka telinga saya sepuas-puasnya agar saya dapat memahami tujuan dan objektif perbelanjaan tambahan peruntukan yang diperlukan. Selepas mendengar apa yang dibentangkan, saya tidak dapat elakkan diri, membahaskan kembali apa yang pernah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Perkara ini pernah saya bangkitkan semasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang lalu

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

62 DR.3.6.2008

membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Kedua 2006 pada 17 Mei 2007 tahun yang lepas di Dewan yang mulia ini serta Perbekalan Tambahan pertama 2007 tahun yang lepas juga pada 10 Disember 2007.

Mungkin apabila dibangkitkan sekali lagi nanti akan terjadi-jadi seperti memainkan rekod lama atau nyanyi lagu yang lama seperti lagu P. Ramlee. Rekod lama tetapi, lagu lama sedap didengar dan cukup bermakna. Jangan sekali-kali silap faham atau salah faham apa-apa yang hendak saya berulang kali sentuh adalah semata-mata suka menyoal hal ini. Akan tetapi sebenarnya saya hanya bertujuan untuk mendapat penjelasan dan memahami yang lebih mendalam agar Dewan yang mulia ini dimaklumkan dengan sewajarnya.

Saya teringat-ingat bagaimana kita Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini berbahas tentang perlunya kita dalam pengurusan perancangan anggaran belanjawan harus berpegang teguh dengan prinsip-prinsip menepati sasaran, tujuan dan objektif belanjawan atau perbelanjaan yang diperuntukkan. Serta khususnya kita harus agar dengan sedaya upayanya tidak terlalu lari dari peruntukan asalnya. Jika keadaan yang di luar dugaan, kita memang boleh terima tetapi tidak seharusnya terkeluar sehingga 29% atau 25 %, memadai lebih kurang 10% boleh dianggap baik dan sempurna juga.

Prinsip ini saya juga teringat diterima baik di Dewan yang mulia ini. Saya tidak akan menyoal perbelanjaan pembangunan kerana saya memahami bahawa kerajaan kini merupakan kerajaan yang cukup bertanggungjawab dan prihatin. Begitu juga sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Di samping itu terdapat juga berbagai-bagai kawasan dan golongan yang masih memerlukan banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan asas.

■1650

Saya juga akur pada kehendak rakyat dan sebagai kerajaan yang cukup bertanggungjawab, tentunya peruntukan ini diperlukan dan ditambah dari semasa ke semasa mengikut jangkaan hasil dan keupayaan berbelanja tanpa menjejaskan defisit yang ditetapkan iaitu 3.2% bagi tahun 2007 dan 3.1% 2008 seperti yang diterangkan Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua pada 29 Mei 2008 di Dewan yang mulia ini semasa menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku.

Oleh itu, seperti mana yang dibentangkan dalam kertas perintah empat tahun 2008, muka surat lima adalah didapati perbelanjaan Perbekalan Tambahan bagi tahun 2007 iaitu pertama dan kedua saya campur sudah berjumlah RM27,331,919,310 berbanding dengan anggaran perbelanjaan perbekalan 2007 yang diluluskan iaitu RM91,255,189. Ini bermakna pertambahan sebanyak ikut kertas yang ada 29.59% atau lebih kurang 30% suatu pertambahan 1/3 atas kertas.

Terlintaslah ingatan saya lagi apabila perkara sedemikian diajukan dahulu. Keterangan diberikan iaitu angka sebenarnya bukan sedemikian. Oleh itu ingin saya sekali lagi bertanya, adakah kali ini angka yang ditunjukkan itu sedemikian atau yang diterangkan tadi terdapat pemindahan lebih kurang RM18,000 juta dari simpanan. Jadi saya kembali kepada apa yang dinyatakan izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya baca yang dihujah oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2006 pada 17 Mei 2007.

