peraturan keselamatan makmal 3 - ukm.my · pdf file2.5 pengawal keselamatan yang ditugaskan di...

58
Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan 1 1. PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 1.1 Peraturan Umum 1.1.1 Pengguna makmal hendaklah memakai baju makmal dan kasut (sebarang bentuk selipar ditegah sama sekali) semasa berada dalam makmal. Cermin mata keselamatan wajib dipakai dalam makmal. Pemakaian purdah adalah dilarang. 1.1.2 Pengguna makmal dilarang makan, minum dan merokok dalam makmal. 1.1.3 Pengguna dilarang bergurau dalam makmal. 1.1.4 Bilik makmal tidak boleh digunakan sebagai bilik rekreasi walaupun semasa rehat 1.1.5 Jangan meninggikan suara dalam makmal dan di koridor. 1.1.6 Pelajar tidak dibenarkan bekerja sebelum atau selepas masa yang ditentukan kecuali diiringi oleh pembimbing/pembantu makmal yang bertugas. 1.1.7 Sampah sarap kerja amali mestilah dibuang ke dalam bakul sampah atau tempat yang dikhaskan. Jangan buang sampah dalam sink atau dalam urinal. 1.1.8 Sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam bekas berlabel yang dikhaskan. 1.1.9 Sisa pelarut organik mestilah dibuang ke dalam botol berlebel yang dikhaskan. 1.1.10 Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal kecuali dengan urusan/kebenaran. 1.1.11 Sebarang operasi melibatkan mulut seperti mempipetkan larutan adalah dilarang. 1.1.12 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau menyalin kunci makmal.

Upload: docong

Post on 24-Mar-2018

288 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

1

1. PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 1.1 Peraturan Umum

1.1.1 Pengguna makmal hendaklah memakai baju makmal dan kasut

(sebarang bentuk selipar ditegah sama sekali) semasa berada dalam makmal. Cermin mata keselamatan wajib dipakai dalam makmal. Pemakaian purdah adalah dilarang.

1.1.2 Pengguna makmal dilarang makan, minum dan merokok dalam makmal.

1.1.3 Pengguna dilarang bergurau dalam makmal. 1.1.4 Bilik makmal tidak boleh digunakan sebagai bilik rekreasi

walaupun semasa rehat 1.1.5 Jangan meninggikan suara dalam makmal dan di koridor. 1.1.6 Pelajar tidak dibenarkan bekerja sebelum atau selepas masa yang

ditentukan kecuali diiringi oleh pembimbing/pembantu makmal yang bertugas.

1.1.7 Sampah sarap kerja amali mestilah dibuang ke dalam bakul sampah atau tempat yang dikhaskan. Jangan buang sampah dalam sink atau dalam urinal.

1.1.8 Sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam bekas berlabel yang dikhaskan.

1.1.9 Sisa pelarut organik mestilah dibuang ke dalam botol berlebel yang dikhaskan.

1.1.10 Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal kecuali dengan urusan/kebenaran.

1.1.11 Sebarang operasi melibatkan mulut seperti mempipetkan larutan adalah dilarang.

1.1.12 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau menyalin kunci makmal.

Page 2: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

2

1.1.13 Meja kerja mestilah dikemaskan setiap hari sebelum meninggalkan makmal.

1.1.14 Anda perlu membiasakan diri dengan kedudukan peralatan kecemasan seperti pemadam api, penyiram kecemasan dan lain-lain.

1.1.15 Muka dan tangan mestilah dibersihkan sebelum meninggalkan makmal.

1.1.16 Sebarang kemalangan mestilah dilaorkan dengan segera secara lisan kepada pengawas/pembantu makmal/jurutunjuk dan secara bertulis kepada jabatan dan pegawai pengawas keselamatan.

1.2 Cermin Mata Keselamatan 1.2.1 Pastikan anda memakai cermin keselamatan semasa berada

dalam makmal. Cermin mata hanya boleh ditinggalkan apabila anda keluar dari makmal, bukan selepas anda selesai sesuatu eksperimen.

1.2.2 Bahaya utama kepada mata anda ialah bahan kimia (seperti gas, cecair atau pepejal), benda yang bertebangan (seperti serpihan kaca) dan punca cahaya yang kuat (seperti laser).

1.2.3 Mata juga sangat peka kepada wap SO2, Cl2 dan NH3. Iritasi mata dapat diminimumkan atau diatasi dengan merancang eksperimen secara teliti dan menggunakan alat penyingkiran wap secara berkesan.

1.2.4 Mata yang terkena cecair atau pepejal yang menghakis boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.

1.2.5 Mata yang terkena bahan kimia mesti dibasuh secepat mungkin dengan larutan daripada botol pencuci mata atau air paip yang bersih selama 20 minit. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.

Page 3: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

3

1.2.6 Jika mata terkena bahan kimia, pembasuhan tidak akan berkesan jika anda menggunakan kanta sentuh. Ini kerana bahan kimia akan terperangkap antara kanta dan mata anda.

1.3 Alat Radas 1.3.1 Pelajar dilarang menggunakan alat radas tanpa mendapat

keterangan yang lengkap daripada pensyarah atau pembantu makmal. Penggunaan alat radas rumit tanpa pengawasan akan membahayakan diri sendiri dan juga pengguna lain serta juga boleh melibatkan kerosakan kepada alat tersebut.

1.3.2 Sebelum menggunakan radas, pastikan bahawa punca kuasa dan palam adalah sesuai dengan alat berkenaan.

1.3.3 Gunakan alat radas yang sensitif di tempat yang dikhaskan tanpa mengalihkannya.

1.3.4 Kerosakan yang berlaku kepada alat semasa menggunakannya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pembantu makmal/jurutunjuk yang berkenaan. Jangan cuba membaikinya sendiri.

1.4 Radas Kaca 1.4.1 Apabila anda perlu menyambung tiub kaca kepada tiub getah,

penyumbat getah atau tiub plastik, pastikan yang saiz lubang bersesuaian. Gunakan sedikit air atau gliserin sebagai pelincir. Pastikan anda gunakan kain yang tebal sebagai pengalas untuk melakukan kerja sedemikian.

1.4.2 Jika penutup atau “groud glass” terlekat, dapatkan bantuan jurutunjuk atau pembantu makmal. Jangan gunakan psaksaan untuk menanggalkan sambungan kaca kerana kaca akan pecah.

1.4.3 Hujung setiap tiup kaca perlulah dilicinapikan.

Page 4: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

4

1.4.4 Jangan menggunakan paksaan untuk mengeluarkan getah atau gabus dari tiub kaca. Jika perlu, potong getah atau gabus dari tiub kaca.

1.4.5 Jangan cuba memaksa penyumbat yang besar ke dalam mulut kelalang. Penyumbat boleh dikecilkan dan menjadi lembut dengan menggelekkannya.

1.5 Bahan Kimia 1.5.1 Elakkan penggunaan api secara terbuka. Jika perlu, perhatian

khas mesti diberikan dan jangan ditinggalkan begitu sahaja. Pastikan tiada pelarut mudah terbakar di sekitarnya.

1.5.2 Pastikan aras bahaya dan cara pengendalian sesuatu bahan kimia sebelum memulakan kerja.

1.5.3 Elakkan sentuhan secara langsung dengan sebarang bahan kimia. Jangan merasa atau menghidu bahan kimia melainkan bila diperlukan. Cuci anggota badan yang terkena bahan kimia dengan sabun.

1.5.4 Semua sampel bahan kimia mestilah dilabel dengan betul. Jangan gunakan bahan kimia tanpa label.

1.5.5 Jangan mengambil bahan kimia lebih daripada yang diperlukan dari botol dan segala lebihan mestilah dibuang di tempat yang dikhaskan dan jangan memasukkan balik lebihannya ke dalam botol asal.

1.5.6 Semasa menyediakan larutan, larutan pekat haruslah dituang ke dalam larutan kurang pekat, bukan sebaliknya. Cermin mata keselamatan mesti dipakai dan kerja pencairan mestilah dilakukan dalam almari wasap.

1.5.7 Kebanyakan eter membentuk peroksida, iaitu suatu bahan yang berpotensi untuk meletup apabila terdedah kepada udara dan

Page 5: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

5

cahaya. Jangan goncang atau panaskan eter jika anda tidak pasti sama ada eter itu bebas daripada peroksida atau tidak.

1.5.8 Elakkan pelarut yang mudah terbakar daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan haba. Jangan panaskan pelarut dengan api terbuka atau plat pemanas elektrik.

1.5.9 Jangan gunakan ketuhar elektrik tanpa ventilasi untuk menyejat pelarut organik atau sisa pelarut dalaam sampel atau penjanaan semula bahan penjerap (gel silika) yang tidak dicemari oleh pelarut organik.

1.5.10 Semua botol Winchester yang berisi bahan kimia mestilah dibawa khas dan buka dengan memegang lehernya/telinganya.

1.6 Pembuangan Sisa Makmal 1.6.1 Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan

meja kerja masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna lain. Sisa yang memudaratkan mestilah dibotolkan dan dilabelkan dengan baik.

1.6.2 Buangan makmal mestilah mempunyai pH dalan julat 6 ke 10. 1.6.3 Had kepekatan bahan berikut dalam sisa makanan ialah:

Nama Bahan Kepekatan m/L-1

Pepejal terapung 350 Minyak dan gris 50 Karbohidrat (sebagai D(+)-glukosa 500 Sianida (CN-) 5 Sulfat (SO4

2-) 330 Sulfida (S2-) 2

Page 6: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

6

Logam kromium, kuprum, nikel, zink, kadmium, plumbum dan argentum mestilah secara total atau individu tidak melebihi 10 mgL-1. Bahan pencuci anion (seperti manoxol OT), kation (seperti Cetyl piridinium bromide) dan bukan ionik (seperti Lissapol NS) mestilah tidak melebihi secara total 20 mgL-1.

1.6.4 Bahan berikut tidak boleh dibuang ke dalam sink makmal. - Petroleum spirit - Kalsium karbida - Sebatian organik dari kumpulan hidrokarbon

terhalogen 1.6.5 Semua sisa makmal yang tidak sesuai untuk dibuang ke dalam

sink mestilah dikumpul dan disimpan dalam bekas yang dikhaskan. Setiap pelajar yang menjanakan sisa makmal bertanggungjawab mengumpul bahan-bahan itu dan memberi maklumat yang perlu kepada kakitangan yang dipertanggungjawabkan.

1.6.6 Pelarut organik yang tidak terlarut-campur dengan air pelarut dan pelarut-pelarut yang mudah terbakar tidak boleh dibuang ke dalam sink atau longkang.

1.6.7 Sisa pelarut dan sisa kimia lain mestilah dikumpul secara berasingan mengikut sifat fizikal dan kimia bahan. Sisa pelarut diasingkan kepada:

- Pelarut yang mudah terbakar - Pelarut yang tidak mudah terbakar - Pelarut terhalogen

1.6.8 Elakkan pencampuran sisa pelarut. 1.6.9 Sisa kloroform tidak boleh dicampur dengan sisa pelarut lain

seperti sisa aseton kerana kloroform boleh bertindakbalas dengan cergas sehingga tidak terkawal.

Page 7: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

7

1.6.10 Sisa natrium tidak boleh dibuang ke dalam sink, tetapi mesti ditindakbalaskan sedikit demi sedikit dengan alkohol kering.

1.6.11 Botol Winchester mestilah dibasuh sekurang-kurangnya dua kali dengan air sebelum buang.

1.7 Bahan Radioaktif 1.7.1 Setiap kerja dengan bahan radioaktif mestilah dilakukan dalam

talam beralas dan di bilik yang ditetapkan. 1.7.2 Pengguna makmal radioaktif mesti memakai ‘film badge’ atau

peralatan pengesan yang lain. 1.7.3 Sarung tangan getah mesti dipakai apabila bekerja dengan bahan

radioaktif secara terbuka. 1.7.4 Sarung tangan getah dan pakaian mesti dipantau selepas

pengendalian bahan radioaktif secara terbuka. 1.7.5 Semua alat radas yang digunakan untuk bahan radioaktif

mestilah dilabelkan dengan pita amaran radioaktif dan pita ditanggalkan sesudah alat radas dicuci dan didapati bersih daripada bahan radioaktif.

