kesan peristiwa 13 mei 1969

Upload: ming-hua-ming-hua

Post on 05-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

    1/2

    Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

    KESAN PERISTIWA 13 MEI

    Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan banyak kesan samada positif atau negatif.

    Antara kesannya ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi

    kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah. Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri

    Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta

    Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana

    dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan ekonomi

    mendapat tafsiran semula.

    PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI

    Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh

    Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Dengan kebijaksanaan

    pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara

    kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana

    itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan

    ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang

    berbilang kaum ini.

    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara

    kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling

    bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.

    Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional

    tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah

    Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong

    dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.

    Tercetusnya rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat dan

    negara. Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaituorang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat

    sementara.1[1] Ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang berkekalan. Peristiwa ini telah

    menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan

    lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil

    untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan

    yang telah goyah.

  • 7/31/2019 Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

    2/2