ketaksaan bermaksud kata

Upload: aremeer-jackz

Post on 04-Jun-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Ketaksaan Bermaksud Kata

    1/5

    Ketaksaan bermaksud kata, frasa, atau ayat yang tidak pasti maknanya, Abdulah Yusof, Alias Mohd

    Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009). Menurut Darwis Harahap (1994), taksa ialah ayat yang tidak pasti

    maknanya. Ayat yang taksa boleh mengelirukan pembaca kerana ayat ini tidak menyampaikan maksud

    yang lengkap kepada pendengar atau pembaca. Contoh,

    1) Ibu bapa Marina telah meninggal dunia.

    Ayat ini mengandungi ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa Marina (nenek) telah

    meninggal dunia. Untuk mengenal pasti perbezaan erti itu kita perlu secara intuisi menyedari

    kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung

    dalam ayat ini jika diucapkan dengan intonasi berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak

    disampaikan

    Dalam ayat di atas, jka kita meletakkan tekanan pada kata ibu diikuti dengan jeda, pastilah ayat

    menyatakan bahawa ibu kepada bapa Marina telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan

    pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam pengucapan ayat tersebut, maka maksud ayat kedua-dua ibu

    bapa Marina yang meninggal dunia dan bukan neneknya.

    Jika dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang

    didukung oleh sesuatu ayat manakala dalam tulisan hal ini ditandai untuk menentukan ketaksaan ayat

    berkenaan.

    Ketaksaan juga boleh berlaku pada perkataan. Seluruh ayat akan mengalami ketaksaan sekiranya

    terdapat perkataan yang taksa. Dalam membina ayat, aspek makna perlu dititik beratkan. Jika aspek

    makna diabaikan, maka ayat yang dibina meskipun nahunya tepat, boleh menimbulkan kekeliruan.

    Menurut Ruth (1991) terdapat empat jenis ketaksaan makna iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian

    makna, kurang ketentuan pada makna item dan pertentangan pada penentuan makna item.Salam

    sejahtera.

    Terima kasih atas penerangan yang diutarakan dan penambahan pendapat saya hanyalah untuk

    berkongsi idea yang tidak seberapa. Selain daripada yang dinyatakan oleh cikgu, mengikut pemahaman

    saya, ketaksaan juga boleh berlaku dalam ayat-ayat yang dibina secara gramatis, iaitu ayat yang betul

    dari segi pembinaan struktur ayat tetapi tidak boleh dianggap sebagai ayat yang betul kerana ketaksaan

    makna yang wujud dalam beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu.

    Contohnya dalam ayat Kapal terbang itu sudah belayar ke Kuala Lumpur pagi tadi. Ketaksaan makna

    mungkin berlaku kerana belayar selalunya digunakan untuk merujuk kepada pergerakan pengangkutanair seperti kapal. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengguna yang boleh memahami maksud

    penutur, mereka akan mengetahui maksud yang disampaikan iaitu kapal terbang sudahpun berlepas.

    Selain itu, ketaksaan ayat juga boleh berlaku apabila unsur-unsur personafikasi digunakan dalam ayat

    atas tujuan simbolik dan stilistik terutamanya dalam penulisan karya sastera terutamanya puisi. Dari

    segi pemprosesan untuk pemahaman, ayat yang taksa memerlukan waktu yang lebih lama untuk

  • 8/13/2019 Ketaksaan Bermaksud Kata

    2/5

    diproses kerana pendengar atau pembaca perlu meneka makna tertentu, dan sekiranya tekaannya

    salah, pendengar perlu mengulang semula keseluruhan proses menginterpretasi ayat tersebut.

    Menurut kamus dewan Bahasa(1999:1124), ketaksaan bermaksud kekaburan makna dalam ayat boleh

    diperbetulkan sekiranya tanda bacaan digunakan dengan betul.Menurut Hajar Abdul Rahim

    (1999:1124), ketaksaan merujuk kepada lebih daripada satu makna. Dengan erti kata lain ketaksaan jugabermaksud kata atau ayat yang mempunyai makna berganda.

    Ketaksaan juga mempunyai beberapa pecahan utama.

    1. Kurang ketentuan pada makna item:

    Contohnya: Dia bergegas ke rumah taman.

    Rumusannya-Pengertian makna tidak jelas dan dinyatakan secara umum.

    2. Penentangan pada penentuan makna item:

    Elemen ini menjelaskan makna yang diberi terlibat dengan pernyataan ayat yang mempunyai tafsiran

    yang berbeza.

    Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra"in (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat

    yang tidak pasti maknanya.Soenjono Dardjowidjojo (2007) pula menjelaskan ketaksaan ialah ayat yang

    mempunyai lebih daripada satu makna. Jadi ayat ini tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada

    pendengar atau pembaca. Dalam membina ayat, makna merupakan aspek yang amat penting. Tanpa

    mengambil kira aspek makna dalam binaan ayat maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu

    namun boleh menimbulkan keraguan maksud.

    Menurut Ruth(1991) menyatakan terdapat empat jenis ketaksaan makna iaitu kekaburan rujukan,

    ketidakpastian makna, kurang ketentuan pada makna item dan penentangan pada menentuan makna

    item.

