keselamatan dan kesihatan pekerjaaan di makmal...

24
i Garispanduan Malaysian Dental Council 2002 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigian

Upload: haminh

Post on 02-Feb-2018

1.316 views

Category:

Documents


128 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

i

Gar i spanduan

Malaysian Dental Council 2002

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigian

Page 2: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

ii

MOH/K/GIG/4.2002 (GU)

Garispanduan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigian

Malaysian Dental Council November 2002

Page 3: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

iii

JAWATANKUASA GARISPANDUAN KESELAMATAN DAN DESIHATAN

PEKERJAAN DI MAKMAL PERGIGIAN

PENASIHAT

Y. BHG. Datin Dr. Rohani bt. Ramli Director Oral Health Division Ministry of Health Malaysia

PENGERUSI

Y. Bhg. Dato’ Dr. Wan Mohamad Nasir bin Wan Othman Deputy Director Oral Health Division Ministry of Health Malaysia

AHLI

Dr. Abdul Hamid bin Mohamad Dr. Rusni bt. Yusoff Professor Dr. Ling Booi Cie Professor Madya Dr. Wan Mohd. Azhar bin Wan Ibrahim Major Dr. Didar Sing Dr. R. Vijendran Dr. P. Kathiravan Encik Mohd Yatim bin Asral Encik Abdullah bin Ismail Encik Mohd Akil bin Wancik Encik Abu Zaki bin Azim Encik Badrul Hisham bin Suradi Encik Mohd Tohir bin Ibrahim Encik Sazali bin Ahmak YM Raja Ahmad Shah bin YM Raja Abdul Rahman Encik Ramli bin Yamin Encik Clement S.Y. Lau

Page 4: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

iv

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memastikan semua personelnya berada dalam persekitaran kerja yang sihat, selesa dan selamat. Ini adalah selaras dengan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan pekerja dan mereka yang berkaitan. Oleh itu, wajarlah Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini digunapakai untuk semua makmal pergigian kerajaan dan swasta. Garispanduan ini akan memastikan semua juruteknologi pergigian dan mereka yang berurusan ditempat berkenaan diberi maklumat dan arahan berkenaan cara menjalakan tugas dengan selamat. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima Kasih depada ahli jawatankuasa dan mereka yang terlibat dalam penyediaan garispanduan ini. Tan Sri Datu Dr. Haji Mohamad Taha bin Ariff Presiden Majlis Pergigian Mlalysia (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)

KATA-KATA ALUAN PRESIDEN MAJLIS PERGIGIAN MALAYSIAN

Page 5: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

v

KANDUNGAN Jawatankuasa Garispanduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal Pergigian

iii

Kata Kata Aluan iv

Kandungan V

1. Tujuan 1 2. Latarbelakang 1 3. Skop 2 4. Polisi Keselamatan dan desihatan Pekerjaan di Makmal Pergigian

2

5. Bahaya (Hazard) Di Makmal Pergigian 3 5.1 Bahaya Fizikal 5.2 Bahaya Kimia 5.3 Bahaya Biologi 5.4 Bahaya Ergonomik 5.5 Kesan Psikososial

6. Kawalan infeksi 9 7. Kemudahan Makmal Pergigian 118. Maklumat Arahan 149. Latihan 1510. Penyeliaan 1511. Laporan dan Penyiasatan 1612. Kajisemula Garispanduan 1713. Kseimpulan 1714. Rujukan 1815. Lampiran: 19

Page 6: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

1

GARISPANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

DI MAKMAL PERGIGIAN

1. Tujuan

Tujuan garispanduan ini ialah untuk menghuraikan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka yang bekerja atau pun yang berurusan di makmal pergigian.

2. Latarbelakang 2.1 Makmal pergigian merupakan tempat di mana aktiviti-aktiviti

proses penghasilan pelbagai jenis aplians pergigian dijalankan. Dalam menghasilkan aplians yang berkaitan berbagai bahan dan peralatan perlu diguna, di mana bahan-bahan dan peralatan ini boleh mendatangkan bahaya dan kesan negatif terhadap kesihatan dan keselamatan mereka yang berkenaan.

