nurul liyana binti zainuddin tesis ini dikemukakan …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf ·...

28
PUMS 99: 1 l [ TE RSITI MALAYSIA .WAH BORA. ·G PENGESAHAN STATCS TE IS __ _____ __ __ __ __ n ____ __ __ __ __ ______________________ ___ ] A2AH: . ::t '0 \ d. C/IfI 0 . )O\V\O\ Sc:::\tf'lS SOI\ 1\ S M 0\ OV\ dloOIlI\ t' e MOl __ d_O\_\CMfI __ SESI PENG AJIAN : '20<::'5 / \.Jv(LvL . .. jbINT\ 2...Al"-JVOO IIV (HURUF BESAR) nen gaku membenarkan tesis (LPS/ Satjana/ Doktor Fa1safah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ien gan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Te sis adalah hakmiIik Universiti Malaysia Sabah . .., Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institu si pengajian tinggi. 4. ** Si1 a tandakan ( / ) SULlT TERHAD )'IDAK TERHAD ( . ANDATANGAN PENULlS) .arn,tt Temp : 4 J A LAN 7 --,r- MALIM A 7 S2.SD =--MEL AlcA (Meng andungi maldumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti ya ng tennaktub di dalam AKTA Ri illSIA RASMI 1972) ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telab ditentukakan oleh organisasifbadan di mana penye lidikan dijalankan) Disahkan oleh DA\\N . J?IN"i l \SS A. ama Penyelia Tarikh: 2..5 M I \ 2 0 '09 --- ----------------------- . l' ATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, slla lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh te slS ini perlu dikelaskan sebagai SULIT * sebagai tesis b agi Ija zah Dokt or Fa lsafah dan Sarjana secara at< disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan pen yelidiknn, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM

Upload: dinhdieu

Post on 10-Apr-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

PUMS 99: 1 l [ TE RSITI MALAYSIA .WAH

BORA. ·G PENGESAHAN STATCS TE IS

~~~ ~_~~~~~_~ __ ~_~_n _____ ~ __ i~_~_~ __ v-_~ __ s_~ __ n ____ ~ __ e_n_~ __ M-T~_~ __ 5~~~<_S __ q_b_~ __ ~ ____________________ ___

] A2AH: .::t j~zO\\r. '0 \ d. C/IfI 0

. S'oo.~ )O\V\O\ M~OI Sc:::\tf'lS Mo.~ SOI\ 1\ S M 0\ ~OVI OV\ dloOIlI\ t' e MOl ~0V10V1

~e~..I-~\_OV"l __ d_O\_\CMfI __

SESI PENGAJIAN: '20<::'5 / 20C>~

~aya \.Jv(LvL . .. Ll~ANA jbINT\ 2...Al"-JVOO IIV

(HURUF BESAR)

nen gaku membenarkan tesis (LPS/ Satjana/ Doktor Fa1safah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti M alaysia Sabah iengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmiIik Universiti Malaysia Sabah . .., Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Si1a tandakan ( / )

SULlT

TERHAD

)'IDAK TERHAD

( .ANDATANGAN PENULlS)

.arn,tt Temp : 4 J A LAN fv\~NI 7 --,r-

~MAN_ MALIM jA~ A 7 S2.SD

=--MEL AlcA

(Mengandungi maldumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalam AKTA Ri illSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telab ditentukakan oleh organisasifbadan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

DA\\N ~'->GA.'j-A.t\ . J?IN"i l \SS A.

ama Penyelia

Tarikh: 2..5 M I \ 2 0 '09 --- ~ -----------------------

------------------------------------------------------------------------------------~

. l' ATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, slla lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh teslS ini perlu dikel askan sebagai SULIT

* ~;s~Ed~:~ldkan sebagai tesis b agi Ijazah Doktor F alsafah dan Sarjana secara penyellai'~an , at< disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidiknn, atau Laporan Proj ek Sarjana Muda (LPSM

Page 2: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

PENILAIAN PROGRAM MAKANAN TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN DI

KAWASAN PENAMPANG, SABAH.

NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA

SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2009

Page 3: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

PENGAKUAN CALON

Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

17 APRIL 2009

ii

NURUL UYANA BT ZAINUDDIN

HN2005-1820

Page 4: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

PENGESAHAN

1. PENYELIA DA TIN RUGAYAH BINTI ISSA

2. PEMERIKSA 1 DR YASMIN 001 BENG HUOl

3. PEMERIKSA 2 elK ADILAH BINTI MD RAMU

4. DEKAN --f}d-' PROF MADYA Dr MOHD ISMAIL BIN ABDULLAH

iii

Page 5: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan terutamanya kepada penyelia saya, Datin Rugayah binti Issa kerana telah membimbing saya melaksanakan tesis ini. Seterusnya kepada pemeriksa yang terlibat untuk menanda hasil kerja saya iaitu Doktor Yasmin Ooi Beng Hui dan Doktor Lee Jau Shya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan yang telah bersama-sama mengharungi penat lelah menjalankan kajian di Penampang iaitu Nurulakmal binti Razali. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan bantuan dari segi sokongan moral, pengangkutan dan telah bersama-sama terlibat membantu dalam kajian ini iaitu Nor Fadhlina binti Ahmad Murad, Rasyidah binti Taib, Rusiyah binti Ramli, Amirah binti Mohamed Jalal, Shurida binti Mahamud dan Hanisah binti Elias. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Pegawai Kesihatan Penampang, Doktor Maria Suleiman, Pegawai Zat Makanan Penampang, Puan Jenny Jouti dan Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Penampang iaitu Doktor Fauzia binti Abdul Majid. Selain itu, ucapan terima kasih kepada kakitangan Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa Nosoob, Klinik Desa Moyog dan Klinik Desa Babagon antaranya ialah Ketua Jururawat iaitu Puan Soraya, Jururawat Terlatih Chatrine Takom dan Iris serta jururawat masyarakat iaitu Puan Melinah, Puan Latifah, Puan Klimit, Puan Ruziah dan Puan Sofea. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga iaitu ibu, ayah dan adik yang telah banyak memberikan sokongan dan galakan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada kawan baik saya yang telah banyak memberikan kata-kata semangat untuk saya meneruskan perjuangan menyiapkan tesis ini iaitu Mohammad Aliuddin bin Abu Bakar dan Mahathir bin Mukhtar serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak sepanjang kajian ini berjalan.

iv

Page 6: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan makanan tambahan iaitu susu tepung penuh krim dan multivitamin yang diberi dalam meningkatkan berat badan kanak-kanak kekurangan zat makanan, mengenalpasti sebab-sebab yang menyumbang kepada kegagalan program dan menilai kandungan zat makanan dalam susu tepung penuh krim. Sebanyak 52 orang responden dari Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa Babagon, Klinik Desa Nosoob dan Klinik Desa Moyog terlibat dalam temubual bersama penyelidik. Data diperolehi melalui borang soal selidik penilaian program makanan tambahan. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 12. Ujian statistik berpasangan t digunakan untuk mengkaji berat dan status kanak-kanak sebelum dan selepas menerima makanan tambahan pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan nilai p bagi berat ialah p=O.OO dan status ialah p=0.038. Ini menunjukkan ada perbezaan signifikan sebelum dan selepas kanak-kanak menerima makanan tambahan. Taburan frekuensi digunakan untuk menganalis sebab-sebab yang menyumbang kegagalan program iaitu 5.8% kanak-kanak tidak menyukai rasa susu dan multivitamin, 3.8% multivitamin tidak dimakan mengikut arahan oleh anggota kesihatan, 7.7% kanak­kanak berkongsi dengan ahli keluarga lain, tahap pengetahuan ibu kurang memuaskan iaitu 42.3% ibu tidak dapat menjawab soalan berkaitan pemakanan dengan baik, 44.2% ibu tidak tahu sebab utama anak mendapat makanan tambahan dan 19.2% ibu tidak pernah melihat kad kesihatan anak mereka. Analisis proksimat dijalankan ke atas susu tepung dan nilai yang diperolehi ialah lembapan 2.85%, lemak 26.04%, protein 26.7%, serabut kasar 0%, abu 4.69% dan karbohidrat 36.3%. Nilai ini tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan nilai pada label dan komposisi nutrien dalam makanan Malaysia. Kesimpulannya pengetahuan dan kesedaran di kalangan ibubapa penting dalam meningkatkan keberkesanan program makanan ini.

v

Page 7: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

ABSTRACT

EVALUATION OF SUPPLEMENTARY FEEDING PROGRAM FOR MALNUTRITION CHILDREN IN PENAMPANG, SABAH.

This study is to examine the effectiveness of supplementary food which is full cream milk and multivitamin which given to increase the weight of malnutrition children, to identify the factors contribute to the unsuccessful of the programme and to evaluate the nutrient content of the milk. 52 respondents involved from Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa 8abagon, Klinik Desa Nosoob and Klinik Desa Moyog for interviewing with the researcher. Data was collected from the information from the evaluation form. Data analyzed using SPSS version 12. Paired samples t tests were used to examine weight and status of children before and after received the supplementary food at the significance level of 0.05. Result showed that p value for weight was p=O.OO and status p=0.038. This showed that there is a significance differences before and after the children received the supplementary food. Frequency distribution was used to analyze factors that contribute to the unsuccessful of the programme and the results 5.8% of the children did not like the taste of the full cream milk and multivitamin, 3.8% did not eat the multivitamin according to the health workers, 7.7% shared the supplementary food among the family, level of knowledge among mothers were not satisfied which is 42,3% mothers answered wrongly the question regarding nutrition, 44.2% mothers did not know the exact reason of the children received the supplementary foods and 19.2% mothers never seen the health card of their children. Proximate analysis conducted to full cream milk and the content in the milk 2.85% moisture content, 26.04% fat, 26.7% protein, 0% dietary fiber, 4.69% ash and 36.3% carbohydrate. There was no significance difference with the value on the label and food composition of Malaysia foods. As conclUSion, knowledge and awareness among parents are important in increase the effectiveness of the programme.

