kesediaanguru.pdf

Upload: ksgan

Post on 28-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    1/8

    KESEDIAAN GURU-GURU SEKOLAH BESTARI MENGGUNAKANINTERNET DAN WEB PENDIDIKAN

    Sulaiman SarkawiUniversiti Pendidikan Sultan Idris

    Pengenalan

    Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan sosio ekonomi sesebuah negarakerana peningkatan tahap pendidikan rakyat meningkatkan keharmonian hidup dan tahapekonomi. Peralihan kepada K-ekonomi dan kewujudan World Wide Web (WWW) mendesak kitamemiliki pengetahuan terkini bagi membolehkan negara berada di hadapan sebagai pelopor.Di samping kaedah pendidikan tradisional yang terus dibebankan dengan keperluan memberipendidikan berkualiti kepada rakyat dalam aspek kandungan dan perkongsian maklumat, kitaperlu sama-sama mencari kaedah alternatif bagi membantu meningkatkan kualiti pengajarandan pengurusan pengajaran ke peringkat yang lebih baik secara berterusan.

    Internet dan WWW menyediakan potensi besar dalam aspek peluang dan kegunaan. Ini jelasdilihat kepada kadar peningkatan penggunaan WWW yang dianggarkan antara 6 peratus

    (Wiggins, 1995) hingga 20 peratus (Lemay, 1995) sebulan. Peningkatan ini tidak terlepas dalamdunia pendidikan baik di peringkat pendidikan rendah, menengah maupun peringkatpendidikan tinggi dengan menggunakan sumber internet dan web pendidikan. Kerana ituAmerika Syarikat berhasrat mencapai tahap akses internet 100 peratus untuk semua sekolahsecepat mungkin (Cattagni & Farris, 2001).

    Laporan E-Pembelajaran (2003) oleh eMarketer tentang pembelajaran melalui Internetmemperlihatkan potensi besar dan pentingnya penglibatan kita menyertai peluang ini.

    1. Pasaran pendidikan global adalah berjumlah USD $2 trilion pada tahun 2001.2. Peratus sekolah awam di Amerika Syarikat yang memiliki akses internet

    kelajuan tinggi meningkat daripada 56 peratus pada 1999 kepada 76 peratuspada tahun 2002.

    3. Pada tahun 2004, lebih 1 juta pelajar K-12 akan mengambil kursus secara maya.4.

    Di Amerika Syarikat, sektor akademik K-12 merupakan pasaran terbesar dalamE-pembelajaran dengan nilai $1.8 bilion; pendidikan tinggi akan meningkatkepada puncaknya dengan nilai $23 bilion pada tahun 2006 dan $44 bilion padatahun 2011.

    5. Pendapatan daripada E-pembelajaran di negara Jepun meningkat dari 82.3bilion yen pada tahun 2003 kepada 198.5 bilion yen pada tahun 2006.

    6. Pasaran E-pembelajaran korporat di Eropah adalah berjumlah $1.5 bilion padatahun 2001.

    Di Malaysia, usaha bersungguh-sungguh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakanpenggunaan komputer dalam pendidikan sangat ketara apabila Projek Percubaan LiterasiKomputer dilancarkan pada tahun 1992 yang walaupun pelaksanaannya tidak berjalan lancarkerana masalah perkakasan, perisian yang kurang sesuai dan kekurangan latihan untuk guru-

    guru (Sulaiman, 1994), namun ia telah memberi impak penting dalam penggunaan komputerdalam pendidikan di Malaysia. Ia semakin ketara apabila Sekolah Bestari dilancarkan di 88buah sekolah di seluruh negara dengan menyediakan kemudahan komputer lengkap Internetuntuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun kemudahan ini tentunya dapatdigunakan sepenuhnya dengan adanya kesediaan guru-guru di Sekolah Bestari menggunakanInternet untuk mengakses Web Pendidikan yang dianggap faktor penting dalam pengajaranmasa kini (Bare & Meek, 1998; U.S. Department of Education, 2000).