Saya petik, “Saya rasa sebagai satu pendekatan yang menyeluruh sebagai satu peringatan saya rasa kita boleh terima peringatan ini bahawa dalam kita menentukan belanjawan tahunan kita cubalah sedaya supaya perangkaan belanjawan ini tidak dibuat semata-mata untuk menyenangkan mana kala peruntukan-peruntukan tambahan yang akan diminta pula sehingga dinyatakan variannya terlalu besar. Jadi sebagai peringatan umum saya rasa kita dan kerajaan akan terima dan akan buat sebaik mungkin tetapi sebagai memperinci dan mengkhususkan sedikit perbincangan kita pada petang ini.”

Jadi atas prinsip ini, saya cuba mengupas bahawa adakah Perbelanjaan Tambahan 2007 pertama dan kedua itu lari daripada prinsip supaya tidak lebih daripada 10%. Saya terpaksa rujuk kembali kepada Kertas Statut 46, tahun 2008 yang terbentang di Dewan yang mulia ini iaitu laporan tahunan 2007 merupakan laporan tahunan Bank Negara Malaysia.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 63

Saya rujuk kepada muka surat sembilan, kerana hendak memetik supaya

kemusykilan itu dijawab oleh Kementerian Kewangan. Kewangan Kerajaan Persekutuan, hasil 2007 - RM139.9 ribu juta. Saya rujuk semula kepada kertas statut, Kertas Perintah 43 tahun 2007 semasa Belanjawan 2008 dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada tahun 2008. Muka surat enam sebab saya hendak bezakan hasil kutipan kerajaan. Anggaran yang disemak iaitu kini 2007 adalah RM141,790,000,000. Bermakna hasil telah meningkat pada 2007. Adakah angka yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini jika saya bandingkan tidak lari daripada prinsip 10% dan defisit yang disasarkan oleh kerajaan supaya tidak lebih daripada 3.2% KDNK kerana terdapat di laporan ini KDNK bagi 2007 adalah RM504.4 juta tepat. Bermakna masih 3.2% defisit.

Apa yang saya hendak daripada Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan supaya untuk mengelakkan kemusykilan agar Dewan yang mulia ini lebih memahami kalau kita baca, kita hitung tentu lari bermakna 30%. Namun sebenarnya kita rujuk kembali semua angka-angka yang ada tertera di Dewan yang mulia ini tidak sampai 10%.

Tujuan dan maksud saya untuk menarik perhatian Kementerian Kewangan untuk kesenangan Yang Berhormat yang lain di Dewan yang mulia ini. Mungkin cara untuk membentangkan seperti yang selalu saya katakan, dulu lain, kini lain. Kita haruslah membuat pembaharuan cara kita membentangkan perbekalan tambahan supaya lain kali tidak timbulnya kemusykilan mungkin tertera di sini anggaran hasil yang sebenar.

� 1700

Apa yang dianggarkan terdahulu mungkin kita ada asas bahawa kemungkinan harga minyak sawit hanya RM3,000 setan atau minyak mentah setong USD100. Ini adalah cadangan, mungkin cara ini harus diperbaiki supaya kita elakkan segala salah faham bahawa datang ke Dewan yang mulia ini, minta wang yang begitu banyak dan belanja lebih daripada yang dianggarkan, tetapi saya baca dan baca tidaklah sedemikian. Syabas kepada Kementerian Kewangan kerana dapat mengawal perbelanjaan yang mengikut sasaran dan tujuan objektifnya... [Tepuk]

Saya berbalik kepada yang khususnya memandangkan apa yang diminta oleh Kementerian Kesihatan begitu banyak. Kalau lihat Kertas Perintah 4A, tahun 2008, peruntukan yang diminta kali pertama ialah sebanyak RM1.231 juta. Tambahan yang kedua ialah sebanyak RM200 juta. Kita semua sedia maklum bahawa semua yang ada di Dewan yang mulia ini hendak sihat walaafiat tetapi kita manusia, kita akan sakit. Apabila sakit kita pergi ke mana? Kita bukan pergi ke hospital tetapi, pergi klinik dahulu. Kalau klinik sudah tidak boleh rawat kita pergi ke hospital. Kalau hospital tidak boleh rawat, matilah!