2.2 Personel yang bertugas di makmal pergigian ialah Juruteknologi

Pergigian dan anggota sokongan yang lain. Juruteknologi Pergigian adalah kumpulan personel kesihatan, khusus dalam bidang teknologi pergigian yang menjalankan tugas rehabilitasi pergigian, penyelenggaraan kelengkapan rawatan pergigian dan penentuan serta pengujian bahan-bahan pergigian yang berkaitan dengan makmal pergigian. Dalam menghasilkan aplians prostesis pergigian, Juruteknologi Pergigian menggunakan bahan–bahan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Disamping itu, Juruteknologi Pergigian menjalankan tugas penyelenggaraan dan pengurusan pembaikan peralatan kelengkapan rawatan pergigian. Kesemua peralatan ini memerlukan kuasa elektrik untuk berfungsi. Oleh yang demikian mereka terdedah kepada kejutan elektrik.

Page 7: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

2

2.3 Memandangkan pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan pihak pekerja, maka kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Act 514) pada 25 Januari 1994. Akta ini bertujuan untuk memberi satu jaminan undang-undang bagi meningkatkan taraf keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga pelanggan yang berurusan di tempat berkenaan. Ianya juga untuk meningkatkan kesedaran majikan dan juga pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan serta mengamalkannya sepanjang masa.

2.4 Susulan pada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan polisi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Lampiran 1). Ianya bertujuan untuk memastikan semua personel kesihatan dan pelanggan yang terlibat dengan aktiviti–aktiviti kesihatan berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat dengan mengambil kira kehendak undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan.

3. Skop

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, maka wajarlah suatu garispanduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan disediakan khusus untuk makmal pergigian. Garispanduan ini digunapakai untuk semua makmal pergigian kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan lain-lain.

4. Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Pergigian

Juruteknologi Pergigian, anggota sokongan dan personel yang berurusan dengan makmal pergigian haruslah berada di dalam persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal Pergigian ialah: • mengamalkan budaya kerja sihat dan selamat dengan

mengambil kira undang-undang yang berkaitan.

Page 8: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

3

• perlu mengikuti latihan, memperolehi maklumat dan meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran berterusan agar kecekapan berkaitan keselamatan dan kesihatan dapat dipertingkatkan.

• kemudahan-kemudahan asas peralatan pencegahan dan

keselamatan mestilah disediakan.

• setiap kejadian merbahaya dan kemalangan yang boleh atau yang menyebabkan kecederaan dan penyakit mestilah dilaporkan dan disiasat serta tindakan susulan diambil dan

• garispanduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di

Makmal Pergigian ini haruslah dikaji dari semasa kesemasa.

5. Bahaya ( Hazard ) Di Makmal Pergigian

Keadaan bahaya di makmal pergigian berlaku apabila sesuatu bahan, peralatan atau tatacara kerja yang berpotensi mendatangkan kecelakaan. Ianya merangkumi kecederaan atau keadaan tidak sihat yang berlaku kepada pekerja dan orang lain semasa berada di makmal pergigian. Keadaan bahaya yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

• bahaya fizikal (Physical hazards) • bahaya kimia (Chemical hazards) • bahaya biologi (Biological hazards) • bahaya ergonomik (Ergonomical hazards) dan • kesan psikososial (Psychosocial effects)

Garispanduan yang disenaraikan ini digunapakai bagi mencegah berlakunya kejadian bahaya di makmal pergigian.

5.1 Bahaya Fizikal

Page 9: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

4

Bahaya fizikal merangkumi kecederaan akibat peralatan, kebakaran, melecur, alat-alat tajam dan bahan kaca, bahan mudah terbakar, kejutan elektrik dan pancaran gelombang pendek (short wave length light).

5.1.1 Kecederaan akibat peralatan :

• Peralatan yang dibekalkan mestilah menepati spesifikasi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

• Peralatan yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri

keselamatan.

• Penyelenggaraan pencegahan mestilah dilakukan secara berkala seperti yang disyorkan oleh pembuat (manufacturer).

