kesantunan lambang keperibadian bangsa

5
Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa. Berbahasa tanpa kesantunan ibarat "jasad tanpa roh", ibarat "lagu tanpa irama", dan ibarat "iman tanpa akhlak". Keruntuhan Melaka telah melunturkan Kemelayuan di Asia. Malapnya kemelayuan yang menjadi pewaris akan hilanglah jati diri bangsa. Seperti kata Ahmad Syauqi, tokoh penyair dari Arab, "bangsa itu akan hanya bisa bertahan selama mereka masih memiliki akhlak, bila akhlak lenyap, lenyaplah bangsanya". Definisi : - Asmah Haji Omar (2000) menyatakan kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. - Lakoff (1975) menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. - Dr. Robiah bt K.Hamzah berpendapat bahawa kesantunan ialah halus budi pekerti, beradab, halus budi bahasa dan akal budi. Lambang : Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, ialah tanda yang menyatakan atau mengenalkan sesuatu, simbol, isyarat. Keperibadian : Sifat, watak, ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang atau sesuatu bangsa. Bangsa : Kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan. Secara konseptualnya, apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini ialah bagaimana budi pekerti, adab, dan perlakuan yang baik yang dirangkumkan dalam kesantunan mampu menjadi tanda

Upload: muhamad-fadzli-yasin

Post on 18-Jun-2015

677 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Naib Johan Pidato KAGUM IPG 2007Muhamad Fadzli Bin Yasin - IPGM Kampus Kent Tuaran

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Berbahasa tanpa kesantunan ibarat "jasad tanpa roh", ibarat "lagu tanpa

irama", dan ibarat "iman tanpa akhlak". Keruntuhan Melaka telah melunturkan

Kemelayuan di Asia. Malapnya kemelayuan yang menjadi pewaris akan

hilanglah jati diri bangsa. Seperti kata Ahmad Syauqi, tokoh penyair dari Arab,

"bangsa itu akan hanya bisa bertahan selama mereka masih memiliki akhlak,

bila akhlak lenyap, lenyaplah bangsanya".

Definisi :

- Asmah Haji Omar (2000) menyatakan kesantunan berbahasa ialah

penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,

kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

- Lakoff (1975) menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang

mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

- Dr. Robiah bt K.Hamzah berpendapat bahawa kesantunan ialah halus

budi pekerti, beradab, halus budi bahasa dan akal budi.

Lambang : Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, ialah tanda yang

menyatakan atau mengenalkan sesuatu, simbol, isyarat.

Keperibadian : Sifat, watak, ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang

atau sesuatu bangsa.

Bangsa : Kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan.

Secara konseptualnya, apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini ialah

bagaimana budi pekerti, adab, dan perlakuan yang baik yang

dirangkumkan dalam kesantunan mampu menjadi tanda dan lambang

Page 2: Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

kepada keperibadian bangsa dalam konteks bangsa Melayu dan bangsa

Malaysia.

Indikator saya yang pertama, "Kesantunan Berbahasa Sebagai

Warisan Kebudayaan Bangsa". Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang

dirumuskan pada tahun 1971 meletakkan kebudayaan asal rantau ini, iaitu

kebudayaan Melayu sebagai asas yang pertama. Salah satu aspek

kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan negara ini

ialah kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi, pemikiran,

falsafah, sistem nilai, sistem masyarakat dan seluruh aspek kebudayaan itu

sendiri. Pihak kerajaan sebenarnya amat menekankan konsep kesantunan

kepada semua rakyat Malaysia walau di mana mereka berada. Kerana

kesantunan inilah yang mampu menjadi identiti dan warisan kebudayaan bagi

rakyat Malaysia. Buktinya, Menteri Kewangan Ke-2, Tan Sri Nor Mohamed

Yakop, ketika bercakap kepada pelajar Malaysia di United Kingdom, di

London School Of Economics, menyatakan bahawa Malaysia perlu

membentuk satu identiti untuk rakyat pelbagai kaumnya dan mewujudkan

institusi kebangsaan yang kukuh dengan penerapan budaya kesantunan. Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin juga

pernah bertitah bahawa Tuanku ingin melihat usaha pemupukan minda dan

budaya membenci rasuah diperhebatkan agar warga Malaysia dihormati

dunia. Nah, hal ini jelas membuktikan bahawa warisan kebudayaan kita ialah

budaya kesopanan dan kesantunan yang mampu menjadikan bangsa

Malaysia dihormati.

