kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah … ap050185d2009ttp.…pertanian sebanyak 3.86 dan...

25

Upload: doantuyen

Post on 06-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69
Page 2: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69
Page 3: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK/VOKASIONAL PERTANIAN KE ARAH PERSEDIAAN MENCEBURI

BIDANG USAHA TANI

NORAKMAL BINTI MOHD ZAHARI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69
Page 5: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

iii

DEDIKASI

Khas buat Allahyarham Ayahanda

Mohd Zahari Bin Mat Said

Bonda tersayang

Azizah binti Che Ahmad

Serta

Kekanda yang kukasihi

Mohd Zairolhisyam, Noriha dan Norliza

Teristimewa buat Tunang tercinta

Azam Azizuddin Bin Abdul Aziz

Semua pensyarah yang banyak berjasa

Teman-teman seperjuangan

Ucapan terima kasih kerana memahami dan sentiasa memberi sokongan dan

dorongan, kejayaanku ini adalah hasil daripada usaha dan bantuan kalian.

Tidak lupa juga kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak

langsung

Page 6: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia dah rahmat Nya dapatlah

saya menyempurnakan projek ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ucapan

kesyukuran yang tidak terhingga juga buat yang maha pencipta kerana memberikan

semangat dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat getir dan pelbagai halangan dalam

usaha menyiapkan projek ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada PROF.MADYA DR.YAHYA BIN BUNTAT memberikan bimbingan dan

tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan

kepada semua pensyarah di atas sumbangan idea, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar

yang berguna sehinggalah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru penolong kanan, Hj Azizan Bin

Ahmad dan guru-guru Sekolah Menengah Teknik Melaka yang banyak membantu saya

mendapatkan kerjasama daripada pelajar-pelajar mereka. Kerjasama yang diberikan

oleh pelajar adalah amat memuaskan.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

sokongan dan tunjuk ajar serta kepada mana-mana pihak yang telah terlibat secara

langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek dan penulisan tesis ini.

Mudah-mudahan setiap apa yang telah disumbangkan akan diberkati Allah. Terima

kasih atas segalanya.

Sekian, Wassalam.

Page 7: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas

pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan

menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar

tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar

dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item

soalan. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di

mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi dengan menggunakan program

Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5) bagi

mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

kemahiran asas pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan

dalam kerjaya pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains

Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian iaitu meliputi

min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam pendidikan

Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains

Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang

kerjaya iaitu sebanyak 3.69 iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang

tinggi.

Page 8: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

vi

ABSTRACT

The research is introduced to identify the suitability of Agriculture basics

skill at Agriculture Technical and Vocational school towards the preparation of

joining the agriculture field. The respondents of this research were all students of

Form 4, taking the Agriculture course. 60 students from SMK Teknik Bukit Piatu,

Melaka were involved in this research. The research instruments used in this

research was questionnaires which contained 44 question items. The validity of

questionnaires was tested by using the Alpha Cronbach which the value was 0.875.

The data were analyzed by using the program of SPSS for getting the frequency, and

percentage. The research showed, the agriculture skill is very suitable for student as

a preparation in the agricultural career. It’s also show that the syllabus of this

Agriculture Science subject parallel with the career of agriculture needed and this

show by the mean value 3.68, student have enough skill with mean 3.88, student are

interested in Agriculture Science subject with meant 3.86 and the teacher give good

lesson to their student with mean 3.69 and all of this showed that all of research

question were at high level.