vi

Page 8: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

SENARAIKANDUNGAN

Halaman

TAlUK

PENGAKUAN CALON ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAIKANDUNGAN vii

SENARAIlADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

BAB 1: PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Objektif Kajian 3

BAB 2: ULASAN PERPUSTAKAAN 4

2.1 Makanan Tambahan 4

2.2Susu 4

2.2.1 Susu Tepung Penuh Krim 4

2.2.2 Khasiat Susu 5

2.3 Vitamin Tambahan 6

2.4 Penyusuan Susu Ibu 7

2.5 Malnutrisi di Kalangan Kanak-kanak 7

vii

Page 9: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

2.5.1 Malnutrisi Protein Tenaga

2.5.2 Kekurangan Mikronutrien

2.6 Pemakanan Kanak-kanak

2.6.1 Keperluan Tenaga Kanak-kanak

2.6.2 Keperluan Protein

2.6.3 Keperluan Lemak

2.6.4 Keperluan Zat Makanan Lain

2.6.5 Recommended Dietary Allowance

2.7 Kemudahan Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak

2.8 Kepentingan Program Makanan Tambahan di Malaysia

2.9 Program Makanan Tambahan di Negara Luar

2.10 Kawasan Kajian

BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH

3.1 Skop Kajian

3.2 Kaedah Persampelan

3.2.1 Responden

3.2.2 susu Tepung Penuh Krim

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

3.3.1 Responden

3.3.2 susu Tepung Penuh Krim

a Penentuan Kandungan Air

b Penentuan Kandungan Abu

c Penentuan Kandungan Protein

d Penentuan Kandungan Lemak

e Penentuan Kandungan Sera but Kasar

f Penentuan Kandungan Karbohidrat

Vlll

9

10

11

13

13

13

13

14

14

15

16

17

19

19

19

19

20

20

20

21

21

22

24

25

26

27

Page 10: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

3.4 Isu-isu Etika 27

3.5 Analisis Data 27

3.6 Jangkaan Keputusan 27

BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN 29

4.1 Demografi 29

4.1.1 Maklumat Anak 29

4.1.2 Maklumat IbubapajPenjaga 31

4.2 Keberkesanan Program Makanan Tambahan 34

4.2.1 Berat Badan Kanak-kanak 34

4.2.2 Status Berat Badan Kanak-kanak 34

4.3 Pemakanan Anak 36

4.3.1 Pemberian Susu Ibu 36

4.3.2 Pemberian Makanan Kepada Anak 37

4.3.3 Selera Makan Anak 38

4.4 Sebab-sebab Yang Menyumbang Kepada Kegagalan Program 40

4.4.1 Makanan Tambahan 40

4.4.2 Pengetahuan 42

4.4.3 Kesedaran IbubapajPenjaga Terhadap Anak Kekurangan Zat Makanan 43

4.5 Analisis Proksimat Susu Tepung Penuh Krim 44

BAB 5: KESIMPULAN 46

5.1 Kesimpulan 46

5.2 Cadangan 47

RUJUKAN 49

LAMPIRAN 53

IX

Page 11: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

SENARAI lADUAL

Halaman JaduaI2.1: Fakta pemakanan dalam 1 tin susu tepung penuh krim

segera 5

JaduaI2.2: Penunjuk & sasaran Pelan lindakan Pemakanan Malaysia II untuk mengurangkan kekurangan protein tenaga 9

JaduaI2.3: Sukatan makanan bagi bayi yang berusia 6 hingga 12 tahun 12

JaduaI2.4: Sukatan makanan bagi kanak-kanak 1 hingga 6 tahun 12

JaduaI2.5: Dietary Reference Intakes untuk protein 13

JaduaI2.6: Aktiviti kesihatan keluarga bagi bayi sehingga seta hun 15

JaduaI2.7: Aktiviti kesihatan keluarga bagi kanak-kanak 1 hingga 6 tahun 15

JaduaI4.1: Kewarganegaraan bapa dan ibu kanak-kanak 32

JaduaI4.2: Umur, bangsa dan pekerjaan ibu 32

JaduaI4.3: Pendapatan keluarga setiap bulan 34

JaduaI4.4: Status berat badan sebelum & selepas terima makanan 35

JaduaI4.5: Pemberian susu ibu 37

JaduaI4.6: Pemberian makanan kepada anak 38

JaduaI4.7: Selera makan dan kekerapan anak makan sehari 39

JaduaI4.8: Pemberian susu dan jenisnya serta makanan Lain 40

JaduaI4.9: Pemberian makanan tambahan kepada anak 42

JaduaI4.10: Analisis proksimat sam pel susu tepung penuh krim 44

JaduaI4.11: Perbezaan kandungan makronutrien dari label, hasil kajian & nilai disarankan 45

xi

Page 12: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Rajah 4.1:

Rajah 4.2:

Rajah 4.3:

Rajah 4.4:

Rajah 4.5:

Rajah 4.6:

Rajah 4.7:

Rajah 4.8:

SENARAlRAlAH

Taburan umur kanak-kanak

Peratus jantina kanak-kanak lelaki dan perempuan

Taburan bilangan anak

Peratus tahap pendidikan ibu

Halaman 30

30

31

33

Peratus kanak-kanak kurang berat badan sebelum dan selepas menerima makanan tambahan 36

Bilangan kanak-kanak bermasalah menerima makanan tambahan 41

Peratus tahap pengetahuan ibu 43

Sebab anak menerima makanan tambahan 44

xii

Page 13: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

SENARAI LAMPlRAN

Lampiran A: Susu Tepung Penuh Krim Daily Sihat, Multivitamin

Vidaylin & Pengkaji di Klinik Desa Nosoob, Penampang

Lampiran B: Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat

Lampiran C: Ujian Berpasangan T Bagi Berat

Lampiran D: Ujian Berpasangan T Bagi Status

Lampiran E: Borang Soal Selidik

Lampiran F: Taburan Frekuensi Soal Selidik

xiii

Halaman

53

55

56

57

58

68

Page 14: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

SENARAISINGKATAN

AOAC American Official Analytical Chemist

Cu 504 kuprum sulfat

HCL asid hidroldorik

H2O air

H3B03 asid borik

H2SO4 asid sulfurik

IDD iodine deficiency disorder

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

K2S04 kalium sulfat

L liter

mL millimeter

NaOH natrium hidroksida

NCHS National Center for Health Statistics

PGK Pendapatan Garis Kemiskinan

RDA Reccomended Dietary Allowance

SD Standard Deviation

SPSS Statistical Package for Social Science

UNICEF United Nations Children's Fund

xiv

Page 15: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

SENARAI SIMBOL

°c darjah celsius

N normaliti

M molariti

% peratus

& dan

> lebih daripada

< kurang daripada

negatif

+ positif

Page 16: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Program makanan tambahan yang dilaksanakan di Malaysia merupakan program

kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bermula pada

pertengahan tahun 1997. Program ini merangkumi pemberian susu tepung penuh

krim dan multivitamin kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat

makanan. Kanak-kanak kekurangan zat makanan yang tidak layak menyertai "bakul

makanan" diberikan satu kilogram susu penuh krim setiap bulan sebagai makanan

tambahan (Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan,

2006). Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan status

pemakanan di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin yang tidak layak

menerima bantuan bakul makanan (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, 2005).