• Maklumat, arahan, dan latihan mengenai penggunaan

peralatan haruslah diperolehi oleh Juruteknologi Pergigian, anggota sokongan dan personel yang berurusan dengan makmal pergigian.

5.1.2 Kecederaan akibat kebakaran :

• Makmal pergigian mestilah mempunyai alat pemadam api dan fire blanket yang disyorkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

• Permukaan meja kerja Juruteknologi Pergigian mestilah

dari jenis kalis api.

• Gas regulator dan saluran gas mestilah diperiksa secara berkala supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

• Punca utama gas mestilah ditutup selepas waktu kerja.

Bahan-bahan yang mudah terbakar mestilah disimpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

• Setiap peralatan elektrik mestilah menggunakan punca

Page 10: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

5

kuasa yang berasingan dan semua suis ditutup selepas waktu kerja.

• Pempolimeran mestilah dilakukan semasa waktu

bekerja, tetapi jika hendak menjalankan proses polimeran selepas waktu kerja, pastikan alat kawalan jangkamasa sokongan digunakan.

• Bahan bakar dan bahan mudah terbakar mestilah jauh

dari sumber api dan mempunyai pengudaraan yang sempurna.

5.1.3 Kecederaan akibat melecur :

• Injap keselamatan pada water boiler haruslah diperiksa secara berkala seperti disyorkan oleh pembuat.

• Haruslah berhati-hati menggunakan air panas semasa

proses mencairkan lilin ( dewaxing ).

• Haruslah memberi tumpuan semasa menggunakan bahan api untuk mengelakkan dari kecederaan melecur.

5.1.4 Kecederaan akibat alat-alat tajam dan bahan kaca :

• Haruslah berhati-hati semasa menggunakan peralatan

dan benda-benda tajam serta bahan kaca mudah pecah.

• Benda-benda yang tajam dan bahan kaca dibuangkan ke dalam sharp bin. Sekiranya tiada dibekalkan sharp bin, hendaklah dibuang mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan.

5.1.5 Kejutan elektrik (Electrocution):

• Kasut bertapak getah haruslah dipakai semasa membaiki dan menyelenggara peralatan elektrik.

• Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan

Page 11: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

6

peralatan elektrik dijalankan, pastikan 3 pin plug dikeluarkan dari soket. Jika tidak boleh ditanggalkan, pastikan sistem lock-out and tag-out digunakan.

• Peralatan yang digunakan di makmal pergigian haruslah

memenuhi piawaian IEC 601-1 (International Electrotechnical Commission ) atau setaraf dengannya.

• Pendawaian mestilah diperiksa secara berkala untuk

memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik.

• Semua peralatan elektrik mestilah diuji tahap keselamatannya sebelum pentauliahan (commissioning) dan semasa penyelenggaraan pencegahan.

5.1.6 Kecederaan akibat pancaran gelombang pendek (short

wave length light) :

• Alat pelindung diri yang bersesuaian mestilah digunakan semasa penggunaan peralatan yang mengeluarkan pancaran gelombang pendek.

5.2 Bahaya Kimia

Bahaya kimia yang dimaksudkan adalah bahaya yang berpunca dari semua bahan kimia yang digunakan di dalam makmal pergigian.

5.2.1 Asid : • Personel yang menggendalikan bahan asid haruslah

memakai pelindung peribadi seperti pelindung muka (face shield) dan sarung tangan.

• Sisa asid haruslah disalurkan ke tangki septik.

5.2.2 Polymethyl Methacrylate :

Page 12: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

7

• Alat pelindungan diri yang sesuai seperti sarung tangan dan face mask haruslah digunakan semasa mengendalikan bahan tersebut.

• Penyedut wap (fume extractor) dimestikan

penggunaannya sewaktu proses pembancuhan bahan tersebut.

• Proses alternatif seperti penggunaan alat thermoforming

unit atau light cure unit digalakkan dalam penyediaan ceper khas dan plat landas dentur (denture base).