Page 9: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-x

SENARAI JADUAL xi-xii

SENARAI SINGKATAN xiii-xiv

SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Difinisi istilah 9

1.8.1 Kerjaya 9

1.8.2 Kesesuaian 9

Page 10: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

viii

1.8.3 Kemahiran 10

1.8.4 Mata Pelajaran Sains Pertanian 10

1.8.5 Pendidikan Vokasional 10

1.8.6 Pelajar 10

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTON KAJIAN 2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Pendidikan Teknik dan Vokasional 13

2.3 Sektor Pertanian 16

2.4 Kurikulum Sains Pertanian 18

2.5 Sains Pertanian 19

2.6 Faktor Demorafi 20

2.7 Kemahiran 22

2.8 Minat 23

2.9 Bimbingan Kerjaya 26

2.10 Kesimpulan 28

Page 11: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

ix

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel 30

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Kesahan Borang Soal Selidik 33

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Kesimpulan 36

BAB 4 ANALISIS DAPATAN DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Bahagian A 37

4.2.1 Jantina 38

4.2.2 Bangsa 38

4.2.3 Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran . ..39

Hidup di peringkat Sekolah Menengah Rendah.

4.2.4 Pekerjaan Bapa/Penjaga 39

4.2.5 Pendapatan Bapa/Penjaga 40

4.26 Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga 40

4.3 Analisis Bahagian B 41

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 42

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 46

Page 12: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

x

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 50

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 54

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 57

4.5 Rumusan 59

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan Kajian 60

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 61

5.3.1 Demografi 61

5.3.2 Persoalan Kajian Bahagian B 63

5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 63

5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 65

5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 67

5.3.2.4 Persoalan Kajian 4 69

5.4 Kesimpulan 70

5.5 Cadangan 71

5.5.1 Ibu bapa 71

5.5.2 Kementeriaan Pelajaran Malaysia 71

5.5.3 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 72

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 74-76

Page 13: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Pelaksanaan Penstruktur Baru 13

2.2 Pusat dan Program yang Ditauliahkan Mengikut 27

Agensi/Kategori (Oktober 2002)

3.1 Pembahagiaan item bahagian A mengikut faktor 32

demografi responden

3.2 Jadual item dan persoalan kajian 32

3.3 Skala Likert 33

3.4 Taburan min 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Ketogeri Bangsa 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata 38

Pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat Sekolah

Menengah Rendah

4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga 39

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bapa/ 40

Penjaga

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

Bapa/Penjaga 40

4.7 Taburan RespondenTerhadap Pendidikan Sains 42

Pertanian memenuhi Keperluan kerjaya di dalam

bidang pertanian

Page 14: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

xii

4.8 Taburan Responden Terhadap kemahiran yang 46

yang diperlukan dalam pendidikan Sains Pertanian

4.9 Taburan Responden Terhadap minat dalam mata 50

Pelajaran Pendidikan Sains Pertanian

4.10 Taburan Responden Terhadap bimbingan mengenai 54

Pemilihan kerjaya

4.10 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan Kajian 58

Page 15: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

xiii

SENARAI SINGKATAN STS : Sangat Tidak Setuju TS : Tidak Setuju TP : Tidak Pasti S : Setuju SS : Sangat Setuju SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences BIL : Bilangan No : Nombor % : Peratus ƒ : Frekuensi KPM Kementerian Pelajaran Malaysia SMV Sekolah Menengah Vokasional SMT Sekolah Menengah Teknik KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPVM Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia RMK-9 Rancangan Malaysia kesembilan SKM Persijilan Kemahiran Malaysia SPM Sijil Pelajaran Malaysia

Page 16: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

xiv

PMR Penilaian Menengah Rendah DPN2 Dasar Pertanian Kedua

DPN3 Dasar Pertanian Ketiga

Page 17: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

A Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti 77

B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian

Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 78

C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada

Jabatan Pelajaran Johor 80

D Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada

Jabatan Pelajaran Melaka 81

E Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru 82

F Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka 83

G Surat Pengesahan Item Soal Selidik 84

H Realiability Kajian Rintis 85

I Borang Soal Selidik 87-93

Page 18: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Vokasioanal mula diperkenalkan dalam tahun 1968 sebagai satu

komponen Awalan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan. Sebanyak sembilan buah sekolah

pertukangan dan sekolah-sekolah lanjutan kampung diambil-alih dan ditukarkan kepada

Sekolah Menegah Vokasional (Cheah Tat Huat, 1976). Menurut Cheah Tat Huat (1976)

lagi terdapat 30 buah sekolah Menengah Vokasional di seluruh Malaysia, sekurang-

kurangnya sebuah sekolah bagi setiap sebuah negeri. Terdapat dua buah Sekolah

Menengah Vokasional Pertanian dan empat buah Sekolah Menengah Vokasional Sains

Rumahtangga.

