kesan perang musket

7
4.0 Kesan Perang Musket 4.1 Populasi masyarakat Maori semakin berkurangan Perang yang tercetus telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam populasi masyarakat Maori. Sejak masyarakat Maori menjalinkan hubungan dengan orang Eropah, populasi masyarakat Maori di New Zealand mula mengalami penurunanan. Kepupusan bilangan orang Maori dilihat sebagai kesan yang paling dominan akibat daripada perang Musket ini. Populasi peringkat awal masyarakat Maori sangat sukar untuk ditentukan jumlahnya. Foster manganggarkan seramai 100,000 orang Maori berdasarkan kepada pemerhatian awal yang dibuat berhampiran dengan pantai. K.B. Cumberland pula menganggarkan jumlah orang Maori seramai 500,000 orang. Menurut Vayda pula, jumlah populasi awal masyarakat Maori dianggarkan sekitar 100,000 hingga 300,000 orang daripada 40 kumpulan puak-puak Maori. Menurut R.C.J. Stone, bermula tahun 1769 hingga 1840 sehinggalah New Zealand menjadi Crown Colony, bilangan populasi masyarakat Maori semakin hari semakin merosot. Walaupun penyakit berjangkit yang dibawa oleh orang Eropah menjadi faktor kematian masyarakat Maori, namun pengenalan senjata Musket oleh orang Eropah serta senjata lain dianggap sebagai pemusnah utama kepada populasi masyarakat Maori. Masyarakat Maori sememangnya sudah lama berperang sesama sendiri, tetapi perang yang berlaku dalam kalangan mereka pada peringkat awal tidak banyak membawa kematian dalam jumlah yang besar. Menurut Barbara, Pulau Utara mengalami kepupusan penduduk sepanjang tempoh dua tahun sehinggalah pada tahun 1840. Para mubalig pula telah menanggarkan bahawa pengenalan senjata Musket telah membawa kematian seramai 80,000 orang peribumi Maori. Puluhan ribu masyarakat Maori telah mati dalam perang Musket yang berlaku di antara puak-puak pada tahun 1810, 1820 dan 1839an. Antara tahun 1818 hingga awal tahun 1830 dianggarkan seramai 20,000 masyarakat Maori telah terkorban dalam perang Musket ini. Menurut Alex Calder, Jonathan Lamb dan Bridget Orr, antara tahun 1814 hingga 1840 merupakan satu tempoh malapetaka bagi orang-orang Maori. Sepanjang tempoh tersebut, di anggarkan seramai 80,000 orang Maori telah terbunuh ekoran daripada perang Musket yang berlaku sesama puak Maori. Kebanyakkan mangsa-mangsa korban perang adalah terdiri daripada golongan muda yang merupakan perintis masa depan generasi

Upload: mary-claudia

Post on 17-Jan-2016

116 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kesan perang musket..perjanjian waitangi

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Perang Musket

4.0 Kesan Perang Musket

4.1 Populasi masyarakat Maori semakin berkuranganPerang yang tercetus telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam populasi masyarakat Maori. Sejak masyarakat Maori menjalinkan hubungan dengan orang Eropah, populasi masyarakat Maori di New Zealand mula mengalami penurunanan. Kepupusan bilangan orang Maori dilihat sebagai kesan yang paling dominan akibat daripada perang Musket ini.

Populasi peringkat awal masyarakat Maori sangat sukar untuk ditentukan jumlahnya. Foster manganggarkan seramai 100,000 orang Maori berdasarkan kepada pemerhatian awal yang dibuat berhampiran dengan pantai. K.B. Cumberland pula menganggarkan jumlah orang Maori seramai 500,000 orang. Menurut Vayda pula, jumlah populasi awal masyarakat Maori dianggarkan sekitar 100,000 hingga 300,000 orang daripada 40 kumpulan puak-puak Maori. Menurut R.C.J. Stone, bermula tahun 1769 hingga 1840 sehinggalah New Zealand menjadi Crown Colony, bilangan populasi masyarakat Maori semakin hari semakin merosot. Walaupun penyakit berjangkit yang dibawa oleh orang Eropah menjadi faktor kematian masyarakat Maori, namun pengenalan senjata Musket oleh orang Eropah serta senjata lain dianggap sebagai pemusnah utama kepada populasi masyarakat Maori.

