keselamatan di taman permainan

Upload: siti-maisarah-binti-yakat-ali

Post on 07-Jul-2015

1.326 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN

1.0 PENGENALAN Taman permainan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Seperti yang diketahui, kanak-kanak sememangnya suka kepada permainan. Di taman permainan, terdapat pelbagai jenis alat permainan yang menyeronokkan seperti buaian, gelongsor, jongkang-jongkit, terowong, dan sebagainya. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa di taman permainan juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak terutamanya jika kemudahan yang disediakan tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Oleh itu, kepada pihak yang bertanggungjawab seharusnya sentiasa memastikan kemudahan di taman permainan berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.

2.0 KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN Antara keselamatan yang perlu dititiberatkan ialah penyediaan safety mat. Safety mat berfungsi untuk mengurangkan momentum apabila terjatuh. Jika kanak- kanak terjatuh diataas safety mat, hentakan yang berlaku tidaklah terlalu kuat dan dapat mengurangkan kecederaan yang dialami. Selain itu, penyediaan peralatan permainan juga perlu mengikut ketinggian. Peralatan yang dibina di taman permainan hendaklah sesuai dengan ketinggian kanak- kanak untuk memudahkan kanak- kanak bermain dengan selesa dan selamat. Penggunaan alat permainan yang tidak sesuai menyebabkan kanak-kanak tidak dapat

bermain dengan selesa dan berkemungkinan akan berlaku kecederaan kepada kanak-kanak. Alat ini perlu sesuai dengan umur dan orang dewasa sama sekali tidak dibenarkan menggunakan alat permainan ini. Selain itu, penyediaan plan keselamatan juga amat penting. Plan keselamatan adalah bertujuan untuk memudahkan kanak- kanak ke tempat yang selamat mengikut pelan tersebut apabila terjadinya sesuatu kecemasan. Di samping itu, penyediaan peraturan menggunakan alat permainan juga amat penting. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Peraturan ini perlu disediakan dalam bentuk gambar bagi memudahkan kanak-kanak memahami peraturan tersebut kerana pada masa ini, kanak-kanak kurang lancar dalam pembacaan dan mereka lebih tertarik pada cetakan bergambar. Struktur alat permainan yang digunakan juga perlu dititikberatkan, alat permainan ini perlu dibina menggunakan plastik yang berkualiti tinggi. Penggunaan bahan daripada besi menyebabkan alat tersebut mudah berkarat dan keadaan ini akan membawa kecederaan dan kecelakaan kepada kanak-kanak. Alat permainan juga tidak seharusnya mempunyai bucu yang tajam. Jika terdapat bucu yang tajam, hendaklah ditutup dengan sesuatu agar tidak mencederakan kanak- kanak contohnya menggunakan penutup bucu. Tambahan lagi, alat permainan juga perlu dipastikan berfungsi dengan baik. Pihak yang berbertanggungjawab perlu memeriksa dan menyelenggara alat-alat permaianan secara berkala. Penggunaan alat permainan yang rosak amat memudaratkan sebagai contoh buaian yang mempunyai tali yang hampir putus menyebabkan kanak-kanak terjatuh apabila menggunakannya. Pada peringkat umur kanak-kanak, mereka masih belum memahami tentang konsep bahaya malah mereka hanya tahu ingin bermain. Di taman permainan juga, harus disediakan pagar yang mempunyai ketinggian yang sesuai. Hal ini bagi mengelakkan sesuatu bahaya yang tidak dijangka. Contohnya, orang asing dan binatang buas tidak dapat memasuki kawasan taman permainan sesuka hati. Keselamatan kanak- kanak juga akan lebih terjamin dengan pembinaan pagar di sekeliling kawasan taman permainan kerana mereka tidak dapat bergerak jauh dan hanya bermain dalam kawasan permainan sahaja. Selain itu, penyediaan tong sampah amat penting kepada kawasan taman permainan. Hal ini bagi memastikan kebersihan taman permainan dan

mengelakkan sebarang kecederaan. Contohnya, jika plastik berada merata- rata, kanakkanak mungkin akan terpijak dan terjatuh. Di taman permainan juga, perlu dipastikan rumput dan lalang dipotong pendek. Tanah perlu diratakan bagi mengelakkan kanak- kanak tersadung dan tercedera. Rumput yang pendek akan mengelakkan binatang merbahaya daripada menghuni kawasan taman permainan sekaligus mengurangkan risiko kanak- kanak mendapat kecelakaan. Tempat bermain pasir dan air perlu sentiasa ditutup bagi mengelakkan benda asing memasuki pasir dan air. Selain itu, air dan pasir harus sentiasa ditukar secara berkala. Penyediaan alat- alat keselamatan seperti alat pemadam api dan penyediaan pili bomba perlu dititikberatkan. Hal ini kerana tiada siapa yang tahu bahaya yang bakal mengundang. Telefon awam juga perlu bagi memudahkan sebarang kejadian dilaporkan dengan segera dan cepat. 3.0 PENUTUP Secara konklusinya, keselamatan di taman permainan harus dipandang serius oleh semua pihak. Jika keselamatan ini diabaikan kecederaan dan kecelakaan mungkin berlaku seperti terjatuh, hentakan kepala, patah dan luka pada bahagian badan. Bagi memastikan kanakkanak dapat bermain dengan selamat, ibu bapa, guru ataupun penjaga perlu membuat tinjauan ke atas alat-alat permainan sebelum membenarkan kanak-kanak bermain.

4.0 LAMPIRAN

Jongkang- jongket

Gelongsor

Safety mat

Rumput yang dipotong dan rata