ibu dan ceper

Upload: amal-amran

Post on 07-Jul-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SINOPSISWatak Aku mencintai Sungai Ceper seperti dia mencintai ibunya sendiri yang telah lama meninggal dunia.Suatu ketika dahulu, Sungai Ceper tidak tercemar.ketika masih muda, ibu aku rajin mengerjakan sawah padi.Petani di sekitar kawasan itu mendapat faedah atau manfaat daripada Sungai Ceper.Walau bagaimanapun, apabila musim banjir, air Sungai Ceper melimpah dan memusnahkan tanaman padi.Kejadian itu menyusahkan kehidupan petani di sekitar sungai itu. Pada masa lepas, ibu Aku kuat bekerja tetapi bapa aku hanya sibuk berdenak ketitir.Bapa aku ialah kaki burung.Dia tidak memunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Manusia di sekitar Sungai Ceper tidak lagi menghargai kurniaan Allah.Mereka mencemarkan sungai itu dengan membuang pelbagai sampah dan kotoran.Aku mendapati kematian ibunya dapat dibandingkan dengan kemusnahan Sungai Ceper.Sungai yang pernah berjasa itu tidak berfungsi lagi Aku begitu terasa bahawa kehidupan ini begitu singkat.Seperti orang lain, aku sudah beransur tua.Sungai Ceper juga demikian.Aku mempunyai beberapa orang anak yang sedang mengalami proses ketuaan juga.Walau bagaimanapun, Aku berasa cukup kecewa dan sedih.Sungai Ceper dianggapnya sudah mati.

TEMA

Kecintaan pengarang terhadap alam sekitar dan kasih sayang terhadap ibunya.

PERSOALAN

-kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. -konflik keluarga pengarang dengan fenomena alam. -kesan kemusnahan alam sekitar terhadap kehidupan manusia. -konflik ibu pengarang dengan bapanya.

Plot -disusun secra tidak kronolgi kerana ada unsur imbasan kembali. -pada permulaan cerita,pengarang memperkenalkan Sungai Ceper dengan sifat ibunya sewaktu muda yang kuat bekerja. -Konflik bermula apabila sungai ceper menjadi tohor dan banjir besar berlaku sehingga padi yang sedang bunting habis musnah.Musim berikutnya berlaku kemarau panjang sehingga menyebabkan Sungai Ceper kering kontang.

-konflik bertambah rumit dengan sikap bapa pengarang yang gila mendenak burung ketitir.Dia mengabaikan tanggungjawabnya. -klimaks cerita ini apabila ibu pengarang jatuh ketika bekerja lalu lumpuh.Pengarang dan isterinya terpaksa mengambil alih tugas ibunya di samping menjaga ibunya itu.Ibunya meninggal dunia dan dikuti dengan ayahnya .Sungai Ceper tidak mengalir deras disebabkan oleh sampah sarap,bangaki binatang dan najis.

-Pada peringkat peleraian,pengarang kehilangan segala-galanya,iaitu ibu,ayah dan Sungai Ceper. -Plot cerpen ini menarik dan berkesan kerana pengarang menggunakan teknik personafikasi ,iaitu menggandingkan Sungai Ceper dengan ibunya. -Teknik imbas kembali membantu pembaca memahami perbezaan kampung pengarang pada hari ini berbanding dengan empat puluh tahun lalu.

Watak dan perwatakan

IBU DAN CEPER

-Kedua-dua watak diceritakan sebagai seiring.

perbandingan yang

-Kedua-duanya saling bergantung untuk melengkapkan kelangsungan keluarga pesawah ini. -Ibu pengarang menjadi tonggak urusan harian baik di awah mahupun dalam kalangan masyarakat kampung.

-kelincahan digambarkan selincah arus Sungai Ceper yang menerjah tebing tanpa henti. -Sangat cergas pada zaman muda. PENGARANG -Amat bersimpati terhadap ibunya yang berdepan dengan pelbagai cabaran. -bertanggungjawab terhadap keluarga. -menyesali perbuatannya yang telah menyinggung hati kecil ibunya. -Menganggap Sungai Ceper telah mati seperti matinya seorang ibu,iaitu suatu kehilangan anugerah alam yang tiada penggantinya.

Latar

Latar tempat -Di sebuah kampung di tebing Sungai Ceper. Latar Masa -Masa kini dan masa lampau. Latar Masyarakat a)Masyarakat tani yang bergantung hidup pada sawah dan sungai sebagai sumber air. b)Mayarakat tani yang sentiasa diancam risiko bencana alam seperti banjir dan kemarau.

Gaya Bahasa a)Personifikasi. Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang berbisa. b)Loghat utara Semenangjung Selut,baruh,gemal,acilut,reba,meragau angin c)Peribahasa naik angin,kaki burung d)Sinkope ku e)Simile Ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. f)Ayat pendek Entahlah,Sedikitpun tidak,Sekarang lain sekali,Keduaduanya telah mati.

Nilaia)Cinta akan alam sekitar.contohnya, pengarang cinta akan keindahan dan kejernihan pengarang sungai ceper b) Sayang akan orang tua.comtohnya, pengarang amat menyayangi ibunya c) bertanggungjawab.contohnya, ibu pengarang beranggungjawab terhadap keluarganya d) tabah,contohnya, ibu pengarang tabah menghadapi bencana alam yang memusnahkan hasil tanamannya e) insaf.contohnya, pengarang insaf akan keterlanjurannya menyinggung perasaan ibunya f) peka.contohnya, pengarang peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar yang merupakan anugerah Tuhan

Pengajaran

a) hormatilah ibu yang telah mendidik dan membesarkan kita b) bapa hendaklah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga c) kita hendaklah bersabar mengharungi cabaran kehidupan d) janganlah sesekali kita menyinggung perasaan ibu kita e) kita hendaklah memelihara dan memulihara sungai yang merupakan nadi kehidupan penduduk di sesuatu tempat f) jangan mudah berputus asa dan hendaklah sentiasa berusaha untuk menggapai kejayaan