Masyarakat Maori sememangnya sudah lama berperang sesama sendiri, tetapi perang yang berlaku dalam kalangan mereka pada peringkat awal tidak banyak membawa kematian dalam jumlah yang besar. Menurut Barbara, Pulau Utara mengalami kepupusan penduduk sepanjang tempoh dua tahun sehinggalah pada tahun 1840. Para mubalig pula telah menanggarkan bahawa pengenalan senjata Musket telah membawa kematian seramai 80,000 orang peribumi Maori. Puluhan ribu masyarakat Maori telah mati dalam perang Musket yang berlaku di antara puak-puak pada tahun 1810, 1820 dan 1839an. Antara tahun 1818 hingga awal tahun 1830 dianggarkan seramai 20,000 masyarakat Maori telah terkorban dalam perang Musket ini. Menurut Alex Calder, Jonathan Lamb dan Bridget Orr, antara tahun 1814 hingga 1840 merupakan satu tempoh malapetaka bagi orang-orang Maori. Sepanjang tempoh tersebut, di anggarkan seramai 80,000 orang Maori telah terbunuh ekoran daripada perang Musket yang berlaku sesama puak Maori. Kebanyakkan mangsa-mangsa korban perang adalah terdiri daripada golongan muda yang merupakan perintis masa depan generasi yang akan datang. Pertempuran yang berlaku bukan hanya mengorbankan ratusan masyarakat Maori, tetapi melibatkan beratus-ratus ribu orang. Kebanyakan mangsa yang mudah menjadi korban dalam pertempuran yang berlaku adalah orang Maori yang berada di sebelah Selatan. Hal ini kerana mereka terlalu panik dengan serangan bersenjata yang pertama kali digunakan semasa pertempuran dalam kalangan mereka. Populasi masyarakat Maori yang semakin pupus adalah disebabkan oleh pembunuhan secara rawak yang dilakukan oleh ketua-ketua puak dengan menggunakan senjata Musket.

Penurunan populasi masyarakat Maori juga mempunyai kaitan dengan penguasaan wilayah oleh puak Ngapuhi, iaitu puak yang masih bertahan

Page 2: Kesan Perang Musket

sehingga pertengahan tahun 1830an. Hal ini disebabkan oleh bekalan senjata Musket yang banyak dimiliki oleh puak Ngapuhi. Ketua puak Ngapuhi iaitu Hongi Hika telah pergi ke England dan membeli banyak bekalan senjata Musket dan serbuk api untuk dibawa ke New Zealand. Penggunaan senjata dalam kempen awal perang yang diketuai oleh Hongi Hika telah mengorbankan ramai masyarakat Maori. Hal ini kerana, pada ketika itu musuhnya belum lagi memiliki senjata Musket seperti mana yang dimiliki oleh Hongi. Sebagai contoh, pada tahun 1821 di Tamaki, Hongi dikatakan telah membunuh seramai 2000 pahlawan Maori termasuk golongan perempuan dan kanan-kanak. Selepas beberapa ekspedisi perang yang dilancarkan oleh Hongi Hika, beliau kemudiannya kembali ke Bay of Island. Menurut William R. Wade, sepanjang tempoh lima tahun Hongi telah membunuh seramai 5000 orang Maori dalam pertempuran dan ramai diantara mereka telah dijadikan sebagai tawanan perang. Selain daripada Hongi Hika, pemimpin Maori lain yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai masyarakat Maori pada awal abad ke-19 adalah Te Rauparaha yang berkuasa di bahagian Selatan. Peperangan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kematian, tetapi turut melibatkan penghijrahan beramai-ramai masyarakat Maori ke kawasan lain. Sebagai contoh, peperangan dianggap sebagai pemangkin yang mempromosikan penghijrahan beramai-ramai puak Kawhia ke Taranaki sekitar tahun 1821. Pada peringkat awal, peperangan hanya berlaku di bahagian Utara, namun disebabkan tekanan perang, puak di bahagian Utara telah menyerang puak di bahagian Selatan sehingga wujudnya skala perang yang semakin meluas. Peperangan yang semakin meningkat secara tidak langsung akan menambahkan lagi jumlah mangsa yang terkorban.

