kesimpulan laporan praktikal

10
BAB V KESIMPULAN Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat Zul Dot Com (ZDC), pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat ini secara tidak langsung serta pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kretif dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari serta belajar

Upload: iyad-mazlan

Post on 04-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

DTK. politeknik

TRANSCRIPT

Page 1: Kesimpulan Laporan Praktikal

BAB V

KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat Zul Dot Com

(ZDC), pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat

ini secara tidak langsung serta pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan

peranan dalam syarikat.

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar

terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kretif dan

berpengetahuan tinggi. Selain itu, pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani

masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ianya akan dapat

meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari serta belajar

menyelesaikan masalah secara berkesan dan yang lebih penting dapat melahirkan

pekerja yang berkualiti.

Sepanjang tempoh latihan di syarikat Zul Dot Com (ZDC) ini juga, pelajar dapat

mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan syarikat ini. Walau bagaimanapun

kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki. Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran

Page 2: Kesimpulan Laporan Praktikal

memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap.

Perancangan, penyelarasan dan kawalan adalah penting bagi menyelaraskan semua

tugas.

Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga, pelajar di latih untuk menjadi

seorang yang berdisplin dan menepati masa semasa bekerja. Kemahiran berkomunikasi

juga dapat dipraktikkan antara pelajar dan kakitangan. Latihan ini turut mendedahkan

pelajar mengenai semangat kerja secara berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta

idea dengan kakitangan yang lain. Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi

oleh setiap pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri yang ianya berbeza atara satu

sama lain, namun apa yang penting ialah individu tersebut mestilah bersikap lebih

positif dalam menghadapi setiap situasi, supaya pengalaman yang diperolehi dapat

dimanfaatkan pada masa akan datang.

Melalui Latihan Industri ini, jelaslah bahawa objektif Latihan telah tercapai

sepanjang latihan yang dijalankan selama 20 minggu (5 bulan). Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang

latihan ini sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan di masa akan datang. Latihan

sebegini juga telah dapat dan akan melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan

dan berkeperibadian yang tinggi untuk merealisasikan wawasan negara menjelang tahun

2020.“ Sesuatu pengalaman yang amat berguna itu tidak dapat dibeli dengan wang

ringgit”.

Akhirnya, setelah berjaya mengikuti `Latihan Industri' ini, pelajar dapat melihat

sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa

latihan dijalankan.

Page 3: Kesimpulan Laporan Praktikal

BAB VI

KOMEN DAN CADANGAN

Selama lebih kurang 20 minggu saya menjalani latihan industri di syarikat Zul

Dot Com, saya telah mendapat banyak pengetahuan serta pengalaman dan dimana

pengetahuan dan pengalaman ini amat bermakna buat diri saya apabila menyambung

pengajian di politeknik nanti.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukandan

kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut,

tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang

ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai

kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

6.1 Komen Untuk Syarikat

i. Kekurangan Tenaga Kerja.

a) Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya

berlaku dan kekurangan ini haruslah diatasi dengan baik. Kelewatan

dalam memberikan servis kepada komputer pelanggan boleh berlaku jika

kekurangan tenaga kerja. Hal ini akan mengakibatkan pelanggan akan

Page 4: Kesimpulan Laporan Praktikal

mencari kedai atau syarikat komputer lain yang lebih cepat dan pantas

dalam melakukan servis. Selain itu juga, kekurangan ini meyebabkan

jadual pekerja sedia ada menjadi padat dan memenatkan para pekerja.

ii. Waktu Makan Tengahari Singkat.

a) Waktu Makan yang diberikan oleh syarikat amatlah singkat iaitu hanya

selama 45 minit. Masa yang begitu singkat bukan sahaja dirasakan oleh

pelatih, tetapi menjadi buah mulut juruteknik yang lain. Hal ini

menyebabkan para pekerja terburu-buru untuk keluar berehat dan masuk

ke pejabat.

.

6.2 Cadangan Untuk Syarikat

i. Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian penyelenggaraan komputer.

ii. Menambahkan masa makan tengahari dari 45 minit ke 1jam. Kesempatan baki

masa dapat digunakan oleh juruteknik jika terdapat urusan yang perlu

dijalankan.

iii. Memberikan gaji yang berpatutan kepada juruteknik. Segelintir juruteknik

mengeluh dengan gaji yang diberikan. Pemberian perlu setimpal dengan kos sara

hidup yang semakin meningkat sekaran.

iv. Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari Keluarga

dan riadah bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara juruteknik dan majikan.

v. Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industry kepada pelatih

sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industridi syarikat tersebut.

6.3 Cadangan Kepada Politeknik.

Page 5: Kesimpulan Laporan Praktikal

i. Pihak Politeknik Merlimau seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan

syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di lakukan

oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja

syarikat.

ii. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani

latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus

pelajar iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar.

iii. Selain itu, pihak Politeknik hendaklah lebih memberi perhatian dengan

mengikuti perkembangan pelajar yang menjalani latihanindustri.

iv. Seterusnya, di harapkan agar lawatan yang di buat oleh pensyarah Politeknik

seharusnya mengikut jabatan pelajar yang di lawati.

v. Keperihatinan pihak Politeknik terhadap pelajar yang menjalani latihan industri

seperti yang telah di buat haruslah di tingkatkan dan diteruskan untuk

menjayakan objektif latihan industri ini.

Page 6: Kesimpulan Laporan Praktikal

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Akademik. 2013. Garis Panduan Latihan Industri (pelajar),

Edisi 2013. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri. 2013. Panduan Penulisan Laporan Akhir

Latihan Industri, Edisi Kedua. Politeknik Merlimau, Melaka.

Zaini Mohamad Jana. 1986. Mengenali Sistem Komputer. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Zoraini Wati Abas. 1994. Pengenalan Kepada Komputer. Kuala Lumpur. Federal

Publications.

Ruhaida Bte Dato’ Hj. Zainuddin. 2009. Profil Zul Dot Com. Sungai Mati, Muar. ZDC

SDN BHD.

Page 7: Kesimpulan Laporan Praktikal

LAMPIRAN