kesatuan jerman

14
1.0 PENGENALAN Esei ini ditulis untuk memenuhi keperluan kursus HSE 352E: History of Modern Europe, 1789-1945 yang berkisarkan usaha-usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Otto Von Bismarck dalam mewujudkan penyatuan Jerman. Jerman merupakan salah sebuah kuasa penting dunia pada kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Sejarah kekuatan Jerman ini sebenarnya bermula sejak penyatuan Jerman pada 1871 yang telah digerakkan oleh seorang tokoh iaitu Otto Von Bismarck. Para sarjana Jerman menyimpulkan bahawa penyatuan Jerman tidak akan terjadi tanpa adanya usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Otto Von Bismarck dalam merealisasikan penyatuan Jerman walaupun semangat nasionalisme sudah menular dalam jiwa rakyat Jerman ketika itu. Tanpa Bismarck dalam konfederasi politik Jerman, Jerman tidak akan wujud sama sekali serta terus berada dalam masa depan yang gelap di bawah kekuasaan kuasa Eropah yang lain. Justeru, esei ini secara jelas dan teratur akan membincangkan tentang prospek yang mewajarkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa Bismarck adalah tunggak kewujudan Kesatuan Jerman (The Unification of Germany) dan ketokohan beliau yang merealisasikan kemunculan Jerman sebagai satu entiti negara berdaulat. Esei ini turut melihat tentang pendirian dan polisi-polisi Bismarck dalam menyatukan Jerman untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan bebas daripada penguasaan asing. Sebagai gambaran awal, esei ini pada dasarnya berpendirian bahawa usaha-usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Otto Von Bismarck adalah faktor utama yang telah membentuk sebuah negara Jerman itu sendiri dan tanpa adanya seorang 1

Upload: cikuna92

Post on 04-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jermen

TRANSCRIPT

Page 1: Kesatuan Jerman

1.0 PENGENALAN

Esei ini ditulis untuk memenuhi keperluan kursus HSE 352E: History of Modern

Europe, 1789-1945 yang berkisarkan usaha-usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan

agresif Otto Von Bismarck dalam mewujudkan penyatuan Jerman.

Jerman merupakan salah sebuah kuasa penting dunia pada kurun ke 19 dan awal kurun

ke 20. Sejarah kekuatan Jerman ini sebenarnya bermula sejak penyatuan Jerman pada 1871

yang telah digerakkan oleh seorang tokoh iaitu Otto Von Bismarck. Para sarjana Jerman

menyimpulkan bahawa penyatuan Jerman tidak akan terjadi tanpa adanya usaha

kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Otto Von Bismarck dalam merealisasikan

penyatuan Jerman walaupun semangat nasionalisme sudah menular dalam jiwa rakyat Jerman

ketika itu. Tanpa Bismarck dalam konfederasi politik Jerman, Jerman tidak akan wujud sama

sekali serta terus berada dalam masa depan yang gelap di bawah kekuasaan kuasa Eropah

yang lain. Justeru, esei ini secara jelas dan teratur akan membincangkan tentang prospek yang

mewajarkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa Bismarck adalah tunggak kewujudan

Kesatuan Jerman (The Unification of Germany) dan ketokohan beliau yang merealisasikan

kemunculan Jerman sebagai satu entiti negara berdaulat. Esei ini turut melihat tentang

pendirian dan polisi-polisi Bismarck dalam menyatukan Jerman untuk membentuk sebuah

negara yang bersatu padu dan bebas daripada penguasaan asing. Sebagai gambaran awal, esei

ini pada dasarnya berpendirian bahawa usaha-usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan

agresif Otto Von Bismarck adalah faktor utama yang telah membentuk sebuah negara Jerman

itu sendiri dan tanpa adanya seorang tokoh penting bernama Bismarck ini, penyatuan negara

Jerman hanyalah sekadar impian semata-mata.1

1 Theodore S. Hammerrow, The Age Of Bismarck: Documents and Interpretations, Harper& Row Publishers, New York, 1973, hlm. 1.

1

Page 2: Kesatuan Jerman

2.0 ISI PERBINCANGAN

2.1 POLISI BISMARCK TERHADAP PENYATUAN JERMAN

Jerman sebelum penyatuan bukanlah sebuah negara yang wujud secara rasminya tetapi

hanyalah sebuah negara berasaskan konfederasi Jerman yang muncul akibat revolusi Perancis

yang bercita-cita untuk menjadi penakluk Eropah. Hal ini tertonjol di dalam pemerintahan

Napoleon (1799-1814) yang berusaha membawa idea-idea revolusi Perancis ke dalam

masyarakat Eropah yang ditakluki oleh Napoleon itu sendiri.2 Namun, cita-cita Perancis ini

gagal selepas kekalahan Napoleon di Waterloo pada tahun 1814 oleh angkatan perang British

pimpinan Duke Of Wellington. Sebelum Perang Napoleon, Jerman terdiri daripada 300 buah

negeri yang telah dikecilkan menjadi 35 buah negeri sahaja dibahagi-bahagikan di bawak

kekuasaan Kerajaan Austria-Hungary dan Prussia. Pembahagian peta Jerman ini disebabkan

oleh persetujuan Kongres Vienna 1815 yang menekankan konsep keseimbangan kuasa.

Lantas menyebabkan negeri-negeri Jerman itu bergabung dalam Konfederasi Jerman pada

tahun 1815.3 Perancis dan Austria-Hungary tidak berkenan dengan konsep penyatuan Jerman

ini kerana penyatuan Jerman menganggap penyatuan ini sebagai satu ancaman kepada

kekuasaan dan kepentingan kuasa Eropah seperti yang diharapkan dalam Kongres Vienna.

Hal inilah menyebabkan negeri-negeri di Jerman dipisahkan di bawah naungan yang berbeza-

beza. Tindakan kuasa-kuasa besar Eropah ini menyebabkan berlakunya Revolusi Eropah

secara besar-besaran pada tahun 1848 kerana tindakan kuasa-kuasa besar Eropah ini yang

tidak mengambil kira aspirasi penduduk di wilayah masing-masing. Tambahan pula,

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Eropah telah mula membara terutamanya di

Austria-Hungary.4 Namun, Revolusi 1848 ini masih gagal untuk mewujudkan Kesatuan

2 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck , George Allen & Unwin Ltd, London, 1968, hlm. 15.3 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 15.4 Robert-Hermann Tenbrock, A History Of Germany, Longmans, Green And Co Ltd, London, 1968, hlm. 200.

2

Page 3: Kesatuan Jerman

Jerman. Keadaan ini mengecewakan Bismarck kerana Bismarck menganggap bahawa

pandangan liberalisasi yang diperkenalkan semasa Revolusi 1848 di Jerman sendiri telah

menyebabkan kegagalan penyatuan Jerman dan memberi peluang kepada Austria untuk

meluaskan kuasa.5 Konsep grieuth deustchland yang ingin diwujudkan Austria sangat

bertentangan dengan polisi Bismarck. Bismarck menganggap konsep yang digagaskan oleh

Dinasti Hapsburgs di Austria ini akan menyebabkan bangsa Jerman asli tidak wujud kerana

Austria tidak akan menubuhkan negara Jerman tulen. Sebaliknya, Bismarck lebih cenderung

dengan penggunaan konsep klientdeutschland yang merangkumi negara-negara Jerman yang

berdarah Jerman semata-mata tanpa melibatkan empayar Austria. Sungguhpun Austria

merupakan salah satu negeri yang diperintah oleh Maharaja berketurunan Jerman, tetapi

kewujudan masyarakat pelbagai kaum ini tidak selari dengan konsep klientdeutschland

Bismarck. Justeru, untuk merealisasikan impiannya, Bismarck telah menjadikan Prussia

sebagai penggerak dalam proses penyatuan Jerman sendiri.6

2.2 ISU PERLEMBAGAAN PRUSSIA

Kebijaksanaan Bismarck dalam merealisasikan Kesatuan Jerman dapat dikenal pasti

melalui krisis perlembagaan Prussia. Bagi menubuhkan sesebuah negara, Jerman perlulah

bersedia terlebih dahulu untuk menjalankan pemerintahan pusat yang teratur. Justeru, kemelut

dalam politik Prussia perlulah diselesaikan terlebih dahulu iaitu apabila golongan liberal telah

beraya memenangi pilihan raya di Prussia pada tahun 1859.7 Hal ini demikian kerana,

fahaman golongan liberal inilah yang menyebabkan kegagalan pembentukan Kesatuan Jerman

pada Revolusi 1848. Tambahan pula, kemenangan pihak liberal ini sangat tidak disenangi

oleh maharaja Prussia yang berfahaman konservatif iaitu Raja Wilhelm I (1860-1889).

5 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 20.6 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 20.7 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 20.

3

Page 4: Kesatuan Jerman

Perbezaan fahaman ini merisaukan Raja Wilhem I kerana kelak akan menyebabkan

masalah dalam menggubal undang-undang. Bagi Bismarck pula, sebagai sebagai salah

seorang pegawai penting dalam kerajaan Prussia yang pro konservatif, beliau juga kurang

senang dengan keadaan ini kerana beliau menganggap fahaman liberal ini adalah salah suatu

penghalang penyatuan Jerman seperti yang berlaku Revolusi 1848.8 Bagi mengalahkan

pengaruh golongan liberal dalam perlembagaan, Raja Wilhelm I telah memperkuatkan

ketenteraan dengan cara menambah bantuan kewangan untuk tentera Prussia. Hal ini

demikian kerana, Raja Wilhelm I melihat golongan tentera amat berpengaruh dalam kerajaan

Prussia dan boleh dimanfaatkan sekiranya tercetus sebarang usaha revolusi untuk

menjatuhkan kerajaan. Golongan liberal yang hanya berkuasa dalam Dewan Rendah atau

Lower House Prussia melihat tindakan Raja Wilhem I ini sebagai ancaman kepada mereka9

lalu berusaha menghalang Raja Wilhelm I melaksanakan reformasi ketenteraan Prussia.

Selain daripada penambahan bantuan kewangan, Raja Wilhem I juga bertindak untuk

menambahkan kekuatan tentera Prussia dengan meningkatkan jumlah angkatan tentera

Prussia agar seimbang dengan komposisi penduduk.10 Dalam hal ini golongan liberal

sebenarnya menyokong usaha reformasi ketenteraan tersebut demi kepentingan negara Prussia

sendiri. Tetapi, mereka sendiri meragui tujuan reformasi tersebut yang dilihat cuba untuk

mempergunakan tentera demi kepentingan golongan monarki.11 Tambahan pula, tindakan

Raja Wilhelm I yang melaksanakan reformasi ketenteraan ini tanpa adanya persetujuan

golongan liberal memburukkan lagi keadaan tegang ini.12

8 Holborn, “Formative Intellectual Experiences”, Otto Von Bismarck: A Historial Assessment, D.C. Heath And Company Ltd, Lexington, 1962. hlm. 15.9 Gordon A. Craig, The Politics of Prussian Army 1640-1945, Oxford University Press, London, 1955, hlm. 162.10 Gordon A. Craig, The Politics of Prussian Army 1640-1945, hlm. 162.11 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 26.12 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, George Allen and Urwin Book Ltd, London, 1958, hlm. 27.

4

Page 5: Kesatuan Jerman

Ketika krisis perlembagan Prussia ini berlaku, Otto Von Bismarck sedang berada di St

Petersburg, Russia kerana beliau pada masa itu adalah seorang duta di Russia.13 Pada masa

ini, Bismarck hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja sehinggalah tercetusnya peristiwa

Albert Von Ron iaitu menteri perang Prussia telah mengkhianati pihak Majlis Perhimpunan

apabila mengisytiharkan pemerintahan tanpa perlembagaan pada 17 September 1862.14

Ironinya, Raja Wilhelm I tetap merestui pemerintahan tanpa perlembagaan ini. Hal ini

demikian kerana, keadaan ini adalah sebahagian daripada perancangan Raja Wilhem I untuk

memastikan reformasi ketenteraan berjaya dan akhirnya dapat melemahkan golongan liberal.15

Sekembalinya Bismarck ke Prussia, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Pelantikan

ini sebenarnya telah memudahkan usaha Bismarck untuk menubuhkan Kesatuan Jerman.

Walau bagaimanapun, Bismarck turut bertanggungjawab untuk mentadbir Prussia yang ketika

itu sedang mengalami masalah kewangan yang serius. Sungguhpun begitu, masalah kewangan

bukanlah kemelut utama bagi Bismarck, tetapi krisis perlembagaan Prussia yang lebih

menarik perhatian Bismarck.16 Hal ini demikian kerana, melalui krisis ini, mudah bagi

Bismarck untuk merealisasikan impiannya untuk menubuhkan Kesatuan Jerman. Justeru itu,

Bismarck telah mengatur beberapa polisi yang memudahkannya untuk memenuhi impian

tersebut.

2.3 POLISI LUAR NEGARA BISMARCK 1862-1871

Para sarjana agak skeptikal dalam usaha mereka untuk mencari titik tolak dalam

membentuk negara Jerman yang bersatu di bawah penguasaan Kerajaan Prussia. Usaha

penyatuan Jerman ini tidak akan berjaya jika Bismarck tidak menggunakan falsafah Real

13 Gordon A. Craig, The Politics of Prussian Army 1640-1945, hlm. 138.14 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 55.15 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 56.16 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 33.

5

Page 6: Kesatuan Jerman

Politik dan falsafah darah dan besi dengan bijak dan sistematik.17 Negeri-negeri Jerman yang

telah dipecah-pecahkan melalui Kongress Vienna sememangnya agak menyukarkan Bismarck

untuk mencapai matlamat penyatuan tersebut. Tambahan pula, Bismarck tidak menemukan

sebarang isu yang boleh digunakan untuk mencetuskan perperangan dengan kuasa-kuasa yang

mendapat mandat untuk mentadbir negeri-negeri Jerman. Lantaran itu, Bismarck mengatur

polisi luar dengan teliti untuk merampas kembali negeri-negeri Jerman itu tersebut. Apabila

Bismarck melihat peluang untuk menyatukan Jerman melalui kesilapan pihak kuasa lain

seperti Denmark dan Perancis, Bismarck segera mengisytiharkan perang kepada kuasa-kuasa

tersebut dan menggunakan kekuatan tentera Prussia yang dikuasai oleh Raja Wilhelm I.18 Hal

ini jelas menunjukkan bahawa penyatuan Jerman hanyalah sebuah utopia kosong jika

Bismarck gagal mengaplikasikan konsep Real Politik untuk memanipulasi suasana Eropah

ketika itu bagi membuka ruang penyatuan Jerman yang diidam-idamkan oleh Bismarck itu

sendiri.19

2.4 PERANG PRUSSIA- DANISH (DENMARK) 1864

Langkah terawal polisi luar negara Bismarck Bismarck mula melihat bahawa

penyatuan Jerman adalah menyekat usaha perluasan kuasa Denmark di kawasan utara

konfederasi Jerman. Dinasti Danish yang berkuasa di Denmark telah memasukkan wilayah

Schleswig-Holstein di bawah kekuasaan Denmark secara paksa.20 Tindakan Dinasti Danish ini

sebenarnya satu ancaman ke atas usaha penyatuan Jerman. Justeru, Bismarck bertindak untuk

memerangi Denmark dengan alasan bahawa Denmark mengkhianati konsep keseimbangan

kuasa Eropah dalam Kongres Vienna 1815 yang melarang Schleswig-Holstein digabungkan

ke dalam pemerintahan satu kuasa sahaja untuk mewujudkan keseimbangan kuasa antara

17 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 33.18 L. Stein, Gold And Iron: Bismarck, Bleichroder and the Building Of The German Empire, GeorgeAllen & Urwin, London, 1977, hlm. 12.19 L. Stein, Gold And Iron: Bismarck, Bleichroder and the Building Of The German Empire, hlm. 12.20 H. W. Koch, A History Of Prussia, Longman Group Limited, London, 1978, hlm. 255.