5.2.3 Habuk kimia

Habuk kimia yang sering didapati di makmal pergigian adalah seperti kapur paris, silica, berylium, akrilik dan pumice. Tindakan yang perlu diambil untuk mencegah bahaya habuk kimia adalah seperti berikut :

• alat pelindungan diri seperti face mask yang sesuai mestilah digunakan semasa proses kerja yang melibatkan bahan-bahan ini dan

• Peralatan yang dilengkapi dengan penyedut habuk

(dust extractor) dimestikan penggunaannya sewaktu proses, seperti proses pemangkasan, pengilapan dan lain-lain.

5.3 Bahaya Biologi

Juruteknologi Pergigian juga terdedah kepada penyakit akibat daripada virus, bakteria dan fungi. Oleh itu beberapa tindakan perlu diambil untuk mencegah daripada bahaya biologi ini.

• Setiap Juruteknologi Pergigian harus mendapat pelalian Hepatitis B.

• Aplian prostesis dan kelengkapan pergigian yang perlu dibaiki haruslah dibasmi kuman (decontaminate) dengan

Page 13: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

8

menggunakan disinfektan yang bersesuaian.

• “Universal precaution” mestilah diamalkan di dalam makmal pergigian.

5.4 Bahaya Ergonomik

Bahaya ergonomik berpunca dari peralatan atau cara bekerja yang tidak sesuai yang berkaitan dengan bidang tugas, seperti mengangkat benda berat, menggunakan tekanan berterusan, bekerja dengan peralatan yang bergegar dan pergerakan yang berulang kali. Untuk mengatasinya, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

• merangka kerja dengan baik seperti mempelbagaikan

jenis kerja setiap hari. Jika melakukan kerja-kerja pergerakan berulang kali, perlu berhenti rehat sekurang-kurangnya 10 minit setiap 50 minit bekerja.

• menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal

pergigian yang mempunyai ciri-ciri ergonomik.

• memastikan pencahayaan yang cukup terang iaitu sekurang-kurangnya 1000 lux atau 100 fc mengikut Akta kilang dan Jentera, serta

• memastikan Juruteknologi Pergigian dilatih mengenai

posisi yang betul sewaktu menjalankan tugas. 5.5 Kesan Psikososial

Stress di tempat kerja adalah satu aspek daripada kesan psikososial. Ianya berlaku disebabkan oleh beberapa factor; di antaranya ialah beban kerja, perkembangan kerjaya dan persekitaran tempat kerja. Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi kesan psikososial, iaitu:

• Juruteknologi Pergigian haruslah memantau diri sendiri mengenai tanda-tanda fizikal dan emosi, serta

Page 14: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

9

• mengatur strategi untuk mengurangkan dan

menggelakkan stress seperti menjaga diet, senaman dan mengamalkan teknik mengurangkan ketegangan.

6. Kawalan Infeksi

Kawalan infeksi perlu diamalkan di semua makmal pergigian memandangkan jangkitan silang boleh berlaku melalui kes-kes yang dibawa masuk dari surgeri ke makmal pergigian. Untuk mengawal jangkitan silang berlaku, asas-asas berikut perlu dipatuhi: 6.1 “Universal Precaution” mestilah diberi perhatian sepanjang masa

di mana semua pesakit dianggap mempunyai penyakit berjangkit.

6.2 “Kawalan kejuruteraan” (Engineering Controls) meliputi semua rekabentuk makmal dan peralatan yang digunakan untuk mengurangkan potensi jangkitan.

6.3 “Kawalan cara kerja” (work practice control) iaitu cara kerja

yang dapat memastikan tidak berlaku jangkitan silang seperti berikut:

• disediakan kemudahan mencuci tangan. • bahan-bahan yang tajam perlu ditangani dengan berhati-hati

dan dibuang ke dalam sharp container. • dilarang makan, minum, memakai alat mekap, lip balm dan

memasukkan contact lenses sewaktu berada di dalam makmal.