1.7.6 Sisa radioaktif mesti dikumpul dalam bekas khas. 1.7.7 Jika tumpahan cecair radioaktif berlaku, serapkan tumpahan itu

dan bersihkan dengan kertas tisu. Pemantauan perlu dilakukan selepas tempat itu kering.

1.7.8 Jika tumpahan pepejal radioaktif berlaku, tutupkan tempat itu dengan kertas tisu lembab. Pemantauan perlu dilakukan selepas itu.

1.7.9 Semua bahan radioaktif bertanda sama ada tertutup atau tidak, mestilah disimpan di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

1.7.10 Bahan radioaktif mesti dilabelkan dengan sempurna sebelum dan semasa menggunakannya.

Page 8: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

8

1.7.11 Baju makmal hendaklah ditinggalkan di tempat yang disediakan apabila hendak meninggalkan kawasan ini.

1.7.12 Pembuangan sisa dan pembelian bahan radioaktif mestilah dilakukan menerusi pegawai pengawas keselamatan atau mengikut peraturan yang ditetapkan.

1.8 Elektrik, Gas dan Lain-lain 1.8.1 Pastikan semua sumber gas, elektrik dan air ditutup sebelum

meninggalkan makmal. Tingkap almari wasap mestilah diturunkan ke paras paling rendah.

1.8.2 Pastikan punca kuasa itu sesuai dengan alat yang digunakan. Alat yang telah selesai digunakan mesti ditinggalkan palamnya.

1.8.3 Jika sesuatu eksperimen perlu ditinggalkan, pastikan eksperimen itu dapat berjalan dengan selamat dan semua sistem saluran air, gas, elektrik dan lain-lain mestilah diperkuatkan dan sempurna keadaannya supaya kebocoran tidak berlaku. Peralatan elektrik juga mesti mempunyai sistem pasti selamat (‘fail-safe system’)

1.9 Hal-Hal Lain 1.9.1 Bilangan peralatan dan radas yang beroperasi secara

berpanjangan di luar waktu pejabat mestilah diminimumkan bagi mengelakkan kemungkinan banjir dan kebakaran.

1.9.2 Pelajar bertanggungjawab membersihkan meja kerja, sink, peralatan dan alat-alat yang digunakan.

1.9.3 Kakitangan makmal bertanggungjawab membersih meja kerja, sink, unit-unit di bawah meja kerja, almari, peti sejuk, alamari wasap dan alat radas yang berkaitan.

1.9.4 Pelajar bertanggungjawab membersihkan meja kerja, sink, peralatan dan alat-alat yang digunakan.

Page 9: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

9

1.9.5 Jika sesuatu eksperimen itu berbahaya, maka eksperimen itu perlu dibincangkan dengan Pengerusi Pusat Pengajian berkenaan dan seterusnya memberitahu pegawai pengawas keselamatan.

1.9.6 Pelajar perlu berhati-hati apabila bekerja dengan sampel biologi seperti darah, urin, mikrob dan lain-lain, disebabkan bahaya dari jangkitan kuman-kuman berbahaya.

2. PERATURAN BEKERJA DI LUAR WAKTU PEJABAT 2.1 Pensyarah, pembantu makmal dan pelajar boleh terus bekerja (atau

keluar masuk bangunan) sehingga pukul 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat tanpa memerlukan surat kebenaran dari Pusat Pengajian.

2.2 Pelajar hanya dibenarkan bekerja selepas pukul 5.30 petang bagi hari Isnin-Jumaat atau pada hari-hari cuti setelah mendapat kebenaran dari Penyelia dan Pengerusi Pusat Pengajian.

2.3 Pensyarah dan pembantu makmal boleh memasuki bangunan pada hari Ahad dan hari cuti am selepas mendaftar diri di Pusat Kawalan Keselamatan Fakulti/Pusat. Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad pekerja kepada pengawal keselamatan yang bertugas sebelum dibenarkan masuk.

2.4 Kakitangan dan pelajar yang bekerja selepas pukul 5.30 petang pada hari Isnin-Jumaat atau pada hari cuti umum perlu menandatangani buku pendaftaran di Pusat Kawalan Keselamatan Fakulti/Pusat setiap kali memasuki dan meninggalkan bangunan.

2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada di Pusat Kawalan Keselamatan Fakulti/Pusat untuk membolehkan kakitangan dan pelajar keluar masuk bangunan. Pintu masuk bangunan akan dikunci selepas pukul 6.00 petang pada hari Isnin-Jumaat dan pada hari cuti umum.

Page 10: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

10

2.6 Semua kakitangan dan pelajar di Fakulti/Pusat perlu menggunakan pintu khas sahaja untuk keluar masuk selepas waktu pejabat.

2.7 Pengawal keselamatan yang bertugas di Fakulti/Pusat boleh meminta seseorang yang keluar masuk bangunan mengenalkan diri (dengan menunjukkan kad ahli/kad pengenalan/ kad kampus) sekiranya orang itu dicurigai. Pemeriksaan ini boleh dibuat pada bila-bila masa, selepas waktu pejabat.

2.8 Sumber-sumber bahaya perlu diberitahu kepada pengawal yang bertugas apabila eksperimen dibiarkan berlanjutan selepas waktu pejabat.

2.9 Penyelidikan boleh diteruskan hingga selepas waktu pejabat, dengan syarat sekurang-kurangnya terdapat seorang lagi (dalam jarak panggilan) dalam bangunan tersebut. Elakkan eksperimen yang berbahaya di luar waktu pejabat.

Page 11: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

11

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI MAKANAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pengarah Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh :___________ Tuan, Kebenaran Untuk Memasuki Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM) Di Luar Waktu Pejabat / Makmal Dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas, pihak PPSKTM memberi kebenaran kepada penama-penama berikut memasuki bangunan PPSKTM untuk menjalankan kerja-kerja di makmal. Nama : a) ______________________________ No. Matrik : _______________________ b) ______________________________ No. Matrik : _______________________ Tarikh dan Masa : Dari : _________________ hingga _________________________ Makmal : ______________________ Pembantu Makmal Bertugas : ________________ Nama : ____________________________ (Tandatangan) 4. Komen Penyelia : ___________________________________________________________________________ 5. Perakuan Penyelia : ___________________ Nama : ______________________________ (Tandatangan) Sekian, terima kasih. Yang benar, _____________________ (Tandatangan & Cop Pengerusi Pusat) s.k : Penyelia

: Pegawai Sains, PPSKTM * Borang ini mestilah dipamerkan di luar pintu makmal untuk semakan Pengawal Keselamatan.

Page 12: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

12

3. PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

Arahan yang diberi ialah untuk bahan kimia yang diketahui kemudaratannya sahaja. Bahan yang lain perlulah dianggap sebagai mudarat juga walaupun taraf kemudaratannya tidak diketahui kerana ini merupakan suatu amalan makmal yang berguna. Setiap pekerja makmal perlulah cekap,bersih dan mempunyai teknik bekerja yang baik dan selamat supaya kemungkinan kemalangan diminimumkan. Pastikan segala langkah keselamatan diambil memulakan sebarang eksperimen.

3.1.1 Aras bahaya bagi beberapa bahan kimia yang sering digunakan:

Bahan Kimia Aras Dos Bahaya

Asid pekat 1mL Alkali pekat 1 mL atau 1 g Arsenik (As2O3) 100 mg Garam barium 800 mg Bromin 120 mg Sianida (HCN), F2, HF dll 50 mg Garam merkuri 1 mg Garam logam berat 5-10 mg Fenol 10 mg

3.1.2 Kepekatan maksimum bagi pendedahan setiap hari bekerja: Bahan Gas, ppm(v/v) Wasap-habuk, mg/m3 Garam rodium - 0.001 Garam Be, Os, Pt - 0.002 Nikel karbonil 0.00 10.007 Organomerkuri - 0.01

Natrium fluoroasetat (1080) - 0.05 Kromat sperti CrO3 - 0.1 Merkuri - 0.1 Parathion, warfarin - 0.1

Page 13: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

13

Tolilena z, 4-diisosianat 0.02 0.14 Akreloin, Br2O3 0.1 - Aldrin, dieldrin 1 0.25 Meta-dinitrobenzena - 1 Nitrobenzena 1 5 DDT Diklorvos 1 1 H2SO4 - 1 Sianida - 5 S2Cl2 - 6 Dimetil sulfat 1 5 Anilina 5 19 SO2 5 13 NO2 5 9 Fenol 5 19 HCN 10 11 H2S 10 15 CS2 20 60 Benzena 25 80 NH3 50 35 Amil alkohol 100 360 3.2 Bahaya Kebakaran

3.2.1 Tiga perkara diperlukan untuk suatu kebakaran bermula iaitu bahan api, punca oksigen dan sumber pencucuhan atau haba. Jika salah satu daripada perkara ini tiada maka kebakaran tidak akan bermula dan jika sudah bermula akan padam.

3.2.2 Kebanyakan pelarut yang digunakan dalam makmal yang mudah terbakar ialah karbon disulfida, eter, benzena, toluena, alkohol, etil klorida, metil klorida, pentana, heksana, nitromentana (asetonitril) dan aseton. Sifat-sifat fizik, takat kilat dan suhu

Page 14: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

14

autonyalaan perlu dikaji bagi menimbangkan bahaya yang mungkin timbul. Misalnya sentuhan dengan permukaan panas akan menyebabkan karbon disulfida terbakar. Wap eter adalah lebih berat daripada udara dan akan merayap di sepanjang permukaan meja kerja, atau mengalir ke atas lantai, dan mungkin terbakar di situ. Selain itu logam alkali seperti natrium dan kalium juga terbakar jika bertindakbalas dengan air.

3.2.3 Pengawasan dan Pencegahan

Hanya tindak balas yang melibatkan 500 mL atau kurang, pelarut mudah terbakar dibenarkan dilakukan dalam makmal. Eksperimen yang berukuran lebih besar perlulah dilakukan dalam bilik khas. Mendapatkan semula pelarut, mestilah juga dilakukan dalam bilik khas.

Penyimpanan pelarut mudah terbakar dalam makmal mestilah tidak melebihi 2.5 liter atau satu botol Winchester dan dalam tempat tertutup seperti almari dan lain-lain. Kuantiti yang dibenarkan di tempat terbuka, di atas rak atau meja adalah kurang dari 500 mL. Pemindahan pelarut daripada bekas ke bekas lain mestilah dilakukan dalam alamari wasap.

Sebelum memulakan eksperimen hendaklah dikaji dahulu kemungkinan bahaya kebakaran. Anda perlu biasakan dengan kedudukan pemadam api di sekitar kawasan bekerja dan tahu kaedah menggunakan peralatan berkenaan.

Cecair yang mudah terbakar tidak boleh dituang dari satu bekas ke bekas yang lain atau dipanaskan apabila berhampiran dengan api terbuka.

Bagi eksperimen yang memerlukan pemanasan, perhatian khas perlu diberi kepada medium pemanasan; pemilihan bergantung pada suhu yang dikehendaki. Maklumat yang terperinci boleh didapati daripada buku panduan.

Page 15: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

15

Pelarut bersuhu didih rendah (kurang daripada 100oC pada 760 mm Hg) haruslah dipanaskan dalam rendaman stim atau air yang dipanaskan secara elektrik. Pelarut bersuhu didih tinggi hendaklah dipanaskan dalam rendaman minyak atau pada tekanan rendah dalam rendaman stim atau air. Semua saluran elektrik mestilah tertutup.

Pemansan menggunakan api, gas atau plat pemanas selalunya membawa bahaya kebakaran berpunca dari wap mudah terbakar yang tidak terkondensasi atau keretakan radas kaca.

Wap yang dikeluarkan mestilah dikondensasi secekapnya supaya tiada yang dapat bebas ke dalam makmal. Jika boleh, setiap eksperimen haruslah dijalankan dalam almari wasap.

Laraskan pemanasan supaya cecair tidak terkumpul dalam kondenser. Jika ini berlaku cecair mungkin tersembur keluar dan disambar oleh api.

Radas kaca yang akan digunakan untuk memanaskan cecair yang mudah terbakar perlulah diperiks dengan teliti untuk mengelakkan kecacatan yang mungkin wujud seperti keretakan, calar dan ketebalan dinding yang tidak sekata.

Semua sambungan mestilah betul-betul sesuai supaya tiada kebocoran berlaku.

