sains tingkatan 1 ; pencemaran udara

Click here to load reader

Post on 09-Apr-2017

147 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sains : Pencemaran UdaraBY : TYPO - JUNGKOOK

Objektif

Untuk menimbulkan kesedaran kepada setiap pelajar tentang pentingnya menjaga kebersihan udara.

Untuk mengetahui apa itu pencemaran udara

Untuk mengetahui punca pencemaran udara dan kesan-kesan yang akan terjadi jika perkara ini dibiarkan berterusan

Dapat menyenaraikan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara

Apa itu Pencemaran Udara? Pencemaran udaramerupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarangbahan kimia,jirim zarahanataubahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkanalam sekitarapabila dibebaskan keatmosfera. Contoh bahan pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida,sulfur dioksida,kloroflorokarbon, bau-bauan , logam toksik sepertiplumbumdantembagadansisa radioaktif.

Contoh - contoh Pencemaran Udara

Bau bauan yang tidak menyenangkan berpunca daripada sampah atau bahan terbuang yang lain. Karbon dioksida Sulfur dioksida Klorofluorokarbon Logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif

Punca Punca Terjadinya Pencemaran Udara

PENJANAAN KUASA ELETRIK Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu.

KENDERAAN BERMOTOR Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.

PEMBAKARAN TERBUKA Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.( Jelagaadalah butiran-butiran arang yang halus yang berwarna hitam. butiranjelagaini bertanggung jawab atas 20% pemanasan global yang terjadi di dunia )

PENGGUNAAN PETI SEJUK DAN PENYAMAN UDARA Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Kesan - Kesan Pencemaran Udara KESIHATAN MANUSIA Kesan utamapencemaran udarakepadamanusiaadalahsistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutanoksigendalamdarahdan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsiparu-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.

TUMBUHAN Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (kegugurandaun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada pendudukbumikekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

HAIWAN Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

PENIPISAN LAPISAN OZON Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunyapemanasan globalakibat daripada penipisan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahayamatahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanserkulit. Pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairanaisdi bahagiankutubbumi.

HUJAN ASID Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan airhujandan seterusnya menjadi asid sulfurikdanasid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalamtanahdan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL Kesan pemanasan global yang disebabkan olehkesan rumah hijau. Kenaikansuhubumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Cara - Cara Untuk Mengatasi Pencemaran Udara

PENAMPALAN OZON Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu,penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu,penampalan ozon hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa yang pendek sahaja.

MEMPERKENALKAN UNDANG - UNDANG Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah menggubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Contohnya, industri besar dan kecil diwajibkan menapis asap yang dikeluarkan sebelum melepaskannya melalui cerobong asap kilang. Wet Scrubber merupakan penapis asap kilang yang menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sehingga 90% .

KITAR SEMULA Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic,kertas,tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap juga dapat dikurangkan.

PENGURANGAN PENGGUNAAN KENDERAAN BERMOTOR Langkah terbaik ialahmengurang penggunaan kenderaan bermotordan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan.

PENANAMAN SEMULA TUMBUHAN HIJAU Program penanaman semulabertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

PROGRAM KEMPEN ALAM SEKITAR pelaksanaanprogram kempen alam sekitarjuga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.Cara - Cara Untuk Menjaga Kebersihan Udara

Menggunakan peti sejuk dan penyaman udara hanya kadar perlu sahaja Tidak merokok Menjimatkan penggunaan eletrik Menggalakkan penggunaan kenderaan awam Mengitar atau mengguna semula bahan-bahan yang terpakai Menggunakan kenderaan yang menggunakan tenaga solar

Kesimpulan

Pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan d