kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi malaysia-1

Upload: cherry-wong

Post on 03-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    1/10

    PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 332 341ISSN: 2231-962X

    Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III),

    Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi PengukuhanPort Dickson, Negeri Sembilan, 2022 Ogos 2008

    KESAN RASUAH TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN KES

    DI MALAYSIAEFFECTS OF CORRUPTION ON ECONOMIC GROWTH: A CASE STUDY IN MALAYSIA

    Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

    ABSTRAK

    Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya

    dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhanekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa

    boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya

    menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga

    turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud

    dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian

    adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuankajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah

    sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas

    menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap

    pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk

    menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%.

    Kata Kunci: Indeks Persepsi Rasuah, Pertumbuhan Ekonomi, Stok Modal Insan, Pelaburan Langsung

    Asing dan Perbelanjaan Kerajaan.

    ABSTRACT

    Corruption is a serious societys disease, especially among developing countries. This has indirectly

    affects economic growth and societys livelihood. Rampant corruption may stunt a countrys economic

    growth. Corruption is akin to cancer to a society due to social injustice that generally exists in society.

    Thus, this objective of the study is to analyse the effects of corruption on Malaysias economic growth.

    Findings indicate negative effect where in corruption by 1 percent will cause the nations GDP todecline by 1.618 percent. This shows that corruption in Malaysia has negative and significant impact

    on economic growth.

    Keywords: corruption perception index; economic growth; foreign direct investment; and government

    expenditure; human capital stock

    PENGENALAN

    Rasuah sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bahkan ia menjadi barah kepada masyarakat

    kerana sifat keji perbuatan tersebut dan kesan buruknya kepada masyarakat serta negara. SejarahMalaysia juga turut dibuktikan bahawa jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan

    rasuah yang berleluasa dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan bahawa

    kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan malahan kejatuhan

    sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri. Amalan rasuah juga

    telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun

    1990. Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi

    rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku

    kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir

    hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga

    tumbang akibat skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah (Mohd

    Shauki Abd Majid, 2004). Ini jelas menunjukkan bahawa sejarah telah membuktikan segala-segalanya

    tentang keburukan rasuah serta kesannya terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yanggah pada zaman dahulu, iaitu Kerajaan Melayu Melaka.

    Dalam pada itu, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar

    kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporak-

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    2/10

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 333

    perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ekonomi (David

    Ng, 2006). Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif

    kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat

    daripada amalan rasuah tersebut.

    Malang sekali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri dikalangan negara yang

    rakyatnya menganuti agama Islam dan Kristian fahaman Katolik, negara yang menggunakan

    perundangan Perancis ataupun sosialis dan prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbangkepada peningkatannya kadar rasuah. Namun sebaliknya, kadar rasuah yang rendah adalah dikalangan

    negara yang rakyatnya menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British,negara yang mengamalkan undang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan

    yang bersatu-padu (David Ng, 2006).

    Penyataan yang dibuat tersebut menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah negara yang

    majoritinya menganuti agama Islam menjadi negara penyumbang tertinggi kepada kadar rasuah dunia.

    Bahkan pengharaman rasuah juga telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam kitab suci al-Quran

    dan turut juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis beliau. Antara mafhum firman AllahS.W.T dalam surahAl-Anfaal,ayat 27 yang bermaksud:

    Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah

    dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang

    kamu mengetahui (salahnya) (8:27)

    Dalam ayat yang lain, pengharaman rasuah turut dijelaskan juga dalam surahAl-Baqarah,ayat 188 dan

    maksud ayat tersebut adalah:

    Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) antara

    kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)

    sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu

    mengetahui (salahnya)

    Hakikat kepada berlakunya amalan rasuah ini disebabkan sifat tamak kerana sifat tamak haloba itulah

    yang menjuruskan seseorang itu untuk melakukankan amalan rasuah. Hal ini tidak dapat dinafikan

    kerana fitrah semulajadi manusia adalah berkeinginan kepada harta dan penyataan ini turut dijelaskandalam surah Al-Fajr, ayat 20:

    Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba

    Dalam pada itu juga, pengharaman rasuah dan amalan mengkhianati amanah turut dinyatakan dalamhadis-hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

    Daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah S.A.W melaknat orang yang

    memberi rasuah dan penerima rasuah

    Dalam hadis yang lain turut dijelaskan larangan mengkhianati amanah yang bermaksud:

    Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.Al-Arabiy bertanya: Bagaimanakah mengabaikannya wahai Rasulullah? Maka

    baginda bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka

    tunggulah hari kiamat(Hadis riwayat Al-Bukhari)

    Turut dijelaskan juga seksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan haram yang

    digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini turut dinyatakan

    dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad:

    Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh padadagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya

    Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharaman rasuah itu telah dijelaskan dengan jelas sekali

    berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W itu sendiri yang mana maksud ayat

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    3/10

    334 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

    tersebut dijelaskan melalui dalil yang qati iaitu daripada dalil naqli yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

    dan juga hadis Rasulullah S.A.W.

    Berdasarkan kepada petikan ayat Al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang keras amalan

    rasuah dan ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut sebagaimana pengharaman

    judi, arak dan zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut boleh dilihat daripada mata kasar, iaitu

    kesan kepada ekonomi negara dan juga kesan kepada masyarakat sejagat.

    Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala rasuah dilihat sebagaisatu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan

    tertentu. Amalan rasuah tersebut menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kayasemakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu

    perkara tidak dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak

    mendapat apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat.

    Islam telah mengharamkan penindasan di mana sikap rakus tersebut menyebabkan orang

    miskin terpinggir dan seterusnya tidak mendapat pembelaan. Namun demikian, setiap kehidupan

    manusia sama ada yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah S.W.T. Oleh itu, Islam lebihmenekankan kepada konsep persaudaraan yang mana setiap umat Islam adalah bersaudara dan Islam

    juga turut mengharamkan penindasan.

    Dalam negara kita, untuk menjana keutuhan Islam dan kekuatan umat adalah tanggungjawab

    orang yang memegang amanah kuasa dan pangkat. Jika kalangan umat Islam yang di beri kuasa dan

    pangkat terbukti kotor dengan rasuah, maka umat lain di negara lain akan melihat dan menilai betapakepimpinan Muslim tidak memiliki kredibiliti untuk dipertanggungjawab sebagai pemegang amanah

    rakyat (Mohd Shauki Abd Majid, 2004).

    Maka dengan itu, adalah wajar bagi umat Islam untuk menegur dan membongkar segala

    penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang

    dituntut oleh Allah S.W.T. (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Hal ini kerana ia akan merosakkan nama

    baik agama Islam dan seterusnya memporak-perandakan perlembagaan negara serta kemakmuransesebuah negara akibat daripada pengamalan rasuah.

    Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti

    berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana

    kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga

    kepada ekonomi sesebuah negara.

    ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN

    Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadat dan diberi nilai pahala jika dilakukan mengikut syarat yang

    telah ditetapkan, baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat (Surtahman Kastin

    Hasan & Sanep Ahmad, 2005). Justeru itu adalah wajar bagi setiap umat Islam memegang amanahyang dipikul bahkan bagi penganut agama lain juga perlu berpegang kepada amanah serta menghindari

    perbuatan rasuah.

    Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yang dicela dan terkutuk di sisi Islam. Bahkan ia

    juga meninggalkan kesan yang ketara terhadap masyarakat, mahupun daripada sudut pertumbuhan

    ekonomi negara. Jelas di sini menunjukkan bahawa pengharaman akan rasuah dalam Al-Quran dan

    hadis Rasulullah S.A.W. ada asasnya kerana ianya akan memudaratkan masyarakat sosial dan juga

    aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara.

    Dalam pada itu juga, peranan pertumbuhan ekonomi ialah untuk mencapai tahappembangunan dan prestasi ekonomi bagi sesebuah negara kerana ianya merupakan garis pengukur

    kepada pencapaian aktiviti ekonomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang

    timbul dan isu yang boleh dilihat adalah samada dengan peningkatan kadar rasuah bagi sesebuah

    negara boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi ataupun sebaliknya. Hal ini telah dinyatakan oleh

    Axel Dreher et. al. (2007) yang menyatakan bahawa baru-baru ini Bank Dunia menganggarkan lebih

    daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi

    masalah rasuah tersebut perlulah pihak kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undang-

    undang kerana ia boleh meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400%.