Melalui buku Bacaan-Bacaan Untuk Penulis-Penulis Pertanian (Mohd Yusuf

Hussain, 1976) Pendidikan Vokasional Pertanian di Malaysia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan kaedah yang dikendalikan oleh pelbagai Kementerian Kerajaan dengan

matlamat yang berasingan. Kebanyakan institusi-institusi latihan awam tidak seperti

latihan-latihan vokasional dalam pengajian teknikal atau perdagangan dan institusi

latihan vokasional pertanian tidak dikelolakan oleh sektor swasta di negara ini. Kedua-

dua sektor awam dan swasta mendapatkan tenaga mahir mereka daripada punca yang

sama iaitu daripada institusi-institusi latihan awam. (Mohd. Shah Lassim, 1976)

Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan Sains Pertanian sebagai salah satu mata

pelajaran terpilih. Di bawah Sistem Pelajaran Komprehensif yang diwujudkan dalam

Page 19: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

2

tahun 1965 setiap pelajar sekolah menengah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya

satu pilihan daripada mata pelajaran elektif iaitu perdagangan, sains pertanian, sains

rumahtanga dan seni perusahaan.

Menurut Mohd. Shah Lassim (1976) di Sekolah Menengah Vokasional, pertanian

diajar sebagai tumpuan utama bersama-sama dengan mata pelajaran akademik seperti

sains, matematik, Bahasa Malayu dan sebagainya. Pelajar mula memasuki tingkatan

empat dan di akhir tingkatan lima, mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran

Vokasional Malaysia (SPVM). Sijil SPVM diiktiraf sebagai kelulusan minima untuk

menjawat pekerjaan peringkat operatif dan diperakui setaraf dengan kelulusan SPM.

Sains Pertanian ialah satu pengajian yang saintifik dan sistematik tentang sumber

alam semula jadi (contohnya tanah, tumbuhan dan haiwan) serta pengendalian sumber

alam semula jadi ini untuk menghasilkan makanan dan bahan mentah. Di samping itu

juga digunakan untuk memenuhi keperluan estetika manusia. Melalui Buku Panduan

Pendidikan Pertanian di Sekolah Umum (Abdul Fatah, 1994) Pendidikan Vokasional

pertanian boleh ditakrifkan sebagai pengajaran pertanian yang sistematik di peringkat

rendah, menengah, menengah lanjutan atau di peringkat dewasa yang bertujuan untuk

menyediakan seseorang bagi menceburi atau memasuki semua bidang kerjaya yang

berkaitan dengan pertanian. Pendidikan vokasional pertanian mempunyai matlamat

tambahan iaitu pengajaran ke arah pembentukan dan pembinaan kerjaya dan

keusahawanan.

Akta Smith-Hughes (dalam Abdul Fatah, 1994), menyediakan peruntukan bagi

memperkenalkan program pendidikan vokasional pertanian kepada petani dan bakal

petani. Menurut Akta Smith-Hughes (1917) lagi, terdapat kira-kira 9,000 sistem

persekolahan di Amerika Syarikat yang menawarkan program pendidikan vokasional

pertanian. Berdasarkan Akta Pendidikan Vokasional (dalam Abdul Fatah, 1994),

program vokasional pertanian di peringkat sekolah menengah dan menengah lanjutan

telah berkembang dengan pesatnya dalam kerjaya pertanian selain pengeluaran pertanian.