Kumpulan sasaran bagi pengedaran susu tepung penuh krim ialah kanak­

kanak kurang berat badan yang berumur enam bulan hingga enam tahun selain

daripada kumpulan sasaran Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan

ataupun lebih dikenali sebagai bakul makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2007). Syarat kelayakan untuk mendapat bantuan adalah bapa kanak-kanak tersebut

warganegara Malaysia, berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan tahun

2004 bagi negeri Sabah iaitu RM888 iaitu RM173 per kapita (Rancangan Malaysia

Kesembilan, 2005). Jangkamasa bantuan diberikan adalah selama tiga bulan

berturut-turut menerima satu

Page 17: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

kilogram susu tepung penuh krim. Sekiranya keadaan memerlukan, bantuan boleh

disambung untuk satu hingga tiga bulan berikutnya. Bantuan diteruskan sekiranya

keadaan kanak-kanak masih belum pulih atau semakin teruk (Jabatan Kesihatan

Negeri Sabah, 2005).

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum bantuan susu tepung

diberhentikan iaitu setiap kes yang layak perlu diberi bantuan sebanyak satu

kilogram sebulan selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Bagi kes yang telah

menerima bantuan ulangan tam bahan, bantuan boleh diteruskan sekiranya terdapat

bekalan susu berlebihan dan diberhentikan sekiranya kanak-kanak yang mengalami

kurang berat badan teruk mengalami peningkatan berat badan dalam tempoh enam

bulan berturut-turut dan melepasi garisan negatif tiga sisihan piawai daripada

median rujukan iaitu carta pertumbuhan yang disesuaikan daripada National Center

for Health Statistics (NCHS). Kanak-kanak kurang berat badan sederhana yang

mengalami peningkatan berat badan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut

mengikut lengkok tumbesaran akan diberhentikan bantuan (Kementerian Kesihatan

Malaysia, 2005).

Skor sisihan piawai yang digunakan adalah untuk menilai data antropometri

di mana kaedah ini adalah dengan mengira penyimpangan pengiraan antropometri

daripada nilai median yang dirujuk dalam bentuk sishan piawai. Sisihan piawai di

bawah nilai negatif dua dikira sebgai berisiko untuk mengalami kekurangan zat

makanan manakala melebihi positif dua pula berisiko mengalami obesiti. Klasifikasi

ini adalah berdasarkan kepada rujukan NCHS. Kanak-kanak di antara sisihan piawai

negatif dua sehingga negatif satu termasuk dalam kategori kanak-kanak kekurangan

zat makanan sedehana. Normal pula adalah apabila kanak-kanak itu berada pada

sisihan piawai negatif satu hingga sisihan piawai dua (Kandiah et at. 2007).

Kanak-kanak yang menerima makanan tambahan terdiri daripada mereka

yang berumur enam bulan sehingga berumur enam tahun. Pada peringkat bayi,

pertumbuhan dan perkembangan berlaku dengan sangat cepat. Menjelang umur

seta hun, purata bayi akan mempunyai berat badan tiga kali ganda dari berat lahir

dan panjang lebih kurang 50% daripada panjang asal. Makanan pertamanya pada

ketika ini adalah susu ibu (Miller et at. 2006). Pada peringkat bayi enam bulan,

makanan pepejal mula diperkenalkan untuk melengkapkan keperluan diet bagi

2

Page 18: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

pertumbuhan yang normal (Endres et at. 2004). Seterusnya pada peringkat umur

yang lebih meningkat iaitu kanak-kanak petatih sering mengalami penurunan

terhadap minat pad a makanan disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan dan

berlakunya penurunan pada selera makan mereka (Brown et at. 2005). Kanak-kanak

pra sekolah pula iaitu ketika berumur empat hingga enam tahun perlu makan

dengan kerap pada setiap hari. Pada ketika ini, mereka telah pandai makan dengan

sendirinya berbanding sebelum ini (Endres et al. 2004).

1.2 Objektif Kajian

1. Mengkaji keberkesanan makanan tambahan yang diberi dalam meningkatkan

berat badan kanak-kanak kekurangan zat makanan yang berumur enam

bulan sehingga enam tahun.

2. Mengenalpasti sebab-sebab yang menyumbang kepada kegagalan program

makanan tambahan bagi kanak-kanak kekurangan zat makanan berumur

enam bulan sehingga enam tahun.

3. Menilai kandungan zat makanan yang terdapat dalam makanan tambahan

iaitu susu tepung penuh krim.

3

Page 19: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

BAB2

ULASAN PERPUSTAKAAN

2.1 Makanan Tambahan

Keperluan tambahan khususnya makanan tambahan didefinasikan sebagai prod uk

yang diambil untuk dimakan sebagai tambahan di dalam diet. Pengambilan makanan

tambahan merupakan satu cara untuk memenuhi keperluan zat makanan bagi

mereka yang mempunyai pengambilan zat makanan yang rendah, keperluan

semakin meningkat atau kehilangan yang berlebihan (Grosvenor & Smolin, 2006).

2.2 Susu

Bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, hanya produk susu penuh krim sahaja yang

dicadangkan manakala bagi kanak-kanak dua hingga lima tahun produk susu rendah

lemak dibolehkan. Walaupun begitu, susu skim masih lagi tidak boleh diberikan

kepada kanak-kanak melainkan apabila umurnya meningkat (Brown, 2005).

2.2.1 Susu Tepung Penuh Krim

Menurut Akta Makanan 1983, susu tepung penuh krim atau susu penuh krim

hendaklah susu atau campuran semula yang telah dikeluarkan airnya. Susu tepung

penuh krim atau susu penuh krim kering tidak boleh mengandungi lebih daripada

lima peratus air dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 26 peratus

lemak susu. Susu tepung penuh krim atau susu penuh krim kering boleh

mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan (Lembaga Penyelidikan

Undang-undang, 2008).

Page 20: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan produk susu Daily Sihat

sebagai bahan makanan untuk rancangan makanan tambahan di Negeri Sabah. Susu

segera Daily Sihat diperbuat daripada susu lembu asli yang berkualiti tinggi. Daily

Sihat berkhasiat dan diperkaya dengan kalsium, protein dan vitamin-vitamin yang

diperlukan untuk pembesaran sihat. Penyediaan susu adalah satu gel as (200 mL) air

suam atau air sejuk dieampurkan dengan tiga sudu Daily Sihat. Susu ini tidak sesuai

bagi bayi yang berumur di bawah enam bulan (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2007).

Berat kasar kandungan susu tepung penuh krim ini mengandungi lebih

kurang 1.18 kilogram manakala berat bersih minimumnya ialah satu kilogram.

Produk susu in dibungkus oleh syarikat Gersik Trade & Marketing yang terletak di 47

M, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 50300 Kuala

Lumpur. Jadual 2.1 menunjukkan kandungan zat makanan bagi setiap hidangan

sebanyak 60 gram seperti yang tertera pada tin produk susu tepung penuh krim

Daily Sihat.

Jadual 2.1: Fakta pemakanan dalam satu tin susu tepung penuh krim DailySihat

Saiz hidangan 60 9 Jumlah hidangan 17

Setiap 100 9 Setiap hidangan (60g)

Tenaga 512 keal 307 keal Karbohidrat 38 9 22.8 9

Protein 24.3 9 14.58 9 Lemak 28.8 9 17.3 9

Vitamin A 1050 meg 630 meg Vitamin D 12meg 7.2 meg

Sumber: Produk susu tepung penuh krim Daily Sihat, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (2005)

2.2.2 Khasiat Susu

Susu lembu merupakan antara susu pili han yang biasa diberi kepada bayi. Perbezaan

utama dalam kandungan proteinnya adalah 20 peratus berbanding susu ibu yang

mempunyai tujuh peratus protein dan perlu diubahsuai untuk keperluan man usia.

America Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunaan susu lembu (susu

penuh, dua peratus atau susu skim) pad a kanak-kanak bawah umur setahun

disebabkan tahap asid linoleik, zat besi, vitamin C yang rendah (Endres et al. 2004).

5

Page 21: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Apabila seseorang ibu itu tidak dapat memberikari susu ibu, susu pengganti

adalah penting untuk membekalkan bayi dengan keperluan zat makanan yang

diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optima (Alles et al. 2004).

Susu mengandungi protein haiwan yang lengkap dan merupakan sejenis

makanan yang paling baik untuk kesihatan. Susu merupakan sumber utama kalsium

yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, susu turut

mengandungi laktosa iaitu sejenis karbohidrat yang membekalkan tenaga, lemak dan

juga vitamin A serta vitamin D (Phuah, 2003). Pengambilan susu formula bagi bayi

yang sihat adalah lebih kurang 20 hingga 24 oz sehari pada umur enam minggu dan

meningkat kepada 32 hingga 36 oz sehari pada umur enam bulan.

Walaubagaimanapun, jumlah ini akan menurun selepas bayi diperkenalkan kepada

makanan pepejal pada umur enam bulan. Jumlah berkurang kepada 24 oz sehari

pada umur 12 bulan. Pengambilan sehariannya berbeza bergantung kepada

pertumbuhan bayi tersebut (Endres et al. 2004).