    Dengan penyataan yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan bahawa sekiranyaaktiviti rasuah dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak

    400%. Namun demikian, adakah penyataan yang diutarakan oleh Bank Dunia ini adalah benar ataupun

    sebaliknya? Maka dengan itu, satu kajian berkaitan dengan Kesan rasuah terhadap pertumbuhan

    ekonomi: Kajian kes di Malaysia perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk melihat samadapertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan petunjuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    4/10

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 335

    berkembang ataupun tidak, akibat daripada amalan rasuah tersebut. Maka diharap kajian ini akan

    memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pihak-pihak kerajaan ataupun pihak-pihak yang berwajib

    untuk menentukan arah tuju sebenar dasar pembangunan negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi

    negara dapat ditingkatkan.

    KAJIAN LEPAS

    Dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah ke atas pertumbuhan ekonomi,beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Pak Hung

    Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan

    penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran

    perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam

    Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua terkecil (OLS),

    beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhanekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam

    indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545

    mata peratus. Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah

    ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan

    ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsianpelaburan persendirian.

    Paolo Mauro (1995)pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan

    dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap

    pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini

    mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan

    pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapandengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi

    mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan

    birokrasi yang sama penting dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan

    politik.

    Keith Blackburn et. al. (2006)memfokuskan rasuah dikalangan birokrasi awam dan implikasi

    terhadap pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting,

    bahawa campur tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengumpulmaklumat dan potensi pentadbir dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga yang

    mengamalkan rasuah dari segi pemberian maklumat yang salah daripada harga yang betul. Petunjuk

    tersebut memberi tindak balas kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi

    pihak berkuasa dari ketua sehingga ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi

    untuk mendapat habuan ekonomi. Di peringkat empirik, hubungan sebab dan akibat dua hala adalahpenting bagi potensi untuk mencipta masalah dalam bias secara serentak dalam regresi rasuah dan

    pertumbuhan. Kajian ini melibatkan penganggar bagi regresi berbilang negara untuk menguji

    sesetengah hipotesis mengenai hubungan antara rasuah (yang di ukur melalui indeks rasuah dan indeks

    pentadbiran kerajaan), pembangunan (sepertimana tingkat yang diberi atau kadar pertumbuhan bagi

    pendapatan per kapita) dan data bagi pemboleh ubah yang lain.

    Bruce W. Finnie et. al. (2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan

    sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai

    rasuah dari kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan.Interaksi ini membentuk satu model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan

    tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada

    kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh

    menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang

    optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa

    tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai

    manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional.

    MenurutFahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam

    makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab.Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi.

    Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang

    tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan

    memasukkan pembolehubah inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilanpolitik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    5/10

    336 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

    ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang

    dan juga mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar.

    Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah untuk mengkaji dengan

    memfokuskan kepada peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Kebelakangan ini banyak kajian

    dibuat untuk mengkaji bagaimana tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi

    negara yang lain. Bila melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait

    rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat yanglemah. Bukti anekdot menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teoritikal mengesahkan

    kesan ini. Bukti kajian beliau menunjukkan kos yang di tanggung akibat rasuah adalah sangatsignifikan dengan pelbagai bidang dalam ekonomi.

    Kajian yang di buat oleh Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan

    bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan

    bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau melihat

    dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik yang

    dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negarakasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar

    pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting yang

    menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang di buat adalah penting

    di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan

    penentunya. Bukti yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akanmeningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%.

    DAPATAN KAJIAN

    Keputusan Kajian Empirik

    Dengan menggunakan pakej E-views, hasil keputusan regresi yang diperolehi daripada Persamaan (1)

    dapat ditunjukkan dalam Jadual 1.

    InKDNKt =0+1 InKORRt + 2InFDIt +3In GEXt + 4 InINFLt + Int (1)

    Yang mana;

    KDNK =Keluaran Dalam Negeri Kasar

    KORR =Kadar rasuah

    FDI =Pelaburan langsung asing

    GEX =Perbelanjaan kerajaanINFL = Inflasi

    = Pembolehubah Rawak

    Kebanyakan data yang dikumpulkan merupakan data indeks rasuah (corruption index), data Keluaran

    Dalam Negeri Kasar (KDNK), data perbelanjaan kerajaan, data inflasi dan data Pelaburan Langsung

    Asing (FDI). Kesemua data tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber yang terdiri daripada sumber

    berikut, iaitu:

    i. Transparency International Corruption Perception Index;ii. Euromonitor International; dan

    iii. Cd-Rom IMF.Bagi mengukur indeks rasuah ke atas Negara Malaysia, data yang diperoleh adalah berasaskan kepada

    Transparency International Indexbagi tempoh 27 tahun, iaitu dari tahun 1980 sehingga ke tahun 2006.