6

Page 7: Kesatuan Jerman

kuasa-kuasa besar Eropah.21 Bismarck telah cuba memujuk Austria-Hungary supaya

menyokong Bismarck dan Prussia untuk menghalang perluasan kuasa Denmark yang

dikatakan melanggar konsep keseimbangan kuasa Kongres Vienna itu. Tindakan Bismarck

mengambil Austria-Hungary sebagai rakan sekutu ini kerana Bismarck maklum bahawa

Denmark merupakan salah satu kuasa Eropah yang kuat ketika itu jika dibandingkan dengan

Prussia.22 Bismarck berjaya membentuk suatu pakatan dengan Austria-Hungary bagi

menentang Denmark.23 Hasilnya, Bismarck berjaya menewaskan Denmark pada Ogos 1864

hasil bantuan Austria-Hungary. Kekalahan Denmark ini menyebabkan Perjanjian Damai

Vienna pada tarikh 30 Oktober 1864 ditandatangi. Kesannya, Schleswig diserahkan kepada

Prussia dan Holstein diserahkan kepada Austria.24 Signifikan peristiwa ini adalah peristiwa ini

telah menjadi bukti bahawa usaha Bismarck untuk mewujudkan kesatuan Eropah hampir

berjaya. Hal ini terserlah apabila Bismarck berjaya memperalatkan Austria untuk menyekat

kemaraan Denmark ke negeri-negeri utara Jerman. Tambahan pula, Bismarck berjaya

mengikat kuasa-kuasa lain seperti Perancis dan Britain supaya tidak terlibat dalam krisis

dengan Denmark ini. Hal ini juga membuktikan ketokohan strategi Bismarck dalam

menubuhkan sebuah negara klientdeustchland itu sendiri dan selanjutnya membuktikan

bahawa tanpa usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Bismarck, negara

Jerman yang diidamkan oleh para nasionalis Jerman tidak akan tercapai.

2.5 PERANG AUSTRIA- PRUSSIA 1866

Tidak cukup dengan memanipulasikan Austria, Bismarck kemudiannya mencetuskan

perang pula dengan Austria pada tahun 1866. Peperangan ini adalah lanjutan daripada polisi

agresif Bismarck untuk mewujudkan Kesatuan Jerman. Bismarck sengaja mencetuskan isu

21 H. W. Koch, A History Of Prussia, hlm. 255-256.22 H. W. Koch, A History Of Prussia, hlm. 255-256.23 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 89.24 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 89.

7

Page 8: Kesatuan Jerman

tentang pentadbiran Schleswig-Holstein.25 Bismarck berpendapat bahawa persengketaan

dengan Austria haruslah ditimbulkan untuk mencetuskan perperangan bagi memudahkan

Bismarck mengambil kembali negeri Holstein yang diserahkan kepada Austria melalui

Konvensi Gerstein 1865.26 Sungguhpun Konvensi Gerstein pada 14 Ogos 1865 telah

menetapkan bahawa Schleswig diserahkan kepada Prussia dan Holstein kepada Austria, tetapi

persengketaan Prussia-Austria tetap wujud.27 Dalam usaha menimbalkan persengketaan

dengan Austria, Bismarck telah mengarahkan tentera Prussia untuk memprovokasi Austria di

Holstien. Provokasi ini dilakukan dengan harapan agar pihak Austria akan mencetuskan

peperangan dengan Prussia. Tetapi, pihak Austria di Holstein di bawah pimpinan Koblenz

tidak bertindak agresif seperti yang diharapkan oleh Bismarck. Peristiwa provokasi yang

berlaku pada 1 Jun 186628 ini mengecewakan Bismarck kerana beliau berharap melalui

peristiwa ini perperangan dengan Austria dapat dicetuskan. Usaha Bismarck tidak terhenti

setakat itu sahaja. Bismarck masih tetap berusaha untuk menimbulkan kemarahan pihak