Page 20: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

3

Akta Pendidikan Vokasional Carl D.Perkins (dalam Abdul Fatah, 1994), pendidikan

pertanian diperlukan oleh semua pelajar kerana ia berkaitan dengan pendidikan kerjaya.

Mohd. Shah Lassim (1976) menyatakan bahawa pendidikan vokasional pertanian

bukanlah satu unsur baru yang menjelma dalam sistem pendidikan di Malaysia. Menurut

Mohd. Shah Hj. Lassim (1976) lagi, pendidikan yang bercorak penyediaan latihan

kemahiran kepada pelajar-pelajar sekolah telah dijalankan pada zaman penjajah Inggeris

walaupun matlamatnya agak berlainan daripada matlamat yang dijalankan di Malaysia.

R.O.Windstedt (1921) telah mengkaji dan menggubal satu kurikulum yang bercorak

amali sesuai dilaksanakan bagi sekolah-sekolah ‘Vernacular’ atau lebih dikenali lagi di

sekolah-sekolah Melayu pada zaman pemerintahan Inggeris. Hasil kajian R.O.Windstedt

(1921), maka pelajaran ‘Sains Pertanian’ telah menjadi salah satu daripada mata pelajaran

yang wajib diambil bagi semua pelajar lelaki di sekolah-sekolah Melayu. Adanya

perakuan-perakuan yang ditegaskan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Perlaksanaan Dasar Pelajaran, perkembangan pendidikan vokasional pertanian akan terus

dipergiat dalam sistem pendidikan di Malaysia (Mohd. Shah Lassim, 1976).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sains pertanian secara formal telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran elektif.

Pendidikan vokasional pertanian di Malaysia terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan

kaedah yang dikendalikan oleh Kementerian-kementerian Kerajaan dengan matlamat

yang berbeza. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan sains pertanian

sebagai salah satu mata pelajaran pilihan. Di bawah Sistem Pelajaran Komprehensif

(1965), setiap murid sekolah menengah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu

pilihan daripada mata pelajaran elektif iaitu perdagangan, sains pertanian, sains rumah

tangga dan seni perusahaan.

Page 21: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

4

Terdapat dua buah Sekolah Menengah Vokasional Pertanian dan 360 buah

sekolah yang menawarkan sains pertanian sebagai mata pelajaran pilihan dan

pelaksanaannya belum dikatakan menyeluruh lagi. Disebabkan masalah-masalah tertentu

dan tekanan yang sewajarnya tidak diberikan maka mata pelajaran ini tidak diajarkan

secara menyeluruh kepada semua sekolah-sekolah (Mohd Shah Lassim, 1976).

Pra-vokasional iaitu pelajaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar tidak

mencukupi untuk melengkapkan seseorang itu dengan kemahiran. Misalnya mata

pelajaran Sains Pertanian yang dipelajari oleh pelajar sekolah Menengah Rendah

sehingga ke peperiksaan PMR. Selain itu terdapat beberapa agensi kerajaan tidak

bertanggungjawab menyediakan program-program latihan bagi jawatan-jawatan seperti

separa mahir, mahir, separa profesional dan juga profesional.

Dalam merangsang sektor pertanian dan industri asas tani, kerajaan telah

merancang untuk menjadi sektor ini sebagai ejen ketiga pertumbuhan ekonomi

(Muhyiddin Mohd Yassin, 2004). Bidang industri asas tani telah menjadi rangkuman

tanggungjawab Kementerian Pertanian supaya sektor pertanian dan industri asas tani

dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, pengeluaran,

penyimpanan, pemasaran sehingga dijual kepada pengguna. Usaha untuk menjadikan

negara ke arah keutamaan kepada sektor pertanian, menyediaan tenaga mahir di peringkat

awal merupakan langkah permulaannya.