    Data tersebut dinilai berdasarkan daripada nilai 0-10. Penilaian yang dibuat adalah dengan menentukan

    negara yang paling teruk kadar rasuahnya adalah dengan nilai kosong. Manakala bagi nilai sepuluh

    pula adalah negara yang paling bersih, iaitu negara yang tidak mengamalkan rasuah.Manakala bagi data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data inflasi dan data Pelaburan

    Langsung Asing (FDI) di ambil daripada Eouromonitor International. Manakala bagi data

    perbelanjaan kerajaan pula diperoleh daripada Cd-Rom IMF. Bagi data perbelanjaan kerajaan,

    pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi merupakan pengukur kepada pertumbuhan ekonomi KDNKsesebuah negara.

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    6/10

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 337

    Keputusan output E-views, menunjukkan bahawa hasil keputusan yang diperolehi adalah

    selaras dengan hipotesis kajian. Hasil anggaran bagi pemboleh ubah yang ditunjukkan adalah negatif

    dan juga signifikan pada aras keertian 1%. Hasil keputusan regresi linear yang dibuat dapat

    ditunjukkan di dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Keputusan regresi

    Pemboleh ubah Koefisien

    Intercept 6.086

    (4.3349)***

    InKORR -1.618

    (-3.0944)***

    InGEX 0.665

    (9.9479)***

    InFDI 0.179

    (3.0856)***

    InINFL -0.086

    (-1.9253)*

    Statistik-F 139.33

    R2 0.962Nota:

    ***Signifikan pada 1%,

    **Signifikan pada 5%,

    *Signifikan pada 10%. Nilai dalam kurungan

    adalah nilai statistik-t.

    Daripada keputusan regresi model yang dianggarkan, nilai statistiks-F adalah lebih besar daripada nilai

    F-jadual. Ini menunjukkan model penganggaran adalah signifikan pada aras keertian 1%. Dengan ini,

    jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhan adalah signifikan untuk menerangkan pertumbuhan

    ekonomi.

    Seterusnya, nilai R2

    yang diperolehi adalah sebanyak 0.962. Ini beerti bahawa 96.2%

    perubahan yang berlaku dalam KDNK Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah model.

    Sementara bakinya, iaitu sebanyak 3.8% ditentukan oleh faktor lain (i).

    Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa KDNK Malaysia yang mewakili

    pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan positif dengan perbelanjaan kerajaan (InGEX) dan

    pelaburan langsung asing (InFDI). Namun bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) dan inflasi (InINFL)

    mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemboleh ubah yang berhubung secara

    positif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan meningkatkan KDNKnegara, manakala pemboleh ubah yang berhubung secara negatif bermakna peningkatan dalam

    pemboleh ubah tidak bersandar akan menurunkan KDNK negara.

    Merujuk kepada nilai statistik-t, didapati nilai t bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) adalah

    sebanyak -3.0944, perbelanjaan kerajaan (InGEX) adalah sebanyak 9.9479 dan pemboleh ubah

    pelaburan langsung asing (InFDI) adalah sebanyak 3.0856. Ini menunjukkan bahawa ketiga-ketiga

    pemboleh ubah tersebut adalah yang paling signifikan pada aras keyakinan 0.01. Manakala bagi nilai tuntuk pemboleh inflasi (InINFL) pula adalah sebanyak -1.9253 di mana aras keyakinannya pada 0.10.

    Keputusan Ujian Diagnostik Dalam Mengesan Masalah Autokorelasi dan Heteroskedastisiti

    Ujian diagnostik bahagian ini merupakan ujian yang dilakukan ke atas model untuk mengesankehadiran masalah autokorelasi dan heteroskedastisiti. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 2.

    Jadual 2: Keputusan Ujian Diagnostik

    White Heteroskedasticity Test:

    F-statistic 1.639363 Probability 0.182462

    Obs*R-squared 11.38048 Probability 0.181059

    Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test:

    F-statistic 2.361780 Probability 0.103505

    Obs*R-squared 7.333781 Probability 0.061987

    Keputusan ujian White Heteroskedasticity menghasilkan jumlah 0.181059 dan ini menunjukkan

    bahawa tidak wujudnya masalah heteroskedastisiti pada aras keertian 5%. Maka hipotesis nul adalah di

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    7/10

    338 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

    terima (H0: tiada masalah heteroskedastisiti). Bagi ujian Bruesh-Godfrey Serial Correlation LM pula

    menunjukkan jumlah yang diperolehi ialah 0.061987 dan ini juga turut menunjukkan bahawa tidak

    wujud masalah autokorelasi pada aras keertian 5%, yang mana hipotesis nul diterima (H0: tiada

    masalah autokorelasi).

