kesan negatif

6
Kesan negatif Disamping melihat kepada kesan positif terhadap implikasi pelaksanaan kelas mesra budaya, kita masih dapat melihat kesan-kesan negati atau kekurangan yang berlaku. Guru mungkin akan menghadapi masalah perhubungan dan komunikasi dengan murid. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran. Contohnya murid di sekolah sekitar Kelantan mungkin akan menghadapai masalah komunikasi walaupun guru menggunakan bahasa standard. Ini kerana penggunaan bahasa dialek sejak kecil mempengaruhi gaya percakapan mereka. Guru mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran untuk memberi peluang kepada murid memahami bahasa standard yang digunakan. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Faktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pencapaian murid yang datang dari golongan berada tentunya lebih baik berbanding dari murid yang datang dari golongan miskin dan memerlukan bantuan. Tahap kesihatan seperti kemudahan mendapat rawatan, makanan berkhasiat dan kawalann penyakit juga menjadi faktor kepada pencapaian murid. Murid yang miskin mungkin akan menghadapi masalah pembelajaran kerana kemungkinan besar ibu bapa tidak dapat menyediakan kemudahan dan keperluan pembelajaran anak-nak mereka. Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahawa hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan kedua-dua hubungan adalah positif. Rentetan dari itu, tahap keyakinan murid akan menurun. Mereka akan menjadi pasif di dalam kelas dan rasa dipinggirkan oleh rakan-rakan. Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Murid-murid berkemungkinan besar akan mengalami kecelaruan identiti apabila mereka mudah terpengaruh dengan tingkah laku kumpulan gender majoriti. Murid-murid perempuan mungkin bersikap lebih maskulin manakala lelaki bersifat feminime. Sesetengah guru mengamal unsur bias terhadap gender murid di dalam kelas. Menggunakan data sekunder, shamsulbahriah (1989) mendapati wujud ketaksamaan gender dalm proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina

Upload: sabreeni

Post on 12-Aug-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NEGETIF

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Negatif

Kesan negatif

Disamping melihat kepada kesan positif terhadap implikasi pelaksanaan kelas mesra

budaya, kita masih dapat melihat kesan-kesan negati atau kekurangan yang berlaku.

Guru mungkin akan menghadapi masalah perhubungan dan komunikasi dengan

murid. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya

dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran.

Contohnya murid di sekolah sekitar Kelantan mungkin akan menghadapai masalah

komunikasi walaupun guru menggunakan bahasa standard. Ini kerana penggunaan

bahasa dialek sejak kecil mempengaruhi gaya percakapan mereka. Guru mungkin

mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran untuk memberi

peluang kepada murid memahami bahasa standard yang digunakan. Murid perlu

berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu

lain.

Faktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pencapaian

murid yang datang dari golongan berada tentunya lebih baik berbanding dari murid

yang datang dari golongan miskin dan memerlukan bantuan. Tahap kesihatan

seperti kemudahan mendapat rawatan, makanan berkhasiat dan kawalann penyakit

juga menjadi faktor kepada pencapaian murid. Murid yang miskin mungkin akan

menghadapi masalah pembelajaran kerana kemungkinan besar ibu bapa tidak dapat

menyediakan kemudahan dan keperluan pembelajaran anak-nak mereka.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahawa hubungan

yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap

pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan kedua-dua hubungan adalah

positif. Rentetan dari itu, tahap keyakinan murid akan menurun. Mereka akan

menjadi pasif di dalam kelas dan rasa dipinggirkan oleh rakan-rakan.

Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti

pembelajaran. Murid-murid berkemungkinan besar akan mengalami kecelaruan

identiti apabila mereka mudah terpengaruh dengan tingkah laku kumpulan gender

majoriti. Murid-murid perempuan mungkin bersikap lebih maskulin manakala lelaki

bersifat feminime. Sesetengah guru mengamal unsur bias terhadap gender murid di

dalam kelas.

Page 2: Kesan Negatif

Menggunakan data sekunder, shamsulbahriah (1989) mendapati wujud

ketaksamaan gender dalm proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh

yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan

pengajaran di dalam kelas. Murid juga dibimbangi terjebak dengan pergaulan bebas

antara murid lelaki dan perempuan memandangkan pelbagai pengaruh persekitran

dan media masa yang negatif. Di sini peranan sangat besar bagi membantu murid

mengenali jati diri, asal usul, budaya yang sepatutnya menjadi amalan mereka.

Page 3: Kesan Negatif

Kesan negatif

Faktor kekurangan kemudahan asas di sekolah tidak dapat memenuhi kepelbagaian

sosio budaya dalam kalangan murid. Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28

buah sekolah menegah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.

Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk

menampung penggunaan teknologi maklumat (ICT) di sekolah.

Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid. Hampi

semua Sekolah Kurang Murid (SKM) berada dalam keadaan daif dan menghadapi

masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan

sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan

guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana

kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil

mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar

sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Bagi sekolah dikawasan pedalaman, pihak sekolah kurang menitikberatkan

penggunaan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.

Sekolah yang daif tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang harmoni,

kondusif dan mesra budaya. Kekurangan sumber rujukan juga menghalang kepada

proses perkembangan emosi dan sosial murid.

Page 4: Kesan Negatif

Kesan negatif

Kesan negatif yang dapat dilihat apabila pelaksanaa kelas mesra budaya dijalankan

pada sistem pendidikan dapat dilihat apabila, sesetengah kurikulum tersirat kadang-

kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai niali yang disebarkan mungkin

menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid

dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan

menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini,

guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat

sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan

kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

Kurikulum tersirat atau tersembunyi dipercayai mempengaruhi pencapaian

akademik murid tetapi kajian mengenai perkara tersebut sama ada si peringkat

sekolah atau di peringkat pengajian tinggi adalah terlalu sedikit (Margolis, 2001;

chafel, 1997). Daripada kajian berkenaan Margolis merumuskan bahawa terdapat

perbezaan aplikasi kurikulum tersirat di peringkat institusi pengajian tinggi tetapi

perbezaan tersebut berada di atas dasar yang sama dengan rasional bahawa

sekolah tetap sekolah walau di mana sekali pun lokasi sekolah berkenan.

Page 5: Kesan Negatif

TUGASAN BERKUMPULAN

Page 6: Kesan Negatif

TUGASAN

INDIVIDU