Perlu diingatkan terdapat banyak lagi cecair atau leburan yang mudah terbakar apabila dipanaskan seperti nitrobenzene, naftalena dan minyak dalam rendaman minyak.

3.2.4 Kebakaran pakaian

Jarang sekali-kali berlari jika kebakaran adalah besar. Gunakan penyiram air kecemasan (anda perlu mengetahui kedudukan penyiram ini). Jika tiada penyiram atau tiada siapa yang boleh menolong, segera baring dan berguling di atas lantai.

Page 16: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

16

Apakah pertolongan yang wajar/perlu diberikan kepada orang yang sedang terbakar? Pertolongan harus diberi dengan segera; kelambatan akan mengakibatkan kecederaan kepada mangsa itu. Jika terdapat penyiram kecemasan berhampiran, anda perlu bawa mangsa ke bawah penyiram dan menyiramnya. Jika tiada penyiram dua perkara penting perlu dilakukan; - Mangsa kebakaran mestilah ditundukkan supaya api tidak

merebak ke mata dan terus ke dalam pernafasan - Mangsa kebakaran haruslah dipaksa berguling di atas lantai

atau menutup api dengan pakaian tebal atau selimut. Penutup api mestilah cekap supaya api tidak sampat membesar dan membakar selimut yang digunakan. Jangan menggunakan alat pemadam api oleh kerana bahan pemadan api mungkin berbentuk asid aatu terlalu sejuk.

3.3 Letupan

3.3.1 Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk pengendalian bahan-bahan letupan atau yang mungkin meletup.

Elakkan pengendalian bahan dalam bentuk kontang. Alatan yang boleh mencetuskan penyucuh api mestilah

dielakkan. Kayu atau logam lembut seperti aluminium atau loyang mestilah digunakan.

Elakkan sebarang geseran dan pukulan. Jangan menyimpan bahan letupan dalam botol bertutupkan

penyumbat kaca atau skru. Penggunaan bahan letupan haruslah pada kuantiti yang kecil. Bahan letupan tidak boleh dipanaskan bersama bahan

pengoksida, atau bahan yang mudah terbakar.

Page 17: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

17

Langkah-langkah yang wajar seperti penabiran, perisai muka, cermin mata keselamatan, balutan leher dan sarung tangan, mestilah digunakan.

3.3.2 Terdapat sebatian yang lengai tetapi pada keadaan-keadaan tertentu boleh menjadi peletup, misalnya cecair udara atau oksigen bersama bahan organik, walaupun sedikit, seperti sisa peninggalan dari cucian boleh menghasilkan letupan. Di bawah ini disenaraikan kumpulan-kumpulan sebatian yang menjadi peletup.

Asetilida (-C=C-Logam) Nitrat (-O-NO2) Oksida amina (N-O) Nitrat (-O-NO) Azida (-N-N=N) Nitro (-NO2) Klorat (-ClO3) Nitroso (-NO) Diazo (-N=N-) Ozonida (-O-O-) Diazonium (-N=X-) Perasid (-C(O)COOH) Fulminat (O=N=C)

3.4 Bahaya Kecerunan 3.4.1 Makanan Bahaya ini timbul akibat kelalaian seseorang yang tidak

memenuhi peraturan, seperti memimum dari bikar, tidak membasuh tangan semasa keluar dari makmal, makan dalam makmal, menghisap rokok semasa pengendalian bahan beracun dan lain-lain.

3.4.2 Pernafasan Bahan-bahan yang digunakan atau dihasilkan dalam makmal

yang boleh mengewap dan wujud pada kepekatan beracun mestilah diawasi; pelarut dan gas yang digunakan atau dihasilkan dalam tindak balas. Penggunaan bahan-bahan ini atau tindak balas yang sedemikian perlulah dilakukan dalam almari wasap.

Page 18: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

18

Benzena adalah pelarut yang baik tetapi adalah peracun kronik. Benzena boleh meresap melalui pernafasan atau melalui kulit oleh sebab benzena adalah pelarut lemak. Penyerapan sedikit demi sedikit pada jangka masa yang panjang memberikan kesan keracunan kronik ke atas darah dan organ pembentukan darah.

Hidrokarbon terklorin selamat kerana tidak mudah terbakar, tetapi mempunyai kesan keracunan kronik ke atas hati dan buah pinggang, sebagai contoh, kloroform dan karbon tetraklorida. Karbon sulfida bukan sahaja mempunyai kesan keracunan kronik tetapi juga berkeupayaan membakar dengan mudah dan meletup. Untuk mengelakkan bahaya ini, jangan pipet pelarut dengan mulut. Gunakan bebuli penyedut getah.

Gas seperti hydrogen sulfide dan sulfur dioksida ialah gas yang berbau busuk dan mudarat pada kepekatan tinggi. Anda perlulah berhati-hati dan mengikut peraturan yang ditetapkan apabila menggunakan gas, wap atau wasap.

3.4.3 Penyerapan melalui kulit, kebakaran kimia dan dermatitis Kulit

- Pelrut seperti aniline boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit. Lemak terlarut di dalam sebatian seperti anilina dan dengan itu anilina dapat meresap ke dalam badan dengan mudah. Tumpahan anilina ke atas kulit perlulah dibasuh dengan segera. Sebarang pakaian yang terkena anilina perlulah ditanggalkan. Pengendalian bahan ini memerlukan pemakaian sarung tangan.

- Pelarut yang melarutkan lemak boleh memberi kesan kepada kulit dengan menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah. Setiap pembukaan dalam lapisan

Page 19: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

19

pelindung asli kulit akan menjadi saluran kepada bahan-bahan kimia yang lain ke dalam badan dan punca kepada jangkitan-jangkitan yang lain.

Kebakaran kimia - Pengendalian asid pekat, alkali pekat dan ammonia

memerlukan pemakaian cermin mata keselamatan untuk mengelakkan percikan ke dalam mata. Selain daripada bahan-bahan yang diketahui dan dianggap sebagai penghakis, pemerhatian dan langkah yang sama perlu diambil di dalam pengendalian bahan seperti asid asetik glacial, asid kloroasetik, asid klorosulfonik, sulfonit klorida, fosforus klorida dan tionil klorida. Apabila mengendalikan bahan-bahan ini sarung tangan getah atau PVC dan cermin mata keselamatan atau perisai muka perlu dipakai. Hidrogen fluorida (HF) lebih mudarat lagi dan oleh itu memerlukan perhatian yang khas semasa pengendaliannya.

Dermatitis - Perangsang utama bertindak serta merta apabila

bersentuh dan merangsang kulit. Tindakan ini mungkin disebabkan oleh keasidan, kealkalian atau kebolehan melarut lemak pada kulit atau mengeringkan kulit. Bahan-bahan ini akan mengganggu kulit setiap orang pada sentuhan pertama jika kepekatan tinggi dan masa pendedahannya cukup lama.

- Terdapat juga bahan kimia, seperti sebatian-sebatian asid amino yang menyebabkan dermatitis sentuhan.

Page 20: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

20

Pendedahan pertama mungkin tidak dan tidak kesan dapat dilihat. Tetapi, jika pendedahan berterusan atau berlaku semula walaupun pada kadar yang kecil, mungkin selepas beberapa hari, dermatitis akan terjadi disebabkan pendedahan pertama memekakan kulit.

3.5 Sebatian Berbahaya

3.5.1 Asid Perklorik Semua gred asid perklorik perlu disimpan dalam stor asid.

Garam organik asid perklorik perlu dijaga dengan teliti, oleh sebab garam sebegini telah dibuktikan menjadi punca letupan dalam makmal organik. Garam bukan organik asid perklorik juga berbahaya apabila bersentuh dengan pelarur-pelarut organik seperti apabila dicuci dengan etanol atau eter. Oleh itu garam perklorat mesti dikendalikan dalam almari wasap perklorik dan dilindungi oleh perisai keselamatan. Pemanasan, sentuhan atau gegaran ke atas bahan ini mestilah dielak.

Penggunaan bahan ini mestilah di bawah pengawasan yang rapi. Pembahagian asid juga mestilah dilakukan di dalam almari wasap perklorik.

3.5.2 Asid Hidrofluorik

Asid hidrofluorik mestilah dikendalikan dalam almari wasap hidrofluorik. Pastikan anda mempunyai bengkel “paste” magnesium oksida dan kalsium glukonat bagi rawatan segera kebakaran apabila berlaku tumpahan asid ke atas kulit.

Page 21: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

21

3.5.3 Sebatian Karsinogenik Sebatian ini adalah agen yang mempunyai keupayaan

mengakibatkan kanser dan dengan itu wajar dikendalikan dalam almari wasap atau bekas tertutup dengan menggunakan sarung tengan getah. Bekas-bekas yang mengandungi bahan ini perlulah dilabelkan dengan menuliskan tanda-tanda penyakit kanser yang boleh terjadi. Lebihan sebatian ini mestilah disimpan segera selepas digunakan dan semua bekas yang digunakan mestilah dibasuh oleh pengguna itu sendiri. Semasa penggunaan sarung getah mestilah sentiasa dalam almari wasap dan sarung getah ini mestilah dibasuh selepas digunakan. Sebatian sebegini perlu disenaraikan.

Pada umumnya sebatian-sebatian ini terdiri daripada - Hidrokarbon aromatik polisiklik besar dan terbitnya

seperti 2,4-benzopyrena, 1-2-benzanthrasena dan lain-lain.

- Amina aromatik atau garamnya dan sebatian nitro. - Pewarna azo seperti 4-dimetil aminoazo benzene dan

terbitannya. Penggunaan sebatian ini mestilah di tempat yang sesuai (mempunyai ventilasi yang baik) dan dengan kebenaran Pengerusi Pusat Pengajian.

3.5.4 Sebatian Karbonil Logam

Terdapat beberapa sebatian ini dan terbitannya yang mudah mengewap dan terlalu toksik. Pelajar perlulah berhati-hati apabila menggunakan bahan ini.

3.5.5 Raksa

Raksa ialah bahan mudarat yang member kesan keracunan kronik. Oleh itu penggunaannya mestilah mempunyai

Page 22: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

22

sistem ventilasi yang baik. Semua bekas raksa mestilah ditutup dan jika tidak boleh ditutup maka permukaan raksa mesti diliputi dengan lapisan air. Pemindahan raksa dari satu bekas ke bekas yang lain dan penggunaan lain perlulah dilakukan di atas talam supaya sebarang tumpahan dapat dibersihkan dengan sempurna.

Bekas kaca storan raksa mestilah kukuh, cukup besar untuk memberi ruang apabila raksa mengembang dan perlulah dilindungi dengan baik. Tumpahan raksa mestilah dipunggut balik dan sisanya mestilah diberi rawatan kimia iaitu dicuci dengan emulasi yang terdiri dari campuran 1:1, kalsium hidroksida-sulfur. Biarkan selama 24 jam dan apabila kering cuci dengan air. Jika tumpuhan raksa tidak dibersihkan segera, raksa akan memecah kepada titisan yang kecil dan menyerap ke dalam liang-liang di dalam kayu atau simen. Dari situ raksa membentuk wap dan menepukan udara dengan wap yang beracun.

3.5.6 Dadah Berbahaya dan Racun Bahan-bahan yang telah dikatakan sebagai racun dan

berbahaya perlulah diberi perhatian yang khas. Setiap orang yang menyimpannya mestilah mengawasinya dengan baik dan begitu juga dengan penggunaannya. Pengerusi Pusat Pengajian dan pengawas keselamatan perlu diberitahu tentang kewujudan dan penggunaan bahan-bahan tersebut di dalam makmal. Pembuagan sisa-siasanya juga perlu dipastikan. Pemindahan bahan-bahan ini dari empunya dilarang.

Page 23: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

23

3.5.7 Bahan Hakisan dan Kaustik Bahan-bahan ini boleh menyebabkan luka kimia jika

tertumpah ke atas kulit. Anda perlulah berhati-hati apabila menngunakan bahan ini dan harus memakai cermin mata keselamatan dan sarung getah.

4. PENGGUNAAN ALAT ELEKTRIK

4.1 Umum

4.1.1 Alat elektrik selamat digunakan jika segala peraturan penggunannya diikuti sepenuhnya.

4.1.2 Sebarang jalan pendek (short cut) akan membawa kepada kecelakaan.

4.1.3 Kerja yang selamat memerlukan pendekatan yang teliti dan berhati-hati kepada setiap langkah yang diambil. Kecuaian anda boleh membahayakan orang lain danmenyebabkan kerosakan kepada peralatan dan bangunan. Oleh demikian, anda harus mempelajari dan mengamalkan prinsip-prinsip keselamatan sebelum memasuki makmal.

