kesan kedatangan jepun terhadap psikologi indonesia

20
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2007/2008 HST 223/3 TAJUK :“Kedatangan Jepun telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada para pejuang kemerdekaan di Indonesia”. Buktikan. 0

Upload: cnck

Post on 13-Jun-2015

694 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Assgment ku..

TRANSCRIPT

Page 1: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2007/2008

HST 223/3TAJUK :“Kedatangan Jepun telah meninggalkan

kesan psikologi yang mendalam kepada para pejuang kemerdekaan di Indonesia”. Buktikan.

0

Page 2: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

PENDAHULUAN

Terbukti kebenaran ramalan seorang raja bernama Jayabaya, seorang peramal

dari kerajaan Daha pada tahun 1501- 1062 iaitu kira-kira 880 tahun sebelum Jepun tiba di

Indonesia yang menyatakan bahawa :

“suatu saat akan muncul orang-orang katai yang berkulit kuning, bermata sipit dari utara untuk membebaskan rakyat Indonesia. Pemerintahan orang-orang katai ini hanya seumur jagung saja. Sesudah itu barulah kemerdekaan Indonesiaakan tercapai.”1

Perkara yang dianggap dongeng selama ratusan tahun ini tiba-tiba menjadi realiti dengan

menyaksikan Jepun berjaya menempatkan pengaruh mereka di beberapa Negara di Asia

termasuklah Indonesia. Penguasaan selama hampir tiga tahun setengah itu telah

mewujudkan bibit-bibit kesedaran dan membantu meluaskan semangat nasionalisme

dalam nadi masyarakat Indonesia . Hal ini berikutan Jepun secara tidak sengaja

memberikan ‘lampu hijau’ dan sokongan kepada masyarakat tempatan untuk

menubuhkan parti politik mereka tersendiri.

Walaupun hakikat sebenarnya Jepun bertindak sedemikian hanya sekadar untuk

mendapatkan sokongan pemimpin tempatan dan mendapatkan sumber tenaga manusia

dalam usaha menjalankan pemerintahan mereka, Namun, peluang ini mewujudkan satu

kesan yang sangat bermakna dalam sejarah Indonesia. Hal ini kerana bermula saat inilah

kebangkitan nasionalisme Indonesia telah merebak secara meluas dan akhirnya tidak

mampu dibendung lagi oleh Belanda sehingga akhirnya Indonesia pada hari ini berdiri

sebagai sebuah Negara merdeka. Walaupun untuk mencapai kemerdekaan, rakyat

1 M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, 1985, hlm 24.

1

Page 3: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

Indonesia terpaksa berkorban dengan pengorbanan yang tidak ternilai harganya berupa

harta benda, darah, nyawa dan air mata.2

SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN

Penjajahan Belanda di Indonesia membuatkan masyarakat Indonesia terutama

golongan atasan berasa tidak puas hati. Sebenarnya telah wujud gerakan-gerakan

nasionalisme sebagai reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak kolonial.

Hal ini terbukti dengan perlawanan bersenjata yang dilakukan oleh beberapa orang tokoh

seperti Raja Agung Mataram, Pangeran Diponegara, Tjik Di Tiro dan ramai lagi.3

Walaupun tokoh-tokoh pejuang nasionalisme awal ini mengalami kegagalan dan bersifat

kedaerahan, namun perjuangan mereka membuktikan bahawa semangat nasionalisme

untuk mempertahankan Negara telah tumbuh subur dalam hati mereka.

Kemenangan Jepun tahun 1905 menentang kuasa Eropah Rusia dan gerakan Turki

Muda pada 1908 menyumbang percikan-percikan api nasionalisme4 dalam masyarakat

Indonesia. Akibat bosan dengan penjajah yang bersifat angkuh dan sombong, tidak

menghormati masyarakat pribumi serta penderitaan yang di alami telah mendorong

tertubuhnya parti-parti moden seperti Budi Utomo (1908)5, Sarikat Islam atau nama

asalnya Sarekat Dagang Islam (1911) , Sarekat Sumatra (1918), Muhammadijah (1912)

dan sebagainya.6 Menurut Jusuf Mewengkeng Perjuangan yang dilakukan pada awalnya

adalah secara sederhana dan tidak memberi tumpuan kepada politik tetapi kepada

2 M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, 1985, hlm 2-3.3 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.22.4 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.22.5 Jusuf Mewengkeng, Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme, PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial No.7,Repro International, Jakarta, 1988, hlm. 47.6 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.34-35.

