kesing/pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/perosak...

18

Upload: vulien

Post on 06-Feb-2018

357 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di
Page 2: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Kesing/Pianggang dewasa dan

nimfanya menyerang padi dengan

menghisap biji padi pada

peringkat susu. Hasil akan

terjejas teruk kerana biji padi

akan rosak dan menjadi hampa.

Page 3: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Nimfa dan kutu beruang dewasa

merosakkan tanaman padi

dengan menghisap cairan sap

pada daun. Pada pokok dewasa

ia lebih suka menghisap

dibahagian pangkal daun/pokok.

Pokok akan menjadi kuning dan

boleh mati.

Page 4: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangga yang sering menyerang pada

peringkat awal tanaman dengan

menyebabkan daun menjadi kuning

kerana larva dan kutu trip dewasa

akan menghisap manisan daripasa tisu

dedaun. Ini akan menyebabkan daun

bergulung ke dalam dan mengering,

menjejaskan pertumbuhan tanaman.

Serangan dan kerosakan akan menjadi

lebih teruk semasa keadaan

kering.Perosak ini boleh dikawal

dengan meningkatkan paras air

sehingga 3 – 5 cm.

Page 5: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangga perosak ini selalunya bertelur di

celah pelepah daun di atas paras

air.Nimfanya juga selalunya berada di situ

serta menghisap bahagian tisu

mengakibatkan kerosakan daun. Perosak

ini menyerang secara berkumpulan (20

ekor dewasa @50 ekor nim). Sekiranya ini

berlaku dan kawalan tidak diuat, tanaman

padi akan menjadi kuning dan kering dan

keadaan di dipangil “ bom” @ hopperburn

dan akan menjejaskan hasil dengan serius.

Page 6: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Perosak dewasa bertelur di atas

permukaan tengah daun. Apabila

menetas larva akan memakan

bahagian tisu lembut sambil

menggulung/lipat daun dan

membolehkan ia makan tanpa

gangguan.Seekor larva boleh

berpindah sehingga empat helai daun

sebelum menjadi pupa serta boleh

menyebabkan kerosakan daun dn

menjejaskan pertumbuhan dan hasil

padi. Ia suka pada keadaan lembap dan

serangan boleh bermula dari

peringkat 2-6 helai daun.

Page 7: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangga perosak ini bertelur di atas @ celah daun.

Bila menetas larva akan memakan tisu lembut daun dan

terus masuk ke dalam batang menyebabkan saliran “air

dan makanan” (xylem dan phloem) terhalang. Sekiranya

serangan berlaku awal, pertumbuhan serta bilangan

anak padi (tillers) akan terjejas, menyebabkan mati

pucuk @ mati rosot. Pada peringkat berbuah, “bulu

ayam” akan terbentuk. Sekiranya serangan berlaku

selepas padi bunting, padi yang terhasil menjadi putih

dan hampa. Hasil akan terjejas.

Page 8: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di
Page 9: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Ulat ini menyerang bahagian daun dengan

memotong serta membuat sarung daripada daun

yang dipotong dan bersembunyi didalamnya. Larva

makan bahagian hijau daun meninggalkan lapisan

berwarna putih. Kawasan serangan akan kelihatan

kutikal berjalur atau bertompok putih.

Larva ini makan daun daripada bahagian

tepi sehingga daun habis. Banyak larva

dapat dikesan pada bahagian yang

diserang.

*** Serangan boleh berlaku pada semua peringkat umur

padi dan berbahaya ketika semaian dan pokok muda.

Page 10: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di
Page 11: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Menyerang pada semua peringkat tanaman. Bintik perang halus lonjong berlaku pada daun, upih,

tampok dan kulit padi. Simptom tama serangan dapat dilihat dengan jelas pada daun iaitu bintik

kecil berwarna perang yang kelihatan seperti bijian. Bintik kecil bersaiz (diameter) antara

0.05 - 0.1cm dan berwarna coklat pekat. Bintik matang bersaiz sehingga 0.2cm dan berwarna

kelabu atau putih di bahagian tengah.