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    2/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    2

    Beberapa kajian yang dijalankan terhadap penggunaan Internet dan web pendidikan dikalangan guru di sekolah harian tidak menunjukkan keadaan yang menggalakkan (Shahrulaini,2001; Norazmah Hashim, 2001; dan Md Roslan, 2001). Dapatan daripada pengkaji-pengkajitersebut mendapati walaupun guru-guru menyedari bahawa Internet berguna untuk guru,namun dari aspek aplikasinya kurang menggalakkan. Guru-guru di sekolah harian dalamkawasan FELDA umpamanya masih kurang menggunakan kemudahan Internet untuk pengajaran

    (Aszelan, 2001).

    Tujuan Kajian

    Kajian kecil ini dijalankan untuk mengetahui kesediaan guru-guru Sekolah Bestarimenggunakan Internet dan Web pendidikan sama ada untuk pengajaran maupun pembelajaranmereka sendiri. Kajian ini juga cuba mengetahui kemudahan Internet yang dimiliki, tujuanpenggunaan Internet, pengaksesan Web pendidikan dan tujuan mengakses Web pendidikan.

    Kaedah Kajian

    Sebanyak 6 set soal selidik telah dihantar pada Mac 2003 ke setiap 68 buah sekolah menengah

    (77.27 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah bestari di Malaysia) untuk diisi oleh 6orang guru yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan 1, guru Bahasa Malaysia, guruBahasa Inggeris, guru Sains dan guru Matematik dari setiap sekolah. Daripada 408 set borangsoal selidik yang dihantar, sebanyak 272 set (66.6 peratus) telah diterima semula pada Jun2003. Ini tidak termasuk satu set yang tidak boleh digunakan kerana telah diisi oleh guruBahasa Jerman. Data telah dianalisis menggunakan SPSS for Windows versi 11.0 bagimemperolehi jadual kekerapan dan jadual silang.

    Dapatan Kajian

    Perbincangan dalam laporan ini hanya ditumpukan kepada latar belakang responden,kemudahan Internet, penggunaan Internet dan penggunaan Web pendidikan.

    Latar belakang responden

    Daripada 272 responden yang terlibat dalam kajian, majoriti adalah guru perempuan iaitu 68.3peratus (187 orang) dan selebihnya 31.3 peratus (85 orang) adalah guru lelaki. Bilanganperatusan mengikut perjawatan adalah hampir sama dengan Pengetua merupakan kumpulanresponden terkecil iaitu 12.9 peratus (35 orang) dan guru Matematik sebagai kumpulanterbesar iaitu 18.8 peratus (51 orang). Jawatan lain adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.

    Jadual 1: Kekerapan responden mengikut jawatan

    Jawatan Kekerapan PeratusPengetua 35 12.9Penolong Kanan 1 46 16.9Guru Bahasa Malaysia 47 17.3

    Guru Bahasa Inggeris 46 16.9Guru Sains 47 17.3Guru Matematik 51 18.8Jumlah 272 100.0

    Perbezaan yang ketara antara jantina responden adalah bagi jawatan guru Bahasa Melayu, guruBahasa Inggeris, guru Sains dan guru Matematik yang memperlihatkan majority adalah guru-guru perempuan.

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    3/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    3

    Jadual 2: Jantina responden mengikut jawatan

    Pengetua Pen.Kanan 1

    GuruBM

    GuruBI

    GuruSains

    GuruMatematik

    18 28 8 2 14 15Lelaki

    51.4% 60.9% 17.0% 4.3% 29.8% 29.4%17 18 39 44 33 36

    Perempuan48.6% 39.1% 83.0% 95.7% 70.2% 70.6%

    35 46 47 46 47 51JUMLAH

    100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0%

    Dari aspek umur, sebilangan besar responden 72.7 peratus (198 orang) adalah berumur antara31 hingga 50 tahun. Jika analisis secara statistik, memang terdapat hubungan yang signifikanantara jawatan dengan umur responden. Umur merupakan faktor yang mempengaruhi jawatanPengetua. Sebahagian besar daripada guru yang berumur 51 tahun dan lebih terdiri daripadaPengetua iaitu 67.6 peratus (25 orang) dan 21.6 peratus (8 orang) sebagai Penolong Kanan 1.