2.3 Vitamin Tambahan

Vitamin tambahan yang dibekalkan kepada kanak-kanak adalah berbentuk cecair

sirap sebelum ditukar kepada tablet pada bulan April 2008. Vitamin tambahan dalam

bentuk tablet kunyah ini dinamakan Vidaylin yang diperkaya dengan tambahan zat

besi. Vidaylin merupakan multivitamin tambahan lengkap dengan perisa epal

diperkaya dengan zat besi yang diperlukan untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak

daripada umur dua tahun. Pengambilannya adalah sebiji sehari atau seperti yang

diarahkan oleh ahli fizik. Membekalkan 12 vitamin dan zat besi penting untuk

pertumbuhan dan perkembangan sihat kanak-kanak. (Unit Pemakanan Jabatan

Kesihatan Negeri Sa bah, 2008).

Antaranya ialah vitamin A, B kompleks, C, D dan E. Vitamin A menjadikan kulit

sihat dan penting untuk penglihatan malam. Vitamin B komplek, Biotin dan asid folik

penting untuk metabolisma badan optima dan membantu pertumbuhan dan

perkembangan fizikal yang sihat. Turut penting dalam penghasilan tenaga dan

pembentukan sel darah merah. Vitamin E merupakan antioksidan yang membantu

menghalang radikal bebas daripada memusnahkan tisu badan. Vitamin C penting

untuk gusi, gigi dan tulang yang sihat, membantu menyembuhkan luka. Vitamin D

membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus daripada usus. Zat

6

Page 22: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

besi untuk pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia (Grosvenor &

Smolin, 2006).

2.4 Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu adalah makanan dan pemakanan terbaik untuk bayi dan melindungi bayi

dari penyakit seperti cirit-birit dan jangkitan pernafasan yang boleh menjejas

kesihatan dan pembesaran bayi dan kanak-kanak (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2004). Susu ibu mengandungi kesemua makro dan mikronutrien yang penting,

seimbang dalam jumlah yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Komposisi kasein dan protein whey serta komposisi asid amino dalamnya sepadan

dengan keperluan bayi untuk metabolisme anabolik. Kandungan vitamin dan mineral

juga tinggi di dalamnya. Semakin lama penyusuan susu ibu secara ekslusif, semakin

baik untuk bayi (Whitehead et al. 2000).

Susu ialah makanan yang paling sesuai dan merupakan makanan ekslusif

untuk bayi di mana ia mengandungi faktor biologi yang terlibat untuk pertumbuhan

termasuk perkembangan tubuh badan dan otak. Susu ibu ialah cecair biologikal

heterogen yang spesifik dan sesuai untuk memenuhi keperluan nutrien dan

immunologikal bayi yang baru lahir. Pengambilan susu ibu setiap hari menghasilkan

2.5 hingga 1.4 kali daripada Recommended Daily Intake untuk vitamin A dan E

(Campos et al. 2007). Pemakanan yang optima bagi bayi termasuk penyusuan susu

ibu secara ekslusif sehingga umur enam bulan dan meneruskan penyusuan denagan

makanan pelengkap yang sesuai sehingga berumur dua tahun dan seterusnya

(Huffman et al. 2000).

2.S Malnutrisi di Kalangan Kanak-kanak

Pada tahun 1995, lebih kurang 167 juta kanak-kanak bawah lima tahun iaitu hampir

satu per tiga kanak-kanak di negara membangun mengalami kekurangan zat

makanan. Kekurangan zat makanan mengakibatkan impak yang besar dalam

penyeksaan manusia dan pelanggaran hak kanak-kanak. Hal ini menyebabkan

hampir separuh daripada kematian kanak-kanak dunia (Smith & Haddad, 2000).

Kesan utama akibat kekurangan pemakanan yang menjejaskan kanak-kanak kecil

yang sedang membesar adalah kurang berat badan dan bantut. Menurut Kajian

Kementerian Kesihatan / UNICEF yang dijalankan di seluruh negara pada 1998-2000

di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada enam tahun, 19.2% mengalami

kurang berat badan (kurang negatif dua sisihan piawai berat ikut umur) dan 16.7%

7

Page 23: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

bantut (kurang negatif dua sisihan piawai tinggi ikut umur). Berdasarkan data

pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia, prevalen kurang berat badan secara

keseluruhan di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun adalah

17.3% pada 2004 berbanding 25% pad a 1990. Sebaliknya, kajian penyelidikan

sering melaporkan prevalen kurang berat badan dan bantut di kalangan kanak-kanak

yang sama umurnya daripada keluarga miskin masing-masing melebihi 25% dan

30% (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005).

Ketiadaan jaminan kedapatan makanan yang boleh mengakibatkan

kekurangan zat makanan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kesihatan,

pendidikan pekerjaan, kedapatan makanan dan kemampuan kewangan untuk

membeli makanan. Kekurangan zat makanan boleh mengakibatkan perkembangan

kognitif dan pencapaian akademik yang lembap di kalangan kanak-kanak serta

keupayaan bekerja dan produktiviti yang rendah di kalangan orang dewasa

(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Kekurangan zat makanan juga dilihat

sebagai faktor utama yang menyumbang kepada tahap pertumbuhan yang tidak baik

dan kebantutan menjelang dewasa disertai dengan pelbagai jenis penyakit. Faktor

seperti zat makanan dan pengambilan tenaga yang tidak mencukupi, penyerapan

yang tidak baik, dan peningkatan keperluan zat makanan menyumbang kepada

keadaan kekurangan zat makanan yang kronik (Brown et at. 2005).