    Analisis Keputusan Kajian

    Bagi melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi, Negara Malaysia mempunyai kesan negatif

    terhadap pertumbuhan ekonomi secara signifikan pada aras keertian 99%. Hasil keputusan regresiyang diperolehi dapat ditunjukkan berdasarkan kepada Persamaan di bawah:

    KDNK = 6.0861.618In Kor + 0.665In GEX +0.179In FDI0.086In INFL (2)

    Berdasarkan kepada Persamaan 2, peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan pertumbuhan

    ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Ini menunjukkan bahawa rasuah memberi kesan yangnegatif terhadap pertumbuhan ekonomi ekoran daripada peningkatan kadar rasuah di Negara Malaysia.

    Bagi pemboleh ubah lain pula, peningkatan 1% dalam perbelanjaan kerajaan akan

    meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.66%. Bagi pelaburan langsung asing,

    peningkatan 1% dalam pelaburan langsung asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK

    sebanyak 0.179% dan peningkatan 1% dalam inflasi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomiKDNK menurun sebanyak 0.086%.

    RUMUSAN

    Secara umumnya, objektif utama kajian ini ialah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhanekonomi dan ianya dapat dijelaskan melalui hasil keputusan kajian yang diperolehi. Penggunaan

    model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan

    ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model

    regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara

    Malaysia.

    Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model

    pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadappertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada

    aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan

    menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi

    pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi

    adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi NegaraMalaysia.

    Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan

    dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya

    kajian yang dijalankan olehPak Hung Mo (2001)dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau

    mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam

    lingkungan 0.72%.

    Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan

    serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawapenurunan satu dalam indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan

    pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan.

    Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar

    inflasi bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati

    bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian

    daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau mendapati

    bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang

    demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi

    sesebuah negara.

    Implikasi Dasar

    Berdasarkan kepada rumusan kajian yang telah dijelaskan, dapatlah dicadangkan beberapa implikasidasar yang bertepatan serta berkesan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    8/10

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 339

    bertumbuh dengan pesatnya. Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan

    ekonomi Negara Malaysia.

    Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia

    akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak

    kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan

    yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan

    penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar.Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan

    ekonomi.Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah.

    Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai

    murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara

    faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting

    bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai

    murni sejak dari zaman bangku sekolah rendah lagi.Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah

    rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan di

    sisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan

    ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep Ahmad dan

    Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yangburuk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerima rasuah dan

    khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.

    bersabda bahawa kemiskinan boleh mendorong seseorang itu berlaku rasuah. Sabda Nabi Muhammad

    S.A.W. yang bermaksud:

    Ambillah pemberian itu selagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadirasuah maka janganlah kamu mengambilnya. Tetapi kamu tidak akan

    meninggalkannya sebab keperluan dan kemiskinan mencegah daripada berbuat

    demikian(Abu Nuaim)

    Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat

    Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak

    dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadarkemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi.

    Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah

    lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga

    wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan

    yang dimiliki bagi negara terbabit hanya berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimanayang terjadi di Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin

    kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam

    kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja.

    Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin

    kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005)

    menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan

    kepada rakyatnya. Pemerintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat

    memenuhi keperluan asasinya tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintahperlu berusaha membangun negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang

    mahu menerima zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada

    pemerintah. Semua keperluan rakyat daripada sekecil-kecilnya mesti dapat dipenuhi. Kejayaan seperti

    ini dicapai pada zaman pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz juga

    pernah mengarahkan pegawai-pegawainya supaya mencari orang yang perlukan sebarang pertolongan,

    membayarkan hutang, membiayai perbelanjaan perkahwinan, memberi tanah dan modal untuk

    diusahakan. Dalam kes ini, jelas menunjukkan bahawa pemerintah mencari orang yang perlukan

    pertolongan dan bukan sebaliknya orang yang perlukan pertolongan mencari pemerintah. Justeru itu,

    secara tidak langsung apabila kemiskinan dapat diatasi dan kekayaan rakyat di bentuk, maka kesanyang boleh di lihat ialah rasuah dapat di cegah.