4.1.4 Pada umumnya punca kuasa di dalam makmal bervoltan 240V dan disalurkan melalui palam 3 pin, satu pin adalah ke bumi untuk keselamatan dan dua lagi adalah untuk membawa kuasa. Satu daripada pembawa kuasa (hidup) adalah bervoltan 240V

neutral

Page 24: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

24

berdasarkan keupayaan bumi. Walaupun terdapat peraturan menyambung pin-pin ini dengan wayar berwarna tertentu tetapi kadangkala ia tidak diikuti dan dengan itu adalah wajar untuk menganggap yang kedua pembawa kuasa itu hidup. Sambungan Piawaian Antarabangsa Hidup Perang (Coklat) Neutral Biru Bumi Hijau / Kuning

4.2 Peraturan Bekerja Dengan Alat Elektrik 4.2.1 Sebelum memulakan sesuatu tugas/eksperimen, tentukan

bahawa anda faham akan arahan-arahan dan tindakan-tindakan. Jika ragu-ragu, minta penerangan dan nasihat kakitangan yang berkenaan terlebih dahulu.

4.2.2 Anda mesti merancang tugas anda terlebih dahulu. Susunkan semula alat/perkakas yang diperlukan di atas meja kerja dalam susunan yang rapi dan teratur.

4.2.3 Sebelum menggunakan sesuatu perkakas, baca terlebih dahulu buku panduan alat tersebut walaupun anda tahu bagaimana menggunakannya. Pengetahuan yang terhad boleh membahayakan diri sendiri atau alat berkenaan.

4.2.4 Pastikan alat yang akan anda gunakan berada dalam keadaan boleh berfungsi dengan selamat. Kawat kuasa peralatan yang berjerumbai, rekah atau terbakar dan palam kuasa yang retak atau sumbing merupakan punca-punca kemalangan.

4.2.5 Elakkan gangguan dengan mana-mana perkakas yang tidak kena mengena dengan anda. Selain dari membahayakan, gangguan ini boleh menyebabkan operasi yang tidak sempurna yang mungkin

Page 25: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

25

merugikan masa dan wang untuk kerja pembetulan dan pembaikian.

4.2.6 Jangan bekerja bersendirian. Pelajar yang bekerja di luar waktu pejabat untuk menyiapkan eksperimen mesti ada kawan. Dua pelajar boleh bekerja dalam dua makmal yang berlainan dengan syarat mereka berada dalam jarak panggilan masing-masing.

4.2.7 Anda perlu mengambil tindakan-tindakan berikut untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik:

Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembab apabila menggunakan peralatan elektrik.

Pakai kasut bertapak getah atau berdiri di atas atau berdiri di atas tikar apabila bekerja di meja eksperimen. Sifat pemisahan kasut atau tikar getah adalah tidak berguna jika anda meletakkan tangan atau lengan anda di atas, misalnya, sebuah osiloskop yang dibumikan; sebelah tangan di dalam saku anda adalah satu tindakan keselamatan yang mudah.

Matikan suiz sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum sambungan atau sebarang perubahan pada litar/alat.

Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan baik dengan menggunkan wayar yang bersalut dan mempunyai penebat arus yang mencukupi.

Wayar hendaklah dijauhkan daripada permukaan yang panas dan mesin bergerak, yang mungkin akan merosakkan penebatnya. Laporkan sebarang kerosakan penebat wayar dengan segera kepada kekitangan makmal.

Jangan tanggalkan/pindahkan pelindung daripada alat elektronik/elektrik.

Page 26: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

26

Jangan melebihi beban pada punca kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu alat pada satu punca kuasa.

Tentukan semua alat elektrik/elektronik yang berkenaan menggunakan palam kuasa keselamatan tiga pin berfius. Pastikan saluran bumi tersentuh dengan baik kepada logam badan alat berkenaan. Alat buatan Amerika selalunya bersalutan dua wayar. Untuk keselamatan, anda perlu tambahkan wayar bumi kepada alat itu.

Jangan gunakan fius (dalam palam 3 pin ataupun dalam alat) yang mempunyai keamperan lebih tinggi daripada yang ditetapkan. Alat-alat keselamatan seperti fius bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan anda dan alat. Apabila berlaku perleburan fius pastikan punca mengakibatkan perleburan dahulu sebelum alat itu dipasang semula.

Anda dinasihatkan supaya jangan membuat apa-apa sentuhan terus dengan mana-mana punca voltan kerana tindakan ini boleh membawa maut.

Jangan sentuh sebarang alat yang disangkakan hidup. Jika anda perlu menolong mangsa kejutan elektrik, pastikan punca kuasa telah dimatikan dahulu atau tangan anda telah tertebat.

4.2.8 Kebakaran atau letupan yang berpunca daripada kuasa elektrik

boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah berikut: Jangan membawa api terbuka (menyala) berhampiran

bateri plumbum yang sedang dicas. Gas yang terbebas akan meletup dan asid sulfuric akan tersebar.

Bunga apo dan haba yang terjana daripada:

Page 27: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

27

- Litar pintas kondenser besar - Litar pintas bateri - Sentuhan geganti terbuka

adalah punca-punca kebakaran. Dalam tiga perkara di atas pastikan wujud rintangan yang mencukupi di dalam litar. Kondenser yang diletakkan melintasi sentuhan geganti akan menghapuskan “chatter” dan bunga api di dalam perkara sesentuhan geganti terbuka.

4.2.9 Di dalam kebakaran elektrik gunakan pemadam api jenis CO2 atau BCF atau serbuk kering. CCl4 hanya boleh digunakan dalam bilik yang mempunyai perudaraan yang sempurna atau di kawasan terbuka di mana pembebasan asid tidak akan memudaratkan. Jangan gunakan pemadam asid-soda atau busa ke atas kebakaran elektrik.

4.2.10 Anda perlu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah pertolongan cemas sekiranya berlaku kejutan elektrik atau apa-apa kemalangan lain dalam makmal. Untuk mematikan kuasa elektrik di dalam makmal, anda perlu menutup ibu suis kuasa. Tentukan anda tahu di mana letaknya ibu suis ini semasa anda mula bekerja di makmal berkenaan. Laporkan kejadian kemalangan dengan segera kepada pensyarah/tutor/jurutunjuk/pembantu makmal.

4.2.11 Pastikan anda tahu di mana letaknya kotak-kotak pertolongan cemas dan alat-alat pencegah api (anda perlu tahu bagaimana hendak menggunakan alat ini). Jangan menggeledah kotak-kotak pertolongan cemas – ANDA mungkin memerlukan isi kandungannya nanti.

Page 28: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

28

4.2.12 Apabila loceng kebakaran berbunyai, tutup semua suis elektrik dalam makmal anda, tutup pintu tetapi jangan kunci,dan tanggalkan bangunan secepat mungkin melalui tangga secara teratur.

4.2.13 Sebelum meninggalkan makmal, tanggalkan SEMUA palam kuasa dari punca. Sekiranya anda terakhir sekali meninggalkan makmal, TUTUP juga ibu suis. Sekiranya sesuatu peralatan/perkakas perlu dibiar berfungsi (ON) setiap masa, bincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan pensyarah dan kakitangan makmal dan tandakan suis berkenaan dengan nama anda dan tarikh.

4.2.14 Gunakan mesin hanya di bawah penyeliaan ataupun selepas

latihan, sambil sentiasa berhati-hati semasa bekerja. Elakkan pakaian yang longgar, tali leher, rambut dan sebagainya, yang mungkin tertangkap dalam shaf berputar.

5. PENGENDALIAN PERALATAN DI DALAM MAKMAL Peralatan di dalam makmal selalunya mempunyai fungsi tertentu, iaitu suatu alat itu hanya untuk kegunaan tertentu. Menyalahgunakan sesuatu alat boleh menyebabkan kerosakan dan memendekkan tempoh hayatnya. Oleh itu perlulah kita berwaspada tentang keperluan keselamatan sesuatu alat semasa kita hendak menggunakannya. Bahaya kepada pengguna juga akan terjadi jika peraturan penggunaan tidak diikuti. Berikut adalah beberapa keperluan keselamatan alat/radas yang sering didapati dalam makmal.

Page 29: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

29

5.1 Desikator Vakum Desikator vakum boleh meletup ke dalam apabila penyedutan udara dilakukan. Kanvas pelindung diperlukan semasa pemvakuman dilakukan.

5.2 Bagi mengelakkan kemalangan kelalang Dewar yang tidak diletakkan di

dalam bekas logam, ia perlulah dibaluti dengan “tape” penyalut, selotap, atau jarring sarung.

5.3 Peti Sejuk

5.3.1 Semua sampel yang disimpan dalam peti sejuk mestilah berlabel; nama pemilik sampel dan nama bahan mestilah dituliskan dengan jelas.

5.3.2 Setiap bekas mestilah kedap udara; sebarang bekas yang terbuka atau ditutup dengan piring kaca tidak dibenarkan.

5.3.3 Makanan dan minuman dilarang sama sakali dalam peti sejuk makmal.

5.4 Alat Elektrik

5.4.1 Alat-alat elektrik dalam makmal adalah amat peka. Jangan cuba

mengoperasinya jika kaedah operasinya belum dipastikan. 5.4.2 Sebarang sambungan atau pengubahsuaian mestilah diperakukan

oleh pegawai yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

5.5 Sistem Vakum 5.5.1 Peralatan vakum dalam makmal yang bertekanan terlalu rendah

boleh meletup (implode) dan menyebarkan serpihan kacanya.

Page 30: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

30

5.5.2 Sistem vakum perlulah diletakkan di penjuru makmal supaya terasing daripada kesibukan yang lain dan perlindungan yang sewajarnya perlulah diberikan.

5.6 Almari Wasap

5.6.1 Almari wasap yang didapati di UKM ini terbahagi kepada tiga

jenis iaitu jenis serbaguna, asid perklorik dan asid hidrofluorik. 5.6.2 Setiap jenis telah direkabentuk dan dibuat dari jenis bahan yang

tahan kepada bahan kimia tertentu, supaya sesuai dengan kegunaan yang ditetapkan. Jika bahan kimia yang tidak sesuai dimasukkan ke dalam almari wasap, wap dari bahan kimia ini akan bertindak dengan permukaan dinding almari wasap dan kipas penyedut, dan seterusnya menjadi karat dan musnah.

5.6.3 Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan almari wasap ialah:

Kipas penyedut mestilah dipasangkan semasa bekerja dalam almari wasap atau semasa meninggalkan sebarang bahan kimia atau sampel-sampel lain di dalamnya.

Jangan gunakan almari wasap sebagai stor bahan kimia atau sampel-sampel lain. Ini bertujuan mengelakkan pengumpulan wap-wap yang berbahaya kepada pengguna dan alat-alat lain di dalam almari tersebut.

Pastikan almari wasap boleh beroperasi iaitu dapat menyedut udara yang dapat dirasa, sebelum memasukkan radas dan sampel ke dalamnya. Almari wasap yang cekap akan menyedut udara pada kadar 100kaki/min bagi pembukaan pintu (sash) 1 kaki.

Eksperimen yang menghasilkan wap/gas berbau, racun atau berbahaya sahaja yang wajar dilakukan dalam almari wasap.

Page 31: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

31

Pintu almari tidak dapat member perlindungan dari sebarang letupan; anda perlu menggunakan perisai jika melakukan eksperimen yang mungkin menyebabkan letupan.

Kerja-kerja yang tidak melibatkan asid hidrofluorik atau asid perklorik mestilah dilakukan di dalam almari wasap serbaguna. Sebarang eksperimen melibatkan asid hidrofluorik mestilah dilakukan dalam almari wasap hidrofluorik, disebabkan wap asid hidrofluorik akan bertindak dengan permukaan almari wasap jenis lain.

Almari wasap asid perklorik dikhaskan untuk kerja-kerja yang melibatkan asid perklorik sahaja. Peraturan khas bagi almari wasap seperti ini ialah:

- Alamari wasap asid perklorik tidak boleh digunakan sebagai jenis serbaguna; kerja-kerja yang melibatkan asid perklorik sahaja dibenarkan di dalamnya dan kerja-kerja sampingan yang lain perlulah dilakukan di tempat lain.