2

Page 4: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

perubahan sistem sosial, agama islam dan ekonomi sahaja. Hal ini di akui oleh Sukarno

yang mengatakan bahawa faktor ekonomi dan psikologi menyebabkan wujudnya gerakan

nasionalis.7 Walaupun ada yang bertindak radikal seperti Partai Indonesia ( Partindo) dan

Pendidikan Nasional Indonesia(PNI-Baru) pada 1930-an8. Pada 1938, Barisan Pemuda

Gerindo ditubuhkan yang berpenampilan semi militer yang menuntut Indonesia

berparleman dengan latihan kemiliteran dan diikutin Gabungan Politik Indonesia(GAPI)9.

Mereka meminta agar Belanda membenarkan ‘milisi bumiputera’ tapi di tolak oleh

Belanda. namun mereka terhad kerana di awasi ketat oleh pihak Belanda . Jika

tertangkap, ada golongan nasionalis yang dihukum mati, dipenjarakan beberapa tahun,

ditempatkan didaerah terpencil atau dibuang negeri10 sehingga nasionalisme tidak dapat

digerakkan dengan jayanya.

SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Revolusi Meiji menjadikan negara Jepun sebagai Negara industri. Namun Jepun

kekurangan sumber, lantas bergerak mencari mangsa. Kononnya membantu bangsa se

Asia. Tapi sebenar, bohong belaka. Sumber, keringat dan pasaran baru cuba dicari

akhirya Indonesia turut terjajah. Lantaran Indonesia kaya bahan mentah seperti minyak,

timah, bauksit, nikel dan sebagainya.11

Berbekalkan slogan 3A “ Jepun Pemimpin Asia, Pelindung Asia dan Jepun

Cahaya Asia”12 pada peringkat awal pemerintahan telah menjadi peransang kepada

7 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 37.8 Wilson, Kaum Pergerakan di Hindia Belanda 1930-an : Reaksi Terhadap Fasisme, dalam PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial, no.10, Repro International, Jakarta, 1994, hlm. 43.9 Wilson, Kaum Pergerakan di Hindia Belanda 1930-an : Reaksi Terhadap Fasisme, dalam PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial, no.10, Repro International, Jakarta, 1994, hlm 56.10 Jusuf Mewengkeng, Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme, PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial No.7,Repro International, Jakarta, 1988, hlm. 48.11 M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat….Ibid. hlm.16.12 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan

3

Page 5: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

penduduk tempatan bahawa kedatangan Jepun bukannya sebagai kuasa penjajah tetapi

pembela. Lebih-lebih lagi Jepun berjanji menjadikan Asia untuk Asia telah memberi

kesempatan kepada penduduk tempatan melebarkan gerakan kebangsaan dan menuntut

mendapatkan haknya dan pihak Jepun terpaksa memberi konsensi kepada penduduk

tempatan khususnya melakukan gerakan yang membangkitkan semangat seperti

membenarkan bendera Merah Patih dikibarkan dan lagu Indonesia Raya dinyanyikan.13

Pada peringkat awal pendudukan Jepun. Jepun telah membebaskan

pemimpim-pemimpin nasionalis yang dipenjarakan Belanda dan seterusnya memberi

peluang kepada mereka untuk menerajui Negara seperti Sukarno dan Hatta.14 Melalui

kepimpinan yang diterajui pemimpin nasionalis ini menyedarkan masyarakat bahawa

kemerdekaan semakin hampir dengan mereka dan menyebabkan mereka lebih

bersemangat. Pada peringkat awal pendudukan Jepun. Jepun secara besar-besaran telah

melibatkan rakyat dalam administrasinya telah membebaskan pemimpin-pemimpin

nasionalis yang dipenjarakan Belanda dan seterusnya memberi peluang kepada mereka

untuk menerajui negara seperti Sukarno dan Hatta.15 Pihak Jepun juga telah memberi

peluang kepada masyarakat Indonesia terutama golongan pemuda untuk memegang

jawatan tinggi kerajaan. Menurut M. A. Aziz terdapat 15 ribu pegawai eropah yang

telah meninggalkan jawatan mereka dan fungsi pentadbiran dijalan orang Indonesia.16 Hal

ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Kesannya, Melalui kepimpinan yang diterajui

Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 46.13 Sagimun M.D, Perlawanan Rakyat Indonesia Terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, Jakarta, 1985, hlm. 27.14 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3.15 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3.16 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 58.

4

Page 6: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

pemimpin nasionalis ini menyedarkan masyarakat bahawa kemerdekaan semakin hampir

dengan mereka dan menyebabkan mereka lebih bersemangat. Tindakan Jepun ini

sebenarnya memberi kesan psikologi yang mematangkan kepimpinan nasionalis tempatan

dan menambahkan keyakinan masyarakat Indonesia untuk memimpin sendiri negara

mereka. Tindakan Jepun ini sebenarnya mematangkan kepimpinan nasionalis tempatan.

Jepun turut memberi peluang kepada nasionalis tempatan menjalankan

aktiviti nasionalis melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dan dibenarkan oleh Jepun

seperti PUTERA dan kemudiannya HOKOKAI, golongan agama bergiat dalam seperti

Majlis Syuro Muslim Indonesia (MASJUMI)17 dan Jepun pula membentuk barisan

tentera iaitu Pembela Tanah Air (PETA)18 dan melalui pertubuhan ini memberi peluang

kepada nasionalis tempatan menjalankan aktiviti nasionalis melalui pertubuhan-

pertubuhan yang sah yang di benarkan oleh Jepun. Pertubuhan-pertubuhan ini memberi

peluang kepada nasionalis memperkembangkan gerakannya dan melatih ketahanan

mental dan fizikal mereka.19 Semua pemimpin dan perwira PETA misalnya terdiri

daripada orang Indonesia. Malah, mereka turut diangkat dan diberi peluang ke posisi-

posisi militer yang lebih tinggi.20 Buat pertama kalinya Indonesia dapat membentuk unit-

unit ketenteraannya tersendiri. Yang akhirnya nanti menjadi golongan penting

menegakkan kemerdekaan. Kerjasama golongan ini telah membentuk beberapa

pertubuhan politik seperti MASJUMI untuk golongan agama, peringkat luar Bandar dan

17 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 46.

18 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 47.19 Dr. Muhammad Ridhwan Indra .S.H., Sophian Marthabaya S.H, Peristiwa-peristiwa di Sekitar Proklamasi 17.-8-1945, Sinar Grafika,Jakarta, 1987, hlm. 27.20 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3.

5

Page 7: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

PUTERA untuk nasionalis-nasiolis sekular pimpinan Sukarno dan Hatta. Penubuhan

pelbagai organisasi yang melibatkan kaum pemuda ini dapat melatih pemuda dan sangat

berguna semasa revolusi nanti. Kali pertama dalam sejarah Indonesia memperlihatkan

ramainya golongan pemuda yang dilatih dengan tentera iaitu kira-kira 2,072,00 orang.21

Jumlah yang ramai ini diguna nasionalis untuk menjana idea politik nasionalisme kepada

massa rakyat yang sebelumnya tidak pernah berlaku semasa pentadbiran Belanda.

Malahan HEIHO telah dilatih untuk mengendalikan senjata anti-pesawat, kereta tebal,

arteleri, pemandu dan lain-lain.22 Hal ini memberi peluang kepada nasionalis

memperkembangkan gerakannya dan melatih ketahanan psikologi dan fizikal mereka.

Jepun yang menggunakan MASJUMI untuk memperolehi bahan-bahan mentah

dari luar untuk keperluan Jepun dan PUTERA pula untuk menyatukan nasionalis-

nasionalis sekular untuk menentang barat. Sebaliknya Sukarno menggunakan PUTERA

untuk meniupkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat untuk menentang Jepun.

Ini menyebabkan Jepun bertindak membubar PUTERA mac 1943 dan diganti dengan

Perhimpunan Kebaktian Rakyat ( Djawa Hokakai).23

Awalnya, Jepun datang di alu-alukan kerana masyarakat Indonesia percaya

ramalan Jayabaya. Namun, bagai mencabut duri tertusuk pedang, kehadiran Jepun

merupakan pengalaman mengerikan dalam kehidupan masyarakat Indonesia. Kekejaman

pemerintahan Jepun khususnya di akhir pentadbiran telah membangkitkan perasaan benci

rakyat kepada kehadiran tentera-tentera dan pemerintahan Jepun. Masalah ekonomi yang

21 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 67.22 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 66.23 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.47.

6

Page 8: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

wujud semasa Jepun , inflasi, kehidupan rakyak serba daif, penindasan dan kekejaman

yang dilakukan oleh Jepun. Kehidupan masyarakat terlalu menderita malahan jauh lebih

menderita daripada zaman penjajahan Belanda. Penyakit-penyakit seperti busung lapar

dan kutu ada dimana-mana. Masyarakat kekurangan gizi dan banyak kes kematian kerana

kelaparan.24 Pengalaman ditindas dan dikulikan di tanah air sendiri memberikan kesan

yang seolah-olah dipaku kemas didalam kotak pemikiran masyarakat tempatan. Tindakan

Jepun sengaja melewat-lewatkan memberi kemerdekaan sebagaimana dijanjikan telah

menyedarkan masyarakat tempatan bahawa sikap Jepun juga sama dengan penjajah lain

dan mesti ditentang. Oleh itu, apabila wujudnya golongan mempengaruhi rakyat bangkit

menentang Jepun maka rakyat Indonesia yang kehausan ini segera menerima seruan

pembebasan Negara mereka. Mereka tidak rela lagi dijajah dan diperhambakan.

Cukuplah sudah dengan pengalaman ngeri dibawah penjajahan Jepun. Psikologi mereka

telah menolak sekerasnya penjajahan. Tindakan Jepun sengaja melewat-lewatkan

menberi kemerdekaan sebagaimana dijanjikan telah menyedarkan masyarakat tempatan

bahawa sikap Jepun juga sama dengan penjajah lain dan mesti ditentang. Oleh itu,

wujudnya golongan mempengaruhi rakyat bangkit menentang Jepun walaupun pada

peringkat awalnya golongan ini bekerjasama dengan Jepun. Contohnya gerakan bawah

tanah yang dipimpin oleh Amir Syarifudin dan Sjahrir serta mendapat kerjasama

Sukarno. Golongan ini membakar perasaan rakyat supaya bertindak memerangi penjajah.

Pada saat Jepun menghadapi kekalahan, Jepun yang enggan menyerahkan

Indonesia dengan mudah mula menabur janji mahu memberikan kemerdekaan kepada

24 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 52.

7

Page 9: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

Indonesia.25 Masyarakat mana yang tidak gembira menerima janji-janji seperti ini.

Keinginan untuk mencapai kemerdekaan semakin meluat-luat.

SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

Kedatangan Jepun telah berjaya menyedarkan masyarakat Indonesia terutama

golongan nasionalis mengenai peri pentingnya membebaskan negara sendiri daripada

ditakluk penjajah. Tindakan Jepun memberi peluang kepada rakyat memegang jawatan

tinggi yang tidak pernah dirasai sebelum ini walaupun dikawal memberikan kesan yang

amat penting terhadap psikologi masyarakat kerana dapat memerintah negara sendiri.

Secara tidak sengaja, Jepun sebenarnya telah membantu rakyat Indonesia ke arah

berpolitik walaupun pada awalnya sekadar untuk mendapatkan kerjasama menghadapi

kedatangan kuasa barat semula. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno, Hatta dan Amir

Sharifuddin yang menggunakan peluang semasa pemerintahan Jepun berjaya

menyemarakkan semula nasionalisme secara tersembunyi untuk mencapai kemerdekaan

tanah air dan bangsanya26. Dalam usaha ini Sukarno mengarahkan Sharir dan Amir

Sharifuddin membentuk pasukan bawah tanah yang mempunyai hubungan sulit dengan

Sukarno.27 Selain itu hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan para pemuda yang sebelum

ini menjawat jawatan rendah merampas jawatan dari tangan Jepun secara dengan atau

tanpa kekerasan.28

25 Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 47.26 M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press. Hlm.30.27 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 47.28 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49.

8

Page 10: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

Jepun membenarkan para nasionalisme menggunakan media-massa Jepun untuk

meniupkan semangat kebangsaan pada seluruh rakyat. Jepun juga mendirikan sekolah

bernama Asrama Indonesia Merdeka untuk nasionalis-nasionalis memberi semangat

mengenai semangat nasionalisme. Selepas pendudukan Jepun, Slogan-slogan dan

semboyan-semboyan perjuangan atau dicatkan pada tembok-tembok dan dinding-dindind

kereta api dan lain-lain.29 Hal ini membuktikan golongan Nasionalis selepas Jepun sudah

pandai menggunakan medium dan saluran bercetak untuk membangkitkan semangat

masyarakat untuk sama-sama bersatu menentang penjajahan.

Jepun yang menggalakkan nasionalis-nasionalis terlibat dalam ketenteraan seperti

yang dicadangkan Sutardjo dan Gatot Mangkupradja yang mencadangkan perkhidmatan

tentera wajib untuk membantu Jepun dan agar tentera sukarela diadakan yang bertujuan

menentang semula kedatangan Belanda.30 Namun, pasukan-pasukan seperti HEIHO,

PETA dan KNIL ( tentera Hindia-Belanda) bergabung menjadi Barisan Keamanan

Rakyat ( B.K.R) yang menjadi Tentera Keamanan Rakyat ( T.K.R) pada 5 Oktober 1945

dan akhirnya Tentera Nasional Indonesia (T.N.I).31 Gabungan ini akhirnya menjadi tulang

belakang pentadbiran pertahanan dan berjuang dengan lebih redikal untuk mengapai

kemerdekaan. Golongan yang terlatih dengan ketenteraan ini dipanggil ‘pemuda’.