Selain itu, amalan pengambilan makanan yang membimbangkan juga boleh

mengakibatkan zat makanan yang tidak seimbang. Pengambilan jenis makanan oleh

golongan berpendapatan rendah adalah terhad. Ini boleh menyebabkan kekurangan

zat makanan di kalangan mereka. Oi samping itu, terdapat amalan pemberian

makanan pelengkap bayi yang tidak bersesuaian (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2005).

2.5.1 Malnutrisi Protein Tenaga

Masalah pemakanan yang paling ketara di kalangan kanak-kanak di Malaysia ialah

malnutisi protein tenaga. Aras keterukan masalah pemakanan di negara ini

kebanyakkannya tergolong daripada jenis sederhana (Mohamad et at. 2003). Ini

dapat dilihat pad a kanak-kanak yang berat badannya adalah rendah berbanding

umur mereka. (Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan,

2006). Malnutrisi protein tenaga biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak kerana

8

Page 24: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

mereka bergantung kepada orang dewasa untuk mendapatkan makanan. Oleh itu,

malnutrisi protein tenga mudah berlaku ketika ketiadaan makanan.

Ketika ini, keperluan tenga dari makanan adalah tinggi mengikut saiz badan

mereka (kilogram berat badan) dan keperluan protein yang tinggi per kalori. Mereka

cendurung untuk mengalami kekurangan protein berbanding orang dewasa (Naomi,

2004). Kekurangan zat protein dan tenaga dalam bentuk kekurangan berat badan

dan kerencatan pertumbuhan masih wujud di kawasan pedalaman dan juga di

bandar, terutamanya di kalangan kanak-kanak dari golongan sosio-ekonomi rendah.

Oleh yang demikian, kemiskinan masih merupakan satu fa kto r utama yang

mempengaruhi taraf pemakanan dan kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2005). Pada tahun 2006, jawatankuasa penyelaras kebangsaan untuk makanan dan

pemakanan ada menyediakan penunujuk dan sasaran bagi mengurangkan

kekurangan protein tenaga bagi kanak-kanak di Malaysia.

Jadual 2.2: Penunjuk dan sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Malaysia II untuk mengurangkan kekurangan protein tenaga

Petunjuk Tindakan Sasaran Peningkatan pada 2015

Kurang berat badan ketika

lahir Dikurangkan daripada 8.9% pada 2000 kepada 6%

Kanak-kanak di bawah umur

5 tahun:

• Kurang berat badan Dikurangkan daripada 10.6% pad a 2003 kepada 5%

• Bantut Dikurangkan daripada 19% pada 2000 kepada 10%

• Susut berat badan Dikurangkan daripada 13% pada 2000 kepada 6.5%

Kurang Berat Badan:

• Kanak-kanak 6 Dikurangkan sebanyak 25%

hingga 12 tahun

• Kanak-kanak 13 Dikurangkan sebanyak 25%

hingga 18 tahun

9

Page 25: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

RU1UKAN

Alles, M.S., Scholtens, P.A.MJ. & Bindels, J.G. 2004. Current Trends in The Composition of Infant Milk Formulas. Journal of Current Pediatrics. 14: 51-63.

AOAe. 2005. American Official Analytical Chemist. Association of Analytical Chemist. Washington De.

Boyle, M. A. & Holben, D. H. 2006. Community Nutrition in Action. United States of America. Thomson Wadsworth.

Brown, J.E., Isaacs, J.S., Krinke, U.B., Murtaugh, M.A., Sharbaugh, e., Stang, J. & Wooldridge, N.H. 2005. Nutrition through the Life Cycle. Second Edition. United States of America. Thomson Wadsworth.

Campos, J.M., Paixao, J.A. & Ferraz, e. 2007. Fat Soluble Vitamins in Human Lactation. International Journal Vitamin Nutrition Research.77 (5): 303-310.

Cheah, W. L., Wan, M. W. N., Zabidi, H. & Chang, K. H. 2007. A Qualitative Study on Malnutrition in Children from the Perspectives of Health Workers in Tumpat, Kelantan. Malaysia Journal of Nutrition. 13(1):19-28.

Chitekwe, S. 2000. Report on the Evaluation of Child Supplementary Feeding Programme Implemented from October 1999 to June 2000 in three districts in Zimbabwe. UNICEF. Harare, Zimbabwe.

Endres, J.B., Rockwell, R.E., Mense, e.G. 2004. Food, Nutrition, and The Young Child. Fifth Edition. New Jersey. Pearson Prentice Hall.

Grosvenor, M.B. & Smolin, L.A. 2006. Nutrition Everyday Choices. United States of America. John Wiley & Sons.

Guthrie, H.A. & PicCiano, M.F.1995. Human Nutrition. Missouri: Mostby-Year Book Inc. Hanafiah, M.S. 2002. Keluarga dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huffman, S.L., Green, C.P., Caulfield, L.E. & Piwoz, E.G. 2000. Improving Infant Feeding Practices: Program Can Be Effective. Malaysia Journal of Nutrition 6(2):139-146.

49

Page 26: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. 1997. Dietary Reference Intakes for calcium, phosphorus, magnesium, vitamin D, and fluoride. Washington DC. National Academy Press Dalam Brown, J.E., Isaacs, J.S., Krinke, U.B., Murtaugh, M.A., Sharbaugh, c., Stang, J. & Wooldridge, N.H. 2005. Nutrition Through the Life Cycle. Second Edition. United States of America. Thomson Wadsworth.

Jabatan Kesihatan Negeri Sa bah, 2005. Garispanduan Pelaksanaan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan Negeri Sabah. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan & Pemakanan.2006. Pelan Tlndakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006-2015). Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang. 2008. Akta Makanan 1983 (Akta 281) & Peraturan-Peraturan (Hingga 20 Februari 2008). Selangor. International Law Book Services. 2008.

Jabatan Perangkaan.2000. Bilangan Penduduk dan Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (peratus) Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, 1980, 1991, 2000. Jabatan Perangkaan. 2000.

Kain, J. & Uauy, R. 2001. Targeting Strategies Used by Chilean National Supplementary Feeding Programme. Nutrition Research. 21: 677-688.

Kandiah, M., Zalilah, M.S., Chan, T.M. & Hazizi, A.S. 2007. Handbook on Nutritional Assessment Method Selangor. August Publishing.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005. Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia. Putrajaya. Majlis Keselamatan Makanan & Pemakanan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2007. Panduan Menyelenggara Buku Rekod Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim-KIB 1l0.Pindaan 2/ 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2007.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2004. Tata Etika Produk Susu Formula Bayi. Hijau Sepadu Sdn Bhd.

Kropf, M. L., Holben, D.H., Holcomb, J.P., Anderson, H. 2007. Food Security Status and Produce Intake and Behaviors of Special Supplemental Nutrition Program for Women, Infants, and Children and Farmers' Market Nutrition Program

50

Page 27: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Participants. Journal of the American Dietetic Association. 107(11):1903-1908.

Maltby, J. & Day, L. 2002. Early Success in Statistics. United Kingdom: Prentice Hall.

Miller, G.D., Jarvis, Jarvis, J.K. & McBean, L.D. 2006. Handbook of Dairy Foods and Nutrition. Third Edition. National Dairy Council. United States of America. CRC Press.

Mohamad, H.R., Baharudin, O. & Suhaina, S. 2003. Pemakanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munro, L. T. 2002. Zimbabwe's Child Supplementary Feeding Programme: A Re­assessment Using Household Survey Data. UNICEF. Disaster. 26 (3): 242-261.

Ng, W.c., Zalilah, M.S.,Khor, G.L., Wan Norlida, W.N., Haslinah, A., Shashikala, 5., Mirnalini, K., Nawalyah, A.G. & Hejar, A.R. 2005. A Qualitative Study on Perceptions and Knowledge of Orang AsH Mothers on Child Health and Nutrition. Malaysian Journal of Nutrition. 11 (2): 75-88.

Nitisewojo, P. 1995. Prinsip Ana/isis Makanan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Phuah, K.E. 2003. Pemakanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). 2005. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bulanan Purata, Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar 2004.

Skinner, J.D. 2004. Meal and Snack Patterns of Infants and Toddlers. Journal of the American Dietetic Association. 104:565-570.

Smith, L.c. & Haddad, L. 2000. Overcoming Child Malnutrition in Developing Countries: Past Archievements and Future Choices. Dalam http://www.ifprLorg/2020/briefs/brief64.pdf pada 4 Ogos 2008.

Tee, E.S., Noor, M.L, Azudin, M.N. & Idris, K. 1997. Nutrient Composition of Malaysian Foods. Kuala Lumpur: Institute for Medical Research.

Tilman, C. 2004. Maternal and Child Nutrition in Timor Leste. Malaysian Journal of Nutrition. 10 (2)125-130.

51

Page 28: NURUL LIYANA BINTI ZAINUDDIN TESIS INI DIKEMUKAKAN …eprints.ums.edu.my/4134/1/ae0000000555.pdf · kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan penampang, sabah. nurul liyana binti

Trahms, CM. & Pipes, P.L. 1997. Nutrition in Infancy and Childhood. Sixth Edition. United States of America. McGraw Hill Companies.

UNHCR/WFP Guidelines for Selective Feeding Programmes in Emergency Situations. 1999.

UNICEF. 2004. Malaysia Menempa Kejayaan di dalam Menurunkan Kadar Prevalensi Kanak-kanak yang Mempunyai Kurang Berat Badan. http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7264.html. 18 November 2004.

Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. 2007. Sukatan Makanan Bagi Bayi Yang Berusia 6 hingga 12 bulan.Melaka. Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 2008. Laporan Bulanan/ Tahunan Susu Tepung Penuh Krim Segera. Sisitem Maklumat Pengurusan Kesihatan Keluarga. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. 2007. Panduan Pemakanan Kanak-kanak Berusia 1 hingga 6 tahun. Langkah Terbaik Untuk Anak Anda. Selangor. Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi. Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2005 Cawangan Pemakanan. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005.

Vautier, F., Hildebrand, K., Dedeurwaedder, M., Baquet, S. & Herp, M. V. 1999. Dry Supplementary Feeding Programmes: An Effective Short-term Startegy in Food Crisis Situations. Journal of Tropical Medicine and International Health. 4(12):875-879.

Whitehead, R.G. & Paul, A.A. 2000. Long Term Adequacy of Exclusive Breast Feeding: How Scientific Research Has Led to Revised Opinions. Proceedings of the Nutrition Society. 59: 17-23.

Zuraida Mohamad Ali. 2004. Amalan Makan dan Status Pemakanan Bayi Berumur 4 hingga 12 bulan di klinik sekitar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

52