  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    9/10

    340 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

    Selain daripada itu, model pembangunan insan perlu diterapkan sebagaimana yang dijelaskan

    oleh Hasan (1987)1 yang menyatakan bahawa andaian modul bina insan ini di rancang dan selari

    dengan mengambil andaian yang berikut:

    1. Kegiatan pembangunan tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar seandainya sumberkekuatan dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu.

    2. Kekuatan yang dapat melahirkan dorongan atau penggemblengan luaran yang berkesan tidakakan tercapai tanpa dorongan dan penggemblengan sumber kekuatan dalaman terlebih dahulu.3. Semangat daya tahan dan berdaya juang tidak akan kekal tanpa menanam semangat bekerja

    untuk keredhaan Allah.

    4. Kesatuan ketahanan fizikal dan kerohanian tidak mungkin terhasil tanpa usaha membinakekuatan dalaman.

    Oleh itu, matlamat modul bina insan adalah untuk melahirkan kefahaman dan keinsafan dikalangan

    pegawai (dan pekerja serta umat seluruhnya) tentang keperluan mengubah, membina dan mengekalkansikap menjadi pekerja (dan pejuang) terbaik dihadapan negara dan kerajaan Allah S.W.T. serta bersifat

    amanah dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan.

    Setelah melihat kepada huraian yang dijelaskan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti rasuah

    memang mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya dikalangan

    negara yang membangun. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan rasuah secara tidak langsung akanmerencatkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh diringkaskan bahawa

    amalan rasuah akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi serta kebajikan kehidupan sosial

    masyarakat turut terjejas.

    RUJUKAN

    Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan

    (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu

    kajian di BPR Pahang.Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja

    Malaysia. Kuala Kubu Baru.Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation.Economic Letters. 66: 199-202.

    Berita Harian. 2007, 30 Ogos

    Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development.

    Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469

    Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealthand a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-

    8666.htm.22(4): 185-204

    Fry, M. J., 1993. Foreign Direct Investment in Southeast Asia: Differential Impact. Singapore: Institute

    of South East Asia Studies.

    Gujarati, D. N. 2003.Basic Econometrics. 4th Edition. McGraw Hill International Edition.

    Hjh. Noresah bt. Baharom et.al. 2005.Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jomo K. S. & Ishak Shari. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Kaur, Harmindar. 1974. Inflation and growth in Malaysia. Proceeding of The Seminar Held on The21st & 22nd January 1974 at UUM. hlm. 3545.

    Khairul Azhar Idris. 2005.Membendung Naluri ke Jerat Rasuah. Dlm. Yaacob dan Norharizah Ismail

    (pnyt). Islam Hadhari Himpunan Isu Kontemporori. Kuala Lumpur: IKIM.

    Mauro, Paolo. 1995. Corruption and growth. Quarterly Journal of Economics. 110(3): 681-712

    Mohd Shauki Abdul Majid. 2004. Wacana Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur: i-Book Publication

    Sdn. Bhd.

    Mohd Zainudin Saleh. 2000.Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan. Dlm. Nor Aini Haji Idris

    & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor:

    Universiti Kebangsaan Malaysia.Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/0307-

    4358.htm.30(10): 822-836.

    Osman Rani Hassan. 1987.Kamus Istilah Ekonomi. Fajar Bakti.

    1Sanep, A & Surtahman, K. H. 2005. hlm 334-335

    http://www.emeraldinsight.com/0828-8666.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0828-8666.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0828-8666.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0307-4358.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0307-4358.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0307-4358.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0307-4358.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0307-4358.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0828-8666.htmhttp://www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm
  • 8/12/2019 Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia-1

    10/10

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 341

    Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth.Journal of Comparative Economics. 29: 66-79

    Rahmah Ismail. 2000. Teori Pertumbuhan Naluri. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt).

    Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sanep Ahmad & Surtahman Kastin Hasan. 2005. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Sadono Sukirno. 1982. Ekonomi Pembangunan: Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Bima

    Grafika.Sheikh Abdullah Basmieh. 1995. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala

    Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics

    (2007). 1-23.

    www.transparencyindex.com.

    Yan Diaw, Chua. 2006.Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    http://www.transparency/http://www.transparency/http://www.transparency/