    Jadual 3: Jawatan responden mengikut umurJawatan 30 dankurang

    31 hingga40

    41 hingga50

    51dan lebih

    10 25Pengetua

    - 10.2% 67.6%4 34 8

    Pen Kanan- 4.0% 34.7% 21.6%

    10 23 13 1Guru BM

    27.0% 23.0% 13.3% 2.7%9 25 12

    Guru BI24.3% 25.0% 12.2% -

    10 20 17Guru Sains

    27.0% 20.0% 17.3% -8 28 12 3

    Guru Matematik 21.6% 28.0% 12.2% 8.1%37 100 98 37

    JUMLAH100.0% 100.0% 100.0% 100.0%

    Kemudahan Internet

    Walaupun kemudahan internet juga boleh diperolehi di kafe siber, namun kajian ini hanyamenumpukan kemudahan internet yang terdapat di rumah dan di sekolah. Sebanyak 75.7peratus daripada responden (206 orang guru) menyatakan memiliki kemudahan Internet dirumah. Peratusan guru yang memiliki kemudahan Internet di rumah ini hampir sama mengikutjawatan dengan guru Bahasa Inggeris paling tinggi iaitu 18.9 peratus (39 orang) diikuti guruSains dan guru Matematik dengan peratusan yang sama iaitu 18.0 peratus (37 orang), Pengetua15.5 peratus (32 orang), Penolong 1 15.0 peratus (31 orang) dan terendah adalah guru Bahasa

    Melayu 14.6 peratus (30 orang). Daripada jumlah guru yang tidak memiliki Internet di rumah,kumpulan tertinggi adalah terdiri daripada guru Bahasa Melayu berjumlah 25.8 peratus (17guru), Penolong Kanan 1 22.7 peratus (15 orang), guru Matematik 21.2 peratus (14 orang),guru Sains 15.2 peratus (10 orang) dan Pengetua 4.5 peratus (3 orang).

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    4/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    4

    Jadual 4: Kekerapan memiliki kemudahan Internet di rumah mengikut jawatan

    Ada Internet Tiada InternetPost

    Kekerapan % Kekerapan %Pengetua 32 15.5 3 4.5

    Pen Kanan 1 31 15.0 15 22.7Guru BM 30 14.6 17 25.8Guru BI 39 18.9 7 10.6Guru Sains 37 18.0 10 15.2Guru Math 37 18.0 14 21.2Total 206 100.0 66 100.0

    Bagi guru yang tidak memiliki kemudahan Internet di rumah mereka boleh menggunakankemudahan yang terdapat di sekolah. Walaupun kemudahan Internet sememangnya termasukdalam pakej kemudahan komputer Sekolah Bestari namun dalam kajian ini penyelidik sengajabertanya tentang kemudahan yang terdapat di sekolah untuk mengetahui sejauhmana guru-guru tahu tentang kemudahan yang wujud di sekolah tempat mereka bertugas.

    Daripada 272 responden yang menjawab soal selidik, 91.9 peratus (250 orang) menyatakankemudahan internet tersedia di sekolah. Sebanyak 7.7 peratus (21 orang) menyatakan tidakpasti dan hanya 0.4 peratus (1 orang) menyatakan kemudahan Internet tidak terdapat disekolah. Dari aspek jantina, tidak terdapat sebarang perbezaan tentang pengetahuankemudahan Internet di sekolah antara guru lelaki dengan guru perempuan. Lihat Jadual 5 dibawah.