Permulaan ini telah pun dimulakan dengan mewujudkan pendidikan Sains

Pertanian yang telah diperkenalkan pada peringkat menengah atas iaitu bermula pada

tingkatan empat. Memandangkan pendidikan Sains Pertanian ini telah lama diwujudkan

pada peringkat ini, menjadi tanda tanya terhadap pendekatan pengajaran dan

pembelajaran sama ada selari dengan teknologi masa kini atau pun berasaskan kehendak

industri. Hal ini disokong oleh Alimuddin Mohd. Dom (2008) yang menyatakan bahawa

Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula pengajaran mata pelajaran Sains Pertanian

di sekolah supaya ia selari dengan keperluan negara. Rasional pengkajian semula

Page 22: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

5

dijalankan adalah untuk memperkukuhkan mata pelajaran tersebuat dalam menyahut

langkah kerajaan untuk mempertingkatkan produktiviti pertanian negara.

“Penekanan seharusnya diberikan kepada aspek pengetahuan dan latihan

kemahiran vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemampuan. Pelaburan

baru sering membawa teknologi baru dan kita harus memastikan tenaga kerja yang ada

mampu menyerap apa jua teknologi yang dibawa masuk” (Mingguan Malaysia, 24 Jun

1990). Oleh itu pihak KPM telah menyediakan sekolah teknik/vokasional dengan aliran

Sains Pertanian di peringkat sekolah lagi dalam usaha untuk sentiasa seiring dengan

perkembangan teknologi khususnya dalam bidang pertanian.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa sekolah teknik/vokasional menekankan

aspek pengetahuan sekaligus kemahiran terhadap bidang pertanian. Namun begitu

pelajaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini tidak mencukupi untuk melengkapkan

seseorang itu dengan kemahiran yang setanding dengan keperluan industri semasa

(Razali Ismail, 2008). Hal ini dapat dilihat pada mata pelajaran Sains Pertanian yang

dipelajari oleh pelajar sekolah Menengah Rendah sehingga ke peperiksaan PMR. Aspek

pendekatan yang ada dalam mata pelajaran Sains Pertanian dibekalkan dengan kemahiran

yang menyediakan pada keperluan industri. Namun, kemahiran yang diberikan semasa

latihan amali mengikut keperluan industri atau telah melewati masa perlu diberi

perhatian.

Mata pelajaran Teknik dan Vokasional akan diajar bermula daripada tingkatan

satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah teknik di seluruh negara menjelang 2010

(Razali Ismail, 2008). Hal ini merupakan salah satu usaha yang diambil dalam

menangani kekurangan kemahiran dalam kalangan para pelajar terbabit. Menurut Razali

Ismail (2008), langkah memperkenalkan mata pelajaran itu di peringkat awal juga untuk

membolehkan para pelajar menyalurkan kreativiti selain menanamkan minat terhadap

bidang yang mereka ingin ceburi.

Page 23: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

6

Pendekatan kerajaan untuk melaksanakan pendidikan teknik/vokasional bermula

pada peringkat menengah rendah haruslah melihat pada kebaikan dan keburukan tindakan

tersebut dilaksanakan. Pelaksanaan pengajaran Sains Pertanian pada peringkat menengah

rendah mungkin membebankan pelajar memandangkan pada peringkat menengah rendah

setiap pelajar wajib mengambil semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk menduduki

peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Menurut Razali Ismail (2008) yang

bertujuan memberi masa bagi pelajar menanam minat terhadap mata pelajaran ini, maka

ia perlu dilaksanakan bermula pada peringkat menengah rendah lagi. Oleh itu, pengkaji

melihatkan bahawa minat terhadap mata pelajaran Sains Pertanian merupakan faktor

yang perlu dikaji dalam kajian ini.