Ungkapan adat Melayu mengatakan, "Bertuah kayu rendang daunnya,

bertuah Melayu terbilang santunnya".

Indikator saya yang kedua, "Kesantunan Wahana Perpaduan

Bangsa". Menurut Profesor Emeritus Dr. Nik Safiah Karim, mengatakan

adakah kita fikir bahawa toleransi antara kaum yang kita kecapi pada hari ini

datang dengan bergolek? Kedamaian serta perpaduan di Malaysia yang

dinikmati semua kaum adalah hasil jasa kesantunan dalam Bahasa Melayu

Page 3: Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

yang telah menjadi alat perpaduan." Kesantunan mampu menjadi wahana

perpaduan dan penyatuan bangsa. Sistem panggilan yang terdapat dalam

kesantunan menjadikan semua kaum di Malaysia mampu mewujudkan

perpaduan antara mereka. Jika kita lihat, saban hari di selatan Thailand, ada

sahaja keganasan yang berlaku. Akhbar Berita Harian bertarikh 24 Mac 2007,

tiga wanita ditembak mati di Pattani ketika ketua junta melawat wilayah

bergolak di selatan Thailand. Laungan dan tangisan juga sering kedengaran

di Lubnan dan Afghanistan. Peristiwa rusuhan kaum di Kalimantan pada

tahun 2001 sungguh mengerikan. Hal ini menunjukkan...

Keperihan menimpa golongan yang malang,

Kedamaian disanggah keganasan dijulang,

Lantaran kesantunan sudah lama hilang.

Akhbar Berita Minggu bertarikh 1 April 2007, Yang Dipertuan Agong, Tuanku

Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa baginda mahu perpaduan dipererat, dan

agama tidak menjadi penghalang untuk menjalinkan hubungan antara kaum.

Menurut Bapak Tenas Effendy, "apa tanda orang beradat, perangai santun

mulia tabiat", "apabila hidup hendak terpuji, elokkan laku baikkan pekerti",

"apabila hidup hendak terpandang, sopan dijunjung santun dipegang", apabila

hendak perpaduan dicanang, kesantunan diri jangan dibuang".

Indikator saya yang ketiga ialah "Kesantunan Dalam Ekonomi

Cerminan Bangsa Malaysia". Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Mustafa Abdul

Rahman menyatakan bahawa "Malaysia menjadi negara pertama dunia yang

memperkenalkan standard halal secara menyeluruh dan kini meluaskan

konsepnya melalui e-Halal. Hal ini sangat penting bagi meletakkan negara

sebagai hub makanan halal terpenting di dunia". Selain itu, sistem Perbankan

Islam di Malaysia yang menyingkirkan budaya riba' juga menjadi suatu intipati

penting untuk menjamin kemaslahatan ummah. Budi bahasa dalam

pembinaan tamadun baharu pada abad ini bukanlah setakat berfungsi

sebagai alat komunikasi, tetapi berperanan meningkatkan maruah dan

kecemerlangan budaya bangsa. Negara kita yang mengetuai persidangan

OIC telah menjadikan pengeluaran produk Halal dan Perbankan Islam

sebagai ekonomi ala acuan Malaysia yang menjadi lambang keperibadian

bangsa.

Page 4: Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

Menurut Raja Ali Haji dalam Kitab Pengetahuan Bahasa menghuraikan

beberapa perkara penting dalam pemupukan dan penyemaian kesantunan

berbahasa, antaranya kesantunan dengan Allah. Penyemaian kesantunan

dengan Allah telah menjadikan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai

agama rasmi membina ekonomi yang berteraskan Islam dengan pengeluaran

produk halal dan perbankan Islam. Natijahnya, bangsa Malaysia akan

terkenal dengan bangsa berkeperibadian unggul dan disegani, lantaran

kesantunan terhadap agama ditekankan.