    Jadual 5: Pendapat tentang kemudahan Internet di sekolah mengikut jantina

    Lelaki PerempuanKemudahan Internetdi sekolah n % n %

    Ada 81 95.3 169 90.4Tiada 0 0.0 1 0.5Tidak pasti 4 4.7 17 9.1

    JUMLAH 85 100.0 187 100.0

    Kajian mendapati peratusan yang besar iaitu 91.3 peratus (188 orang) guru daripada kumpulanyang menyatakan memiliki kemudahan Internet di rumah juga mengatakan kemudahan initerdapat di sekolah manakala sebanyak 8.7 peratus (18 orang guru) yang ada Internet di rumahmenyatakan tidak ada/tidak pasti kemudahan Internet ada di sekolah. Sebahagian besar 93.9peratus (62 orang guru) dari kumpulan yang menyatakan tidak memiliki kemudahan Internet dirumah menyatakan bahawa kemudahan ini terdapat di sekolah. Bagi kumpulan ini merekaboleh menggunakan kemudahan yang disediakan di sekolah untuk mengatasi masalah ketiadaanInternet di rumah. Hanya 6.1 peratus (4 orang guru) yang tidak ada memiliki Internet di rumahjuga menyatakan kemudahan Internet di sekolah tidak ada/tidak pasti.

    Jadual 6: Jadual silang kemudahan Internet di sekolah dengan di rumahInternet di rumah JumlahAda Tiada188 62 250

    Ada91.3% 93.9% 91.9%

    18 4 22Internet di sekolah

    Tiada/takpasti 8.7% 6.1% 8.1%

    Jumlah 206 66 272100.0% 100.0% 100.0%

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    5/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    5

    Gambaran tentang kepentingan Internet dalam kerja seharian mungkin boleh dibayangkandengan perasaan mereka jika Internet tidak berfungsi. Untuk itu responden diminta memberipersetujuan tentang kenyataan Saya susah hati jika internet tidak berfungsi. Kajianmendapati hampir separuh 46.3 peratus (126 orang) guru merasa susah hati jika Internet tidakberfungsi.

    Jadual 7: Perasaan jika Internet tidak berfungsiSusah hati jika Internet tidak berfungsi Kekerapan Peratus

    Sangat setuju 40 14.7Setuju 86 31.6Kurang setuju 84 30.9Tidak setuju 39 14.3Sangat tidak setuju 15 5.5Tidak pasti 8 2.9Jumlah 272 100.0

    Untuk mengetahui sama ada guru-guru Sekolah Bestari ini memerlukan kemudahan Internetdalam tugas mereka, pendapat terhadap kenyataan negatif Saya tidak memerlukan Internet

    dalam menjalankan tugas guru telah dikemukakan kepada responden. Sebanyak 98.7 peratus(262 orang guru) menyatakan sama ada mereka kurang setuju, tidak setuju atau sangattidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Dalam erti kata lain guru-guru Sekolah Bestarimemerlukan kemudahan Internet dalam menjalankan tugas mereka.

    Jadual 8: Tidak memerlukan Internet dalam menjalankan tugasSaya tidak memerlukan Internet dalammenjalankan tugas

    Kekerapan Peratus

    Sangat setuju 0 0.0Setuju 4 1.5Kurang setuju 110 41.4Tidak setuju 84 31.6Sangat tidak setuju 68 25.6JUMLAH 266 100.0

    Penggunaan Internet

    Dari aspek tempoh penggunaan, separuh atau 50 peratus (134 orang) guru yang memilikikemudahan Internet menggunakannya selama 2 hingga 5 jam seminggu. 23.9 peratus (64orang) menggunakan 1 jam atau kurang dan 15.3 peratus (41 orang) menggunakan Internetdalam tempoh yang lama iaitu antara 11 hingga 15 jam seminggu dan 4.5 peratusmenggunakan selama 16 jam atau lebih dalam seminggu.

    Jadual 9: Lama Menggunakan Internet dalam semingguPenggunaan Internet

    (seminggu)Kekerapan Peratus

    1 jam dan kurang 64 23.9

    2 hingga 5 jam 134 50.06 hingga 10 jam 41 15.311 hingga 15 jam 13 4.916 dan lebih 12 4.5Tidak pasti 4 1.5Jumlah 268 100.0

    Di manakah guru-guru sekolah bestari menggunakan internet? Adalah didapati 40.3 peratus(108 orang) guru menggunakan Internet di sekolah berbanding 23.1 peratus (62 orang) guru di

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    6/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    6

    rumah sendiri. 26.5 peratus (71 orang) menyatakan menggunakan internet di sekolah dan jugadi rumah.