Tuan Yang di-Pertua: Kita masuk kubur!

Dato’ Gooi Hoe Hin: Kita masuk kubur. Syabas kepada Menteri Kesihatan yang baru. Kita terima surat yang begitu baik, yang menggariskan dan memberi maklumat yang begitu merangkumi. Namun saya selalu tertanya-tanya, adakah Kementerian Kesihatan kini mengalami satu masalah struktur. Masalah struktur bermakna seperti yang dimaklumkan kini jawatan pegawai perubatan sehingga 15 Mei 2008 ialah seramai 22,616, yang telah diisi seramai 11,694 orang. Ternyata dengan angka itu sebanyak 51% tidak boleh diisi.

Hospital dan klinik dibina dengan begitu cantik dan molek tetapi kalau masuk ke kampung-kampung tidak ada doktor, pembantu perubatan yang menjadi doktor. Di situ semua orang hendak menjadi doktor. Itulah masalah struktur yang saya nyatakan.

Kini terdapat dasar baru kerana houseman sekarang menjadi dua tahun dan compulsary service tiga tahun. Selepas itu semuanya cepat-cepat lari ke pihak swasta. Hingga ke tahun 2040 pun masalah kekurangan doktor tidak dapat diselesaikan. Setakat yang saya tahu di Sabah dan Sarawak perkhidmatan kesihatan sudah lumpuh. Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan? Kekosongan jawatan jururawat lebih kurang sebanyak 20% tidak diisi. Ini adalah satu perkara serius dan satu fenomena di seluruh dunia. Kalau saya belajar bidang kedoktoran takkan saya pergi ke kampung. Bagaimana kita hendak selesaikan masalah sedemikian?

Dato' Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam: [Bangun]

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

64 DR.3.6.2008

Dato’ Gooi Hoe Hin: Doktor hendak minta. Boleh? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat pengamal perubatan?

Dato' Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam: Saya hendak minta pandangan sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Gooi tentang kekurangan doktor di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Saya rasa tidak cukup insentif bagi doktor-doktor muda iaitu houseman, pegawai-pegawai perubatan kerajaan yang biasa yang ada ijazah asas ataupun basic degree mengekalkan perkhidmatan mereka di kementerian kesihatan oleh kerana tidak cukup insentif. Apa kata Yang Berhormat jika kerajaan menggalakkan dan memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran bagi kursus-kursus lepasan ijazah ataupun post graduate medical degree.

Saya percaya masalah ini disebabkan tidak cukup insentif dan kemudahan-kemudahan untuk belajar dalam bidang-bidang yang mereka suka. Jika kerajaan boleh memberi peluang seperti ini saya percaya mereka akan kekal dalam perkhidmatan kerajaan di Kementerian Kesihatan. Tidak salah kalau tidak beri syarat-syarat yang dikatakan mereka boleh bekerja untuk tempoh yang tertentu dengan kerajaan, barangkali dalam tempoh lima atau sepuluh tahun lagi dengan gaji yang lumayan. Apa pandangan Yang Berhormat Dato’ Gooi?

Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat. Wang sahaja tidak akan menyelesaikan segala-galanya. Bagi doktor mereka berfikiran lain. Katakan, doktor pelatih (atau houseman), kalau dulu seorang pegawai PTD belajar cuma tiga tahun sahaja tidak payah masuk diploma pengurusan awam terus masuk gajinya RM750. Bagi doktor pula mereka belajar lima tahun, masuk hospital atau kerja di hospitallah, bukan masuk hospital, gaji mereka juga RM750. Doktor itu kata, “Apa ini, saya tiap-tiap hari kerja sampai setengah mati. Bila masuk kerja gajinya sama”.

