kesan positif dan negatif interaksi antara tamadun

17
Soalan 3 : Interaksi antara tamadun berlaku disebabkan oleh perkongsian nilai pemikiran institusi dan keinsanan. Huraikan hubungan ini dari segi positif dan negatifnya. 1. Pengenalan Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yangtertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun - 1 -

Upload: nor-adilah-ali

Post on 11-Dec-2014

2.828 views

Category:

Documents


52 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Soalan 3 :

Interaksi antara tamadun berlaku disebabkan oleh perkongsian nilai pemikiran institusi dan keinsanan. Huraikan hubungan ini dari segi positif dan negatifnya.

1. Pengenalan

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian

serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu

tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku

antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan

insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan

negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yangtertentu dan juga dengan

pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat

toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan

tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada

berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun

tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada

menjadi beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara

tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua

kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif

2. Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman

kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam

Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di

- 1 -

Page 2: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-penganut agama lain telah

diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama

mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat

Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman

Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan

Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan

Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan

Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan

mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di

Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-

individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan

positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui

interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan,

contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan

kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh

ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut

mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah

berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari

Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China

berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan

positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang

Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi

- 2 -

Page 3: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur

antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman

pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang

tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang

terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang

akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya

menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur

seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari

keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep

hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang

terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan

agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran

Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang

dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni

bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China

hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan

kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu

melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara

ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu

dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan

hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-

pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita

ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan

- 3 -

Page 4: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang

paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya

kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani,

Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah

mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi

yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,

kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan

dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan

positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan

kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat

gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam

perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat

juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat

Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China

dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik

peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan

hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan

Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak

konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368

Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13

Masihi.

- 4 -

Page 5: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada

hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil

daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting

ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan.

Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran

Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama

Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha.

Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman

kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi

kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi

asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan

China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan

dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China

turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya

upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah

Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran

Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan

lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah

memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan

Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara

aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan

identiti Tamadun Jepun.

- 5 -

Page 6: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

3. Kesan negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya

menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan

kesan negatif.

Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah

mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini

menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad

ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama,

ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam

Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak

melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai

Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi.

Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam

keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan

masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang

sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang

dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam

Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa

upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb

adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda

telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci

di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

- 6 -

Page 7: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat

lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam

masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama

tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh

dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha

dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan

Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan

Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao

Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai

hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang

Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap

pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi,

penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang

Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang

kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan

876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai

orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun

876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan

ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh

termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai

orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di

Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China

turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada

- 7 -

Page 8: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil

daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula

oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-

orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan

berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu

Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi),

Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), KebangkitanYussof Syamsuddin (1828-

31M), pemberontakanYunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862

Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat

tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu,

Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya

hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif

hasil pertembungan antara tamadun ialah :

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara

dengan penuh keadilan dan kesaksamaan

b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba

mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan

cenderung kepada semangat keinsanan.

 

- 8 -

Page 9: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

Senarai Rujukan

1. Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam.

Fajar Bakti Sdn.

2. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan

Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

3. Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala

Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.

4. Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala

Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

5. Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur.

Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

- 9 -

Page 10: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

PRAKATA

Tugasan individu bertajuk “Interaksi antara tamadun berlaku disebabkan

oleh perkongsian nilai pemikiran institusi dan keinsanan. Kesan positif dan

negetif”. Tugasa ini mengupas dengan jelas apakah Kesan positif dan negatif hasil

daripada interaksi antara tamadun.

Sehubungan itu, ia juga membincangkan secara terperinci tentang perkara-perkara

yang berkaitan. Semoga dengan penerangan ini akan dapat memberi input serta

pengetahuan kepada kita untuk dikongsi bersama agar kita akan lebih lagi menghayati

erti ketamadunan yang sebenarnya.

Akhir sekali diharapkan dengan hasil tugasan ini sedikit sebanyak akan memberi

sedikit input kepada semua dan sesungguhnya apa-apa yang baik itu adalah dari Allah

S.W.T manakala yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, wassalam…

- 10 -

Page 11: Kesan Positif Dan Negatif Interaksi Antara Tamadun

PENGHARGAAN

Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih yang

tidak terhingga terutama kepada pensyarah Tamadun Islam Institut Perguruan Darul

Aman (IPDA) Jitra, Kedah Darul Aman, iaitu Ustazah Pn Che Nazrah bt Mohd Yusoff

kerana telah memberi bimbingan yang begitu baik kepada kepada saya bagi menyiapkan

Tugasan individu ini . Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah,

namun segala pertanyaan kami dapat dilayannya dengan baik dan memuaskan.

Selain itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada

semua pelajar-pelajar PKPG IPDA-UPSI 2002/2003 terutama kelas TM3 yang telah

memberi kerjasama dan berkongsi-kongsi bahan bersama-sama bagi menyiapkan kerja

kursus ini. Segala sumbangan yang saudara saudari berikan, mudah-mudahan mendapat

rahmat daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Ikhlas Daripada

ADNAN BIN MOHAMAD (PKPG TM3)

- 11 -