kesan pengambilan makanan ringan

Upload: liching-ching

Post on 26-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kesan Pengambilan Makanan Ringan

    1/5

    Kesan pengambilan makanan ringan

    Selamt pagi dan salam sejahtera kepada guru serta semua rakan

    yang saya hormati. Seperti mana yang kita telah sedia maklum,

    makanan ringan sangat mudah kita perolehi. Ke mana sahaja kitapergi, makanan ringan menjadi sajian utama kebanyakan

    masyarakat dewasa ini. Kita makan makanan segera ini tanpa

    memikirkankan kesan-kesan yang mungkin mempengaruhi

    kesihatan kita sama ada jangka masa terdekat ataupun dalam

    jangka masa yang panjang.

    Pada masa ini, perkara yang sangat membimbangkan akibat dari

    pengambilan makanan rigan ini adalah komplikasi kegemukan

    atau obesity dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

    Pengambilan makanan ringan merupakan salah satu punca

    berlakunya obesity dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

    Makanan ringan yang mengandungi banyak lemak, dan gula yang

    tinggi seperti ais krim, minuman berikarbonat adalah antara

    makanan yang sangat digemari oleh kanak-kanak dan remaja.

    Selain masalah obesiti, pengambilan makanan ringan boleh

    mendatangkan penyakit-penyakit merbahaya seperti darah tinggi,

    kerosakan buah pinggang dan sakit jantung. Lemak tepu yang

    terdapat dalam makanan ringan juga boleh menyumbang kepada

    masalah kolestrol tinggi. Kesemua penyakit ini berkaitan antara

    satu sama lain.

    Kesan dari pengambilan makanan ringan juga dapat kita kaitkan

    dengan masalah kerosakan fungsi otak. ni adalah kerana, lemak

    yang berlebihan boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap

  • 7/25/2019 Kesan Pengambilan Makanan Ringan

    2/5

    ingatan seseorang. !pabila sesuatu makanan mengandungi kadar

    lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang

    rendah, akan memberi kesan kepada perkembangan otak

    manusia.

    Penyakit asma yang disebabkan oleh radang paru-paru juga

    merupakan komplikasi kesihatan yang berpunca daripada

    pengambilan makanan ringan tanpa kawalan. !pabila seseorang

    kanak-kanak telah makan makanan ringan, mereka akan kurang

    makan makanan yang ber"at seperti sayur-sayuran, buah-buahan

    serta pelbagai jenis makanan lain yang mengandungi "at yang

    diperlukan oleh tubuh badan manusia.

    #leh yang demikian, apabila kita lihat kesan dari makan makanan

    segera ini, eloklah kita mengubah cara hidup kita. Kerana

    mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

    Keracunan makanan

    Selamt pagi dan salam sejahtera kepada guru serta semua rakan

    yang saya hormati. Sebelum saya meneruskan perbincangan kita

  • 7/25/2019 Kesan Pengambilan Makanan Ringan

    3/5

    pada hari ini, i"inkan saya mende$nisikan terlebih dahulu apa

    yang yang dimaksudkan dengn keracunan makanan.

    Keracunan makanan merupakan satu keadaan apabila seseorangmemakan makanan yang telah tercemar oleh organisma-

    organisma seperti bakteria, %arius dan parasit. Status makanan

    ini berubah menjadi racun apabila makanan tersebut tidak

    diproses dengan baik seperti tidak dibersihkan atau tidak dimasak

    dengan sempurna.

    !pabila seseorang mengalami keracunan makanan, seseorang itupada kebiasaannya menunjukkan beberapa gejala seperti sakit

    perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Keadaan ini akan

    menyebabkan seseorang yang mengalami keracunan makanan

    akan kehilangan air yang sangat banyak. Kemungkinan juga

    mereka akan mengalami demam. &adan menjadi lemah dan

    pucat. 'ika tidak ditangani dengan segera, keracunan makanan

    yang serius boleh membawa maut.

    Keracunan makanan merupakan sejenis penyakit yang boleh kita

    elakkan. ni adalah kerana, keracunan makanan adalah berpunca

    daripada kecuaian kita sendiri seperti tidak mencuci makanan

    sebelum dimasak atau dimakan.

    Selain dari itu, makanan yang dimasak juga mungkin tidak

    dimasak dengan sempurna, khususnya makanan-makanan yang

    berasaskan daging seperti daging lembu, ayam kambing dan

    sebagainya.

  • 7/25/2019 Kesan Pengambilan Makanan Ringan

    4/5

    Makan makanan yang telah basi juga boleh mengundang

    keracunan makanan. ni adalah kerana, makanan yang basi atau

    sudah luput tarikh penggunaannya pasti telah tercemar.

    Selain dari itu, menggunakan peralatan memasak yang kotor dan

    tercemar juga boleh menjadi punca terjadinya keracunan

    makanan. Selain dari itu, makan tanpa membersihkan tangan

    dengan sempurna juga menyumbang kepada keracunan

    makanan.

    Keracunan makanan sebenarnya boleh dielakkan. !dalah lebihbaik mencegah daripada mengubati. #leh yang demikian, kita

    harus makan makanan yang dimasak dengan sempurna. (lakkan

    makan makanan separuh masak khususnya daging. Sekiranya

    kita hendak makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan

    sayur-sayuran, kita harus mencucinya dengan bersih.

    (lakkan makanan yang terdedah. Makanan yang terdedahmungkin sudah dihinggapi lalat atau serangga kotor yang lan.

    Makanan hendaklah ditutup dengan tudung saji supaya tidak

    dihinggapi oleh serangga-serangga ini.

    #leh kerana serangga seperti lipas dan lalat adalah antara

    pembawa kepada masalah keracunan makanan, maka kita harus

    memastikan rumah kita bebas daripada serangga-serangga ini. nidapat kita lakukan dengan menjaga kebersihan rumah kita

    sepanjang masa. Pastikan rumah kita tidak menjadi sarang

    pembiakan serangga-serangga atau haiwan-haiwan perosak

    seperti tikus.

  • 7/25/2019 Kesan Pengambilan Makanan Ringan

    5/5