Kementerian Kesihatan kini, syukur alhamdulillahlah... [Ketawa] sudah tukar. Gaji UG 41 tidak setanding dengan PTD lagi. Selepas dua tahun ia terus kepada UG 44. Ini bermakna purata dia akan dapat RM5,000 - RM6,000 tetapi masih kekurangan. Doktor bekerja tidak boleh mati pun sampai setengah mati. Ini bermakna kalau kita memandu bas yang baru-baru ini telah ditetapkan bahawa memandu lapan jam, tetapi doktor bekerja kadangkala satu hari hingga 24 jam dan terpaksa pula bekerja 28 jam dan ada kalanya sampai 32 jam tanpa tidur! Kalau saya tengok doktor yang tidak tidur 32 jam, hendak rawat saya, saya lari laju-laju dahulu. Sebab nanti dia tidak cukup tidur macam bawa bas, kaki kiri yang sakit, dia akan rawat kaki kanan... [Ketawa]

■1710

Sebab dia manusia, jadi tiba masanya Kementerian Kesihatan selain daripada melihat sahaja upah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. S. Vijayaratnam yang kini tertera di kertas Perintah Am ini. Semuanya untuk emolumen, naik gaji, naik gaji, tetapi yang lebih penting sektor kesihatan ini kebajikannya. Tempat kerja di hospital mesti ada satu bilik yang lebih baik, setiap hari you tengok orang sakit, you keluar pun jadi sakit. Jadi ada satu tempat yang lebih baik untuk mereka rehat.

Sistem perkhidmatan kebajikan doktor itu mesti satu pegawai khas kata PTD, semua hospital mesti ada seorang PTD untuk jaga perkhidmatan dia. Namun, biasanya hendak minta pinjaman rumah, borang tidak ada, hendak minta pinjaman kereta semua tidak ada. Jadi dia rasa seolah-olah terpinggir; doktor dan jururawat juga yang menjadi dua komponen utama. Selepas itu kebajikan dijaga, dengan izin job satisfaction yang Kementerian Kesihatan harus memberi tumpuan, bukan sahaja saya hantar you master hantar you subspecialist cerita habis. Kementerian Kesihatan harus memberi satu perancangan keseluruhan.

Penduduk kita kian usianya meningkat macam saya, sudah tua sedikit. Saya tengok dalam senarai perancangan mana dia directory care, tidak ada. Biasa you pergi tengok hospital, orang-orang tua ini dipinggirkan. Semuanya sekarang jantung, jantung, jantung, jantung. Semuanya harus diteliti, selalunya menteri baru datang, dia teliti selepas itu saya tidak tahu apa jadi. Jadi Kementerian Kesihatan harus menjadi sebuah kementerian yang cukup mustahak bagi saya. Kedua, saya hendak pinta daripada

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 65

Kementerian Kesihatan, kedudukan masa kini tentang kesihatan insurans. Masih kerajaan hendak amalkan atau tidak, ada itu sahaja saya hendak tanya...

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah di sini?

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan.

Dato' Gooi Hoe Hin: Sila.

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh: Yang Berhormat, pada satu ketika dahulu, semasa kita kekurangan doktor, dan beberapa spesialis lain, kita membawa ramai doktor dari luar negara, seperti dari jiran kita Burma, Indonesia, India dan beberapa lagi. Boleh tidak ini kita gunakan sebagai satu langkah jangka pendek dan jangka sederhana supaya sekurang-kurangnya kekurangan doktor ini dapat kita atasi sedikit sebanyak.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Gooi Hoe Hin: Terima kasih Profesor. Dahulunya memang saya faham juga bahawa doktor dari Myanmar, Pakistan, India tetapi sedikit sebanyak hanya akan meredakan keadaan.

Sebab kekosongan itu adalah lebih kurang 50%, mustahil hendak bawa semua doktor dari luar negeri untuk berkhidmat di sini. Saya balik kepada Butiran B.62, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga...

Tuan Rawisandran a/l Narayanan: Saya minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah habis menjawab Profesor tadi atau hendak beri laluan?

Dato' Gooi Hoe Hin: Sudah jawab habis Profesor.