    Jadual 10: Tempat menggunakan InternetTempat guru Internet Kekerapan PeratusDi sekolah 108 40.3

    Rumah sendiri 62 23.1Sekolah dan rumah 71 26.5Tidak pasti 27 10.1Jumlah 268 100.0

    Tujuan Utama Penggunaan Internet

    Daripada 243 orang responden yang menyatakan tujuan utama penggunaan internet, lebihseparuh 58.0 peratus (141 orang) adalah untuk pengajaran dan pembelajaran dan diikuti olehtujuan berkomunikasi (e-mel) sebanyak 20.2 peratus (49 orang).

    Jadual 11: Tujuan utama menggunakan InternetTujuan utama guna Internet Kekerapan Peratus

    Pengajaran dan pembelajaran 141 58.0Komunikasi (e-mel) 49 20.2Peribadi 24 9.9Berita semasa 2 0.8Pentadbiran 14 5.8Rekreasi 13 5.3Jumlah 243 100.0

    Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan denganpenggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran walaupun dari secara peratusankumpulan berjawatan Pengetua memiliki peratusan yang paling rendah iaitu 6.4 peratus.

    Jadual 12: Penggunaan Internet untuk P&P dan e-mel mengikut jawatan

    Tujuan utamaJawatan Pengajaran danpembelajaran

    Komunikasi(E-mel)

    9 8Pengetua

    6.4% 16.3%20 6

    Pen Kanan 114.2% 12.2%

    24 15Guru BM

    17.0% 30.6%32 3

    Guru BI22.7% 6.1%

    25 9Guru Sains

    17.7% 18.4%31 8

    Guru Matematik 22.0% 16.3%Jumlah 141 49

    100.0% 100.0%

    Penggunaan Web Pendidikan

    Lebih separuh iaitu 51.8 % (141 orang) daripada 272 responden menyatakan tujuan utamamenggunakan Internet adalah untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 8 soalankenyataan mengenai Web Pendidikan telah dikemukakan kepada responden menggunakan skala

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    7/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    7

    Likert iaitu sangat setuju setuju, kurang setuju, tidak setuju, sangat tidak setujudan tidak pasti. Skala sangat setuju dan setuju digabungkan menjadi setujumanakala kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju menjadi tidak setujumanakala tidak pasti dikekalkan. Sila lihat Jadual 13.

    Jadual 13: Penggunaan web pendidikan oleh guru sekolah bestari

    Setuju Tidaksetuju

    Tidakpasti

    JumlahKenyataan tentang WebPendidikan

    % n % n % n %

    Memudahkan tugas saya 79.8 217 18.0 49 2.2 6 100.0

    Meningkatkan ilmu pendidikansaya

    80.9 220 9.2 25 9.9 27 100.0

    Saya ambil banyak bahanmengajar dari web pendidikan

    26.5 72 65.1 177 8.5 23 100.0

    Web Pendidikan tidakmemenuhi keperluan saya

    15.1 41 82.7 225 2.2 6 100.0

    Kecewa kerana tidak dapat

    maklumat yang sayadikehendaki

    26.1 71 70.6 192 3.3 9 100.0

    Kurang selesa sebab gunaBahasa Inggeris

    16.2 44 73.5 200 10.3 28 100.0

    Lebih selesa guna buku teksdaripada web pendidikan

    25.7 70 72.4 197 1.8 5 100.0

    Tidak mesra pengguna 27.6 75 70.2 191 2.2 6 100.0

    Jumlah N = 272

    Rumusan

    Dapatan daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa:

    1. Sebilangan besar guru sekolah bestari memiliki kemudahan internet sama ada di rumahatau di sekolah.

    2. Sebahagian besar guru tanpa mengira jawatan menggunakan internet pada setiapminggu.

    3. Guru-guru Sekolah Bestari berasa selesa dengan adanya kemudahan Internet danmereka akan merasa susah hati sekiranya internet yang disediakan tidak berfungsi.