Populasi masyarakat Maori yang semakin berkurangan bukan sahaja disebabkan oleh kematian dan pembunuhan, tetapi juga disebabkan oleh ketidakseimbangan ekonomi. Persaingan untuk mendapatkan bekalan senjata Musket telah mendorong masyarakat Maori berlumba-lumba menjalankan aktiviti pertanian untuk memenuhi tuntutan orang Eropah bagi mendapatkan bekalan senjata. Secara tidak langsung, kemuncak kepada persaingan ekonomi ini telah mempengaruhi keseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Maori. Hal ini juga telah menyebabkan masyarakat Maori mati kelaparan kerana babi dan ubi kentang diberikan keutamaan kepada orang Eropah semata-mata untuk mendapatkan senjata Musket. Kesihatan golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak berada dalam keadaan tidak seimbang dan keadaan perang yang berlaku secara berterusan menambahkan lagi masalah kesihatan mereka.4.2 Wujud kumpulan-kumpulan dan sekutu dalam puak-puak Maori

Perang Musket juga memberikan kesan kepada organisasi puak-puak Maori sehinggakan wujudnya kumpulan-kumpulan dan sekutu dalam puak-puak Maori. Orang-orang Maori dilihat tidak lagi keluar secara bersendirian, sebaliknya sudah mula bergabung dengan puak-puak Maori yang lain. Wujudnya sekutu dalam puak-puak Maori adalah disebabkan oleh keinginan mereka untuk memiliki senjata, kekuatan dan ingin membebaskan diri dari cengkaman musuh. Sekirannya puak Maori tersebut mempunyai sekutu yang ramai, sudah pasti

Page 3: Kesan Perang Musket

kekuatan mereka akan semakin bertambah dan mempunyai peluang yang besar untuk memenangi sesebuah peperangan.

Permintaan yang tinggi terhadap senjata dan juga barangan daripada orang Eropah telah membawa kepada terbentuknya pasukan tentera bersekutu dalam kalangan masyarakat Maori. Sebagai contoh, Te Rauparaha telah meninggalkan Kawhia dan memilih Pulau Kapiti sebagai markas angkatan tenteranya kerana kapal dagang orang Eropah sering berlabuh disana. Hal ini menyebabkan sekutu Te Rauparaha iaitu Te Heuheu dapat memperkuatkan pasukannya menerusi senjata yang diterima daripada Te Rauparaha. Secara tidak langsung ini telah memberi peluang kepada Te Heuheu untuk bebas daripada Taupo. Begitu juga dengan Te Rauparaha yang merasakan perlunya ada sebuah pakatan yang kuat untuk mendapatkan kekuatan senjata Musket bagi menyerang musuh-musuh mereka.

Wujudnya tentera bersekutu dalam kalangan puak-puak Maori sudah pasti memberikan peluang kepada kumpulan puak tersebut untuk memperoleh pertolongan dan memudahkan perjalanan mereka untuk menyerang musuh. Sebagai contoh, pasukan perang dari Utara iaitu Ngapuhi dan Ngati Whatua telah menetap di Kawhia dalam ekspedisi ke Selatan. Pemimpin-pemimpin yang terlibat adalah Tuwhare, Petuone, Nene, Tawhia dan lain-lain. Te Rauparaha dan Ngati Tao telah dipujuk untuk bergabung dengan puak-puak dari Utara dan pada waktu tersebut, mereka berangkat ke Utara Taranaki. Ngati Tama, Ngati Mutunga dan Te Atiawa adalah puak-puak di daerah tersebut yang mempunyai kaitan dengan Ngati Toa dan memberi laluan kepada ekspedisi perang tersebut. Secara tidak langsung membolehkan mereka menyerang puak Ngati Maru yang ada di daerah Taranaki dan kemudiannya bergerak tanpa sebarang halangan sehinggalah mereka sampai di Wanganui.

Selain itu, faktor yang mendorong puak-puak Maori untuk membentuk sekutu dengan puak-puak Maori yang lain adalah untuk menambahkan lagi kekuatan senjata bagi menyerang musuh. Sebagai contoh, Te Rauparaha telah bergabung dengan puak Ngati Raukawa dan Ngati Tama untuk mengumpul kekuatan senjata bagi melakukan serangan di Pulau Selatan. Selain itu, pembentukkan sekutu juga telah menambah kekuatan serangan untuk mengalahkan musuh-musuh mereka dengan mudah. Sebagai contoh, Te Rauparaha telah bergabung dengan Tamati Waka Nene untuk menyerang puak Maori di Selatan. Gabungan ini juga seterusnya telah membantu beliau memusnahkan sejumlah penduduk Maori di bahagian Utara. Pembentukkan sekutu juga bertujuan untuk membebaskan diri daripada musuh yang lebih kuat. Sebagai contoh, pada tahun 1820 puak-puak Walkato memutuskan untuk membebaskan diri dari cengkaman puak Ngati Toa. Puak Walkato telah membuat pakatan dengan sekutu mereka iaitu Ngati Maniapoto untuk membuat serangan terancang terhadap Kawhia dan Taharoa. Jumlah pasukan Walkato dan sekutunya mencecah lebih daripada 3000 orang. Puak Walkato pada ketika itu di bawah pimpinan Te Wherowhero manakala sekutunya Ngati Maniapoto diketuai oleh Tukoheru.

Page 4: Kesan Perang Musket

4.3 Berlakunya peningkatan perdagangan dan hamba

Peperangan dalam kalangan masyarakat Maori dilihat semakin hari semakin bertambah disebabkan oleh penggunaan dan permintaan terhadap Musket yang semakin meningkat. Skala peperangan yang semakin bertambah sama ada secara langsung atau tidak langsung, sememangnya mempunyai kaitan dengan perdagangan. Menurut McNab, perdagangan telah bertambah maju disebabkan oleh keinginan puak-puak Maori terhadap senjata baru untuk digunakan dalam peperangan dengan puak Maori yang lain.

Permintaan terhadap Musket telah mempengaruhi aktiviti perdagangan di antara masyarakat Maori dengan orang Eropah. Bermula daripada puak Ngapuhi yang berada di bahagian Utara seterusnya diikuti dengan puak-puak lain seperti Ngati Whatua yang membuat permintaan tinggi terhadap senjata Musket. Secara tidak langsung, pengeluaran terhadap barangan untuk ditukarkan dengan Musket semakin meningkat. Tanaman baru seperti ubi kentang telah diperkenalkan seiring dengan penggunaan tenaga buruh yang terdiri daripada golongan hamba. Aktiviti pertanian yang semakin meningkat telah menggalakkan lagi perdagangan di antara masyarakat Maori dengan orang Eropah. Menurut James Belich, revolusi dalam aktiviti pertanian telah menyebabkan skala perang semakin meningkat. Revolusi pertanian yang dimaksudkan oleh beliau adalah merujuk kepada penternakan babi dan tanaman ubi kentang yang dilakukan secara besar-besaran. Peperangan yang berlaku ini telah memberikan jalan dalam persaingan ekonomi terutamanya untuk mendapatkan senjata Musket. Di samping itu, perdagangan yang berlaku di antara masyarakat Maori dan orang Eropah bukan sahaja melibatkan pertukaran komoditi, malah turut melibatkan permintaan terhadap tanah. Hal ini kerana orang Eropah ingin menjadikan tanah sebagai barang dagangan dengan masyarakat Maori. Sebagai contoh, Marsden telah memperoleh 200 ekar tanah hasil pertukaran dengan 12 bilah kapak. Orang-orang Eropah telah meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap permintaan tanah untuk dijadikan tempat tinggal, sementara orang-orang Maori pula memerlukan bekalan senjata Musket untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Peningkatan perang dalam kalangan masyarakat Maori telah meningkatkan jumlah tawanan perang dan golongan hamba yang diperoleh daripada peperangan tersebut. Peperangan tersebut telah menyebabkan ribuan tawanan tersebut dijadikan hamba. Contohnya, peperangan yang dipimpin oleh pihak Utara iaitu puak Ngapuhi dan Ngati Whatua yang akhirnya menimbulkan persaingan dalam mendapatkan hamba untuk diperdagangkan bagi mendapatkan bekalan senjata Musket. Bekalan senjata Musket telah dikuasai oleh puak dari Utara terutamanya Hongi Hika dari puak Ngapuhi yang tinggal di kawasan Bay of Island. Hongi Hika telah membuat perhubungan dengan orang Eropah yang datang ke Bay of Island. Banyak kapal-kapal Eropah yang berkunjung ke Bay of Island kerana mendapat jaminan keselamatan daripada Hongi Hika. Hal ini menyebabkan Hongi Hika telah memonopoli perdagangan dengan orang Eropah terutamanya perdagangan Musket. Bekalan senjata yang