• makanan dan minuman dilarang disimpan di dalam makmal. • semua kawasan kerja perlu dijaga tahap kebersihan dan

bebas dari sebarang pencemaran dan • alat pelindung diri yang bersesuaian seperti glove, mask, alat

pelindung mata dan pakaian pelindung badan perlu digunakan untuk mengelak diri dari tercemar.

Glove

Page 15: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

10

• Tangan perlu dicuci sebelum dan selepas menggunakannya.

• Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali alat-alat atau aplians yang belum disucihama. Nota: Dilarang samasekali memakai glove sewaktu mengguna rotary equipment /instruments untuk mengelak kecederaan.

Mask

• Menggunakan mask jenis pakai buang. • Pegang mask hanya di bahagian tepi sahaja dan

elakkan menyentuh pada bahagian lain. • Mask tidak boleh bersentuh dengan mulut oleh

kerana kelembapan akan mengurangkan keberkesanan penapisannya.

Alat pelindung mata dan muka.

• Melindungi mata dan muka dari terpercik sebarang cecair atau habuk.

• Tidak mudah pecah dan calar. • Boleh dicuci dan disucihama.

Pakaian pelindung badan seperti lab coats atau apron perlu

digunakan untuk melindungi kulit. • Diperbuat dari kain atau bahan pakai buang yang

kalis air. 6.4 Kawalan infeksi di Makmal Pergigian

Makmal pergigian mestilah beroperasi menggunakan salah satu daripada dua cara mengurus kawalan infeksi iaitu:

• diselenggara sebagai "isolated area" iaitu semua prostesis, impresi dan lain-lain prosedur kerja daripada bilik rawatan disinfeksi sebelum di bawa masuk ke makmal pergigian, atau

• Sediakan kawasan khas penerimaan di makmal

Page 16: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

11

pergigian di mana setiap peringkat pembuatan prostesis yang telah disinfeksi daripada bilik rawatan terus ke kawasan ini.

6.5 Pembuangan sisa klinikal / makmal

• Semua benda tajam yang tercemar dan mudah pecah haruslah dimasukkan ke dalam sharp bin sebaik sahaja selesai digunakan.

• Sisa-sisa klinikal yang lain harus dibuang ke dalam

plastik kuning atau bekas yang bersimbol "Universal Biohazard" dan bertulis "Biohazard".

• Setiap personel di makmal pergigian harus

mematuhi semua arahan pengurusan sisa klinikal yang ditetapkan.

7 Kemudahan Makmal Pergigian

Makmal pergigian dicadangkan mempunyai dua (2) bahagian, iaitu bahagian kering (dry area) dan bahagian basah (wet area).

7.1 Bahagian basah (wet area) merupakan ruang dalam makmal pergigian yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja penerimaan impresi, penuangan dan penyediaan model kerja dan model kajian, flasking dan pempolimeran dentur.

Oleh itu, bahagian ini memerlukan kemudahan-kemudahan seperti bekalan elektrik, bekalan air, peralatan khas dan lain-lain;

• Bekalan elektrik

Mata punca lampu - mengikut keluasan makmal. Punca kuasa 3 pin 13Amp - mengikut jumlah peralatan yang digunakan.

Punca kuasa 3 pin 15 Amp - mengikut jenis peralatan.

Page 17: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

12

• Bekalan air

Punca bekalan air.

Sinki jenis stainless steel atau kualiti yang setaraf. Salur keluar mesti dipasang perangkap sisa-sisa makmal (sediment filter) sebelum ke septic tank.

• Peralatan-peralatan (jika ada) perlulah ditempatkan

dibahagian ini:

Lathe polishing machine with suction system.

Model trimmer.

Vibrator untuk penuangan mode.l

Plaster dispenser.

Alat pempolimerisasi ( paco bath).

Boil-out wax unit.

Hydraulic Bench Press.

Kipas penyedut udara.

Alat pendingin hawa.

• Prasarana lain

Meja konkrit atau kualiti yang setaraf beserta kabinet jika perlu.

Lantai jenis heavy duty vinyl atau yang setaraf.