- Keselamatan alamari wasap ini memerlukan pembasuhan bahagian dalamnya, saluran duktus, dan kipas penyedut setiap masa atau selepas eksperimen.

- Semua radas yang handak digunakan dalam almari wasap perlulah disalut dengan bahan bukan organik atau minyak pelincir.

Mereka yang mengetahui tentang bahaya asid perklorik dan cara mengendalikannya sahaja yang dibenarkan menggunakan almari wasap ini.

Page 32: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

32

5.7 Gas Dan Cecair Termampat 5.7.1 Anda mesti berhati-hati sewaktu menggunakan selinder gas yang

mengandungi cecair atau gas termampat. Selinder perlu ditambat dengan baik kepada meja kerja atau dalam troli pengangkat. Kejatuhan selinder gas boleh membawa kepada letupan dan selinder boleh bertindak sebagai peluru tak berpandu yang berbahaya.

5.7.1.1 Peraturan berikut perlu dipatuhi semasa mengendalikan selinder gas ini: Pastikan peraturan keselamatan yang diberikan oleh

pembekal/kilang difahami dengan baik bagi gas berkenaan.

Pengubahsuaian kepada selinder perlulah dilakukan dalam almari wasap.

Alat respirator perlulah dipakai ataupun ada berhampiran dan boleh digunakan semasa kecemasan.

Ada orang lain yang berhampiran untuk memberi pertolongan jika perlu.

Sebelum anda melakukan sebarang kerja melibatkan selinder gas, langkah-langkah keselamatan sepenuhnya perlulah diambil.

5.8 Saluran Gas

5.8.1 Saluran gas bahan api perlulah di dalam keadaan sempurna

supaya tiada kebocoran dapat berlaku. 5.8.2 Sebelum anda menyalakan penunu pastikan tidak ada sebarang

kebocoran gas di dalam makmal.

Page 33: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

33

5.9 Kawasan Berbahaya 5.9.1 Kotak suis dan bilik injap gas adalah tempat-tempat yang

berbahaya. Pegawai-pegawai universiti atau pembantu-pembantu makmal yang dipertanggungjawabkan sahaja yang dibenarkan mengendalikan tempat-tempat ini.

5.9.2 Makmal juga adalah kawasan yang berbahaya; patuhi sebarang arahan yang diberi atau bertulis di papan kenyataan.

6. KESELAMATAN BAHAN KIMIA 6.1 Am

Bahan kimia selamat kalau digunakan dan dikendalikan dengan bertertib dan sempurna. Malangnya ada juga yang menggunakan dan mengendalikan bahan kimia secara melulu tanpa mengendahkan bahaya yang akan timbul. Sikap begini merupakan tabiat yang harus disingkirkan kerana boleh menjadi punca segala masalah dan kecelakan, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat di sekeliling. Oleh itu, demi keselamatan, sikap yang betul harus dipunyai sebelum seseorang itu dibenarkan menggunakan dan mengendalikan bahan kimia.

6.2 Sifat Fizik dan Aktiviti Kimia

Pada umumnya pengkelasan bahan kimia yang berbahaya adalah berdasarkan sifat-sifat fizik yang ditunjukkan oleh bahan-bahan tersebut. Sifat-sifat itu adalah: 6.2.1 Sifat berbahaya. Sifat ini termasuk kesenangan sesuatu bahan itu

untuk menjadi bahan peletup jika ia tergoncang, tergeser dan terkena kejutan. Ini menunjukkan bahan ini adalah sensitif kepada pergerakan.

Page 34: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

34

6.2.2 Takat kilat. Takat kilat adalah suhu bila campuran udara dan wap bahan kimia menjadi mudah terbakar. Sifat ini memberikan suhu badan itu mempunyai risiko kebakaran dan letupan.

6.2.3 Keracunan. Sifat ini menunjukkan paras bahaya keracunan bahan kimia kepada manusia berdasarkan kajian kesannya ke atas haiwan.

6.2.4 Karsinogen. Kumpulan bahan kimia yang mungkin menyebabkan penyakit kanser apabila termakan, tersedut atau tersentuh bahan itu. Ini juga berdasarkan kajian kesan ke atas haiwan.

Paras berbahaya bahan kimia juga ditunjukkan oleh aktiviti kimianya. Pembakaran merupakan suatu aktiviti tindak balas yang utama bagi kebanyakan bahan kimia. Aktiviti lain yang menjadi punca bahaya ialah: Toksik. Kesan toksik atau keracunan disebabkan oleh tersedut,

termakan dan penjerapan bahan kimia melalui kulit diikuti dengan tindak balas di dalam sistem metabolisme. Ia juga memberi kesan kepada sekitaran.

Kakisan. Tindak balas kimia yang berlaku dengan tisu badan dan sekitaran memberi kesan kakisan dan toksik. Dalam hal ini pengendalian perlu memakai pakaian khas bagi mengelak kesan ini.

Aktiviti dengan O2 atau udara. Udara biasa yang mengandungi 21% O2, bertindak dengan semua logam kecuali emas dan plantinum. Tindak balas dengan natrium, kalium dan kalsium adalah amata pantas. Bahan bukan logam bertindak dengan O2 pada suhu yang tertinggi dan kebanyakannya diikuti dengan pembebasan gas toksik dan haba.

Aktiviti dengan H2O. Tindak balas dengan air boleh menghasilkan gas mudah terbakar dan toksik. Air bertindak dengan logam seperti natrium memberikan gas mudah terbakar

Page 35: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

35

hydrogen. Hidroksida yang terbentuk mempunyai sifat kaustik atau kakisan dan toksik. Sebahagian bahan-bahan bukan logam juga mampu bertindak balas dengan air menghasilkan hasilan yang merbahaya, sebagai contoh: 2Cl2 + 2H2O →4HCl + O2 (HCl bersifat kakisan)

6.3 Pengkelasan Bahan Kimia Pengkelasan bahan kimia adalah bercorak umum, berdasarkan sifat-sifat kemerbahayaan fizik dan aktiviti kimia bahan-bahan tersebut. Ini adalah bertujuan supaya langkah-langkah keselamatan yang wajar dapat diambil semasa pengendalian bahan-bahan tersebut bagi meminimumkan risiko kemalangan yang mungkin timbul. Pengendalian di sini bermaksud, penghantaran, penyimpanan, penggunaan di dalam makmal dan pembuangan sisa-sisa makmal. Kelas-kelas yang telah digunakan adalah seperti berikut: Kelas 1 – Bahan Peledak. Bahan ini adalah cukup berbahaya dan

harus dikendalikan dengan hati-hati. Penyimpanannya mestilah di tempat-tempat yang terpisah dari bahan lain dan persekitarannya dapat dikawal terutama sekali suhu.

Kelas 2 – Gas. Gas-gas yang ada dalam makmal terisi selinder besi waja pada tekanan yang tinggi. Terdapat juga gas yang berbentuk cecair pada suhu yang rendah seperti nitrogen. Bagi tujuan simpanan dan penggunaan, gas dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

Gas mudah terbakar (2.1) Gas tak mudah terbakar (2.2) Gas beracub (2.3)

Penyimpanan ogas yang termampat mestilah si setor yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terpisah dari bahan-bahan atau gas lain yang boleh bertindakbalas atau percampuran mereka bolehmenjadi bahan peledak. Misalnya

Page 36: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

36

campuran udara dengan asetilena pada 2-80% akan menjadi bahan peletup.

Kelas 3 – Cecair Mudah terbakar. Cecair dalam kelas ini menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah 61oC (141oF). Terdapat juga cecair yang mudah terbakar dimasukkan ke dalam kelas yang lain, kerana sifat-sifat keracunan dan kakisan lebih utama. Cecair di dalam kelas 3 ini dsubkelaskan lagi berdasarkan paras suhu mudah terbakar supaya pengendalian dan penyimpanan dapat dilakukan dengan lebih baik lagi. Subkelas itu ialah:

Cecair dengan takat kilat kurang dari 18oC (0oF) (3.1) Cecair dengan takat kilat di antara-18oC ke 23oC (73oF)

(3.2) Cecair dengan takat kilat yang tinggi di antara 23oC ke

61oC (141oF) (3.3) Perlu diingat di dalam kebakaran cecair mudah terbakar, air tidak sesuai bagi bahan pemadam kerana kebanyakan cecair tidak larut air.

Kelas 4 – Bahan Mudah Terbakar. Bahan-bahan di dalam kelas ini disubkelaskan kepada 3 subkelas berdasarkan sifat-sifat yang ditunjukkan. Bahan-bahan di kelas ini termasuklah sebatian-sebatian yang sudah terkenal yang pada zahirnya kelihatan tidak berbahaya tetapi jika tersalah pengendalian, akan menjadi amat merbahaya. Subkelas-subkelas yang digunakan ialah:

Pepejal mudah terbakar. Bahan-bahan di dalam kelas ini mudah terbakar dan boleh disebabkan oleh punca-punca luar seperti bunga api atau api, misalnya kapas, sulfur dan bahan-bahan getah. (4.1)

Page 37: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

37

Pepejal berkemungkinan membakar secara spontan. Bahan-bahan ini manjadu terbakar secara spontan apabila terdedah kepada udara lembab. Di dalam kebakaran bahan seperti ini gas toksik mungkin terhasil. (4.2)

Pepejal berbahaya apabila basah. Bahan-bahan di dalam subkelas ini memberikann gas yang bukan sahaja mudah terbakar tetapi juga bersifat toksik apabila terkena air. Dengan ini pengawalan api semasa kebakaran menjadi sukar. Penggunaan air, stim atau campuran air-foam akan memburukkan lagi keadaan. Dalam keadaan tertentu CO2 pun tidak sesuai digunakan. Contohnya kalsium karbida, serbuk-serbuk terbitan aluminium dan kalsium, ferrosilicon, litium, sebatian berasaskan magnesium, sebatian berasaskan kalium, rubidium, natrium dan zink. (4.3)

Kelas 5 – Bahan pengoksidaan dan peroksida organik. Kelas ini terbahagi kepada dua subkelas bagi membezakan di antara pengoksida yang walaupun tidak mudah terbakar tetapi mengeluarkan oksigen yang akan membantu kebakaran dan peroksida organik yang kebanyakannya mudah terbakar. Pengawasan yang ketat diperlukan apabila mengendalikan bahan-bahan ini.

Pengoksida. Bahna-bahan ini mengeluarkan oksigen di dalam kebakaran dan ini menyebabkan kesukaran di dalam pengawalan api semasa kebakaran. Sebahagian daripada bahan-bahan di dalam kelas ini adalah sensetif kepada hentaman, geseran atau kenaikan suhu, dan terdapat juga bahan yang bertindakbalas dengan udara lembab. (5.1)

Page 38: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

38

Percampuran bahan-bahan ini dengan bahan-bahan organik dan mudah terbakar boleh menghasilkan letupan. Tindak balas tidak terkawal juga berlaku di antara kebanyakan bahan pengoksida dan cecair asid kuat dengan menghasilkan gas-gas beracun. Contoh bahan-bahan ini ialah baja ammonium nitrat, klorat, kalsium dan kalium permanganat.

Peroksida Organik. Bahan-bahan ini selain daripada menjadi agen pengoksida, boleh juga mengurai serta mengeledak. Kebanyakannya akan membakar dengan pantas dan sensitif kepada hentaman dan geseran. Bagi mengurangkan bahaya, bahan-bahan ini selalunya dikendalikan di dalam bentuk larutan sebagai pes dibasahi dengan air atau pepejal lengai. Walaupun di dalam keadaan begitu, ada juga yang dapat bertindakbalas di luar kawalan disebabakan oleh surihan bahan asing seperti asid, oksida logam atau amina. Penguraian bahan yang mungkin disebabkan oleh kenaikan suhu akan membawa kepada letupan dan pengeluaran gas toksik atau mudah terbakar. (5.2)

Kelas 6 – Bahan beracun dan berjangkit. Kelas ini dibahagikan kepada dua subkelas iaitu:

Bahan-bahan beracun. Pada umumnya bahan-bahan di dalam kelas ini akan menyebabakan kecederaan atau mungkin kematian jika termakan, terhidu atau terserap melalui kulit, contohnya ialah racun serangga dan rumput. (6.1)

Bahan berjangkit. Bahan-bahan di dalam subkelas ini termasuklah mikroorganisme atau toksinnya yang telah

Page 39: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

39

dibuktikan menyebabkan penyakit kepada haiwan dan manusia.