    4. Guru-guru Sekolah Bestari sama ada jawatan Pengetua, Penolong Kanan 1, guru BahasaMelayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains telah bersedia menggunakan WebPendidikan untuk tujuan profesyen keguruan.

    5. Pengetua, Penolong Kanan 1, guru Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris danSains memerlukan Web pendidikan untuk tugas keguruan mereka.

    Dapatan kajian ini juga adalah petunjuk bahawa fasa pertama dalam mempromosi Internet danWeb Pendidikan kepada guru Sekolah Bestari sudah berlalu dan kini memasuki fasa kedua iaitutentang penggunaan Internet dan Web Pendidikan secara berkesan dalam meningkatkan kualitipengajaran dan pembelajaran. Guru-guru Sekolah Bestari yang memiliki kesediaan dalammenggunakan Internet dan Web Pendidikan ini boleh dijadikan agen bagi memperkembangkanpenggunaan Internet dan Web Pendidikan di kawasan luar bandar.

  • 7/25/2019 KesediaanGuru.pdf

    8/8

    Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya

    Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK-UKM

    8

    Rujukan

    Aszelan Tokimin. (2001). Aplikasi Internet di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar PusatJengka. Kajian Ilmiah, Fakutli Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti PendidikanSultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

    Bare, J., and Meek, A. (1998). Internet Access in Public Schools (NCES 98031). U.S.

    Department of Education. Washington, DC: National Center for Education Statistics.Cattagni, A., and Farris, E. (2001). Internet Access in U.S. Public Schools and Classrooms:

    19942000 (NCES 2001071). U.S. Department of Education. Washington, DC: NationalCenter for Education Statistics.

    David, A. (2003). Borderless Education throught E-Learning. MAPCU National Higher EducationConference 2003, Kuala Lumpur.

    E-Pembelajaran (2003) oleh eMarketer boleh didapati daripadahttp://www.bizreport.com/article.php?art_id=4635

    Lanahan, L. (2002). Beyond School-Level Internet Access: Support for Instructional Use ofTechnology (NCES 2002029). U.S. Department of Education. Washington, DC: NationalCenter for Education Statistics.

    Lemay, L. (1995). Teach yourself web publishing with HTML. Indianapolis: SAMS Publishing.Levin, D., Hurst, D., and Burns, S. (2000). Computer and Internet Access in U.S. Private

    Schools and Classrooms: 1995 and 1998 (NCES 2000044). U.S. Department of Education.Washington, DC: National Center for Education Statistics.Md Roslan Zainol. (2001). Penggunaan Komputer Dalam Menyediakan Bahan Pengajaran Di

    Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Tandop Besar, Kuala Nerang. Kajian Ilmiah,Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Norazmah Hashim. (2001). Penggunaan Internet Untuk Membantu Proses Pengajaran DiKalangan Guru Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Kajian Ilmiah, FakultiTeknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak.

    Shahrulaini Rahimi. (2001). Penggunaan Internet Sebagai Sumber Bahan Bantu Pengajaran diKalangan Guru Sekolah Menengah Teknik, Nibong Tebal. Fakulti Teknologi Maklumat danKomunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

    Sulaiman Sarkawi. (1994). Penilaian Terhadap Pelaksanaan Projek Percubaan Komputer DalamPendidikan di 60 buah Sekolah Menengah. Thesis Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur:

    Universiti Malaya.U.S. Department of Education, National Center for Education Statistics. 2000. Internet Access

    in U.S. Public Schools and Classrooms: 199499. Washington, DC: NCES 2000086.Wiggins, R. (1995). Growth of the Internet: An overview of a complicated subject[On-line].

    Available: http://www.msu.edu//staff/rww/netgrow.html.