kesan pencemaran udara

4
kesan pencemaran udara KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP MANUSIA Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. [1] [2] Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Upload: skmuhibbahraya-tawau

Post on 28-Dec-2015

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Pencemaran Udara

kesan pencemaran udaraKESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP MANUSIA

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.

Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Page 2: Kesan Pencemaran Udara

Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam Sekitar

Pertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia

Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.

Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama.

Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.

 

 

Page 3: Kesan Pencemaran Udara

Buang lah sampah di dalam tong sampah

Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .

                    Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .

                    Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara . Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan ounca kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .

                    Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu .

                    Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti barah .

Jagailah alam kita yang indah ini