Kelas 7 – Bahan Radioaktif. Pengkelasan berdasarkan peraturan yang disarankan oleh IAEA.

Kelas 8 – Bahan Kakisan. Bahan-bahan di dalam kelas ini boleh mencederakan tisu dan merosakkan bahan-bahan lain. Wap dari kabanyakan bahan-bahan ini berbau busuk, beracun dan berbahaya. Terdapat juga bahan yang mudah terbakar atau memberi wap yang mudah terbakar pada keadaan-keadaan tertentu. Sifat kakisan ke atas logam dan kaca ditunjukkan oleh sebahagian dari bahan-bahan ini. Air bertindak dengan beberapa bahan ini menghasilkan gas dan haba dan juga menyebabkan ia lebih menghakis.

Kelas 9 – Lain-lain bahan berbahaya. Bahan-bahan di dalam kelas ini adalah bahan-bahan yang tidak dapat dikelaskan di dalam kumpulan-kumpulan di atas oleh sebab tertentu. Bahan-bahan di dalam kelas ini termasuk aerosol, sebahagian baja ammonium nitrat, asbestos, mancis api dan bahan pencemaran yang lain.

6.4 Pengasingan Bahan Kimia

Jadual 6.1 menunjukkan keperluan umum bagi pengasingan bahan kimia antara kelas. Bagaimanapun sifat sesuatu sebatian dalam setiap kelas mungkin jauh berbeza antara satu sama lain. Dengan itu cara pengasingan sesuatu kelas seharusnya dirujuk dengan lebih mendlam bagi tujuan/penyimpanan.

Page 40: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

40

Jadual 6.1: Keperluan Umum Bagi Pengasingan Bahan Kimia

1.1 1.5

1.2 1.3 1.4 2.1 2.2 2.3

3.1 3.2

3.3 4.1 4.2 4.3 5.1 5.1 6.1 7 8

Bahan letupan 1.1 1.5

* * * * 4 2 4 4 4 4 4 4 4 2 2 4

Bahan letupan 1.2 * * * * 4 2 4 4 4 4 4 4 4 2 2 4 Bahan letupan 1.3 * * * * 4 2 4 4 3 3 4 4 4 2 2 2 Bahan letupan 1.4 * * * * 2 1 2 2 2 2 2 2 2 X 2 2 Gas mudah terbakar 2.1 4 4 4 2 * 2 2 1 2 1 2 4 X 2 1 Selain gas mudah terbakar

2.2 2.3

2 2 2 1 X

2 2 X 1 X X 2 X 1 X

Cecair mudah terbakar 3.1 3.2

4 4 4 2 2 2

2 2 2 2 3 X 1 X

Cecair mudah terbakar 3.3 4 4 4 2 2 2 1 2 2 2 3 X 2 1 Pepejal mudah terbakar 4.1 4 4 3 2 1 X 2 1 1 1 1 2 X 2 1 Bahan mudah terbakar secara spontan

4.2 4 4 3 2 2 1 2 2 1 1 2 2 X 2 1

Bahan berbahaya bila basah

4.3 4 4 4 2 1 X 2 2 1 1 12 2 X 2 1

Bahan pengoksidaan 5.1 4 4 4 2 2 X 2 2 1 2 2 2 1 1 2 Peroksida organik 5.2 4 4 4 2 4 2 3 3 2 2 2 2 1 2 2 Racun 6.1 2 2 2 X X X X X X X X 1 1 X X Bahan radioaktif 7 2 2 2 2 2 1 2 2 2 2 2 1 2 X 2 Bahan menghakis 8 4 4 2 2 1 X 1 1 1 1 1 2 2 X 2 Lain-lain bahan berbahaya

9 ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Page 41: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

41

7. PANDUAN PELUPUSAN SISA MAKMAL

7.1 Pelupusan sisa makmal

Sisa bahan kmia yang dihasilkan dalam makmal umumnya adalah tergolong sebagai sisa berjadual dilupuskan mengikut peraturan setempat yang telah ditetapkan.

7.2 Pengumpulan sisa makmal

Bekas sisa yang mampu menghalang tindakan kandungannya adalah perlu dalam pemgumpulan bahan sisa untuk mengurangkan gangguan kepada perjalanan sesebuah makmal. Bekas mestilah tidak bocor dan kedap udara jika perlu diangkut menggunakan jalan darat. Bekas yang berisi bahan sisa perlulah disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan mesti ditutup ketat untuk menghalang sebarang kebocoran wap sisa. 7.2.1 Bekas untuk sisa pelarut organik

bekas yang paling sesuai adalah tong dram HDPE yang mempunyai isipadu muatan 10L. Bekas yang serupa juga boleh dipilih untuk pelbagai jenis bahan sisa.

7.2.2 Bekas plastik untuk sisa akueus Bekas dengan isipadu muatan 10-20 L adalah paling sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan kelas bekas yang boleh dipilih untuk pelbagai jenis bahan sisa.

7.2.3 Tong dram plastik dan logam Untuk penyimpanan dan pengangkutan yang selamat bagi bahan sisa dengan kuantiti yang kecil (seperti bahan kimia luput tarikh yang masih dalam bekas asal) ataupun bahan sisa yang tidak tumpat (seperti bahan fasa pegun kromatografi), bekas dengan isipadu 30 ataupun 60 L adalah sesuai. Bahan alas yang sesuai seperti vermiculite boleh digunakan untuk menghalang perlanggaran semasa pengangkutan.

7.2.3 Perlabelan bekas sisa Sisa makmal perlu disimpan dalam bekas berasingan mengikut jenis sisa yang dikumpul. Sesetengah bahan kimia aktif perlu dineutralkan terlebih dahulu sebelum disimpan mengikut pelbagai kaedah yang diterangkan dalam bahagian berikut. Label yang mengandungi maklumat tentang kandungan sisa dan simbol hazad tertentu perlu dilekatkan pada bekas sisa dengan baik dan jelas. A. Pelarut organik dan larutan sebatian organik yang tidak mengandungi halogen.

Page 42: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

42

B. Pelarut organik dan larutan sebatian organik yang mengandungi halogen. (jangan guna bekas yang diperbuat daripada aluminium)

C. Sisa organik pepejal yang tersimpan dalam beg plastik ataupun botol ataupun dalam bekas asal.

D. Larutan garam: nilai pH larutan perlulah dalam julat 6-8. E. Sisa tak organik beracun, garam logam berat dan larutan sebatian ini yang

tersimpan dengan ketat dalam bekas yang tidak mudah pecah dan label yang jelas dan rahan lama.

F. Sebatian beracun mudah terbakar yang tersimpan ketat dalam bekas yang tidak mudah pecah dan label yang mengandungi meklumat tentang ini kandungannya.

G. Raksa dan sisa garam tak organic raksa. H. Sisa garam ligam, perlu disimpan berasingan. I. Pepejal tak organik.

7.3 Peneutralan sisa makmal

Untuk memastikan pengumpulan dan pelupusan sisa makamal yang reaktif, penukaran kepada bahan yang tidak memudaratkan adalah perlu. Pengendalian bahan kimia terutamanya apabila meneutralkan bahan kimia reaktif, perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana tindak balas kimia yang sangat reaktif sering terjadi. Oleh itu semua kerja perlu dilakukan oleh kakitangan yang terlatih dalam kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap, dengan segala langkah keselamatan yang perlu. Kaedah yang dipilih untuk meneutralkan sisa kimia reaktif perlulah dicuba ke atas sebahagian kecil bahan kimia terlebih dahulu untuk mengelak sebarang kejadian diluar jangkaan. 1. Pelarut organik tanpa halogen: Bekas A. Sejumlah kecil pelarut organik tanpa halogen

boleh dikumpul dan dilupuskan bersama pelarut organik berhalogen. Pastikan tiada peroksida sebelum diserahkan kepada syarikat yang mengendalikan pelupusan.

2. Pelarut organik berhalogen: Bekas B. jangan guna bekas aluminium. 3. Sebatian organik yang kurang reaktif. Bekas A. Jika berhalogen, perlu menggunakan

bekas B. gunakan bekas C jika sisa adalah pepejal. 4. Larutan akueus asid organik perlu dineuteralkan terlebih dahulu menggunakan natrium

hydrogen karbonat ataupun natrium hidroksida. Sebelum disimpan dalam bekas D, pastikan pH adalah neutral. Asid karbosilik aromatik perlu dimendakkan dengan asid hidroklorik cair dan dituras. Mendakkan: bekas C. Hasil turasan bekas: D.

Page 43: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

43

5. Larutan bes organik dan amina: Bekas A atau B. untuk mengelak bau yang tidak menyenangkan, peneutralan dangan asid hidroklorik ataupun asid sulfurik cair perlu dilakukan (dalam kebuk wasap). Pastikan pH adalah neutral.

6. Sebatian nitrildan merkaptan perlu dioksidakan dengan pengacauan selama beberapa jam (seeloknya semalaman) bersama larutan natriumhipoklorit. Pengoksida berlebihan perlu dinuetralkan dengan natrium tiosulfat. Fasa organik: Bekas A. Fasa akueus: Bekas D.

7. Sebatian aldehid larutan berair perlu ditukarkan kepada aduk bisulfit menggunakan larutan pekat akueus natrium hydrogen sulfit. Bekas A atau B.

8. Sebatian organo-logam yang sensitif terhadap tindak balas hidrolisis, yang umumnya larut dalam pelarut organic perlu dititis ke dalam 1-butanol sambil dikacau dalam kebuk wasap yang tertutup. Sebarang gas mudah terbakar yang terhasil perlu disalirkan terus melalui tiub ke dalam penyedut. Apabila penghasilan gas selesai, pengacauan diteruskan selama sejam dan diikuti dengan penambahan air yang berlebihan. Fasa organic: Bekas A. Fasa akueus: Bekas D.

9. Sebatian mudah terbakar dan karsinogenik yang bertanda sangat beracun ataupun beracun: Bekas F. Alkil sulfat adalah karsinogenik.

10. Sebatian mudah terbakar dan karsinogenik yang bertanda sangat beracun ataupun beracun: bekas F. Alkil sulfat adlah karsinogenik. Elakkan sedutan melalui pernafasan dan sentuhan kulit. Untuk menyahaktifkan alkil sulfat, titskan (daripada corong pemisah) ke dalam larutan pekat ammonia yang sejuk sambil dikacau dengan kuat. Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D.

11. Asid anhidrida tak organik perlulah terlebih dahulu dicairkan ataupun dihidrolisis melalui pengacauan secara berhati-hati ke dalam air-ais, dan diikuti dengan peneutralan dengan larutan natrium hidroksida dalam kebuk wasap (perlu menggunakan sarung tangan). Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D. Asid sulfurik pekat perlu dititiskan (setitis pada satu masa) ke dalam 40% asid sulfurik. Sediakan aiis untuk penyejukan. Setelah sejuk ikut kaedah di atas peneutralan. Gas asid (seperti hidrogen bromida, hidrogen klorida, hidrogen iodida, klorin, fosgen dan sulfur dioksida) perlu disalurkan ke dalam larutan cairn atrium hidroksida dan dirawat sebagai asid tak organik.

12. Bes tak organik perlu dicairkan jika perlu, melalui pengacauan ke dalam air dan dineutralkan dengan asid hidroklorik (dalam kebuk wasap, sarung tangan diperlukan). Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D.

13. Garam tak organik: bekas I. Larutan neutral garam ini: Bekas D. Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan.

Page 44: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

44

14. Larutan dan pepejal yang mengandungi logam berat: Bekas E. Sebatian nikel Raney perlu dikacau (dlam bentuk akueus) ke dalam asid hidroklorik sehingga larut (Bekas E). Elakkan nikel Raney dan baki turasan daripada kering, jika tidak letupan akan berlaku apabila terdedah kepada udara.

15. Garam talium yang sangat beracun dan larutan akueusnya mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Elakkan sentuhan dengan kulit. Bekas E. Garam talium dalam lerutan akueus boleh dirawat dengan natrium hidroksida untuk memendakkan sebatian talium (III) oksida untuk diguna semula.