7.2 Bahagian kering (dry area) merupakan ruang kerja di dalam

makmal pergigian dimana kerja-kerja penghasilan aplian pergigian

Page 18: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

13

dijalankan tanpa menggunakan air. Bahagian ini memerlukan kemudahan seperti bekalan elektrik, bekalan air, peralatan khas dan lain-lain.

• Bekalan elektrik:

Mata punca lampu - mengikut keluasan makmal.

Punca kuasa 3 pin 13Amp - mengikut jumlah peralatan yang digunakan.

Punca kuasa 15Amp - mengikut jenis peralatan.

• Bekalan air;

Punca bekalan air.

Kemudahan mencuci tangan.

• Kelengkapan dan peralatan (jika ada) perlulah

ditempatkan dibahagian ini;

Work-station dengan komponen seperti berikut: micro-motor. dust extraction system / clean room extraction

system. gas burner with safety features. air nozzle with automatic retraction. protector shield. magnifying glass dan Operating light.

Ergonomic operating stool untuk Juruteknologi

Pergigian.

Thermoforming unit.

Model surveyor.

Page 19: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

14

Fume extractor.

• Prasarana lain;

Wall cabinet.

Pigeon hole untuk menempatkan model.

Lantai jenis heavy duty vinyl atau yang setaraf.

Tempat untuk meletak aplian pergigian yang siap sebelum dihantar ke surgeri.

Ruang untuk kerja-kerja dokumentasi.

Alat pendingin hawa.

8. Maklumat Arahan (Signage)

Juruteknologi pergigian sentiasa terdedah pada risiko yang berkaitan dengan penggunaan peralatan dan bahan pergigian, oleh itu makmal pergigian perlu dilengkapi dengan tanda arahan keselamatan. Ini bagi memastikan personel atau pelanggan yang berurusan di dalam makmal selamat serta berhati-hati semasa menjalankan tugas atau berurusan di dalam makmal pergigian. Tanda–tanda arahan keselamatan adalah seperti berikut: i. DILARANG MEROKOK ii. DILARANG MAKAN DAN MINUM

iii. MUDAH TERBAKAR

iv. MERBAHAYA dan v. AWAS! AIR PANAS

Page 20: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

15

9. Latihan 9.1 Pendedahan Juruteknologi Pergigian kepada peraturan dan tata

amalan keselamatan dan kesihatan di makmal pergigian perlulah diberi dari peringkat latihan asas. Ini penting bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan di dalam makmal.

9.2 Diperingkat latihan asas, Juruteknologi Pergigian mesti dilengkapi

dengan pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan peralatan dan keterangan terperinci mengenai kandungan bahan-bahan, cara penggunaan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi di dalam makmal. Mereka juga harus diberi pendedahan mengenai aspek rekabentuk makmal pergigian.

9.3 Juruteknologi Pergigian mestilah diberi latihan setiap kali makmal

pergigian dibekalkan dengan peralatan dan bahan-bahan pergigian yang baru. Latihan mestilah meliputi cara pengunaan peralatan dan bahan, serta ciri – ciri keselamatan yang harus dipatuhi dan diamalkan. Ini adalah untuk mempastikan yang mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam kesihatan dan keselamatan ditempat kerja.

10. Penyeliaan 10.1 Satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu

ditubuhkan di sesuatu fasiliti sekiranya terdapat 40 atau lebih orang kakitangan. Ianya bertujuan bagi menyelia peraturan serta tata amalan keselamatan dan kesihatan diguna dan dipatuhi secara berkala.

10.2 Jawatankuasa ini perlu mengadakan mesyuarat sekurang-

kurangnya 3 bulan sekali bagi mengkaji sebarang kelemahan atau sebarang peraturan yang tidak dipatuhi. Tindakan pembetulan harus diambil bagi memastikan segala peraturan keselamatan dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa.

Page 21: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

16

10.3 Jawatankuasa ini bertanggungjawap melakukan siasatan segera sekiranya terdapat sebarang kemalangan atau gangguan kesihatan di dalam makmal. Jawatankuasa ini juga harus mengkaji peraturan-peraturan keselamatan dari masa ke masa.