Indokator saya yang keempat ialah "Sistem Pendidikan Malaysia

Simbolik Kesantunan Bangsa". Kementerian Pendidikan Singapura yang

mengadakan Program Antigemuk sejak 15 tahun lalu dan dijalankan di setiap

sekolah telah mendapat kecaman daripada pihak ibu bapa. Hal ini kerana

pelajar-pelajar yang gemuk dihina dan dicaci oleh rakan-rakan sekelas. Kes

adik Muhamad Farid bin Ibrahim, pelajar sebuah sekolah berasrama di Johor

telah meninggal dunia kerana dibelasah dengan teruk sekali oleh pelajar-

pelajar senior hanya kerana sebuah cerek. Justeru, kita lihat betapa telah

lunturnya kesantunan di kalangan institusi pendidikan. Lantaran itu, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menekankan aspek perkembangan jasmani, emosi,

rohani dan intelek kepada para pelajar. Perlaksanaan pembelajaran

Matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral serta Kesusasteraan Melayu

kepada semua kaum di Malaysia menjelaskan kepada kita bahawa

pembudayaan ini telah memupuk kesantunan di kalangan pelajar. Akhbar

Berita Harian bertarikh 2 April 2007, di Jakarta ramai ibu bapa gadis Jawa

Barat yang menjual anak mereka kerana menganggap itulah cara terbaik

untuk mendapatkan wang. Hal ini perlu kita elakkan supaya bangsa kita

dihormati. Oleh itu, penyemaian kesantunan dari bangku sekolah lagi perlu

diperluaskan.

Sistem pendidikan di negara kita tidak mengamalkan sekularisme iaitu sistem

yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia seperti

negara Barat yang hanya mementingkan akademik semata-mata tanpa

memerlukan penerapan nilai keagamaan. Justeru, bangsa Malaysia

mempunyai keperibadian tersendiri dalam bidang pendidikan kesan daripada

penerapan nilai moral dan keagamaan yang menjadi asas kesantunan.

Page 5: Kesantunan Lambang Keperibadian Bangsa

Demi menyemai kesantunan ini kita perlulah "tahu diri dengan perinya, tahu

duduk dengan tegaknya, tahu atur dengan letaknya, tahu kias dengan

ibaratnya, tahu mencontoh pada yang senonoh, dan tahu bercakap menurut

adab."

Sebagai intiha, melalui serampang empat hujah yang saya bentangkan

tadi, iaitu Kesantunan Berbahasa Sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa,

Kesantunan Wahana Perpaduan Bangsa, Kesantunan Dalam Ekonomi

Cerminan Bangsa Malaysia, dan Sistem Pendidikan Malaysia Simbolik

Kesantunan Bangsa, waima, kita memerlukan falsafah kanta cekung yang

boleh mencapahkan segala sinar positif dan dalam masa yang sama sebuah

kanta cembung bagi menutup penuh ruang tembusnya sinar negatif ke arah

solidariti bangsa dan membina keperibadian bangsa.

Justeru, cuba kita renungkan.....

Masih adakah esok untuk kita,

Jika kita menjadi seperti Rika, Siska dan Bertha,

Menyiksa tanpa belas si Alya,

Dibantu Benny jahat durjana,

Lantaran kesantunan tiada di jiwa...

Tetapi pasti esok masih ada,

Jika kita menjadi seperti Alya,

Yang dibantu Puteri Cahaya,

Ditolong juga Ferdi dan Olivia,

Lantaran kesantunan terpahat di minda...

Justeru hadirin dan hadirat,

Saya menyeru agar kita menjadikan kesantunan sebagi budaya kehidupan

sehingga mampu menjadi lambang dan cerminan kepada bangsa Malaysia

umumnya dan bangsa Melayu khususnya.