Tuan Rawisandran a/l Narayanan: Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat mengenai kekurangan doktor di hospital kerajaan. Pada sekarang ini universiti tempatan kita mempunyai tempat yang terhad untuk memberi peluang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran ini. Kemudian, ramai pula pelajar yang layak pergi ke luar negara dengan menggunakan perbelanjaan ibu bapa mereka sendiri untuk mendapatkan ijazah ini. Apabila mereka balik, mereka berkhidmat di kerajaan untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Adakah benar Yang Berhormat, ini satu sebab di mana doktor-doktor ini apabila genap sahaja tempoh yang ditetapkan oleh kementerian mereka terpaksa pergi ke swasta untuk mendapatkan satu pendapatan yang lumayan.

Apakah pandangan Yang Berhormat, jika kerajaan mempunyai cadangan sekiranya seorang pelajar ini layak pergi ke luar negara atau mana-mana negara pun, ke universiti yang diiktiraf oleh kerajaan, dengan menggunakan belanja ini ditanggung oleh kerajaan. Apabila mereka ini mendapat biasiswa seperti ini akan balik ke tanah air kita mereka berkhidmat di hospital-hospital tempatan. Dia tidak pilih ke swasta.

Saya percaya mereka pergi ke swasta kerana mereka berbelanja wang yang begitu banyak. Jika dia berkhidmat di hospital kerajaan, dia hanya akan mendapat pendapatan yang terhad sahaja, jika dia khidmat di hospital swasta, saya percaya mereka akan mendapat lebih daripada apa yang mereka dapat daripada hospital kerajaan. Terima kasih.

Dato' Gooi Hoe Hin: Saya tidak ada angka yang sebenar, berapa ramai siswazah-siswazah tempatan sama ada dari IPTS atau IPTS di dalam atau di luar negara. Namun, hakikatnya mustahil mengisi kekosongan jawatan yang begitu banyak, satu.

Cadangan supaya, katakan seratus orang siswazah swasta atau persendirian dan semuanya ditaja oleh kerajaan, katakan semua balik khidmat tetapi, keadaan di hospital masih tidak mengizinkan seperti saya nyatakan, gaji mungkin sudah sedikit sebanyak, kebajikan tidak dijaga, job satisfaction tidak ada. Masalah ini masih akan berterusan. Kita tidak boleh bincang habis masalah ini, bagi kementerian untuk selesaikan.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

66 DR.3.6.2008

Saya rujuk kembali kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, lima minit

sahaja yang pinta RM175 juta. Daripada penelitian adalah untuk menampung kekurangan juga, Dewan yang mulia ini telah dimaklumkan bahawa 60,000 pegawai polis akan diambil. Kita dimaklumkan pertanyaan saya adalah sampai sekarang, kita selalu kata 60,000. Kita mesti set satu sasaran bahawa tahun ini berapa kita mesti ambil, sebab jenayah kian meningkat begitu mengizinkan. Jadi pertanyaan saya respons kepada orang hendak menjadi pegawai polis baik ke atau kurang baik.

■1720

Kalau respons itu kurang, sasaran kita 60,000 itu tidak akan tercapai. Ini adalah disebabkan untuk menjadi polis, bukan hari ini kita ambil, esok you jadi polis. Sekurang-kurangnya mesti melalui latihan. Jadi, dia ada time lag dengan izin, time lag. Jadi kita harus dengan izin, fast track. Fast track pengambilan kakitangan polis yang sekarang ini cukup kurang dan sama ada dalam pengambilan 60,000 disasarkan itu, kita juga menetapkan sasaran supaya pelbagai kaum diambil kerana jenayah itu juga ada compartmentalize. Kita jangan lihat dari segi perkauman kerana untuk meningkatkan PDRM itu, polis bukan dengan meningkatkan kaum lain, bukan. Saya lihat dari segi kalau saya pergi ke tempat kaum yang sesuatu kaum, saya boleh berbahasa dengan kaum itu. Saya boleh dapat maklumat yang lebih baik untuk kita membanteras jenayah.