    Jenis-jenis Ketaksaan Makna

    a .kekaburan rujukan -makna yang hampir sama tetapi fungsinya berbeza.

    b. ketidakpastian makna- pemberian pelbagai makna kepada item

    c. kurang ketentuan pada makna item-makna item tidak jelas namun dijelaskan secara umum

    d. pertentangan pada penentuan makna item-makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang

    mempunyai kemungkinan tafsiran

    yang berlainan.

  • 8/13/2019 Ketaksaan Bermaksud Kata

    3/5

    Dalam hal membina ayat, aspek makna hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya, selain aspek

    tatabahasa. Jika ayat yang dibina tidak memberi perhatian kepada aspek makna, maka sudah tentu ayat

    yang dibina atau diujarkan itu akan menimbulkan ketaksaan atau ambiguiti . Aspek makna tidak boleh

    dipinggirkan ketika membina atau mengujarkan ayat. Pengguna bahasa haruslah teliti dalam membinaayat supaya tidak terperangkap dalam membina ayat yang taksa.

    Assalamualaikum,

    Saya setuju dengan pendapat cikgu dan izinkan saya berkongsi ilmu. Ketaksaan makna disebabkan

    beberapa faktor. Antaranya :

    1. Hubungan makna dengan alam. Hal ini demikian kerana alam kita terbahagi kita

    kepada batas-batas yang jelas. Banyak kekaburan yang terdapat pada batas-batas antara suatu

    konsep dengan konsep yang lain.

    2. Ketaksaan leksikal iaitu homonim dan akibat polisim. Ketaksaan leksikal hanya

    melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat . Hal ini berlaku apabila

    sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna

    menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam sesebuah ayat.

    3. Ketaksaan struktur. Hal ini wujud apabila dua atau lebih struktur yang

    berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap struktur

    mempunyai makna yang berlainan daripada stuktur yang lain.

    Ketaksaan makna dapat diatasi dengan adanya konteks. Dengan adanya konteks, makna yang pelbagai

    dapat dielakkan walaupun berlaku pengguguran beberapa kompenan dalam ujaran mahupun tulisan.

    Leech(1974:76) mengatakan bahawa dalam komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat

    penting.

  • 8/13/2019 Ketaksaan Bermaksud Kata

    4/5

    Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra'in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa

    atau ayat yang tidak pasti maknanya. Soenjono Dardjowidjojo (2007) pula, ketaksaan ialah ayat yang

    mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca

    meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka, namun ayat itu memberi makna yang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat, ketaksaan bermaksud perihal keadaan dsb) taks, kekaburan, kesangsian,

    keraguan, ketidakpastian(bukan sesuatu makna). Manakala dalam bahasa Melayu Tinggi, ayat yang

    taksa perlulah dielakkan supaya tidak mengelirukan pembaca kerana ayat ini tidak menyampaikan

    maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca.

    Terdapat faktor yang mempengaruhi ketaksaan makna menurutAbdullah dan rakan-rakan (2009),

    ialah disebabkan hubungan makna dengan alam. Alam yang tidak terbahagi kepada batas-batas yang

    jelas. Oleh sebab itu, banyak kekaburan yang terdapat pada satu konsep dengansatu konsep yang lain.

    Ketaksaan leksikal iaitu penggunaan homonim dan polisemi dalam ayat menyebabkan kekaburan makna

    dalam ayat. ini berlaku jika penutur menggunakan satu perkataan yang mempengaruhi lebih daripada

    satu makna dan membawa kepada

    Ketaksaan leksikal iaitu penggunaan homonim dan polisemi dalam ayat menyebabkan kekaburan

    makna dalam ayat. Berlaku jika penutur menggunakan satu perkataan yang mempunyai lebih daripada

    satu interprestasi ia boleh meimbulkan kekeliruan kepada pendengar atau pembaca dan membawa

    kepada pentafsiran yang berlainan.

    Contohnya :

    1. Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu.2.

    Selain daripada yang dinyatakan oleh cikgu, mengikut pemahaman saya, ketaksaan juga boleh berlakudalam ayat-ayat yang dibina secara gramatis, iaitu ayat yang betul dari segi pembinaan struktur ayat

    tetapi tidak boleh dianggap sebagai ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud dalam

    beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu.

  • 8/13/2019 Ketaksaan Bermaksud Kata

    5/5

    Contohnya dalam ayat Kapal terbang itu sudah belayar ke Kuala Lumpur pagi tadi. Ketaksaan makna

    mungkin berlaku kerana belayar selalunya digunakan untuk merujuk kepada pergerakan pengangkutan

    air seperti kapal. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengguna yang boleh memahami maksud

    penutur, mereka akan mengetahui maksud yang disampaikan iaitu kapal terbang sudahpun berlepas.

    Selain itu, ketaksaan ayat juga boleh berlaku apabila unsur-unsur personafikasi digunakan dalam ayat

    atas tujuan simbolik dan stilistik terutamanya dalam penulisan karya sastera terutamanya puisi. Dari

    segi pemprosesan untuk pemahaman, ayat yang taksa memerlukan waktu yang lebih lama untuk

    diproses kerana pendengar atau pembaca perlu meneka makna tertentu, dan sekiranya tekaannya

    salah, pendengar perlu mengulang semula keseluruhan proses menginterpretasi ayat tersebut.