Austria apabila Austria membawa isu Schleswig-Holstein ini ke persidangan di Frankfurt

pada 14 Jun 1866. Tindakan Austria ini merupakan tanda bantahan terhadap provokasi

tentera Prussia di Holstein. Bagi menimbulkan kemarahan Austria, Bismarck telah mencuba

untuk memprovokasi negeri-negeri Jerman utara yang lain agar mereka berasa tercabar dan

marah dengan Austria sehingga seterusnya melibatkan diri dalam perperangan dengan

Austria. Bismarck sengaja mengarahkan wakil Prussia di Frankfurt untuk mengisytiharkan

bahawa tindakan negeri-negeri Jerman yang mendiamkan diri yang mereka lakukan dianggap

tidak memenuhi semangat konfederasi Jerman. Peristiwa ini telah menimbulkan peperangan

dengan Austria selama tujuh minggu yang bermula pada 15 Jun 1866.29 Dalam perperangan

25 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 107.26 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 107.27 H. W. Koch, A History Of Prussia, hlm. 257.28 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 123.29 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 114.

8

Page 9: Kesatuan Jerman

ini, Prussia telah meminta kerjasama Itali untuk menewaskan Austria. Pada masa yang sama,

Itali sedang mencuba untuk menewaskan Austria dan membebaskan negaranya daripada

cengkaman kuasa politik Austria. Bismarck telah memanfaatkan situasi Itali ini dalam usaha

merealisasikan Kesatuan Jerman.30 Akhirnya, Prussia dan Itali berjaya menewaskan Austria

dan sekaligus mengusir Austria keluar dari Holstein dan Itali. Dianggarkan seramai 44,000

orang tentera Austria terkorban berbanding dengan 10,000 orang tentera Prussia.31 Perkara ini

berlaku kesan daripada reformasi ketenteraan oleh pentadbiran Bismarck yang

membangunkan teknologi ketenteraan Prussia sehingga meningkatkan kekuatan tentera

Prussia berbanding musuh di medan peperangan. Kemenangan dalam perperangan ini

menunjukkan bahawa Bismarck telah menggunakan kebijaksanaannya dengan memperalatkan

Austria dalam perperangan dengan Denmark lalu kemudiannya mengkhianati sekutu lamanya

itu. Hal ini juga menunjukkan bahawa kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif

Bismarck adalah kunci kepada kewujudan penyatuan Jerman.32 Kekalahan Austria ini juga

menjadi bukti bahawa Bismarck amat bijak memanfaatkan suasana serta menggunakan

masalah Itali-Austria sebagai alat yang berkesan dalam menyatukan Jerman. Dengan ini,

dapatlah dirumuskan bahawa kebolehan Bismarck dalam mempengaruhi kuasa lain telah

berjaya membantu Prussia yang dikendalikan oleh Bismarck untuk mewujudkan Kesatuan

Jerman.

2.6 PENYATUAN DALAM KONFEDERASI JERMAN UTARA

Kejayaan mengusir Denmark dan Austria keluar dari negeri-negeri utara Jerman

sememangnya menunjukkan kehebatan usaha Bismarck dalam menyatukan Jerman. Namun

begitu, Bismarck sedar bahawa untuk memastikan penyatuan Jerman terus kekal dan teguh,

30 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 128.31 H. W. Koch, A History Of Prussia, hlm. 260.32 Robert-Hermann Tenbrock, A History Of Germany, hlm. 205.

9

Page 10: Kesatuan Jerman

Kesatuan Jerman haruslah diletakkan di bawah kekuasaan berpusat atau konfederasi. Atas

kesedaran inilah terbentuknya sebuah perikatan Jerman utara pada 1 Julai 1867 yang

menandakan kejayaan Bismarck dalam merealisasikan Kesatuan Jerman.33 Ketika ini,

Bismarck telah mencapai sebahagian hasratnya kerana negeri-negeri di selatan Jerman masih

belum menyertai Kesatuan Jerman. Kejayaan Bismarck ini sebenarnya berpunca daripada

kedudukan Bismarck yang memegang tampuk pemerintahan Prussia. Kebijaksanaan

Bismarck mengatur polisi luar Prussia untuk merealisasikan impian rakyat Jerman melalui siri