Mereka lebih terlatih dan bergerak bebas dibawah Jepun temasuk menerima latihan

senjata.32 Golongan pemuda ini telah bertindak agresif merebut senjata dengan Jepun dan

29 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49.30 Mangunpradja, Gatot, ‘The Peta and my relations with the Japanese : A Correction of Sukarno’s Autobiography,’ dalam Indonesia, Ithica, New york, no.5, Universiti Cornell, 1958, hlm.105-3431 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49.32M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press. Hlm.44

9

Page 11: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

ada yang berhasil misalnya di Banjumas dan di Surabaya.33 Mereka kemudiannya

menggunakan senjata ini untuk mengusir Inggeris dari Kota Ambarawa.34 Hal ini

berbeza dengan sebelum pendudukan Jepun yang mana latihan ketenteraan tidak pernah

diterima .

Semangat dan kekuatan psikologi yang wujud selepas Jepun menyebabkan

tentera Jepun di beberapa kota berjaya ditawan oleh golongan pemuda Indonesia tanpa

perlawanan sehingga menyebabkan ketakutan di pihak Jepun. Namun, ada juga tentera

Jepun yang enggan menyerah menyebabkan berlakunya peperangan sengit di Surabaya,

Jogja dan Bandung. 35 Hal ini membuktikan semangat perjuangan masyarakat Indonesia

selepas dijajah Jepun menimbulkan semangat yang berada dipuncak dan tidak mampu

digugat lagi. Malahan, mereka tidak rela lagi bendera penjajah berkibar di negara mereka.

Hal ini dibuktikan apabila terjadinya insiden bendera pada 19 september 1945 di

Surabaya. Beberapa orang pemuda Indonesia telah mengoyakkan bendera tiga warna

Belanda iaitu biru, merah dan putih, dirobek menjadi warna putih dan merah saja yang

menjadi warna bendera Indonesia.36 Insiden ini menimbulkan kemarahan yang amat

kepada Belanda. Tetapi, ianya merupakan perjuangan yang berani bagi masyarakat

Indonesia walaupun akhirnya masyarakat Indonesia ramai yang terkorban.

Jepun yang mengharamkan penggunaan bahasa Belanda semasa pemerintahan

mereka telah secara tidak sengaja meningkatkan semangat cintakan Negara dalam nadi

masyarakat. Selama ini, semasa pemerintahan Belanda mereka dipaksa untuk

33 Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 65.34 Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 7335 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 51.36 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 51.

10

Page 12: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

menggunakan bahasa Belanda untuk pelbagai urusan. Pengharaman bahasa Belanda

menjadikan bahasa Indonesia mencipta kemajuan. Secara langsung juga menyebabkan

berlakunya penyatuan dalam masyarakat sehingga rakyat Indonesia bersatu padu.

PENUTUP

Melalui perbincangan tadi jelaslah menunjukkan bahawa kedatangan dan

pentadbiran Jepun di Indonesia merupakan pemangkin kepada pergerakan nasionalis

tempatan dan melalui konsensi yang diberikan oleh Jepun telah memberi peluang kepada

nasionalis menjalankan kegiatannya dan seterusnya sebagai asas kemerdekaan tanah air

kemudiannya. Perkembangan nasionalisme di Indonesia menjadi semakin radikal,

berpolitik dan penentangan secara terbuka setelah Jepun menguasai Indonesia.

BIBLIOGRAFI

M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press.

Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.

Dr. Muhammad Ridhwan Indra .S.H., dan Sophian Marthabaya S.H., 1987. Peristiwa-peristiwa di Sekitar Proklamasi 17-8-1945. Jakarta: Sinar Grafika.

Mangunpradja, Gatot, 1958. ‘The Peta and my relations with the Japanese : A Correction of Sukarno’s Autobiography,’ dalam Indonesia. Ithica New york, no.5, Universiti Cornell,

Abd. Aziz Hitam, Wan Azaham Wan Mohamad (penterjemah). 1988.Sejarah Indonesia abad ke-20. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Pustaka.

Jusuf Mewengkeng. 1988. “Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme”, dlm PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial. vol.7. Jakarta: Repro International.

11

Page 13: kesan kedatangan jepun terhadap psikologi Indonesia

Dr. A.H.Nasution. 1966. Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan. Jakarta: P.N. karya Tjatos.

12