kewajaran guru pembantu

6
Wajarkah Jawatan Guru Pembantu (Guru Kedua) Diwujudkan di sekolah? December 15, 2010 By Kulanzsalleh 26 Comments Saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berita hari ini turut memetik yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya. Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat

Upload: mohd-hanis

Post on 03-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Wajarkah diwujudkan jawatan guru pembantu di sekolah?

TRANSCRIPT

Wajarkah Jawatan Guru Pembantu (Guru Kedua) Diwujudkan di sekolah?December 15, 2010ByKulanzsalleh26 CommentsSaya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).Berita hari ini turut memetik yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya. Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini. Pada pandangan saya (secara peribadi) dengan merujuk kepada pemerhatian dan pengamatan hasil pemantauan di beberapa buah sekolah termasuk kategori pedalaman, luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan itu memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini.Guru Pembantu/KeduaSecara umum, guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudkan bukan melaksanakan tugas mengajar secara langsung seperti tugas guru sedia ada. Ia lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian di dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi serta menguruskan perkara-perkara yang melibatkan murid/pelajar, misalnya masalah sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangkan itu hampir sama dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di pra sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan. Guru kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Jadi isu pertindihan tugas terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara teorinya tidak timbul.Guru Terbeban dengan pelbagai tugas dalam dan luar sekolahSaya berpendapat bahawa adalah wajar khidmat guru kedua diwujudkan bukan sahaja disediakan di kelas yang bilangan muridnya melebihi 35 orang murid sekolah rendah dan 40 orang murid sekolah menengah, tetapi guru kedua patut ada di semua sekolah rendah dan menengah di negara ini. Bukan bermaksud setiap kelas pembelajaran perlu ada guru pengganti. Memang tidak logik jika Sekolah Kurang Murid (SKM) yang muridnya cuma 5 orang dalam sebuah kelas juga disediakan guru kedua, tetapi mungkin ada baiknya digunakan satu standard yang boleh diguna pakai untuk menentukan bilangan yang sesuai ditempatkan berdasarkan nisbah murid di sekolah, misalnya 1 guru pengganti untuk 50 orang murid. Jadi sekolah yang memiliki saiz murid kurang daripada 100 orang boleh ditempatkan 1-2 orang guru pengganti. Manakala bagi sekolah yang berskala besar, cadangan 1 guru pengganti bagi kelas melebihi 35/40 orang boleh diteruskan.Cadangan ini bukan bermakna kita tidak pernah bersyukur atau terlalu meminta tanpa mengenal makna kepuasan ibarat diberi betis hendakkan paha, tetapi menurut Laporan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010, guru-guru hari ini secara umumnya banyak terlibat dengan program-program di luar sekolah, antaranya termasuklah terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Itu memang jelas dan sudah lama berlaku dalam pelaksanaan pendidikan di negara kita. Bukan sekadar aktiviti kokurikulum dan sukan, guru-guru juga terlibat dalam menguruskan hal-hal berkaitan murid seperti pengurusan bantuan persekolahan, pengurusan data maklumat murid dan pentadbiran sekolah. Dalam bidang kurikulum pula, setiap kali kementerian melaksanakan program pendidikan yang baru, contohnya pada masa ini program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru-guru akan menghabiskan masa beberapa hari di luar sekolah untuk mengikuti kursus/taklimat berkenaan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan guru terpaksa meninggalkan murid mereka di sekolah.Pendidikan di Malaysia Bertaraf DuniaSaya tidak nafikan tentu ada pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan yang khidmat guru kedua akan menyebabkan tugas guru bertambah mudah. Guru hanya setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Khidmat guru kedua pula tentu akan menggalakkan guru-guru untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Di pihak kementerian pula, kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru tentunya akan menjadi jawapan yang paling asas.Bagaimanapun, kerajaan khususnya melaluiKementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sudah lama bertekad untuk memastikan guru-guru di Malaysia memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia. Malah Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia pernah dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1999, Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang menjadi sasaran untuk dicapai.Malangnya, bagaimana kita hendak melahirkan guru yang berkesan seterusnya menghasilkan produk kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia sedangkan dari segi pelaksanaan kita sudah jauh berbeza. Satu contoh yang mungkin boleh saya kongsikan di sini. Nisbah guru dan murid di negara lain berbanding negara kita: Belgium: 15 murid Amerika Syarikat: 14 murid Denmark: 10 murid Singapura: 17 murid Thailand: lebih 30 murid Indonesia: lebih 30 murid Malaysia : lebih 30 muridSumber: Institusi pendidikan negara terbabit dan UNICEF (Dipetik daripada Berita Harian Online 14 Disember 2010)Tidak dinafikan, adalah cukup sukar untuk negara kita menetapkan nisbah guru dan murid sama seperti negara maju dalam senarai di atas kerana ia bukan sahaja melibatkan perjawatan, tetapi juga melibatkan peruntukan besar dalam menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi. Namun, langkah menyediakan khidmat guru pengganti di sekolah tentunya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mereka akan dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap tugas mengajar. Guru pembantu/kedua pula boleh menumpukan perhatian pada tugas sampingan di dalam kelas.