16. Sebatian selenium tak organik adalah beracun: Bekas E. unsur selenium boleh dikumpul dengan mengoksidakan garamnya dalam larutan akueus menggunakan asid nitric pekat. Penambahan natrium hidrogen sulfit menghasilkan mendakan unsur selenium. Fasa akueus: Bekas D.

17. Sebatian berilium dan garamnya adalah karsiogenik. Elakkan sedutan melalui pernafasan dan sentuhan dengan kulit. Bekas E.

18. Sebatian torium dan uranium adalah beradioaktif dan mesti dikumpul dan dilupuskan mengikut peraturan setempat.

19. Baki sebatian raksa organik: Bekas G. 20. Sebatian sianida perlu terlebih dahulu dioksidakan kepada sebatian sianat menggunakan

hidrogen peroksida pada pH 10-11. Penambahan lanjut pengoksida pada pH 8-9 mengoksidakan sebatian ianat kepada karbon dioksida. Bekas D. Sebatian azida mengurai kepada nitrogen apabila bertindakbalas dengan iodin bersama dengan natrium tiosulfat: Bekas D.

21. Sebatian peroksida tak organik, pengoksida, bromin dan iodin boleh ditukarkan kepada bahan yang tidak memudaratkan melalui penurunan dengan larutan berasid netrium tiosulfat. Bekas D.

22. Sebatian hidrogen fluorida dan larutan fluorida tak organik mesti dikendalikan dengan sangat berhati-hati. Elakkan sama sekali sebarang sentuhan dengan kulit dan pastikan sebarang kerja mestilah dilakukan dalam kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap dan tingkapnya tertutup. Baki perlu dimendakkan sebagai kalsium fluorida menggunakan kalsium karbonat. Mendakan: Bekas I. turasan: Bekas D.

23. Sisa cecair halida tak organik dan reagen yang sensitif terhadap hidrolisis mesti dikacau dengan berhati-hati (setitis pada satu masa) ke dalam larutan 10% natrium hidroksida yang sejuk. Bekas E.

24. Fosforus putih akan teroksida secara eksotermik apabila terdedah kepada udara menghasilkan fosforus pentoksida. Inilah sebabnya mengapa fosforus putih perlu

Page 45: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

45

disimpan dalam air. Fosforus putih adalah sangat beracun. Baki yang sedikit boleh dinyahaktif menggunakan kaedah 11. Fosforus merah tidak beracun tapi mesti dielak daripada bersentuhan dengan sebatian pengoksida: Bekas I. Sebatian fosforus perlu dioksida dalam gas lengai menggunakan kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap dan tingkapnya tertutup. Setiap gram sebatian fosforus yang ditimbang, memerlukan 10 mL larutan 5% natrium hipoklorit yang megandungi 5 mL larutan 50% natrium hidroksida dan kemudian titiskan larutan sebatian yang ingin dinyahaktifkan (setitis pada satu masa) sambil disejukkan dengan ais. Penambahan kalsium hidroksida menghasilkan mendakan fosfat. Mendakan: Bekas I. Larutan akueus: Bekas D.

25. Logam alkali perlu disimpan dalam pelarut lengai dan dinyahaktifkan dengan menitiskan 2-propanol sambil dikacau. Gas hidrogen akan terhasil dan letupan mungkin terjadi, oleh itu salirkan terus gas yang terhasil kepada penyedut. Apabila tindak balas selesai, titiskan air (setitis pada satu masa): Bekas D. Bagi kes sebatian logam alkali borohidrida, tambah methanol sambil dikacau, untuk logam alkali amida dan hidrida tambah 2-propanol sambil dikacau. Apabila tindak balas selesai, hidrolisiskan dengan air: Bekas D. Untuk memusnahkan litium aluminium hidrida, tambahkan ke dalam eter dan titiskan campuran 1:4 etil asetat dan eter (jenis yang digunakan sebelumnya, setitis pada satu masa di bawah atmosfera lengai) pastikan tiada bahan yang terlekat pada dinding bekas yang boleh menghalang tindakbalas berlaku secara langkap. Bekas A.

26. Sisa yang mengandungi logam berharga perlu diproses semula. Bekas H. 27. Larutan akueus: Bekas D. 28. Sebatian alkali aluminium sangat sensitif terhadap tindak balas hidrolisis. Sebatian ini

perlu dicairkan dengan pelarut lengai (seperti petroleum spirit) di bawah atmosfera lengai, diikuti dengan penambahan 1-oktanol (secara titisan pada permulaan) dan akhirnya dengan air. Bekas F. Penggunaan picagari boleh meningkatkan tahap keselamatan pengendalian.

29. Apabila digunakan dengan mengikut prosedur yang betul, agen pencuci makmal Extran tidak akan memudaratkan. Jika bahan ini digunakan untuk menyingkirkan sebatian yang memudaratkan persekitaran, air basuhan hendaklah disimpan dalam bekas D.

30. Sebatian semulajadi seperti karbohidrat, asid amino dan sisa akueus lain: Bekas D. apabila bercampur dengan reagen atau pelarut organik: Bekas A atau B.

Page 46: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

46

8. POLISI KESELAMATAN 8.1 Penyertaan

8.1.1 Universiti Kebangsaan Malaysia sedapat mungkin akan mewujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat untuk kakitangan dan penuntut-penuntut bersesuaian dengan kehendak undang-undang Negara. Universiti berharap semua kakitangannya mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi di dalam sebarang pekerjaan supaya dapat menghayati konsep keselamatan dan menerimanya sebagai amalan biasa sebelum meninggalkan universiti.

8.1.2 Keselamatan di dalam Universiti bukan sahaja menjadi tanggungjawab universiti sebagai badan pentadbir tetapi juga setiap individu kakitangan dan penuntut. Setiap individu mempunyai tanggungjawab moral dan legal terhadap dirinya sendiri dan masyarakat sekitarnya. Setiap orang bertanggungjawab mematuhi segala peraturan keselamatan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya tindakannya tidak membahayakan orang lain. Universiti mengharapkan agar setiap individu memikul tanggungjawab secara serius dan melaksanakan semua peraturan-peraturan keselamatan yang telah diterima/lulus.

8.2 Perancangan

Universiti akan melaksanakan poilisi keselamatannya menerusi langkah-langkah berikut: 8.2.1 Menentukan keadaan bangunan, makmal, peralatan di dalam bengkel dan makmal

sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. 8.2.2 Sebarang pengubahsuaian kepada bilik, kemudahan dan peralatan akan dilakukan

oleh pihak yang ditauliahkan. 8.2.3 Mewujudkan peraturan yang selamat dan terpelihara dari segi kesihatan dan

penggunaan, pengendalian storan dan penghantaran bahan-bahan berbahaya. 8.2.4 Semua langkah-langkah keselamatan termasuk menyediakan baju makmal, kasut dan

peralatan pelindung diri, akan diambil bagi mengelakkan bahaya daripada keadaan tabii pekerjaan yang dilakukan seperti bahan radioaktif, bahan kimia, gas, mikrob dan lain-lain. Langkah-langkah ini termasuk sistem pembuangan sisa-sisa bahan.

8.2.5 Memberi keterangan, arahan dan latihan di aman yang perlu bagi menjamin keselamatan kakitangan di tempat kerja. Peraturan keselamatan makmal akan diberi kepada semua kakitangan.

Page 47: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

47

8.2.6 Menyediakan panduan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran “Fire drills” dan ujian ke atas penggera kebakaran akan dilakukan setiap jangka masa tertentu. Langkah-langkah akan diambil untuk mengelakkan bahaya kebakaran, dan peralatan kebakaran akan disediakan dan dipastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Pelan lantai yang menunjukkan jalan keluar dari bangunan akan disediakan.

8.2.7 Membentuk Jawatankuasa Pengawasan Keselamatan dan memberi panduan berkenaan operasinya, segala keputusan jawatan kuasa pengawasan keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin.

8.2.8 Melantik seorang pegawai pangawas keselamatan, yang bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan dan manjadi setiausaha kepada jawatankuasa pengawasan keselamatan, untuk menjaminkan pelaksanaan polisi keselamatan universiti dan memberi nasihat sebarang hal yang berkaitan dengan keselamatan di dalam universiti.

8.3 Pentadbiran 8.3.1 Timbalan Naib Censelor Penyelidikan dan Pembangunan atau penggantinya adalah

manjadi wakil kepada Naib Censelor di dalam melaksanakan polisi keselamatan Universiti bersesuaian dengan tanggungjawab legal dari segi kesihatan, keselamatan dan kebajikan kakitangan dan penuntut.

8.3.2 Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat Pengajian adalah bertanggungjawab secara umum ke atas keadaan keselamatan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain di Fakulti/Pusat.

8.3.3 Pengerusi Pusat Pengajian adalah bertanggungjawab ke atas keadaan keselamatan di pejabat, makmal, kemudahan dan peralatan-peralatan dalam Pusat Pengajian.

8.3.4 Pegawai lain yang bertanggungjawab ke atas keadaan keselamatan bangunan kemudahan dan peralatan di dalam bangunan adalah Pendaftar untuk bangunan Pentadbiran, Ketua Pustakawan untuk Perpustakaan, Pengarah Pusat Teknologi Pendidikan untuk Pusat Teknologi Pendidikan dan Pengarah Unit Pembangunan untuk Unit Pembangunan dan Pengarah Perumahan Pelajar untuk blok-blok kolej.

Page 48: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

48

8.4 Jawatankuasa Pengawas Keselamatan 8.4.1 Jawatankuasa pengawasan keselamatan Universiti berperanan memberi nasihat

berkenaan hal keselamatan di Universiti dan mengawasi pelaksanaan polisi keselamatan Univeristi. Keahlias jawatankuasa ini adalah:

- TNC Penyelidikan dan Pembangunan (Pengerusi) - Dekan/Wakilnya dari Fakulti/Pusat Pengajian - Wakil dari Pusat Teknologi Pendidikan - Wakil dari Unit Pembangunan - Wakil dari Pengarah Keselamatan - Pegawai Pengawas Keselamatan (Setiausaha)

8.4.2 Jawatankuasa pengawasan keselamatan Fakulti/Pusat adalah bertugas sebagai badan penasihat kepada Dekan/Pengarah dalam hal pengawasan keselamatan di Fakulti/Pusat dan pelaksanaan polisi keselamatan Universiti. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

- Dekan/Wakilnya (pengerusi) - Ketua Jabatan/Wakilnya - Ketua Bengkel

8.4.3 Jawatankuasa pengawasan keselamatan jabatan/unit ditugaskan memberi nasihat kepada ketua jabatan/unit di dalam hal pengawasan keselamatan di jabatan/unit dan pelaksanaan polisi keselamatan Universiti.

8.5 Tanggungjawab Umum Setiap pegawai Universiti, pensyarah dan kakitangan lain, mempunyai tanggungjawab legal dan moral untuk mengambil tindakan-tindakan yang wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan diri sendiri dan rakan-rakan semasa bekerja, dan bekerjasama sepenuhnya dengan Universiti di dalam pelaksanaan tugas dan keperluannya.

Page 49: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

49

PENGENALAN DAN PROSEDUR KERJA LAPANGAN 1. Pengenalan

Pengurusan keselamatan dan kebersihan pekerjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia

tidak terhad kepada aktiviti di dalam kampus sahaja. Ia juga melibatkan pekerjaan atau aktiviti semasa di lapangan.

Hazard dan risiko yang terdapat di lapangan adalah jauh lebih sukar ditentukan dan dikawal kerana factor dan keadaan di lapangan sentiasa berubah. Lebih buruk lagi terdapat hazard yang tidak dapat dikenalpasti dan risikonya ditaksirkan.

Risiko kemalangan adalah tinggi apabila pengurusan risiko di lapangan tidak dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja lapangan.

Kemalangan adalah akibat kegagalan sistem, dengan demikian pencegahan kemalangan semasa kerja lapangan hendaklah dibuat berlandaskan pengurusan sistem.

Pengurusan sistem ini bermaksud pengurusan secara sistematik dan holistik.

