ketika itu terdapat seorang budak miskin yang hanya tinggal bersama ibu dan abang serta kakaknya

2
Ketika itu terdapat seorang budak miskin yang hanya tinggal bersama ibu dan abang serta kakaknya. Bapa mereka sudah lama meninggal dunia. Lantaran kemiskinan itu, budak lelaki ini setiap hari akan memanjat pokok jambu batu di tepi rumahnya dan memetik buah-buah yang sudah masak. Esoknya, dia mengisi buah-buah jambu itu ke dalam beg dan menjualnya di sekolah. Sebiji lima sen. Duitnya dikumpul untuk perbelanjaan harian. Budak miskin ini hanya mempunyai sebuah buku latihan saja. Di dalam buku latihan sebuah itulah dia mencatat serta latihan untuk semua mata pelajaran. Di situlah latihan Matematik, di situlah nota Bahasa Inggeris, di buku itulah kerja rumah Bahasa Malaysia. Segala-galanya ditulis dalam buku latihan yang sebuah itu. Buku latihan tersebut tidak pernah dihantar kepada gurunya. Buku itu sebaliknya setiap hari dibaca di atas pokok jambu. Budak ini sebenarnya cerdik, tetapi kemiskinan telah membantutkan kejayaannya. Dia hanya mencapai keputusan yang sederhana saja dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Limanya. Apabila masuk ke tingkatan satu, pelajaran budak miskin ini terbantut lagi. Dia terpaksa berhenti sekolah lantaran sering dimarahi guru kerana berambut panjang. Bukan! Bukan budak ini suka berambut panjang. Dia sebaliknya tidak mempunyai wang untuk menggunting rambut. Budak miskin ini tidak bersekolah hinggalah

Upload: husaini-hisham

Post on 12-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdf

TRANSCRIPT

Page 1: Ketika Itu Terdapat Seorang Budak Miskin Yang Hanya Tinggal Bersama Ibu Dan Abang Serta Kakaknya

Ketika itu terdapat seorang budak miskin yang hanya tinggal bersama ibu dan abang serta

kakaknya. Bapa mereka sudah lama meninggal dunia.

Lantaran kemiskinan itu, budak lelaki ini setiap hari akan memanjat pokok jambu batu di tepi

rumahnya dan memetik buah-buah yang sudah masak. Esoknya, dia mengisi buah-buah jambu

itu ke dalam beg dan menjualnya di sekolah. Sebiji lima sen. Duitnya dikumpul untuk

perbelanjaan harian.

Budak miskin ini hanya mempunyai sebuah buku latihan saja. Di dalam buku latihan sebuah

itulah dia mencatat serta latihan untuk semua mata pelajaran. Di situlah latihan Matematik, di

situlah nota Bahasa Inggeris, di buku itulah kerja rumah Bahasa Malaysia. Segala-galanya ditulis

dalam buku latihan yang sebuah itu.

Buku latihan tersebut tidak pernah dihantar kepada gurunya. Buku itu sebaliknya setiap hari

dibaca di atas pokok jambu.

Budak ini sebenarnya cerdik, tetapi kemiskinan telah membantutkan kejayaannya.

Dia hanya mencapai keputusan yang sederhana saja dalam Peperiksaan Penilaian Darjah

Limanya. Apabila masuk ke tingkatan satu, pelajaran budak miskin ini terbantut lagi. Dia

terpaksa berhenti sekolah lantaran sering dimarahi guru kerana berambut panjang. Bukan! Bukan

budak ini suka berambut panjang. Dia sebaliknya tidak mempunyai wang untuk 

menggunting rambut. Budak miskin ini tidak bersekolah hinggalah usianya 16 tahun, ketika

semua kawan-kawan sebayanya sudah berada di tingkatan empat.

Ketika itulah tampil seorang guru yang baik hati yang kemudian membiayai pelajaran budak itu

ke tingkatan tiga dan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Melalui bantuan

guru ini, budak miskin tersebut berjaya lulus

dalam SRPnya. Keputusan yang dicapai itu tidaklah cemerlang, tetapi sangat baik bagi seseorang

yang hanya bersekolah selama setahun saja. Ketika usia budak miskin ini 17 tahun, dia sekali

lagi memohon guru berkenaan agar dapat menampung perbelanjaannya untuk menduduki Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) pula, dalam aliran sains.

Sekali lagi guru itu membantunya kerana dia tahu, budak miskin ini memang benar-benar ingin

Page 2: Ketika Itu Terdapat Seorang Budak Miskin Yang Hanya Tinggal Bersama Ibu Dan Abang Serta Kakaknya

mengubah kehidupan keluarganya. Ruyung dipecahkan, dan walaupun hanya belajar selama

setahun sahaja, budak miskin ini telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang.

Dua tahun berikutnya, pelajar miskin ini mencatat pula kejayaan yang menakjubkan dalam Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan seterusnya memasuki universiti. 

Budak miskin yang masa kecilnya ke sekolah dengan membawa jambu batu serta sebuah buku

latihan ini, kemudiannya menjadi seorang guru. Dan ketahuilah bahawa budak miskin itu adalah

saya!