Jadi kita mesti meletakkan juga dalam pengambilan 60,000 kepelbagaian kaum yang menunjukkan kekukuhan kita, kekukuhan bahawa kita tahu bahawa macam dulu PDRM hendak serang komunis, kita hantar siapa yang faham untuk serang komunis...

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Minta laluan. Yang Berhormat, minta laluan.

Dato' Gooi Hoe Hin: Sila.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Terima kasih. Saya tertarik dengan pendapat Yang Berhormat tentang mempelbagaikan kaum di dalam 60,000 orang yang hendak diambil sebagai anggota keselamatan tetapi, kalau kita lihat daripada jawapan-jawapan semasa soalan-soalan lisan, kita melihat bahawa pihak polis telah membuka begitu luas dari segi perkhidmatan ini supaya ianya dapat disertai oleh khususnya bangsa Cina dan juga bangsa India, tetapi nampak daripada jawapannya, ianya menunjukkan bahawa minat daripada kaum-kaum yang lain tidak begitu baik. Sambutan semasa temu duga juga tidak mendapat satu sambutan yang baik.

Dengan ertinya ianya merangkumi satu persepsi ataupun pendapat bahawa bekerja dengan kerajaan seperti makan gaji ini tidak disukai oleh kaum-kaum bukan bumiputera. Oleh demikian, di dalam kita merumuskan satu usaha sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa kita sedang menuju kepada konsep bangsa Malaysia. Mungkin dalam 100 tahun, 200 tahun lagi saya tidak tahu tetapi, dalam konsep merumuskan bangsa Malaysia ini, penyertaan ini perlu juga diisi oleh bangsa-bangsa yang lain supaya matlamat untuk menjadi satu society yang baik dan berdaya maju di dalam semua kaum ini dapat kita rasai. Oleh demikian, cara manakah boleh pada pendapat Yang Berhormat, kita meramaikan kaum-kaum ini menyertai dalam pekerjaan seperti ini. Apa pendapat Yang Berhormat?

Dato' Gooi Hoe Hin: Setuju dengan pandangan bahawa masa kini, sambutan dan minat dari kaum lain untuk menjadi polis itu adalah satu kenyataan, hakikat, tetapi jika kita ada semangat, kita cari cara lain. Ada anak kawan saya nak jadi inspektor, gila nak jadi inspektor tapi masuk selalu gagal. Ada juga. Jadi semua kelemahan kita ada tetapi, kita jangan hanya tengok kelemahan, kita harus berusaha dengan semangat gigih.

Saya yakindan percaya sekurang-kurangnya kita boleh capai mungkin tahun ini 20. 20 dari zero itu bermakna 20%. Itu harapan supaya dalam pengambilan 60,000 ini, kita cuba sedaya upaya. Saya tidak akan panjangkan lagi, saya akan akhiri dengan memohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2007. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Mumtaz.

5.25 ptg.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

DR.3.6.2008 67

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya untuk membahaskan bagi Bajet Tambahan ini. Saya mempunyai beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan.

Yang pertama berkaitan dengan Parlimen. Oleh kerana ini merupakan satu sesi dan satu sidang tempat kita membuat undang-undang dan pada hari ini kita direct di bawah bajet ini nak membincangkan tentang peruntukan bagi Parlimen. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kemudahan-kemudahan di Parlimen bagi kemudahan Ahli-ahli Parlimen yang berada di kedua-dua Dewan. Yang pertama berkenaan dengan kemudahan kesihatan. Sebagaimana tadi yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Gooi bahawa kebanyakan daripada rakyat kita ini memerlukan rawatan kesihatan dan kita lihat di Parlimen ini kita mempunyai seorang doktor lelaki yang ditugaskan untuk berada di Parlimen sepanjang masa persidangan.