perperangan dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain telah memudahkan Bismarck

mewujudkan negara berpusat Jerman yang memiliki politik, ekonomi dan sosial masyarakat

yang mantap.34 Bismarck hanya perlu melengkapkan lagi penyatuan Jerman tersebut dengan

menyatukan negeri-negeri selatan Jerman ke dalam empayar Jerman itu sendiri.35 Hal ini jelas

mununjukkan bahawa impian golongan nasionalis Jerman akhirnya dapat dicapai melalui

usaha- usaha kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif yang dilakukan oleh Bismarck.

2.7 PERANG PERANCIS- PRUSSIA 1870

Selepas berjaya menubuhkan Kesatuan Jerman yang hanya melibatkan negeri-negeri

utara Jerman, usaha Bismarck pula ditumpukan kepada penguasaan negeri-negeri selatan

Jerman seperti Bayern, Bavaria dan lain-lain. Seperti penyatuan negeri-negeri utara Jerman,

Bismarck juga turut menghadapai halangan yang mencabar di negeri-negeri selatan Jerman.

Pada tahun 1870, parti anti-Prussia telah memenangi pilihan raya negeri di Bavaria.36

Tambahan pula, negeri-negeri selatan adalah anti Prussia kerana mereka menganggap Prussia

sedang berusaha untuk mencabul kedaulatan negeri-negeri Jerman. Bismarck telah bertindak

bijak untuk mengatasi masalah ini dengan menjadikan wilayah Alsace-Lorraine sebagai batu

33 Robert-Hermann Tenbrock, A History Of Germany, Hlm 20534 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 129.35 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 129.36 Robert-Hermann Tenbrock, A History Of Germany, hlm. 205.

10

Page 11: Kesatuan Jerman

loncatan kepada penyatuan Jerman di kawasan selatan.37 Bismarck cuba sedaya-upaya untuk

menambat hati rakyat Jerman di bahagian selatan dengan mempamerkan kebolehan

diplomatik beliau untuk menyelesaikan krisis Jerman Selatan dengan Perancis. Dasar

perluasan kuasa Perancis oleh Napoleon III (1848-1870) merupakan satu lagi ancaman

kedaulatan bagi rakyat Jerman selatan. Justeru, Bismarck telah menggunakan krisis ini

sebagai strategi untuk menyatukan Jerman. Dalam perperangan dengan Perancis, Bismarck

telah menjadikan Sepanyol sebagai rakan sekutu. Pada masa itu, masalah pewarisan takhta

Sepanyol sedang berlaku. Di Sepanyol, satu revolusi telah berlaku untuk menggulingkan

Maharani Sepanyol. Para politikus Sepanyol cuba melantik Leopard of Hohenzollern sebagai

Raja baru Sepanyol.38 Bismarck telah memujuk Leopard agar bersetuju menaiki takhta

Sepanyol. Campur tangan Bismarck dalam kemelut politik Sepanyol ini sebenarnya bertujuan

untuk mengikat Sepanyol sebagai sekutu baru Prussia untuk memerangi Perancis. Hasil

sekutu dengan Sepanyol, Bismarck akhirnya berjaya memprovokasi Perancis dan akhirnya

mengheret Perancis ke kancah perperangan.39 Napoleon III (1848-1870) membantah tindakan

campur tangan menganggapnya akan menghalang cita-cita Perancis untuk meluaskan

kekuasaan ke Sepanyol. Sehubungan dengan itu, Napoleon III juga sebenarnya cuba

melebarkan kekuasaannya sehingga ke tebing barat Sungai Rhine serta negeri-negeri selatan

Jerman. Namun, Bismarck bertindak lebih bijak apabila Bismarck mengaturkan suatu

perbincangan antara menteri luar Perancis dengan Raja Wilhelm I di Elms yang

membincangkan isu pewarisan takhta Sepanyol. Walau bagaimanapun, Bismarck sengaja

mengubah isi kandungan perbincangan tersebut dan kemudian menerbitkannya dalam surat

khabar Jerman dan Perancis pada 10 Julai 1870.40 Bismarck sengaja memalsukan dokumen

tersebut bagi merosakkan nama baik Perancis sehingga akhirnya Perancis dilihat sebagai

37 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 34.38 E. Eyck, Bismarck And The German Empire, hlm. 162.39 E. M. Carroll, Germany And The Great Powers 1866-1914, Octagon Books, New York, 1975, hlm. 84-85.40 E. M. Carroll, Germany And The Great Powers 1866-1914, hlm. 85.