11. Laporan Dan Penyiasatan 11.1 Laporan dan penyiasatan haruslah berpandukan kepada

peruntukan di bahagian VIII, seksyen 32 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja”.

Bagi memenuhi peruntukkan ini, Juruteknologi Pergigian perlulah memberitahu Pengerusi atau Setiausaha/Pegawai Keselamatan pekerjaan atau mana-mana ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat mereka bekerja untuk tindakan selanjutnya.

11.2 Laporan kemalangan hendaklah menggunakan borang khas dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu borang WEHU-A1 (Lampiran 2a) dan borang WEHU-A2 (Lampiran 2b).

11.3 Penyiasatan tempat kerja dijalankan dengan menggunakan format

OHU-A1 ( Lampiran 3a).

Setelah aduan diterima, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu menjalankan siasatan untuk mengatasi dan mengelakkan kejadian ini berulang.

11.4 Juruteknologi Pergigian yang mendapat kecederaan perlu

mengisi borang OHU-A2 (Lampiran 3b) dan dihantar ke Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Negeri.

Page 22: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

17

12. Kajisemula Garispanduan

Garispanduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal pergigian perlulah dikaji semula dari masa ke masa berdasarkan maklumbalas dari Juruteknologi Pergigian dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan setempat.

Garispanduan ini perlu dikaji semula sekiranya terdapat peningkatan teknologi yang melibatkan proses kerja, penggunaan peralatan serta bahan yang terkini di makmal pergigian.

13. Kesimpulan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Act 514) yang diluluskan pada 25 Januari 1994, merupakan satu jaminan undang–undang dari pihak kerajaan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjanya . Garis panduan yang disediakan ini adalah untuk memenuhi keperluan akta tersebut. Ini adalah kerana makmal pergigian merupakan tempat yang sering terdedah pada risiko kemalangan dan kesan negatif kepada kesihatan.

Garis panduan yang digubal ini dapat menyeragamkan peraturan keselamatan dan kesihatan di makmal pergigian serta pembelian peralatan dan bahan-bahan pergigian. Dengan adanya satu garis panduan serta polisi yang lengkap tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal pergigian, maka dapatlah ia digunapakai untuk semua makmal pergigian di negara ini.

Page 23: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

18

RUJUKKAN

1. Organisation for Safety & Asepsis Procedures (OSAP) Position Paper : Laboratory Asepsis, November 1998. http://www.osap.org/isssues

2. Dref, MJ-Procticla Guide To IEC 601-1 Electrical Saftery

Testing – Background, Terminology And Basic Safety Testing Areas, 1997.

3. Kerajaan Malaysia, Pengurusan Penyelenggaraan–Pewujudan

Sistem Penyelengggaraan Yang Dirancang, Surat Pekekiking Am Bil.2 Tahun 1995.

4. Occupational Health Unit, Ministry of Health, Malaysia: A Guide

To Notification Of Occupational Accidents Among Health Care Workers And Occupational Diseases Including Poisonings, Ministry of Health Malaysia 1998.

5. Wan Mahadzir, M – Occupational Health And Safety Of Dental

Health Personnel. Paper presented at the Meeting of State Directors of Dental Services, Ipoh, 1996

6. Occupational Safety and Health Act 1994. 7. Government of Malaysia, Fire services Act 1998 & Regulation

February 1997.

Page 24: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Makmal Pergigianeiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpkdh/admin/upload/doc_DL... · • Menggunakan sarung tangan jenis pakai buang sewaktu mengendali

19

Lampiran 1 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Adalah menjadi polisi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat polisi ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan. Polisi Kementerian Kesihatatn Malaysia ialah:

• Untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu tempat kerja yang

sihat, selesa dan selamat dengan mengambil kira kehendak undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturanny dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan;

• Untuk memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

• Untuk melaporkan dan menyiasat kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan; dan

• Untuk mengkaji semula polisi ini dari semasa ke semasa.

Kementerian Kesihatan Malaysia yakin kecemerlangan dan kejayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan pekerjanya. TAN SRI DATO’ DR. ABU BAKR SULEIMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia November 1998