Saya ingin membuat cadangan agar pihak Parlimen boleh membuat giliran sekurang-kurangnya satu kali seminggu doktor wanita bertugas di Parlimen Malaysia bagi kemudahan Ahli-ahli Parlimen wanita untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana kita lihat ada beberapa Ahli Parlimen wanita yang enggan untuk mendapatkan rawatan kerana terpaksa menghadapi doktor lelaki. Jadi kalau dibenarkan, sekurang-kurangnya sekali doktor wanita bertugas di Parlimen untuk setiap kali dalam satu minggu.

Yang kedua, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak Parlimen, adakah kawasan Parlimen seluruhnya diliputi oleh CCTV kerana kita difahamkan baru-baru ini terdapat kes kecurian laptop di bilik media di Parlimen sendiri. Jadi ini merupakan satu perkara yang sepatutnya boleh diatasi. Kalau wujud CCTV, perkara ini mungkin dapat dipantau dan dapat diambil tindakan yang segera.

Yang ketiga berkenaan dengan menetapkan satu polisi bagi susun atur kerusi dalam Parlimen khususnya untuk Ahli Parlimen wanita bagi memudahkan mereka keluar masuk ke dalam Dewan. Sebagaimana kita lihat, adalah menjadi satu peraturan ataupun pekeliling kepada semua jabatan-jabatan kerajaan bagi kedudukan dalam program, lelaki berada di tempat lain, perempuan berada di tempat lain. Dalam keadaan ini, kita memahami mungkin constrains yang dialami oleh pihak Parlimen khususnya Dewan Negara untuk mengatur kerana kedudukan adalah mengikut negeri.

Walau bagaimanapun, kita pohon pertimbangan untuk diberikan sekurang-kurangnya Ahli Parlimen wanita diberikan tempat duduk sama ada di hujung sini atau hujung sini ataupun sekurang-kurangnya dua daripada empat ini untuk memudahkan mereka keluar masuk kerana ini merupakan satu keselesaan kepada Ahli Parlimen untuk berhujah. Kita berada di Parlimen ini kadang-kadang pukul 10 hingga pukul 12 malam dan adalah sukar untuk kita keluar masuk.

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih cadangan tadi. Saya pun minta kalau boleh buat cepat sikit sebab saya pun tak larat nak keluar masuk kat situ. Terima kasih Yang Berhormat... [Ketawa]

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih atas sokongan. Seterusnya juga saya ingin meminta kepada pihak Parlimen untuk memperuntukkan masa rehat sekurang-kurangnya 15 minit untuk waktu solat Asar dan Maghrib dalam semua usul pelanjutan masa untuk sidang yang dilanjutkan ke pukul 7 atau ke malam bagi memberi peluang kepada semua Ahli Parlimen sama ada Dewan Negara mahupun di Dewan Rakyat yang beragama Islam serta pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan sidang bagi menunaikan solat tersebut terutama semasa pembentangan bajet. Ini adalah kerana ini merupakan perkara yang amat-amat tidak sesuai walaupun kita kata bolehlah Ahli Parlimen keluar masuk nak pergi solat, tetapi bila tidak ada waktu yang khusus, kita juga bimbang kita mungkin akan terlibat bila mana kita tidak membenarkan pegawai-pegawai kita yang turut sama hadir untuk memerhatikan hujahan-hujahan yang akan dikemukakan oleh Ahli Parlimen untuk waktu solat.

Seterusnya berkenaan dengan tata cara pemilihan Ahli Dewan Negara. Walaupun perkara ini mungkin lambat lagi boleh dibuat tetapi, saya memohon agar dibuat satu kajian adakah mungkin Ahli Dewan Negara boleh dipilih melalui proses pilihan raya sebagaimana

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA setiap penumpang mestilah memakai tali pinggang keledar di hadapan dan di belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan

68 DR.3.6.2008

Ahli Dewan Rakyat bagi meningkatkan mutu dan khidmatnya di mata rakyat. Ini kerana kita sedar kebanyakan rakyat kita ini...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup. Yang Berhormat boleh sambung esok.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sekarang, Dewan bersidang semula pada pukul 10 pagi esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.