Page 5: Kesan Perang Musket

banyak membolehkan Hongi Hika semakin agresif untuk mendapatkan hamba yang diperoleh menerusi peperangan. Contohnya pada tahun 1818, beliau telah menyerang 50 buah penempatan yang ada di bahagian Pantai Timur. Dianggarkan seramai 2000 orang tawanan telah dibawa pulang untuk dijadikan hamba. Pada tahun 1821 pula, Hongi Hika telah menyerang daerah Auckland-Coromandel dan berjaya menawan seramai 2000 orang untuk dijadikan hamba. Ketua puak merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap perdagangan hamba untuk mendapatkan senjata Musket daripada orang Eropah.

4.4 Campur tangan pihak British

Pada tahun 1830 dan 1840, New Zealand muncul sebagai fasa kewujudan yang baru. Pada ketika itu, perang yang berlaku di antara puak-puak Maori mula reda kerana hampir semua puak sudah mempunyai senjata Musket. Keadaan ini menyebabkan keseimbangan dalam kalangan puak-puak Maori di New Zealand mula berlaku.

Bahagian Utara New Zealand lebih banyak berlaku peperangan berbanding bahagian Selatan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku terutamanya di bahagian Utara telah memberi peluang kepada Britain untuk meletakkan New Zealand dibawah pemerintahannya. Bermula pada tahun 1830, puak-puak yang berada di bahagian Utara bekerja keras untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan British. Puak-puak ini telah menghantar surat kepada King William IV bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan British telah bersetuju untuk memberikan perlindungan kepada mereka. Pada tahun 1831, seramai 13 orang ketua puak Maori dengan nasihat para mubalig telah membuat surat petisyen kepada kerajaan British bertujuan untuk mendapatkan jaminan perlindungan. Selain itu, peningkatan perdagangan dan peningkatan jumlah penduduk Eropah yang tidak sah juga merupakan salah satu tujuan petisyen tersebut dilakukan. Petisyen tersebut juga bertujuan untuk memberikan perlindungan daripada ancaman Perancis. Alasan yang digunakan oleh William Yate mengenai kedatangan kapal Perancis adalah satu cara bagi membangkitkan kepercayaan ketua-ketua puak tersebut bahawa Perancis akan menakluk New Zealand.

Pada tahun 1832, Lord Goderich telah menghantar Mr James Busby ke Bay of Island untuk bertugas sebagai Residen British. Busby kemudiannya mencadangkan kepada puak-puak Maori dari Utara untuk menandatangani pengisytiharan kemerdekaan. Pengisytiharan kemerdekaan akhirnya telah membawa kepada penciptaan idea sebuah bangsa di bawah kuasa politik dari Confederation of Chiefs. Deklerasi ini ditandatangani pada bulan Oktober tahun 1835, dan Parlimen Inggeris menerimanya pada tahun 1836. Setelah kerajaan British menerima deklarasi tersebut, semua kapal-kapal dagang Maori akan diberi perlindungan oleh British Royal Navy. Walau bagaimanapun kedaulatan British tidak bertahan lama di New Zealand disebabkan berlakunya spekulasi terhadap tanah yang dikenali sebagai land-shark iaitu kepura-puraan untuk membeli kawasan daratan yang luas daripada orang Maori pada tahun 1838 dan 1839. Pada tahun 1839, Kerajaan British telah melantik Kapten William Hobson

Page 6: Kesan Perang Musket

sebagai Konsul untuk mendapatkan hak kedaulatan ke atas semua kawasan di New Zealand dengan bantuan daripada puak-puak Maori. Selain itu, beliau juga berusaha untuk menghalang agen-agen tanah daripada terus membeli tanah-tanah orang Maori. Pada 5 Ferbruari, satu mesyuarat telah dijalankan dengan dihadiri oleh orang-orang Eropah dan Maori di Waitangi. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan perjanjian yang akan ditandatangani oleh orang Maori mengenai penerimaan kedaulatan dan perlindungan daripada British. Pada 21 Mei 1840, lebih daripada 400 tandatangan telah diperoleh dan Hobson kemudiannya mengistiharkan kedaulatan di Pulau Utara dan Pulau Selatan. Maka bermulalah koloni dan migrasi orang Eropah dikedua-dua Pulau Utara dan Selatan New Zealand.