2. Takrifan 2.1 Kerja lapangan

Semua aktiviti akademik atau penyelidikan yang dilakukan di luar kawasan di bawah kawalan UKM (diiktiraf) termasuk perjalanan pergi dan balik

Melibatkan bermalam atau tidak Kebiasaanya dijalankan di luar bangunan

2.2 Aktiviti Spesifikasi Kerja Lapangan

1. Aktiviti akuatik 2. Aktiviti scuba 3. Aktiviti snorkeling 4. Aktiviti di tepi pantai/tebing sungai/tasik/kolam 5. Aktiviti alam hutan 6. Aktiviti menggunakan laluan kanopi (canopy walkways) 7. Aktiviti berkhemah 8. Aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data

Page 50: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

50

9. Aktivti menjelajah gua 10. Aktiviti lapangan di kuari, tebing berbatu dan memanjat bukit 11. Aktiviti pemantauan dan persampelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan keretapi 12. Aktiviti tinjauan udara

2.3 Ketua Rombongan

Individu yang mengetuai sesuatu kerjalapangan

2.4 Ketua Kumpulan Individu yang dilantik oleh ketua rombongan untuk mengetuai kumpulan kecil di dalam

rombongan kerja lapangan

2.5 Penyelidik Semua peserta kerja lapangan yang menjalankan penyelidikan termasuk pembantu

penyelidik.

2.6 Peserta Peserta termasuk pensyarah, kakitangan sokongan, penyelidik dan pelajar

2.7 Hazad

Punca atau keadaan yang berpotensi untuk mengakibatkan kemudaratan (cth. Kecederaan, kerosakan harta benda dan alam sekitar atau gabungannya)

2.8 Kompeten Individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik dalam

melaksanakan bidang tertentu

3. Etika Kerja Lapangan

Tiada pembohongan data saintifik Pematuhan dan pemeliharaan Hak Cipta “Intelectual Property Rights” Hormati budaya, prinsip atau adat individu, komuniti dan masyarakat setempat.

Kebenaran, permit dan syarat perlu dipatuhi

Page 51: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

51

Jika melibatkan menusia (kajian bahasa, sosial, budaya) individu atau komuniti tersebut berhak mengetahui tujuan meklumat tersebut diambil dan bagaimana maklumat tersebut digunakan.

Nama atau maklumat sampel daripada responden tidak boleh didedahkan kecuali dengan kebenaran responden

Pengumpulan sampel genetic manusia perlu mendapatkan kebenaran khas Meminimumkan kerosakan alam sekitar termasuk tanggungjawab menjaga kebersihan

persekitaran

4. Jawatakuasa Penaksiran Risiko Fakulti 4.1 Apakah JKPRF?

Sebuah jawatankuasa kecil peringkat fakulti yang bertanggungjawab khas memastikan keselamatan dan kesihatan aktiviti kerja lapangan yang dilakukan oleh setiap ahli (pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar) pusat pengajian.

4.2 Apakah komposisi JKPRF?

JKPRF ialah jawatankuasa kecil di bawah JKKPF; JKPRF hendaklah dipengerusikan oleh seorang pensyarah yang telah dilantik oleh

pengerusi JKKPF; dan Ahli JKPRKF hendaklah terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti yang kompeten

dalam penaksiran risiko kerja lapangan.

4.3 Apakah fungsi JKPRF? Merancang, melaksanan, menilai semula dan mempertingkatkan segala aspek pengurusan

kerja lapangan yang dilakukan dan yang akan dilakukan oleh pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar Pusat;

Mempertimbangkan segala permohonan kerja lapangan yang dibuat oleh ahli fakulti Menyiasat segala kemalangan-kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan

pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku semasa dan selepas kerja lapangan serta melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti.

5. Prosedur Kerja Selamat 1. Prosedur memohon kebenaran melakukan kerja lapangan

Page 52: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

52

2. Prodsedur pengurusan risiko kerja lapangan 3. Prosedur keselamatan semasa kerja lapangan 4. Prosedur kecemasan semasa kerja lapangan 5. Prosedur penyiasatan kemalangan kerja lapangan 6. Jenis latihan keselamatan dan kesihatan kerja lapangan 7. Insuran kerja lapangan

6. Prosedur Memohon Kebenaran Melakukan Kerja Lapangan

6.1 Pengenalan

Setiap kerja lapangan yang melibatkan kakitangan dan pelajar handaklah mendapat kelulusan pihak JKPRF terlebih dahulu sebelum kerja lapangan tersebut dilakukan.

6.2 Prosedur Permohonan

1. Setiap permohonan kerja lapangan hanya boleh dibuat oleh pensyarah SAHAJA. Kakitangan lain atau pelajar tidak dibenarkan memohon untuk melakukan kerja lapangan.

2. Permohonan handaklah dibuat dengan melengkapkan borang-borang berikut: - Borang Permohonan Kerja Lapangan (diisi oleh pensyarah) - Borang Penyertaan Kerja Lapangan dan Pengakuan Jamin Diri (diisi oleh setiap

peserta yang mengikuti kerja lapangan) - Borang Maklumat Kesihatan

6.3 Prosedur Memohon Kebenaran Melakukan Kerja Lapangan

KKKI/6.2/A-M : Borang Penaksiran Risiko Aktiviti Kerja Lapangan KKKI/6.2/A – aktiviti kenderaan akuatik KKKI/6.2/B – aktiviti scuba KKKI/6.2/C – aktiviti snokerling KKKI/6.2/D – aktiviti di tepi pantai/ tebing sungai/ tasik/ kolam KKKI/6.2/E – aktiviti dalam hutan KKKI/6.2/F – aktiviti menggunakan laluan kanopi KKKI/6.2/G – aktiviti berkhemah KKKI/6.2/H – aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data KKKI/6.2/I – aktiviti menjelajah gua KKKI/6.2/J – aktiviti lapangan di kuari dan tebing berbatu

Page 53: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

53

KKKI/6.2/K – aktiviti pemantauan dan persempelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan keratapi

KKKI/6.2/L – aktiviti tinjauan udara KKKI/6.2/M – aktiviti lain yang tidak termasuk di dalam senarai A-L

7. Prosedur Keselamatan Semasa Kerja Lapangan

7.1 Objektif

Mengurangkan aras risiko kemalangan yang melibatkan kesihatan, keselamatan dan kehilangan harta benda

Prosedur ini hendaklah dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat dalam aktiviti kerja lapangan.

Proses ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu taklimat sebelum memulakan kerja lapangan, dan prosedur bagi aktiviti spesifik

7.2 Taklimat Sebelum Memulakan Kerja Lapangan

Taklimat keselamatan hendaklah diberikan oleh Ketua Rombongan sebelum kerja lapangan dimulakan. Kandungan taklimat hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut:

Memastikan semua peserta memahami tujuan kerja lapangan dan mempunyai persediaan yang cukup semasa melakukan kerja lapangan

Memastikan setiap peserta mengetahui Ketua Rombongan/Kumpulan Memaklumkan tanggungjawab setiap individu Memaklumkan tentang hazard yang mungkin berlaku dan penilaian risiko

terhadap hazard berkaitan Memastikan kelengkapan dan peralatan keselamatan yang minimum disediakan

dan pengguna memahami penggunaanya. Menjelaskan prosedur kecemasan bagi semua kes yang mungkin berlaku Memaklumkan pentingnya sentiasa mematuhi arahan yang diberikan dari masa

ke semasa oleh Ketua Rombongan/Kumpulan Menghendaki peserta sentiasa berhati-hati dan memikirkan keselamatan

Page 54: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

54

7.3 Prosedur Aktiviti Spesifik Kerja lapangan boleh melibatkan berbagai aktiviti di berbagai kawasan. Setiap satu aktiviti dan lokasi mempunyai hazardnya tersendiri dan ini memerlukan prosedur kerja selamat yang khusus. Prosedur kerja selamat bagi aktiviti berikut diberikan:

1. Aktiviti akuatik 2. Aktiviti scuba 3. Aktiviti snorkeling 4. Aktiviti di tepi pantai/tebing sungai/tasik/kolam 5. Aktiviti alam hutan 6. Aktiviti menggunakan laluan kanopi (canopy walkways) 7. Aktiviti berkhemah 8. Aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data 9. Aktivti menjelajah gua 10. Aktiviti lapangan di kuari, tebing berbatu dan memanjat bukit 11. Aktiviti pemantauan dan persampelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan keretapi 12. Aktiviti tinjauan udara

8. Prosedur Kecemasan Semasa Kerja Lapangan

8.1 Kecemasan Peristiwa atau keadaan tidak dijangka akibat hilang atau tiada kawalan yang mendatangkan kemudaratan atau mampu mendatangkan kemudaratan

8.2 Tahap Kecemasan Tahap 1 – Kecemasan yang masih di dalam kawalan Ketua Rombongan dan tidak

melibatkan pihak penyelamat luar UKM. Tahap 2 – Kecemasan yang di luar kawalan Ketua Rombongan dan melibatkan pihak

penyelamat dan keselamatan luar UKM.

8.3 Contoh Kecemasan - Kemalangan semasa kerja lapangan - Hilang atau sesat - Dilanda perubahan cuaca yang mampu mendatangkan kemudaratan - Hilang kawalan terhadap kerja lapang

Page 55: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

55

8.4 Pelan Tindakan Kecemasan Kerja Lapang Ketua Rombongan hendaklah:

Menyediakan pelan tindakan kecemasan sebelum melakukan kerja lapangan. Pelan ini hendaklah berdasarkan penaksiran risiko pada borang perancang kerja lapangan.

Mengkategorikan kecemasan mengikut tahapnya Memastikan adanya sistem komunikasi sandaran (back-up) semasa kecemasan Memastikan dan menyimpan nombor telefon kecemasan (Pusat Kawalan

Keselamatan UKM, badan-badan penyelamat yang berkaitan seperti polis, hospital, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Unit Penyelamat Awam, dan sebagainya yang berdekatan dengan kawasan kerja).

8.5 Tindakan Kecemasan

Ketua Rombongan hendaklah: Bertanggungjawab melaksanakan prosedur kecemasan dan memastikan semua ahli

yang turut serta mematuhinya Menaksirkan tahap kecemasan. Jika kecemasan memerlukan bantuan luar maka

beliau hendaklah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan tahap II Mengawal keadaan kecemasan supaya tidak memudaratkan ahli dan dirinya Memberikan pertolongan cemas kepada ahli yang cedera Menyediakan maklumatberikut semasa berkomunikasi:

- Lokasi kemalangan (rujukan grid/bacaan GPS); - Keadaan Geografi (lembah sungai, bukit, jurang, cerun); - Masa berlaku kemalangan; - Bilangan yang tercedera; - Nama dan jantina mangsa; - Keadaan kecederaan mangsa; - Pertolongan cemas yang telah diberikan; dan - Memberi amaran kepada pasukan penyelamat mengenai bahaya dan risiko

yang wujud. Mengesahkan kecemasan telah berakhir Tidak menghebahkan maklumat kecemasan kepada pihak luar universiti

Page 56: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

56

PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN

PENGERUSI JKKPF

PENGERUSI PUSAT PENGAJIAN/

PENYELARAS PUSAT KECEMERLANGAN

3. Memaklumkan perkembangan kecemasan kepada Dekan FST

2. Pengerusi/Penyelaras (berada di UKM) menyelaras tindakan kecemasan dengan Ketua Rombongan kerja lapangan (berada di lapangan)

4. Ketua Rombongan membantu Pengerusi Pusat Pengajian/ Penyelaras Pusat Kecemerlangan melengkapkan dan menghantar Borang Pemberitahuan Kemalangan Kerja Lapangan kepada Pengerusi JKKPF dalam tempoh 24 jam dan satu salinan dihantar ke Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM

KETUA Rombongan Kerja Lapangan

Menyelaras kecemasan dengan pihak UKM dan pasukan penyelamat dan keselamatan

1. Pemberitahuan secara lisan peristiwa kecemasan secepat mungkin kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa berdekatan dan Pengerusi Pusat/Pusat Kawalan Keselamatan UKM

Page 57: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

57

LAMPIRAN Simbol Hazad

Harmful Explosive Corrosive

Dangerous for Flammable Toxic the environment

Radioactive Biohazard Poison Oxidizing

General danger Explosive Flammable Electrical hazard

Page 58: PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL 3 - ukm.my · PDF file2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada

Peraturan Keselamatan Makmal Dan Prosedur Kerja Lapangan

58

Kerja Lapangan

Persampelan air