Cara merebak : - Bawaan biji benih, angin atau perumah kedua.

Page 12: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangan boleh berlaku pada daun, buah daun, buah padi, buku batang dan tangkai buah pada semua

peringkat umur tanaman.Penggunaan baja N (urea) yang tinggi, kelembapan dan daun diliputi embun

akan menggalakkan serangan penyakit ini, Bintik bujur/lonjong yang tajam dihujung berwarna

perang di tepi dan warna kelabu keputihan di tengah akan kelihatan pada kawasan serangan. Pokok

akan musnah jika serangan berlaku antara peringkat semaian dengan pemecahan anak maksimum.

Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di pangkal tangkai.

Cara merebak : Angin, biji benih dan perumah kedua.

Page 13: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Selalunya menyerang pada peringkat akhir tanaman. Kecederaan yang tidak seragam

kelihatan pada seludang daun di paras air. Lama kelamaan akan menyebabkan kerosakan

pada seludang dan batang.Jika serangan berlaku pada musim yang sebelumnya, disarankan

menggunakan varieti padi yang tahan penyakit ini dan bakar jerami serta tunggul untuk

mengurangkan inokulum.

Page 14: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Boleh menyerang pada semua peringkat umur tanaman. Kecederaan bermula di hujung daun

menyebabkan daun menjadi pucat kemudian menjadi putih. Bahagian daun akan kelihatan

beralun. Jalur-jalur jernih (basah) akan kelihatan antara urat daun. Serangan yang teruk

boleh menyebabkan daun menjadi kering.

Cara merebak : Biji benih, sentuhan, air, perkakasan pertanian dan perumah sementara.

Page 15: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Boleh menyerang pada semua peringkat pertumbuhan terutamanya dari peringkat selepas pecah anak hingga

matang. Bahagian seludang/upih daun yang diserang akan kelihatan tompok dan perang disekelilingnya

berwarna kelabu keputihan. Ada sclerotia berbentuk seperti biji sawi pada tompok. Tompok bulat @ lonjong

bersaiz 1 cm akan membesar menjadi 2 @ 3 cm sebelum bercantum. Serangan serius menyebabkan hasil

terjejas.

Cara merebak : Air, angin sentuhan, tanah, tunggul dan perumah sementara.

Page 16: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Boleh menyerang pada semua peringkat tetapi lebih serius semasa bulan pertama

tanaman. Pokok akan terbantut dan warna perang kekuningan. Jika berlaku, kawal

vektor bena hijau dengan racun yang disyorkan, guna varieti yang rintang terhadap

penyakit ini dan musnahkan pokok yang diserang.

Page 17: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangan berlaku pada peringkat berbuah. Buah menjadi seperti baldu

berwarna kuning kehijauan atau hitam dan membentuk spora. Berlaku pada

kawasan yang terlalu subur dan kelembapan yang tingi. Jika ada tanda-tanda

serangan serius, kawalan hendaklah dibuat sebelum pokok berbunga. Bebola

spora muda bersaiz 1 cm dan lebih panjang apabila matang. Biasanya hanya

beberapa tangkai sahaja di dalam satu panikel akan dijangkiti.

Page 18: Kesing/Pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/Perosak tanaman padi.pdf · Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di

Serangan pada peringkat awal tanaman menyebabkan anak bilah lebih tinggi dari anak bilah

yang lain dengan dedaun kurus hijau kekuningan. Tanaman yang dijangkiti kelihatan panjang

dan kurus dan akan mati. Akar udara akan kelihatan pada ruas. Anak padi akan mati satu

persatu, tetapi jika terselamat dari serangan sehingga tempoh matang, hanya sebahagian

kecil akan mengeluarkan hasil manakala yang lainnya akan mempunyai partikel yang

kosong (hampa)

Cara merebak : - Bawaan biji benih,tanah, air, tunggul atau perumah kedua.