Pelajar yang terlibat dalam bidang ini dikatakan akan dibekalkan dengan

pengetahuan dan kemahiran terkini. Namun yang lebih utama adalah kemahiran yang

ada pada tenaga pengajar atau lebih khusus adalah kemahiran pada seorang guru amatlah

penting. Guru merupakan individu yang paling rapat dengan pelajar dalam bidang

pendidikan dan mereka merupakan individu rujukan para pelajar sekiranya timbul

sebarang sangsian. Guru yang mengajar pelajar dalam bidang pertanian perlulah

mendapat latihan yang terkini terhadap teknologi dan kemahiran yang diperlukan selari

dengan kehendak industri semasa.

Fokus pada pelajar Sains Pertanian yang berada di tingkatan empat kini

merupakan pelajar yang memilih sendiri untuk mendapatkan pendidikan berkaitan bidang

ini. Oleh itu, pelajar ini dikatakan akan terlibat dalam bidang ini sehingga ke akhir.

Dalam usaha untuk mendapatkan bimbingan yang terbaik mengenai bidang ini, pelajar

juga perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai kerjaya masa hadapan dalam

bidang Sains Pertanian . Sekali lagi, guru merupakan sumber rujukan utama dalam

mendapatkan info dan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa dalam bidang

Sains Pertanian. Tanggungjawab guru dalam mendapatkan maklumat tersebut dan

disampaikan kepada pelajar merupakan tugas yang sepatutnya namun masih terdapat

guru yang tidak mengambil berat mengenai perkembangan terkini dalam bidang

Page 24: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

7

pertanian ini. Oleh itu, pengkaji sekali lagi ingin mengkaji mengenai faktor bimbingan

dalam pemilihan kerjaya yang akan dipilih oleh pelajar setelah mereka menamatkan

pelajaran pada peringkat menengah atas ini.

1.3 Penyataan Masalah

Pendidikan Sains Pertanian adalah salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di

sekolah Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1968, pendidikan Sains

Pertanian telah diperkenalkan di sekolah Pendidikan Teknik dan Vokasional dan

pembelajarannya adalah berbentuk teori dan amali. Berdasarkan latar belakang masalah

yang dinyatakan didapati mata pelajaran Sains Pertanian tidak diajar secara meluas dan

hanya diajar pada peringkat PMR di samping itu juga minat pelajar juga perlu diambil

kira dalam penentuan.

Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh pelajar mengenai mata

pelajaran dan kesesuian kerjaya yang perlu diceburi setelah tamat pembelajaran. Dengan

ini pengkaji mendapati terdapat beberapa fokus yang akan dikaji dalam kajian ini. Fokus

yang akan dikaji adalah keperluan pendidikan Sains Pertanian dalam era kini, kemahiran

yang dibekalkan, minat pelajar dalam mata pelajaran ini dan akhir sekali adalah

bimbingan pemilihan kerjaya yang diberikan kepada pelajar. Dengan ini pengkaji ingin

mengkaji tentang Kesesuaian kemahiran asas pertanian di Sekolah Menengah

Teknik/Vokasional (Pertanian) ke arah persediaan menceburi bidang kerjaya.

1.4 Objektif Kajian

Page 25: KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH … AP050185D2009TTP.…Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69

8

Berdasarkan masalah kajian, objektif yang pengkaji ingin capai melalui kajian ini

ialah

i. Mengenalpasti pendidikan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Teknik

dan Vokasional memenuhi asas keperluan kerjaya dalam bidang pertanian.

ii. Mengenalpasti kemahiran pelajaran Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional dalam mata pelajaran pendidikan Sains Pertanian.

iii. Mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Sains

Pertanian.

iv. Mengenalpasti bimbingan terhadap kesesuaian kerjaya kepada pelajar

1.5 Persoalan kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah seperti berikut :

i. Apakah pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan kerjaya di dalam

bidang pertanian?

ii. Apakah pelajar mendapat latihan kemahiran yang cukup dalam Pendidikan

Sains Pertanian?

iii. Apakah pelajar berminat dalam mata pelajaran pendidikan sains

pertanian?

iv. Apakah pelajar dibimbing mengenai pemilihan kerjaya di dalam bidang

pertanian?