11

Page 12: Kesatuan Jerman

ancaman kedaulatan Eropah. Perancis yang merasakan dirinya tertipu dan dimalukan oleh

Prussia telah mengisytiharkan perang pada 14 Julai 1870. Pengisytiharan perang inilah yang

ditunggu-tunggu oleh Bismarck. Bismarck yakin transformasi ketenteraan Prussia berjaya

mengalahkan Perancis dan akhirnya memudahkan usaha mewujudkan Kesatuan Jerman

apabila wilayah Alsace-Lorraine jatuh ke tangan Prussia.41 Analisis daripada peristiwa ini

telah membuktikan bahawa Bismarck adalah individu yang bertanggungjawab terhadap

penyatuan Jerman. Beliau berjaya menggunakan kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan

agresif dalam menyatukan Jerman dan memenuhi impian para nasionalis Jerman walaupun

dengan menggunakan tipu helah dan pemalsuan dokumen.

3.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, penyatuan Jerman pasti akan menghadapi kegagalan tanpa usaha dan

kesungguhan Bismarck. Walaupun pada masa itu semangat nasionalisme dalam diri rakyat

Jerman telah bersemi, namun mereka masih tidak mampu untuk membebaskan diri daripada

penguasaan kuasa-kuasa Eropah yang lebih kuat berbanding mereka. Bismarck telah berusaha

keras dalam membentuk sebuah klientdeustchland yang kuat dan bersatu di bawah pengaruh

Prussia ketika Bismarck menjawat jawatan Perdana Menteri Prussia. Kebijaksanaan Bismarck

dalam memanipulasi dan memanfaatkan kelemahan musuh-musuhnya adalah faktor utama

yang menyebabkan Bismarck berjaya merealisasikan impian para nasionalis Jerman ketika

itu. Jelaslah bahawa kebijaksanaan diplomasi dan kepimpinan agresif Bismarck melalui

peristiwa-peristiwa yang dinyatakan dalam esei ini membuktikan bahawa Kesatuan Jerman

tidak akan wujud tanpa Bismarck. Kesatuan Jerman akan kekal sebagai satu angan-angan jika

Jerman tidak mempunyai pemimpin yang bijak seperti Bismarck dalam kancah politik Eropah

ketika itu.

41 W. M. Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, hlm. 35.12

Page 13: Kesatuan Jerman

4.0 BIBLIOGRAFI

Carroll, E. M., (1975), Germany And The Great Powers 1866-1914, New York: Octagon

Books.

Craig, Gorgon A., (1955), The Politics Of The Prussian Army 1640-1945, London: Oxford

University Press.

Eyck, E., (1958), Bismarck And The German Empire, London: George Allen and Urwin Book

Ltd.

Hammerrow, Theodore S., (1973), The Age Of Bismarck: Documents and Interpretations,

New York: Harper &Row.

Holborn, (1962), “Formative Intellectual Experiences”, hlm. 15, dalam: Otto Von Bismarck: A

Historial Assessment, diselenggarakan oleh Theodore S. Hammerow, Lexington: D.C.

Heath And Company Ltd.

Koch, H. W., (1978), History Of Prussia, London: A Longman Paperback Ltd.

Simon, W. M., (1968), Germany in The Age Of Bismarck, London: George Allen & Urwin.

Stein, L., (1977), Gold And Iron: Bismarck, Bleichroder and the Building Of The Germany

Empire, London: George Allen & Urwin.

Tenbrock, Robert-Hermann, (1968), A History Of Germany, London : Longman, Greens And

Co Ltd.

13